nlp

17
1.0 Pengenalan – Neuro Linguistic Programming (NLP) : Kaedah Pemikiran dan Komunikasi Yang Berkesan NLP bermula pada awal tahun 1970 di California, hasil dari kolaberasi Dr. John Grinder, seorang professor linguistik di Universiti of California, Santa Cruz dan Richard Bandler, seorang pelajar jurusan psikologi yang juga meminati psikoterapi hasil kajian yang dilakukan oleh Fritz Perls yang dikenali sebagai Kajian Gestalt. Kedua-duanya membuat kajian ke atas pengamal dan komunikator terapi tersohor iaitu Virginia Satir yang mengendalikan terapi keluarga dan Dr. Milton Erickson seorang pengamal perubatan hypnosis yang terulung di didunia. Mereka mengkaji bagaimana ketiga-tiga pakar terapi ini berjaya mengubah secara ketara kehidupan klien-klien mereka. Kajian tersebut diperluaskan ke atas penyelidikan yang dibuat oleh Gregory Bateson, seorang ahli antropologi dan pengkaji sistematik yang tinggal di universiti yang sama. Mereka juga mengkaji hasil kerja Alfred Korzybski seorang saintis, jurutera yang mengkaji kesan bahasa ke atas minda. Bandler dan Grinder menggunakan kaedah modeling dalam membuat kajian-kajian ini. 1

Upload: norliza-sapatanoh

Post on 26-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

komunikasi

TRANSCRIPT

Page 1: NLP

1.0 Pengenalan – Neuro Linguistic Programming (NLP) : Kaedah Pemikiran dan Komunikasi Yang Berkesan

NLP bermula pada awal tahun 1970 di California, hasil dari kolaberasi Dr. John Grinder, seorang

professor linguistik di Universiti of California, Santa Cruz dan Richard Bandler, seorang pelajar

jurusan psikologi yang juga meminati psikoterapi hasil kajian yang dilakukan oleh Fritz Perls

yang dikenali sebagai Kajian Gestalt. Kedua-duanya membuat kajian ke atas pengamal dan

komunikator terapi tersohor iaitu Virginia Satir yang mengendalikan terapi keluarga dan Dr.

Milton Erickson seorang pengamal perubatan hypnosis yang terulung di didunia.

Mereka mengkaji bagaimana ketiga-tiga pakar terapi ini berjaya mengubah secara ketara

kehidupan klien-klien mereka. Kajian tersebut diperluaskan ke atas penyelidikan yang dibuat

oleh Gregory Bateson, seorang ahli antropologi dan pengkaji sistematik yang tinggal di universiti

yang sama. Mereka juga mengkaji hasil kerja Alfred Korzybski seorang saintis, jurutera yang

mengkaji kesan bahasa ke atas minda. Bandler dan Grinder menggunakan kaedah modeling

dalam membuat kajian-kajian ini.

Dari model awalan tersebut mereka dapati dua corak utama untuk NLP iaitu proses untuk

mengetahui corak-corak kecemerlangan atau yang terbaik bagi apa jua bidang. Kedua, NLP

adalah satu kaedah pemikiran dan komunikasi yang efektif oleh mereka yang luar biasa.

Apakah itu Neuro Linguistic Programming atau NLP? Ia merupakan satu kajian sistematik

mengenai perlakuan manusia dan mengenai pengalaman subjektif yang kita alami. Kehebatan

NLP adalah bagaimana pengalaman yang terbaik atau cemerlang itu boleh dijadikan model atau

contoh untuk di teladani.

1

Page 2: NLP

Di sinilah terletaknya kekuatan dan kegubaan utama NLP. Jika seseorang itu boleh berjaya,

maka orang lain juga boleh berjaya dengan mencontohi apa yang dilakukannya sama ada ada

secara sedar atau tidak. Kadangkala individu yang terbaik melakukan perkara yang terbaik tanpa

disedarinya atau secara tidak sedar.

Neuro adalah berkait dengan neurologi, dimana kita memproses informasi yang di terima

menggunakan lima deria iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa kita yang

beroperasi menggunakan otak dan sistem saraf.

Linguistik pula berkait dengan sistem bahasa yang bukan sahaja mengenai perkataan tetapi juga

penggunaan simbol termasuklah pergerakan tangan atau kepala untuk menyatakan sesuatu dan

perubahan sikap – untuk menterjemah, mengaturkan dan menghasilkan makna terhadap

representasi dalaman dan untuk berhubung secara luaran dan dalaman.

Programming adalah penggunaan sains dan pemprosesan, dimana pengalaman yang dialami

akan disimpan, diterjemah dan di fahami. Ianya sama seperti bagaimana sebuah perisian bekerja

dalam sebuah computer. Dengan memadam, menaiktaraf dan memuat turun perisian dalam

memori otak, kita dapat menukar cara berfikir dan bagaimana kita berkelakuan.

2

Page 3: NLP

2.0 Latarbelakang kajian

Dari pelbagai definisi lain, ada satu definisi yang cukup signifikan untuk memahami apa itu

NLP. Menurut Coolingwood (2005) “NLP studies the way people take information from the

world, how they describe it to themselves with their senses, filter it with their beliefs and value

and act on the result”.

Dari definisi Coolingwood tersebut di atas bahwa NLP merupakan kajian tentang:

Pertama, bagaimana manusia mengambil informasi dari dunia sekitar melalui interaksi dan

stimulasi. Hasilnya, melalui apa yang ia lihat, dengar, dan dirasakan akan diolah oleh cortex,

ianya kemudian akan mengubahnya menjadi informasi yang tersimpan di fikiran. Apa yang

tercatat dan tersimpan itu disebut representasi internal.

Kedua, bagaimana apa yang sudah diterjemahkan itu dapat difahami oleh dirinya. Tentunya

tingkat pemahamananya sangat subjektif –maka disebut subjective experience—sifatnya menurut

tingkat pendidikan, kepercayaan/keyakinan dan nilai-nilai subjektif lainnya. Di sinilah

pentingnya peranan bahasa (linguistic). Apa yang kita alami dalam hidup ini tidak cukup untuk

diri sendiri tetapi akan lebih bermakna bila disampaikan kepada orang lain melalui bahasa.

Ketiga, bagaimana hasil dari pemahaman itu. Atau bagaimana apa yang direprensentasikan ke

dalam fikiran itu menjadi lebih bermanfaat untuk dirinya dan orang lain. Sebuah pengalaman,

sebuah pemahaman subjektif bukanlah berakhir pada pemahaman itu sendiri, melainkan

memberi manfaat untuk dirinya dan orang lain. Pengalaman memasak misalnya kurang

bermanfaat bila hanya disimpan dalam fikiran sebagai resepi. Namun apa bila ianya

dipraktikkan akan menjadi lebih bermanfaat bagi dirinya dan orang lain.

3

Page 4: NLP

NLP mementingkan “acting on the result” atau berkelakuan untuk mendapatkan keputusan

terbaik bukan hanya sekadar memahami dunia di sekilingnya, melainkan bagaimana semua

pengalaman yang kita miliki menjadi kekuatan untuk menjadi manusia yang berjaya. Kajian

NLP adalah mengenai pengalaman subjektif yang kita alami. Kehebatan NLP adalah bagaimana

pengalaman yang terbaik atau cemerlang itu boleh dimodelkan atau dicontohi.

Disinilah terletaknya kekuatan dan kegunaan utama NLP. Jika seseorang itu berjaya dengan

mencontohi apa yang dilakukannya sama ada secara sedar atau tidak. Kadangkala individu yang

terbaik melakukan yang terbaik tanpa disedarinya atau secara 'unconscious'. Mencontohinya

bererti mengambil kira perkara-perkara yang dibuat secara tidak sedar. Teknik-teknik NLP dapat

mencungkil dan memaparkan perkara ini.

Oleh itu, NLP adalah seni dan sains mengenai kecemerlangan individu. Ianya dikatakan seni

kerana cara setiap individu berfikir dan bertindak adalah unik kepada dirinya sendiri dan

sebarang pernyataan mengenai perasaan, sikap dan kepercayaan tentunya amat subjektif sekali.

NLP juga dikatakan sains kerana setiap pemikiran dan tindakan itu mempunyai jejak dan

langkah khusus yang mempunyai corak-corak tertentu. Secara ringkasnya, NLP merupakan

sebuah program untuk pemikiran yang akan menghasilkan perilaku seseorang yang sukses.

3.0 Kajian Susastera berserta Teori yang Relevan (Literature Review)

Dalam NLP di gambarkan bentuk pemahaman melalui komunikasi di gambarkan melalui

pancaindera kita iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa kita yang

4

Page 5: NLP

beroperasi menggunakan otak dan sistem saraf. Melalui teori di bawah ianya juga di gambarkan

kepada tiga segitiga.

C.S Peirce mengemukakan teori segitiga makna atau triangle meaning yang terdiri dari tiga

elemen utama, yakni tanda, objek, dan interpretasi.

Tanda

Objek Interpretasi

Tanda adalah sesuatu yang berbentuk subjektif yang dapat ditangkap oleh panca indera manusia

dan merupakan sesuatu yang merujuk (merepresentasikan) hal lain di luar tanda itu sendiri.

Tanda menurut Peirce terdiri dari symbol manakala ikon (tanda yang muncul dari perwakilan

fisik) dan indeks (tanda yang muncul dari hubungan sebab-akibat). Sedangkan acuan tanda ini

disebut objek.

Objek atau acuan tanda adalah konteks sosial yang menjadi penunjuk dari tanda atau sesuatu

yang dirujuk tanda.

Interpretasi atau pengguna tanda adalah konsep pemikiran dari orang yang menggunakan tanda

dan menurunkannya ke suatu makna tertentu atau makna yang ada dalam fikiran seseorang

tentang objek yang dirujuk sebuah tanda. Hal yang terpenting dalam proses semiosis adalah

bagaimana makna muncul dari sebuah tanda ketika tanda itu digunakan orang saat

berkomunikasi.

Contoh: Ketika seorang gadis memakai “mini skirt”, maka gadis itu sedang berkomunikasi

mengenai dirinya kepada orang lain sebagai simbol keseksian. Contoh lain seperti ketika Maya

5

Page 6: NLP

Karin muncul di iklan Celcom dengan lakonan dan penampilan fizikalnya yang menawan, para

penonton biasanya akan terpersona dan menamakannya sebagai seorang ikon wanita yang

menarik.

4.0 Penyataan Masalah (Problem Statement)

ICLIF atau International Centre for Leadership in Finance dan kini dikenali sebagai The ICLIF

Leadership Centre di tubuhkan dan di asaskan sebagai sebuah organisasi not-for-profit oleh

Bank Negara Malaysia pada bulan Oktober 2003.

Tujuan di tubuhkan adalah untuk menghasilkan program pembangunan kepimpinan untuk

peringkat pengurusan dari institusi kewangan dan syarikat korporat di Malaysia dan peringkat

antarabangsa. Sasaran syarikat adalah untuk membangunkan generasi baru untuk pemimpin

bertaraf antarabangsa yang mampu menerajui organisasi mereka melalui cabaran-cabaran dari

pasaran terbuka, yang kompetitif dalam persekitaran perniagaan global.

Sesuai dengan misi syarikat ICLIF iaitu :-

1) Membantu individu-individu dalam usaha-usaha mereka untuk menjadi lebih

efektif dan pemimpin yang berjaya

2) Membantu pemimpin-pemimpin dalam merekacipta organisasi dan membentuk

strategi-strategi membangun untuk mengoptimasikan effisiensi dan

pembangunan

Terdapat banyak kaedah sama ada dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber

Manusia dan dari konsultan luar untuk membangunkan pekerja-pekerja ICLIF. Dengan

6

Page 7: NLP

tujuan ianya boleh dijadikan alternatif kepada komunikasi dalaman yang lebih berkesan.

Terdapat pelbagai bentuk kursus yang melibatkan pelbagai bentuk pembangunan

sumber manusia.

Kajian oleh Greenberg dan Baron (2000), mendapati “stress” semasa bekerja sebagai

“suatu corak yang kompleks terhadap tahap emosi, reaksi psikologi dan pemikiran

berkaitan prestasi kerja. Contohnya perkara-perkara berkaitan tugasan kerja dan

hubungan interpersonal antara rakan sekerja, suami atau isteri dan anak-anak. Tekanan

atau “stress” adalah merupakan faktor halangan terhadap komunikasi dalam dunia

moden sekarang ini. Antara penyebabnya adalah waktu bekerja yang terlalu lama,

perubahan yang terlalu kerap terhadap budaya dan struktur kerja serta masa yang lama

untuk membina karier.

Berdasarkan permasalahan inilah, pengkaji bercadang untuk mengkaji sejauhmanakah

keberkesanan NLP sebagai satu cara untuk membantu organisasi mencapai objektifnya

dengan membangunkan pekerja-pekerja menjadi lebih cemerlang dan berkaliber seiring

dengan sasarannya untuk di kenali dan diakui di peringkat antarabangsa sebagai sebuah

pusat untuk membentuk pemimpin bertaraf antarabangsa.

5.0 Persoalan Kajian (Research Questions atau RQ)

Kajian ini cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:-

i. Adakah kandungan NLP ini sesuai dijadikan alat untuk mempermudahkan

pemahaman komunikasi?

ii. Adakah rekabentuk NLP sesuai seiring dengan matlamat organisasi ?

7

Page 8: NLP

iii. Adakah dengan mempelajari NLP memudahkan organisasi mencapai

matlamatnya ?

iv. Adakah format NLP ini dapat menarik minat dan memudahkan pemahaman para

pekerja ?

v. Adakah NLP ini efisien dari aspek penggunaannya?

6. 0 Objektif Kajian (Research Objectives atau RO)

Kajian ini secara terperincinya ingin mencapai objektif berikut:-

i. Mengenalpasti kandungan NLP sebagai satu bentuk membantu menambah

pemahaman pekerja terhadap kepentingan kerjanya terhadap organisasi .

ii. Mengenalpasti rekabentuk NLP bersesuaian bagi memudahkan matlamat organisasi.

iii. Mengenalpasti NLP ini dapat menarik minat dan memudahkan pemahaman para

pekerja terhadap misi syarikat dan perubahan-perubahan akan datang.

iv. Mengenalpasti tahap keefisienan NLP kepada organisasi, pekerja atasan dan pekerja

bawahan.

7.0 Metodologi Kajian

Rekabentuk kajian ini ialah satu kajian saintifik berbentuk deskriptif yang menggunakan

borang soal selidik.

Sampel dan Populasi

Bagi tujuan kajian ini, seramai 10 orang pekerja telah dipilih sebagai responden.

Pekerja yang dipilih merupakan mereka yang telah menjalani kursus asas NLP.

8

Page 9: NLP

Populasi kajian pula ialah pekerja di syarikat ICLIF seramai 30 orang. 10 orang

responden ini merupakan pengarah, penolong pengarah dan pengurus dari pelbagai

jabatan di syarikat ini.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah menggunakan borang soal selidik.

Bahagian A: mengandungi maklumat diri responden

Bahagian B : mengandungi beberapa item soalan iaitu :-

i. Penilaian kandungan NLP.

ii. Penilaian rekabentuk NLP.

iii. Penilaian aspek pemahaman.

iv. Penilaian aspek kandungan NLP.

Borang soal selidik yang dibina akan mengandungi skala persetujuan seperti berikut:

SKALA

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

9

Page 10: NLP

Prosedur Pengumpulan Data

Bagi menjalankan kajian permohonan kebenaran membuat kajian perlu dibuat daripada

Jabatan Sumber Manusia, ICLIF. Setelah kebenaran diperolehi pengkaji akan pergi ke

responden yang terpilih dan memohon kebenaran mereka untuk membuat kajian.

Pengkaji kemudian akan menerangkan tujuan kajian dibuat. Pengkaji memberikan

borang soal selidik untuk dijawab oleh responden-responden berkenaan. Pengkaji akan

menerangkan bagaimana soal selidik tersebut dijalankan dan meminta mereka membuat

penilaian terhadap semua aspek yang terkandung semasa mereka menghadiri kursus

NLP dengan menjawab berdasarkan soal selidik yang diberikan. Setelah selesai,

pengkaji mengumpul semula borang soal selidik tersebut dan dikumpul bagi tujuan

penganalisaan.

Analisis Data

Analisis data akan dibuat menggunaan perisian SPSS C plus (Statistical Package for

Social Science) untuk mencari peratus dan min bagi setiap item soalan berdasarkan

borang soal selidik yang dibuat.

8.0 Signifikan Kajian

10

Page 11: NLP

Hasil kajian ini sangat penting kepada organisasi kerana ianya diharapkan dapat

membantu organisasi mengenalpasti bentuk komunikasi paling berkesan dan lebih

sistematik, menarik dan berkesan. Membantu jabatan Sumber Manusia mengenalpasti

informasi-informasi yang sesuai dijadikan alat pembangunan sumber manusia ataupun

pekerja sendiri boleh mengambil kira dan memahami rekabentuk ataupun kriteria-

kriteria yang sesuai untuk dibangunkan.

Pihak pengurusan atasan boleh membuat keputusan terbaik sama ada untuk menghantar

lebih ramai pekerja untuk menjalani kursus NLP atau tidak kerana kos untuk kursus

tersebut agak tinggi iaitu RM8,000 hanya untuk kursus asas.

Bagi pekerja pula ianya dapat melihat sejauhmana penggunaan NLP dapat

meningkatkan kefahaman dan peningkatan dalam kebolehan pekerja menangani tekanan

kerja.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan NLP, hasil kajian ini juga boleh

dijadikan panduan untuk tujuan menghasilkan satu bentuk latihan NLP yang benar-

benar berkesan dan bermakna bukan sahaja kepada pengajaran jurulatih tetapi juga

terhadap pembelajaran pelajar kursus tersebut.

9. Keterbatasan Kajian.

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:

Kajian ini melibatkan bilangan responden yang terhad iaitu hanya melibatkan 10

responden iaitu pekerja-pekerja dari pelbagai jabatan.

11

Page 12: NLP

Kajian ini juga melibatkan 2 tahap pengurusan di ICLIF iaitu pengurusan atasan seperti

pengarah dan penolong pengarah. Tahap kedua pula adalah pengurusan pertengahan

iaitu pengurus. Di khuatiri keputusan yang diperolehi adalah tidak seimbang dengan

tahap pemikiran dan pengetahuan disebabkan jurang pengalaman.

12