nurfahana binti md nor - · pdf filemelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis...

17
NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015 1 | Page KURSUS HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI PROGRAM SEE NATURE TARIKH 3 13 April 2014 (11 hari) TEMPAT Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak. ANJURAN Kelab Rakan Taman UKM Sesi 2013/2014 TEMA “SEEK, EMBARACE, EDUCATE”

Upload: duongdung

Post on 12-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

1 | P a g e

KURSUS HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROGRAM

SEE NATURE

TARIKH

3 – 13 April 2014 (11 hari)

TEMPAT

Kuala Gula Bird Sanctuary, Kerian, Perak.

ANJURAN

Kelab Rakan Taman UKM Sesi 2013/2014

TEMA

“SEEK, EMBARACE, EDUCATE”

Page 2: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

2 | P a g e

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

BAB I LATAR BELAKANG PROGRAM

1.1 Pengenalan 3-4

BAB II KEMAHIRAN

2.1 Kemahiran interpersonal yang dapat ditunjukkan 5-6

BAB III KESAN

3.1 Kesan kepada individu 7

3.2 Kesan kepada masyarakat 7

BAB IV LAMPIRAN

4.1 Gambar Program 8-12

4.2 Kelulusan JPPEL 13

4.3 Minit Mesyuarat 14-16

PENUTUP 17

Page 3: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

3 | P a g e

BAB I

LATAR BELAKANG SEE NATURE

1.1 PENGENALAN

Kelab Rakan Taman UKM ditubuhkan bagi memberi peluang kepada pelajar mendekatkan

diri dengan alam sekitar serta menggalakan pelajar bergiat aktif dalam usaha menghijaukan

alam. Sehubungan dengan itu, Kelab Rakan Taman UKM bersama Pejabat Hubungan

Universiti-Masyarakat, Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (PHUM HEJIM) UKM,

Global Environment Centre (GEC), Sahabat Hutan Bakau (SHB), Fakulti Sains dan

Teknologi UKM, Pusat Sistematik Serangga FST UKM, Institut Alam Sekitar dan

Pembangunan (LESTARI) UKM telah merancang untuk mengadakan Program SEE Nature

2014.

Program SEE NATURE ini telah berlangsung selama 10 hari dari 3 April 2014 sehingga 13

April 2014 di Kuala Gula Bird Sanctuary Resort, Perak. Program ini merupakan program

kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar flora dan fauna. Program ini

terbuka kepada semua pelajar dari pelbagai fakulti dan pelbagai bidang seperti kejuruteraan,

zoology, statistik, sains marin dan ada juga dari pengurusan perniagaan. Dalam program ini

peserta terbahagi kepada tiga modul iaitu modul serangga, bakau dan burung. Program ini

juga melibatkan proses pembelajaran di dalam kelas seperti kuliah, amali dan lawatan sambal

belajar. Setiap modul haruslah menyiapkan tugasan yang diberi. Misalnya, modul serangga

perlu mencari 20 order serangga, diawetkan menggunakan alkohol dan mengenalpasti order

serangga tersebut.

Program ini juga melibatkan pelajar sekolah rendah dari pelbagai etnik. Para peserta SEE

NATURE haruslah memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada pelajar sekolah ini dan

Page 4: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

4 | P a g e

dalam masa yang sama mengasahkan bakat dalam pelajar dalam mengaplikasikan sains

dalam kehidupan harian. Pelajar juga harus menyiapkan sebuah replika flora atau fauna dari

surat khabar lama. Para peserta SEE NATURE juga harus memastikan pelajar pelbagai etnik

ini dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Page 5: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

5 | P a g e

BAB II

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

2.0 KEMAHIRAN INTERPERSONAL YANG DAPAT DITUNJUKKAN DALAM

PRORAM INI

1. Kemahiran Komunikasi :

Aktiviti ini melibatkan pelbagai pihak seperti penduduk kampung sekitar kuala gula, pelajar

sekolah, pihak jabatan perhilitan Perak dan ramai lagi. Melalui aktiviti ini, saya dapat

meningkatkan lagi keyakinan saya untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak. Sebelum ini,

keyakinan saya untuk berkomunikasi dengan orang luar sangat rendah. Mengikut kajian

pelajar IPTA sekarang kurang keyakinan dalam berkomunikasi. Oleh itu, saya ambil

kesempatan ini unutk meningkatkan keyakinan saya untuk berkomunikasi dengan generasi

luar agar saya tidak kekok bila berada di dunia luar.

Kemahiran komunikasi ditunjukkan dalam program ini melalui aktiviti bersama masyarakat

setempat. Saya perlu berkomunikasi dengan penduduk setempat untuk membuat soal selidik

terhadap pendapatan harian dan pekerjaan penduduk sekitar . Kemudian saya diberi

kepercayaan oleh ahli modul saya untuk membentangkan statistik soal selidik yang telah

dibuat. Selain itu, saya merupakan Ahli jawatan kuasa pengankutan dan keselamatan yang

memerlukan saya berkomunikasi dengan pihak bas UKM sebelum dan semasa program itu

berlangsung. Ini kerana tempat untuk kami jalankan tugas itu agak jauh dari tempat

penginapan. Manakala bagi modul bakau, mereka memerlukan bot untuk ketempat tugasan.

Oleh itu, saya harus berkomunikasi dengan pihak bot yang juga merupakan Ketua Sahabat

Hutan Bakau, Kuala Gula.

Page 6: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

6 | P a g e

Selain itu, kemahiran komunikasi saya dapat ditingkatkan melalui komunikasi dengan pelajar

sekolah yang terdiri daripada pelbagai etnik. Agak sukar pada mulanya untuk berkomunikasi

dengan pelajar cina dan india. Hal ini kerana pelajar sekolah cina dan india di sekitar Kuala

Gula kurang bergaul dengan pelajar lain etnik menyebabkan mereka kurang kemahiran

komunikasi. Saya diberikan tugas untuk menjemput pelajar sekolah cina, india dan melayu.

Saya juga diberi tugas untuk mengetuai senam robik yang memerlukan saya untuk

berkomunikasi dengan pelajar untuk mengajar langkah - langkah senam robik. Selain itu,

saya juga menjadi diberi tanggungjawab dalam menerangkan modul serangga saya kepada

pelajar sekolah. Cara pembentangan juga memainkan peranan dalam menyampaikan

maklumat. Kreativiti dalam berkomunikasi dengan pelajar ini dapat menarik minat pelajar

untuk mencintai alam sekitar.

Program SEE NATURE ini juga mendapat undangan dari program Kids On Two selama tiga

hari di menara Kuala Lumpur untuk mengadakan pameran dan penerangan untuk

memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah tetang bertapa pentingnya habitat serangga.

Pameran kami ini bukan sahaja menarik minat pelajar malah menarik minat orang awam

yang berkunjung ke Menara Kuala Lumpur. Kami juga mendapat kunjungan dari pelancong

luar yang tertarik dengan pameran serangga dari pelbagai spesis. Melalui aktiviti ini, saya

mengukuhkan lagi kemahiran berkomunikasi saya untuk menerangkan habitat serangga dan

menjawab pertanyaan dari pelajar. Aktiviti ini juga memerlukan komunikasi dalam bahasa

inggeris. Di akhir program SEE NATURE, kami dikehendaki membentangkan tugasan yang

diberi selama berada di Kuala Gula.

Pada sebelah petang sepanjang program, kami ditugaskan untuk menjalankan aktiviti

sosioekonomi terhadap penduduk sekitar. Tugasan yang pertama, kami dikehendaki mencari

rumah untuk membantu meringan beban penduduk. Hal ini memerlukan kami berkomunikasi

dengan baik supaya penduduk di situ tidak berasa terganggu dengan kehadiran kami. Jika

kami kurang kemahiran komunikasi, mungkin kami akan gagal menyiapkan tugasan. Oleh

itu, saya mengambil kesempatan itu untuk berkomunikasi dengan penduduk sekitar.

Page 7: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

7 | P a g e

BAB III

KESAN PROGRAM TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT

3.1 Kesan terhadap individu

Program ini sangat memberi impak positif ke dalam diri saya. Berhubung dengan kemahiran

komunikasi, saya sekarang semakin berani berkomunikasi dengan organisasi luar. Jika

dibandingkan sebelum ini, untuk berkomunikasi di pejabat dekan sangat sukar bagi saya.

Saya sering memohon bantuan rakan sekelas untuk menemani saya dan berkomunikasi

dengan pihak atasan. Sekarang saya sudah berani untuk ke pejabat dekan tanpa bantuan rakan

jika ada keperluan disana. Program ini telah meningkatkan nilai tambah atau soft skill saya

seperti yang dituntut mercapada ini.

3.2 Kesan terhadap masyarakat

Pelajar sekolah rendah sebelum ini mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan pelajar

dari sekolah luar tambahan lagi dari sekolah jenis kebangsaan. Melalui program ini, mereka

pada mulanya kekok dan berada dalam kelompok masing-masing. Namun, selepas

pembahagian mengikut kumpulan yang menyatukan perlbagai etnik membolehkan pelajar ini

cuba untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Melalui aktiviti explorace yang diadakan,

mereka sudah boleh berkomunikasi antara satu sama lain untuk melaksanakan misi yang

diberi. Di samping itu, pihak fasilatator diberi kebebasan untuk membuat aktiviti bersama

kumpulan supaya dapat mengukuhkan lagi tahap komunikasi antara pelbagai etnik ini.

Melalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan

bersuara tetapi pada akhirnya mereka kembali aktif untuk berkomunikasi tanpa rasa segan.

Masyarakat di sekitar Kuala Gula pada mulanya enggan untuk berkomunikasi. Tapi atas

sikap mesra alam yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UKM memnyebabkan mereka tidak

lagi segan untuk berkomunikasi. Di samping itu, masyrakat sekitar Kuala Gula juga

menganjurkan aktiviti yang melibatkan penduduk sekitar dengan pelajar Kuala Gu

Page 8: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

8 | P a g e

BAB IV

LAMPIRAN

4.1 Gambar Program

4.1.1 Gambar modul serangga memulakan misi mencari serangga untuk dijadikan

sampel.

Page 9: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

9 | P a g e

4.1.2 Gambar semasa menjalankan aktiviti sosioekonomi bersama masyarakat

4.1.3 Gambar semasa menjalankan soal selidik sekitar Kuala Gula

Page 10: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

10 | P a g e

4.1.4 Gambar sampel serangga yang ditangkap di sekitar Kuala Gula dan Ban Chu Kaw.

4.1.5 Gambar bersama Jabatan Perhilitan Larut Matang semasa menjalankan aktiviti

Lawatan Sambil Belajar.

Page 11: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

11 | P a g e

4.1.6 Gambar semasa belajar membuat kraftangan dari bahan terbuang

4.1.7 Gambar semasa menerangkan replica gunung berapi.

Page 12: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

12 | P a g e

4.1.8 Gambar pelajar sekolah pelbagai etnik menjalankan tugasan bersama.

4.1.9 Gambar semasa membentangkan tugasan modul yang diberi

Page 13: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

13 | P a g e

4.2 SURAT KELULUSAN JPPEL

Page 14: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

14 | P a g e

4.3 MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT SEE NATURE 2014 KUALA GULA

Bil : 3

Tarikh : 31 April 2014 (Isnin)

Tempat : Pejabat Taman Paku Pakis,FST UKM

Masa : 8.00 p.m-10.00 pm

Kehadiran :

1. Mohd Arrabe’ Ahmad Baei

2. Mohd Syazwan Bin Md Saman

3. Mardiah Zanjabiila Binti Samsudin

4. Nurfahana Binti Md Nor

5. Nur Syafiqa Bt Abdul Hamid

6. Norzatul Ashirah Binti Mohd Alias

7. Nur Ain Binti Saad

8. Nur Liyana Bt Atan

9. Nur Akma Najihan Binti Saharuddin

10. Fairul Nizam Bin Anuar

11. Mohd Firdaus Bin Ab Ghani

12. Nur Atikah Binti A.Rahman

13. Muhamad Aizad Bin Ahmad Salehudin

14. Hasinah Binti Mohd Hanifah

15. Nurain Shahera Bt Hasan

16. Amirulhakim Azizan

17. Mohd Aizad Bin Abdul Rahman

Tidak hadir :

1. Nor Hazwani Binti Mohd Zaki

2. Murnie Watie Binti Mohamad

3. Radzi Ezuddin Bin Haron

4. Nurul Dyianna Hikmah Binti Mohd Syah

5. Nur Farihin Bt Mohamed Hatta

6. Siti Zulaika Bt Jamaludin

Page 15: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

15 | P a g e

1.0 AGENDA

1.1 Pengenalan ahli baru.

1.2 Tayangan video korporat bagi program SEE Nature pada tahun 2012 dan 2013

1.3 Penerangan tentang tentatif program terkini.

1.4 Pembentangan gerak kerja terkini dari setiap pos.

1.4.1 Pos Setiausaha:

- Surat pelepasan kuliah.

- Surat kepada media (masih dalam proses).

- Kemaskini minit mesyuarat pertama.

1.4.2 Pos Tugas-tugas Khas:

- AJK mencadangkan cenderamata bagi pihak VIP adalah berbentuk

kraftangan hasil dari karya peserta sendiri.

- Pengesahan bilangan button batch yang perlu ditempah bagi

pelajar-pelajar sekolah (80 unit).

- Cadangan buku program (dibuat dalam satu helai kertas sebanyak 4

muka surat).

- Cadangan bagi pembelian hamper (tempahan di kedai).

- Penyataan peruntukan bajet untuk pembelian hamper sebanyak RM

200.

- Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali nametag dan

sarung name tag sebanyak RM 100.

1.4.3 Pos Protokol dan Perhubungan:

- Kemaskini jumlah pelajar yang boleh sertai pada 13 April 2014.

- Kemaskini pengesahan pelajar dari sekolah Cina dan Melayu.

- Penyataan masalah berhubung dengan pengesahan jumlah

penyertaan pelajar dari sekolah India dimana jumlah pelajar terlibat

mungkin akan dikurangkan atas faktor kekurangan pelajar di

sekolah terbabit).

1.4.4 Pos Makanan dan Kebajikan:

- Pengesahan tarikh untuk dapatkan kit kecemasan.(Terima kit

kecemasan sebanyak 2 set pada 31 Mac 2014).

- Pengesahan pengurusan jadual makan peserta.

- Penyataan bajet bagi pembelian insect repellant sebanyak RM 30.

- Penyataan bajet untuk air mineral (5 kotak) sebanyak RM 50.

- Pengesahan tarikh untuk carian barang-barang yang masih

diperlukan.

1.4.5 Pos Multimedia dan Publisiti:

- Makluman tentang banner dan poster.

Page 16: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

16 | P a g e

- Penyataan masalah berkenaan dengan size banner yang

diperlukan.

- Cadangan untuk emailkan surat kepada media bagi

mempercepatkan urusan).

- Makluman tentang pengurusan blog.

1.4.6 Pos Keselamatan dan Pengangkutan:

- Pengesahan masa bertolak ke tempat program telah dibuat dengan

pemandu bas iaitu pada 3.00 p.m (4 April 2014).

- Penyataan masalah berkenaan pengambilan 2 orang pelajar dari

kampus K.L disebabkan masa tamat peperiksaan mereka adalah

pada jam 5.00 p.m.

- Cadangan penyelesaian kepada masalah tersebut telah dibuat

dimana 2 orang pelajar tersebut akan bertolak bersama-sama

En.Ruzi menaiki kereta beliau.

- Penyataan bajet untuk pembelian belerang akan dimaklumkan

semula.

1.5 Penyerahan wang kepada pos TTK untuk pembelian barang sebanyak RM 200.

2.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

2.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 malam.

2.2 Tarikh perjumpaan seterusnya ditetapkan pada 4 April 2014.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

……………………………………….. ………………………………………

NUR SYAFIQA BT ABD HAMID MOHD SYAZWAN B MD SAMAN

Setiausaha, Ketua Pengarah

SEE Nature 2014 Kuala Gula, SEE Nature 2014 Kuala Gula,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 17: NURFAHANA BINTI MD NOR - · PDF fileMelalui aktiviti ini, pelajar dari sekolah jenis kebangsaan cina yang pada mulanya enggan ... - Penyataan bajet untuk tag nama,buku program,tali

NURFAHANA BINTI MD NOR 2014/2015

17 | P a g e

5.0 PENUTUP

Ironinya, terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh hasil daripada projek ini. Selain

daripada belajar perkara yang luar dari bidang yang dipelajari, program ini juga memberi

kesedaran sivik kepada saya agar lebih peka dengan keadaan sekeliling. Impak program ini

sangat banyak dari segi meningkatkan sof skill saya. Pada era globalisasi ini, graduan-

graduan dari IPTA mahupun IPTS seharusnya mempunyai nilai soft skill yang tinggi. Oleh

itu, program-program seperti ini haruslah dilaksanakan untuk mengasah bakat para graduan

supaya tidak kekok bila berada di dalam organisasi luar.