oshms

27
ISI KANDUNGAN Isi Kandungan i PERKARA MUKA SURAT Pengenalan 1 1.0 Maksud OSHMS 1 2.0 Model PDCA 2 2.1 Elemen Model PDCA 3 3.0 Keperluan OSHMS 5 4.0 Kelebihan OSHMS 6 5.0 Model OSHMS – OHSAS 18001 6 5.1 Elemen Model OSHMS – OHSAS 18001 7 6.0 Pelaksanaan OSHMS 9 Klausa 4.1 : Keperluan Umum Klausa 4.2 : Polisi OHS Klausa 4.3 : Perancangan 4.3.1 Identifikasi hazard, penialaian risiko dan menentukan kawalan 4.3.2 Keperluan Perundangan 4.3.3 Objektif dan Program Klausa 4.4 : Pelaksanaan dan Operasi 4.4.1 Sumber, peranan, tanggungjawab. Akauntabiliti dan autoriti. 4.4.2 Kompetensi, latihan dan kesedaran 4.4.3 Kompetensi, penglibatan dan perundingan 4.4.4 Dokumentasi 4.4.5 Pengawalan dokumen 4.4.6 Pengawalan operasi 4.4.7 Persediaan kecemasan dan respon Klausa 4.5 : Pemeriksaan 4.5.1 Pengukuran prestasi dan pemantauan 4.5.2 Penilaian pematuhan 4.5.3 Penyiasatan insiden, ketakakuran, tindakan pembetulan dan 9 10 10 10 11 12 12 12 13 14 15 15 16 16 17 17 17 18 19 19 20 i

Upload: cik-mia

Post on 27-Jan-2016

473 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Pelaksanaan OSHMS

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan i

PERKARA MUKASURAT

Pengenalan 1

1.0 Maksud OSHMS 1

2.0 Model PDCA 2

2.1 Elemen Model PDCA 3

3.0 Keperluan OSHMS 5

4.0 Kelebihan OSHMS 6

5.0 Model OSHMS – OHSAS 18001 6

5.1 Elemen Model OSHMS – OHSAS 18001 7

6.0 Pelaksanaan OSHMS 9

Klausa 4.1 : Keperluan UmumKlausa 4.2 : Polisi OHSKlausa 4.3 : Perancangan 4.3.1 Identifikasi hazard, penialaian risiko dan menentukan kawalan 4.3.2 Keperluan Perundangan 4.3.3 Objektif dan ProgramKlausa 4.4 : Pelaksanaan dan Operasi 4.4.1 Sumber, peranan, tanggungjawab. Akauntabiliti dan autoriti. 4.4.2 Kompetensi, latihan dan kesedaran 4.4.3 Kompetensi, penglibatan dan perundingan 4.4.4 Dokumentasi 4.4.5 Pengawalan dokumen 4.4.6 Pengawalan operasi 4.4.7 Persediaan kecemasan dan responKlausa 4.5 : Pemeriksaan 4.5.1 Pengukuran prestasi dan pemantauan 4.5.2 Penilaian pematuhan 4.5.3 Penyiasatan insiden, ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan 4.5.4 Kawalan rekod 4.5.5 Audit dalamanKlausa 4.6 : Penilaian Semula Pengurusan

91010101112121213141515161617171718

191920

Kesimpulan 20

Rujukan 21

Lampiran 22

i

PENGENALAN

Siri OHSAS 18001 (Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

merupakan satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang menjadi satu

keperluan kepada sesebuah organisasi dan memberi kemudahan untuk mengawal risiko

keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta meningkatkan pencapaian organisasi untuk

mencapai matlamat.

Wujudnya sistem pengurusan OHSAS 18001 oleh sesebuah organisasi ini telah

memberi kemudahan untuk mengawal dan memantau risiko keselamatan dan kesihatan

pekerjaan dengan lebih teratur. Ia meliputi struktur organisasi, aktiviti organisasi,

perancangan, tanggungjawab, latihan, proses perlaksanaan, pencapaian, penilaian dan

pengekalan polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain faktor teknologi dan kualiti,

pihak organisasi perlu menitikberatkan faktor persekitaran dan aspek keselamatan dan

kesihatan pekerjaan bagi memberi pulangan yang lebih dalam mencapai matlamat.

Apabila sistem pengurusan OHSAS 18001:2007 diwujudkan, pihak organisasi akan

dapat menyeragamkan sistem pengurusan organisasi dan mengurangkan kawalan . Ini kerana

sistem pengurusan OHSAS 18001:2007 diwujudkan selari dengan matlamat sesebuah

organisasi. Tujuan utama sistem OHSAS 18001:2007 diwujudkan adalah untuk

mengurangkan dan mencegah kemalangan di tempat kerja yang boleh menyebabkan

kecederaan atau kerugian dan sekaligus dapat memberikan perlindungan kepada pekerja.

1.0 MAKSUD OHSMS

Occupational Health and Safety Management Systems (OHSMS) ialah standard yang

dibangunkan oleh pasukan OHSAS, iaitu persatuan yang melibatkan agensi kerajaan, badan

pensijilan, standard kebangsaan, persatuan industri dan perunding. OHSAS 18001 berfungsi

membantu organisasi mewujudkan sistem pengurusan untuk mengurus dan mengawal risiko

kesihatan dan keselamatan dan meningkatkan prestasi OH&S mereka.

Kesan positif OHSAS 18001:2007 dapat menimumkan risiko kepada pekerja dan

pihak berkepentingan lain yang mungkin terdedah kepada risiko OH&S yang berkaitan

dengan aktivitinya. Maka setiap pekerja disesebuah organisasi akan merasa terjamin dengan

keselamatan dan kesihatan mereka. Pekerja akan dapat menjalankan kerja dengan kadar

optimum dan akan memberi kesan ke atas produk atau perkhidmatan dan akhirnya

2

memberikan kepuasan kepada pelangan. Hasil daripada sistem pengurusan OHSAS 18001

yang dijalankan oleh organisasi maka pihak organisasi akan menpunyai struktur yang teratur

dan mempuyai sistem pentadbiran yang effisien berbanding organisasi yang tidak

mengamalkan sistem pengurusan ini.

2.0 MODEL PDCA

Sistem pengurusan OHSAS 18001 ini dibangunkan berdasarkan kepada Model Plan-

Do-Check-Act (PDCA) yang digunakan di dalam perniagaan bagi kawalan dan

penambahbaikkan berterusan dalam proses dan produk. Model PDCA adalah satu proses

secara berterusan yang membolehkan organisasi untuk menubuhkan, melaksanakan dan

mengekalkan dasar keselamatan dan kesihatan perkerjaan berdasarkan kepimpinan

pengurusan atasan dan komitmen terhadap sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan. Model PDCA ini juga menyediakan rangka asas bagi pengurusan isu-isu

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Rajah 3.1 : Model PDCA

3

2.1 Elemen Model PDCA

Rajah 3.2 : Elemen Model PDCA

Plan – mewujudkan objektif dan proses atau program mengikut mengikut keperluan undang-

undang dan menyampaikan keputusan berlandaskan kepada dasar OHSAS yang diwujudkan

Do – melaksanakan sesuatu proses atau program

Check – pemantauan dan pengukuran prestasi berdasarkan kepada dasar OHSAS, objektif,

undang-undang serta keperluan yang lain

Act – mengambil tindakan untuk terus meningkatkan prestasi OHSAS

a. Perancangan (Plan)

Berdasarkan elemen ini ia meliputi dari aspek :

i. Pengenalpastian bahaya (hazard) – proses mengenalpasti sumber atau keadaan

yang berpotensi menyebabkan kemalangan dari segi kecedaraan atau kematian

di tempat kerja.

ii. Penilaian risiko – proses dimana penilaian risiko dijalankan samaada

kemungkinan atau pendedahan yang boleh menyebakan kemalangan.

iii. Penentuan kawalan – proses langkah-langkah yang berkaitan untuk

menghapuskan atau mengurangkan risiko kepada tahap yang boleh diterima.

4

Penetapan dan penerapan yang mengikut keperluan undang-undang yang diperlukan

perlu selaras dengan objektif dan program yang telah didokumentasikan mengikut

fungsi dan dan pangkat di dalam sesebuah organisasi.

b. Pelaksanaan (Do)

Bagi pelaksanaan sistem pengurusan OH&S ini, ia perlu bersandarkan kepada prinsip

operasi dan pelaksanaan. Ia meliputi segala aspek seperti peranan yang harus

dilaksanakan oleh pengurusan atasan untuk mengambil tanggungjawab untuk

melaksanakan OH&S. Selain itu, pihak organisasi perlu memastikan agar semua orang

yang bekerja perlu dilatih dan mempunyai kesedaran di dalam keselematan dan

kesihatan pekerjaan. Pengawalan dokumen dan pengawalan operasi juga sangat

penting di dalam perlaksanaan dan operasi ini

c. Pemeriksaan (Check)

Setelah pelaksanaan dilaksanakan, pemeriksaan oleh pihak organisasi perlu

dijalankan. Ia merangkumi aspek seperti pengukuran prestasi dan pemantauan secara

berterusan, penilaian pematuhan, penyiasatan insiden, ketakakuran, tindakan

pembetulan dan tindakan pencegahan dan juga kawalan rekod. Audit dalaman juga

mempunyai peranan yang sangat penting di mana untuk mengukuhkan dan

mengekalkan prosedur sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang

telah dibuat

d. Tindakan (Act)

Penilaian semula hendaklah dilakukan oleh kumpulan pengurusan atasan pada masa

tertentu berdasarkan kepada laporan audit dalaman, aduan dalam dan perkara-perkara

yang perlu diambil tindakan untuk terus meningkatkan prestasi OHSAS.

5

Rajah 3.3 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berdasarkan Model

PDCA

3.0 KEPERLUAN OSHMS

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini amat diperlukan oleh sesebuah

organisasi. Ia diperlukan bagi :

i. Mengurus isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam sesebuah organisasi

yang terlibat.

ii. Mengawal hazard di tempat kerja sekaligus dapat mengurangkan kemalangan

kecederaan serta kematian di tempat kerja.

iii. Mengurus secara konsisten dan sistematik bagi melancarkan perjalanan sesebuah

organisasi.

iv. Penambahbaikan yang berterusan bagi peningkatan keuntungan serta mengurangkan

kerugian sesebuah syarikat.

v. Trend untuk mendapatkan persijilan.

6

4.0 KELEBIHAN OSHMS

Di antara kelebihan Sistem Pengurusan OHSAS 18001 : 2007 ialah :

i. Dapat menyediakan pendekatan serta pengukuhan berstruktur untuk menguruskan

OH&S melalui pembahagian tanggungjawab yang jelas, prosedur yang spesifik dam

dokumentasi.

ii. Menetapkan, mengekalkan komitmen dan mencapai pembaikan berterusan untuk

kesihatan dan keselamatan pekerjaan dalam sesebuah organisasi.

iii. Menunjukkan komitmen yang kuat untuk keselamatan yang cemerlang.

iv. Struktur organisasi di tempat kerja mempunyai peranan dan tanggungjawab yang jelas.

v. Kewujudan peningkatan budaya selamat serta meningkatkan tahap kesedaran tentang

isu keselamatan dan kesihatan dengan perlaksanaan program pembaikan berterusan.

vi. Tahap kepercayaan dan komunikasi yang kukuh dimana satu suasaana tempat kerja

yang selamat dibentuk dan pekerja tidak berasa bimbang dengan keselamatan mereka.

vii. Menghalang tahap kejadian kemalangan industri daripa berlaku dengan mengurangkan

risiko bahaya.

viii. Menyumbang kepada prestasi perniagaan dengan mengurangkan kos kerugian dan

liabiliti.

ix. Mendapatkan pensijilan dan pengiktirafan daripada badan berwajib dan masyarakat

bila tidak berlaku sebarang kemalangan dalam organisasi mereka.

5.0 MODEL OSHMS – OSHAS 18001

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan, termasuk mematuhi keperluan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan menurut undang-undang negara dan peraturan-peraturan asalah menjadi

tugas dan tanggunjawab majikan. Majikan harus menunjukkan kepimpinan dan komitmen

dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam sesuatu

organisasi dan membuat perkiraan yang sesuai bagi penubuhan OHSMS. Sistem pengurusan

ini mengandungi 5 elemen utama iaitu polisi/ dasar, Perancangan, pelaksanaan dan operasi,

semakan dan tindakan pembetulan dan kajian semula pengurusan.

7

Rajah 6.1 : Model Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001

5.1 Elemen Model OSHMS – OHSAS 18001

Rajah 6.2 : Model Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

8

a. Dasar

Termasuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan organisasi berdasarkan

penyataan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta struktur dan amalan yang

memastikan penyertaan pekerja yang aktif dan bermakna dalam perkiraan keselamatan

dan kesihatan pekerjaan.

b. Perancangan

Dalam elemen perancangan sesebuah organisasi perlu membuat pengenalpastian

bencana atau risiko yang bakal dihadapi atau yang sudah dihadapi. Organisasi juga

perlu menentukan objektif dan matlamat yang hendak dicapai dalam sesbuah

organisasi. Perancangan dilaksana mengikut langkah-langkah yang betul supaya

objektif dan matlamat dapat dicapai dengan tepat.

c. Operasi dan Pelaksanaan

Aktiviti yang berkaitan memenuhi prinsip yang dinyatakan dalam kenyataan dasar

keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Aktiviti yang termasuk dalam elemen ini ialah

penilaian awal keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang kemudiannya menyokong

perancangan sistem sebenar, fungsi pembangunan dan pelaksanaan.

d. Pemeriksaan dan Tindakan Korektif

Fungsi-fungsi yang berkaitan dalam elemen ini ialah ia melibatkan pembangunan

pemantauan prestasi para pekerja dan pengukuran protokol, amalan siasatan

kemalangan yang berlaku di sesebuah organisasi, kaedah audit yang perlu

dilaksanakan dan kajian semula perkiraan sesuatu pengurusan.

e. Penilaian Semula Pengurusan

Isu-isi yang berkaitan dengan penilaian semula pengurusan adalah berkaitan dengan

tindakan pencegahan atau pembetulan dan penambahbaikan yang berterusan.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pemantauan prestasi dan penyiasatan

pengukuran, audit dan kajian semula pengurusan, pencegahan atau pembetulan yang

sesuai dan tindakan penambahbaikan berterusan dapat diambil dalam sesebuah

organisasi.

9

6.0 PELAKSANAAN OSHMS

Rajah 7.1 : OSHAS 18001 : 2007Struktur - Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

KLAUSA 4.1 : KEPERLUAN UMUM

Organisasi harus menetapkan, mendokumentasikan, menerapkan, memelihara dan membuat

peningkatan secara berterusan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sesuai

dengan keperluan standard OSHAS dan menentukan bagaimana sistem tersebut memenuhi

keperluannya. Organisasi juga harus menentukan dan mendokumentasikan skop-skop bagi

sistem pengurusan OHS.

10

KLAUSA 4.2 : POLISI OHS

Pengurusan atasan harus menetapkan dan mengesahkan polisi OHS dan menjamin bahawa

polisi tersebut :

a. Bersesuaian dengan sifat dan skala risiko OHS yang ada di dalam organisasi.

b. Mencakupi komitmen untuk mencegah kecederaan dan penyakit secara berterusan

bagi meningkakan sistem pengurusan OSH dan pencapaian OSH.

c. Mencakupi komitmen sekurang-kurangnya terhadap kepatuhan perundangan dan

peraturan lain yang sesuai.

d. Memberi kerangka untuk menetapkan dan mencapai objektif.

e. Di dokumentasikan, dilaksanakan, dipelihara dan di komunikasikan kepada semua

pekerja di dalam organisasi supaya mereka menyadari kewajipan terhadap OSH.

f. Dinilai semula secara berkala untuk menjamin bahawa polisi tersebut masih relevan

dan tepat bagi sesebuah organisasi.

KLAUSA 4.3 : PERANCANGAN

Klausa 4.3.1 : Identifikasi hazard, penilaian risiko dan menentukan kawalan.

Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk identifikasi

hazard, penilaian risiko dan menentukan kawalan yang diperlukan. Prosedur-prosedur untuk

identifikasi bahaya dan penilain risiko harus mempertimbangkan :

a. Aktiviti rutin dan bukan rutin serta semua aktiviti yang mempunyai akses ke tempat

kerja (termasuk kontraktor dan pengunjung).

b. Tingkahlaku manusia, kemampuan dan faktor-faktor manusia lainnya.

c. Bahaya yang telah dikenalpasti berpunca dari luar tempat dan di persekitaran tempat

kerja yang dihasilkan oleh aktiviti di tempat kerja.

d. Infrastruktur, peralatan dan bahan di tempat kerja, baik yang dihasilkan oleh

organisasi atau oleh pihak lain.

e. Semua perubahan atau cadangan yang berlaku dalam organisasi ataupun dari sistem

pengurusan OSH dan kesan perubahan tersebut bagi proses, operasi dan aktiviti.

f. Rekabentuk kawasan kerja, proses, pemasangan, peralatan, prosedur operasional dan

pengaturan kerja, termasuk penyesuaiannya dengan kemampuan manusia.

11

Metodologi untuk identifikasi hazard dan penilaian risiko harus :

a. Menentukan skop, sifat, masa untuk menjamin agar identifikasi hazard dan penialain

risiko dilakukan secara pro-aktif bukan reaktif.

b. Memberi panduan untuk identifikasi, keutamaan dan dokumentasi risiko serta

penentuan kawalan yang mana sesuai.

c. Bagi perubahan pengurusan, organisasi harus mengenalpasti hazard dan risiko OSH

yang berhubung dengan perubahan dalam organisasi, sistem pengurusan atau aktiviti

sebelum perubahan tersebut dibuat.

d. Organisasi harus menjamin bahawa hasil dari penilaian dipertimbangkan dalam

menentukan kawalan.

Ketika menentukan kawalan, atau ingin mengubah kawalan sedia ada, pertimbangan harus

dibuat untuk mengurangkan risiko menurut hirarki seperti berikut :

a. Menyingkirkan atau menghapuskan

b. Kawalan kejuruteraan

c. Penggantian

d. Tanda/amaran atau kawalan pentadbiran

e. Pemakaian alat pelindung diri (PPE)

Klausa 4.3.2 : Keperluan Perundangan dan Peraturan Lain

i. Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memlihara prosedur untuk

mengenalpasti dan mengakses keperluan perundangan dan peraturan yang berkaitan

bagi organisasi masing-masing.

ii. Organisasi harus menjamin agar perundangan dan peraturan tersebut dipertimbangkan

dalam menetapkan, menerapkan dan memelihara sistem pengurusan OSH.

iii. Organisasi harus menjaga agar maklumat perundangan adalah terkini.

iv. Organisasi harus memaklumkan maklumat yang relevan berkait perundangan tersebut

kepada personal yang bekerja dalam kawalan organisasi dan kepada pihak lain yang

berkepentingan.

12

Klausa 4.3.3 : Objektif dan Program

i. Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara objektif yang

terdokumentasi pada fungsi dan level yang relevan dalam organisasi.

ii. Objektif haruslah boleh diukur dan ianya sesuai serta konsisten dengan polisi OSH,

termasuk komitmen untuk mencegah terjadinya kecederaan atau masalah kesihatan

perlu sesuai dengan peraturan dan perundangan bagi peningkatan berterusan.

iii. Semasa menentukan dan menilai objektif, organisasi harus mempertimbangkan

peraturan dan perundangan lain serta risiko OSH. Organisasi juga harus

mempertimbangkan pilihan teknologi yang tersedia, masalah kewangan, operasi dan

peraturan perniagaan serta pandangan-pandangan dari pihak yang berkepentingan.

iv. Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara program untuk mencapai

objektif yang telah ditetapkan. Program harus mencakupi secara minimummnya :

- Penentuan tanggungjawab dan autoriti untuk mencapai objektif pada fungsi

dan level yang relevan dalam organisasi

- Cara dan tempoh masa objektif tersebut akan dicapai.

v. Program harus dinilai secara berkala dan dirancang bersesuaian dengan keperluan

untuk menjamin objektif tersebut dapat tercapai.

KLAUSA 4.4 : PELAKSANAAN DAN OPERASI

Klausa : 4.4.1Sumber, Peranan dan Tanggungjawab, Akauntabiliti dan Autoriti.

i. Pengurusan atasan harus mengambil tanggung jawab tertinggi untuk OSH dan sistem

pengurusan OSH.

ii. Pengurusan atasan harus menunjukkan komitmennya dengan cara :

- Memastikan wujudnya sumber yang penting untuk menetapkan, menerapkan,

memelihara dan meningkatkan sistem pengurusan OSH.

- Menentukan peranan, mengagihkan tanggungjawab dan akautabiliti, serta

menurunkan kuasa untuk memastikan keberkesanan sistem pengurusan OSH..

iii. Organisasi harus melantik ahli dalam kumpulan pengurusan atasan, bagi menyandang

peranan dan tanggunjawab untuk :

13

- Memastikan bahawa sistem pengurursan OSH ditetapkan, diterapkan dan

dipelihara sesuai dengan standard OSHAS ini.

- Memastikan agar laporan-laporan pencapaian sistem pengurusan OSH di

berikan kepada pengurusan atasan untuk dinilai dan digunakan sebagai dasar

peningkatan sistem pengurusan OSH.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

i. Identiti pengurusan atasan yang dilantik mestilah dikenal dan mudah dihubungi oleh

semua pekerja di bawah pengawalan organisasi.

ii. Kesemua pihak pengurusan atasan mestilah menunjukkan komitmen mereka

mengenalpasti tanggungjawab mereka untuk peningkatan secara berterusan OSH.

iii. Organisasi harus memastikan agar pekerja di tempat kerja mengambil tanggungjawab

terhadap aspek-aspek OSH dan patuh kepada peraturan OSH sedia ada.

iv. Wakil pengurusan bertanggungjawab

- Memastikan OSH dibangunkan, dilaksana dan dipelihara

- Melaporkan kepada pihak atasan berkenaan dengan pencapaian pelaksanaan

OHS dan sebarang peningkatan yang diperlukan.

- Memastikan kesedaran terhadap OSH diwujudkan.

- Berurusan dengan pihak luar untuk perkara yang melibatkan OSH.

- Proses komunikasi di dalam organisasi untuk memastikan keberkesanan OSH.

Klausa 4.4.2 : Kompetensi Latihan dan Kesedaran

i. Organisasi harus memastikan agar semua orang yang bekerja di bawah kawalan

organisasi dan yang berpotensi memberikan impak kepada OSH adalah orang-orang

yang berkompeten sama ada dari aspek pendidikan, latihan atau pengalaman.

ii. Organisasi harus menyimpan rekod maklumat berkaitan kompetensi tersebut.

iii. Organisasi harus mengenalpasti keperluan latihan yang berkaitan dengan risiko OSH

dan sistem pengurusan OSH, memberi latihan, menilai keberkesanannya dan

menyimpan rekod berkaitan.

iv. Organisasi harus menentapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk

membuat orang-orang yang bekerja di bawah kawalan organisasi sedar akan :

14

- Kesan OSH, samada kesan sebenar atau potensi, hasil aktiviti dan tingkahlaku

pekerja dan keuntungan yang diperoleh dari peningkatan pencapaian personal .

- Peranan dan tanggungjawab serta pentingnya mencapai polisi OHS, prosedur

dan keperluan sitem pengurusan OSH termasuklah persediaan kecemasan dan

keperluan persiapan ERP.

- Kesan berpotensi apabila mengabaikan prosedur yang telah ditetapkan.

v. Prosedur latihan harus mempertimbangkan perbezaan dalam hal tanggungjawab,

kemampuan, kemahiran berbahasa dan tulisa serta risiko

Klausa 4.4.3 : Komunikasi, Penglibatan dan Perundingan

i. Komunikasi

Menerima, mendokumentasi dan respon dengan komunikasi yang relevan dari pihak-

pihak luar yang berkepentingan. Komunikasi internal dilaksana antara pelbagai level

dan fungsi dalam organisasi. Komunikasi juga dilaksana dengan kontrakor dan

pelawat di tempat kerja lain. Di antara jenis komunikasi :

- Komunikasi Dalaman – dalam organisasi (atasan, pertengahan, bawahan)

- Komuniksi Luaran – pihak berkepentingan, audit luar , pihak akreditasi dll

ii. Penglibatan

Penglibatan para pekerja melaui :

- Keterlibatan yang cukup dalam pengenalpastian hazard, penilaian risiko dan

dalam penentuan kawalan serta dalam penyiasatan kemalangan

- Keterlibatan dalam pembangunan dan penilaian semula polisi & objektif OSH.

- Perundingan bila ada perubahan-perubahan yang mempengaruhi OSH

- Perwakilan dalam hal berkaitan OSH

- Pekerja mestilah dimaklumkan tentang penyusunan keahlian termasuklah siapa

yang seharusnya menjadi wakil dalam hal-hal berkaitan OSH.

iii. Perundingan

Perundingan dilaksana dengan kontraktor bila ada perubahan-perubahan yang

mempengaruhi OSH. Organisasi harus memastikan bahawa, keperluan pihak-pihak

luar yang berkepentingan dan relevannya mengenai hal-hal berkait dengan OSH.

15

Klausa 4.4.4 : Dokumentasi

Dokumentasi sistem pengurusan OSH harus mencakupi :

a. Polisi dan objektif OSH serta penjelasan tentang skop OSH

b. Elemen utama sistem pengurusan OSH, interaksinya dan rujukan dokumennya.

c. Dokumen, termasuk rekod yang diperlukan oleh standard OSH.

d. Dokumen termasuk rekod yang dianggap perlu oleh organisasi untuk menjamin

perancangan, operasi dan proses kawalan yang efektif berkait dengan pengurusan dan

risiko OSH.

OSH mestilah mengandungi :

a. Kenyataan yang didokumenkan mengenai polisi dan objektif serta manual OSH.

b. Prosedur yang didokumenkan yang dikehendaki oleh standard antarabangsa.

c. Dokumen yang diperlukan oleh organisasi untuk memastikan perancangan,

implementasi dan tindakan korektif yang efektif.

d. Rekod-rekod yang diperlukan oleh standard

Klausa 4.4.5 : Pengawalan Dokumen

Dokumen yang diperlukan oleh sistem pengurusan OSH dan piawaian OSHAS ini harus

dikawal. Rekod adalah jenis khusus dokumen dan harus dikawal sesuai dengan (klausa 4.5.4).

Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk :

a. Pengesahan kelayakan dokumen sebelum diterbitkan

b. Penilaian, pembaharuan dan pengesahan semula dokumnen apabila diperlukan.

c. Menjamin bahawa perubahan dan status penilaian semula dokumen teridentifikasi.

d. Menjamin bahawa versi yang relevan dari dokumen sedia ada boleh digunakan.

e. Menjamin bahawa dokumen dapat dibaca/difahami dan dikenal dengan mudah.

f. Menjamin bahawa dokumen asal yang ditentukan oleh organisasi perlu untuk

perancangan dan operasi sistem pengurusan OSH dan pengedaranyya dikawal.

g. Mencegah penggunaan dokumen yang tidak digunakan lagi dan melakukan penandaan

dengan cara yang tepat bila dokumen tersebut di simpan untuk tujuan tertentu.

16

Pengurusan atasan mesti menyediakan prosedur :

a. Pengesahan dokumen sebelum dikeluarkan.

b. Disemak, dikemaskini dan disahkan semula sekiranya perlu

c. Memastikan salinan dokumen yang berkaitan berada ditempat yang diperlukan sahaja.

d. Memastikan dokumen mudah difahami, boleh dikenalpasti dan pengedarannya

dikawal.

Klausa 4.4.6 : Pengawalan Operasi.

Organisasi harus menentukan operasi dan aktiviti yang berkait dengan hazard yang telah

dikenalpasti. Semua operasi dan aktiviti tersebut memerlukan kawalan untuk menangani

risiko OSH. Perubahan-perubahan terhadap aktiviti dan operasi tersebut juga harus diurus

(rujuk klausa 4.3.1)

Untuk operasi dan aktiviti tersebut, organisasi harus menerapkan dan memelihara :

a. Penerapan kaedah pengawalan operasi. Organisasi harus mengintegrasikan pengawalan

operasi dalam sistem pengurusan OSH secara keseluruhan.

b. Pengawalan berhubung dengan barangan, peralatan dan perkhidamtan yang dibeli.

c. Pengawalan terhadap kontraktor dan pengunjug lain ke lokasi kerja

d. Mendokumenkan prosedur, diperlukan bila dianggap bahawa ketiadaan prosedur dapat

membuat penyimpangan terhadap polisi dan objektif OSH.

e. Kriteria operasi, diperlukan bila dianggap bahawa ketiadaan kriteria dapat membuat

penyimpangan terhadap polisi dan objektif OSH.

Klausa 4.4.7 : Persediaan Kecemasan dan Repon

i. Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memlihara prosedur :

- Untuk mengenalpasti potensi berlakunya situasi kecemasan.

- Untuk bertindak balas / respon terhadap situasi kecemasan tersebut.

ii. Dalam merancang tindakbalas terhadap kecemasan, organisasi harus pertimbangkan

pihak-pihak lain yang relevan seperti perkhidmatan kecemasan dan kejiranan.

17

iii. Organisasi juga harus menguji dan meninjau prosedur tindakbalas kecemasan secara

berkala.

iv. Organisasi harus melakukan perubahan-perubahan bila diperlukan, khususnya setelah

pengujian prosedur dan setelah berlakunya situasi kecemasn (lihat klausa 4.5.3)

Tindakan perlu dalam klausa 4.4.7

a. Menyediakan potensi berlakunya insiden dan kecemasan (perbincangan, mesyuarat,

pengalaman lepas dan check list) bagi setiap proses & aktiviti.

b. Langkah pencegahan (berikan prevention action terhadap proses & aktiviti)

c. Langkah semasa berlakunya kecemasan (latihan kebakaran, kemalangan, perubatan)

d. Menilai semula dan menguji semula plan tindakan sama ada sesuai atau tidak.

KLAUSA 4.5 : PEMERIKSAAN

Klausa 4.5.1 : Pengukuran Prestasi dan Pemantauan

Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memlihara prosedur untuk memantau dan

mengukur pencapaian OSH secara teratur. Prosedur tersebut harus menyediakan :

a. Pengukuran kualitatif dan kuantitatif yang sesuai dengan keperluan organisasi.

b. Pemantauan tahap pencapaian objektif OSH dan keberkesanan kawalan.

c. Pengukuran pencapaian yang bersifat proaktif yang memantau keadaan kesihatan yang

buruk, insiden dan bukti-bukti sejarah lain tentang kemalangan OSH.

d. Rekod data dan hasil dari pemantauan dan pengukuran yang cukup untuk dijadikan

bahan analisis tindakan korektif dan pencegahan selanjutnya.

Klausa 4.5.2 : Penilaian Pematuhan

Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memlihara prosedur untuk menilai kesesuaian

dengan perundangan berkait dengan OSH secara berkala (lihat klausa 4.3.2)

a. Organisasi harus menyimpan rekod hasil dari penilaian berkala tersebut.

b. Organisasi harus menilai kesesuaian dengan  perundangan OSH lain yang berlaku bagi

organisai (lihat klausa 4.3.2). Organisasi dapat menggabungkan penilaian ini dengan

penilaian pematuhan terhadap peraturan yang disebut.

18

Klausa 4.5.3 : Penyiasatan insiden, ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan

pencegahan

4.5.3.1 Penyiasatan insiden

Organsiasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk merekod,

mennyiasat dan menganalisis insiden untuk:

a. Menentukan ketidaklayakan OSH yang menjadi penyebab dan faktor lain yang dapat

menyebabkan atau memberi penyebab terjadinya insiden.

b. Mengenalpasti keperluan tindakan pembetulan dan peluang tindakan penceghan.

c. Memaklumkan hasil penyiasatan. Penyiasatan harus dilakukan pada masa yang tepat

dan sesuai.

4.5.3.2 Ketakakuran, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan

i. Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk menangani

ketakakuran sebenar dan melakukan tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan.

Prosedur harus menetapkan keperluan untuk:

a. Mengenalpasti dan membetulkan ketakakuran dan melakukan tindakan untuk

meminimumkan kesan OSH serta menentukan penyebab kejadian berulang.

b. Menilai keperluan tindakan untuk mencegah ketakakuran dan menerapkan

tindakan yang sesuai untuk menghindari kejadian.

c. Merekod dan memaklumkan hasil tindakan pembetulan dan tindakan

pencegahan yang diambil serta meninjau keberkesanannya.

ii. Apabila tindakan pembetulan pencegahan mengenalpasti kewujudan bahaya

baru/berubah yang memerlukan perubahan terhadap kawalan, prosedur harus

mensyaratkan agar penilaian risiko dilakukan sebelum tindakan dilaksanakan.

iii. Tindakan pembetulan dan pencegahan harus sesuai dengan tahap masalah dan sepadan

dengan risiko OSH yang dihadapi.

iv. Organisasi harus memastikan setiap perubahan yang terjadi disebabkan tindakan

pembetulan dan pencegahan disertai dengan perubahan dokumentasi sistem OSH.

19

Klausa 4.5.4 : Kawalan Rekod

i. Organisasi harus menetapkan dan memelihara  rekod yang diperlukan untuk

menunjukkan kesesuaian terhadap keperluan  sistem pengurusan OSH organisasi dan

piawaian OHSAS bagi menunjukkan hasil-hasil yang dicapai.

ii. Organisasi harus menetapkan, menerapkan dan memelihara prosedur untuk

mengenalpasti, menyimpan, melindungi, mengakses dan melupuskan rekod.

iii. Rekod  harus dijaga agar tetap dapat dibaca, dikenalpasti dan dikesan.

Klausa 4.5.5 : Audit Dalaman

i. Organisasi dikehendaki untuk mengukuhkan dan mengekalkan prosedur program-

program pengauditan serta jangkamasa audit OH&S hendak dijalankan. Prosedur

tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut;

a. Mengenalpasti sama ada ianya sistem pengurusan OH&S atau tidak

b. Memastikan pelan perancangan untuk pengurusan OH&S termasuklah

keperluan spesifikasi OHSAS

c. Pengekalan dan perlaksanaan yang baik

d. Keberkesanan objektif dan polisi organisasi

Program audit harus dirancang, ditetapkan, diterapkan dan dipelihara oleh organisasi,

didasarkan pada hasil penilaian risiko dari aktiviti organisasi dan pada hasil audit

sebelumnya.

Prosedur audit harus ditetapkan, diterapkan dan dipelihara, mengandungi :

- Tanggung jawab, kompetensi dan syarat-syarat dalam perancangan dan

pelaksanaan audit, pelaporan hasil audit dan penyimpanan rekod  berkaitan

- Penentuan kriteria audit, skop, kekerapan dan kaedah yang digunakan.

Pemilihan auditor dan pelaksanaan audit harus menjamin objektif dan tidak berat

sebelah.

20

KLAUSA 4.6 : Penilaian Semula Pengurusan

i. Pengurusan atasan harus menilai sistem pengurusan OSH pada perancangan tertentu

untuk menjamin kesesuian sistem, kelayakan dan keberkesanan.

ii. Rekod Penilaian semula harus  dipelihara.

iii. Input penilaian semual pengurusan atasan harus mengandungi:

a. Hasil audit dalaman dan hasil dari penilaian.

b. Hasil dari penyertaan dan perundingan  (Rujuk 4.4.3)

c. Komunikasi relevan dengan pihak luar yang berkepentingan, termasuk aduan

d. Pencapaian OSH organisasi dan peningkatan pencapaian objektif

e. Status penyiasatan insiden, tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan,

f. Hal-hal yang berubah, termasuk perkembangan perundangan dan keperluan

yang bersabit dgn OSH dan cadangan untuk peningkatan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, OHMS adalah merupakan mekanisma yang sangat berguna

dalam mengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam sesebuah organisasi. Dengan

memahami konsep OSHMS dan penggunaan undang-undang yang perlu diikuti, ia dapat

menjadikan sesebuah organisasi lebih efektif. Bukti-bukti telah menunjukkan bahawa

pelbagai manfaat akan diperoleh daripada pelaksanaan sistem pengurusan OSH (OSHMS),

termasuklah dapat mengurangkan kadar kematian dan kecederaan di kalangan pekerja serta

kemalangan di tempat kerja. Selain itu, dengan pelaksanaan OSHMS ini juga boleh

membantu organisasi dalam mematuhi peruntukan perundangan yang telah ditetapkan.

Pengurus atasan dapat menSyediakan latihan kepada para pekerja menjadikan pekerja patuh

kepada peraturan yang ditetapkan dan budaya kerja yang selamat dapat diterapkan secara

berterusan. Garis-garis panduan serta elemen di dalam model yang ada memberikan san

menerangkan serba sedikit tentang pelaksanaan OSHMS. Jadi, sesuatu organisasi tidak perlu

khuatir untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

(OSHMS). Akhir sekali, pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik adalah

sangat penting dan ianya mendatangkan kebaikan serta pulangan yang lumayan kepada

semua. Semua organisasi diseru bagi melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) ini.

21

RUJUKAN

i. MS1722-OSHMS. NIOSH Certification (atas talian)

https://ncsblog.wordpress.com/services/certification/ms-1722-oshms/

ii. OSH Management System at Workplace (OSHAS 18001) (2010) (atas talian)

http://workshop-oshe.blogspot.my/2010/10/osh-management-system-at-

workplace.html

iii. OHSAS 18001:2007 : Sistem OSHMS (2011) Laman Web Rasmi Jabatan Standard

Malaysia (atas talian) http://www.jsm.gov.my/ms/ms-1722#.VjQoqtzoSSF

iv. Siti Marinnachu (2015) OSH Management System (atas talian)

http://documents.tips/documents/sistem-pengurusan-osh.html

v. Miesha Mia (2013) Occupational Safety and Health Management System (atas talian)

http://www.slideshare.net/MiEshaMia/3-osh-management

vi. Bablu Deo (2011) OHSAS-18001 AWARENESS (atas talian)

http://www.slideshare.net/babludeo123/ohsas-18001-awareness-by-bablu-deo

vii. OHSAS 18001 Occupational Health and Safety Management. (NSAI) (atas talian)

http://www.nsai.ie/NSAI/files/18/18d115e9-31ce-4052-b54a-4811afc52904.pd

viii. Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS). Sesi 2. UTM

ix. Guidelines on Occupational Safety and Health Management System (2014). Ministry

of Human Resource, Department of OSH.

x. Ceramah Sitem Pengurusan OSH-MS. (2010). Jabtan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia.

xi. The Application In Accident Prevention. NIOSH UPDATE, volume 5, number 13,

2012 (OSHMS).

xii. The Application In Accident Prevention. NIOSH UPDATE, volume 5, number 14,

2012 (OSHMS)

xiii. Kadir Arifin, Kadaruddin Ayiub, Azhar Awang dan Muhamad Rizal Razman (UKM).

Sitem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHAS:18001) Analisis

Kepada Penerimaan Faedah Pelaksanaanya Kepada Organisasi di Malaysia

22