nota tatabahasa untuk panduan guru & murid filesila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata...

33
Panduan Tatabahasa NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID KATA NAMA AM & KATA NAMA KHAS 1. Kata Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll 2. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas Benda bangunan kereta buku sekolah Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Orang doktor kerani guru budak lelaki Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Binatang kucing lembu katak ayam burung Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai Tempat negeri bandar kampung tasek Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Tumbuhan pisang cili jambu limau Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi

Upload: trandan

Post on 17-Mar-2019

529 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Panduan Tatabahasa

NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID

KATA NAMA AM & KATA NAMA KHAS

1. Kata Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

2. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama

sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Digunakan bagi

menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll

b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas

Benda bangunan

kereta

buku

sekolah

Bangunan Tabung Haji

Proton Saga

Bahasa Melayu

S.K. Darau

Orang doktor

kerani

guru

budak lelaki

Doktor Efendi

Puan Zainun

Cikgu Azmi

Muhamad Fauzi

Binatang kucing

lembu

katak

ayam

burung

Si Tompok

Lembu Sapi

Katak Puru

Ayam Belanda

Burung Murai

Tempat negeri

bandar

kampung

tasek

Terengganu

Jerteh

Kampung Pasir Akar

Tasek Perdana

Tumbuhan pisang

cili

jambu

limau

Pisang Emas

Cili Padi

Jambu Batu

Limau Kasturi

Page 2: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

KATA NAMA TERBITAN

Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.

Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :

di awal kata ( awalan )

di akhir kata ( akhiran )

di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa

kelas iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan

kata kerja peraga

latih

bawa

lawan

peragawati

latihan

pembawaan

perlawanan

kata sendi oleh

untuk

perolehan

peruntukan

kata nama lombong

rumah

guru

perlonbongan

perumahan

perguruan

kata adjektif cantik

besar

tinggi

kecantikan

pembesar

ketinggian

KATA GANTI NAMA DIRI 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang

bercakap.

2. Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.

3. Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga, seperti mereka, beliau,

baginda.

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama

( Orang yang bercakap )

aku

saya

patik

hamba

kami

kita

Diri Kedua

( Orang yang dilawan bercakap )

awak

kamu

engkau

encik

cik

saudara

awak semua

kamu semua

saudara sekalian

saudari sekalian

encik-encik

cik-cik

Page 3: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

saudari

tuan

puan

anda

tuanku

tuan-tuan

puan-puan

anda semua

kalian

Diri Ketiga

( Orang yang diceritakan halnya)

dia

ia

nya

beliau

baginda

mereka

KATA GANTI NAMA TANYA

1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,

masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.

2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.

3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan

apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah

kenapakah

mengapakah

berapakah

Kata Ganti Nama Penggunaannya

apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan

siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang

mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat

KATA GANTI NAMA TEMPAT

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.

2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Tempat Penggunaannya

sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh

sini digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang

yang bercakap

situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak

sejauh sana

Benda, orang, Binatang ini, itu

Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan

penutur)

sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)

situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)

Keadaan begini, begitu, demikian

KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Page 4: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu

2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh

apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya

2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi

gurunya.

Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.

2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.

2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.

Kata Ganti Tak Tentu

siapa-siapa

mana-mana, masing-masing,

seseorang,dan sesuatu

siapa-siapa atau sesiapa

Penggunaannya

digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu

digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu

digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu

KATA ADJEKTIF

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu

kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda,

orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

2. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang

bertugas sebagai penguat.

Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

Contoh Kata Adjektif Contah Ayat

nakal

garang

besar

tebal

lurus

Chee Keong seorang budak yang nakal.

Lembu jantan itu sangat garang.

Rumah besar itu sangat cantik.

Buku itu tebal.

Pembaris ini lurus.

KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif

B. Kata Kerja Tak Transitif

A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda

(objek)

2. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya:

Page 5: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )

Dia suka membaca buku

Jamilah memukul seekor ular

Abidin menjual kuih-muih

Ramli berjalan ke sekolah

Kereta itu melanggar seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada

diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain.

Contohnya ::

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan

Kami mandi di tasek itu.

Dia senyum semasa berjalan

Saya menyanyi dengan kuat

Hassan berjalan ke sekolah

KATA PERINTAH

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh

ditambah partikel –lah di belakangnya.

contoh

Jangan Sila tolong Harap

usah jemput Minta

Contoh ayat

1. Jangan tolak meja itu ke situ.

2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.

3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

KATA PENGUAT

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

Paling Agak Sungguh Amat

Terlalu Nian Benar Paling

3. Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.

4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.

5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau

selepas kata adjektif.

Contoh

1. Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3. Suhu di kawasan kutup amat sejuk.

KATA PENEGAS

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan

bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Page 6: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Contoh

-kah -lah -tah jua

Juga Sahaja Hanya Memang

Lagi pun

Contoh

1. Itulah rumah saya.

2. Pernahkah awak makan sup daging arnab.

3. Apatah dayaku untuk menolongnya.

4. Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

5. Hanya Kamal yang belum membayar yuran.

6. Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

KATA NAFI

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.

2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

3. Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh

a) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.

b) Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4. Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh

a) Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.

b) Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5. Kata nafi TIDAK boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak

setara.

Contoh

a) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.

b) Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

KATA PEMERI

1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam

prediket.

2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

3. Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.

4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh

a) Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

b) Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

c) Dalaman kereta Proton Exora adalah luas dan selesa

PENJODOH BILANGAN

Page 7: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

1. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau

bilangan.

2. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan

sebagainya.

3. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh

Bilangan

penggunaannya Contohnya

angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis

baris untuk kedudukan benda/manusia yang

berbaris

orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja,

kerusi

batang untuk menunjukkan benda-benda yang

panjang

sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat,

kapur, jambatan, jarum

bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin

berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu

bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-

benda yang kecil

labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon,

ketupat, batu, telur, gelas

Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

buah untuk benda-benda besar dan padu, yang

tidak mempunyai bentuk yang tertentu

kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar,

kampung, piano, komputer, kamera

buku untuk benda-benda yang keadaannya

berketul/berbongkah

sabun, roti, benang

butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru

carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain

cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit

cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate

das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang

deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta

ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab,

rama-rama

genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi

gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, kunci

gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput

ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan

iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan

jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau

berangkai-rangkai

bunga, kunci

kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs

kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan

benda

burung, awan, pulau, bintang

kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan

tangan

nasi, pulut, tanah

Page 8: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang

Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti

Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam

kotak

mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk

kuntum untuk bunga mawar, melati, anggerik

Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam

lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang

longgok untuk benda-benda yang berada dalam

longgokan

durian, pakaian, tanah, cili

naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun

pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsa untuk bahagian dalam buah durian

pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian

seragam

pemain kompang, polis, tentera pengakap

patah untuk kata perkataan, kata-kata

potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti

pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan

senjata api

jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung

puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api

rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair

rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan

bersirat

jala, jaring, pukat

ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh

rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisir untuk buah pisang pisang

tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan

daun yang bertangkai

rambutan, duku, kenanga, padi, daun

titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun

tongkol untuk buah yang bertongkol jagung

ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak

urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai,

utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

KATA BILANGAN

1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.

2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan contohnya

kata bilangan tentu satu, dua, tiga, dan seterusnya

Page 9: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

kata bilangan tak tentu beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-

setengah, dan sebagainya

kata bilangan pecahan suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya

kata bilangan pisahan setiap dan tiap-tiap

kata bilangan himpunan kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-

bulan, ribuan, dan sebagainya

kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya

kata bilangan tanya berapa

KATA SENDI 1. Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata

atau frasa-frasa dalam ayat.

2. Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh

akan/ kepada/

terhadap

untuk menunjukkan emosi

dan sikap

1. Adik sayang akan kucing.

2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.

3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.

bagi/untuk untuk menentukan sesuatu

yang dibezakan daripada

yang lain

1. Pen itu dibeli untuk anaknya.

2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.

dari untuk menunjukkan tempat

dan masa

1. Mereka baru pulang dari Johor.

2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.

daripada untuk orang, perbandingan,

asal kejadian, dan

menunjukkan keanggotaan

1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan

Johor.

2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.

3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada

muridmurid sekolah.

di untuk tempat Di dalam dompet itu ada wang.

dengan untuk menyatakan makna

bersama-lama, bandingan

setara, keterangan cara,

dan penggunaan sesuatu

sebagai alat

1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.

2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.

3. Adik menulis dengan pensel.

4. Markah saya sama dengan markahnya.

hingga/

sampai

untuk menunjukkan

peringkat masa, tempat,

dan had tertentu

1. Dia bekerja hingga malam.

2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.

ke untuk tempat dan benda

konkrit

1. Kereta api menuju ke Padang Besar.

2. Cawan itu terhempas ke batu.

kepada untuk menunjukkan orang

atau kata ganti diri

Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

oleh untuk menunjukkan

perlakuan pasif yang

berawalan di- dan ter-

1. Buku itu dibaca oleh Salmi.

2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.

Page 10: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

pada untuk menunjukkan masa

dan tempat, manusia,

binatang, benda abstrak,

dan benda konkrit tertentu

1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.

2. Novel itu ada pada Rahim.

3. Perkara itu benar pada pandangan saya.

4. Serikaya itu disapukan pada roti.

sejak untuk menyatakan makna

suatu jangka masa

Dia tidak makan sejak semalam.

seperti/

umpama/bak

untuk menunjukkan

persamaan dengan yang

lain

1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di

pasar.

2. Badannya besar umpama ahli gusti.

3. Hidungnya mancung bak seludang.

tentang untuk menyatakan makna

mengenai sesuatu

Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

KATA HUBUNG

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan

perkataan rangkai kata dengan rangkai kata & ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

(a) kata hubung gabungan,

(b) kata hubung pancangan,

(c) kata hubung berpasangan.

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh Ayat Contoh

agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila Mukanya pucat apabila disoal.

atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

Jika Saya berpayung jika hujan.

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal.

kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.

serta Zahid serta abangnya menonton wayang.

semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.

supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.

walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.

Page 11: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat Contoh

Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu.

Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.

bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.

Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.

sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.

semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

Kata hubung dalam bentuk Akar

Dan hingga lalu ketika

Dengan yang tetapi jika

Kerana serta kalau kemudian

demikian walhal walau agar

atau demi supaya

Kata hubung dalam bentuk terbitan.

semasa sementara seharusnya andaikata

semoga seketika sebaliknya sedangkan

setelah sesungguhnya walaupun itupun

sewaktu seandainya meskipun sekali[un

mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun

padahal

KATA BANTU

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam

yang berkaitan dengan perbuatan.

Contoh

Akan Belum Masih

Telah Sudah Harus

Boleh Dapat Hendak

Mesti Patut

1. Kereta api dari utara telah sampai.

2. Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.

Page 12: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.

4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.

5. Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

KATA GANDA

1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.

2. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :

a. Gandaan Seluruh Kata

b. Gandaan Separa / Separuh

c. Gandaan Berirama

d. Gandaan Menyaling

Gandaan Seluruh Kata

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku

lembu-lembu

murid-murid

kawan-kawan

baring-baring

pandang-pandang

jalan-jalan

usik-usik

manis-manis

besar-besar

awal-awal

bulat-bulat

Catatan:

1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya

dan diberi tanda sempang.

2. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus. Satu perkataan sahaja membawa maksud

lain

3. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.

Contoh : Kata Ganda Semu

Agar-agar /anai-anai/ angkut-angkut /antinanting/ biri-biri / dekak-dekak /epok-epok /gula-gula/

jemput-jemput/ jentik-jentik/ kanak-kanak/ kisi-kisi/ kunang-kunang/ kuda-kuda /kupu-kupu/

kura-kura/labah-labah/ layang-layang/ oleh-oleh/ onde-onde/ panji-panji/ pijat-pijat/ rama-rama/

sumpah-sumpah/ ubun-ubun/ umang-umang/ undang-undang

Kata Ganda Separa 1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.

2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Contohnya :

lelaki bebola lelabah pepohon jejari

kekuda jejentik kekabu dedaun kekisi

Lain-lain Kata Ganda Separa

bebawang /bebenang /bebudak /cecair /dedalu /dedaun /dedawai /gegendang /geguli /jejari /

jejarum/ jejentik/ kekabu /kekisi /kekunci/ kekuda /lelaki /lelangit /lelayang/ pepejal /pepijat

/pepenjuru / rerambut /sesiku /sesungut /tetamu /tetangga

Page 13: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Kata Ganda Bersajak/Berima 1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau

penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:

Persamaan Bunyi

di Pangkal

Persamaan Bunyi

di Hujung

Penyesuaian bunyi

Seluruhnya

batu-batan anak-pinak bolak-balik

beli-belah calar-balar compang-camping

bengkang-bengkok cerai-berai dolak-dalik

corat-coret comot-momot gopoh-gapah

degap-degup gotong-royong gunung-ganang

dentam-dentum karut-marut haru-biru

desas-Jesus kaya-raya huru-hara

gembar-gembur kuih-muih huyung-hayang

gerak-geri pindah-randah kacau-bilau

Gandaan Menyaling

1. Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata

berimbuhan.

2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )

contoh :

tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit tarik-menarik kejar-mengejar

sulam-menyulam tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak karang-mengarang

tari-menari tangis-menangis rampas-merampas tumbuk-

menumbuk

simpan-

menyimpan

KATA SERU

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut,

hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi

atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.

4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh

aduh untuk menyatakan

perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya tanganku!

2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai untuk menyatakan

perasaan sedih

Aduhai, malang sungguh nasibku!

ah untuk menyatakan tidak

setuju atau menolak

sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!

Page 14: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

perasaan hairan atau

kagum

2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih untuk menyatakan

perasaan marah dan

benci

1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !

eh untuk menyatakan

perasaan hairan atau

terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ads di sini!

hai untuk menegur seseorang

atau menarik perhatian

1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat

Kata Seru maksud Contoh ayat

wahai menyatakan

perasaan sayang

atau merayu

Wahai adik ku sayang !

amboi menunjukkan

perasaan kagum

Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !

hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !

nah Nah, terimalah habuanmu !

aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !

wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !

ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !

bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !

cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !

oh terkejut hairan,

gembira atau

mengharap

Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !

eh hairan Eh, bila ia terjadi !

syabas gembira, puas,

memuji atau ucap

tahniah

Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !

alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !

ha hairan Ha, budak itu yang menang !

Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !

Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

KATA PENEGAS

Page 15: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Kata penegas ialah perkataan yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan

bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

- kah - lah - tah Jua

Juga Sahaja Hanya Memang

Lagi Pun

Contoh ayat

Itulah rumah saya.

Pernahkah awak makan sup daging arnab ?

Apatah dayaku untuk menolongnya.

Kuciing itu dibawa juga ke rumah neneknya.

Hanya Kamal yang belum bayar yuran.

Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

KATA ARAH

Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.

Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.

Contoh

Atas Bawah Tepi Antara

Hadapan Utara Sisi Luar

Semua hidang itu diletakkan di atas meja.

Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.

Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

KATA PEMBENAR

1. Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu pernyataan.

2. Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.

Contoh ayat

“Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.

“Benar, merekalah yang memancing di situ”, kata Ali kepada Padin.

“Betul, begitulah caranya memotong bawang”, kata ibu kepada adik.

KATA KETERANGAN

1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:

Page 16: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

(a) Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)

(b) Sayur-sayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif

subur.)

2. Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan

tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.

Contoh

Jenis Kata

Keterangan

Penggunaan dan Contohnya Ayat Contoh

Kata Keterangan

Cara

untuk menerangkan cara

Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan

sebagainya

1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu

melihat kejayaan abang.

2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.

Kata Keterangan

Bantu

untuk menerangkan sikap pada sesuatu

pelakuan atau perasaan

Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang,

sebentar, dan sebagainya

1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.

2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia

Sarawak.

Kata Keterangan

Masa

untuk menerangkan masa

Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam,

lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang,

sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa,

sudah, dan sebagainya

1. Saya harus pergi sekarang.

2. Encik Gan akan bertolak esok.

Kata Keterangan

Tanya

untuk menerangkan cara, keadaan, masa,

dan sebab

Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya

1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?

2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?

3. Mengapakah ayah lambat pulang?

Kata Keterangan

Darjah

untuk menerangkan darjah kata adjektif

Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan

sebagainya

1. Kelakuan budak itu agak ganjil.

2. Sedap betul masakan di restoran itu.

3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling

tinggi di Malaysia.

Kata Keterangan

Nafi

untuk menafikan atau menyangkal

Contoh: bukan, tak, atau tidak

1. Dia bukan orang kampung itu.

2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.

Kata Keterangan Tak

Tentu

untuk menerangkan sesuatu yang belum

pasti

Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah,

mungkin, dan sebagainya

1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah

tersesat.

2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak

Jabatan Kebajikan Masyarakat.

kata Keterangan

Penegas

untuk menyatakan penegasan

Contoh: hanya, jua

Dia hanya membeli sebuku roti.

Kata

Keterangan

Kekerapan

untuk menyatakan kekerapan berlakunya

peristiwa Contoh: sering, selalu, dan

sebagainya

1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.

2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.

Kata Keterangan

Umum

untuk menyatakan sesuatu secara umum

Contoh: nyaris, langsung

Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.

IMBUHAN 1. Imbuhan mempunyai 3 fungsi :

a] membentuk kata terbitan

b] mengubah golongan kata

c] mencipta perkataan baru

Page 17: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

2. Dalam Bahasa Melayu imbuhan boleh dibahagikan kepada 4 jenis

IMBUHAN

awalan

di awal

perkataan

akhiran

di akhir

perkataan

apitan

[di awal dan di akhir

perkataan]

sisipan

tersisip di tengah

perkataan]

IMBUHAN AWALAN

Awalan Ber-

Awalan catatan contoh perkataan

ber- wujud apabila bertemu kata akar

kecuali kata akar dibawah.

Berjalan, bercukur, berkaki

bel- wujud apabila awalan ber-

bertemu dengan kata akar ajar

belajar

be- wujud apabila kata kar bermula

dengan huruf ‘ r ‘

bekerja, berumah, berada,

beraja

Awalan ke- Imbuhan awalan ke- berfungsi bagi membentuk kata bilangan tingkat, kata nama, dan kata

bilangan himpuan.

Lima kelima [ kata bilangan tingkat ]

tiga ketiga [ keta bilangan himpunan ]

tua ketua [ kata nama ]

kasih kekasih [ kata nama ]

hendak kehendak [ kata nama ]

Awalan se-

Erti perkataan

seluruh se-Malaysia

sedunia

sama sejenis

sepadan

satu seribu

sekampit

sama-sama di ….. sekampung

serumah

sama dengan sepanjang

seberat

Awalan ter- 1. Awalan ter- terbahagi kepada tiga jenis, iaiyu :

a] ter- adjektif

Awalan contoh perkataan keterangan

te- teramai, terendam. Teroboh,

terasuk

Apabila bertemu dengan kata

dan huruf pangkalnya huruf ‘ r’

ter- tersayang, tersenyum, terbawa,

tercetus

Apabila bertemu dengan kata

yang bermula dengan huruf lain

selain daripada huruf ‘r’

Page 18: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Awalan men-

Awalan me- boleh menjadi me-, men-, meng- dan menge- yang wujud berdasarkan huruf

pertama yang diimbuhkan dengannya seperti di bawah :

Awalan perkataan keterangan

me- meyakinkan

menganga

menyanyi

menanti

melawat

Apabila bertemu dengan kata

yang bermula dengan huruf

l,m,n,ng, ny, y, r, dan w

men + keluh = mengeluh

men + surat = menyurat

men + pilih = memilih

Apabila bertemu kata yang

bermula dengan huruf k, s, p,

dan t

huruf k menjadi ng

huruf s akan menjadi ny

huruf p bertukar menjadi m

huruf t berubah menjadi n

mem- membawa

membaling

apabia bertemu dengan kata

yang bermula dengan huruf b

dan f

men- mancuba

mendarat

Apabila bertemu dengan kata

yang bermula dengan huruf c,

d, dan j

meng- mengasah

mengikat

mengubat

Apabila bertemu dengan kata

yang bermula dengan huruf

seperti a, I, e, o, u, g, dan h

menge- mengecap

mengecap

mengebom

mengesah

Apabila bertemu dengan kata

yang terdiri daripada satu suku

kata.

Awalan pen-

Awalan Perkataan Keterengan

pe- pewangi

penyanyi

pelajar

pemakai

penasihat

pemusnah

Apabila beremu kata yang bermula

dengan huruf m, n, l, ny, w, dan p

pem- pemfitnah

pembohong

pembawa

Apabila bertemu dengan kata yang

bermula dengan huruf b dan f

pen- penjahit

pendengar

pencabar

pensyarah

Apabila bertemu kata yang bermula

dengan huruf c, d, j, sy, dan z

peng- pengkhayal

pengedar

Apabila bertemu kata yang bermula

dengan huruf a, I, e, o, u, g, h, dan kh

Page 19: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

pengubah

pengikut

penge- pengecat

pengebom

pengetin

pengesah

Apabila bertemu dengan kata yang

cuma terdiri daripada satu suku kata.

Awalan per-

Awalan Perkataan Keterangan

pe- pelakon

pekerja

pekedai

Apabila bertemu kata yang ada

kaitan dengan kata-kata

berawalan ber-

pel- pelajar Apabila bertemu dengan kata ‘

ajar’

per- perburu

pertapa

pertendang

Apabila bertemu dengan kata

yang bermula dengan huruf t

dan b

Awalan memper-

Erti Perkataan Keterangan

menjadikan lebih memperdalam

memperkaya

memperluas

menjadikan lebih dalam

Membahagi memperempat

memperlapan

membahagikan kepada empat

Memperlakukan sebagai ……

atau menggunakan sebagai …..

memperalat

memperisteri

memperhamba

menggunkan sebagai alat

melakukan memeperlakukan

sebagai isteri

IMBUHAN AKHIRAN

Imbuhan akhiran -wan, -wati, -ita

erti perkataan keterangan

bergiat dalam sesuatu bidang olahragawati

wartawan

sejarahwan

seseorang perempuan yang bergiat dalam bidang

olahraga

seseorang yang bergiat dalam bidang penulisan

seseorang yang bergiat dalam bidang sejarah

orang yang ber….. hartawan

dermawan

orang yang berharta

orang yang berderma

orang yang ahli dalam sesuatu

hal

budayawan

negarawan

orang yang ahli dalam hal-hal budaya

orang yang ahli dalam hal-hal negara

Page 20: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan me- …..- i

erti perkataan keterangan

mengalami sifat terhadap meragui

mencintai

mengalami sifat ragu terhap

mengalami sifat cintai

melakukan berkali-kali memukuli

menerajangi

memukul berkali-kali

menerajang berkali-kali

memiliki dan memberikan sifat mengecapi

mengotori

memiliki dan memberikan sifat kecap

kepada

memiliki dan memberikan sifat kotor

kepada

melakukan perbuatan di …… melalui

membatasi

melakukan perbuatan lalu di …

melakukan perbuatan batas di ……

memperlakukan dengan sifat membersihi

mengasari

memperlakukan dengan sifat bersih

memperlakukan dengan sifat kasar

menjadi mengepali

membanjiri

menjadi kepala

menjadi banjir

memberikan kepada menasihati

menghadiahi

memberikan nasihat kepada

memberikan hadiah kepada

Imbuhan Apitan Men- …..-kan

erti perkataan keterangan

membawa melarikan

menerjunkan

membawa lari

membawa terjun

menyebabkan mengakibatkan

memusnahkan

menyebabkan akibat

menyebabkan musnah

menyebabkan berlaku menjalankan

menggunakan

menyebabkan berjalan

menyebabkan berguna

menyebabkan jadi menakutkan

merapatkan

menyebabkan jadi takut

menyebabkan jadi rapat

menganggap membetulkan

memudahkan

menganggap betul

menganggap mudah

menjadikan sebagai menghampakan

mencalonkan

menjadikan sebagai hamba

menjadikan sebagai calon

memasukkan ke dalam membotolkan

memenjarakan

memasukkan ke dalam botol

memasukkan ke dalam penjara

menggunakan sesuatu sebagai alat

dalam melakukan perbuatan

memukulkan [kayu]

memancungkan

menggunakan kayu untuk pukul

menggunakan pedang untuk memancung

melakukan perbuatan untuk seseorang mengambilkan

menjelaskan

mengambil untuk seseorang

menjelas untuk seseorang

membawa ke…… meningkatkan

menaikkan

membawa ke tingkat

membawa naik

Page 21: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Imbuhan apitan ke-…..an

erti perkataan keterangan

perihal kepergian

kehadiran

perihal pergi

perihal hadir

sifat atau keadaan kemuraman

kejahatan

sifat atau keadaan muram

sifat atau keadaan jalur

daerah atau tempat bertugas kerajaan

kedutaan

daerah raja

tempat duta bertugas

hal tentang sesuatu keagamaan

keilmuan

hal tentang agama

hal tentang ilmu

tampat duduk yang di ……. ! kedudukan

kediaman

tempat yang diduduki

tempat yang dialami

sesuatu / yang di ….. ! ketaatan

kemahuan

seseorang yang ditaatkan

sesuatu yang dimahukan

seperti / agak kebiruan

kekuningan

sesuatu yang berwarna biru

sesuatu yang berwarna seakan-akan

kuning

ditimpa kehausan

kecurian

ditimpah rasa haus

ditimpa kecurian

Imbuhan Apitan Memper.. (kata adjektif)

erti perkataan keterangan

menjadi…….kepada memperbesar

mempercantik

menjadi lebih besar

menjadi lebih cantik

menjadikan seseorang beroleh sesuatu memperkuat menjadikan seseorang lbh kuat

menjadikan sesuatu/memperoleh semula memperteguh

memperelok

menjadikan teguh semula

menjadikan elok semula

Imbuhan Apitan Memper..(kata kerja)..kan

erti perkataan keterangan

Menyebabkan sesuatu dapat

mempersembahkan

( tarian )

memperlihatkan

( kecekapannya )

menyebabkan tarian disampaikan

menyebabkan kecekapannya dapat dilihat

Menjadikan sesuatu

atau seseorang ber-….

Mempergunakan

mempertahankan

menjadikan berguna

menjadikan seseorang berjuang

Menjadikan sesuatu sebagai

sebab berbuat

memperdebatkan

( masalah barangan tempatan )

memperbualkan ( saham )

menjadikan masalah barangan tempatan

sebagai sebab untuk berdebat

menjadikan saham sebagai

sebab untuk berbual

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA

Page 22: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Hukum DM

“Perkara yang diterangkan mesti mendahului “penerang”

contoh ayat : Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai

dan menyuruh saya merasanya.

(Dalam frasa nama *gulai nangka*, unsur yang diterangkan ialah gulai. Dalam frasa nama

*nangka gulai* , unsur yang diterangkan ialah nangka. )

salah Betul

Cili sos

Mini perpustakaan

Zaleha Restoran

Jaya Klinik

Sos cili

Perpustakaan mini

Restoran Zaleha

Klinik Jaya

Kata jamak

salah betul

mereka-mereka

semua kereta-kereta

para-para pelajar

empat orang abang-abang

mereka

semua kereta

para pelajar

empat orang abang

kata penguat (ter-/paling tidak boleh ditambah dengan sekali)

salah betul

tertinggi sekali

paling indah sekali

tertinggi

paling indah

kata adjektif dan imbuhan “ter” tanpa penguat.

Salah betul

Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.

Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam

pertandingan itu.

Sani mendapat markah yang tertinggi .

Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

kata hubung

salah betul

Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.

Badannya besar kecuali kakinya kecil.

Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.

Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kata bilangan

salah betul

Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa

“Minggu Penyayang”.

Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa

“Minggu Penyayang”.

Beribu- ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar

raya.

Kata Sendi

Page 23: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

i - Dari

salah betul

Umar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.

Daripada hari ini, saya akan belajar bersungguh-

sungguh.

Umar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.

Dari hari ini, saya akan belajar bersungguh-sungguh.

ii - Daripada

salah betul

Tilam itu dibuat dari getah asli.

Sukarmi lebih tinggi dari abangnya.

Tinggal di rumah lebih baik dari tinggal di asrama.

Tilam itu dibuat daripada getah asli.

Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.

Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.

iii - Pada

salah betul

Saya selalu pergi ke ibu kota di Hari Kebangsaan.

Di petang semalam , saya pergi ke perpustakaan

awam.

Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.

Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.

Pada petang semalam , saya pergi ke perpustakaan awam.

Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

iv - Di

salah betul

Saya dilahirkan diSarawak.

Ayah awak bekerja dimana ?

Saya dilahirkan di Sarawak.

Ayah awak bekerja di mana ?

Penjodoh bilangan

salah betul

Setiap orang pelajar.

Sesetengah orang rakyat.

Seluruh buah negeri.

Semua ekor binatang.

Setiap pelajar.

Sesetengah rakyat.

Seluruh negeri.

Semua binatang.

Kata ganti diri

salah betul

Pencuri itu telah ditangkap. Beliau dibawa ke balai

polis.

“Kau tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Pencuri itu telah ditangkap. Dia dibawa ke balai polis.

“Cikgu tinggal di mana ?” tanya Siva kepada gurunya.

Kata adjektif

salah betul

Masakan yang dihidangkan oleh ibunya benar

lazat.

Pemandangan di pantai yang nian indah

Masakan yang dihidangkan oleh ibunya lazat benar..

Pemandangan di pantai itu indah nian

kata kerja transitif

Page 24: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

salah betul

Ibu sedang jahit baju kurung.

Ayah selalu cuci keretanya.

Ibu sedang menjahit baju kurung.

Ayah selalu mecuci keretanya.

Ayat pasif

salah betul

Cerpen itu telah dikarang oleh saya.

Latihan itu mesti dibuat oleh kau.

Cerpen itu telah saya karang..

Latihan itu mesti kaubuat.

Kata tanya

salah betul

Kamu berasal dari manakah ?

Apa nama pengawas itu ?

Bila ayah akan pulang ?

Binatang peliharaan awak bernama siapa ?

Kamu berasal dari mana ?

Siapakah nama pengawas itu ?

Bilakah ayah akan pulang ?

Binatang peliharaan awak bernama apa ?

Ejaan

salah betul

Kanak-kanak itu di bawa oleh ibunya ke hospital.

Kucing itu tidur dibawah meja.

Amin mendapat tempat ke tiga dalam acara itu.

Ke tua mereka seorang yang bertanggungjawab.

Ibu bapa mestilah menunjukkan tauladan yang baik

kepada anak-anak.

Orang tua itu mewasiatkan harta pesakanya kepada

anaknya yang bongsu.

Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital.

Kucing itu tidur di bawah meja.

Amin mendapat tempat ketiga dalam acara itu.

Ketua mereka seorang yang bertanggungjawab.

Ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak

Orang tua itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anaknya yang

bongsu.

Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:

*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)

Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru,

menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:

*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)

Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)

4. Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda,

*mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:

*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)

Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:

*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)

Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)

Kata Bilangan

Page 25: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

1. Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda,

misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.

2. Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata

bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenan-gwenangnya.

Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)

Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. (betul)

(b) *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)

*Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin. (betul)

(c) *Kedua orang itu anggota polis. (salah)

Kedua-dua orang itu anggota polis. (betul)

(d) `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)

Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul

3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi parapara. Lihatlah contoh

kesalahan dan pembetulan yang berikut:

*Para-para peserta sedang berbaris.(salah)

Para peserta sedang berbaris. (betul)

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus

dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)

Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)

(b) *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)

Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

3 Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata

bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan

sebilangan. Misalnya:

(a) *para orang pelajar (salah)

Para pelajar (betul)

(b) *segala ekor binatang (salah)

segala binatang (betul)

(c) *sekalian orang peserta (salah)

sekalian peserta (betul)

(d) *seluruh buah negeri (salah)

seluruh negeri (betul)

(e) *semua orang gadis (salah)

semua gadis (betul)

4 Kata Sendi

1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk

menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.

Page 26: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif,

kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

(a) *Ravi suka durian. (salah)

Ravi suka akan durian. (betul)

(b) *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)

Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)

(c) *Abang sudah pergi pejabat.(salah)

Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

(d) *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)

(e) *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)

Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)

3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.

Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)

(b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)

Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)

(d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)

(e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)

(f) Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)

(g) Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)

h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)

(i) Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)

j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)

k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)

l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­

saudara berikan. (bukan * diatas)

5 Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang

penuh.

2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata,

bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya.

Contohnya:

(a) *Dia kata kepada saya. (salah)

Dia berkata kepada saya. (betul)

(b) *Jangan lompat. (salah)

Jangan melompat. (betul)

(c) *Dia senyum kepada saya. (salah)

Dia tersenyum kepada saya. (betul)

6 Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja

yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Objeknya mestilah frasa nama.

3. Kecuali kata makan dan minum serta kata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja

transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:

(a) *Dia suka baca buku. (salah)

Page 27: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

Dia suka membaca buku (betul

(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)

Ahmad menendang bola itu. (betul)

4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagai-bagai maknanya dan mesti

digunakan dengan berhati-hati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)

Dia memberi saya sebatang pena. (betul)

Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)

(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)

Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)

Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

7 Kata Tanya

1. Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2. Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana,

mengapa,

dan siapa

3. Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.

4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang

saja.

5. Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.

6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Nama kucing ini siapa? (salah)

Nama kucing ini apa? (betul)

(b) *Apa nama anak saudara ini? (salah)

Siapa nama anak saudara ini? (betul)

8 Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak

memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

(a) Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)

(b) Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)

(c) Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)

(d) Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)

(e) Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)

(f) Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)

(g) Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)

(h) Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)

(i) Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)

(j) Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan *

baik...ataupun)

9 Penggunaan Kata yang Tidak Tepat

Page 28: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

1. Dalam bahasa Malaysia, ada beberapa kata yang seakanakan sama ejaannya tetapi berlainan

maknanya.

2. Oleh sebab di kalangan masyarakat ada orang yang gemar mengagak-agak ketika

menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus, maka berlakulah kesalahan ini.

3. Yang berikut adalah senarai beberapa patah kata yang sering digunakan dengan salah

dalam ayat.

Kata dan Keterangannya Contoh Kesalahan dan Pembetulan

Adakah dan Apakah

i. Kata adakah digunakan untuk mendapat

jawapan ya atau tidak.

ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat

jawapan tentang nama binatang,benda,

keterangan tentang sesuatu, dan untuk

menanyakansesuatu yang tidak khusus.

iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku

apabila kata apakah digunakan pada tempat

adakah.

Salah

(a) *Apakah benar ceritamu itu?

(b) *Apakah Ali datang semalam?

(c) *Apakah kamu bermimpi?

Betul

(a) Adakah benar ceritamu itu?

(b) Adakah Ali datang semalam?

(c) Adakah kamu bermimpi?

Banyak dan Ramai i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan

jumlah atau bilangan sama ada manusia, benda,

atau binatang.

ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan

dengan keadaan riuh-rendah,

riang, gembira, meriah, serba

gist, sibuk, tidak sunyi, dan pen-

duduk yang banyak. Jadi, kata

ramai menunjukkan suasana atau

keadaan. iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku

apabila kata banyak diganti dengan

kata ramai.

Salah

(a)* Ramai orang yang hadir dalam majlis itu.

(b) *Tidak ramai orang yang suka akan ikan air tawar

(c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.

Betul

(a) Banyak orang yang hadir dalam majlis itu.

(b) Tidak banyak orang yang suka akan ikan air tawar.

(c) Sudirman mempunyai peminat yang banyak.

Boleh dan Dapat i. Kata boleh lebih sesuai digunakan

dalam hubungan dengan keizinan.

ii Kata dapat pula lebih sesuai

digunakan dalam hubungan dengan

keupayaan atau kemampuan.

iii. Kesalahan penggunaan kata berlaku

apabila kata dapat diganti dengan

kata boleh.

Salah

(a) *Adik saya sudah boleh menungang basikal.

(b) *Dia tidak boleh Nadir kerana deman.

(c) *Saya tidak boleh berlari kencang kerana badan saya gemuk.

Betul

(a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.

(b) Dia tidak dapat hadir kerana demam.

(c) Saya tidak dapat berlari kencang kerana badan saya gemuk.

Bukan dan Tidak i. Kata bukan dan tidak tergolong

dalam kelas kata nafi untuk

membentuk ayat nafi.

ii. Kata bukan tidak boleh digunakan

apabila frasa adjektif atau frasa

Salah

(a) *Beg ini bukan berat.

(b) "Adik bukan tidur di bilik.

(c) *Dia bukan menulis surat.

Betul

(a) Beg ini tidak berat.

Page 29: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

kerja menjadi predikat ayat.

iii. Kata tidak pula tidak boleh diguna-

kan apabila frasa nama menjadi

predikat ayat.

(b) Adik tidak tidur di bilik.

(c) Dia tidak menulis surat.

Golong dan Gulung

i. Kata golong boleh diberi imbuhan

menjadi menggolongkan, tergolong,

golongan, dan penggolongan. Tiap-

tiap kata ini berbeza maknanya.

ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan

menjadi bergulung, mengulung, ter-

gulung, dan gulungan.

iii. Kata golong dan gulung ini sering

salah digunakan dan salah dieja

kerana seakan-akan sama bentuknya.

Salah

(a) *Gulungan petani memerlukan bantuan.

(b) *Mereka tergulung dalam kumpulan orang baik-baik.

(c) "Beliau menggulungkan mereka sebagai penentang.

(d) *Kakak sedang menggolong tikar.

Betul

(a) Golongan petani memerlukan bantuan.

(b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang baik-baik.

(c) Beliau menggolongkan mereka sebagai penentang.

(d) Kakak sedang menggulung tikar.

Menonton dan Menuntun

i. Kata menonton bererti melihat

sesuatu pertunjukan. Selain itu,

ada pula kata mempertontonkan,

tontonan, dan penonton. Setiap kata

ini berbeza maknanya.

ii. Kata menuntun pula bererti me-

mimpin. Selain itu, ada juga kata lain seperti bertuntun,

tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun

berbeza maknanya.

iii. Penggunaan kata menonton sering dieja salah

sebagai menuntun kerana bentuknya seakan-akan

sama.

Salah

(a) *Kami menuntun televisyen sehingga larut malam.

(b) *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.

(c)*Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.

(d)*Para penuntun bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Betul

(a) Kami menonton televisyen sehingga larut malam.

(b) Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.

(c) Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.

(d) Para penonton bersorak apabila Anbalagan berjaya menjaringkan bola.

Pedalaman dan Pendalaman

i. Kedua-dua kata ini berasal daripada

kata yang sama (dalam) tetapi

berbeza maknanya.

ii. Pedalaman bererti kawasan yang

terpencil atau daerah yang jauh

dari perhubungan dan kemudahan. iii. Pendalaman pula bererti usaha

mendalami atau mendalamkan. iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam

ayat berlaku kerana ketidakpastian

tentang ejaannya.

Salah

(a) *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.

(b) *Pedalaman dasar Sungai Kelang di lakukan untuk mengelakkan

berlakunya banjir.

Betul

(a) Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.

(b) Pendalaman dasar Sungai Kelang dilakukan untuk mengelakkan

berlakunya banjir.

Pendapat dan Pendapatan

i. Kedua-dua kata ini pun berasal

daripada kata yang sama (dapat)

tetapiberbeza maknanya.

ii. Pendapat bererti buah fikiran atau

Salah

(a) *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?

(b) "Pada pendapatan saya,penswastaan banyak membawa

kebaikan.

Betul

Page 30: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

pandangan.

iii. Pendapatan pula bererti hasil pen-

carian yang biasanya dihubungkan

dengan gaji atau upah.

iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku

apabila kata pendapatan digunakan

pada tempat pendapat.

(a) Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?

(b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

Tembok dan Tembuk i. Tembok bererti dinding atau

halangan yang dibuat daripada batu. Kata ini boleh dibentuk

menjadi kata kerja menembok yang

bererti mendinding.

ii. Tembuk pula bererti tembus atau

berlubang. Kata ini pun boleh di-

bentuk menjadi kata kerja menembuk

yang bererti membuat lubang.

iii. Kesalahan penggunaan kata ini

dalam ayat berlaku kerana ketidak-

pastian tentang ejaannya.

Salah

(a) * Tembuk Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.

(b) *Tapak kasut ini sudah tembok.

(c) *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.

Betul

(a) Tembok Besar negeri Cina dibina oleh Shih Huang Ti.

(b) Tapak kasut ini sudah tembuk.

(c) Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

Bentuk Jamak

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan

melalui:

(a) pengulangan kata nama seperti burungburung, guruguru, kawankawan, dan sebagainya.

(b) penggunaan kata bilangan yang membawa maksud jamak seperti dua buah kereta, semua

pelajar,

para pemudi, dan sebagainya.

(c) Pengulangan kata adjektif seperti baikbaik, handalhandal, tinggitinggi, dan sebagainya.

(d) pengulangan kata yang mendu­kung makna jamak seperti rakyat.

2. Kata nama yang menyertai kata bilangan tidak perlu diulang.

Misalnya:

(a) *dua buah keretakereta (salah)

dua buah kereta (betul

(b) *semuapelajarpelajar(salah)

semua pelajar (betul

(c) "para pemudipemudi (salah)

para pemudi (betul)

3. Sesuatu kata yang sudah membawa makna jamak tidak perlu diulang. Misalnya:

*Rakyatrakyat Malaysia harus bersatu padu. (salah)

Rakyat Malaysia harus bersatu padu. (betul)

Page 31: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

4. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak

perlu diulang. Misalnya:

Lukisanlukisan itu cantikcantik belaka. (salah)

Lukisan itu cantikcantik belaka. (betul)

(b) *Bangunanbangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (salah)

Bangunan di Kuala Lumpur tinggitinggi. (betul)

11 Hukum DM

1. Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan katakata untuk membentuk frasa nama dalam

ayat.

2. Kesalahan timbul apabila Hukum DM dilanggar sewenangwenang.

Misalnya:

(a) *"lain-lain hal(salah)

hal-hal lain (betul)

(b) *Malik kedai runcit (salah)

kedai runcit Malik (betul)

(c) `cili sos (salah)

sos cili (betul)

(d) *mini estet(salah)

estet mini (betul)

12 Frasa Adjektif

1. Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2. Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat.

Contohnya: sangat besar atau besar sekali.

3. Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan dan di belakang kata adjektif sekaligus.

Misalnya:

(a) "Ubat itu paling pahit betul. (salah)

Ubat itu paling pahit. (atau) Ubat itu pahit betul. (betul)

Soalan inilah yang paling sukar sekali. (salah)

Soalan inilah yang paling sukar. (atau)

Soalan inilah yang sukar sekali. (betul)

4. Apabila kata adjektif yang berawalan ter digunakan sebagai penerang,

kata penguat tidak diperlukan. Misalnya:

(a) *Asmah mendapat markah

yang paling terbaik. (salah)

Asmah mendapat markah yang terbaik. (betul)

(b) *Stadium inilah yang terbesar

sekali di dunia. (salah)

Stadium inilah yang terbesar di dunia. (betul)

5. Frasa adjektif perlu diikuti oleh frasz

sendi apabila diperluas. Misalnya:

(a) *Saya gemar lagulagu Melayu asli. (salah)

Saya gemar akan lagulagu Melayu asli. (betul)

(b) *Kami benci sikapnya itu. (salah)

Kami benci akan sikapnya itu.(betul)

Page 32: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

13 Frasa Kerja Tak Transitif

1. Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat tanpa

objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja talk transitif sebagai kata kerja

utamanya.

2. Kata kerja talk transitif yang berapitan ber...kan tidak boleh disertai kata sendi kerana

akhiran kan pada apitan ber...kan itu berasal daripada kata sendi akan yang dapat mewakili kata

sendi dengan, atau pada, atau tentang.

Misalnya:

(a) *berdasarkan pada keterangan ini (salah)

berdasarkan keterangan ini (betul)

(b) *bertanyakan khabar (betul bertanyakan tentang khabar (salah)

3. Frasa kerja talk transitif perlu diikuti frasa sendi apabila diperluas. Misalnya:

(a) *Ingatkah kamu janji janjimu? (salah)

Ingatkah kamu akan janjijanjimu? (betul)

(b) *Kami ingin bertemu Pengetua esok. (salah)

Kami ingin bertemu dengan Pengetua esok. (betul)

14 Frasa Kerja Transitif

1. Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa

nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.

2. Antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, katakata lain tidak boleh

disisipkan.

Misalnya:

(a) *Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)

Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(b) *Dia membeli banyak buah.(salah)

Dia banyak membeli buah. (betul)

(c) *Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu. (salah)

Saya hendak menjelaskan perkara itu lagi. (betul)

Saya hendak memperjelas perkara itu. (betul)

15 Frasa Kerja Pasif

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua disebut bentuk terikat.

Oleh sebab itu, katakata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri dengan kata kerja

pasif itu. Misalnya:

(a) *Surat itu saga akan balas.(salah)

Surat itu akan saga balas.

(b) *Orang itu kita patut Bantu.(salah)

Orang itu patut kita Bantu. (betul)

(c) *Kerja itu kamu mesti siapkan.(salah)

Kerja itu mesti kamu siapkan.(betul)

3. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh

disamakan.

Misalnya:

Page 33: NOTA TATABAHASA UNTUK PANDUAN GURU & MURID fileSila teliti contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng ... Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama

(a) *Buku itu dibaca oleh saya.(salah)

Buku itu saya baca. (betul)

(b) * Mejameja itu disusun oleh kami. (salah)

Mejaineja itu kami susun. (betul)

(c) *Nota itu ditulis oleh kamu? (salah)

Nota itu kamu tulis? (betul

Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif

diri pertama dan frasa kerja pasif diri kedua. Misalnya:

(a) *Dinding itu dia conteng. (salah)

binding itu diconteng olehnya. (betul)

(b) Drama itu mereka persembah­kan. (salah)

Drama itu dipersembahkan oleh mereka. (betul)

Ayat Tergantung

1. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.

2. Bentuk ujaran yang tidak ada subjeknya atau tidak ada predikatnya bukan ayat.

3. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada subjeknya ialah seperti yang

berikut.

*Di seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (tidak ada subjeknya) Negaranegara di

seluruh dunia mengalami kemelesetan ekonomi. (subjeknya Negaranegara)

4. Contoh kesalahan umum tentang ujaran yang tidak ada predikatnya ialah seperti yang

berikut.

(a) *Dia yang datang semalam? (tidak ada predikatnya)

Diakah yang datang semalam? (predikatnya: Diakah)

(b) *Kamu yang mesti keluar dari sini. (tidak ada predikatnya)

Kamu mesti keluar dari sini. (predikatnya: mesti keluar dart sim) atau

Kamulah yang mesti keluar dari sini. (predikatnya: Kamulah)

Beberapa contoh "ayat tergantung" yang lain serta pembetulannya adalah seperti yang berikut.

(a) *Tentang keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul. (tidak ada subjeknya)

Keterangan ini menjelaskan salah faham yang timbul.

(Subjeknya: Keterangan im)

(b) *Bagi setiap orang mesti mematuhi undangundang. (tidak ada subjeknya)

Setiap orang mesti mematuhi undangundang. (subjeknya: setiap orang)

*Di seluruh kawasan sudah dinaiki air. (tidak ada subjeknya) Seluruh kawasan sudah dinaiki air.

(subjeknya: Seluruh kawasan)