nkm

22
Tujuan: Untuk mengenal pasti jenis-jenis awan yang dapat mempengaruhi cuaca Teori Amali ini adalah berkaitan dengan cuaca dan awan. Amali ini telah dilaksanakan dalam tempoh masa dua minggu iaitu dari 19 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015 di depan dewan Raja Rohani pada waktu 10.00 pagi dan 4.30 petang. Awan boleh kategorikan kepada pelbagai jenis dengan berdasarkan kepada ketinggiannya. Awan-awan ini dinamakan sebagai awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini kemudian dibahagikan kepada empat kumpulan dengan mengikut ketinggiannya. Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas) Di kawasn tropik awan ini terletak di ketinggian 6-18 km, pada kawasan iklim sederhana pula awan ini terletak pada ketinggian 5-13 km, sedangkan di kawasan kutub terletak pada 3-8 km. Awan yang tergolong ke dalam awan tinggi adalah : Sirus (CI) Awan dibahagikan kepada dua kategori umum iaitu Lapisan Berlonggok

Upload: us-maaran

Post on 17-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

mnbj

TRANSCRIPT

Tujuan: Untuk mengenal pasti jenis-jenis awan yang dapat mempengaruhi cuaca

Teori

Amali ini adalah berkaitan dengan cuaca dan awan. Amali ini telah dilaksanakan dalam tempoh masa dua minggu iaitu dari 19 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015 di depan dewan Raja Rohani pada waktu 10.00 pagi dan 4.30 petang. Awan boleh kategorikan kepada pelbagai jenis dengan berdasarkan kepada ketinggiannya.

Awan dibahagikan kepada dua kategori umum iaitu Lapisan Berlonggok

Awan-awan ini dinamakan sebagai awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini kemudian dibahagikan kepada empat kumpulan dengan mengikut ketinggiannya.

Keluarga A: Awan tinggi (6,000 m ke atas)Di kawasn tropik awan ini terletak di ketinggian 6-18 km, pada kawasan iklim sederhana pula awan ini terletak pada ketinggian 5-13 km, sedangkan di kawasan kutub terletak pada 3-8 km. Awan yang tergolong ke dalam awan tinggi adalah : Sirus(CI)

Awan ini halus, dan berstruktur seperti mirip bulu burung. Awan ini tidak menyebabkan hujan. Awan ini terdiri daripada titisan air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada atmosfer. Awan Sirus ini ditiupkandari anginsebelah timur. Awan ini berwarna putih dengan pinggiran tidak jelas.

Sirostratus(Cs)

Bentuknya seperti kelembu putih yang halus dan rata menutup seluruh langit sehingga nampak cerah. Awan ini juga menimbulkan lingkaran yang bulat yang mengelilingi matahari dan bulan yang biasanya terjadi di musim kemarau.

Sirokumulus(Cc)

Awan ini bentuknya seperti terputus-putus sering menimbulkan bayangan.

Keluarga B: Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m) Altostratus(As)

Awan Altostratus berwarna kekelabuan dan meliputi hampir keseluruhan langit. Awan ini menghasilkan hujan apabila cukup tebal. Awan-awan di atas terbentuk pada waktu senja dan malam hari dan menghilang apabila matahari terbit di awal pagi.

Altokumulus(Ac)

Awan ini kecil-kecil, tapi jumlahnya banyak Awan Altokumulus berwarna kelabu atau putih dilihat pada waktu senja. Biasanya berbentuk seperti kabus yang agak tebal.

Keluarga C: Awan rendah (2,000 m ke bawah) Stratus(St)

Awan ini cukup rendah dan sangat luas. Tingginya di bawah 2000 m. Lapisannya melebar seperti kabus dan berlapis.

Nimbostratus(Ns)

Bentuk awan yang tidak menentu. Awan ini hanya menimbulkan hujan rintik-rintik. Awan ini berwarna putih gelap yang penyebarannya di langit cukup luas.

Stratokumulus(Sc)

Lapisan awan ini nipis dan tidak menghasilkan hujan. Awan ini berwarna putih kekelabuan yang terjadi pada petang dan senja apabila atmosfera stabil.

Keluarga D: Awan menegak

Kumulonimbus(dikaitkan dengan hujan lebat dan ribut petir) (Cb)

Boleh Berwarna putih atau putih gelap. Terletak pada ketinggian kira-kira 1000 lebih dari 3500 kaki. Awan ini menimbulkan hujan dengan kilat dan guruh. Awan ini berhubungan rapat dengan berlakunya hujan lebat , petir, tornado, dan ribut.

Kumulus

Merupakan awan tebal dengan puncak yang agak tinggi. Awan kelihatan seperti tompok putih atau cahaya kelabu yang kelihatan seperti bola kapas terapung. Awan ini berbentuk garis besar yang tajam dan dasar yang rata. Ketinggian awan ini umumnya 1000 m dan lebar 1 km.

Hipotesis: Kemunculan kelompok jenis awan tertentu dapat mempengaruhi cuaca pada hari tersebutBahan dan radas: kameraProsedur: 1. Pelbagai maklumat mengenai awan dikumpulkan daripada sumber yang berbeza seperti laman internet dan buku rujukan.2. Lokasi kajian telah ditentukan di mana kajian ini akan dijalankan di depan Dewan Raja Rohani. 3. Pemerhatian terhadap jenis awan di kawasan tersebut dijalankan dalam jangka masa dua minggu iaitu pada 19 Januari 2015 sehingga 1 Februari 2015.4. Masa pemerhatian ditetapkan iaitu pada 10.00 pagi dan 4.30 petang. Masa untuk menjalankan kajian adalah sama pada setiap hari. 5. Pemerhatian direkodkan di dalam jadual termasuklah perubahan cuaca seperti hujan atau tidak.6. Data yang telah diperolehi dianalisis.

Keputusan:Hari / TarikhHasil

10.00 pagi4.30 petang

19/1/15

Jenis Awan : StratokumulusCuaca : CerahKelembapan : Sederhana lembap(74%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara : 1014.0 hPa

Jenis Awan : StratokumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering (63%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 30Tekanan udara : 1010.0 hPa

20/1/15

Jenis Awan : StratokumulusCuaca : CerahKelembapan : Sederhana lembap(74%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara : 1014.0 hPa

Jenis Awan : NimbostratusCuaca : MendungKelembapan : Sederhana lembap(66%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 27Tekanan udara : 1011 hPa

21/1/15

Jenis Awan : Tiada awanCuaca : PanasKelembapan : Sederhana lembap (69%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 25Tekanan udara : 1016.0 hPa

Jenis Awan : KumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering (63%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 32Tekanan udara : 1012.0 hPa

22/1/15

Jenis Awan : StratusCuaca : CerahKelembapan : Sederhana lembap(74%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara :1016.0 hPa

Jenis Awan : Sirostratus dan sirusCuaca : PanasKelembapan : Kering(65%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 28Tekanan udara : 1011.0 hPa

23/1/15

Jenis Awan : SirusCuaca : PanasKelembapan : Kering (64%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara : 1013.0 hPa

Jenis Awan : KumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering (55%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 27Tekanan udara : 1008.0 hPa

24/1/15

Jenis Awan : SirostratusCuaca : CerahKelembapan : Sederhana lembap(71%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 28Tekanan udara :1014.0 hPa

Jenis Awan : Kumulus, sirostratus Cuaca : PanasKelembapan : Kering(63%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 31Tekanan udara :1010.0 hPa

25/1/15

Jenis Awan : AltokumulusCuaca : CerahKelembapan : Sederhana lembap(79%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara :1014.0 hPa

Jenis Awan : Tiada awanCuaca : PanasKelembapan : Kering(64%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 33Tekanan udara : 1010.0 hPa

26/1/15

Jenis Awan : NimbostratusCuaca : MendungKelembapan : Lembap (83%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 23Tekanan udara : 1013.0 hPa

Jenis Awan : Stratokumulus, kumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering(63%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 33Tekanan udara :1008.0 hPa

27/1/15

Jenis Awan : Tiada awanCuaca : PanasKelembapan : Kering (63%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara :1013.0 hPa

Jenis Awan : Tiada awanCuaca : PanasKelembapan : Kering(59%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 31Tekanan udara :1008.0 hPa

28/1/15

Jenis Awan : SirostratusCuaca : PanasKelembapan : Sederhana lembap(70%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 26Tekanan udara : 1011.0 hPa

Jenis Awan : Sirostratus, sirusCuaca : PanasKelembapan : Kering (65%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 36Tekanan udara : 1007.0 hPa

29/1/15

Jenis Awan : Stratus, altostratusCuaca : MendungKelembapan : Lembap (84%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 25Tekanan udara :1012.0 hPa

Jenis Awan : KumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering (63%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 32Tekanan udara :1008.0 hPa

30/1/15

Jenis Awan : AltokumulusCuaca : CerahKelembapan : Sederhana lembap(79%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 27Tekanan udara : 1013.0 hPa

Jenis Awan : NimbostratusCuaca : MendungKelembapan : Lembap (81%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 25Tekanan udara : 1009.0 hPa

31/1/15

Jenis Awan : Sirostratus, sirokumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering (64%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 28Tekanan udara :1013.0 hPa

Jenis Awan : KumulusCuaca : PanasKelembapan : Kering (59%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 33Tekanan udara :1009.0 hPa

1/2/15

Jenis Awan : Tiada awanCuaca : PanasKelembapan : Kering (55%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu : 31Tekanan udara : 1013.0 hPa

Jenis Awan : SirusCuaca : PanasKelembapan : Kering (36%)Kehadiran hujan : TiadaSuhu :33Tekanan udara :1008.0 hPa

PERBINCANGAN :1. Amali ini telah mendedahkan pengalaman dan pengetahuan baru kepada kami mengenai cuaca selain daripada mengetahui tentang cuaca mendung, cerah dan hujan sahaja.2. Melalui eksperimen ini, kami telah mengenali nama bagi awan dan cuaca yang berlaku seiring dengan perubahan bentuk awan.3. Pemerhatian terhadap perubahan awan telah dijalankan sepanjang dua minggu, iaitu bermula pada 19 Januari 2015 hingga 1 Februari 2015.4. Sepanjang pemerhatian terhadap kepelbagaian awan yang terbentuk, kami telah menangkap sembilan jenis awan yang berbeza.BilanganJenis AwanPeringkat AwanKekerapan Jenis Awan Sepanjang Pemerhatian

1. NimbostratusRendah3

2. StratusRendah2

3. StratokumulusRendah4

4. AltokumulusSederhana2

5. AltostratusSederhana1

6. KumulusTinggi6

7. SirostratusTinggi6

8. SirusTinggi4

9. SirokumulusTinggi1

10. Tiada awan-5

Jadual Kekerapan Jenis Awan5. Carta pai kekerapan jenis awan telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian yang dibuat.Jenis AwanKekerapan Jenis Awan Sepanjang Pemerhatian (%)

Nimbostratus8.82

Stratus5.88

Stratokumulus11.76

Altokumulus5.88

Altostratus2.94

Kumulus17.65

Sirostratus17.65

Sirus11.76

Sirokumulus2.94

Tiada awan14.71

Carta Pai Kekerapan Jenis Awan

6. Berdasarkan jadual dan carta pai, awan yang kerap terbentuk adalah awan Kumulus. Awan Kumulus mencatatkan kekerapan yang paling tinggi iaitu 21.43%, sebanyak enam kali dalam pemerhatian sepanjang dua minggu.7. Awan Kumulus merupakan awan pada peringkat tinggi. Ia tebal dengan puncak yang tinggi dan kelihatan seperti tompok putih. Awan ini berbentuk garis besar yang tajam dan dasar yang rata. Ketinggian dan kelebaran umumnya ialah 1 kilometer.8. Awan Altokumulus dan Sirostratus mencatatkan kekerapan kedua tertinggi iaitu 10.71%, sebanyak tiga kali dalam pemerhatian sepanjang dua minggu.9. Awan Altokumulus merupakan awan pada peringkat sederhana berbentuk kecil dan dalam jumlah yang banyak. Biasanya berbentuk seperti kabus yang tebal. 10. Manakala Awan Sirostratus merupakan awan pada peringkat tinggi berbentuk seperti kelembu putih yang halus dan rata menutup keseluruhan langit. Ia juga menimbulkan lingkaran bulat yang mengelilingi matahari dan bulan yang biasanya terjadi di musim kemarau.11. Seterusnya diikuti dengan Awan Altostratus, Nimbostratus, Stratus dan Sirus dengan kekerapan sebanyak 7.14%, sebanyak dua kali dalam pemerhatian sepanjang dua minggu.12. Awan Altostratus merupakan awan pada peringkat sederhana. Ia berwarna kekelabuan dan meliputi hampir keseluruhan langit dan menghasilkan hujan apabila ia amat tebal. Awan ini biasa terbentuk pada waktu senja dan malam dan ia menghilang apabila matahari terbit di awal pagi.13. Awan Nimbostratus merupakan awan pada peringkat sederhana. Ia berwarna hitam putih dan meliputi hampir keseluruhan langit dan menghasilkan hujan. Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu.14. Awan Stratus merupakan awan pada peringkat rendah. Ia berwarna hitam putih dan meliputi hampir keseluruhan langit dan menghasilkan hujan. Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu.15. Awan Sirus merupakan awan pada peringkat tinggi. Ia berwarna putih dan meliputi hampir keseluruhan langit dan tidak menghasilkan hujan. Awan ini halus dan berstruktur bulu burung. Awan ini terhasil daripada titisan air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada atmosfera.16. Awan Nimbokumulus mencatatkan kekerapan yang paling rendah iaitu 3.57%, sebanyak sekali dalam pemerhatian sepanjang dua minggu.17. Awan Nimbokumulus merupakan awan pada peringkat rendah. Kehadiran awan ini menandakan hari akan hujan dan berangin kencang.TarikhKelembapan(%)Suhu()

PagiPetangPagiPetang

19/174632630

20/174662627

21/169632532

22/174652628

23/164552627

24/171632831

25/179642633

26/183632333

27/163592631

28/170652636

29/184632532

30/179812725

31/164592833

1/255363133

Rujukan:Barbara Brooks Simons. (1938). Science Explorer Weather and Climate. Penerbit: Island PressDr.Gustavo Loret de Mola. (2009). Earth and Space Science.Penerbit : McGrawHill.Edward J.Tarbuck & Frederick K.Lutgens. (1994). Earth Science. London : Penerbit: Pearson Education.IncGlencoe. (2005). Earth science National Geographic. Penerbit : The McGraw-Hill Companies,Inc.Gambar jenis-jenis awan dan proses terjadinya hujan. Dipetik pada 2015, 29 Januari daripada http://www.frewaremini.com/2014/09/gambar-jenis-jenis-awan-proses.htmlGlobe Fearon. (2000). Oceans and Atmosphere. United States Of America ; Penerbit : Pearson Education, Inc.Pembentukan dan jenis-jenis awan. Dipetik pada 2015, 30 Januari daripada http://apps.islam.gov.my/efalak/?q=en/erhk-awanProses pembentukan awan dan hujan. Dipetik pada 25 Januari daripada http://www.fisikanet.lipi.go.id/utama.cgi?cetakfenomena&1352896307Wikipedia. (2013, Mac 8). Awan. Dipetik pada 2015, Januari 27, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Awan

Lampiran