paip 2.pdf

8
BAB II SISTEM AGIHAN DAN PENYELENGGARAAN 2.1 Pengenalan Menurut JKR (1982), sistem agihan air adalah termasuk penghantaran, agihan dan perpaipan retikulasi, tangki simpanan dan pam galak. Perpaipan penghantaran adalah menghantar bekalan air bersih dari loji atau stesen pam ke tangki simpanan seperti juga air bersih dari tangki simpanan ke tangki simpanan yang lain. Perpaipan retikulasi adalah perpaipan yang mengagihkan air bersih di dalam kawasan bekalan sekitarnya. Perpaipan agihan adalah perpaipan yang mengagihan air ke perpaipan retikulasi dari tangki simpanan loji pembersih air atau stesen pam. 2.2 Jenis-jenis sistem agihan Terdapat tiga jenis sistem agihan iaitu sistem graviti, sistem pam dan gabungan sistem graviti serta sistem pam. Pemilihan kepada sistem agihan bergantung kepada topografi, kedudukan dan keluasan kawasan agihan, ketinggian dan keadaan tapak. Contohnya, apabila terdapat ketinggian yang mencukupi dan keadaan di tapak mengizinkan, sistem graviti adalah pilihan. Apabila sistem graviti tidak dapat digunakan kerana tidak ada kawasan yang cukup tinggi maka gabungan sistem graviti dan pam digunakan.

Upload: nizamju

Post on 08-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: paip 2.pdf

BAB II

SISTEM AGIHAN DAN PENYELENGGARAAN

2.1 Pengenalan

Menurut JKR (1982), sistem agihan air adalah termasuk penghantaran, agihan

dan perpaipan retikulasi, tangki simpanan dan pam galak. Perpaipan penghantaran

adalah menghantar bekalan air bersih dari loji atau stesen pam ke tangki simpanan

seperti juga air bersih dari tangki simpanan ke tangki simpanan yang lain. Perpaipan

retikulasi adalah perpaipan yang mengagihkan air bersih di dalam kawasan bekalan

sekitarnya. Perpaipan agihan adalah perpaipan yang mengagihan air ke perpaipan

retikulasi dari tangki simpanan loji pembersih air atau stesen pam.

2.2 Jenis-jenis sistem agihan

Terdapat tiga jenis sistem agihan iaitu sistem graviti, sistem pam dan

gabungan sistem graviti serta sistem pam. Pemilihan kepada sistem agihan

bergantung kepada topografi, kedudukan dan keluasan kawasan agihan, ketinggian

dan keadaan tapak. Contohnya, apabila terdapat ketinggian yang mencukupi dan

keadaan di tapak mengizinkan, sistem graviti adalah pilihan. Apabila sistem graviti

tidak dapat digunakan kerana tidak ada kawasan yang cukup tinggi maka gabungan

sistem graviti dan pam digunakan.

Page 2: paip 2.pdf

6

Tangki Simpanan

nLoji Pembersih

Air

Pengguna

Rajah 2.1 : Gambar menunjukkan sistem graviti

Merujuk kepada rajah 2.1, sistem graviti digunakan apabila kawasan

pembekalan mempunyai sebuah kawasan yang tinggi untuk mendirikan tangki

simpanan. Air akan diagihkan kepada pengguna di kawasan yang lebih rendah secara

graviti. Kos operasi sistem graviti ini adalah lebih murah dibandingkan dengan

sistem pam. Masalah akan timbul apabila sistem ini menyalurkan air ke kawasan

pembekalan yang lebih tinggi, iaitu pengguna di kawasan yang lebih tinggi akan

mengalami tekanan air rendah dan kemungkinan akan mengalami putus bekalan

semasa keperluan memuncak.

Pengguna

Loji Pembersih Air

Stesen Pam Galak

Rajah 2.2 : Gambar menunjukkan sistem pam

Merujuk kepada rajah 2.2, sistem pam biasanya digunakan untuk

menyalurkan air ke kawasan pembekalan yang lebih tinggi. Tekanan dan aliran air

boleh diubah dengan melaraskan pam. Kos operasi lebih mahal dari sistem graviti

Page 3: paip 2.pdf

7

kerana penyelenggaraan perlu dilakukan kepada pam dan kos tenaga manusia untuk

mengendalikan pam tersebut. Masalah akan timbul apabila pam rosak kerana tidak

ada bekalan alternatif.

Loji Pembersih Air

Pengguna

Stesen Pam Galak

Tangki Simpanan

n

Rajah 2.3 : Gambar menunjukkan gabungan sistem pam dan graviti

Apabila keadaan topografi kawasan pembekalan tidak menentu, maka

gabungan sistem graviti dan pam adalah sesuai (rujuk rajah 2.3). Kawasan yang

tinggi akan dibekalkan menerusi pam manakala kawasan yang rendah dibekalkan

menerusi tangki simpanan.

2.3 Komponen Sistem Agihan

Berikut adalah komponen-komponen yang biasa di dalam sistem bekalan air

ialah paip bekal utama, tangki simpanan, paip retikulasi, stesen pam galak dan

sambungan paip komunikasi.

Paip bekal utama kebiasaannya bersaiz 200 milimeter dan ke atas. Ia

berfungsi untuk menyalurkan air ke sistem retikulasi melalui tangki simpanan

ataupun stesen pam galak. Paip bekal utama juga boleh menyalurkan air terus ke

sistem retikulasi tanpa melalui tangki simpanan ataupun stesen pam galak.

Page 4: paip 2.pdf

8

Rajah 2.4 : Gambar menunjukkan paip bekal utama

Tangki simpanan (rujuk rajah 2.5), menakung bekalan air dari paip bekal

utama. Fungsi tangki simpanan adalah untuk :

i. Membekalkan air semasa kepeluan memuncak

ii. Sebagai simpanan semasa kecemasan atau semasa ada

gangguan bekalan

iii. Simpanan untuk kegunaan memadam api ketika

kebakaran

iv. Menyeragamkam kadar pengepaman

v. Menahan air untuk keberkesanan pembasmian

vi. Memastikan sistem sentiasa dalam keadaan tekanan

Rajah 2.5 : Gambar menunjukkan tangki simpanan

Retikulasi adalah rangkaian paip agihan yang membekalkan air terus kepada

pengguna. Keperluan kadaralir yang minimum untuk tujuan memadam api biasanya

Page 5: paip 2.pdf

9

menentukan saiz minimum paip ( biasanya 100 mm untuk pili bomba ). Sistem

agihan sepatutnya bersambung secara “loop” antara satu hujung dengan hujung yang

lain untuk sistem hidraulik yang effisien.

Stesen pam galak seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 2.6, berfungsi

untuk mengepam air dengan tekanan mengikut kapasiti pam ke kawasan yang

dibekalkan. Stesen pam galak biasanya digunakan untuk menyalurkan air ke kawasan

yang keadaa topografi dan geografinya tidak menentu.

Rajah 2.6 : Gambar menunjukkan stesen pam galak

Sambungan ke pengguna melalui paip komunikasi biasanya ditebuk dari paip

retikulasi. Tebukan tidak boleh di bawah paip, ini adalah kerana untuk mengelakkan

lumpur berkumpul di dalamnya. Satu tebukan dari paip retikulasi dan keluar kepada

beberapa sambungan adalah tidak dibenarkan.

Page 6: paip 2.pdf

10

Rajah 2.7 : Gambar menunjukkan sambungan paip komunikasi

Aliran air di dalam sistem agihan dikawal oleh injap-injap yang kebiasaannya

dipasang pada setiap cabang paip. Injap-injap kebiasaannya dibuka ataupun ditutup

semasa kerja-kerja membaikpulih paip dijalankan. Bilangan injap-injap yang

mencukupi adalah perlu untuk tujuan menutup aliran air ketika proses membaikpulih

paip dijalankan dan kurang memberikan kesulitan kepada pengguna. Adalah penting

injap-injap diperiksa setiap kali. Tekanan tidak sepatutnya berlebihan kerana ini akan

meningkatkan kehilangan air dan pembaziran.

2.4 Jenis-jenis Penyelenggaraan

“Kerja-kerja penyelenggaraan ini dikelaskan kepada tiga kategori iaitu

penyelenggaraan pembetulan, penyelenggaraan kecemasan dan penyelenggaraan

pencegahan (Burke, 1982)”.

2.4.1 Penyelenggaraan Pembetulan

Penyelenggaraan pembetulan adalah kerja yang dilakukan untuk

menggantikan sesuatu yang telah rosak. Contohnya mengganti bearing motor ,

Page 7: paip 2.pdf

11

membersihkan parit yang tersumbat, menggantikan tali sawat kipas yang putus.

Kebanyakan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna adalah penyelenggaraan

pembetulan.

2.4.2 Penyelenggaraan Kecemasan

Penyelenggaraan kecemasan ialah penyelenggaraan pembetulan yang tidak

boleh ditunda sehingga keesokan harinya. Kecemasan jarang berlaku tetapi pihak

pengurusan penyelenggaraan sepatutnya bersedia menghadapi sebarang bentuk

kecemasan.

2.4.3 Penyelenggaraan Pencegahan

Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja yang dilakukan untuk

mengelakkan kos membaikpulih yang tinggi. Kebanyakan kerja penyelenggaraan

pencegahan melibatkan pemeriksaan dan pengujian. Penyelenggaraan pencegahan

adalah seperti membaiki sesuatu sebelum ia rosak.

2.5 Tanggungjawab Dan Polisi Penyelenggaraan

Siapakah yang bertanggungjawab untuk malaksanakan kerja-kerja

penyelenggaraan? Bagaimanakah tanggungjawab itu boleh dilaksanakan. “Menurut

Burke (1982), ia adalah bergantung kepada saiz dan jenis sistem pembekalan air.

Sebagai contoh sistem bersaiz kecil yang membekal kepada lima puluh ke seratus

orang pengguna biasanya memerlukan seorang pekerja sambilan untuk

mengendalikan sistem”.

Page 8: paip 2.pdf

12

“Menurut Burke (1982), cara terbaik untuk penyelenggaraan sesuatu sistem

adalah dengan menyediakan polisi bertulis berkaitan dengan matlamat

penyelenggaraan dan kaedah yang akan digunakan untuk mencapai matlamat

tersebut”.

2.6 Operasi dan Penyelenggaraan Sistem Agihan

“Dalam memastikan operasi dan penyelenggaraan ini berjalan dengan lancar,

perancangan yang teratur dan teliti amatlah diperlukan. Sistem agihan air adalah

rangkaian yang terdiri daripada tangki, pam, injap dan saluran paip. Semua

komponen-komponen sistem ini masing-masing mempunyai fungsi tertentu. Untuk

mngagihkan air semua komponen sistem ini saling bergantung antara satu sama lain

( Burke, 1982)”.

“Tanggungjawab kerja kebiasaannya termasuk di dalam dokumen operasi dan

penyelenggaraan seperti penyata polisi, deskripsi kerja atau manual kerja. Cara

terbaik untuk menyelenggara sesuatu sistem adalah mengadakan polisi mengenai

matlamat penyelenggaraan dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut (Burke,

1982).”