nilai

3
Contoh Nilai Murni Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah. Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya. Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang. Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00. Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak. Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu. Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju dan seluar sendiri. Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi. Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya. Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong- lorong kecil yang sunyi. Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah. Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung. Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank. Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja. Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu. Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu. Amir mendeklamasikan sajak “Merdeka” dengan penuh semangat. Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan. William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya. Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya. Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya. Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu. Suria mencuci basikalnya yang kotor. Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu. Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas. Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah. Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari. Mereka membaca buku di perpustakaan. Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah. Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas. Sami membuang sampah ke dalam tong sampah. Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang. Sara suka makan makanan yang berkhasiat. Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini. ’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong

Upload: hayati-rasheed

Post on 17-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

ContohNilai Murni

Guru itu menghukum semua murid yang telah membuat salah.

Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Azizah menyelamatkan seekor kuching yang terjatuh di dalam longkang.

Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM2.00.

Semua penduduk kampung bergotong-royong untuk memerangi penyakit denggi dari merebak.

Budak itu membuat kerja rumah sendiri, tanpa suruhan ibu.

Budak yang berumur 4 tahun itu boleh menukar baju dan seluar sendiri.

Abu akan memastikan dia akan sampai he sekolah sebelum loceng berbunyi.

Johan beratur ketika membeli ticket wayang bersama dengan kawannya.

Bila Joshua berbasikal ke sekolah, dia mengelakkan lorong-lorong kecil yang sunyi.

Halina membawa bekalan nasi lemak ke sekolah.

Kumar menyimpan wang sakunya di dalam tabung.

Rena menyimpan wang saku yang dikumpulnya di bank.

Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

Ravi mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas sebelum turun dari bas itu.

Lee Chong Wei tidak berputus asa tetapi berlatih dengan lebih gigih apabila kalah dalam pertandingan badminton itu.

Amir mendeklamasikan sajak Merdeka dengan penuh semangat.

Negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.

Semua murid berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

William suka membaca buku untuk meluaskan pengetahuannya.

Kim Seng mendengar nasihat ibu bapanya.

Omari sentiasa mengingati pesanan ibunya agar tidak bermain di tepi jalan raya.

Pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk menyelamat budak yang terjatuh ke dalam sungai itu.

Suria mencuci basikalnya yang kotor.

Ah Chong bercakap benar mengatakan bukan dia mengambil wang itu.

Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah.

Amirul akan menyiapkan kerja sekolahnya selepas makan tengah hari.

Mereka membaca buku di perpustakaan.

Semua murid-murid berdiri tegak ketika menyambut ketibaan pemimpin Negara ke sekolah.

Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas.

Sami membuang sampah ke dalam tong sampah.

Fatimah sentiasa mengamalkan makan makanan yang berkhasiat and seimbang.

Sara suka makan makanan yang berkhasiat.

Kes penderaan kanak-kanak kian merunsingkan masyarakat Malaysia pada hari ini.

Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

Winnie membetulkan kesilapan kawannya.

Tina tidak marah walaupun kawannya datang lewat ke majlis perkahwinannya.

Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.

Puan Siti memberi sepiring kuih karipap kepada jirannya.

Ali berkawan tanpa mengira bangsa dan agama.

Penulisan Bahagian C (1)

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

TEMA : KELUARGAEsok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

Baik-baik bermain bunga api itu! jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.

KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

KLINIK 4

Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

5Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

KLINIK 6Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.