norlela binti mohamad nor€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat sarjana muda sains serta...

26
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SPI, UTM SKUDAI NORLELA BINTI MOHAMAD NOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 30-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SPI, UTM SKUDAI

NORLELA BINTI MOHAMAD NOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden
Page 3: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden
Page 4: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SPI, UTM SKUDAI

NORLELA BINTI MOHAMAD NOR

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden
Page 6: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

iii

Dedikasi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu

Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.

Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..

Mohamad Nor Bin Awang Junoh & Wan Munah Binti Wan Hussin

Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian

Buat Penyelia Yang Dikagumi..

Ustaz Abdullah Bin Sulong

Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu

Buat Warisan Sekeluarga..

Kakak-Kakak Dan Adik-Adikku

Nor Azriani, Norma, Nor Amirah, Mohamad Khairol Nizam, Nor Aisyah Dan Nor

Fatimah Nazirah

Terima Kasih Kerana Memahami Diriku Ini

Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan Yang

Disanjungi..

Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi,

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendididkan (Pengajian Islam)..

Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya

Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama

Amin...

Page 7: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan

Rasulullah s.a.w. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

kurnia dan izin-Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia

yang dihormati, Ustaz Abdullah bin Sulong di atas segala nasihat, dorongan dan

bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses menyiapkan

laporan PSM ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia di atas tunjuk ajar yang diberikan

membantu melengkapkan lagi laporan ini. Buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) sesi 2009/2010, terima kasih kerana

memberikan sokongan dan bantuan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipat gandakan pahala amalan kalian

seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin. Diharapkan hasil kajian

ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Page 8: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat hubungan dan pengaruh faktor keluarga, rakan

sebaya dan pengurusan masa terhadap pencapaian akademik pelajar. Kajian ini

dijalankan di Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal

selidik yang mengandungi 40 item telah diedarkan kepada 70 sampel yang terdiri

daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

yang mengembalikannya. Ianya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0

for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai α = 0.939. Hasil analisis

menunjukkan bahawa pencapaian akademik dan persepsi pelajar terhadap pencapaian

akademik adalah tinggi pada tahap min 4.12 dan 4.06. Di samping itu, faktor-faktor

keluarga, rakan sebaya dan pengurusan masa berada pada tahap min yang tinggi iaitu

4.20, 3.89 dan 3.91. Analisis secara inferensi juga dilakukan menggunakan pekali

Pearson (r) dan regrasi (r²) untuk melihat hubungan dan pengaruh yang wujud di antara

kedua-dua angkubah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

bagi faktor keluarga dengan nilai r = 0.618, rakan sebaya dengan nilai r = 0.537 dan

pengurusan masa dengan nilai r = 0.379. Dapatan kajian juga mendapati terdapat

pengaruh bagi faktor keluarga dengan nilai r² = 0.381, rakan sebaya dengan nilai r² =

0.289 dan pengurusan masa dengan nilai r² = 0.143.

Page 9: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

vi

ABSTRACT

The purpose of the study is to identify the relationship and the influence between

family factor, peer pressure and time management with student’s academic achievement.

The research had been performed at the Faculty of Islamic Civilization, Universiti

Teknologi Malaysia. A set of questionnaires containing 40 items had been distributed to

70 samples from first until fourth year students of the Bachelor of Science with

Education (Islamic Studies), UTM 2009/2010 session. From there, only 66 set been

collected and analyzed descriptively to obtain the frequency, percentage and mean using

Statistical Package for Social Science Version 14.0 for Windows. Pilot research shows

that α = 0.939. The analyzed result shows that student’s academic achievement and

student’s perception about academic achievement have high level mean at 4.12 and 4.06.

In addition, the factors of family, peer pressure and time management have high level

mean at 4.20, 3.89 and 3.91. Data obtained were analyzed by inference statistics by

using Pearson correlation (r) and regression (r²) to see relationship and existing

influence between the two variables. The result shows that there were significant

relations for family factor with the value r = 0.618, peer pressure with the value r =

0.537 and time management with the value r = 0.379. The result also shows that there

are influence for family factor with the value r² = 0.381, peer pressure with the value r²

= 0.289 and time management with the value r² = 0.143.

Page 10: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

Page 11: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

viii

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Faktor 9

1.9.2 Mempengaruhi 9

1.9.3 Pencapaian 10

1.9.4 Akademik 10

1.9.5 Pelajar 10

1.10 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pendidikan Sebagai Wadah Pembinaan

Tamadun Cemerlang 12

2.3 Kaitan Konsep Pembelajaran Dengan

Pencapaian Akademik 14

2.4 Kualiti Pendidikan Dalam Melahirkan Modal

Insan 16

2.5 Ciri-ciri Mahasiswa Cemerlang 18

2.5.1 Masyarakat Berilmu 19

2.5.2 Konsep Muhasabah 20

2.5.3 Konsep Jama'ah 21

2.6 Faktor-faktor Kajian Yang Berkaitan 21

2.6.1 Faktor Ibu Bapa 22

2.6.2 Faktor Rakan Sebaya 23

2.6.3 Faktor Pengurusan Masa 26

2.6.4 Faktor Motivasi 30

2.6.5 Faktor Sikap dan Minat 30

2.7 Kajian Lepas 32

2.8 Kesimpulan 34

Page 12: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 38

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 41

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 41

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Kajian Sebenar 43

3.9 Analisis Data 44

3.10 Jangka Masa Kajian 46

3.11 Kesimpulan 46

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 48

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina 49

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut

Umur 49

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Tahun Pengajian 50

4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut

Aliran Pendidikan 51

4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut

Kelayakan Pendidikan 52

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 52

4.3.1 Analisis Pencapaian Akademik Pelajar 53

4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar

Page 13: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

x

Terhadap Pencapaian Akademik 54

4.3.3 Analisis Data Mengenai Kepentingan

Faktor Keluarga 59

4.3.4 Analisis Data Mengenai Kepentingan

Faktor Rakan Sebaya 65

4.3.5 Analisis Data Mengenai

Kepentingan Faktor Pengurusan Masa 71

4.4 Bahagian C: Analisis Inferensi 77

4.4.1 Analisis Korelasi 77

4.4.2 Analisis Regrasi 79

4.5 Analisis Keseluruhan 81

4.6 Kesimpulan 83

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 85

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar 85

5.2.2 Pencapaian Akademik Pelajar 87

5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Pencapaian

Akademik 87

5.2.4 Kepentingan Faktor-Faktor Pencapaian

Akademik 88

5.2.5 Analisis Inferensi 92

5.3 Rumusan 94

5.3.1 Mengenal Pasti Persepsi Pelajar

Terhadap Pencapaian Akademik 94

5.3.2 Hubungan Di Antara Faktor-Faktor

Keluarga Dan Rakan Sebaya Terhadap

Pencapaian Akademik Pelajar 95

5.3.3 Pengaruh Di Antara Faktor-Faktor

Keluarga, Rakan Sebaya Dan

Pengurusan Masa Terhadap Pencapaian

Page 14: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

xi

Akademik Pelajar 95

5.4 Cadangan 96

5.4.1 Memberi Keutamaan Terhadap Faktor

Keluarga 96

5.4.2 Memberi Perhatian Terhadap Faktor

Rakan Sebaya 97

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.6 Kesimpulan 98

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 15: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Jumlah Populasi Kajian 38

Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 40

Jadual 3.3 Maklumat Setiap Bahagian, Jenis Konstruk 40

dan Bilangan Item Soal Selidik

Jadual 3.4 Penggunaan Kaedah Statistik Mengikut Pecahan

Objektif Kajian 44

Jadual 3.5 Nilai Skor Min 45

Jadual 3.6 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 45

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 50

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 51

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Pendidikan 52

Jadual 4.6 Taburan Keputusan PNGK 53

Jadual 4.7 Taburan Skor bagi Item 1 54

Jadual 4.8 Taburan Skor bagi Item 2 54

Jadual 4.9 Taburan Skor bagi Item 3 55

Jadual 4.10 Taburan Skor bagi Item 4 55

Page 16: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

xiii

Jadual 4.11 Taburan Skor bagi Item 5 56

Jadual 4.12 Taburan Skor bagi Item 6 56

Jadual 4.13 Taburan Skor bagi Item 7 57

Jadual 4.14 Taburan Skor bagi Item 8 57

Jadual 4.15 Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Pencapaian Akademik 58

Jadual 4.16 Taburan Skor bagi Item 9 59

Jadual 4.17 Taburan Skor bagi Item 10 59

Jadual 4.18 Taburan Skor bagi Item 11 60

Jadual 4.19 Taburan Skor bagi Item 12 60

Jadual 4.20 Taburan Skor bagi Item 13 61

Jadual 4.21 Taburan Skor bagi Item 14 61

Jadual 4.22 Taburan Skor bagi Item 15 62

Jadual 4.23 Taburan Skor bagi Item 16 62

Jadual 4.24 Taburan Skor bagi Item 17 63

Jadual 4.25 Taburan Skor bagi Item 18 63

Jadual 4.26 Taburan Skor bagi Item 19 64

Jadual 4.27 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor Keluarga 64

Jadual 4.28 Taburan Skor bagi Item 20 65

Jadual 4.29 Taburan Skor bagi Item 21 65

Jadual 4.30 Taburan Skor bagi Item 22 66

Jadual 4.31 Taburan Skor bagi Item 23 66

Jadual 4.32 Taburan Skor bagi Item 24 67

Jadual 4.33 Taburan Skor bagi Item 25 67

Jadual 4.34 Taburan Skor bagi Item 26 68

Jadual 4.35 Taburan Skor bagi Item 27 68

Jadual 4.36 Taburan Skor bagi Item 28 69

Jadual 4.37 Taburan Skor bagi Item 29 69

Jadual 4.38 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor Rakan Sebaya 70

Jadual 4.39 Taburan Skor bagi Item 30 71

Page 17: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

xiv

Jadual 4.40 Taburan Skor bagi Item 31 71

Jadual 4.41 Taburan Skor bagi Item 32 72

Jadual 4.42 Taburan Skor bagi Item 33 72

Jadual 4.43 Taburan Skor bagi Item 34 73

Jadual 4.44 Taburan Skor bagi Item 35 73

Jadual 4.45 Taburan Skor bagi Item 36 74

Jadual 4.46 Taburan Skor bagi Item 37 74

Jadual 4.47 Taburan Skor bagi Item 38 75

Jadual 4.48 Taburan Skor bagi Item 39 75

Jadual 4.49 Taburan Skor bagi Item 40 76

Jadual 4.50 Taburan Min Keseluruhan bagi Faktor Pengurusan Masa 76

Jadual 4.51 Hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor

Keluarga 78

Jadual 4.52 Hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor

Rakan Sebaya 78

Jadual 4.53 Hubungan Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor

Pengurusan Masa 79

Jadual 4.54 Pengaruh Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor

Keluarga 80

Jadual 4.55 Pengaruh Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor

Rakan Sebaya 80

Jadual 4.56 Pengaruh Antara Pencapaian Akademik Dengan Faktor

Pengurusan Masa 80

Jadual 4.57 Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item 81

Jadual 4.58 Keputusan Korelasi 81

Jadual 4.59 Keputusan Regrasi 82

Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 92

Jadual 5.2 Keputusan Regrasi 93

Page 18: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

xv

SENARAI SINGKATAN

Bil Bilangan

Ha Hipotesis Alternatif

Ho Hipotesis Nol

KS Kurang Setuju

n Jumlah Responden

PNGK Purata Nilai Gred Keseluruhan

r Pekali Kolerasi

r² Regrasi

S Setuju

s.a.w Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam

S.W.T Subhanahu Wa Ta’ala

Sig Signifikan

SPSS Statistic Package For Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

x Pemboleh Ubah Bebas

y Pemboleh Ubah Bersandar

Page 19: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan

Untuk Menjalankan Kajian

Page 20: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ilmu adalah tunggak kepada iman atau akidah. Ilmu dan para ilmuan

mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada

kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan

dihormati serta dijadikan model untuk dituruti dari segi sikap, nilai dan kelakuan.

Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa berusaha dalam menuntut ilmu

kerana di dalamnya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang

dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada orang yang berilmu. Firman Allah S.W.T.:

Æìsùö� tƒ ª!$# tÏ% ©!$# (#θ ãΖtΒ#u öΝä3ΖÏΒ tÏ% ©!$#uρ (#θ è?ρé& zΟ ù=Ïèø9 $# ;M≈y_u‘yŠ

Page 21: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

2

Maksudnya: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman

di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan

beberapa darjat.”

(Surah al-Mujadalah: 11)

Menurut Imam Al-Ghazali (1982 :74), kedudukan yang tertinggi bagi seorang

manusia ialah kebahagian abadi dan suatu yang paling utama ialah jalan kepadanya.

Tidak akan sampai kepadanya selain dengan ilmu dan amal serta tidak akan sampai

kepada amal melainkan mengetahui cara beramal. Hakikatnya, kita digalakkan untuk

mencari dan menuntut ilmu kerana ia adalah suatu usaha yang diredhai serta dituntut

dalam Islam.

Usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tidak ada hadnya. Selagi diberi

masa untuk hidup di dunia ini, selagi itulah semua orang dituntut untuk menambah

ilmu pengetahuan. Hadis Rasulullah s.a.w. ada mengatakan:

طَلَب الْعلْم فَرِيضةٌ علَى كُلِّ مسلمٍ

Maksudnya: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap umat

Islam.”

(Riwayat Ibn Majah)

Page 22: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, isu kemunduran dan kelesuan pencapaian Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) tidak terkecuali dari menjadi buah mulut pemimpin dan rakyat.

Mahasiswa kebanyakannya dilihat tidak mencapai tahap akademik yang cemerlang

sebagaimana yang ditetapkan oleh sesebuah istitusi pendidikan. Hal ini menjadi isu

yang hangat diperkatakan dalam dunia pendidikan di mana ia melibatkan kredibiliti

sesebuah IPTA.

Menurut Isma Ismail dalam artikelnya yang bertajuk “1.5% Gagal Di IPTA”,

purata 4,800 atau 1.5 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar setiap tahun, gagal

menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) sepanjang tempoh 2005 hingga 2008. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,

Hou Kok Chung, bagaimanapun berkata, kadar berkenaan tidak membimbangkan

kerana ia kadar lazim yang dicatatkan di mana-mana IPTA (Harian Metro, 18 Mac

2009). Namun begitu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia sedikit

sebanyak boleh menjejaskan prestasi IPTA dan kualiti pelajar itu sendiri.

Pada umumnya, setiap individu yang bergelar pelajar amat mengharapkan

agar kejayaan sentiasa menyebelahi mereka. Kecemerlangan akademik menjadi

idaman semua pelajar bukan sahaja kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi

malahan kepada semua pelajar sama ada di sekolah menengah ataupun rendah.

Masing-masing mahukan kejayaan dan kecemerlangan akademik dalam

pembelajaran (Mohammad Shatar Sabran, 2005: 1). Namun begitu, realiti sekarang

adalah sebaliknya. Mahasiswa dilihat tidak terlalu menonjol dalam bidang akademik

walaupun cemerlang dalam bidang lain.

Disiplin mempunyai kaitan dengan proses pembelajaran. Disiplin yang kuat

adalah satu daripada faktor-faktor asas kejayaan pembelajaran seseorang. Disiplin

Page 23: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

4

bererti seseorang pelajar itu boleh mengawal tingkah lakunya secara sendiri tanpa

dikawal oleh orang lain. Konsep disiplin perlu dipupuk supaya pelajar dapat

membezakan antara yang baik dan yang buruk, antara yang berfaedah dan yang

membazir dan antara yang menguntungkan dan yang merugikan (Kamarudin Kachar,

1989: 109). Mahasiswa universiti dilihat mempunyai disiplin yang lemah dalam

proses menuntut ilmu. Tahap disiplin yang lemah dalam kalangan pelajar boleh

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seterusnya boleh menimbulkan masalah

apabila mereka menempuhi alam pekerjaan nanti.

Pencapaian pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dikatakan

mempengaruhi peratus kemasukan pelajar perempuan ke IPTA. Senario ini mungkin

berkaitan dengan sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua jantina, terutamanya

terhadap kecemerlangan dan pencapaian diri. Menurut Ahmad Shahrul Nizam

Muhammad dalam artikelnya yang bertajuk “Lelaki Malas Guna Minda”, senario

penuntut wanita yang terus menguasai populasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) dikaitkan dengan kecenderungan golongan itu yang dikenal pasti lebih tekun,

konsisten berbanding penuntut lelaki yang lebih bertumpu kepada kemahiran tangan

dan pergerakan (Harian Metro, 27 November 2008).

Salah satu punca kegagalan pusat pengajian tempatan baik di peringkat

rendah mahupun tinggi dalam melahirkan golongan ilmuan ialah kerana ketiadaan

pembudayaan ilmu yang bersifat holistik. Sistem pendidikan konvensional telah

diamalkan dari bangku sekolah rendah dibawa sehingga ke universiti. Sistem

pendidikan inilah yang sedikit sebanyak telah mendangkalkan pemikiran pelajar

untuk mampu berfikir secara kritis atau analitikal apatah lagi menghasilkan idea yang

matang dan kreatif. Menurut Syed Hussin Alatas, budaya ilmu perlu dipupuk untuk

merasai kenikmatan belajar. Jika mereka tidak merasai kenikmatan itu sebaliknya

sekadar memaksa diri untuk mendapatkan sijil bagi mencari kerja, kemungkinan

berlaku pencapaian rendah adalah lebih besar (Utusan Malaysia, 20 Mei 2001).

Page 24: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

5

Menurut Abdul Samad Hadi dalam Ku Halim Ku Bulat (2003: 20) dalam

kertas kerjanya yang bertajuk “Senario Semasa Pelajar Melayu Di IPTA”, senario

kecemerlangan akademik pelajar Melayu IPTA adalah suatu isu yang banyak

dibincangkan di mana-mana. Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengenal

pasti punca kelemahan yang menyumbang kepada pencapaian yang tidak

memberangsangkan pelajar Melayu terutama daripada sikap tidak mengutamakan

kecemerlangan, sekadar lulus cukup makan, malas berfikir, teknik pembelajaran

yang lemah, kurang daya usaha, kurang pengetahuan am dan isu-isu semasa serta

sering mengamalkan budaya suka bertangguh.

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam realiti kehidupan kampus, mahasiswa menghadapi banyak masalah

dalam mengekalkan pencapaian akademik mereka. Terdapat pelbagai gangguan yang

mereka hadapi dalam proses pembelajaran disebabkan faktor-faktor tertentu.

Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti sedikit sebanyak

boleh mengganggu proses pembelajaran mereka kerana minat mahasiswa lebih

cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar yang lebih mencabar.

Contohnya, mahasiswa lebih bertumpu kepada aktiviti-aktiviti kampus yang tidak

berfaedah seperti melibatkan diri dalam program berbentuk hiburan seperti “The

Battle of Band” dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini sememangnya tidak

memberikan faedah kepada mereka bahkan tidak membina keintelektualan

mahasiswa. Di samping itu, ada juga segelintir daripada mereka yang lebih berminat

untuk melibatkan diri dalam persatuan-persatuan dalam kampus yang mana

memerlukan komitmen masa yang tinggi daripada mahasiswa. Ini secara tidak

langsung boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Page 25: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

6

Faktor keluarga dikatakan boleh mempengaruhi pencapaian akademik

pelajar. Ibu bapa merupakan aset paling penting dalam menentukan arah tuju

seseorang individu di dalam pelajarannya. Sekiranya mereka mendapat sokongan

yang sepenuhnya daripada ibu bapa, maka mereka akan sentiasa berusaha

meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Begitu juga dengan rakan sebaya yang

mana mempunyai pengaruh yang amat tinggi terhadap diri seseorang pelajar kerana

rakan sebaya merupakan agen sosial yang mempengaruhi cara dan tingkah laku

mereka terhadap sesuatu. Di samping itu, pengurusan masa yang sistematik

diperlukan bagi menjamin kecemerlangan akademik. Mahasiswa pada masa kini

dilihat tidak menumpukan aspek pengurusan masa dalam kehidupan seharian, walhal

untuk mendapatkan pencapaian akademik yang cemerlang memerlukan komitmen

masa yang tinggi. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat

apakah faktor-faktor ini dapat menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar

berkenaan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap pencapaian akademik.

2. Melihat sejauh mana hubungan di antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya

dan faktor pengurusan masa dengan pencapaian akademik dalam kalangan

pelajar.

3. Mengenal pasti faktor-faktor keluarga, rakan sebaya dan pengurusan masa

mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar.

Page 26: NORLELA BINTI MOHAMAD NOR€¦ · daripada pelajar tahun satu hingga empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM sesi 2009/2010. Walau bagaimanapun hanya 66 responden

7

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah persepsi pelajar terhadap pencapaian akademik?

2. Adakah terdapat hubungan antara faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan

faktor pengurusan masa dengan pencapaian akademik dalam kalangan

pelajar?

3. Adakah faktor-faktor keluarga, rakan sebaya dan pengurusan masa

mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar?