notis privasi data dan persetujuan - · pdf filesemua maklumat akan disimpan pada pangkalan...

Download Notis Privasi Data dan Persetujuan - · PDF fileSemua maklumat akan disimpan pada pangkalan data tapak ... dan digunakan oleh individu yang perlu untuk mengakses data tersebut bagi

If you can't read please download the document

Upload: duongthuy

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Notis Privasi Data dan Persetujuan

    Megikut peraturan-peraturan privasi data sesetengah negara, orang yang membuat laporan yang

    mengandungi data peribadi mestilah dimaklumkan mengenai kaedah pengumpulan data tertentu dan

    amalan pengekalan maklumat yang dikemukakan melalui sistem ini, serta bersetuju dengan syarat-syarat

    tertentu mengenai maklumat yang dikemukakan oleh orang tersebut. Kerana anda telah menyatakan

    bahawa anda adalah warganegara atau ingin melaporkan perkara yang berlaku di negara yang

    mempunyai peraturan-peraturan berkenaan, anda diminta untuk membaca dan menerima syarat yang

    terkandung dalam Persetujuan di bawah. Jika anda tidak mahu menerima syarat-syarat di bawah, kami

    tidak dapat menerima apa-apa maklumat melalui sistem ini dan akan meminta anda untuk melaporkan

    perkara ini kepada pihak atasan tempatan anda, Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Undang-undang

    atau Pegawai Pematuhan Wilayah (Regional Compliance Officer yang bertempat di Singapura).

    Laman Etika hotline adalah sistem laporan sulit dalam talian yang dikendalikan oleh EthicsPoint dan

    disediakan oleh Ingram Micro bagi membenarkan anda untuk bertanya soalan dan melaporkan kejadian.

    Penggunaan laman hotline Etika adalah secara sukarela. Jika kebimbangan anda adalah berkaitan isu-

    isu yang tidak disenaraikan, anda digalakkan untuk melaporkan mereka kepada pihak pengurusan

    tempatan atau melalui rangkaian laporan kami yang lain.

    Sebelum meneruskan secara lebih lanjut, sila baca notis di bawah, dan jika anda bersetuju, sila tanda di

    atas kotak persetujuan yang berikut. Ini dapat membolehkan anda untuk mengemukakan laporan atau

    soalan di laman hotline Etika. Jika anda tidak memberikan persetujuan anda, anda tidak akan dapat

    mengemukakan laporan atau soalan.

    Sila sedar bahawa maklumat yang diberikan anda mengenai diri sendiri, rakan sekerja anda atau apa-

    apa aspek operasi syarikat boleh menyebabkan keputusan yang memberi kesan kepada orang lain. Oleh

    itu, anda hanya perlu menyediakan maklumat yang betul setakat pengetahuan anda. Walaupun anda

    tidak akan dihukum jika anda mengemukakan maklumat dengan niat yang baik (meskipun maklumat

    tersebut kemudiannya berubah menjadi tidak tepat), sila maklum bahawa pemberian maklumat yang

    palsu atau mengelirukan secara sengaja tidak akan dibiarkan begitu sahaja dan kami berhak mengambil

    tindakan yang keras sekiranya perlu. Maklumat yang anda serahkan akan dirahsiakan dan anda

    digalakkan untuk memberi butir-butir diri anda supaya mudah untuk kami mengambil tindakan susulan

    berserta dengan apa-apa soalan yang mungkin akan dikemukakan kami.

    Apakah Maklumat yang dikumpul? Hotline Etika menerap maklumat secara langsung daripada anda

    seperti berikut: nama dan butir-butir anda, apa-apa soalan yang mungkin dihadapi anda, nama dan

    jawatan semua individu yang dilaporkan anda dan penerangan sebarang kelakuan yang disyaki,

    termasuk semua maklumat yang berkaitan.

    Bagaimanakah Maklumat ini akan digunakan? Semua maklumat akan disimpan pada tapak pangkalan data talian penting Etika yang dihoskan oleh EthicsPoint, Inc. di Amerika Syarikat ("EthicsPoint"). EthicsPoint berpegang teguh kepada prinsip Rangka kerja Perisai Privasi EU-AS. Maklumat di dalam tapak pangkalan data talian penting Etika boleh diakses dan digunakan hanya oleh individu yang memerlukan akses untuk memenuhi tugasan mereka, melainkan, sebaliknya diperlukan oleh undang-undang. Individu ini mungkin termasuk sumber manusia Ingram Micro, audit, undang-undang, sekuriti atau fungsi pengurusan dan pekerja atau kakitangan teknikal di EthicsPoint. Individu tersebut mungkin terletak di Amerika Syarikat. Sebagai tambahan, semua maklumat yang anda berikan boleh disimpan oleh Ingram Micro untuk menjawab soalan anda atau menyiasat laporan.

    Ingram Micro akan membuat penilaian maklumat yang diberikan anda, boleh menjalankan siasatan yang

    sewajarnya dan mengambil tindakan pembetulan.

    Sila ambil perhatian bahawa sebagaimana yang dibenarkan undang-undang berkenaan, individu yang

    dilaporkan anda melalui laman hotline Etika boleh dimaklumkan mengenai fakta bahawa laporan telah

  • dibuat. Walau bagaimanapun, maklumat yang anda berikan tidak akan mendedahkan nama atau identiti

    anda. Di samping itu, semua individu yang dirujuk oleh anda menerusi laporan berkenaan pasti akan

    mempunyai hak untuk menjawab tuduhan atau membetulkan maklumat yang anda laporkan.

    Apa-apa maklumat yang anda serahkan yang tidak diperlukan untuk menjawab soalan anda atau untuk

    penyiasatan mana-mana kejadian akan dipadam atau diarkibkan, sepertimana yang dibenarkan oleh

    undang-undang tempatan. Di samping itu, apabila kami telah memberi maklum balas kepada soalan

    anda atau menyelesaikan apa-apa penyiasatan, semua maklumat yang anda kemukakan akan

    dipadamkan atau diarkibkan, sebagaimana yang sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

    Ingram Micro akan mengambil langkah-langkah teknikal, organisasi atau langkah undang-undang untuk

    melindungi maklumat yang anda berikan. Ingram Micro juga akan mengarahkan EthicsPoint dengan

    sewajarnya untuk melindungi data peribadi anda dengan secukupnya dan tidak akan menggunakannya

    untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran.