nota sejarah bab 9

18

Click here to load reader

Upload: sttjsejarah

Post on 16-Apr-2015

114 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

NOta Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

1

Perkembangan di Eropah

Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

• Eropah mengalami zaman mundurnya yang dikenali sebagai zaman gelap selepas kejatuhan tamadun Rom.

• Zaman gelap merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.

• Zaman Pertengahan dapat di bahagi kepada beberapa peringkat:-

i. Peringkat awal tahun 476 – 1050 M

ii. Peringkat kemuncak kira-kira tahun 1050 – 1300 M

iii. Peringkat Akhir kira-kira tahun 1300 – 1450 M.

• Pada peringkat akhir zaman pertengahan ini muncul zaman Renaissance sekitar tahun 1350 – 1600 M.

• Pada zaman ini berlaku kegiatan penjelajahan, penerokaan dan perkembangan ilmu serta menyebarkan

pengaruh mereka ke dunia luar.

• Zaman Gelap, Eropah

mengalami kemerosotan dalam

bidang ilmu pengetahuan,

perdagangan dan kehidupan.

• Pada masa itu juga tidak

terdapat system pentadbiran

pusat yang berkesan.

• Keruntuhan empayar Rom

Barat menyebabkan kuasa

pusat yang mentadbir wilayah

turut musnah.

• Muncul golongan tuan tanah

(Baron) .

• Tuan Tanah menjadi pelindung

kepada petani.

• Sebagai pertukaran petani

terpaksa membayar cukai

kepada tuan tanah.

• Petani yang tidak

berkemampuan, menyerahkan

tanah mereka kepada tuan

tanah dan menjadi hamba.

• Tuan tanah pula mendapat perlindungan

daripada raja.

• Sebagai tukaran, golongan tuan tanah

dikehendaki memberikan khidmat atau

membayar cukai kepada raja.

• Ikatan di antara golongan rakyat dengan tuan

tanah serta raja menjadi asas kepada

pembentukan system feudal di Eropah.

• Pada zaman pertengahan di Eropah, Gereja

Katolik merupakan institusi yang sangat

berkuasa dan memiliki harta yang banyak.

• Fokus utama gereja adalah kepada kegiatan

agama dan tentang akhirat.

• Gereja dianggap sebagai mengongkong

kehidupan masyarakat Eropah.

• Kegiatan perdagangan tidak meluas.

• Perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat

sering diserang oleh orang gasar seperti Viking

dan Magyar.

• Orang Eropah tidak berdagang di Timur jauh

kerana kawasan Mediteranean dikuasai oleh

orang Islam.

• Mereka menumpukan dalam bidang pertanian

dan perniagaan pertanian secara tukar barang.

Zaman Gelap dan Ciri-cirinya

• Pemerintahan pusat yang lemah.

• Ilmu pengetahuan tidak berkembang.

• Kegiatan ekonomi terhad.

• Sifat Gereja yang mengongkong

Page 2: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

2

Zaman Peralihan

Zaman Kemuncak Pertengahan

• Pada zaman ini, Gereja mula memainkan peranannya dan menjadi ejen penyatu masyarakat.

• Berlaku perubahan ekonomi akibat daripada pertambahan penduduk, peningkatan aktiviti pertanian dan kemunculan kegiatan

perdagangan.

• Muncul bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence kesan daripada kegiatan ekonomi.

• Pada masa yang sama muncul golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan.

• Dengan perubahan yang wujud ini, status sosial seseorang tidak lagi ditentukan oleh pemilikan tanah tetapi berasaskan kekayaan.

• Dalam bidang politik masyarakat mula terlibat dalam kegiatan politik, menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi

memenuhi tuntutan rakyat.

• Rakyat mempunyai hak berpolitik dan terjalinlah hubungan di antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance

• Renaissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment yang membawa maksud ‘kelahiran semula’.

• Istilah ini merujuk kepada penghargaan terhadap ilmu yang dihasilkan oleh golongan cendekiawan dan pejuang seni dalam

tamadun Yunani dan Rom..

• Pada asasnya zaman Renaissance memberi tumpuan kepada keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan

mereka.

• Aliran pemikiran yang meletakkan manusia sebagai subjek penentu dan perkembangan hidupnya dikenali sebagai

‘humanisme’

• Francesco Petrarch dikenali sebagai bapa Humanisme, di samping tokoh Renasissane lain seperti Niccolo Machiavelli dan

Giovanni Bocaccio.

Page 3: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

3

Sebab-sebab

Perkembangan

Zaman

Renaissance

Pedagang kaya

• Aktiviti perdagangan di Itali melahirkan golongan

pedagang yang kaya dan menjadikan kekayaan

mereka untuk mengindahkan Bandar.

• Bandar menjadi pusat tumpuan para seniman dan

cendekiawan.

• Pedagang juga menjadi penaung kepada para

pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.

• Bandar-bandar bersaing untuk mendapatkan

tokoh-tokoh cendekiawan.

• Dalam menyiapkan tugasan seniman dan

cendekiawan sering bergerak dari Bandar ke

Bandar, secara tidak langsung membantu

menyebarkan idea Renaissance.

Golongan Gereja

• Paus di Rom dan golongan gereja turut

menjadi penaung kepada para seniman dan

cendekiawan.

• Penguasa gereja Rom berhasrat untuk

menjadikan Rom cantik dan menarik seperti

Florence.

• Bagaimanapun pihak gereja bermasalah

dengan ahli sains dan matematik kerana

bimbang saintis akan mencabar pemikiran

yang didokong oleh gereja.

• Penguasa gereja memberikan tumpuan kepada

kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja.

• Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir

terkenal Leonardo da Vinci, Raphael dan

Michelangelo menghiasi gereja dan katedral St

Peter di Rom..

• Usaha Paus menyebabkan pusat seni

Renaissance telah berpindah dari Florence ke

Rom.

Pertembungan budaya

• Bandar-bandar pelabuhan terkenal

seperti Venice dan Genoa menjadi

pusat pertembungan budaya, bahasa

dan agama.

• Itali muncul menjadi pusat

perkembangan idea baru.

Semangat Inkuiri

• Peningkatan semangat inkuiri

meningkat dan mereka lebih

bersedia menggunakan daya

intelek.

• Kesungguhan manusia mencari

penyelesaian hidup dan kesediaan

meneroka bidang dan kawasan

baru.

• Membawa kemunculan bandar-

bandar terkenal seperti Venice,

Genoa, Florence, Rom dan Milan

yang menjadi pusat perdagangan

antarabangsa.

Individu

• Pada zaman pertengahan,

sumbangan penulis dan

pelukis secara individu tidak

terserlah kerana mereka

bekerja secara kumpulan

• Apabila mereka mula bekerja

secara individu, bakat mereka

jelas dan dinilai dari segi nilai

seni

• Pelukis seperti Leonardo da

Vinci, Raphael dan

Micelangelo mahu dikenali

secara individu, ini telah

melahirkan semangat

individualisme.

Pendidikan

• Perubahan kepada konsep pendidikan.

• Penekanan pada zaman Renaissance lebih

kepada pembinaan kemahiran dalam semua

aspek intelektual serta fizikal individu.

• Leonardo da Vinci dan Michelangelo

bukan sahaja dikenali sebagai pelukis dan

dan pengukir agung tetapi mahir dalam

bidang ilmu pengetahuan lain.

• Walaupun Renaissance berpusat di Itali

namun lahir tokoh Renaissance dari negara

lain seperti Thomas More, Francis Bacon

dan William Shakespeare (England).

Page 4: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

4

Kesan Zaman Renaissance

Politik

• Kesan penting zaman Renaissance ialah

kemunculan golongan monarki baru.

• Kekuatan dan kekuasaan monarki baru

terletak kepada kerajaan pusat dan

kesatuan kebangsaan.

• Sistem monarki diperkukuhkan dengan

amalan pembayaran cukai secara langsung

kepada kerajaan.

• Apabila kuasa raja semakin kukuh,

pengaruh gereja dan kuasa golongan

bangsawan semakin berkurangan.

• Kerajaan monarki baru terdapat di

Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol),

England, Perancis dan Belanda. Ekonomi

• Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus,

sebaliknya system perdagangan tempatan

dan antarabangsa semakin berkembang

luas.

• Kegiatan ekonomi membawa kepada

kegiatan penjelajahan dan penerokaan

berkembang seiring dengan kemajuan

dalam bidang matematik, geografi,

kartografi dan astronomi.

Sosial

• Berlaku perubahan dalam pemikiran dan

gaya hidup.

• Manusia zaman Renaissance

menzahirkan emosi dan perasaan melalui

muzik, lukisan dan ukiran yang

dihasilkan.

• Perubahan sikap masyarakat terhadap

pendidikan yang menekankan pemikiran

logic, saintifik, falsafah dan metafizik.

• Zaman Renaissance telah melahirkan

“manusia Renaissance” yang

menggunakan seluruh keupayaan minda

mereka dalam pelbagai bidang ilmu

pengetahuan yang memajukan manusia.

Pendidikan

• Semangat Renaissance yang menekankan

cirri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan

eksperimen telah bertanggungjawab

merintis kepada perkembangan pelbagai

bidang ilmu sains seperti biologi, fizik,

kimia dan perubatan.

Page 5: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

5

Zaman Reformation

• Gerakan yang berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16

• Berasal daripada perkataan Reform yang membawa maksud pembaharuan

terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baik.

• Gerakan Refomation mempunyai kaitan dengan pembaharuan agama kristian di

Eropah Barat.

Sebab-sebab Perkembangan

• Kritikan terhadap gereja Katolik kerana

meningkatkan usaha pembangunan

keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai

pusat kekuasaan terkuat di Itali.

• Kepincangan, rasuah dan penyelewengan

menyebabkan masyarakat mempersoalkan

kedudukan dan amalan gereja Katolik.

• Penguasa Gereja dikatakan cenderung

mengamalkan gaya hidup pemerintah dan

bangsawan yang tidak mencerminkan

kehidupan beragama.

• Berlaku penyelewengan termasuklah

penjualan sijil Indulgences (surat

pengampunan kepada penganut Kristian

yang telah melakukan dosa).

• Penjualan sijil pengampunan ini telah

merebak keseluruh Eropah.

• Zaman Reformation bermula di

Jerman.

• Kejayaan zaman Reformation dibantu

oleh penciptaan mesin cetak yang

dicipta oleh Johann Guternberg.

• Penciptaan mesin cetak membolehkan

bible dicetak dalam masa yang singkat

dengan harga yang murah.

• Martin Luther (Prof. Ilmu teologi)

menentang amalan indulgences.

• Luther percaya manusia seharusnya

bergantung kepada kekuatan rohaninya

semasa beribadat.

• Pendirian dan ajaran Luther dikenali

sebagai mazhab Protestan yang berasal

daripada perkataan“protesting” yang

bermaksud membantah.

• Tindakan Luther mempersoalkan

gereja Katolik dan golongan paderi

telah mewujudkan mazhab Protestant

dan menandakan bermulanya zaman

Reformation.

• Mazhab Protestan pimpinan Luther

(mazhab Lutheran) telah berkembang

di Sweden, Denmark, Norway dan

England.

• Di Switzerland, gerakan ini dipimpin

oleh Zwingli kemudian dipimpin oleh

John Calvin selepas kematian

Zwingli.

• Terdapat golongan Katolik

mengendalikan Counter Reformation

(bertindak menentang) sebagai

jawapan persoalan yang

dikemukakan oleh golongan

Protestan.

Page 6: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

6

Kesan Zaman Reformation

Agama

• Menyebabkan Eropah berpecah kepada

Mazhab Katolik dan Protestan.

• Zaman ini telah menyebabkan masyarakat

Eropah berperang mengikut mazhab masing-

masing seperti perang keagamaan yang

berlaku di Perancis (1562-1598) dan perang

30 tahun (1618-1648) yang melibatkan

Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan

Sweden.

• Perbalahan agama menyebabkan peperangan

dan kemusnahan.

• Masyarakat Eropah tidak dikuasai oleh satu

mazhab sahaja.

Pendidikan

• Jangka masa panjang timbul

sikap toleransi antara

penganut pelbagai mazhab

Kristian.

• Mereka mempergiatkan

pendidikan dalam

penyebaran fahaman

mereka.

Kuasa Gereja

• Kuasa Gereja telah dicabar

secara terbuka.

• Kuasa Gereja terhadap kerajaan

berkurangan disebabkan

monarki ingin membebaskan

diri daripada penguasaan Paus

di Rom.

• Contohnya Raja Henry VIII,

memutuskan hubungannya

dengan Gereja Roman Katolik

kerana ingin berkahwin dengan

Anne Boleyn, dan

mengisytiharkan Raja England

menjadi ketua kerohanian

Gereja Protestan Anglican.

Page 7: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

7

Penjelajahan dan Penerokaan

Ekonomi

• Orang Eropah ingin

mendapatkan barangan seperti

emas, sutera dan rempah ratus

di Timur.

Galakan

• Raja Sepanyol dan Raja Portugal

pemerintah yang banyak memberi

galakan kepada pelaut-pelaut.

Persaingan Potugal dan Sepanyol

• Sepanyol menumpukan

penerokaan ke Amerika Latin

walaupun menjelajah ke Timur.

• Pelaut Portugal lebih awal sampai

di Timur.

• Portugal juga mempunyai

kepentingan di Amerika Latin.

• Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari laluan baru untuk ke Timur.

• Para pelaut aktif menjelajah ke beberepa kawasan luar Eropah sejak kurun ke-16.

• Kemajuan sains dan teknologi pada zaman Renaissance membantu kegiatan penerokaan dan

penjajahan.

• Eropah terpaksa mencari laluan alternatif ke Timur setelah Turki menguasai Istanbul pada

tahun 1453, menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan dari

Timur yang diperoleh dari Istanbul..

• Ini mendorong mereka meneroka lautan Atlantik sebagai laluan mereka ke Timur.

Sebab-sebab Penjelajahan

Perdagangan

• Waktu perdagangan rempah dan sutera

mendatangkan keuntungan yang besar

kepada pedagang dan raja.

• Faktor penting mendorong Sepanyol dan

Portugal untuk menjelajah ke Timur.

Keagamaan

• Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah

Negara Katolik menekankan usaha untuk

menyebarkan ajaran Kristian ke Sebarang laut.

• Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang

Islam berhasrat untuk menyebarkan ajaran

Kristian pula

Monarki baru

• Monarki baru menggalakan penjelajahan

dan penerokaan seberang laut

• Semangat kebanggaan bangsa juga

mendorong penjelajahan dan penerokaan.

• Penjelajahan dan penerokaan Eropah

kerap juga dirumuskan sebagai

bermatlamatkan “Gold, Glory dan

Gospel”.

Page 8: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

8

Perjanjian Tordesillas

• Persaingan ini menyebabkan

Paus di Rom menggesa

kedua-dua kuasa menetapkan

kawasan pengaruh masing-

masing.

• Pada tahun 1494,

PerjanjianTordesillas di

tandatangani.

Kawasan

• Perjanjian Tordesillas telah membahagikan

kawasan ke Timur dari kepulauan

TanjungVerde dan Hindia Barat di Lautan

Atlantik dianggap kawasanPortugal.

• Kawasan ke Barat dianggap sebagai kawasan

Sepanyol.

Pelaut Unggul

• Christopher Columbus pelaut

unggul pada waktu itu.

• Merupakan pelaut pertama sampai

di Amerika.

• Ferdinand Magellan, belayar ke

Timur dan terbunuh di sebuah

pulau di Filipina dalam

perjalanannya di Kepulauan

Maluku.

Persaingan Sepanyol dan Portugal

Page 9: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

9

Kesan-Kesan Penjelajahan Terhadap

Masyarakat Setempat.

Politik

• Penguasa tempatan terpaksa

membuat perjanjian dengan

wakil tempatan.

• Perjanjian ini secara langsung

atau tidak telah mengiktiraf

kekuatan kuasa Eropah.

• Wakil kuasa Eropah terdiri

daripada Syarikat berpiagam

yang telah diwujudkan di

Belanda, British, Perancis dan

Denmark.

• Syarikat-syarikat berpiagam

ini telah berdagang dari

Eropah hingga ke Carribean,

Latin Amerika, Afrika, India,

Asia Tenggara dan Asia

Timur.

Ekonomi

• Daerah luar Amerika telah menjadi pembekal

kepada keperluan masyarakat Eropah.

• Pusat emporium dunia Goa dan Melaka telah

dikuasai oleh Portugal.

• Barangan yang dibawa dari Timur telah

memperkaya ekonomi dan gaya hidup

masyarakat Eropah.

• Jalan pelayaran di lautan Hindi dan Asia

Tenggara telah dikuasai oleh Portugal.

• Mereka juga menguasai jalan di laut China

Selatan iaitu China dan Jepun.

Sosial

• Masyarakat setempat mula

terpengaruh dengan gaya hidup

masyarakat Eropah.

• Ada di daerah tertentu masyarakat

peribumi menerima agama Kristian

yang dibawa oleh Mubaligh

Kristian..

• Di Amerika Tengah dan Selatan,

Sepanyol telah berperang dan

menakluk Mexico dengan

menundukkan tamadun Aztec dan

menakluk Peru dan menghapuskan

tamadun inca.

• Penghijrahan beramai-ramai orang

Sepanyol ke Amerika Latin telah

mewujudkan sebuah masyarakat

baru di kawasan tersebut.

Dunia Baru

• Sepanyol melihat dunia baru (Amerika Latin)

sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan

perak.

• Golongan gereja pula, mengenggap dunia baru

sebagai tempat untuk menyebarkan agama

Kristian. Penyebaran berlaku berleluasa di

kalangan masyarakat setempat.

• Pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi buruh

peribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang

mereka.

• Di Timur tidak terdapat penempatan orang

Sepanyol atau Portugal secara besar-besaran.

• Filipina amat dipengaruhi kuasa Sepanyol,

manakala Melaka dan Goa diduduki oleh Portugal.

Page 10: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

10

R

E

V

O

L

U

S

I

P

E

R

T

A

N

I

A

N

Perkembangan bidang pertanian

• Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan dijalakan secara kecil-kecilan.

• Semasa Revolusi Pertanian, makanan dapat dihasilkan secarabesar-besaran kerana:-

.

a) terdapat perubahan dalam system pemilikan tanah.

b) Terdapat penggunaan kaedah atau teknik saintifik merangkumi penanaman yang lebih efisien, penggunaan

peralatan baru serta penggunaan baja.

c) Terdapat kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Pemilikan Tanah Persendirian

• Sebelum revolusi pertanian terdapat dua system pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam.

• Tanah milik persendirian dipunyai oleh golongan kaya.

• Tanah milik awam juga sebenarnya tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan. Bagaimanapun, rakyat biasa

di Britain dibenarkan menggunakan tanah untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan,memelihara binatang

ternakan atau memburu binatang.

• Akibat pertambahan penduduk, tuan tanah mahu memanfaatkan tanah awam untuk tujuan pertanian secara

besar-besaran ditambah lagi pada waktu itu harga gandum kian meningkat.

• Tuan tanah mendesak Parlimen meluluskan akta bagi memagar tanah dan di antara tahun 1761 hingga tahun

1792 hampir 500,000 ekar tanah telah dipagar mengikut Akta Pemagaran Tanah.

• Terdapat beberapa implikasi penting daripada Akta Pemagaran Tanah;-

a) Tersedia kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran

b) Rakyat biasa yang bergantung kepada tanah awam untuk menampung keperluan hidup mereka kehilangan

punca rezeki.

c) Golongan petani menjadi buruh di ladang dan apabila berlaku Revolusi Perindustrian mereka berhijrah ke

bandar dan menjadi buruh kilang.

Page 11: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

11

Kaedah dan Ciptaan Baru dalam

Pertanian

Sistem Penggiliran Tanaman

• Lord Townshend telah

memperkenalkan teknik penggiliran

tanaman.

• Mengikut kaedah ini, tanah

digunakan secara berterusan

sepanjang tahun dengan menanam

jenis tanaman yang berbeza

mengikut musim.

• Kaedah ini membolehkan semua

tanaman hidup dengan subur, tanpa

meninggalkan ruang tanah yang

kosong seperti sebelumnya.

• Thomas William Coke telah

memperbaiki system penggiliran

tanaman dan mendapati hasil

pertanian dan pulangannya berlipat

ganda.

Peralatan

• Terdapat alatan pertanian yang

dicipta oleh Jethro Tull untuk

kegunaan menggali dan menugal.

• Alat ini membolehkan banyak lubang

digali secara serentak.

• Secara tidak langsung membolehkan

penugalan serta penanaman biji benih

dijalankan dengan lebih pantas.

Pertanian Komersial

• Baja asli telah digunakan secara

meluas dan menjadikan

tanaman lebih subur dan hasil

pertanian bertambah.

• Peningkatan kuantiti dan kualiti

hasil pertanian ini telah

membawa kepada lebihan

produk.

• Hasil daripada lebihan

perdagangan ini telah

diperdagangkan secara

komersial.

Page 12: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

12

Perkembangan Bidang Perindustrian

Modal

• Revolusi Pertanian memberi

sumbangan kepada pertumbuhan

dan perkembangan Revolusi

Perindustrian di Britain dari segi

penyediaan modal.

• Peladang kaya telah melabur

lebihan modal mereka dalam

bidang perindustrian.

• Kesediaan mereka melabur modal

melambangkan perubahan sikap

yang sanggup menanggung risiko

melabur modal dalam bidang baru

yang belum menjanjikan pulangan.

Makanan

• Revolusi pertanian menyediakan

makanan untuk menampung

keperluan pekerja kilang yang kian

meningkat.

• Britain tidak perlu lagi mengimport

makanan dari luar.

• Modal dari pengurangan import

makanan dapat dilaburkan bagi

membantu pertumbuhan dan

perkembangan Revolusi

Perindustrian di Britain.

Rekaan Baru

• Rekaan dalam bidang sains dan

teknologi serta semangat dan

kegiatan usahawan.

• Gabungan kedua-dua factor

tersebut dapat dikesan daripada

kegiatan James Watt dan

Boulton.

• Daya kreativiti, semangat

inovatif dan kegiatan usahawan

ini terdapat pada ramai lagi

tokoh di Britain sepanjang

Revolusi Perindustrian yang

menjadi asas kemajuan di

Britain pada masa itu.

Page 13: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

13

Peralihan Daripada Industri Desa Kepada

Perkilangan

• Sebelum Revolusi Perindustrian , barangan dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga

manusia.

• Ciptaan mesin telah menambahkan hasil pengeluaran barangan secara besar-besaran.

• Lebihan produk ini kemudiannya telah diperdagangankan.

• Rumusannya Revolusi Perindustrian merangkumi perubahan teknik, skala pengeluaran yangbertambah

besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan.

• Pembelian mesin memerlukan modal yang tinggi.

• Bagi mengawal kos, para pemodal tidak melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu banyak

bidang..

• Mereka mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya dalam bidang tekstil.

• Pengkhususan kerja mendatangkan keuntungan kepada majikan dan juga kepada pekerja kerana mereka

semakin mahir dan dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki prestasi.

• Akibatnya kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan, seterusnya membolehkan produk tersebut

bukan sahaja dapat dipasarkan di dalam negeri malahan dipasarkan secara meluas ke luar Negara.

Pengkhususan Pengeluaran

Page 14: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

14

Penggunaan Teknologi

Sebelum teknologi baru

• Peralatan bagi aktiviti pengeluaran

dikendalikan oleh tenaga manusia,

binatang atau air.

• Sebelum enjin berkuasa wap, bot

menggunakan tenaga manusia

untuk mendayung dan kuda

digunakan untuk menarik gerabak.

• Apabila manusia atau binatang

penat kerja tidak dapat diteruskan.

• Bagi mengawal kos, para pemodal

Penggunaan Mesin Berkuasa Wap

• Penggunaan mesin berkuasa wap

membolehkan para pengusaha dapat

mengeluarkan barangan dalam kuantiti

yang banyak.

• Penggunaan mesin menyebabkan kos

pengeluaran rendah dan menyebabkan

harga barangan murah.

• Barangan tersebut dapat dipasarkan

kepada masyarakat umum termasuk yang

tidak mempunyai kuasa beli yangtinggi.

Peningkatan aktiviti Pengeluaran

• Barangan yang dikomersialkan di

pasaran antarabangsa,

membolehkan para usahawan

mendapat keuntungan yang besar.

• Keuntungan ini membolehkan para

usahawan untuk mempertingkatkan

lagi aktiviti pengeluaran dan

perdagangan.

Sumber Tenaga

• Salah sumber tenaga awal ialah ialah tenaga wap dengan

kaedah pembakaran arang batu.

• Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap

yang kemudian digunakan secara meluas dalam dalam

perlombongan arangbatu.

• Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan

system pengangkutan kereta api dan kapal laut pada

zaman Revolusi Perindustrian.

• James Watt

membaiki enjin

berkuasa wap

Thomas Newcomen.

• Hasilnya mesin itu

dapat mengeluarkan

tenaga yang lebih

efisien.

• James Watt menubuhkan

syarikat bersama Matthew

Boulton berjaya

mengeluarkan enjin

berkuasa wap yang lebih

baik untuk pasaran dalam

negeri dan antarabangsa.

Page 15: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

15

Kesan Revolusi Pertanian dan

Revolusi Perindustrian

Pertanian Sebagai Punca ekonomi

• Kegiatan ekonomi pada waktu itu

menanam bijirin seperti gandum.

• Lebihan pertanian yang dihasilkan

telah dieksport dan peladang besar

menjadi pedagang antarabangsa.

• Kesan Revolusi Perindustrian telah

membawa perubahan dalam bidang

social dan ekonomi.

• Kegiatan pembuatan dan pengilangan

telah mula menggantikan kegiatan

pertanian sebagai bidang utama

ekonomi Negara.

• Perindustrian telah menjadi sumber

ekonomi baru dan lebih ramai rakyat

Britain menjadi buruh industri

berbanding buruh pertanian.

• Berlaku perubahan social iaitu

kedudukan tuan-tuan tanah sebagai

tokoh utama dalam masyarakat

digantikan oleh para pengusaha atau

pemilik kilang.

Peningkatan Perdagangan Antarabangsa

• Lebihan produk menyebabkan mereka

terpaksa memasarkan pada peringkat

antarabangsa kerana tidak dapat

dipasarkan semuanya di dalam Negara.

• Britain dapat mengendalikan

perdagangan antarabangsa kerana

merupakan Negara penjajah dan kuasa

maritime yang ulung pada abad ke-18

dan ke-19.

• Britain memerlukan bahan mentah yang

banyak untuk industrinya berkembang

pesat.

• Britain telah mempertingkatkan system

pengangkutan dalam Negara dan

antarabangsa untuk menampung

keperluan perdagangan import-eksport.

• Britain juga mengeksport modal ke

seberang laut.

Kemajuan Bidang Pengangkutan

• Peringkat awal pengangkutan di Britain

bergantung kepada kereta kuda dan baj.

• Bagi memudahkan perjalanan darat,

system pembikanan jalan raya telah

dibaiki dari masa ke semasa.

• Kilang-kilang didirikan berhampiran

sungai kerana penggunaan baj.

• Perubahan besar berlaku dalam system

pengangkutan domestic dengan rekaan

dan penggunaan kereta api.

• Rekaan enjin berkuasa wap

membolehkan gerabak dipacu lebih laju

dan menarik lebih banyak gerabak untuk

mengangkut barangan dan pekerja

kilang.

• Sistem pengangkutan laut telah

direvolusikan dengan kemunculan dan

penggunaan kapal laut yang dikemudikan

oleh jentera berkuasa wap.

Page 16: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

16

• Peringkat awal Revolusi Perindustrian buruh tidak

mendapat pembelaan yang sewajarnya.

• Penciptaan mesin tekstil telah menyebabkan kemahiran

pekerja penenunan dan tukang jahit tradisional tidak

diperlukan.

• Peringkat awal Revolusi Perindustrian buruh tidak

mendapat pembelaan yang sewajarnya.

• Para pekerja mahir telah memprotes dan memusnahkan

mesin-mesin pemidang yang digunakan dalam industri

tekstil.

• Pergerakan ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite.

• Bagaimanapun pada akhirnya penggunaan mesin dalam

industri pembuatan tidak dapat disekat.

• Pada permulaan zaman Revolusi

Perindustrian terdapat akta kombinasi

yang melarang para pekerja bergabung

dan bermuafakat untuk mendapatkan

gaji atau layanan yang lebih baik

daripada majikan.

• Pada masa itu kanak-kanak bawah

umur, 10 tahun sering dieksploitasi di

kilang tekstil dan di lombong arang batu.

• Masa bekerja biasanya melebih 10 jam.

• Pada waktu itu, majikan sangat terpengaruh

dengan system ekonomi bebas yang

menghalang campur tangan kerajaan.

• Revolusi

Perindustrian telah

memperkenalkan

system

perkilangan.

• Pada peringkat

awal kilang yang

paling banyak

ialah kilang tekstil.

• Keadaan perburuhan bertambah baik dengan

pemansuhan akta anti penggabungan pada

tahun 1824.

• Penubuhan kesatuan sekerja buat pertama

kalinya telah diizinkan.

• Kemudiannya pelbagai akta telah diluluskan

oleh parlimen untuk memastikan

kesejahteraan pekerja.

• Pada tahun 1833, akta kilang telah

digubal.

• Mengikut akta ini, kanak-kanak

berumur 9 tahun dilarang bekerja dan

mereka dimestikan ke sekolah.

• Kanak-kanak yang layak bekerja, had

masa bekerja tidak melebihi 9 jam.

• Majikan mesti menjamin keselamatan

pekerja mereka di kilang.

• Akta lombong diperkenalkan

pada tahun 1842.

• Akta ini telah melarang penglibatan

kanak-kanak perempuan dan

wanita dalam perusahaan arang batu.

• Akta 10 jam diperkenalkan

Pada tahun 1847, melarang buruh

wanita bekerja lebih daripada 10

jam.

Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan

Page 17: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

17

Imperialisme Barat di Asia

• Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah Negara ke atas sesebuah Negara yang lain.

• Penguasaan ini bertujuan untuk mendapat keuntungan ekonomi dan politik.

• Pada kurun ke-15 dan kurun ke-16, Sepanyol dan Portugal telah menakluk daerah di Asia dan Amerika

Latin.

• Selepas Revolusi Perindustrian kegiatan Negara kuat mengeksploitasi Negara yang lemah semakin rancak.

• Kuasa Barat pada masa ini berminat untuk mendapatkan bahan mentah seperti rempah ratus, emas dan

perak.

• Pada zaman Revolusi Perindustrian Negara seperti Britain, Belanda dan Negara Eropah lain mempunyai

matlamat untuk mengubah dasar ekonomi Negara yang dijajah supaya secocok dengan keperluan

perindustrian mereka.

Faktor-faktor yang mendorong kedatangan

• Untuk mendapatkan

bahan mentah bagi

kilang perindustrian

mereka.

• Untuk mendapatkan pasaran bagi

hasil pengeluaran industri mereka.

• Negara Eropah saling berlumba dan

bersaing untuk mendapat daerah di

Afrika dan Asia.

• Menjelang tahun 1830, Britain

terpaksa bersaing dengan Negara

Eropah dan Amerika kerana

Negara-negara tersebut melindungi

industri mereka dengan peraturan

tarif.

• Britain terpaksa mencari pasaran di

Asia dan Afrika kerana barang

Britain tidak lagi dapat dieksport ke

Amerika dan Eropah secara mudah

seperti dahulu.

• Perkembangan system

pengangkutan yang berlaku

akibat kewujudan system

jalan kereta api dan ciptaan

kapal wap telah

memudahkan perhubungan

dan dan mempercepatkan

perjalanan.

• Ada di kalangan masyarakat Barat berhasrat untuk

menyebarkan tamadun dan agama mereka ke seberang

laut.

• Terdapat semangat perlumbaan di kalangan masyarakat di

Eropah untuk saling mengatasi antara satu sama lain

dalam kegiatan menakluk kawasan luar.

• Sesetengah beranggapan, pemilikan tanah jajahan sebagai

symbol yang menandakan mereka telah menjadi kuasa

yang kuat.

• Orang Barat beranggapan menjadi tanggungjawab mereka

untuk mengembangkan tamadun mereka di luar Eropah.

• Orang Inggeris menggunakan istilah the white man’s

burden, orang Perancis sebagai mission civilisatrice,

orang Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan

orang Amerika sebagai the blessings of the Anglo-Saxon

protection.

Page 18: Nota Sejarah Bab 9

http://rosleyasin.blogspot.com

SMK Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

18

Kesan-Kesan Imperialisme

Terhadap Asia Tenggara

Politik

• Sistem pemerintahan dan pentadbiran

menerima perubahan drastic.

• Pemerintah tempatan terpaksa menerima

penasihat dan juga pentadbir barat.

• Sistem perundangan peribumi juga telah

ditukar agar menyerupai system barat.

• Kuasa Barat bersaing untuk menguasai

Negara-negara Asia.

Pendidikan

• Pertapakan Barat di Tanah Melayu

telah memperkenalkan system

pendidikan Inggeris.

• Sistem pendidikan tersebut tidak

disebarkan secara meluas dan

terhad di kawasan Bandar.

• Sistem pendidikan ini hanya

memberi pendidikan asas dan

melatih golongan pentadbir rendah

bagi keperluan pentadbiran British.

• Kepincangan dan

ketidaksempurnaan system

pendidikan menyebabkan kerajaan

peribumi terpaksa memperbaiki

keadaan selepas mencapai

kemerdekaan.

Komposisi etnik

• Kuasa Barat telah membawa masuk

buruh dari Negara asing untuk

kegiatan ekonomi komersial.

• Dasar Barat ini membawa

perubahan demografi dan

komposisi etnik di banyak Negara

yang dijajah.

• Penjajah tidak memainkan peranan

untuk mengharmonikan hubungan

antara kaum semasa pemerintahan

mereka.

• Pemerintah peribumi terpaksa

menjalinkan hubungan baik di

kalangan pelbagai kaum selepas

merdeka.

Ekonomi

• Kegiatan ekonomi pribumi telah distruktur

agar memberi manfaat kepada ekonomi

penjajah.

• Contohnya kegiatan penanaman getah dan

perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

telah dikomersialkan bagi memastikan

bahan tersebut dapat menampung

keperluan industri di Britain.