oktober 2010 amanat ketua pengarah ... · saintifik di dalam kertas-kertas kerja, laporan-laporan,...

6
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyampaikan amanat setelah mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Saya akan menyentuh beberapa perkara penting untuk dikongsi bersama dengan satu kaedah dan pendekatan baharu. Tuan/Puan yang dihormati sekalian, Pada masa ini kerajaan telah memberi keutamaan kepada sektor perikanan. Oleh itu konsep Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri bertepatan dengan peranan kita sebagai warga Jabatan Perikanan. Daripada konsep itu, lahirlah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan NKEA (National Key Economy Areas) yang sememangnya bertepatan dengan tanggungjawab kita dalam membangunkan bidang akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan dan pelbagai peluang perniagaan (business opportunities). Sebagai penjawat awam juga, kita terlibat dalam GTP (Government Transformation Programme). Di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pula kita perlu melaksanakan Dasar Agro Makanan dalam tempoh pelaksanaan RMK-10. Untuk melaksanakan NKEA sahaja, kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM1.3 bilion bagi pembangunan subsektor akuakultur. Bila menyebut akuakultur, subsektor ini perlu dikaitkan dengan pembangunan teknologi, biosekuriti, nilai tambah, eksport dan sebagainya yang perlu kita sediakan. Sehubungan itu, kita sebagai penjawat awam perlu memperhebatkan sistem penyampaian dalam usaha merealisasikan visi dan misi kerajaan di bawah konsep Satu Malaysia. Ini selaras dengan saranan Y.A.B. Perdana Menteri yang ingin melihat perubahan yang berganda dalam semua bidang. Sesuatu perkara yang diputuskan dalam mesyuarat, perlu ada tindakan susulan dan pelaksanaan yang segera untuk melihat hasil dengan cepat. Sehubungan itu, adalah wajar Jabatan Perikanan mengguna pakai satu pendekatan baharu untuk merealisasikan pembangunan industri perikanan negara. Pendekatan pertama ialah memperkemas dan menyusun semula jawatankuasa teknikal memandangkan Jabatan ini merupakan sebuah jabatan teknikal. Perkara kedua ialah mengenai budaya iaitu memperbaiki sikap dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Ini adalah dua perkara yang perlu diberi perhatian kerana selagi budaya (nilai dan sikap) tidak dimantapkan, saya percaya jawatankuasa teknikal tidak boleh dilaksanakan dengan baik dan matlamat pembangunan tidak akan tercapai. Dalam pada itu, kita juga perlu memberi fokus kepada program dan projek kerana inilah kerja hakiki yang perlu dilaksanakan. Jika diolahkan tiga perkara ini iaitu teknikal, budaya (sikap dan nilai) dengan program atau projek, ia saling melengkapi antara satu sama lain. Misalnya, apabila kita bercakap mengenai program dan projek, dia tidak boleh lari daripada aspek-aspek teknikal dan juga budaya pegawai- pegawai yang melaksanakan kerja. Tuan/Puan yang dihormati sekalian, Jika dilihat aktiviti Jabatan secara keseluruhan, sememangnya ia berasaskan kepada perkara-perkara saintifik dan perkara- perkara yang melibatkan pengetahuan (knowledge base) dan bukan dalam bentuk emosi, dengar cakap dan imaginasi. Bila bercakap mengenai teknikal, ia berkait dengan pengetahuan saintifik. Tapi malangnya, kita gagal menerapkan aspek-aspek saintifik di dalam kertas-kertas kerja, laporan-laporan, surat dan jawapan kepada sesuatu isu yang timbul. Banyak ulasan- ulasan yang kita beri adalah berasaskan apa yang kita dengar dari sumber-sumber lain. Ini menyebabkan kajian-kajian yang Oktober 2010 http://www.dof.gov.my (bersambung ke muka surat 4) Amanat Ketua Pengarah Perikanan Amanat Ketua Pengarah Perikanan 1

Upload: trinhngoc

Post on 08-Apr-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWTkerana dengan izin-Nya, dapat saya

menyampaikan amanat setelah

mengambil alih tugas sebagai Ketua

Pengarah Perikanan Malaysia. Saya

akan menyentuh beberapa perkara

penting untuk dikongsi bersama

dengan satu kaedah dan pendekatan

baharu.

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Pada masa ini kerajaan telah memberi keutamaan kepada

sektor perikanan. Oleh itu konsep Satu Malaysia - Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diperkenalkan

oleh Y.A.B. Perdana Menteri bertepatan dengan peranan kita

sebagai warga Jabatan Perikanan. Daripada konsep itu,

lahirlah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) dan

NKEA (National Key Economy Areas) yang sememangnya

bertepatan dengan tanggungjawab kita dalam membangunkan

bidang akuakultur, rumpai laut, ikan hiasan dan pelbagai

peluang perniagaan (business opportunities). Sebagai

penjawat awam juga, kita terlibat dalam GTP (GovernmentTransformation Programme). Di peringkat Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani pula kita perlu melaksanakan

Dasar Agro Makanan dalam tempoh pelaksanaan RMK-10.

Untuk melaksanakan NKEA sahaja, kerajaan telah

menyediakan peruntukkan sebanyak RM1.3 bilion bagi

pembangunan subsektor akuakultur. Bila menyebut akuakultur,

subsektor ini perlu dikaitkan dengan pembangunan teknologi,

biosekuriti, nilai tambah, eksport dan sebagainya yang perlu

kita sediakan. Sehubungan itu, kita sebagai penjawat awam

perlu memperhebatkan sistem penyampaian dalam usaha

merealisasikan visi dan misi kerajaan di bawah konsep Satu

Malaysia. Ini selaras dengan saranan Y.A.B. Perdana Menteri

yang ingin melihat perubahan yang berganda dalam semua

bidang. Sesuatu perkara yang diputuskan dalam mesyuarat,

perlu ada tindakan susulan dan pelaksanaan yang segera

untuk melihat hasil dengan cepat. Sehubungan itu, adalah

wajar Jabatan Perikanan mengguna pakai satu pendekatan

baharu untuk merealisasikan pembangunan industri perikanan

negara.

Pendekatan pertama ialah memperkemas dan menyusun

semula jawatankuasa teknikal memandangkan Jabatan ini

merupakan sebuah jabatan teknikal. Perkara kedua ialah

mengenai budaya iaitu memperbaiki sikap dan menerapkan

nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Ini adalah dua perkara yang perlu diberi perhatian kerana

selagi budaya (nilai dan sikap) tidak dimantapkan, saya

percaya jawatankuasa teknikal tidak boleh dilaksanakan

dengan baik dan matlamat pembangunan tidak akan tercapai.

Dalam pada itu, kita juga perlu memberi fokus kepada

program dan projek kerana inilah kerja hakiki yang perlu

dilaksanakan. Jika diolahkan tiga perkara ini iaitu teknikal,

budaya (sikap dan nilai) dengan program atau projek, ia saling

melengkapi antara satu sama lain. Misalnya, apabila kita

bercakap mengenai program dan projek, dia tidak boleh lari

daripada aspek-aspek teknikal dan juga budaya pegawai-

pegawai yang melaksanakan kerja.

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Jika dilihat aktiviti Jabatan secara keseluruhan, sememangnya

ia berasaskan kepada perkara-perkara saintifik dan perkara-

perkara yang melibatkan pengetahuan (knowledge base) dan

bukan dalam bentuk emosi, dengar cakap dan imaginasi. Bila

bercakap mengenai teknikal, ia berkait dengan pengetahuan

saintifik. Tapi malangnya, kita gagal menerapkan aspek-aspek

saintifik di dalam kertas-kertas kerja, laporan-laporan, surat

dan jawapan kepada sesuatu isu yang timbul. Banyak ulasan-

ulasan yang kita beri adalah berasaskan apa yang kita dengar

dari sumber-sumber lain. Ini menyebabkan kajian-kajian yang

Oktober 2010http://www.dof.gov.my

(bersambung ke muka surat 4)

Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan

1

6 Ogos 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan

Malaysia (kanan) menyerahkan dokumen kepada Y.H. Dato’ Ahamad Sabki

Bin Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan

Perikanan Malaysia di Majlis Serah Tugas dan Mengetik Kad Perakam

Waktu sempena persaraan beliau di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

2

6 Ogos 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub menerima cenderahati

daripada Tn. Hj. Sani Bin Md. Isa, Pengarah Perikanan Negeri

Perak di Majlis Makan Malam Sempena Program Retreat

Pengurusan Sumber Perikanan Marin di Kelab Tasik Putrajaya,

Presint 8, Putrajaya.

6 Ogos 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub menerima ucapan selamat

bersara daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan

Perikanan sempena persaraan beliau.

6 Ogos 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, bersama isteri, Datin Rohaya Bt. Mat

Isa memotong pulut sempena majlis persaraan beliau.

23 Ogos 2010Y.H. Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah,

Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan amanat beliau

kepada pegawai-pegawai kanan, Jabatan Perikanan Malaysia

sempena perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah di Ibu

Pejabat Perikanan, Putrajaya.

27 Ogos 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama

Penyelidikan dan Pembangunan Rumpai Laut antara Jabatan Perikanan

Malaysia dengan Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah disaksikan

oleh Y.B. Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri

Asas Tani di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

3

30 Ogos 2010Y.H. Datin Sukuriah Bt. Mokhtar, Pengerusi PUSPANITA Jabatan

Perikanan Malaysia menyampaikan sumbangan raya kepada

anak-anak kepada Allahyarham En. Ridzuan Bin Eusof dan

Allahyarhamah Pn. Sabedah bt. Salleh di Kg. Gulang Gulang,

Kuala Selangor, Selangor.

30 Ogos 2010Y.H. Datin Sukuriah Bt. Mokhtar, Pengerusi PUSPANITA Jabatan

Perikanan Malaysia menyampaikan sumbangan raya kepada Pn.

Hashimah Bt. Wan Fakeh, balu kepada Allahyarham En. Che Ayub Bin

Yaakub di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

30 September 2010Majlis Amanat Kepada Warga Jabatan Perikanan oleh Y.H.

Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia sempena Majlis Jamuan Sambutan Hari

Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

30 September 2010Bacaan selawat diadakan sempena Majlis Jamuan Sambutan Hari

Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.

4 Oktober 2010Y.B. Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan, Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri

Melaka menyampaikan sijil kepada peserta sempena Majlis

Penerangan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Melaka.

11 Oktober 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertanian

dan Industri Asas Tani Malaysia (dua dari kanan) mewakili Y.B. Datuk

Seri Noh bin Hj. Omar merasmikan “Soft Launch AQUAFAIR Malaysia

2010” di Kuala Lumpur.

12 Oktober 2010Hari Inovasi FRI Tg. Demong telah dirasmikan oleh Y.H. Dato’

Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan

Perikanan Malaysia di Institut Penyelidikan Perikanan Tanjung

Demong, Besut, Terengganu.

18 Oktober 2010Persidangan Perdagangan “Global Outlook for Aquaculture Leadership(GOAL) 2010” dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Wira Mohd Johari bin

Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia

di Kuala Lumpur.

kita lakukan menjadi kurang mantap dan tidak cukup maklumat.

Data yang ada belum cukup untuk dijadikan maklumat dan

pengetahuan. Terdapat data-data dan maklumat-maklumat yang

diperolehi daripada negeri-negeri agak lemah dan tidak

dilampirkan dengan data-data teknikal.

Bila disebut teknikal, ia berkaitan dengan data yang kita ada,

sama ada di peringkat penyelidikan dan pembangunan. Di

peringkat makmal atau ladang misalnya, kita mengukur tempoh

pembesaran dan pelbagai indikator dalam kolam. Namun kini,

pengambilan data-data saintifik yang boleh membantu kerja kita,

hampir tidak dipraktikkan. Maka jawapan atau laporan kita, tidak

berasaskan data-data teknikal sebaliknya hanya mendengar

cakap-cakap orang. Ini tidak mencukupi dalam menilai sesuatu

projek itu sama ada baik atau sebaliknya.

Oleh sebab itu, pejabat-pejabat kita sama ada di Ibu Pejabat,

Pejabat Perikanan Negeri, daerah dan pusat-pusat perlu dihiasi

dengan maklumat-maklumat yang boleh dilihat setiap masa.

Maklumat saintifik, produk dan data-data perikanan hendaklah

dipamerkan untuk pengetahuan kepada semua. Kita juga perlu

tunjukkan pengusaha-pengusaha yang berjaya untuk didedahkan

sebagai perangsang. Maklumat yang dibawa oleh pegawai-

pegawai dari luar negara atau yang menghadiri seminar dan

sebagainya perlu disebarkan melalui penerbitan.

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Dalam usaha menerapkan pengetahuan dan kemahiran,

kakitangan perlu diberi latihan. Pegawai-pegawai kita tidak boleh

menjadi pengajar dan pakar rujuk kerana mereka tidak diberikan

latihan. Oleh itu aspek latihan perlu diperhebatkan untuk

melahirkan pakar-pakar dalam bidang akuakultur, pakar udang

harimau dan sebagainya. Kita perlu memberi pilihan kepada

pegawai mengenai bidang-bidang yang mereka minat dan

mengekalkan mereka sehingga menjadi pakar seperti MARDI

yang melahirkan pakar-pakar buah mempelam, pakar padi dan

berbagai-bagai pengkhususan. Sebaliknya Jabatan Perikanan

belum berjaya melahirkan pakar yang khusus dalam sesuatu

komoditi perikanan.

Walau bagaimanapun syabas kepada pihak Institut Penyelidikan

Perikanan (Kumpulan Q) kerana sudah mula mewujudkan

kumpulan-kumpulan pakar mereka. Jadi kumpulan G juga perlu

mewujudkan kepakaran dengan memberi galakan kepada

pegawai mereka untuk maju dalam bidang kepakaran teknikal.

Dengan ini mereka boleh menjadi mentor kepada kumpulan

sasar dan juga kepada pegawai-pegawai baharu. Namun,

selaras dengan kehendak Y.A.B. Perdana Menteri yang memberi

penekanan kepada bidang kreativiti dan inovasi, Jabatan perlu

pergi lebih jauh lagi, bukan hanya menjadi pakar tetapi

menggunakan pengetahuan yang ada untuk mencipta inovasi-

inovasi baharu. Namun, jika kita belum sampai ke tahap pakar,

adalah mustahil dapat mencipta inovasi. Walaupun Jabatan

Perikanan menjuarai dalam satu dua perkara, namun ia tidak

memadai memandangkan bidang perikanan yang begitu luas.

Sehubungan itu, potensi dan bakat pegawai dan kakitangan perlu

digembeling untuk mempastikan mereka menjadi pakar rujuk

kepada pihak-pihak universiti, badan-badan antarabangsa dan

lain-lain.

Oleh itu, aspek teknikal ini penting, misalnya bagaimana untuk

menangani kos pengeluaran yang tinggi dengan kepakaran dan

teknologi yang ada. Sepuluh tahun dulu kita bercakap mengenai

pengurangan kos pengeluaran, tetapi sampai hari ini tidak ada

reka cipta yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya

disebabkan kekurangan pakar teknikal.

Aspek produktiviti, kualiti dan sustainability cukup relevan dalam

kerja-kerja kita dan ia terus diperbincangkan. Kita perlu cabar diri

kita sendiri, apa yang boleh kita tonjolkan dalam aspek

sustainability supaya dapat dikongsi dengan negara-negara lain

serta menjadi penggerak kepada pertumbuhan sektor perikanan.

Jadi kita perlu ramai kepakaran dalam pelbagai bidang yang

boleh mereka cipta, inovasi, teknologi dan penemuan-penemuan

baharu bagi menangani isu-isu yang disebutkan tadi.

Bila disebut penggerak pertumbuhan, kita sebenarnya

berperanan sebagai pemudahcara. Sebagai partner, kita

berinteraksi dengan baik untuk mencari jawapan bagi sesuatu isu

dan mencari jalan penyelesaian secara round table. Kita perlu

turun ke lapangan dan duduk bersama pelanggan yang

memerlukan pemudah cara.

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Aspek budaya yang mempengaruhi mereka yang berada di

dalam sesebuah organisasi atau individu di dalam organisasi

berkenaan. Jika aspek budaya tidak diberi perhatian, aspek

teknikal tidak dapat berfungsi. Aspek budaya yang pertama ialah

komunikasi - ia penting kerana setiap hari kita berdepan dengan

pelbagai maklumat sama ada maklumat datang dari kita atau

sebaliknya. Komunikasi akan menentukan peranan dan

membentuk sikap kita. Seseorang ketua perlu memberi contoh

yang baik dengan menggunakan komunikasi termasuk bodylanguage dengan baik di semua peringkat dan di mana sahaja.

Jangan guna komunikasi untuk mencemuh seseorang.

Kita juga perlu menggunakan pihak media massa yang menjadi

agen komunikasi antara kita dengan kumpulan sasar. Media

massa dapat membentuk imej Jabatan dan juga dapat

menjelaskan dasar, program dan projek yang kita laksanakan.

Jadi komunikasi membentuk sikap dan dorongan kepada sesiapa

sahaja yang boleh mempengaruhinya. Ia cukup penting apa lagi

kepada seseorang pemimpin yang ingin menjelaskan matlamat

kepada pengikutnya.

Aspek budaya team work dan perpaduan antara anggota dan

organisasi, penting supaya seluruh Jabatan lebih mantap. Aspek

disiplin perlu ditingkatkan yang melibatkan cara berpakaian,

kehadiran ke pejabat dan pengurusan masa. Kini budaya

melapor kepada ketua sudah tidak ada. Perkara ini perlu diberi

(sambungan dari muka surat 1)

4

(bersambung ke muka surat 5)

perhatian semula supaya justify dengan kerja yang kita lakukan

iaitu “value for money”. Disiplin ada kaitan dengan nilai kerja yang

kita buat. Sikap negatif seperti menolak kerja, tidak berminat dan

rasa berat dan terbeban perlu dihapuskan. Seseorang ketua

perlu menyediakan time frame untuk sesuatu kerja. Majoriti

dalam Jabatan adalah mereka yang seronok atau sedia

menerima kerja kerana mereka sedar itu adalah tugas mereka.

Golongan yang terbaik ialah mereka yang cuba menggunakan

data dan maklumat dalam kerja-kerja mereka serta menjadi

pakar teknikal dan suka mereka cipta. Golongan ini menganggap

kerja adalah satu peluang untuk dia deliver atau menyampaikan.

Mereka mengambil segala daya upaya untuk menyempurnakan

kerja, boleh menerima dan melaksanakan kerja yang diberi,

mempunyai semangat dan dorongan yang baik dan

mementingkan produktiviti dan membina imej pakar.

Dalam aspek budaya ini, kakitangan boleh mengambil peluang

dari kerja yang mereka lakukan itu untuk meningkatkan diri

mereka. Kerja yang kita buat itulah yang meletakkan diri kita di

sesuatu tahap. Pekerjaan kita telah menentukan status, imej dan

ekonomi kita. Sesiapa yang hebat dalam dunia adalah mereka

menghargai pekerjaan mereka. Kerja memberi kebebasan,

berdikari dan memberi apa yang kita mahu. Orang yang

merosakkan kerjanya akan merosakkan Jabatan.

Kita juga perlu mengambil peluang mengajar untuk belajar. Teori

kelupaan iaitu knowledge akan menurun kalau tidak diamalkan.

Pengetahuan teknikal dan saintifik akan hilang jika kita tidak

mengajarkannya kepada orang lain. Oleh itu kita hendaklah

mengguna dan mengamalkan ilmu kepada kumpulan sasar. Kita

perlu follow up masalah kumpulan sasar untuk membahagiakan

mereka.

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Program dan Projek

Kesan daripada aspek teknikal dan budaya tadi ialah produktiviti.

Jadi, mana-mana program dan projek yang melibatkan KeyPerformance Indicator (KPI) Y.B. Menteri yang terdapat masalah

dan halangan, perlu diselesaikan. Ini termasuk program

menghapuskan kemiskinan, di mana ia perlu sustainable dan

berdaya maju.

Kedua ialah projek akuakultur yang menjadi tulang belakang. Ini

termasuk HIP-ZIA dan Agro Makanan. Peranan kita adalah jelas

untuk membangunkan penternak-penternak kecil. Kita juga perlu

fokus kepada penggunaan teknologi kerana teknologi ini

sendirinya akan mengangkat status kita. Pelanggan yang akan

mengamalkan teknologi. Sehubungan itu, Pembangunan Modal

Insan (HRD) perlu dimantapkan dalam bidang akuakultur kerana

yang akan menggunakan teknologi itu adalah manusia juga.

Subsektor akuakultur kita masih belum mencapai tahap kualiti

yang memberangsangkan. Sebagai contoh, program Skim

Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) telah lama

dilancar, namun bilangan pengusaha ladang yang memperolehi

sijil SPLAM masih rendah kerana aspek teknikal kurang

dititikberatkan.

Bahagian Pengembangan Perikanan perlu memberi fokus

kepada teknologi pemprosesan, modal insan, program-program

latihan, pemindahan teknologi dan lawatan sambil belajar. Minda

nelayan perlu dididik melalui latihan dan bukan hanya diberi

bantuan kewangan semata-mata supaya minda mereka tidak

kosong demi perubahan positif ke atas mereka. Majlis interaksi

bersama nelayan perlu diadakan lebih kerap.

Peruntukan dan bilangan kakitangan di Bahagian Biosekuriti

Perikanan perlu ditingkatkan selaras dengan bebanan kerja yang

semakin bertambah. Kejayaan kita yang membolehkan produk-

produk perikanan dapat dieksport ke negara-negara Kesatuan

Eropah (EU) adalah hasil gerak kerja yang baik. Usaha perlu

ditingkatkan supaya lebih banyak ladang akuakultur mendapat

pengiktirafan.

Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber perlu menilai

semula dasar-dasar yang ada supaya selari dengan realiti

semasa. Isu-isu semasa perlu diberi perhatian dan perlu dijawab

dengan menggunakan data-data teknikal atau saintifik. Sistem

Pemantauan Vesel (VMS) dan Program Penserantauan Kod

Amalan untuk Perikanan yang Bertanggungjawab (CCRF) perlu

diperhebatkan.

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,

Aspek teknikal, budaya dan program serta projek adalah amat

penting dalam kita menjayakan visi dan misi Jabatan Perikanan.

Projek bukan sahaja dilihat bagaimana input kerajaan

dibelanjakan, tetapi kita juga perlu tengok dari segi tatacara

kewangan supaya kerajaan memperolehi “value for money”dalam pengurusan nilai-nilai yang kita ada.

Projek juga boleh dilihat dari segi proses kerana projek-projek ini

tidak akan memberi hasil tanpa melihat proses. Sepatutnya

dalam mana-mana master plan dan road map, kita perlu memberi

perhatian kepada proses. Projek dilihat sebagai suatu teknologi

yang boleh memperkenalkan pembaharuan. Daripada projek-

projek ini juga akan menghasilkan output yang boleh memberi

pertumbuhan dan menarik pelaburan swasta dan seterusnya

memberikan pendapatan kepada pengusaha.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)

Ketua Pengarah

Jabatan Perikanan Malaysia

Putrajaya

(sambungan dari muka surat 4)

5

6

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010

Tajuk : Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan

Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberikan

panduan mengenai dasar, peraturan dan kaedah

pelaksanaan pemangkuan dan kenaikan pangkat serta

rayuan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam

perkhidmatan awam.

Tarikh : 30 Jun 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2010

Tajuk : Bantuan Khas Kewangan Tahun 2010.

Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan

keputusan Kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan

bagi tahun 2010 kepada pegawai Perkhidmatan Awam

Persekutuan.

Tarikh : 26 Ogos 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iii) Surat Edaran JPA (5 Ogos 2010)

Tajuk : Arahan Penempatan dan Melaksanakan Tugas Jawatan

Lebih Tinggi Tanpa Kelulusan Lembaga Kenaikan

Pangkat.

Tujuan : Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

semua Ketua Jabatan perlu mendapat kelulusan Lembaga

Kenaikan Pangkat terlebih dahulu sebelum boleh

mengarahkan seseorang pegawai atau kakitangan

berkenaan menjalankan tugas bagi jawatan yang lebih

tinggi.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

iv) Surat Edaran JPA (11 Ogos 2010)

Tajuk : Penjelasan Mengenai Keperluan Bekerja Lebih Masa.

Tujuan : Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

semua Ketua Jabatan perlu memastikan arahan bekerja

lebih masa dikeluarkan bila sesuatu tugas itu benar-benar

diperlukan seperti kerja-kerja kecemasan dan bila ada

keperluan mustahak dan tidak boleh ditangguhkan supaya

tidak timbul implikasi kewangan untuk membayar kerja-

kerja lebih masa berkenaan.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran JPA (30 Ogos 2010)

Tajuk : Pindaan Kaedah Pembayaran Bantuan Khas Kewangan

Tahun 2010.

Tujuan : Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

pembayaran Bantuan Khas Kewangan adalah tidak

tertakluk kepada genap satu bulan perkhidmatan atau

secara proportionate.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

v) Surat Edaran JPA (1 September 2010)

Tajuk : Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan,

Perkhidmatan Guna Sama Persekutuan.

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)

i) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2010

Tajuk : Pindaan Kadar, Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan

Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana

Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan

Polis).

Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk

memaklumkan pindaan kadar, syarat dan peraturan dalam

Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Surat Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 18 Tahun 1982.

Tarikh berkuatkuasa: 1 Ogos 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2010

Tajuk : Sistem Panel Bagi Bekalan dan Penghantaran Perabot

Pejabat (Kerusi Berasaskan Kain) Kepada Semua Agensi

Kerajaan Di Seluruh Semenanjung Malaysia.

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai perlantikan panel bagi bekalan dan

penghantaran perabot pejabat kerusi berasaskan kain

kepada semua agensi kerajaan di seluruh Semenanjung

Malaysia.

Tarikh : 10 Ogos 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

iii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2010

Tajuk : Sistem Panel Bagi Bekalan dan Penghantaran Perabot Jenis

Polypropylene Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh

Semenanjung Malaysia.

Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan

memaklumkan mengenai perlantikan panel bagi bekalan dan

penghantaran perabot jenis Polypropylene kepada semua

agensi kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tarikh : 18 Ogos 2010

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my

DariPerbendaharaan

DariPerbendaharaan

Tujuan : Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan kepada

semua Ketua Jabatan supaya menghantar maklumat

pegawai kumpulan sokongan, perkhidmatan guna sama

Persekutuan yang mula memangku sebelum atau pada 31

Ogos 2010 untuk urusan kenaikan pangkat.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my

vii) Surat Edaran JPA (7 September 2010)

Tajuk : Pemanjangan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2010

Kepada Pegawai Lantikan Contract For Service.

Tujuan : Surat Edaran ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa

semua pegawai lantikan contract for service bertaraf Gred

54 dan ke bawah yang berkhidmat pada tahun 2010, layak

dibayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my