nota isl 1 - konsep, ciri, jenis

13
NOTA ISL : Konsep Pentaksiran, Penilaian, Pengukuran dan Pengujian Jenis-jenis Ujian Ciri-ciri Pengujian Penilaian dalam Sejarah

Upload: joey-loh

Post on 15-Apr-2016

53 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

TRANSCRIPT

Page 1: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

NOTA ISL :

Konsep Pentaksiran, Penilaian, Pengukuran dan Pengujian

Jenis-jenis Ujian Ciri-ciri Pengujian Penilaian dalam Sejarah

Page 2: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Konsep Pentaksiran, Penilaian, Pengukuran dan Pengujian

Pentaksiran

Bhasah (2009) :

Pentaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu

piawaian dan peraturan.

Cizek (1993) dalam Bahsah (2009) :

Ia meliputi satu kaedah dan sumber yang luas digunakan oleh guru untuk

mengumpulkan, menginterpretasi dan memsistesis maklumat tentang pelajar.

Vincent Pang dan Denis Lajium (2008) :

Ia ialah proses yang menglibatkan pengutipan, sistesis dan interpretasi

maklumat dan membuat keputusan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013) :

Ia ialah proses mendpaatkan makluamt denga menggunakan pelbagai kaedah

dan pendekatan sama ada formatif, sumatif, formal atau informal, dalam dan

luaran bagi mendapatkan evidens yang boleh depertimbangakan dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk pendidikan.

Penilaian

Popham (1975) dan Mokhtar (1995) :

Penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang

nilai fenomena pendidikan. Ia mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran,

program peengajaran dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran dihala.

Gay (1985) dalam Bhasah (2009) :

Penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan

menganalisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah dicapai. Guru dapat buat pertimbangan yan tepat tentang

PdP.

Ismail bin Said :

Penilaian adalah proses sistematik yang melibatkan pengenalpastian,

Page 3: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

pemerolehan, pengumpulan, peganalisisan dan pentafsiran maklumat yang

boleh digunakan bagi membuat keputusan tentang sesuatu objektif pendidikan.

Pengukuran

Mok Soon Sang (2013) :

Ia ialah sesuatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai

kuantitatif sesuatu perkara, benda atau keadaan.

Azizi dan Mohd. Isa (2009) :

Proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana

individu mempunyai ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.

Ismail bin Said :

Proses mendapat sesuatu dengan menggunakan kaedah tertentu walaupun

tidak menggunakan pengujian.

Pengujian

Cronbach (1970) :

Ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau

tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala

bernombor atau sistem yang berkategori.

Azizi dan Mohd. Isa (2009):

Ia ialah proses penyerahan set soalan piawai yang perlu dijawab atau satu set

instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku

atau perubahan sesoerang murid.

Mok Son Sang (2011) :

Ia ialah satu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku

individu.

Ismail bin Said :

Ia ialah satu alat yang mengukur perubahan tingkah laku seseorang dan

pengujian boleh berlaku mengikut pelbagai kaedah.

Page 4: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Jenis-jenis Ujian

1. Ujian Rujukan Norma (URN)

Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untuk membandingkan pelajar di

antara pelajar di dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian

itu. Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkanazizi290107.jpgmelalui perbandingan

prestasi seseorang pelajar dengan prestasi kumpulan tertentu yang mengambil ujian

yang sama.

Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikan pelajar. Ia seharusnya

boleh membezakan pelajar yang terpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan

pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai dan seterusnya. Oleh itu

ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana

soalan-soalan yang sederhana kesukarannya mempunyai kuasa diskriminasi yang lebih

tinggi.

Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang melibatkan

bilangan pelajar yang banyak adalah ujian rujukan norma.

2. Ujian Rujukan Kriteria (URK)

Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan status seseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat atau kemahiran berbandingkan dengan pengetahuan atau kemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yang dihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori telah menguasai atau belum menguasai.

Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antara pelajar tidak timbul.

Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting, iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.

Perbezaan Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria

Perkara Ujian Rujukan Norma Ujian Rujukan Kriteria

 Konsep  Ujian yang relatif yang menggambarkan  prestasi kumpulan murid dalam graf yang normal.

 Ujian rujukan yang menentukan peringkat pencapaian individu berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

Page 5: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

 Tujuan  i.    Membandingkan prestasi antara murid atau kumpulan.

ii.     Menentukan murid sama ada lulus, gagal, cemerlang dan sederhana.

iii.    Memilih murid untuk tujuan pengiktirafan – sijil

 i.         Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditentukan.

ii.       Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

Ciri-ciri Soalan

Bermula dengan soalan yang mudah kepada lebih sukar dan mempunyai diskriminasi yang tinggi

Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan objektif pelajaran.

Ciri-ciri ujian

Penentuan pangkat, gred bagi menentukan kelulusan murid pelbagai peringkat.

Tiada gred ditetapkan dan memadai penyataan lulus gagal.

Kandungan cakupan

Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas

Tertumpu kepada topik-topik tertentu yang lebih khusus.

Contoh ujian

Peperiksaan akhir penggal, UPSR,  PMR, SPM, STPM

Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.

3. Ujian Kecerdasan

Menurut Azizi Yahaya (2005), Ujian kecerdasan ialah ujian yang cuba mengukur

perbezaan antara individu. Butir-butir ujian ini umumnya tertumpu pada kebolehan

individu bagi memanipulasikan perkataan dan nombor. Ujian kecerdasan juga dikenali

sebagai ujian metal kerana ujian ini juga digunakan untuk mengukur kecerdasan mental

seseorang individu atau perbezaan individu. Contoh ujian kecerdasan adalah ujian IQ,

Skala Stanford- Binet dan Ujian Lorge Thorndike.

4. Ujian Prestasi

Page 6: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Menurut Azizi Ahmad (2009), Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk

mengukur keupayaan atau kecekapan murid melakukan sesuatu tugas yang melibatkan

manipulasi objek yang konkrit. Ujian ini memerlukan murid-murid membuat beberapa

tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Biasanya, ujian ini melibatkan penggunaan alat

yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas, yang tidak semata-mata tertumpu

kepada aspek bahasa dan ujian kertas pensel. 

Ujian prestasi ini sangat penting terutamanya apabila sebahagian kemahiran

pembelajaran murid adalah sukar ditaksir dan diukur dengan menggunakan ujian

berasaskan kertas dan pensil. Oleh yang demikian, sebahagian kemahiran khususnya

yang melibatkan pertimbangan, pemikiran kritikal dan analitikal serta pembuatan

keputusan adalah sesuai ditaksir dengan menggunakan ujian prestasi yang mengukur

dan mentaksir kemahiran berkenaan dengan menggunakan teknik dan cara penilaian

yang lebih autentik. 

Contoh ujian prestasi adalah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta murid-

murid untuk membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan

gambar yang diberikan kepada mereka. Contoh yang lain adalah mereka bentuk

geometri daripada blok-blok yang diberikan.

5. Ujian Diagnostik

Menurut Zulkifley Hamid (2006), Ujian diagnostik merupakan ujian yang dilaksanakan

untuk mengenal pasti masalah-masalah khusus atau yang tertentu yang besar

kemungkinan bakal dihadapi oleh murid-murid yang dikategorikan sebagai murid

kumpulan pemulihan. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid,

tindakan susulan seperti kelas pemulihan boleh dilaksanakan. Ujian yang berterusan

akan terus diberi sepanjang kelas pemulihan dilaksanakan untuk mengenal pasti

perubahan dan pencapaian murid-murid yang sedang menjalani pendidikan pemulihan.

Untuk ujian diagnostik, tiada skor atau gred diberikan kepada murid-murid.

Page 7: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

5.0 Ujian Bakat

Merujuk kepada blog Himpunan Kertas Kerja yang ditulis oleh Prof. Abdullah

Hassan (2009), Ujian bakat dalam Bahasa Melayu ialah ujian yang dibentuk bagi

mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh murid dalam Bahasa Melayu. Bukan

semua orang khusunya orang bukan Melayu, mempunyai bakat untuk mempelajari

Bahasa Melayu. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks dan melibatkan

berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan, kebolehan mengenal

pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Oleh sebab itu, biasanya ujian bakat

dirancang untuk menguji kemahiran-kemahiran khusus yang ingin diuji, umpamanya

kemahiran bertutur. 

6. Ujian Personaliti

 

Menurut Shertzer dan Linden (Sidek, 1998) dipetik dari Malek Muhamat Said

(2006), ujian personaliti ialah alat bagi menentukan sejauh mana orang itu mempunyai

trait-trait atau ciri-ciri lain dengan mengukur sejauh mana samanya gerak balas yang

diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai trait-trait atau ciri-ciri

berkenaan. 

Ujian personaliti ini digunakan bagi mengukur aspek-aspek yang berkaitan dengan

kriteria personal, pemikiran, perasaan dan tingkah laku iaitu yang berkaitan dengan

pelarasan dan pembawaan. Aspek-aspek ini diukur melalui alat-alat psikologi yang

berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapat tiga alat yang dapat

digunakan untuk mengukur personaliti pelajar iaitu inventori laporan kendiri (apa pelajar

kata tentang dirinya); inventori sosiomerik (apa yang pelajar lain/ orang lain kata

tentang seseorang pelajar); dan teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar

dalam situasi tertentu.

Page 8: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Tidak ada jawapan yang betul ataupun salah dalam ujian personaliti, calon yang

menjawap ujian personaliti dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang

dikemukan dengan sejujurnya agar keputusan ujian tersebut dapat menggambarkan

setepatnya tentang personaliti calon tersebut.

Page 9: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Ciri-ciri Pengujian

1. Kesahan Ujian Sejauh mana unjian mengukur apa yang hendak diukur

Soalan ujian harus releven

Soalan harus seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk

kandungan yang diajar

Harus menepati objektif dan kandungan kursus

2. Kebolehpercayaan Ujian Ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur

Ujian yang mengukur dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.

Skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.

Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah,

namun ujian yang sah biasanya boleh dipercayai.

3. Keobjektifan Ujian Sejauh mana penskoran jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.

Jawapan yang sama harus mendapat skor yang sama dari dua orang pemeriksa.

Jika pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang smaa, maka

ujian tersebut ada keobjektifan yang tinggi.

Memerlukan skema penskoran

4. Kebolehtadbiran Ujian harus boleh ditadbirkan supaya semua murid mempunyai suasana yang

sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik.

Dapat yakin bahawa jawapan adalah berasaskan penguasaan murid dalam

bidang yang diuji, tidak disumbangkan faktor-faktor gangguan.

5. Kemudahtafsiran Ujian harus boleh diskor dengan cekap.

Page 10: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Skor yang mudah ditafsir.

Page 11: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Penilaian dalam Sejarah

Tujuan-

Ismail bin Said :Memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pengajaran guru, memperbaiki

kelemahan murid. Hasil maklumat penilaian akan digunakan oleh guru unutk

mmembuat tindakan susulan sekiranya terdapat kelemahan murid melalui aktiviti

pemulihan dan pengayaan untuk murid yang berpotensi.

Ormadin dan Yunus (1996) :Tujuan penilaian ialah mewujudkan semangat pertandingan sesama murid,

membuat perancangan guru, meramal kebolehan murid, menggalakkan murid

bergiat cergas dalam kegiatan pembelajaran, menentukan aliran bidang yang

akan murid ceburi, dan sebagai maklum balas bagi kayu ukur proses

pengajaran.

Abd Rahim (1992) :Tujuan penilaian ialah sebagai satu ujian, maklum balik kepada guru, kesan

kepada pembelajaran murid, dorongan kepada murid, menguatkan daya ingatan,

memahami diri sendiri, mengekalkan mutu, dan untuk melapor.

-Dalam konteks m/p Sejarah :

Secara lisan atau bertulis

Untuk mengukur sejauh mana penguasaan pembelajaran murid

Mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid

Hendak dijalankan secara berterusan dan hasil penilaian tersebut dapat memberi

maklum balas keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, sama ada objektif

yang dirancang tercapai atau sebaliknya.

Penilai tertumpu kepada empat pembolehubah : Maklumat, reka bentuk, proses

pelaksanaan, hasil.

Jasbir dan rakan-rakan (1985) :

Penilaian dibuat untuk mengutip maklumat seperti nama tokoh, tarikh dan

peristiwa yang diingati murid, untuk kegunaan guru Sejarah.

Page 12: Nota ISL 1 - Konsep, Ciri, Jenis

Penilaian m/p Sejarah dibuat berdasarkan dua perkara, iaitu kebolehan dan cara

kanak-kanak menguasai sesuatu bahan atau bukti sejarah dan ciri-ciri asas m/p

Sejarah yang dimanati oleh alhi-ahli dan guru-guru Sejarah.