nota lukisan: media kering

5
Media kering Di sini anda akan mengetahui dengan lebih lanjut apa itu MEDIA KERING. Media kering merupakan bahan/media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu. 1. PENSEL : media yang biasa digunapakai dalam lukisan. Terdapat 2 jenis lukisan menggunakan media pensel; lukisan mekanikal dan lukisan grafit/biasa. Lukisan mekanikal Lukisan pensel grafit. 2. PENSEL WARNA : ada jenis biasa dan ada jenis watercolour. Jenis ini boleh ditukar menjadi watercolour. Jenis pensel warna biasa Jenis watercolour pencil colour 3. PEN DAN DAKWAT : Ada pelbagai mata pena. Daripada 0.1mm hingga 10.0mm dan lebih besar. Setiap mata mempunyai ketebalan berbeza. Makin besar nombor, makin tebal mata penanya. Biasa digunakan untuk lukisan teknikal.

Upload: farah-fauzi

Post on 10-Aug-2015

2.696 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

Jenis-jenis media kering yang biasa digunapakai.

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Lukisan: Media Kering

Media kering

Di sini anda akan mengetahui dengan lebih lanjut apa itu MEDIA KERING.

Media kering merupakan bahan/media yang digunakan untuk melukis atau menambahkan seri dan kecantikan sesebuah lukisan itu.

1. PENSEL : media yang biasa digunapakai dalam lukisan. Terdapat 2 jenis lukisan menggunakan media pensel; lukisan mekanikal dan lukisan grafit/biasa. 

 

    Lukisan mekanikal 

Lukisan pensel grafit. 

2. PENSEL WARNA :  ada jenis biasa dan ada jenis watercolour. Jenis ini boleh ditukar menjadi watercolour.  

Jenis pensel warna biasa

Jenis watercolour pencil colour

3. PEN DAN DAKWAT  : Ada pelbagai mata pena. Daripada 0.1mm hingga 10.0mm dan lebih besar. Setiap mata mempunyai ketebalan berbeza. Makin besar nombor, makin tebal mata penanya. Biasa digunakan untuk lukisan teknikal.

Page 2: Nota Lukisan: Media Kering

4. BERUS DAN DAKWAT : Banyak digunakan dalam kaligrafi Cina. Walaupun menggunakan dakwat dan boleh dikatakan sebagai basah juga, dakwat ni tidak terlampau basah. Seperti pen marker. Oleh itu masih dikategorikan sebagai media kering.

5. SOFT PASTEL : lebih kurang macam kapur tulis. Tapi warnanya lebih pekat dan variasi. Berhabuk sikit bila dilukis disebabkan bahannya yang seperti kapur. Ada soft pastel jenis batang mcm kapur dan ada jenis pensel.

6. OIL PASTEL : Lebih pekat warnanya berbanding krayon.

Page 3: Nota Lukisan: Media Kering

7. GRAFIK TABLET :  Digunapakai bersama komputer. Jenama grafik tablet yang biasa digunapakai ialah Wacom. Ada jenis yg disambung pada komputer dan dilukis di atas tablet (Wacom Intuous dan Bamboo) dan ada jenis seperti monitor komputer dan dilukis terus pada skrin (Wacom Cintiq).

8. KRAYON : media kering yang sama seperti lilin. Boleh cair bila terdedah dengan objek panas.

9. MARKER PEN : dikira sebagai media kering walaupun dakwatnya basah.

Page 4: Nota Lukisan: Media Kering

10. KAPUR TULIS : Seperti soft pastel, kapur juga berhabuk. Untuk kemasan, perlu menggunakan pemati warna (fixative)

11. ARANG : media kering paling hitam. Berfungsi untuk memberikan kesan

paling gelap dalam lukisan. Seperti pastel dan kapur, arang juga berhabuk dan mudah melekat pada tangan. Ianya juga perlu dikemaskan dengan fixative bagi mengelakkan warnanya tertanggal. Seperti soft pastel arang ada jenis batang dan pensel.

Kesimpulan

Terdapat pelbagai media kering yang boleh didapati di pasaran. Bergantung kepada seseorang individu untuk memilih media yang paling sesuai dengan gaya lukisan mereka.

Page 5: Nota Lukisan: Media Kering

Sesebuah lukisan juga boleh menggunakan pelbagai atau campuran media (mix media) bagi menampakkan kesan yang lebih menarik.

Kemasan paling baik untuk media yang berhabuk ialah dengan melapiskannya dengan pemati warna.

Sekiranya tidak mahu, anda boleh terus membingkaikan karya ini untuk mengelakkan karya ini rosak terkena sentuhan.