norma perjawatan

18
Norma Perjawatan Jawatan Luar Norma bermaksud Jawatan yang diperuntukan khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik di sesebuah sekolah. Seperti Jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah merupakan Jawatan Luar Norma. Manakala yang lain termasuk GPK berdasarkan gred sekolah. Begitu juga dengan beberapa jawatan lain seperti Guru j-Qaf, Penyelaras Bestari, Guru Media dan sebagainya. Manakala jawatan dalam norma bermaksud guru yang mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kuota Guru Akademik seperti Jawatan Guru Data atau Guru Pendidikan Agama Islam. Harap cikgu faham or baca Buku Definisi Variabel Data EMIS pada guru data yang telah dibekalkan ke semua sekolah. Terima kasih Konsep Falsafah Pendidikan Guru dan Implikasi FPK dan FPG terhadap Pendidikan Negara Konsep Falsafah Pendidikan Guru Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara- perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu : · Ketuhanan Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. · Kemasyarakatan

Upload: sitinadia00

Post on 05-Dec-2014

200 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isu pendidikan di malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Norma Perjawatan

Norma Perjawatan

Jawatan Luar Norma bermaksud Jawatan yang diperuntukan khas berdasarkan kriteria setiap sekolah oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Jawatan tersebut tidak dikira sebagai guru akademik di sesebuah sekolah. Seperti Jawatan Pengetua dan Guru Besar di semua sekolah merupakan Jawatan Luar Norma. Manakala yang lain termasuk GPK berdasarkan gred sekolah. Begitu juga dengan beberapa jawatan lain seperti Guru j-Qaf, Penyelaras Bestari, Guru Media dan sebagainya. Manakala jawatan dalam norma bermaksud guru yang mempunyai jawatan tertentu tetapi dikira dalam kuota Guru Akademik seperti Jawatan Guru Data atau Guru Pendidikan Agama Islam. Harap cikgu faham or baca Buku Definisi Variabel Data EMIS pada guru data yang telah dibekalkan ke semua sekolah. Terima kasih

Konsep Falsafah Pendidikan Guru dan Implikasi FPK dan FPG terhadap Pendidikan Negara

Konsep Falsafah Pendidikan Guru

Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu :

· Ketuhanan

Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

· Kemasyarakatan

Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

· Kendiri

Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.

Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu :

Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan

Page 2: Norma Perjawatan

Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.

FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

Analisa Elemen Falsafah Pendidikan Guru

1. Perwatakan yang mulia

Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.

2. Berkembang maju dan berpandangan saintifik

Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.

3. Berkomited menegakkan aspirasi Negara

Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk

Page 3: Norma Perjawatan

melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara.

4. Mengekalkan warisan kebudayaan

Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.

5. Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu

Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum.

Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya penting dalam system pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini memberi impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan system pendidikan . Elemen dalam FPK dan FPG digabungkan dan mempunyai implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.

v Perkembangan potensi individu

Terdapat sesetengah individu dilahirkan dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.

Page 4: Norma Perjawatan

v Rakyat Malaysia yang berpengetahuan

Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan terbuka.

v Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya.

v Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi, kecekapan san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka mampu menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik. Mereka juga berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan.

v Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral sebagai prinsip diri.

v Mampu mencapai kesejahteraan diri

Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.

v Sumbangan rakyat menerusi FPK

Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

v Pendidikan suatu usaha berterusan

Page 5: Norma Perjawatan

Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang prose situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya. Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.

Profesion Keguruan di Finland

KITA sering didedahkan dengan bagaimana cara Amerika Syarikat dan United Kingdom melakukan lonjakan dalam pendidikan mereka bagi mendepani ekonomi dunia. Ramai pelajar dan pakar pendidikan dihantar oleh kerajaan Malaysia ke negara-negara ini bagi mempelajari ilmu pendidikan.Namun, sedarkah kita bahawa terdapat negara lain yang menunjukkan prestasi lebih memberangsangkan berbanding kedua-dua negara maju ini?

Indeks kekayaan Legatum 2009 menunjukkan Finland disenaraikan tempat pertama mengatasi Amerika Syarikat (tangga ke-9) dan United Kingdom (tangga ke-12). Indeks kekayaan Legatum merupakan penilaian global tentang kekayaan dan kesejahteraan hidup rakyat di 104 buah negara berasaskan penilaian faktor-faktor lonjakan ekonomi serta kesejahteraan hidup jangka panjang, termasuklah bidang pendidikan.

Indeks ini meletakkan New Zealand di tangga ke-10 dan Ireland di tangga ke-11. Malaysia disenaraikan di tangga ke-39 mengatasi negara Asia Tenggara lain iaitu Thailand (tangga ke-44), Filipina (tangga ke-55) dan Indonesia (tangga ke-61). Laporan yang dikeluarkan oleh Institut Legatum berpejabat di London ini meletakkan pendidikan di Singapura di senarai ke-26, Thailand di tangga ke-54 dan Malaysia di tangga ke-55. Manakala Filipina dan Indonesia masing-masing di tangga ke-70 dan 75. Pendidikan di Finland disenaraikan sebagai ketiga terbaik selepas Norway (tangga ke-2) dan Denmark (tangga teratas).

Bagaimana Finland menguruskan pendidikan terutama dengan memfokuskan kepada profesion perguruan.

Pengarah Pusat Mobiliti Antarabangsa (CIMO) Finland, Dr. Pasi Sahlberg melaporkan bahawa ramai daripada graduan cemerlang di Finland cenderung untuk memohon menjadi guru. Peningkatan mendadak berlaku dalam tempoh lima tahun terakhir ini.Daripada jumlah yang ramai itu, hanya 12 hingga 14 peratus sahaja berjaya dilatih sebagai guru. Ini menunjukkan bahawa guru-guru dipilih dalam kalangan mereka yang benar-benar cemerlang, sama ada dalam bidang akademik dan juga bukan akademik. Hanya yang terlatih sahaja boleh menjadi guru. Ia suatu yang berbeza di Malaysia.

Page 6: Norma Perjawatan

Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding di Amerika Syarikat, New Zealand dan Scotland. Di Finland, guru dibebani 600 jam waktu mengajar setahun, manakala di Amerika Syarikat ia mencecah 1,100 jam setahun. Falsafah Finland dalam bab ini menurut Dr. Pasi Sahlberg adalah dengan mengurangkan waktu mengajar bererti memperbanyakkan waktu belajar.

Falsafah ini menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. Adakah ia berjaya mendidik pelajar dalam pelajaran? Kajian lepas mendapati bahawa pencapaian matematik di Finland menunjukkan peningkatan yang lebih memberangsangkan mengalahkan pencapaian pelajar Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan New Zealand. Biarpun pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains di Finland adalah setara dengan negara-negara lain, tetapi tidak wujud jurang perbezaan pencapaian yang besar di antara sekolah-sekolah di Finland.

Oleh kerana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran diukur melalui ujian, maka banyak ujian diperkenalkan di sekolah. Keadaan ini diamalkan di banyak negara.

Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajar pelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Situasi ini dilihat dalam paradoks berbeza di Finland. Pembelajaran dilihat lebih berkesan dengan mengurangkan ujian. Guru dan pelajar juga tidak didoktrinkan dengan ujian, tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Hasil daripada keadaan ini, kadar celik huruf serta pengetahuan sains di Finland mengatasi Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun.

Di Finland, guru-guru dilatih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif dan bersahaja. Ia bertujuan untuk merangsangkan perkembangan minda dan menggalakkan budaya fikir dalam kalangan pelajar. Sebarang perubahan pendidikan di peringkat global dinilai dalam konteks yang berbeza di Finland. Ini adalah kerana akhir-akhir ini banyak usaha memartabatkan profesion keguruan di sesebuah negara dipengaruhi oleh perubahan di peringkat global.

Negara-negara membangun tidak ketinggalan membuat banyak perubahan dengan mengandaikan bahawa ia perlu dilakukan demi memenuhi keperluan peringkat global. Walhal, dalam keadaan tertentu perubahan itu tidak sesuai dengan sesebuah negara.

Justeru, Finland mengambil pendekatan lebih berkati-hati dalam hal ini iaitu dengan mempelajari daripada negara-negara lain sebelum sebarang perubahan dilakukan. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikan kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat. Di kebanyakan negara, akauntabiliti pengukuran kecemerlangan guru diberi perhatian yang serius. Namun di Finland, aspek ini dilihat dalam konteks berbeza. Perkongsian tanggungjawab dalam kalangan guru menjadi faktor kepada penilaian.

Page 7: Norma Perjawatan

Dalam soal mengawal tingkah laku pelajar, memupuk kepercayaan dijadikan teras. Ia berbeza di kebanyakan negara yang percaya bahawa kawalan dan pemantauan guru sebagai teras kawalan tingkah laku.Perbezaan ini membuatkan tugas dan tanggungjawab guru berada dalam vakum yang berbeza. Ini adalah kerana memupuk saling percaya lebih bersifat menyedarkan pelajar tetapi mengawal pelajar lebih berbentuk komunikasi satu hala yang mewujudkan jurang interaksi antara dua kumpulan ini.

Paradoks di Finland ini menggambarkan bahawa usaha memartabatkan guru bukan sekadar memperkenalkan pelbagai anugerah kecemerlangan tetapi ia lebih bersifat satu usaha yang menyeluruh. Ia adalah satu usaha bersama dengan pertimbangan yang tinggi wajar diberi kepada pandangan para guru - sama ada guru novis, guru terlatih dan guru yang telah meninggalkan sekolah (pencen dan bertukar kerjaya).

PENULIS menyambung pengajian di Universiti Dundee, United Kingdom

Utusan Malaysia Online: 16 Disember 2009

Tajuk 1: Isu-Isu Profesion dan Profesional

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.

Ciri-ciri Profesion

Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru .

Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat.

Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan

Page 8: Norma Perjawatan

Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain

Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru.

Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya.

Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya.

Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.

Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika

Page 9: Norma Perjawatan

yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion.

(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

(c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

Akauntabiliti Guru ‘ akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus

Page 10: Norma Perjawatan

difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan

Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah

Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar

Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran

Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

Page 11: Norma Perjawatan

_____________________________________________________

Sambungan:

PROFESION GURU SEBAGAI KEPIMPINAN SEKOLAH DAN KOMUNITI

Pekerjaan yang dilakukan oleh individu berdasarkan ilmu PROFESION pengetahuan dan kemahiran yang dipunyainya. Perkara yang berkaitan dengan Pengajaran guru(kamus dewan 1989) KONSEP (peranan, tugas dan kelayakan) PERGURUAN KEGURUAN

CIRI – CIRI PROFESION-

Mempunyai latihan khas

Mempunyai kawalan kemasukan

Mempunyai kebebasan untuk mengamal

Mempunyai autonomi untuk membuat keputusan

Terdapat kod etika profesion

CIRI – CIRI PROFESIONAL-

Merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-ahlinya

Keadaan perkhidmatan yang ditetapkan

Diiktiraf oleh awam sebagai profesion

Seringkali dikaitkan dengan ganjaran material

ADAKAH GURU MERUPAKAN SUATU PEKERJAAN YANG PROFESIONAL - YA ATAU TIDAK?

Mempunyai kepakaran bidang yang khusus Mempunyai latihan khas.

Mempunyai organisasi sistem perkhidmatan yang ditetapkan

Mempunyai autonomi dalam bilik darjah Mempunyai kod etika keguruan.

Mempunyai sifat-sifat dan kualiti-kualiti peribadi,sosial dan profesional.

Mempunyai akauntabiliti

Page 12: Norma Perjawatan

Autonomi membuat keputusan di luar bilik darjah

Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza

Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Kesatuan Bidang ikhtisas yang lain

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN PENDAPAT ?

Tabiat membandingkan profesion ini berlaku dalam kerjaya guru di negara maju dengan kerjaya seperti Amerika Syarikat. Didapati bahawa guru gagal memenuhi beberapa kriteria profesion ygsetara dgn profesion lain

Tozer dan rakan-rakan (1998) Menyenaraikan tiga kekurangan profesion guru dibandingkan dengan kerjaya profesional lain ::

Kualiti dan latar belakang kelayakan akademik calon bakal guru yang selalu dikatakan lebih rendah berbanding profesion lain.

Kualiti program latihan pendidikan guru yang tidak seketat program profesion lainDisebabkan kualiti kelayakan akademik dan kualiti program latihan yang kurang maka kualiti hasilan guru juga tidak cekap.

Amir Hasan Dawi (2009)• Melihat profesion guru dalam konteks dan ciri- cirinya yang tersendiri• Perbandingan hanya perlu dibuat dengan tujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada dalam sesuatu profesion

KOD ETIKA - Suatu sistem yang menjelaskan tindakan-tindakan berkaitan dengan betul yang perlu dasar akhlak dan diikuti dan tindakan- tingkah laku bagi tindakan salah yang sesuatu kumpulan perlu dihindari oleh manusia atau individu-individu organisasi dalam sesuatu profesion. Meliputi aspek- aspek moral yang baik dan yang buruk. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan memberi garis sesuatu panduan kepada profesion ahli-ahli berkenaan

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

• Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar

• Bersikap adil terhadap setiap pelajar

• Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar

Page 13: Norma Perjawatan

• Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku

yang baik

• Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

• Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa

• Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga

• Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

• Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar

• Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

• Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama

• Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat

• Menghormati masyarakat tempat berkhidmat

• Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKANSEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru

• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat

• Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan

• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan diri sebagai guru