nota - imbuhan
DESCRIPTION
ImbuhanTRANSCRIPT
IMBUHANImbuhan dikenali sebagai penambahan juga. Imbuhan-imbuhan ini ditambah kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan).Imbuhan dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut:
ImbuhanPeneranganContoh
awalanImbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasarbeR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe-peR-, se-, teR-
awalan rangkapImbuhan rangkap yang diletakkan di hadapan kata dasardipeR-, mempeR-
akhiranImbuhan yang diletakkan di belakang kata dasar-an, -i, -kan
apitanImbuhan yang diletakkan serentak, iaitu di hadapan dan di belakang kata dasarbeR--an, beR--kan,ke--an, meN--i,meN--kan, mempeR--i, mempeR--kan, peN--an, pe--an, peR-...-kan
sisipanImbuhan yang diletakkan di tengah-tengah kata dasar-el-, -em-, -er-