pandangan kontraktor elektrik kelas iii … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas...

21

Upload: lenhi

Post on 16-May-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm
Page 2: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm
Page 3: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

i

PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III TERHADAP

KURIKULUM ELEKTRIK DARI INSTITUT KEMAHIRAN MARA SELARAS

DENGAN KEHENDAK MEREKA DI DAERAH JOHOR BAHRU

AHMAD FIRDAUS BIN ABDUL HADI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 4: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penulis : Ahmad Firdaus Bin Abd. Hadi

Tarikh : ……………………………….

Page 5: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

iii

DEDIKASI

Bonda dan ayahanda yang disayangi,

ABD HADI BIN OTHMAN & ROKIAH BT SAALAN

dan

keluarga tercinta

Segala pengorbanan, dorongan dan kesabaran serta kasih sayang kalian semua,

amatlah ku hargai.

Serta

Teman-teman seperjuangan.

Terima kasih diatas bantuan dan doa ikhlas dari kalian.

Semoga Allah jualah yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.

Page 6: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya maka

Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Prof. Dr. Muhamad Rashid bin

Rajuddin selaku pensyarah bimbingan di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang

diberikan kepada pengkaji sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Kerjasama yang

amat baik yang telah diberikan banyak membantu pengkaji dalam menyempurnakan

projek ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pusat Khidmat

Kontraktor Elektrik Johor Bahru kerana membantu pengkaji dalam mengenalpasti

responden di sekitar daerah Johor Bahru. Tidak lupa juga kepada semua responden iaitu

kontraktor elektrik kerana sudi bekerjasama untuk membantu pengkaji serta kepada

semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-

kerja untuk mendapatkan maklumat bagi menjalankan kajian ini.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa baik yang telah diberikan.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kita semua.

Page 7: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui tahap kesesuaian kurikulum

Kursus Teknologi Elektrik Domestik dan Industri di Institut Kemahiran Mara selaras

dengan kehendak kontraktor elektrik di sekitar daerah Johor Bahru. Responden yang

terlibat ialah kontraktor elektrik kelas III di sekitar daerah Johor Bahru. Soal selidik

yang dikemukakan adalah mengikut sukatan mata pelajaran amali elektrik yang telah

digubal semenjak tahun 1986. Disamping item tersebut, pengkaji mengemukakan juga

item-item mengenai pengetahuan dalam bidang keusahawanan kerana kerjaya sebagai

juruteknik secara langsung telah terlibat dalan aktiviti keusahawanan. Sebanyak 34 item

telah dibina dalam satu set borang selidik yang diedarkan kepada 40 orang responden.

Data yang diperolehi daripada soal selidik tersebut dianalisis menggunakan perisian

SPSS 10.0 (Statistical Package For Social Science Version 10). Hasil kajian yang

diperolehi didapati kemahiran manipulatif yang terkandung di dalam kurikulum tersebut

perlu dikuasai oleh juruteknik yang memilih bidang ini sebagai kerjaya. Disamping itu,

kontraktor elektrik yakin bahawa pelajar seharusnya perlu mengetahui kaedah

pengurusan sebuah perniagaan untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya yang telah

diceburi.

Page 8: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

vi

ABSTRACT

The aim of this study is to determine the level of congruency of the Domestic

Electrical Course’s Curriculum taught in Institut Kemahiran Mara whether it is relevant

to the electrical contractor’s in he district of Johor Bahru. Respondents involved were

from those electrical contractors class III within the district of Johor Bahru. Item in the

question forwarded were taken from the syllabus that was reviewed in 1986.

Knowledge in the field of entrepreneurship was also included in the questionnaire,

because entrepreneurship plays an important role in the career of a technician. A set

questionnaire containing 34 items was constructed and was circulated to 40 respondents.

The data collected were then analyzed using SPSS 10.0 software (Statistical Package for

Social Science Version 10). The result of this study shows that technician need to

master all of the manipulative skill mentioned in the curriculum. Besides that, the

contractor believed that electrical students should know basic skill of managing a

business. Knowledge about entrepreneurship is also an important factor perceived by

electrical contractor.

Page 9: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop 7

Page 10: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

viii

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Pandangan 8

1.8.2 Kurikulum 8

1.8.3 Pengurusan 8

1.8.4 Keusahawanan 9

1.8.5 Kemahiran 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Matlamat Institut Kemahiran Mara (IKM) 12

2.3 Kemahiran 13

2.3.1 Institut Kemahiran 17

2.3.2 Kemahiran elektrik 19

2.4 Keusahawanan 19

2.4.1 Ciri-ciri Keusahawanan 20

2.5 Pengurusan 23

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk kajian 25

3.3 Kerangka Kajian 26

3.4 Sampel dan Responden Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Kajian Rintis 30

3.7 Analisis Data 31

3.8 Andaian Kajian 34

3.9 Batasan Kajian 35

Page 11: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

ix

4 ANALISIS DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data Bahagian A 38

4.2.1 Jantina 38

4.2.2 Umur 39

4.2.3 Tempoh Beroperasi 39

4.2.4 Tahap Pencapaian akademik 40

4.2.5 Jawatan 40

4.3 Analisis Data Kajian Bahagian B 41

4.3.1 Persoalan Kajian 1 42

4.3.2 Persoalan Kajian 2 45

4.3.3 Persoalan Kajian 3 47

4.4 Rumusan Bahagian B 49

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan 51

5.3 Perbincangan 53

5.3.1 Kemahiran Manipulatif 53

5.3.2 Pengetahuan Pengurusan 54

5.3.3 Pengetahuan Keusahawanan 56

5.4 Cadangan 58

5.5 Penutup 61

BIBLIOGRAFI 62

LAMPIRAN 65

Page 12: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

x

SENARAI JADUAL

BIL. TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pembahagian item berdasarkan 3 kategori 30

3.2 Pengelasan bagi jenis-jenis skor 33

3.3 Analisis skor peratus menganalisis data 33

3.4 Pengelasan maklum balas responden 34

berdasarkan skor min

4.1 Taburan responden mengikut jantina 38

4.2 Taburan responden mengikut umur 39

4.3 Taburan responden mengikut tempoh operasi 39

syarikat

4.4 Taburan responden mengikut tahap pecapaian 40

akademik responden

4.5 Taburan responden mengikut jawatan responden 40

4.6 Jadual pengelasan likert 42

4.7 Taburan responden mengikut kemahiran- 42

kemahiran manipulatif

4.8 Taburan responden mengikut pengetahuan 45

tentang pengurusan

4.9 Taburan responden mengikut pengetahuan 47

tentang keusahawanan

4.10 Jumlah peratus setiap soalan kajian 49

Page 13: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

xi

SENARAI RAJAH

BIL. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Asas usahawan 22

2.2 Konsep kesepaduan dalam pengurusan 24

3.1 Carta alir kerangka kajian 26

Page 14: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN A Soal Selidik 65

LAMPIRAN B Surat Pengesahan 72

LAMPIRAN C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 74

LAMPIRAN D Surat Permohonan Mendapatkan Alamat 76

Kontraktor

Page 15: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

xiii

SENARAI SINGKATAN

IKM Institut Kemahira Mara

MARA Majlis Amanah Rakyat

RMK-8 Rancangan Malaysia ke 8

R&D Research and Development

SPSS Statistical Package for Social Science

IKN Institut Keusahawan Negara

Page 16: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di dalam era globalisasi sekarang, setiap individu inginkan kemajuan dalam

hidup mereka. Setiap keinginan mereka mempunyai asas dalam mencapai sesuatu

kejayaan tersebut. Ianya merangkumi aspek ilmu teori dan kemahiran yang menjadi

tiang untuk mereka menerokai dunia ini dengan lebih luas. Kebanyakkan antara mereka

akan memilih kerja yang berjawatan makan gaji dalam sektor swasta ataupun kerajaan

sebagai kerjaya mereka. Peratus bilangan yang memilih kerjaya sebagai usahawan

adalah kecil sekali.

Dalam era teknologi masa kini, negara kita merupakan sebuah negara yang

sedang membangun dengan pesat dan menuju kearah negara industri berserta teknologi

maklumat. Usaha ini perlu dirialisasikan dengan sebenar-benarnya disebabkan oleh

wawasan yang telah ditetapkan oleh pemimpin negara ini. Oleh yang demikian setiap

individu perlu memainkan peranan yang penting untuk membekalkan diri dengan

secukupnya untuk disumbangkan kepada negara. Sebagai masyarakat negara yang

berdaulat, perlulah ditanam dalam setiap jiwa untuk memberikan sumbangan yang

sewajarnya kepada negara sendiri demi kejayaan dan matlamat wawasan.

Menurut teks belanjawan negara 2001 yang telah dibentangkan oleh YAB Datuk

Seri Dr. Mahathir Mohammad pada November 2000, tenaga kerja yang berkemahiran,

Page 17: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

2

cekap dan berpengatahuan dalam sesuatu bidang yang khusus merupakan prasyarat

kearah mencapai matlamat utama negara untuk muncul sebagai salah sebuah negara

maju di abad ini. Selaras dengan objektif Kementerian Sumber Manusia yang telah

ditulis di dalam buku rasmi tahunan 2000, usaha-usaha yang dijalankan mengikut

perancangan yang digariskan adalah untuk menghasilkan tenaga pekerja yang mahir,

produktif, berdisplin serta bernilai positif dan berkebolehan (Jabatan Penerangan

Malaysia,2000). Jabatan Penerangan Malaysia menggariskan salah satu fungsi KSM

ialah,”menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia khususnya

dalam bidang kemahiran”.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan tersebut, ia menggambarkan bahawa usaha ini

perlu digemblengkan oleh setiap individu sama ada dari peringkat barisan pemimpin

atau pun rakyat biasa. Salah satu kemahiran yang ingin difokuskan ialah aktiviti atau

bidang elektrikal. Bidang ini merupakan satu cabang keusahawanan yang boleh

dijadikan sebagai kerjaya bagi mereka yang telah menceburkan diri.

Bidang elektrikal merupakan suatu bidang amat penting buat masa kini. Jika

ditinjau menggunakan mata kasar kita dapat perhatikan bahawa sebilangan besar

masyarakat kini telah telah mampu melakukan pendawaian elektrik sendiri di rumah. Ini

adalah disebabkan oleh pembangunan negara yang dialami dan ianya dinikmati oleh

masyarakatnya untuk kemudahan yang menggunakan bekalan tenaga elektrik. Oleh

yang demikian komponen elektrik seperti lampu pasti akan mengalami kerosakan.

Disebabkan kebanyakkan mereka tidak tahu untuk membaiki alat elektrik sendiri di

rumah, maka perkhidmatan juruteknik elektrik diperlukan untuk membaikinya.

Sejak dari zaman dulu lagi kita ketahui bahawa pengkhususan telah wujud

dikalangan masyarakat ketika itu. Ini dapat digambarkan melalui sistem barter yang

diamalkan. Seorang yang mempunyai kemahiran yang khusus dalam bidang menangkap

ikan akan melakukan tugasnya untuk mendapatkan ikan dengan banyak untuk

ditukarkan dengan orang yang berkemahiran khusus dalam membuat pakaian bagi

Page 18: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

3

mendapatkan pakaian. Oleh itu, penguasaan kemahiran di dalam sesuatu bidang adalah

dianggap penting.

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang elektrikal ini merupakan satu bidang yang telah diceburi secara komersial

oleh masyarakat pelbagai kaum masa kini. Ianya telah dijadikan satu bidang kerjaya

dalam perniagaan. Perniagaan yang ditubuhkan berasaskan kepada kemahiran elektrikal

kebiasaannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Oleh yang

demikian seseorang juruteknik elektrik perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan

dan kemahiran yang secukupnya untuk menangani masalah yang dinyatakan oleh

pelanggan.

Penguasaan kemahiran mempunyai tahap-tahap yang tertentu untuk melayakkan

diri seseorang menjadi pekerja mahir. Oleh yang demikian pelbagai pihak masa kini

mengutamakan kemahiran dan berpengalaman untuk dijadikan sebagai kayu ukur keatas

seseorang individu. Untuk mendapat kemahiran yang secukupnya, pihak kerajaan yang

dibawah Kementerian Pendidikan dengan rasminya telah menubuhkan 109 buah sekolah

vokasional di seluruh Malaysia di dalam Bahagian Perancangan & Penyelidikan dan

Bahagian Pembangunan & Bekalan (1990). Untuk melahirkan lebih ramai tenaga

manusia separuh mahir dalam bidang perindustrian dan 10 buah politeknik untuk

meningkatkan pengetahuan (Jabatan Penerangan Malaysia,1999).

Pihak Kementerian Pendidikan telah menggariskan kurikulum atau sukatan

pelajaran dalam bidang elektrik untuk dipraktikkan dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran di SMV. Didalam sukatan pelajaran tersebut terdapat tahap-tahap dan

langkah-langkah pembelajaran mengikut sistem teknologi semasa. Antara objektif yang

telah digariskan di dalam sukatan pelajaran elektrik ialah pelajar akan dapat melakukan

pendawaian elektrik dan mengenalpasti kerosakan pada litar elektrik.

Page 19: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

4

Jika diperhatikan, pada era masa kini kebanyakkan sistem elektrikal telah

menggunakan beberapa peralatan yang menggunakan teknologi terkini. Persoalannya,

adakah peralatan-peralatan sedia ada yang digunakan di institut-institut kemahiran

setanding dengan situasi sebenar? Disamping itu juga, pihak kerajaan menyatakan

bahawa banyak peruntukan telah disalurkan untuk melaksanakan program pengajaran

dan pembelajaran bagi meningkatkan mutu pendidikan institut.

Jika dilihat daripada kurikulum amali elektrik, sistem-sistem elektrikal yang

didedahkan kepada pelajar adalah daripada sistem yang digunapakai pada tahun 90an.

Tambahan teknologi masa kini yang sentiasa berkembang akan terus kehadapan hingga

seterusnya. Bagaimanakah pelajar-pelajar dapat merialisasikan dengan situasi yang

sebenar jika apa yang diperolehi adalah teknologi yang digunakan semenjak tahun 90an.

Adakah sukatan pelajaran tersebut masih sesuai dijadikan garis panduan dalam era

teknologi yang semakin berkembang pesat dan masihkah relevan dengan teknik

penguasaan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai objektif kementerian untuk

menghasilkan tenaga kerja mahir atau separa mahir?.

Pada masa kini, ramai daripada masyarakat sekarang boleh hidup dengan sendiri.

Selain bekerja dengan kerajaan, mereka boleh hidup dengan kemahiran yang mereka ada

seperti bercucuk tanam di tanah sendiri, berniaga secara kecil-kecilan dan lain-lain.

Kehidupan mereka adalah tidak bergantung dengan orang lain dan hanya bergantung

dari hasil pertanian mereka yang terbatas. Mereka tidak dapat diklasifikasikan sebagai

golongan usahawan kerana tidak memasarkan produk mereka dan pendapatan mereka

rendah. Namun begitu, peluang-peluang yang diberikan oleh kerajaan seperti kursus

usahawan yang ditawarkan dapat memberikan mereka lebih pengetahuan tentang

perniagaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Page 20: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

5

Di dalam kajian ini pengkaji ingin mengkaji apakah kemahiran-kemahiran yang

diperlukan oleh industri dalam bidang elektrikal. Ianya difokuskan kepada mereka yang

menjadikan bidang ini sebagai kerjaya untuk menjamin masa hadapan. Disamping itu

adakah ianya selaras dengan sukatan pelajaran elektrikal yang terdapat di Institut

Kemahiran khususnya Institut Kemahiran Mara. Satu kajian telah dijalankan keatas

kontraktor elektrikal di daerah Johor Bahru. Persoalannya ialah adakah kurikulum

elektrik dari Institut Kemahiran khususnya Institut Kemahiran Mara bersesuaian dengan

kehendak kontraktor elektrik ini.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah merangkumi beberapa

aspek seperi berikut ;

i. Apakah kemahiran-kemahiran manipulatif yang terdapat di dalam kurikulum

elektrik dari Institut Kemahiran Mara selaras dengan kehendak kontraktor

elektrik?

ii. Adakah pengetahuan tentang pengurusan dalam kurikulum elektrik dari

Institut Kemahiran Mara selaras dengan kehendak kontraktor elektrik?

iii. Adakah pengetahuan tentang keusahawanan dalam kurikulum elektrik dari

Institut Kemahiran Mara selaras dengan kehendak kontraktor elektrik?

Page 21: PANDANGAN KONTRAKTOR ELEKTRIK KELAS III … · 2013-11-19 · pandangan kontraktor elektrik kelas iii terhadap ... senarai rajah xi senarai lampiran xii senarai singkatan ... ikm

6

1.5 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kurikulum elektrikal

dari institut kemahiran khususnya Institut Kemahiran Mara bersesuaian dengan

kehendak kontraktor elektrik. Antara objektif kajian adalah seperti berikut ;

a) Penyelidik ingin mengetahui penguasaan kemahiran-kemahiran

manipulatif dalam kurikulum elektrik dari Institut kemahiran Mara

selaras dengan kehendak kontraktor elektrik.

b) Penyelidik ingin mengakaji adakah pengetahuan mengenai pengurusan

dalam kurikulum elektrik dari Institut Kemahiran Mara selaras dengan

kehendak kontraktor elektrik.

c) Penyelidik ingin mengkaji adakah pengetahuan tentang keusahawanan

dalam kurikulum elektrik dari Institut Kemahiran Mara selaras dengan

kehendak kontraktor elektrik.