notakomsas jan2015

Upload: roshdi-aziz

Post on 07-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan masalahtertentu Kriteria kajian yg baik (a) Tujuan kajian yang jelas (b) Penerangan yang jelas tentang proses (c) Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik (d)Piawai etika yang tinggi(e) Dapatan yg dibincangkan dengan jela (f) Batasan kajian dinyatakan dengan jelas.isu etika termasuk:(a) Kerahsiaan peserta kajian;(b) Penyertaansecara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya;(c) Keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;(d) Menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;(e) Reaksi peserta terhadap cara penyelidik menggunakan, menganalisis dan melaporkan dapatan kajian; dan(f) Tingkah laku dan objektif penyelidikan.Tujuan cadangan kajian: (a) Mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan kajian untuk dijawab dalam kajian; (b) Membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajian (ini menunjukkan status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu) serta mengenal pasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh pengkaji; (c) Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan); (d) Membina metodologi kajian yang sepadan untuk menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan kajian; (e) Membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan (f) Mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya. Dengan menyediakan cadangan kajian, pengkaji boleh:(a) Mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalankajian untuk dijawab dalam kajian;(b) Membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajian (inimenunjukkan status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu) serta mengenalpasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian olehpengkaji;(c) Menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian,jika berkaitan);(d) Membina metodologi kajian yang sepadan untuk menguji hipotesis atauuntuk menjawab soalan kajian;(e) Membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai;dan(f) Mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya. Metodologi Kajian(a) Pengenalan yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat kajian, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data(b) Reka Bentuk KajianDi sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi pilihan(c) Populasi dan Sampel Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian anda dan teknik memilih responden kajian daripada populasi yang ditetapkan. Saiz dan lokasi populasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas(d) Alat Kajian Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian anda. Contohnya, alat penimbang digunakan untuk mengukur berat dan pita ukur digunakan untuk mengukur panjang.tujuan kajian ialah: (a) Menyelesaikan masalah kritikal yang memerlukan tindakan segera; (b) Membawa perubahan kepada amalan pendidikan yang wujud pada masa ini; dan (c) Menghasilkan penemuan baru, ilmu baru atau produk yang berguna dalam pendidikan. Objektif kajian ialah: (a) Mengenal pasti pendekatan guru dalam pengajaran sains, termasuk strategi pengajaran dan kaedah serta teknik yang digunakan; (b) Mengenal pasti strategi yang digunakan guru dalam makmal sains; (c) Memberi penerangan tentang kemahiran proses sains yang sampaikan dan cara bagaimana ia disampaikan, implisit atau eksplisit; (d) Mendapatkan persepsi pelajar tentang personaliti guru dan hubungan guru dengan pelajar; dan (e) Mendapatkan kadar prestasi pengajaran guru dari perspektif pemerhati dan pelajar. Ciri-ciri hipotesis adalah seperti yang berikut: (a) Pernyataan yang diramal mempunyai jawapan yang bernilai kepada soalan kajian; (b) Jangkaan yang mempunyai hubungan antara beberapa variabel atau kesan antara satu variabel terhadap variabel lain; dan (c) Hipotesis boleh diuji secara statistik. 4.Tinjauan Literatur Sumber Literatur Kandungan 1. Jurnal pendidikan: universiti tempatan dan luar negara Suntingan laporan kajian, ringkas dan ditulis bersistematik. Rujukan yang baik. 2. Tesis Laporan penuh kajian oleh pelajar Sarjana. 3. Latihan akademik Mini tesis pelajar Sarjana Muda. 4. Buku pendidikan Prinsip dan teori pelbagai disiplin. 5. Ensiklopedia pendidikan Mengambil kira secara komprehensif pelbagai topik pendidikan; sesuai untuk mereka yang baru pertama kali membuat kajian. 6. Prosiding seminar pendidikan atau konferensi 5.Kaedah Kajian-Kajian ialah penggunaan kaedah saintifik secara formal dan sistematik untuk mengkaji masalah dalam bidang/disiplin ilmu tertentu. Oleh sebab kajian dalam pendidikan juga adalah berbentuk saintifik, sistematik dan berasaskan bidang ilmu tertentu, ia perlu mengikut setepatnya tatacara tertentu. Pertama, kajian perlu dirancang dengan baik supaya dapatannya menjadi sah. Terdapat lima ciri utama reka bentuk kajian eksperimen yang boleh menjadi panduan kepada kita: Peserta kajian dipilih dan diagihkan kepada kumpulan yang terlibat dalam kajian iaitu kumpulan kawalan (control) dan kumpulan eksperimen; Rawatan (intervention) boleh diberikan kepada satu atau lebih kumpulan iaitu secara rawak, sekiranya lebih daripada satu kumpulan; Hasil eksperimen (outcomes) diukur pada akhir eksperimen; Tatacara kajian digubal supaya ancaman kepada kesahan dapat dikawal; dan Perbandingan secara statistik dibuat antara kumpulan kajian. Kajian rintis ialah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang bertujuan untuk memastikan alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.(a) Menyemak kejelasan aspek, arahan dan susun atur (layout) soal selidik; (b) Mendapatkan maklum balas tentang kesahan aspek soal selidik; (c) Mendapatkan maklum balas tentang kesesuaian aspek dan format jawapan; (d) Mendapatkan maklum balas tentang kategori jawapan bagi item tertutup; (e) Mendapatkan maklum balas tentang daya tarikan soal selidik; (f) Menyemak masa yang diperlukan untuk menjawab soal selidik; (g) Mengenal pasti aspek yang tidak berkaitan dalam soal selidik; dan (h) Menyediakan kod untuk kemasukan data dalam fail data komputer. Pengkaji kualitatif menganalisis data dengan menggunakan langkah-langkah berikut: (a) Menyediakan dan menyusun data untuk dianalisis; (b) Menghurai dan membina tema daripada data; (c) Melaporkan dapatan kajian; (d) Mentafsirkan (interpreting) dapatan kajian; dan (e) Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian.Reka Bentuk Kajian KualitatifSecara literal, reka bentuk kajian kualitatif merupakan satu rancanganbagaimana kajian akan dijalankan dan membentuk kajian membawa maksudtertentu seperti memikirkan tentang sesuatu, membayang dan menggambarkanbagaimana kajian yang dirancang itu akan dijalankan. Secara ringkas, keputusanyang dibuat tentang kajian tersebut mesti memenuhi elemen berikut:(a) Jangka masa kajian;(b) Jenis data yang hendak dikutip;(c) Alat yang sesuai untuk mengutip data tersebut;(d) Di mana kajian tersebut hendak dijalankan;e) Kumpulan responden yang akan digunakan sebagai sampel;(f) Strategi pengutipan data yang sesuai digunakan;(g) Jangka masa dan kos yang diperlukan untuk menjalankan kajian; dan(h) Bagaimana data hendak disusun, dianalisis dan ditafsirkan. Pemilihan Bentuk Kajian: (a) Bentuk kajian lapangan (b) Bentuk kajian kes(c) Bentuk kumpulan terfokus. (d) Bentuk kajian tindakan. (e) Bentuk analisis dokumen. (f) Bentuk pelbagai pendekatan Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua aspek yang berbeza daripada kepercayaan kajian. Isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi: (a) Alat yang digunakan dalam kajian; (b) Proses mengutip data; dan (c) Kaedah analisis data. Rumus yang dipakai ialah kebolehpercayaan dan kesahan, kedua-duanya berorientasikan proses. Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data secara amnya boleh digolongkan kepada tiga jenis iaitu: (a) Temu duga; (b) Pemerhatian; dan (c) Dokumentasi. Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan dua aspek yang berbeza daripada kepercayaan kajian. Isu yang berhubung dengan kepercayaan kajian ialah dari segi: (a) Alat yang digunakan dalam kajian; (b) Proses mengutip data; dan (c) Kaedah analisis data. Rumus yang dipakai ialah kebolehpercayaan dan kesahan, kedua-duanya berorientasikan proses. Dalam kajian kualitatif, alat mengutip data secara amnya boleh digolongkan kepada tiga jenis iaitu: (a) Temu duga; (b) Pemerhatian; dan (c) Dokumentasi. Pensampelan dalam Kajian Kualitatif Pensampelan dalam kajian kualitatif merupakan suatu pengalaman yang berbeza daripada kajian kuantitatif. Berikut ialah beberapa strategi pemerhatian pensampelan yang digunakan dalam kajian kualitatif. (a) Strategi pensampelan Dalam kajian kuantitatif, besar kemungkinan kita akan menggunakan strategi pensampelan berkebarangkalian (probabilty sampling). Empat jenis pensampelan bukan kebarangkalian: Pensampelan mudah; Pensampelan bertujuan; Pensampelan snowball; dan Pensampelan kuota (quota sampling). tiga jenis strategi pengutipan data iaitu: (a) Data yang didapati daripada dokumen; (b) Data yang didapati daripada temu bual; dan (c) Data yang didapati daripada pemerhatian. tiga jenis strategi pengutipan data iaitu: (a) Data yang didapati daripada dokumen; (b) Data yang didapati daripada temu bual; dan (c) Data yang didapati daripada pemerhatian. tiga jenis strategi pengutipan data iaitu: (a) Data yang didapati daripada dokumen; (b) Data yang didapati daripada temu bual; dan (c) Data yang didapati daripada pemerhatian. Interprestasi data (a) Data dokumen (i) Data dikutip dan diubah menjadi teks. Contohnya, transkrip daripada nota kaunseling diubah menjadi teks; (ii) Teks dilabel dan dikategorikan; (iii) Berdasarkan label dan kategori, anda akan dapati beberapa tema akan menjelma; (iv) Bahan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk frasa yang sama dan tanda serta hubungan dan kesamaan atau perbezaannya; dan (v) Bahan yang sudah ditapis dinilai mengikut kajian lepas. (b) Garis panduan untuk analisis isi kandungan: (i) Anda sendiri perlu membuat keputusan tentang gaya analisis isi kandungan. Patutkah ia berbentuk kualitatif atau kuantitatif?; (ii) Adakah anda mahu analisis isi kandungan latent atau manifest? Isi kandungan manifest merupakan sesuatu yang tidak asli atau mempunyai isi kandungan permukaan sahaja. Isi kandungan padat pula mempunyai makna dalaman bagi sesuatu mesej; dan (iii) Perhatikan perkataan, frasa, ayat atau perenggan dan letakkan semuanya dalam sesuatu label atau tema. Kesahan Dapatan Kajian Kuantitatif Campbell dan Stanley (1963) menegaskan bahawa kesahan dalaman ialah keperluan asas sesuatu eksperimen. Di sini, kesahan dalaman bermaksud sejauh mana rawatan (variabel tidak bersandar) menyumbang kepada hasil eksperimen (variabel bersandar). Terdapat lapan faktor yang boleh mempengaruhi kesahan dalaman sesuatu eksperimen iaitu: (a) Sejarah Peristiwa tertentu yang berlaku antara dua pengukuran yang menjadi rawatan tambahan kepada eksperimen yang dijalankan. (b) Kematangan Proses dalaman subjek mengikut tempoh masa (maturation) seperti kecerdasan. (c) Pengujian Kesan ujian pertama ke atas skor ujian kedua. (d) Alat Perubahan kalibrasi (calibration) alat ukuran, pertukaran pemerhati atau pemeriksa ujian boleh menyebabkan perubahan skor yang diperoleh. (e) Regresi Statistik Analisis yang dibuat berasaskan kumpulan yang mempunyai skor ekstrim (skor rendah atau skor tinggi) akan memberikan dapatan kajian yang tidak sah. (f) Pemilihan Berlaku bias semasa pemilihan sampel kajian, misalnya, pelajar pandai dipilih untuk kumpulan eksperimen dan pelajar lemah untuk kumpulan kawalan. (g) Mortaliti Kehilangan subjek kajian dalam kumpulan yang dibandingkan, misalnya, subjek kajian daripada kumpulan eksperimen berpindah sekolah, sakit atau tarik diri. (h) Interaksi Kedewasaan-pemilihan Kesan interaksi antara kedewasaan-pemilihan akan mempengaruhi skor akhir subjek kajian bagi reka bentuk eksperimen kuasi.Reka Bentuk Kajian Kuantitatif direka bentuk untuk mendapatkan data yang sesuai dengan persoalan kajian. Kajian kuantitatif terdiri daripada dua jenis kajian deskriptif dan kajian eksperimen. Dalam kajian deskriptif, pengkaji tidak memberi apa-apa rawatan (treatment) kepada subjek kajian, sebaliknya mengukur variabel kajian seperti yang sedia wujudWalau bagaimanapun, bagi kajian eksperimen, rawatan/intervensi perlu diberikan kepada subjek kajian yang ukuran boleh dibuat sebelum dan selepas rawatan diberikan. Yang berikut disenaraikan beberapa reka bentuk kajian kuantitatif. (a) Reka Bentuk Kajian Deskriptif (i) Reka bentuk kes (case design); (ii) Reka bentuk siri-kes (case-series design); (iii) Reka bentuk silang/keratan lintang (cross-sectional design); (iv) Reka bentuk kohot atau perspektif (cohort or perspective design); dan (v) Reka bentuk retrospektif atau kawalan kes (retrospective or case-control design). (b) Reka Bentuk Kajian Eksperimen (i) Reka bentuk tak-berkumpulan-kawalan (no-control-group design): (ii) Reka bentuk berkumpulan-kawalan (control-group design): PENGUTIPAN DATA Kajian kuantitatif biasanya menggunakan pelbagai alat kajian untuk mengutip data. Ia termasuklah ujian pencapaian, skor peperiksaan, soal selidik, inventori, senarai semak dan jadual cerapan.1.Soal selidik ditakrifkan sebagai satu set soalan bercetak yang digunakan untuk mengutip/memperoleh data kajian secara laporan kendiri daripada subjek/responden kajian. langkah-langkah dalam membina soal selidik: (a) Membangunkan item; (b) Menyediakan tatacara analisis yang sesuai; (c) Menjalankan ujian rintis untuk menguji kesesuaian item; (d) Memperbaiki item selepas maklum balas daripada ujian rintis; dan (e) Memberi latihan kepada penemu duga atau pengutip data. Pemprosesan Data (a) Surat memohon kebenaran membuat kajian hendaklah dihantar kepada pentadbir sekolah berserta dengan surat kebenaran drpd KPM (b) Selepas mendapat kebenaran daripada pengetua, temu janji hendaklah dibuat dengan guru kelas untuk membincang jadual waktu bagi anda melakukan kajian. (c) Apabila sampel telah dikenal pasti, borang soal selidik/inventori diedarkan dan meminta mereka yang berkenaan mengisikannya; (d) Sebelum analisis dibuat, data mentah diproses terlebih dahulu untuk mendapatkan latar belakang subjek kajian, misalnya, peratus pelajar mengikut jantina, tahap sosioekonomi ibu bapa, jumlah gaji dan lokasi sekolah; (e) Data daripada alat kajian, seperti soal selidik/inventori, perlu diubah kepada skor variabel kajian. GAYA PENULISAN LAPORAN KAJIAN lapan gaya penulisan laporan. (a) Ambil Berat tentang Struktur Ayat Anda (b) Tumpukan kepada Kata Kerja Aktif dan Hidup Jauhi penggunaan ayat pasif (c) Gunakan Bahasa Inggeris Piawai Penggunaan Bahasa Inggeris Pasar lazimnya tidak memberi gambaran yang baik terhadap penulis, kecuali seseorang itu menulis cerita fiksyen. (d) Kurangkan Ayat Berklausa Adjektif, Adverba atau Frasa (e) Ambil Perhatian Panjang-pendek Perenggan. (f) Gunakan Transisi antara Perenggan Konvensyen tinjauan literatur mempunyai masalah dari segi persembahannya, yang penulisan semula dapat mengatasi masalah ini. (a) Kurang membuat organisasi dan penstrukturan maklumat yang dipaparkan; (b) Mengulang perkara yang sama beberapa kali dalam teks; (c) Memetik fakta daripada sumber tertentu tanpa menulis rujukan; (d) Memaparkan fakta/konsep/teori/model secara berasingan, tanpa fokus/tema tertentu; (e) Tidak dapat menghasilkan kerangka konsep/teori/model yang sesuai untuk kajian; (f) Tidak menilai secara kritis literatur dan kajian berkaitan yang dipaparkan; dan (g) Gagal merujuk kepada literatur penting dan terkini dalam bidang kajian. Pendekatan pengajaran terus, ialah pendekatan pengajaran secara bersemuka Guru yang menggunakan pendekatan ini perlu menyediakan rancangan mengajar harian lebih awal dengan mengambil kira pengetahuan/kemahiran asas dan gaya pembelajaran pelajarnya. Pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah: (a) Kandungan pelajaran dapat disampaikan dengan tepat; (b) Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan mudah; (c) Pendekatan yang baik untuk menyampaikan fakta spesifik dan kemahiran asas; dan (d) Pencapaian pelajar boleh diukur dengan mudah; Namun, pendekatan pengajaran terus mempunyai beberapa kelemahan, antaranya ialah: (a) Pendekatan ini boleh menghalang kreativiti guru; (b) Teknik pengajaran perlu distrukturkan dengan baik; (c) Kandungan pelajaran yang rapi perlu disediakan lebih awal; (d) Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik; dan (e) Ia mungkin tidak begitu berkesan untuk melatih kemahiran berfikir peringkat tinggi. Kelebihan kaedah kuliah ialah: (i) Dapat membentang kandungan berbentuk fakta secara terus dan logik; (ii) Cerita tentang pengalaman yang boleh menarik minat pelajar; (iii) Dapat membuka minda kepada perbincangan terbuka; (iv) Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar; dan (v) Memberi peluang kepada peserta menyoal supaya lebih jelas. Kelemahan kaedah kuliah ialah: (i) Pakar tidak semestinya dapat menjadi guru yang baik; (ii) Peserta mungkin pasif sehingga tidak wujud interaksi; (iii) Pembelajaran sukar dikesan; dan (iv) Komunikasi biasanya satu hala sahaja.

3203.Tatabahasa dalam BM mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al., 2004). Morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu adalah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini adalah kerana keduaduanya berbeza dari segi fungsi dan konsep. Pengimbuhan Proses pengimbuhan adalah proses merangkaikan imbuhan kepada kata dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Morfem Bebas Boleh berdiri sendiri dan mempunyai maknanya sendiri.Contohnya minum, cuti, sekolah, periksa.Morfem Terikat atau ImbuhanBentuk imbuhan, iaitu mem, per, kan, berTidak mempunyai makna, tetap mengandungfungsitatabahasaatau nahu yang boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat. Kata Tunggal Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalamkata tunggal, misalnya: Mara, Petronas, Lada, tadika (tamandidikan kanak-kanak), pawagam (panggung wayang gambar)dan sebagainya. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengansingkatan. Singkatan adalah kependekan bagi satu atau beberapaperkataan seperti 'IT' untuk teknologimaklumat(informationtechnology) dan 'PM' untuk Perdana Menteri. Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal sepertiakronim. Pengimbuhan Proses pengimbuhan adalah proses merangkaikan imbuhan kepada katadasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsinahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. peN-... pe-... pewangi, peragut,pesalah Orang ramai membelasah peragut itu sehingga pengsan. Penggandaan Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan adalah prosesnpengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Terdapat empat jenis kata nama ganda, iaitu:Gandaan penuh/ alat / alat-alat; Gandaan berentak; Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar. Seluruh kata nama digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang atau diubah. Rentak terdiri daripada pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis iaitu penggandaan suku kata awal, penggandaan suku kata akhir, penggandaan konsonan, penggandaan sisipan dan penggandaanakhiran. Gandaan separa; dan Gandaan makna./cerai-berai/hina-dina. Pemajmukan adalah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya. Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya: Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai.golongan kata. Ia terdiri daripada: Kata nama; Kata kerja; Kata adjektif; dan Kata tugas. Golongan Kata Adjektif Kata adjektif (KA) adalah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat (kata yang menjadiinti frasa digariskan di bawahnya).Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifatsesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Sintaksis Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hokum hukum yang menentukan tatacara perkataan disusun dalam ayat.Contoh: Ahmad sedang membuat kerja rumah.Contoh ayat ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:(i) Ahmad sedang ii) membuat kerja rumah. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa ini turut mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna, dua jenis wacana dalam unit bahasa, iaitu wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan melibatkan komunikasi secara langsung (komunikasi secara lisan) antara penutur dengan pendengar. Wacana tulisan pula merupakan wacana yang disampaikan secara bertulis dan ia melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca empat, 4 wacana iaitu:(i) Wacana narasi;(ii) Wacana eksposisi;(iii) Wacana deskripsi; dan (iv) Wacana argumentasi.Tujuan wacana adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana,sama ada secara naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat Tanya. Makna dalam Wacana Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan ia dapat dilihat daripada kewujudan hubungannya dengan aspek makna dengan berdasarkan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat. Hubungan wacana dari aspek makna dapat ditinjau daripada kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana dengan berdasarkan aspek tatabahasa yang digunakan. Sebab dan Akibat Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya. Sebab dan Tujuan Siti sangat rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. Sebab dan Hasil Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir.Latar dan Kesimpulan Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang. Harimurti (1982) Wacana atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai discourse merupakan satuan bahasa yang lengkap. Dalam hierarki gramatikal, ia merupakan satuan gramatikal tertinggi ataupunnterbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuhseperti novel, siri ensiklopedia dan sebagainya, paragraf, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap. Makna dalam sesebuah wacana bergantung pada makna yang ingin disampaikan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat. Hubungan antara makna dan tatabahasa bergantung pada sebab dan akibat, sebab dan tujuan, sebab dan hasil, latar dan kesimpulan, syarat dan hasil, dan perbandingan. Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Ia merupakan 'organisasi sintaktik'. Ini bermaksud bahawa kohesi merupakan hubungan antara ayat dalam sebuah wacana, tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Konsep kohesi yang boleh digunakan dalam tatabahasa ialah perujukan eksoforik (konteks segera, pengetahuan dikongsi bersama dan pengetahuan dalam satu dunia wacana), perujukan endoforik (anaforik dan kataforik) dan perujukan penganjur (penggantian, pengguguran, konjungsi dan kohesi leksikal).