nota raja muda

3
Raja Muda Setelah Raja Muda ditabalkan menjadi raja di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dengan gelaran Sultan Muda Gempita Sakti, baginda berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Majlis itu diraikan secara besar- besaran dan penuh adat istiadat. Namun begitu, Raja Muda telah pun mempunyai seorang isteri yang bernama Tuan Puteri Bidadari Segerba yang berada di kayangan. Setelah sekian lama berada di kayangan, Tuan Puteri Bidadari Segerba ingin turun ke bumi untuk bertemu dengan suaminya, Raja Muda. Semasa hendak turun ke bumi, Tuan Puteri Bidadari Segerba telah diberitahu oleh kakandanya tentang persandingan Raja Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Maka dengan pantas Tuan Puteri Bidadari Segerba menuju ke sana. Tuan Puteri Bidadari Segerba menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda yang bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam purnama. Sebagai tanda permuafakatan, Tuan Puteri Bidadari Segerba meminta Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sudi menerima bayi yang telah dikandungnya itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun menyantap sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan, kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah itu, Tuan Puteri Bidadari Segerba pun kembali ke kayangan. Setelah cukup tempoh 12 purnama, pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang puteri yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Kelahiran anakanda baginda itu disambut dengan meriah oleh Raja Muda. Kehebatan dan kemeriahan sambutan kelahiran putera dan puteri raja. Kemeriahan ini dapat dilihat apabila pelbagai upacara telah dijalankan oleh Raja Muda untuk menyambut kelahiran puteri baginda. 1. Hubungan kekeluargaan antara raja di bumi dengan raja di kayangan Raja Muda berkahwin dengan Tuan Puteri Bidadari Segerba dari kayangan dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dari negeri Tanjung Bunga Kembang Sakti. 2. Perasaan hiba apabila dimadukan oleh suami Tuan Puteri Bidadari Segerba berasa tidak sedap hati lalu turun ke bumi mencari Raja Muda yang sedang bersanding dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan puteri bersyair untuk menyatakan rasa pilunya dimadukan. 3. Kegembiraan memperoleh cahaya mata Tuan Puteri Bidadari Segerba memeluk dan mencium Puteri Renek Jantan kemudian diserahkan kepada Raja Muda untuk diiqamatkan. 4. Keikhlasan hati untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan Tuan Puteri Bidadari Segerba mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya terhadap Raja Muda apabila meninggalkan Raja Muda lalu naik ke kayangan tanpa persetujuan baginda. Watak Utama Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti) Berkahwin dua Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi. Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya. Baginda seorang yang taat menjalankan perintah agama. Sebagai contoh, SINOPSIS TEMA PERSOALAN WATAK

Upload: aku-insan-biasa

Post on 13-Sep-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

prosa tradisional dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius

TRANSCRIPT

SINOPSISRaja Muda

Setelah Raja Muda ditabalkan menjadi raja di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki dengan gelaran Sultan Muda Gempita Sakti, baginda berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat. Namun begitu, Raja Muda telah pun mempunyai seorang isteri yang bernama Tuan Puteri Bidadari Segerba yang berada di kayangan. Setelah sekian lama berada di kayangan, Tuan Puteri Bidadari Segerba ingin turun ke bumi untuk bertemu dengan suaminya, Raja Muda. Semasa hendak turun ke bumi, Tuan Puteri Bidadari Segerba telah diberitahu oleh kakandanya tentang persandingan Raja Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Maka dengan pantas Tuan Puteri Bidadari Segerba menuju ke sana.

Tuan Puteri Bidadari Segerba menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan Muda yang bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung enam purnama.

Sebagai tanda permuafakatan, Tuan Puteri Bidadari Segerba meminta Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sudi menerima bayi yang telah dikandungnya itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun menyantap sepah sirih lebihan Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan, kandungan dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Setelah itu, Tuan Puteri Bidadari Segerba pun kembali ke kayangan.

Setelah cukup tempoh 12 purnama, pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat melahirkan seorang puteri yang sihat. Bayi itu lahir dengan diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Kelahiran anakanda baginda itu disambut dengan meriah oleh Raja Muda.

TEMA

Kehebatan dan kemeriahan sambutan kelahiran putera dan puteri raja. Kemeriahan ini dapat dilihat apabila pelbagai upacara telah dijalankan oleh Raja Muda untuk menyambut kelahiran puteri baginda.

PERSOALAN

1. Hubungan kekeluargaan antara raja di bumi dengan raja di kayangan Raja Muda berkahwin dengan Tuan Puteri Bidadari Segerba dari kayangan dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dari negeri Tanjung Bunga Kembang Sakti.

2. Perasaan hiba apabila dimadukan oleh suami Tuan Puteri Bidadari Segerba berasa tidak sedap hati lalu turun ke bumi mencari Raja Muda yang sedang bersanding dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan puteri bersyair untuk menyatakan rasa pilunya dimadukan.

3. Kegembiraan memperoleh cahaya mata Tuan Puteri Bidadari Segerba memeluk dan mencium Puteri Renek Jantan kemudian diserahkan kepada Raja Muda untuk diiqamatkan.

4. Keikhlasan hati untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan Tuan Puteri Bidadari Segerba mengakui kesalahan yang telah dilakukan olehnya terhadap Raja Muda apabila meninggalkan Raja Muda lalu naik ke kayangan tanpa persetujuan baginda.

WATAK

Watak UtamaRaja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti) Berkahwin dua Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi. Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya. Baginda seorang yang taat menjalankan perintah agama. Sebagai contoh, baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.

Watak SampinganTuan Puteri Bidadari Segerba Berasal dari kayangan. Anak kepada Maharaja Indera Dewa. Merupakan isteri pertama Raja Muda. Baik hati dengan menyerahkan anak dalam kandungannya kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Penyayang terhadap Tuan Puteri Renik Jantan, iaitu anak Raja Muda.

Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda. Isteri kedua Sultan Muda Sangat menyayangi puteri baginda, Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.

PLOT

Binaan PlotPermulaanRaja Muda ditabalkan menjadi raja di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki apabila dikahwinkan dengan anak Permaisuri Kaca Bertuang, iaitu Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Perkahwinan ini diadakan dengan meriah sekali dengan pelbagai upacara diadakan.PerkembanganSetelah lama berada di kayangan, Tuan Puteri Bidadari Segerba hendak turun ke bumi kerana rindu akan Raja Muda. Tuan Puteri Bidadari Segerba telah dikhabarkan oleh kakandanya bahawa Raja Muda melangsungkan perkahwinan dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Dengan pantas, Tuan Puteri Bidadari Segerba menuju ke tempat Raja Muda. KlimaksTuan Puteri Bidadari Segerba melihat kelahiran Tuan Puteri Renek Jintan. Tuan Puteri Bidadari Segerba kembali ke kayangan setelah Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri sihat.

PeleraianKelahiran anak Raja Muda disambut dengan meriah sekali. Tuan Puteri Renek Jintan menjalani upacara adat bersiram dan adat turun tanah. Setelah selesa, Raja Muda kembali ke istana.

GAYA BAHASA

1. Kata gandaContoh: Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium

2. Diksia) Penggunaan bahasa istanaContoh: anakanda, santap, titah, tuanku, gering, bersiram

b) Penggunaan bahasa klasikContoh: leta, mencita

3. SimileContoh: Raja Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna (m/s 35)Seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas hari bulan.

LATAR

Latar Masa1) Pada zaman dahuluCerita ini dikisahkan berlaku pada zaman dahulu.

2) Pada waktu malam Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi.

3) Pada hari Selasa waktu tengah hari. Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.Latar Tempat1) Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Di sinilah dilangsungkan majlis pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.

2) Di kayangan. Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.

3) Tasik Mendam Berahi. Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.

Latar Masyarakat1) Latar masyarakat zaman feudal Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya ,Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.

2) Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.Raja Muda menjalankan upacara memijak tanah untuk puterinya.

NILAI

1) Nilai kasih sayangRaja Muda yang begitu kasih akan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.2) Nilai keredaan kepada takdirTuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari3) Nilai saling menghormatiKedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.

PENGAJARAN

1. Kita janganlah ingkar akan arahan yang diberikan kepada kitaContohnya, Tuan Puteri Bidadari Segerba telah ingkar akan arahan suaminya, Raja Muda yang tidak membenarkan baginda pulang ke kayangan.

2. Kita hendaklah bersyukur setelah mendapat nikmat daripada TuhanContohnya, Raja Muda mengadakan majlis kesyukuran setelah Puteri Renek Jintan selesai menjalani upacara bersiram dan turun tanah.