notis tawaran - motac.gov.my · pdf filesewa bulan pertama dalam masa yang ditetapkan di dalam...

Download NOTIS TAWARAN - motac.gov.my · PDF filesewa bulan pertama dalam masa yang ditetapkan di dalam borang Tawaran Harga iaitu jumlah keseluruhan RM4,000 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja)

If you can't read please download the document

Upload: nguyenque

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1

    KELAB SUKAN, KEBAJIKAN DAN SOSIAL

    KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

    NOTIS TAWARAN

    RUANG KOMERSIAL BAGI GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

    DI KAFETERIA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN,

    NO. 2, MENARA 1, JALAN P5/6, 62200 PUTRAJAYA, WP PUTRAJAYA

    Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

    19 April, 2016

  • 2

    NOTIS TAWARAN

    Tawaran adalah dipelawa kepada penggerai-penggerai warganegara

    Malaysia yang berminat untuk mengendalikan gerai makanan dan

    minuman yang halal di Kafeteria Kementerian Pelancongan dan

    Kebudayaan (KPK) bertempat di Aras Bawah, Kementerian Pelancongan

    dan Kebudayaan, Malaysia, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5,

    62200, W.P. Putrajaya mulai pada 1 Jun 2016 hingga 31 Mei, 2018.

    2. Cadangan Dokumen Tawaran Harga hendaklah dimasukkan di

    dalam sampul surat dan ditulis di penjuru kiri sampul surat tersebut

    Tawaran Harga Ruang Komersial Bagi Gerai Makanan Di Kafeteria KPK.

    Dokumen Tawaran Harga tersebut hendaklah mengandungi Cadangan

    Kewangan dan Cadangan Teknikal dan dihantar dan dialamatkan secara

    jelas kepada:

    Urus Setia Jawatankuasa Ruang Komersial Kafeteria KPK

    Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial

    d/a Bahagian Pentadbiran

    Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

    Tingkat 12, No. 2, Menara 1

    Jalan P5/6, Presint 5

    62200 Putrajaya

    WP PUTRAJAYA

  • 3

    3. Cadangan Tawaran Harga yang telah lengkap diisi perlu dihantar

    sebelum atau pada 29 April, 2016 (Jumaat) jam 12.00 tengah

    hari.

    4. Keterangan lanjut berhubung perkara ini boleh didapati daripada

    pegawai-pegawai berikut:-

    a) Puan Nurasyimah binti Ibrahim Bahagian Pentadbiran No. Telefon: 03 8891 7110

    b) Puan Yuswahiza binti Yusri Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan No. Telefon: 03 88917535

    5. Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS), KPK tidak terikat untuk

    menerima Tawaran Harga yang terendah atau mana-mana Tawaran

    Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Tawaran

    Harga. Keputusan Jawatankuasa Ruang Komersil Kafeteria KPK, KSKS

    adalah muktamad.

    6. Satu taklimat kepada penender akan diadakan pada 21

    April, 2016 (Hari Khamis) pada jam 11.30 pagi di bilik mesyuarat

    Bahagian Pentadbiran, Aras 12, Kementerian Pelancongan dan

    Kebudayaan.

    Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 19 April, 2016

  • 4

    ARAHAN KEPADA PENGGERAI

    1. Penggerai hendaklah mengemukakan dokumen tawaran untuk

    menjalankan perniagaan bagi gerai makanan dan minuman di

    Kafeteria, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK).

    2. Penggerai hendaklah mengemukakan tawaran menggunakan

    Borang Tawaran Harga yang boleh dimuat turun daripada laman

    web KPK di

    http://www.motac.gov.my/images/attachstore/dokumen_tender_k

    sks.pdf atau diambil daripada Bahagian Pentadbiran, KPK.

    Sebarang pindaan format borang akan menyebabkan tawaran

    tersebut tidak akan dinilai kecuali dinyatakan dalam borang

    tersebut. Dokumen Tawaran hendaklah ditandatangani dan

    dokumen-dokumen lain hendaklah disertakan bersama-sama

    Dokumen Tawaran.

    3. Penggerai adalah diingatkan akan perkara-perkara berikut:-

    a. Dokumen Tawaran Harga hendaklah dihantar ke alamat

    seperti yang disebutkan di mukasurat 2 Notis Tawaran

    sebelum atau pada 29 April, 2016 (Jumaat) jam

    12.00 tengah hari.

    b. Jika dokumen tawaran tersebut tidak dihantar sendiri,

    Penggerai hendaklah memastikan supaya dokumen

    berkenaan jika dikirimkan melalui pos berdaftar adalah

  • 5

    lengkap dan sampai pada waktu dan tempat yang

    ditetapkan; dan

    c. Dokumen tawaran yang diterima selepas tempoh yang

    ditetapkan akan ditolak.

    4. Tawaran Harga hendaklah sah laku selama tempoh 90 hari

    daripada tarikh penyerahan Dokumen Tawaran Harga seperti

    ditetapkan di dalam surat Tawaran Harga dan Penggerai tidak

    boleh menarik balik Tawaran Harganya dalam tempoh tersebut.

    5. Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, KPK tidak terikat untuk

    menerima Tawaran Harga yang tertinggi, terendah atau mana-

    mana Tawaran Harga.

    6. Penggerai yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat

    dalam tempoh masa 30 hari dan Tawaran Harga hendaklah sah

    dalam tempoh tersebut. Penggerai yang berjaya dipilih mestilah

    menandatangani Surat Setuju Terima dan mengemukakan deposit

    sewaan bersamaan dengan satu (1) bulan sewa berserta bayaran

    sewa bulan pertama dalam masa yang ditetapkan di dalam borang

    Tawaran Harga iaitu jumlah keseluruhan RM4,000 (Ringgit

    Malaysia Empat Ribu Sahaja).

    7. Penggerai hendaklah mematuhi Spesifikasi Perkhidmatan seperti

    yang ditetapkan.

  • 6

    8. Keengganan/Kegagalan Penggerai mematuhi syarat-syarat yang

    ditetapkan dan Spesifikasi Perkhidmatan akan menyebabkan

    Tawaran Harganya ditolak.

    9. Penggerai boleh memberikan maklumat tambahan yang difikirkan

    bersesuaian untuk menyokong lagi tawaran yang dibuat.

    10. Penggerai hendaklah memastikan agar semua maklumat termasuk

    harga tawaran hendaklah dinyatakan dengan jelas dan tiada

    bercanggah dengan maklumat / tawaran harga dalam mana-mana

    bahagian tawaran harga.

    11. Borang Tawaran Harga hendaklah lengkap diisi serta

    ditandatangani.

    12. Sebarang pertanyaan berhubung dengan cara penyertaan

    Tawaran Harga ini boleh berhubung dengan pegawai-pegawai KPK

    sepertimana dinyatakan di muka surat 3 dalam dokumen ini.

    Peringatan Murni:

    a. Penggerai dikehendaki melengkapi Jadual-jadual di dalam

    dokumen ini dengan menyatakan maklumat lengkap

    mengenai perkhidmatan yang ditawarkan.

    b. Tawaran yang tidak lengkap boleh mengakibatkan tawaran

    tersebut tidak dipertimbangkan dan akan ditolak.

  • 7

    c. Penggerai juga dikehendaki memastikan kiraan harga setiap

    hidangan makanan dan minuman yang ditawarkan adalah

    betul. Kiraan harga yang silap tidak akan dipertimbangkan

    untuk penilaian.

    d. Penggerai hendaklah menyertakan Penyata Akaun Bank bagi

    tempoh tiga (3) bulan terkini. Penggerai yang gagal berbuat

    demikian tidak akan dipertimbangkan.

    SYARAT-SYARAT TAWARAN HARGA

    1. AM

    Tawaran Harga ini adalah bersifat terbuka dan dibuka kepada

    Penggerai Bumiputera yang berminat untuk menjalankan

    perniagaan di ruang komersial bagi gerai makanan dan minuman

    di Kafeteria KPK.

    1.1 Tawaran Harga yang tidak dibuat dengan menggunakan

    Borang Tawaran Harga rasmi yang disediakan tidak akan

    dipertimbangkan.

    1.2 Penggerai dikehendaki mengisi harga makanan dan

    minuman yang dicadangkan untuk jualan di Jadual Kadar

    Harga Makanan dan Minuman di Borang T1(A)-(C) dan

    Borang T4(A) (K).

  • 8

    1.3 Keengganan/Kegagalan Penggerai mematuhi syarat-syarat

    yang ditetapkan boleh menyebabkan Tawaran Harganya

    ditolak.

    1.4 Penggerai yang diterima bermakna Penggerai yang

    diluluskan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Penilaian Tawaran

    Harga mengikuti semua syarat Tawaran Harga.

    1.5 Penggerai dalam syarat ini dimaksudkan sebagai termasuk

    seorang atau lebih daripada seorang ataupun badan

    korporat.

    2. TARIKH TUTUP

    Tawaran Harga ditutup pada jam 12.00 tengah hari 29 April

    2016 (Jumaat)

  • 9

    DOKUMEN TAWARAN HARGA

    3.1 Dokumen yang perlu adalah seperti yang berikut:-

    Cadangan

    Teknikal

    [Sila pastikan setiap

    helaian dokumen

    cadangan teknikal

    tidak ada catatan

    nama penggerai /

    pemilik, nama/cap

    syarikat dan harga

    ditawarkan]

    1. Borang T1(A) (C) Jadual Harga

    Makanan dan Minuman (WAJIB)

    2. Borang T2 Senarai Peralatan dan

    Kelengkapan Yang Disediakan Untuk

    Perkhidmatan Yang Ditawarkan

    (WAJIB)

    3. Lampiran T3 Surat Pengesahan

    Suntikan

    4. Lampiran T4 (A) (K) :Penetapan

    Harga Jualan Bagi Makanan dan

    Minuman

    (WAJIB)

  • 10

    Cadangan

    Kewangan

    1. Borang K1 Borang Akuan Sebut

    Harga (WAJIB)

    2. Borang K2 Penyata Akaun Bank 3

    bulan terkini (Wajib)

    3. Borang K3 Kerja-kerja yang

    berkaitan dan Telah Dijalankan [

    Perkhidmatan Kafeteria/Penyediaan

    Makanan Halal / Perkhidmatan

    Katering / Penjualan Makanan dan

    Minuman Gerai Sila sertakan salinan

    Surat Setuju Terima dan Salinan LO]

    (JIKA ADA)

    4. Borang K4 Kerja-kerja Yang

    dijalankan [Perkhidmatan Kafeteria /

    Penyediaan Makanan Halal /

    Perkhidmatan Katering / Penjualan

    Makanan dan Minuman Gerai Sila

    Sertakan Salinan Surat Setuju Terima

    dan Salinan LO] (JIKA ADA)

    5. BORANG K5 Senarai Nama

    Pengurus, Penyelia, Pelayan dan Lain-

    lain Yang akan Menjalankan

    Perkhidmatan Gerai (WAJIB)

  • 11

    CADANGAN

    KEWANGAN

    (SAMBUNG)

    6. Profil Penggerai Yang Terkini dan

    Salinan Kad Pengenalan (WAJIB)

    7. Salinan Sijil Pendaftaran Dengan

    Kementerian Kewangan- SSM (JIKA

    ADA)

    8. Salinan Sijil Pendaftaran Bumiputera

    Dengan Kementerian Kewangan

    (JIKA ADA)

    9. Penyata Kewangan terkini Penggerai /

    Syarikat yang Diaudit (JIKA ADA)

    10. Salinan Sijil / Surat Pe