oleh hasan al-banna bin mohamed faktor budaya organisasi... · ijazah sarjana sains (pembangunan...

24
HUBUNGAN FAKTOR BUDAYA ORGANISASI SEKOLAH DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZON A, BAHAGIAN KUCHINGISAMARAHAN Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED Kajian Ilmiah ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak

Upload: volien

Post on 27-Jun-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

HUBUNGAN FAKTOR BUDAYA ORGANISASI SEKOLAH DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ZON A,

BAHAGIAN KUCHINGISAMARAHAN

Oleh

HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED

Kajian Ilmiah ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,

Universiti Malaysia Sarawak

Page 2: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

Kajian Ilmiah bertajuk 'Hzlbungun Faktor Budaya Organisusi Sekolah Dengun Kep~iusurz Ke j a Kalangan Guru Sekoluh Menengah Kebangsaan Zon A, Bahagian Kuching/Samarcrhan' telah disediakan oleh Hasan Al-Banna bin Mohamed dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Pn. Noorshah bt Mohd. Salleh) Penyelia Kajian Ilmiah Tarikh :

Pemeriksa Dalaman:

Pemeriksa Luaran:

Page 3: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

Tiada bahagian daripada kajian ilrniah ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu perlnohonan bagi mendapatkan kelayakan ijazah di universiti ini

atau institusi pengajian tinggi yang lain

Page 4: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

DEDIKASI KHAS

Tiduk ciil~lpc~knn bunt :

Puarl Farl/~llak Hujlani, r~ terlku y"ng fel-crnfa (Bakal cal~uya rncltuku) Iburzdu dun uj~uhc~ndahz~ ytrng dr~(1yczrlgi Mertuakzi Dutuk clan neriekhu G u r ~ ~ - g u l - u k ~ ~ Rrrkan .\ cpel;rzrawgrrnku

Page 5: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

BIODATA DIRI

Hasan Al-Banna bin Mohamed adalah berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan dilahirkan pada 12 September 1971. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail (3), kemudian meneruskan pembelajarannya di Sekolah Menengah Agama Maahad Muharnmadi (Lelaki) sehinggalah Tingkatan Enam (bawah). Seterusnya melanjutkan pelajaran di Pra- Akademi Islam di Nilam Puri, Kelantan selama dua tahun bern~ula pada tahun 1990. Setelah itu, beliau menjejakkan kakinya di Universiti Malaya Kuala Lumpur untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang Akademi Pengajian Islam (APIUM). Beliau mendapat kelulusan Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan kepujian Kelas Kedua Bahagian Tinggi pada tanggal 24 Ogos 1996.

Setelah mendapat ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, beliau telah mula ditugaskan sebagai pendidik di Sarawak pada 16 Jun 1996. Beliau dilantik sebagai guru mata pelajaran Pendidikan Islam, di samping menjadi ketua Unit Bimbingan & Kaunseling di S.M.K. Muara Tuang, Kota Samarahan. Beliau merupakan seorang pendidik yang meminati bidang motivasi serta bimbingan & kaunseling di sekolah. Pada tahun 1999, beliau telah melanjutkan pelajarannya lagi di peringkat Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Universiti Malaysia Sarawak (LTIMAS).

Page 6: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

PENGHARGAAN

Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillah segala puji ke hadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kcrarla dengan linipali Inayah dan Iradah-Nya, pengkaji dapat menyiapkan kajian ilmiah ini sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia (MSc HRD).

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih ditujukan khas untuk penyelia, Puan Noorshah bt Salleh atas bimbingan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang penulisan kajian ini. Seterusnya, ucapan terima kasih kepada Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan juga kepada jawatankuasa pemeriksa luar dan dalam bagi kajian ilmiah . . lnl.

Tidak lupa juga, pengkaji merakarnkan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS yang tidak jenlu-jemu memberi dorongan daii ilmu pengetahuan mereka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bahagian Perancangall dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak terutamanya Unit Latihan dan semua pengetua sekolah yang terlibat, serta tidak ketinggalan kepada guru-guru yang bekerjasanla dalam memberi maklum balas terhadap soal selidik budaya organisasi sekolah dan kepuasan kerja guru.

Dl sanlplng ~ t u , perigkajl juga melah~rkan rasa ter~md kas~h khas kepada rakan-rakd11 MSc (HRD) Flex~time 1, pengetua SMK Muara Tuang, rakan seperjuangan, Cikgu Rozhan dan Ira, Muhamu, Shukri, Jac~ntha, Sir Zahari, Ustaz Sakr~, Yang Ariff, Ustaz Amran, IIasman Kal~nl, Arshad atas segala bantuan dan kerjasama yang d~berikan serta kepada semua p~hak yang terl~bat dalam Lajidn 1111 secara langsung atau t~dak langsung

Akhir sekali, pengkaji ingin nlengucapkan terima kasih dan penghargaan yang ticiak terhingga buat isteri tercinta, Puan Fadilah Hayani Hj. Hassan atas pengorbanan yang diberikan. Kesusahan dan ketabahanmu bagaikan satu restu untukku menyiapkan kajian i~ii .

Penghargaan khas juga ditujukan kepada ma, abah, aba dan mi, serta adik-adikku sekalian. Doa daii dorongan kalianlah telah membuahkan kejayaan ini.

Semoga Allah S.W.T. sahaja yang dapat menlbalas jasa baik kalian dan Allah S.W.T. jualah yang niemberkati segala usaha murni ini. Amin.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalam

HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Un~vers~ti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak. Mac 2001

Page 7: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

JADUAL KANDUNGAN

Perakuan Dedikasi Khas Biodata Diri Penghargaan Jadual Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Abstrak Abstract

BAB 1: PENDAHULGAN 1.0 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kajian 1.2 Pernyataan Masalah 1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum 1.3.2 Objektif Khusus

1.4 Rangka Konsep Kajian 1.5 Hipotesis Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Budaya Organisasi Sekolah 1.7.2 Gaya Kepimpinan 1.7.3 Sistem Ganjaran 1.7.4 Perhubungan Antara Personel (Guru) 1.7.5 Komunikasi 1.7.6 Kepuasan Kerja 1.7.7 Sekolah Menengah Kebangsaan 1.7.8 Guru-Guru Sekolah Menengah Kebangsaan

1.8 Limitasi Kajian 1.9 Kesimpulan

BAB 2: KAJIAN SEMULA PEKULISAN 2.0 Pengenalan 2.1 Budaya Organisasi

2.1.1 Budaya Organisasi Sekolah 2.2 Kepuasan Kerja 2.3 Hubungan antara Faktor Budaya Organisasi dengan

Budaya Organisasi 2.3.1 GayaKepimpinan 2.3.2 Sistem Ganjaran 2.3.3 Perhubungan Antara Personel (Guru) 2.3.4 Komunikasi

. . . 111

1V

V

v1 vii X1

xii xv

XV1

vii

Page 8: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

2.4 Hubungan antara Faktor Budaya Organisasi dengan Kepuasan Kerja 2.4.1 Gaya Kepimpinan 2.4.2 Sistem Ganjaran 2.4.3 Perhubungan Antara Personel (Guru) 2.4.4 Komunikasi

2.5 Kesimpulan

BAB 3: hIETODOLOG1 KAJIAN 3.0 Pengenalan 3.1 Lokasi Kajian 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Populasi dan Pensampelan 3.4 Pengumpulan Data 3.5 Instrumen Kajian 3.6 Kajian Rintis 3.7 Penganalisaan Data

3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar 3.7.2 Analisis Varian Sehala (One- Way Allolta) 3.7.3 Ujian Pekali Kolerasi Pearson, r 3.7.4 Ujiail Regresi Linear Berganda (Stepwise)

3.8 Kesimpulan

BAB 4: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 4.1 Ciri-Ciri Demografi Responden

4.1.1 Jantina 4.1.2 Umur 4.1.3 Kategori Guru 4.1.4 Status Perkahwinan 4.1.5 Pencapaian Akademik 4.1.6 Pengalaman Mengajar

4.2 Pengukuran Tahap Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Zon A, Bahagian KuchingiSamarahan 4.2.1 Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Jantina 4.2.2 Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur 4.2.3 Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Kategori Guru 4.2.4 Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Status Perkahwinan 4.2.5 Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Pencapaian Akadenlik 4.2.6 Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Pengalaman Mengajar

4.3 Analisis Tahap Kepuasan Guru terhadap Faktor-Faktor Budaya Organisasi Sekolah 4.3.1 Tahap Kepuasan Guru terhadap Gaya Kepimpinan 4.3.2 Tahap Kepuasan Guru terhadap Sistem Ganjaran 4.3.3 Tahap Kepuasan Guru terhadap Perhubungan

Antara Personel (Guru) 4.3.4 Tahap Kepuasall Guru terhadap Komunikasi

Page 9: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

4.4 Pengujian Hipotesis Kajian dan Perbincangan 4.4.1 Hubungan Ciri-Ciri Demografi Responden dengan

Kepuasan Kerja Guru 4.4.1.1 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Jantina 4.4.1.2 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur 4.4.1.3 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan

Kategori Guru 4.4.1.4 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan Status

Perkahwinan 4.4.1.5 Perbezaan Kepuasan Kerja Berdasarkan

Pencapaian Akademik 4.4.1.6 Perbezaan Kepuasa~i Kerja Berdasarkan

Pengalaman Mengajar 4.4.2 Hubungan Faktor Budaya Organisasi Sekolah

dengan Kepuasan Kerja Guru 4.4.2.1 Flubungan Gaya Kepimpinan dengan

Kepuasan Kerja Guru 4.4.2.2 Hubungan Sistem Ganjaran dengan

Kepilasan Kerja Guru 4.4.2.3 Hubungan Berdasarkan Perhubungan Antara

Personel (Guru) dengan Kepuasan Kerja Guru 4.4.2.4 Flubungan Komunikasi dengan Kepuasan

Kerj a Guru 4.5 Penentuan Faktor Budaya Organisasi Sekolah yang Paling

Dominan dalam Menlpengaruhi Kcpuasan Kerja Guru 4.6 Ringkasan Keputusan Pengiljian Hipotesis 4.7 Kesimpulan

HAB 5: RURIUSAN, KESTMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 5.1 Rumusan

5.1.1 Profil Responden 5.1.2 Pencapa~an Objekt~f Kajlan

5.2 Kes~mpulan 5.3 Cadangan

5.3.1 Cadangan Penyel~d~kan akan Datang 5.4 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN A: Senarai Nama Sekolah-Sekolah Mencngah Kebangsaan Zon A, Bahagian Kuch~ngiSamarahan

LAMPIRAN B: Taburan Responden daripada Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Zon A, Bahagian KuchingISamarahan

LAMPIRAN C: Borang Soal Selidik Latihan Ilmiah

Page 10: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

LAMPIRAN D: Struktur Item pada Bahagian B dan C dalam Borang Soal Selidik

LAMPIRAN E: Surat Memohon Kebenaran Menjalankan Kajian Ilmiah daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN F: Surat Kebenaran Kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN G: Surat Kebenaran Kajian daripada Unit Latihan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

LAMPIRAN H: Garis Panduan Urusan Penggredan Sekolah daripada Bahagian Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 11: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Rangka Konsep Kajian 4

2 Teori Dua Faktor Herzberg 13

3 Perbandingan Teori Hirarki Keperluan Maslow dengan Teori E. R. G.

4 Model Kepuasan Kerja 14

5 Konsep Hirarki Keperluan Maslow 2 1

Page 12: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Nilai Skala Likert 4 Mata 28

Keputusan Ujian Alpha Cronbach ke atas Instrumen Kajian

Skala Pengukuran Perhubungan (Davis , 197 1) 3 1

Taburan Responden Berdasarkan Jantina 32

Taburan Responden Berdasarkan Umur 32

Taburan Responden Berdasarkan Kategori Guru 33

Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan 33

Taburan Responden Berdasarkan Pencapaian Akademik 34

Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 34

Skala Pengukuran Tahap Keseluruhan Kepuasan Kerja Guru 34

Taburan Kekerapan dan Peratusan untuk Tahap Keseluruhan Kepuasan Kerja Guru 3 5

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Jantina

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Kategori Guru

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Status Perkahwinan 36

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Pencapaian Akademik 37

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Berdasarkan Pengalaman Mengajar 3 8

xii

Page 13: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

Min dan Sisihan Piawai Kepuasan Guru terhadap Faktor-Faktor Budaya Organisasi Sekolah

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Guru terhadap Gaya Kepimpinan

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Guru terhadap Sistem Ganjaran

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Guru terhadap Perhubungan Antara Personel (Guru) 3 9

Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahap Kepuasan Guru terhadap Komunikasi 4 0

Ujian t Kepuasan Kerja Berdasarkan Jantina 40

Min dan Sisihan Piawai Kategori Cmur terhadap Kepuasan Kerja Guru

Analisis Varian Sehala Kepuasan Kerja Berdasarkan Umur 42

Min dan Sisihan Piawai Kategori Guru terhadap Kepuasan Kerja 43

Analisis Varian Sehala Kepuasan Kerja Berdasarkan Kategori Guru 43

Min dan Sisihan Piatvai Status Perkahwinan terhadap Kepuasan Kerja 44

Ujian t Kepuasan Kerja Berdasarkan Status Perkahwinan 44

Min dan Sisihan Piawai Pencapaian Akademik terhadap Kepuasan Kerja 4 5

Analisis Varian Sehala Kepuasan Kerja Berdasarkan Pencapaian Akademik 4 5

Min dan Sisihan Piawai Pengalaman Mengajar Terhadap Kepuasan Kerja 46

Analisis Varian Sehala Kepuasan Kerja Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Keputusan Ujian Pekali Korelasi Pearson antara Faktor Budaya Organisasi Sekolah dengan Kepuasan Kerja Guru

Page 14: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

Dapatan Analisis Regresi Linear Berganda bagi Faktor Budaya Organisasi Sekolah yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru

Dapatan Analisis Regresi Linear Berganda bagi Faktor Budaya Organisasi Sekolah yang Tidak Mempengaruhi Kepuasan Kerja Gum

Ringkasan Keputusan Pengujian Hipotesis

Page 15: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

ABSTRAK

HUBUKGAN FAKTOR BUDAYA ORGANISASI SEKOLAH DENGAN KEPUASAN KERJA Dl KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBAKGSAAN ZON A,

BAHAGIAN KUCHINGISAMARAHAN

Hasan Al-Banna bin Mohamed

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara faktor budaya organisasi sekolah dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja yang dimiliki oleh guru-guru sekolah dan tahap kepuasan mereka terhadap faktor-faktor budaya organisasi sekolah. Di samping itu, kajian ini turut mengenal pasti ciri-ciri demografi terpilih iaitu jantina, umur, kategori guru, status perkahwinan, pencapaian akademik dan pengalaman mengajar - sama ada wujud perbezaan yang signifikan dengan kepuasan kerja. Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti faktor budaya organisasi sekolah yang paling dominan dalam mempengaruhi kepuasan kerja guru. Sampel kajian ini dipilih secara rawak yang terdiri daripada 63 orang guru dari 19 buah sekolah menengah kebangsaan di Zon A, Bahagian Kuching/Samarahan. Instrumen kajian pula menggunakan soal selidik yang diubah suai daripada Job Satisfaction Index (JSI) yang diperkenalkan oleh Brayfield dan Rothe (1951) dan daripada Leadership Behavior Description Questionaire (LBDQ XIII) yang dibentuk oleh Stogdill (1963). Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS for Wirzdo~vs - versi 10.1. Ujian penganalisaan data menggunakan dua kaedah iaitu kaedah statistik deskriptlf(peratusan, min, frekuensi, sisihan piauai) dan kaedah statistik irfererzsi (Ujian t Tidak Bersandar, Analisis Varian Sehala, Ujian Pekali Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Linear Berganda). Dapatan kajian pula menunjukkan bahaiva kebanyakan guru (50.8 %) berada pada tahap kepuasan kerja yang tinggi. Manakala tahap kepuasan guru terhadap gaya kepimpinan (50.8 %) dan sistem ganjaran (60.3 %), majoritinya berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, faktor perhubungan antara personel (guru) dan komunikasi berada pada tahap kepuasan yang tinggi iaitu masing-masing 65.1 % dan 68.3 %. Ciri-ciri demografi terpilih yang mempunyai perbezaan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru hanyalah faktor jantina sahaja (pC0.047). Di samping itu, terdapat hubungan yang signifikan terhadap tiga faktor budaya organisasi sekolah dengan kepuasan kerja. Faktor tersebut ialah perhubungan antara personel (guru) (p<0.026), sistem ganjaran (p<0.030) dan komunikasi (pC0.03 I). Sebaliknya faktor gaya kepimpinan (p>O. 190) tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja. Dapatan kajian juga mendapati bahawa faktor paling dominan yang menyumbangkan kepuasan kerja guru ialah perhubungan antara personel (guru) (r=0.280, p<0.026). Justeru, amatlah diharapkan agar kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak bertanggungawab untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja mereka terutamanya berkaitan dengan gaya kepimpinan pengetua di sekolah dan sistem ganjaran kepada para guru.

Page 16: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

ABSTRACT

TIIC RELA TIOII~SHIP BETWEEN THE ORGAILIS,~ TI0;VrlL CCLTCRE OF SCHOOL FACTOR AjVL) THE JOB SA TlSFA CTIOIV AMONG THE SECO VD4R 1 SCHOOL TEA CHENS

IN ZOIVE ',4 , KUCIfIA?/G/S,4,2.1ARA H4Ar DI VI5IO.L S

Hasan Al-Banna bin Mohamed

Tile purpose of this study was to find out tile relationship beticeen tire orgatlisatior~al cultllre oJ.scl~ool Jactor and tile job satisfactior~ anlong the secorldar). school teachenc.. Hence, tliis study iljas ccirriea' o ~ r f with its ri~airl purpose to study the level o f job satisfacriori ar7ior1g school teachers and thew satisfactiorl lcvel toltmards the scl~ool orgarzisation culture. Tl~is stndj* airsivered ithetiler selected de~nograpl~ic characteristics sztch as gender, age, teachers' category, rnarital status, acaderilic qual~ficatior~s ~ t ~ d ,t,orlrit~g e.wperierzce ka\,e sigr~lficarit drffererices 011 teachers ' job satisf~ction. This sttidy also airtied to establish which orguiiisational culture of sc/~ools the was n~ost doriliriarzt factor in effectliig tile teacllers' ,job sutisfuctior~. Tile sarnple for illis stud)' was taken at randorir cotliprising 63 teachers fioni all 19 secondar-) schools in Zone A, K~tchit~g/Sarnuralrn Di~.isiol~. The irzstruirret~t for tlris s t u b was t l i r o ~ ~ g l ~ qitestior~r~aire arrret~dedfron~ tile Job Satisfactior~ 1nde.r (JSI), designed by Bra)$eld and Rotl~e (1951) and Leadership Belia1'ior Description Qlrestiorir~aire (LBDQ XIII) b ~ ' Stogdill (1963). The data umus arlal),zeci ~rsiirg SPSS For IVi~do~t 's - Version 10.1. The testing of clata analysis was done using tivo ri~ethods; tile ilescriptlve statistic tnethod (percentage, rtleatl, frequency, standard de1,iation) anti infiret~tial ri~etlroci (Irldepel~detlt Sarr~ple T-Test, One-lVay AlVOV,4, Pearson Correlation, r and Mitltiple Linear Regrcssioti :triul~~sis). Tile finding of illis study sho~ted that nlost teachers were experie~icing a high Ie\,el of .sati~factior~ irl their jobs (50.8%). ,tfeailwhrle, the nrajority of the satr~ples shon,ed that teachers' si~tisfacrion towards leadership stj.les (50.8%) ancl ~.eit'ard systetils (60.3%) were at the rnoderate le~sel. IIo,r.ever, relatior~sl~ip arilotig persor~rlel (teacl~ers) and cor~~r~lztrricatiot~s were at tire Irigl~er level; (65.1% a~itl 68 3%). Oue of tile den~ographic cl~aracteristics L ~ , / I ~ c / I shon'ed sigi~ljicarlt rlfferer~ce in teaclicrs ' job scztisJactiorr was gender (p<0.047). Beside that, there was a sigrl~jcarlt correlation artiorlg three.factors of tile school s orga~r~sutiorinl cultute and the teachers'job satlsfactroil The three factors vt ere relat~otishlp artlorig petsonr~el [teachers) ( p i 0 036), reitard sjsrenl lp<0 0301 anri coinnntrllcatlorl (p<0 031) Leadcrslrip stj,le (p>0.190) ~ v a s not a sign!ficarit factor that irJluer~ce job sat~sfactiotl at71orzg scl~ool rctrclrers. Tire resltlr also s/lou,ec/ that tile itrost sign~fica~~tfirctor in pron~oti~rg satisfactiotl atrrollg teacl2er.s bras reliltio~~ship arr~oi~g persor~tiel (teachers) (r = 0.380, p<0.036). Tirerefore, it is /loped tliut this strrdy it,o~tld be useJitl in l~elping the relevant authorities to ir~ifiate a niol-e eflecti1.e utld tiieat~it~&fill approac11 irr clealirlg itith job scztisfactior~ arrrorlg teachers, and irnprove leadersi~lp stj.les o f sci~ool principals and the r.c.ir'ards sj,sren~s toivarils reachers.

Page 17: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Budaya dalam sesebuah organisasi merupakan aset bernilai untuk mengatasi sebarang permasalahan yang timbul. Budaya organisasi yang wujud dapat menghasilkan norma-norma yang akhirnya mencorakkan tingkah laku seseorang pekerja atau ahli kumpulan organisasi. Elemen ini akan mempengaruhi para pekerja sama ada berpuas hati dengan kerja yang dilakukannya ataupun tidak. Oleh itu, bagi mewujudkan sesebuah organisasi yang dapat bersaing dalam era globalisasi ini; elemen-elemen penting perlu diselaraskan antara sistem sosial dalam masyarakat, nilai moral individu yang beretika, kedudukan politik yang stabil, sistem ekonomi yang kukuh dan yang paling utama ialah budaya organisasi yang baik (Ibrahim Mamat, 1993).

Hubungan antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja sering menjadi isu perbincangan. Terdapat banyak kajian terdahulu yang mengkaji hubungan antara kedua-dua aspek tersebut seperti kajian Roni ak Ah Hin (2000), Kartinah Surami (1999), Edora Ismail (1998) dan Cheng (1993). Hal ini disebabkan budaya organisasi sangat penting dalam mempengaruhi seseorang pekerja agar bekerja dengan lebih baik (Storey, 1995). Jika budaya organisasi itu mampu meningkatkan kepuasan para pekerjanya, sudah pasti dapat memberi faedah yang besar kepada anggota organisasi (Soetos dan Schmerder, 1988 dalam Issac, 1993).

Manakala dalam konteks sekolah pula, guru mempakan ahli organisasi yang berperanan penting. Peranan dan tanggungjawab guru bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini disebabkan para guru terpaksa menghadapi pelbagai tugasan di sekolah. Malahan tugas guru kini dianggap satu kerjaya yang semakin rumit dan sangat membebankan (Gray dan Freeman, 1987). Tanlbahan pula, mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai faktor yang membentuk budaya dalam organisasi di sekolah masing-masing. Antaranya ialah gaya kepimpinan pihak pentadbir, sistem ganjaran, perhubungan antara rakan sekerja dan budaya berkomunikasi. Isu sebegini jika tidak diatasi dengan berkesan, akan menyebabkan seseorang individu mengalami ketidakpuasan dalam kerjaya mereka.

Justeru, budaya organisasi sekolah perlu mewujudkan suasana kepuasan kerja yang kondusif dan selesa kepada guru-guru bagi mengekalkan mereka dalam profesion perguruan dan mengembalikannya ke satu tahap yang unggul (Hj. Muhammad Mustaffa, 1995).

Bab ini seterusnya akan membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, rangka konsep kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, definisi istilah dan limitasi kajian.

Page 18: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

1.1 Latar Belakang Kajian

Budaya organisasi sekolah yang wujud secara tersendiri amat unik jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi yalig lain kerana impaluiya kepada perjalanan sistem organisasi sekolah sangat mendalam dan mempengaruhi keberlangsungan anggotanya untuk berfungsi dengarl lebih baik. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan meneliti secara terperinci tentang faktor-faktor budaya organisasi yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah menengah.

Kajian yang dijalankan oleh Roni ak Ah Hin (2000) dan Edora Ismail (1998) telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja di kalangan para pekerja syarikat. Selain itu, kajian tinjauan yang dijalankan oleh Renwick dan Lawler (1978) dalam Roni ak Ah Hin (2000) terhadap kakitangan editorial jurnal 'Psj,cho/ogy Totkly' dan tinjauan ke atas para penibacanya; mendapati bahawa faktor-faktor budaya organisasi seperti hubungan antara pekerja dan majikan serta peluang untuk niempelajari sesuatu adalah merupakan kepuasan paling penting. Tambahan pula kenyataan tersebut disokong oleh Jaafar Muhamad (1997) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan signifikan antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja individu apabila mereka dapat nienyesuaikan keperluan diri dengan keperluan budaya organisasi.

Dalani kajian ini juga, pengkaji aka11 mengkaji hubungan faktor budaya organisasi sekolah dengan kepuasan kerja di kalangan para guru. Hal ini disebabkan timbul pelbagai isu yar~g mengatakan baliawa kebanyakan guru tidak berpuashati dengan kerja akibat daripada suasana budaya organisasi sekolah. Pada masa kini, guru-guru sering menghadapi pelbagai karenah dan pennasalahan di persekitaran tempat kerja n~ereka (Kyriacou, 1980; Johnstone, 1989; Borg, 1990; Dunham, 1992). Contolmya, profesion perguruan semakin mencabar seperti pertanlbahan tugas-tugas harian, sikap para guru sendiri yang tidak bermotivasi, terdapat guru yang tidak mernaharni tentang tugas niereka dengan terperinci, persekitaran pejabat yang tidak selesa, niasalah perliubunga~i dengan rakan sekerja serta ketidakpuasan terhadap gaya kepimpinan pihak pentadbir (Gray dan Freeman, 1987). Sekiranya perkara scbegini tidak diberi perhatian sewajamya, pasti gum-guru akan lebih tertekan dan tidak berpuas hati dengan kerjaya rnereka sendiri.

Justeru, kajian iui akan menlfokuskan empat faktor budaya organisasi sekolah yang dikenal pasti oleh perigkaji sama ada budaya yang diamalkan itu dapat menjanjikan kepuasan kerja guru ataupun tidak. Faktor-faktor tersebut nierangkunli gaya kepimpinan pengetua, sisteni ganjaran, perhubungan antara personel (guru) di sekolah dan akhirnya ialah kon~unikasi. Hal ini akan dapat men~bantu pihak guru khasnya dalam n~enangani sebarang permasalahan yang timbul senlasa menjalani tugasan mereka dan juga dapat meningkatkan keberkesanan sekolah sebagai institusi pendidikan yang terbaik.

1.2 Yernyataan Masalali

Kenienterian Pendidikai~ Malaysia telah nienyarankan agar sckolah perlu meuujudkan satu iklim belajar dan budaya organisasi sekolah yang sesuai untuk men~bolehkan proses pengajaran dan penlbelajaran dilaksanakan dengan senpurna. Menurut Mohd. Salleli Lebar (1992), suasana budaya organisasi sekolah yang baik perlu merangkumi hubungan sosial yang terdapat dalam kawasan sekolah, keadaan fizikal, sisteni pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan persekitaran. Di san~ping itu, kenaikan pangkat, kerja pentadbiran dan pengkeranian, sistem penilaian yang telus juga dapat meningkatkan motivasi para guru (Nik Faizah Mustafa, 1995).

Page 19: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

Kajian oleh Cheng (1993) mendapati bahawa budaya organisasi sekolah amat berkait rapat dengan sikap guru tentang kerja masing-masing. Beliau menegaskan bahawa faktor budaya organisasi sekolah seperti persekitaran sekolah yang kondusif, ahli organisasi yang saling bekerjasama, keakraban dan gaya kepinlpinan pengetua yang berkarisma; dapat melahirkan kepuasan kerja yang tinggi dan meningkatkan produktiviti para guru.

Tambahan pula, adalah penting untuk mengenal pasti hubungan antara faktor budaya organisasi yang diamalkan di sekolah dengan kepuasan kerja yang dimiliki oleh para guru. I'enyesuaian budaya yang diadaptasikan dalam organisasi adalah penting unh~k menghadapi sebarang pennasalahan yang timbul sama ada berbentuk dalanian atau luaran. Dari pernyataan-pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa semua anggota sekolah perlu bekerjasama untuk memastikan budaya organisasi sekolah dapat diwujudkan dengan baik. Hal ini akan nlenlbanh~ pihak pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia mencapai rnatlanlat serta Falsafah Pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, jika aspek kepuasan ini tidak dieapai, pastinya nlengganggu prestasi kerja dan sikap seseorang individu. Rentetan daripada itu, timbul tekanan perasaan yang nlembawa kepada pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, gangguan mental dan en~osi . Akhirnya akan menjejaskan tahap dan mutu pencapaian seseorang guru; antaranya rekod kedatangan yang merosot, tidak yakin diri, serta hubungan dan komunikasi sesama rakan sekerja akan terjejas (Byrne, 1992).

Walau bagaimanapun, kajian-kajian yang khusus tentang hubungan antara faktor-faktor budaya organisasi sekolah dengan kepuasan kerja para guru masih pada tahap nlinimum. Melalui penlerhatian dan penyelidikan, pengkaji mendapati belum banyak kajian yang dijalankan secara mendalam terhadap hubungan kedua-dua aspek tersebut di kalangan guru di Malaysia anlnya dan di Sarawak khasnya. Kajian-kajian yang ada lebih tertumpu kepada hubungan budaya organisasi syarikat atau budaya korporat dengan kepuasan kerja. Ia bole11 didapati melalui kajian Roni ak Ah Hin (2000), Kartinah Surami (1999), Edora Ismail (1998), Segiovanni dan Corbally (1998), Schein (1993) serta Issac (1993). Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan terhadap faktor budaya organisasi di sekolah bagi rnengetahui kedudukan sebenar tahap kepuasan kerja para quru.

Di sanlping itu, kajian ini juga dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang faktor-hktor budaya organisasi sekolah yang mempengaruhi kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon A, Bahagian KuchingISamarahan. IIasil daripada kajian ini nanti dijangka dapat menerangkan sama ada wujud perhubungan atau tidak antara faktor budaya organisasi dengan kepuasan kerja para guru.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh faktor budaya organisasi sekolah terhadap kepuasan kerja para guru. Fokus kajian ini meliputi hubungan faktor- faktor budaya organisasi sekolah dengan kepuasan kerja para guru sekolah menengah kerajaan di Zon A, Bahagian KuchingISamarahan temlasuklah faktor gaya kepinipinan, sistem ganjaran, perhubungan antara personel (guru) dan komunikasi.

Page 20: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

1.3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini pula ialah :

(a) menentukan ciri-ciri demografi responden terpilih Cjantina, umur, kategori guru, status perkahwinan, pencapaian akadernik tertinggi dan pengalaman mengajar) yang mempengaruhi kepuasan kerja guru.

(b) melihat tahap keseluruhan kepuasan kerja para guru dengan faktor-faktor budaya organisasi sekolah.

(c) mengenal pasti tahap kepuasan guru terhadap faktor-faktor budaya organisasi sekolah.

(d) mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor budaya organisasi sekolah iaitu: i. faktor gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja guru. ii. faktor sistem ganjaran dengan kepuasan kerja guru. iii. faktor perhubungan antara personel (guru) dengan kepuasan kerja guru. iv. faktor komunikasi dengan kepuasan kerja guru.

(e) mengenal pasti faktor budaya organisasi sekolah yang paling dorninan dalam mempengaruhi kepuasan kerja gum.

1.4 Rangka Konsep Kajian

PEMBOLEH UBAH TIDAK BERSANDAR FAKTOR BUDAYA 1

PEMBOLEH UBAH BERSANDAR KEPUASAN

I ORGANISASI SEKOLAH 1-q KERJA

GAYA KEPIMPINAN

SISTEM GANJARAN

PERHUBUh'GAN ANTARA PERSONEL (GURU)

KOMUNIKASI

GURU FAKTOR DEMOCRAFZ

JANTINA

UMUR

KATEGORI GURU

STATUS PERKAHWINAN

PENCAPAIAN AKADEMIK

PENGALAMAN MENGAJAR

Rajah 1 : Rangka Konsep Kajian

Page 21: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif-objektif yang telah dinyatakan pada Bahagian 1.4, pengkaji menetapkan beberapa hipotesis nu1 bagi kajian ini adalah seperti berikut:

Hipotesis Nu1 1 (Hol) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina guru dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 2 (Ho2) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur guru dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Xu1 3 (Ho3) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori guru dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Xu14 (Ho4) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 5 (Ho5) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian akadernik dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 6 (Ho6) : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengaj ar dengan kepuasan kerj a guru.

Hipotesis Xu1 7 (Ho7) : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 8 (Ho8) : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara sistem ganjaran dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 9 (Ho9) : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan berdasarkan perhubungan antara personel (guru) dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 10 (Ho 10) : Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara komunikasi dengan kepuasan kerja guru.

Hipotesis Nu1 1 1 (Hol 1) : Tidak terdapat faktor budaya organisasi sekolah yang paling dorninan dalam mempengaruhi kepuasan kerja guru.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor budaya organisasi sekolah dengan kepuasan kerja di kalangan guru sekolah menengah kebangsaan di Zon A, Bahagian KuchingISamarahan. Di samping itu, dapatan kajian ini dapat membantu pihak pentadbir dan pengurusan sekolah khususnya, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia umumnya, bagi mengenal pasti sama ada faktor-faktor budaya yang diamalkan dalam organisasi sekolah dapat mempengaruhi kepuasan kerja para guru yang bertugas ataupun sebaliknya dan juga untuk meningkatkan profesionalisme perguruan di mata masyarakat.

Page 22: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

Dapatan kajian ini sekali gus dapat menilai tahap keseluruhan kepuasan kerja guru di sekolah menengah kebangsaan di Zon A, Bahagian KuchingISamarahan. Di samping itu, kajian ini juga menilai tahap kepuasan guru terhadap keempat-empat faktor budaya organisasi sekolah iaitulah gaya kepimpinan, sistem ganjaran, perhubungan antara personel (guru) dan komunikasi. Selain itu, dapatan kajian turut menentukan faktor budaya organisasi sekolah yang paling dorninan dalam menyumbang kepada kepuasan kerja di kalangan guru.

Sehubungan dengan itu, para guru sekali gus menganggap bahawa tugas perguruan bukanlah satu bebanan kerja yang terpaksa dipikul oleh mereka. Mereka akan dapat bekerja dengan lebih baik dalam suasana persekitaran organisasi yang selesa. Tambahan pula, kajian ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada penyelidik-penyelidik yang membuat kajian berkaitan dengan topik ini pada masa hadapan.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Budaya Organisasi Sekolah

Menurut Deal dan Peterson (1990) budaya organisasi sekolah ialah suatu corak yang merangkumi nilai mendalam, kepercayaan dan tradisi yang telah terbentuk sejak sejarah sekolah itu terbina.

Dalam konteks kajian ini, pengkaji mentakrifkan budaya organisasi sekolah sebagai satu bentuk arnalan yang dikongsi bersama oleh semua guru dalam organisasi sekolah, bagi melaksanakan tugas dan mencapai matlamat sekolah. Faktor-faktor budaya organisasi sekolah yang terlibat dalam kajian ini termasuklah gaya kepimpinan, sistem ganjaran, perhubungan antara personel (guru) dan konlunikasi.

1.7.2 Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan mempunyai perkaitan dan ia sangat mempengaruhi budaya sesebuah organisasi. Menurut Blake dan Mouton (1993), kepimpinan adalah salah satu faktor utama terhadap keberkesanan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan boleh memberi kesan yang positif ataupun negatif kepada keseluruhan budaya yang diamalkan oleh setiap ahli di dalarnnya (Daft dan Weick, 1984).

Dalam kajian ini, gaya kepimpinan merujuk kepada gaya atau corak kepimpinan pengetua terhadap guru-guru sekolah sama ada dari segi gaya kepimpinan jenis orientasi tugas dan jenis hubungannya dengan guru bagi mencapai matlamat kumpulan kerja serta matlamat organisasi sekolah.

1.7.3 Sistem Ganjaran

Sistem ganjaran merupakan salah satu faktor pendorong ke arah kepuasan kerja di kalangan seseorang individu. Ia dapat dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu pengiktirafan dan gaji (Pitts, 1995). Pengiktirafan merupakan satu cara bagi menghargai sumbangan atau perkhidmatan seseorang pekerja dalam organisasi iaitu termasuk sanjungan, kritikan (teguran membina), hadiah, sijil penghargaan atau insentif yang dirasakan sesuai di sisi pihak pengurusan. Manakala gaji pula adalah pendapatan asas yang diterima oleh pekerja di atas pekerjaan yang dilakukannya. Gaji ini dibayar

Page 23: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

berdasarkan status atau jawatan yang disandang oleh seseorang itu dalam organisasi tersebut.

Sistem ganjaran menurut Kamus Dewan (1993), merupakan pembalasan ataupun hadiah bagi perbuatan yang dilakukan seseorang sama ada baik dan sebagainya. Manakala, kajian ini akan menumpukan kepada pembalasan yang diperoleh oleh guru-guru sama ada berbentuk kewangan atau dalam bentuk bukan kewangan.

1.7.4 Perhubungan Antara Persoilel (Guru)

Perhubungan antara personel dalanl sesebuah organisasi merujuk kepada interaksi yang terjalin antara seseorang pekerja detigan pekerja yang lain. Perhubungan ini pada kebiasaannya wujud dalani tiga situasi yang berbeza iaitu:

(a) hubungan interaksi antara penyelia atau pengurus; (b) liubungan interaksi dengan rakan sekerja; dan (c) hubungan interaksi dengan pekerja bawahan.

Kajian ini n~erujuk kepada perhubungan antara guru dalam sekolah yang akan niempengaruhi budaya organisasi sekolah itu sendiri. Perhubungan ini meliputi interaksi aiitara guru dengan pentadbir, guru dengan guru dan juga interaksi antara guru dengan kakitangan sekolah bukan guru.

1.7.5 Komunikasi

Komunikasi dalam organisasi menurut Newnlan dan Summer (Jr), (1961) ialah satu pertukaran fakta, idea, saranan dan eniosi antara dua individu atau lebih. Uris (1980) pula mentakrifkan komunikasi sebagai satu proses penyampaian maklumat melalui saluran komunikasi yang terdiri daripada pemberian dan peneriinaan sesuatu mesej.

Secara keseluruhannya, kajian ini akan meneliti kepada proses komunikasi di kalaiigan anggota organisasi. Hal ini penting kerana sistem kornunikasi yang berkesati bagi pihak pengurus dan juga pihak pekerja agar apa yang disampaikan oleh pihak atasan akan dapat difahami oleh pihak bawahan dengan baik. Akhirnya segala nlisi, visi dan matlamat organisasi akan tercapai dengan mudah serta dapat meningkatkan taliap kepuasan para pekerjanya.

1.7.6 Kepuasan Kerja

Menurut Agho et al (1983), kepuasan kerja dapat ditakritkan sebagai suatu sikap yang terbentuk hasil daripada ciri-ciri kerja yang spesifik, ciri-ciri individu dan perhubungan keperluan kerja di luar waktu kerja. Apa dimaksudkan dengan ciri-ciri kerja spesifik termasuklah gaji, penyeliaan, spesifikasi kerja, perhubungan antara penyelia dan rakan sebaya, serta penilaian yang dilah~kan ke atas sesuatu kerja. Manakala ciri-ciri individu pula ialah melibatkan jantina, umur, status perkahwinan, keupayaan dan pengalanian seseorang itu bekerja.

Dalam kajian ini, kepuasan kerja merujuk kepada perasaan suka atau gembira yang dialami oleh guru terhadap kerja yang dilakukan mereka dalam suasana sekolah masing- masing. Perasaan puas hati ini adalah seperti berminat untuk bertugas, sentiasa datang

Page 24: Oleh HASAN AL-BANNA BIN MOHAMED faktor budaya organisasi... · Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) ... Mac 2001 . JADUAL KANDUNGAN Perakuan ... 3.7.1 Ujian t Tidak Bersandar

awal ke sekolah, menyiapkan tugasan tepat pada waktunya, tidak berasa tertekan dengan tugas, seronok dan tidak bosan dengan kerja serta ingin terus kekal dalam profesion perguruan. Puas hati dan kegembiraan merupakan hasil interaksi seseorang pekerja dengan faktor-faktor budaya organisasinya yang meliputi gaya kepimpinan, sistem ganjaran, perhubungan dengan rakan sekerja dan komunikasi.

1.7.7 Sekolah Menengah Kebangsaan

Sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang dimaksudkan ialah meliputi sekolah- sekolah menengah kebangsaan di Zon A, Bahagian KuchingISamarahan. Sekolah-sekolah tersebut sebanyak 19 buah sekolah sahaja yang menjadi tumpuan dalam kajian ini. Ia terdiri daripada 14 buah sekolah bergred A dan 5 sekolah bergred B seperti mana dalam LAMPIRAN A.

1.7.8 Guru-Guru Sekolah Menengah Kebangsaan

Dalam kajian ini, guru-guru sekolah menengah kebangsaan meliputi guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon A, Bahagian KuchingISamarahan yang telah disahkan jawatan mereka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.

1.9 Lirnitasi Kajian

Kajian ini hanya memfokuskan kepada 4 faktor budaya organisasi sekolah sahaja iaitu gaya kepimpinan pengetua, sistem ganjaran, perhubungan antara personel (guru) dan komunikasi. Kajian ini tidak meninjau kepada faktor-faktor yang lain yang boleh membawa kepada kepuasan kerja di kalangan guru secara lebih terperinci. Justeru itu, dapatan kajian ini tidak mungkin menggambarkan keseluruhan isu kepuasan kerja yang dihadapi oleh guru-guru.

Manakala sampel kajian ini pula hanya tertumpu kepada guru-guru yang telah disahkan dalam jawatan mereka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP); yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan Zon A, Bahagian KuchingISamarahan sahaja. Responden yang dipilih berdasarkan rawak mudah. Sekolah-sekolah menengah kebangsaan Zon A adalah sebanyak 19 buah. Oleh itu, dapatan kajian ini nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di kawasan zon-zon lain dan keseluruhan negeri Sarawak arnnya.

Pengumpulan data dalam kajian ini adalah terhad kepada maklumbalas yang diberikan oleh responden terpilih semasa menjawab borang soal selidik. Oleh itu, kualiti dapatan kajian ini bergantung kepada kejujuran responden memberi maklumat yang berkemungkinan tidak benar dan kurang tepat.

1.9 Kesimpulan

Bab ini merupakan satu pendahuluan kepada kajian ini. Antara perkara yang dibincangkan dalam bab ini termasuklah latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, rangka konsep kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, definisi istilah dan limitasi kajian. Dalam bab seterusnya, pengkaji akan menyentuh beberapa kajian semula penulisan tentang faktor- faktor budaya organisasi dengan kepuasan kerja. Di samping itu, pengkaji turut membincangkan beberapa teori dan model tentang kepuasan kerja yang berkaitan dengan kajian ini.