nota bab 5 tingkatan 3

Upload: sabri-ibrahim

Post on 16-Oct-2015

113 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

formm3

TRANSCRIPT

BAB 5 PERTUMBUHAN

5.1 Pola Pertumbuhan Manusia

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Pertumbuhan

1. Pertumbuhan adalah satu proses yang dialami di dalam semua organisma hidup.Proses pertumbuhan adalah melibatkan:a) Peningkatan saiz (pembesaran) organisma.b) Perubahan penampilan / rupa organisma.c) Peningkatan dalam bilangan sel-sel.d) Pembangunan fungsi organ organisma.

2. Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara, iaitu melalui:a) ____________________b) ____________________

3. Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari segi bentuk, saiz dan rupa.

4. Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia:

a) ____________________b) ____________________c) ____________________d) ____________________e) ____________________

Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh dipaparkan melalui lengkung pertumbuhan (growth curve). Lengkung pertumbuhan ini adalah berbentuk S (S-shaped) atau sigmoid.

Berdasarkan rajah di atas, kadar pertumbuhan manusia terbahagi kepada peringkat berikut:

a) Peringkat bayi Berumur dari mula lahir sehingga _______________. Kadar pertumbuhan juga sangat cepat Pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama.b) Peringkat kanak-kanak Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan sehinggalah remaja. Pada masa ini, ada kanak-kanak ____________ yang mula akil baligh dan membesar lebih cepat daripada _______________.c) Peringkat remaja Peringkat remaja adalah dari umur_______________. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini terdapat sedikit peningkatan Remaja lelaki akan lebih cepat membesar pada ketika ini kerana akil baligh.d) Peringkat dewasa Berumur 21 hingga 64 tahun Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah malar (constant) atau sifar. Ini bermakna bahawa pertumbuhan/tumbesaran manusia telah berhenti. Akan berlaku pertambahan berat badan.e) Peringkat tua Berumur _____________________. Mula mengalami pertumbuhan negatif di mana, __________ dan ____________ semakin susut

Pola pertumbuhan lelaki dan wanita

Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve) manusia secara umumnya adalah sigmoid, tetapi terdapat perbezaan dalam pertumbuhan pada lelaki dan wanita.

Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan/wanita di atas:

a) Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti budak perempuan pada ___________________.

b) Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak ____________ adalah melebihi budak _____________ semasa zaman kanak-kanak.

c) Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan adalah dilebihi oleh budak perempuan. Ini adalah kerana seorang budak perempuan mencapai ________________ pada usia yang lebih awal (12 tahun) dan zaman remajanya juga berakhir awal (kira-kira 16 tahun).

d) Seorang budak lelaki mencapai akil baligh pada usia lewat sedikit (__________) dan zaman remajanya pula berakhir pada umur kira-kira18 tahun. Jadi, ketinggian perempuan adalah melebihi lelaki pada peringkat remaja.

e) Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang lelaki adalah lebih panjang, jadi ketinggian seorang lelaki melebihi seorang perempuan, adalah pada umur 18 tahun dan ke atas.

Kesan nutrisi terhadap pertumbuhan kanak-kanak

Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat yang paling penting dalam pertumbuhan manusia. Jadi, kanakkanak mestilah diberi: 1. Pengambilan gizi seimbang. Gizi seimbang ialah makanan yang mengandungi kesemua kelas makanan pada nisbah yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan badan yang sempurna. Contoh :

a) Karbohidrat - ________________________________________________

b) Lemak - ____________________________________________________

c) Protein - ____________________________________________________

d) Mineral - ____________________________________________________

e) Vitamin - ____________________________________________________

f) Serat dan air - _______________________________________________

2. Bimbingan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan bagi memastikan pertumbuhan rohani yangsempurna.