newell brands · lain. penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan...

6
NEWELL BRANDS

Upload: lamminh

Post on 19-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NEWELL BRANDS · lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

NEWELL BRANDS

Page 2: NEWELL BRANDS · lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

1 KOD KELAKUAN PENJUAL

Newell Brands dan anak-anak syarikatnya dan anggota gabungannya (secara kolektif, "Newell") adalah komited

untuk menjalankan aktiviti perniagaan dengan piawai etika perniagaan yang tertinggi dan selaras dengan semua

undang-undang dan peraturan yang terpakai. Kos Kelakuan Penjual ini terpakai kepada semua pihak yang

menyediakan barangan atau perkhidmatan kepada Newell dan syarikat subsidiarinya, anggota gabungannya dan

subkontraktor (secara kolektif, "Penjual-penjual"), sama ada ditubuhkan, beroperasi, atau sedia ada di bawah undang-

undang Amerika Syarikat atau undang-undang negara lain, negeri, kesatuan politik, perbandaran, daerah pentadbiran,

atau pihak berkuasa kerajaan yang lain. Kod ini menetapkan piawai kelakuan yang Newell menjangka daripada

Penjual-penjual kami dalam beberapa bidang, termasuk hak-hak asasi manusia, keperluan-keperluan buruh, kesihatan

dan keselamatan, amalan pengurusan dan pematuhan alam sekitar. Newell akan menilai pematuhan pembekal

terhadap Kod kami. Pelanggaran Kod kami boleh mengakibatkan tindakan pembetulan, termasuk penghentian

hubungan perniagaan dengan Newell.

Newell berhak untuk memeriksa dan/atau memberi kuasa kepada pihak ketiga untuk memeriksa dan

mengaudit, pada bila-bila masa, sama ada atau tidak notis diberikan terlebih dahulu, semua Penjual-penjual

dan mana-mana lokasi di mana sesuatu barangan direka bentuk, dihasilkan, dipasang, dikendalikan,

diletak, atau dijual ("Kilang-kilang"). Penjual-penjual juga mesti membenarkan pelanggan-pelanggan Newell

untuk memeriksa dan mengaudit Kilang-kilangnya sehingga tahap munasabah yang diperlukan atau

diminta oleh pelanggan tersebut sebagai syarat ia menjalankan perniagaan dengan Newell. Semua

dokumentasi tersebut mestilah tepat, bebas daripada apa-apa percubaan untuk memalsukan atau

mengelirukan dan disediakan dengan serta-merta atas permintaan kepada mana-mana orang Newell yang

menjalankan audit.

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN Mematuhi semua undang-undang yang terpakai di mana-mana negara di mana ia menjalankan perniagaan dan

menunjukkan tindakan yang memenuhi atau menjangkaui apa yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai

dalam segala keadaan. Istilah "undang-undang yang terpakai" bermakna berkenaan mana-mana Penjual-penjual,

mana-mana statut, undang-undang, ordinan, polisi, panduan, peraturan, interpretasi pentadbiran, peraturan,

perintah, writ, injunksi, arahan, penghakiman, dekri atau keperluan lain mana-mana entiti kerajaan yang terpakai

kepada Penjual tersebut.

ANTIPENYOGOKAN DAN ANTIRASUAH

KONFLIK KEPENTINGAN

Penjual mesti mengelakkan situasi-situasi konflik kepentingan. Newell mentakrifkan konflik kepentingan sebagai

terlibat dalam hubungan atau aktiviti yang mempengaruhi, atau mempunyai tanggapan yang mempengaruhi,

keobjektifan anda dalam membuat keputusan-keputusan perniagaan demi kepentingan syarikat. Penjual-penjual

mesti mendedahkan kepada Newell sebarang situasi konflik kepentingan yang diketahui oleh Penjual.

Semua Penjual mesti mematuhi semua undang-undang antipenyogokan dan antirasuah sedunia, dan

menjalankan perniagaan dengan integriti. Penjual-penjual tidak boleh menerima atau memberi apa-apa

yang bernilai, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk mendapatkan kelebihan yang tidak

wajar atau untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan. Penjual-penjual mestilah mempunyai

prosedur-prosedur yang mencukupi untuk mengelakkan rasuah dalam semua urusan komersial yang

dijalankan.

Page 3: NEWELL BRANDS · lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

2 KOD KELAKUAN PENJUAL

PEMATUHAN PERDAGANGAN DAN KASTAM

AMALAN PEKERJAAN Newell Brands menjangkakan Penjual-penjual menghormati pekerja-pekerjanya dan, sekurang-kurangnya, mematuhi keperluan-

keperluan di bawah.

UPAH & MANFAAT

WAKTU BEKERJA

BURUH KANAK-KANAK

Penjual-penjual mestilah mematuhi semua undang-undang yang terpakai dan hanya menggaji individu yang berada

pada, atau melebihi, umur bekerja minimum sah atau umur 15 tahun, yang mana yang lebih besar, atau, umur

yang ditetapkan oleh undang-undang yang terpakai untuk menamatkan pendidikan wajib. Bagi pekerjaan-

pekerjaan yang memerlukan kematangan yang lebih tinggi, bersifat bahaya, memerlukan kerja malam atau

menimbulkan risiko keselamatan, pekerja-pekerja ini haruslah berumur minimum 18 tahun.

Penjual-penjual hendaklah mengekalkan dokumentasi rasmi tarikh kelahiran setiap pekerja. Jika dokumentasi ini

tidak tersedia, mereka mesti menggunakan kaedah yang sah dan boleh dipercayai untuk menilai atau mengesahkan

umur setiap pekerja. Keperluan umur minimum bekerja tersebut adalah terpakai untuk semua kerja subkontrak

yang dilakukan, secara keseluruhan atau sebahagian, di rumah atau di industri kotej.

Penjual-penjual mestilah mematuhi undang-undang terpakai dan piawai industri berkenaan waktu kerja dan

mesti membenarkan pekerja-pekerjanya sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam setiap tempoh tujuh hari.

Sekiranya kerja lebih masa diperlukan atau wajib, pekerja-pekerja hendaklah dinasihatkan dengan notis yang

munasabah. Penjual-penjual hendaklah membayar gaji lebih masa pekerja-pekerjanya pada kadar yang lebih

tinggi daripada upah biasa dan mengikut undang-undang yang terpakai.

Penjual-penjual mestilah membenarkan pekerja-pekerjanya mengambil semua rehat yang dikehendaki oleh

undang-undang yang terpakai dan, dalam apa jua keadaan, rehat yang berpatutan, tempoh makan tengah hari

dan rehat tandas.

Upah yang dibayar kepada pekerja hendaklah sekurang-kurangnya upah minimum di bawah undang-undang

yang terpakai. Cuti tahunan dan hari kelepasan bergaji hendaklah dibayar seperti yang dikehendaki oleh

undang-undang yang terpakai.

Faedah yang disediakan oleh Penjual-penjual dan Kilang-kilang mestilah termasuk, sekurang-kurangnya,

yangdiwajibkan oleh undang-undang yang terpakai.

Bagi setiap tempoh bayaran, Penjual mestilah menyediakan penyata gaji yang dapat difahami kepada pekerja-

pekerja. Potongan-potongan upah tidak boleh berlebihan dan mesti diperinci dengan jelas. Upah hendaklah

dibayar mengikut jadual sekurang-kurangnya sekali sebulan atau tempoh masa yang lebih pendek seperti yang

dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai.

Penjual-penjual mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan

pengeksportan dan pengimportan produk-produk. Demi melindungi integriti kargo yang dihantar, Penjual-

penjual mesti berusaha untuk mematuhi proses-proses dan prosedur-prosedur keselamatan rantaian bekalan

selaras dengan Pakatan Kastam-Perdagangan Menentang Keganasan (CTPAT) dan program lain yang berkaitan

seperti Operator Ekonomi Dibenarkan (AEO).

Page 4: NEWELL BRANDS · lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

3 KOD KELAKUAN PENJUAL

BURUH PAKSA ATAU INDENTUR & PEMERDAGANGAN MANUSIA

DISKRIMINASI, GANGGUAN & AMALAN DISIPLIN

KEBEBASAN KESATUAN

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Pembekal-pembekal mesti menyediakan pekerja-pekerja mereka dengan persekitaran kerja yang selamat dan sihat,

dan di mana disediakan, suatu persekitaran hidup yang sihat dan selamat. Pembekal-pembekal mesti mematuhi

undang-undang dan peraturan-peraturan keselamatan pekerja yang terpakai yang merangkumi:

o Keutuhan Bangunan o Perlindungan Mesin

o Keselamatan Pekerjaan o Keselamatan Kimia

o Kecederaan Pekerjaan dan Penyakit o Sanitasi, Makanan & Asrama

o Keselamatan Kebakaran o Kebebasan Bergerak

o Persediaan Kecemasan

Penjual-penjual harus menghormati hak-hak pekerja mereka untuk memilih sama ada untuk bersekutu

dengan mana-mana organisasi yang sah termasuk organisasi- organisasi buruh.

Penjual-penjual tidak boleh mendiskriminasikan pekerja-pekerja mereka atau bakal pekerja-pekerja dalam

amalan pengambilan pekerja atau terma-terma atau syarat-syarat kerja lain berdasarkan bangsa, warna,

asal kerakyatan, jantina, agama, umur, ketidakupayaan, penglibatan politik, orientasi seksual, status sosial

atau perkahwinan, status ibu, atau keahlian dalam organisasi pekerja-pekerja, seperti kesatuan, atau

faktor-faktor lain yang serupa.

Penjual-penjual tidak boleh melibatkan diri dalam penggunaan atau ancaman hukuman korporal,

penggunaan atau ancaman apa-apa jenis penyalahgunaan atau gangguan, termasuk mental, fizikal

(termasuk seksual) atau lisan, terhadap pekerja-pekerjanya atau penggunaan atau ancaman apa-apa

bentuk intimidasi lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan

bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

didokumenkan oleh Penjual-penjual.

Penjual-penjual tidak boleh menggunakan apa-apa buruh penjara, indentur, terikat atau paksa. Tiada pekerja

dipaksa untuk terus bekerja selain daripada secara sukarela.

Pekerja-pekerja asing mesti diambil bekerja dengan mematuhi undang-undang buruh dan pekerjaan negara

tuan rumah sepenuhnya. Terma-terma kontrak di mana pekerja-pekerja tersebut diambil bekerja mestilah

secara bertulis, dalam bahasa yang pekerja boleh baca dan faham, dan diterima oleh pekerja-pekerja sebelum

berlepas dari negara asal mereka. Pembekal tidak boleh menahan pasport dan visa pekerja-pekerja asing.

Penjual-penjual mestilah mengekalkan dan berkomitmen untuk mengekalkan persekitaran kerja yang bebas

daripada pemerdagangan manusia. Amalan pekerjaan tidak boleh termasuk pengambilan, pengangkutan,

pemindahan, melindungi atau penerimaan orang, atau melalui penggunaan kekerasan atau melalui bentuk

paksaan, penculikan, penipuan, perdayaan, penyalahgunaan kuasa atau dengan memberikan atau menerima

pembayaran atau faedah-faedah untuk mencapai persetujuan orang yang mempunyai kawalan ke atas orang

lain untuk tujuan eksploitasi.

Page 5: NEWELL BRANDS · lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

4 KOD KELAKUAN PENJUAL

PERSEKITARAN

SUB-KONTRAK

MINERAL-MINERAL KONFLIK

Penjual hendaklah melaksanakan prosedur-prosedur untuk memastikan tiada produk atau bahan-bahan yang

dibekalkan kepada Newell mengandungi mineral-mineral konflik (columbite-tantalite (juga dikenali sebagai

coltan (tantalum, niobium), kasiterit (tin), wolframit (tungsten), emas atau derivatifnya) yang secara langsung

atau secara tidak langsung membiayai kumpulan bersenjata melalui perdagangan perlombongan atau mineral

di Republik Demokratik Kongo atau negara bersebelahan. Atas permintaan Newell, Penjual-penjual akan

bekerjasama sepenuhnya dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan mana-mana negara asal mengenai

mineral-mineral konflik (termasuk meminta maklumat daripada pembekalnya sendiri); menyediakan

dokumentasi yang diminta; dan/atau mengesahkan pematuhannya dengan peruntukan ini dengan

memberikan pengisytiharan bersumpah salah seorang pegawai-pegawai, pengarah-pengarah, atau ejen

pengurusannya.

Kilang-kilang bersetuju untuk melaksanakan semua operasi pembuatan dan pemasangan akhir untuk

menghasilkan produk-produk, dan bahawa mereka tidak akan subkontrak sepenuhnya atau sebahagian besar

pembuatan atau pemasangan produk-produk kecuali Penjual-penjual mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu

dari Newell. Penjual-penjual bertanggungjawab untuk memaklumkan Newell tentang sebarang rancangan-

rancangan untuk menukar lokasi-lokasi perkilangan. Subkontrak sebarang kerja sekiranya dibenarkan oleh Newell,

tidak akan melepaskan Penjual-penjual daripada kewajipan-kewajipan di bawah ini, termasuk, tetapi tidak terhad

kepada, kewajipan untuk menghendaki syarikat-syarikat yang menyediakan barang-barang dan perkhidmatan-

perkhidmatan kepada Penjual-penjual untuk mematuhi Kod Kelakuan Penjual ini.

Penjual-penjual mesti mematuhi semua undang-undang perlindungan alam sekitar yang terpakai. Penjual penjual

hendaklah melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar (EMS) dan pelan kecemasan alam sekitar (EEP).

Page 6: NEWELL BRANDS · lain. Penjual-penjual hendaklah merawat semua pekerjanya dengan hormat dan bermaruah. Semua tindakan tatatertib utama yang diambil terhadap pekerja-pekerja hendaklah

5 KOD KELAKUAN PENJUAL

PEMANTAUAN KOD KELAKUAN PENJUAL Newell akan mengkaji semula Kod Kelakuan Penjual ini secara berkala dan akan menyemaknya semula

untuk memasukkan parameter tambahan apabila perlu. Kod ini adalah pernyataan umum tentang

jangkaan-jangkaan Newell berkenaan terhadap Penjual-penjualnya. Kod ini hendaklah dibaca bersama

dengan kewajipan-kewajipan Penjual yang dinyatakan dalam Manual Sumber Bertanggungjawab dan dalam

mana-mana perjanjian antara Newell (atau mana-mana bahagian operasinya) dan Penjual.

Ia adalah tanggungjawab Penjual untuk memastikan bahawa ia memahami dan mematuhi Kod Kelakuan

Penjual ini dan memaklumkan Newell (atau ahli pengurusannya) jika dan apabila apa-apa situasi timbul

yang menyebabkan Penjual beroperasi dengan melanggar Kod Kelakuan Penjual ini. Penjual dijangka

memantau sendiri pematuhan mereka dengan Kod Kelakuan Penjual ini, oleh itu, Newell sangat

menggalakkan Penjual untuk menentukan dan melaksanakan suatu polisi untuk akauntabiliti sosial dan

mengambil pakai atau menubuhkan suatu sistem pengurusan untuk memastikan bahawa keperluan-

keperluan Kod Kelakuan Penjual ini boleh dipenuhi secara konsisten.

Sebagai tambahan kepada hak-hak lain yang Newell mungkin ada dalam di bawah apa-apa perjanjian yang

mungkin telah dimasuki dengan Penjual, sekiranya Newell menentukan bahawa mana-mana Penjual gagal

mematuhi atau melanggar apa-apa terma-terma dalam Kod Kelakuan Penjual ini atau sebaliknya telah

berkelakuan dalam cara yang tidak konsisten dengan niat Kod Kelakuan Penjual ini, Newell mengekalkan

haknya, mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk:

1. Menamatkan hubungan perniagaan dengan Penjual, termasuk pembatalan apa-apa pesanan pembelian yang

tertunggak, atau

2. Memerlukan tindakan pembetulan dalam tempoh masa yang boleh diterima dan/atau bekerjasama dengan

Penjual untuk program pemulihan yang dapat diterima supaya perhubungan perniagaan bersambung atau

diteruskan.