nenas

12
1 NANAS Nenas sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nenas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nenas juga dijadikan bahan masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai. Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

Upload: anonymous-hamamvb4

Post on 16-Jan-2016

132 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

notes

TRANSCRIPT

1

NANAS

Nenas sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak

menjadikan nenas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nenas juga

dijadikan bahan masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah

tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam

kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba

(herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang

yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik iaitu hanya masak di pokok.

Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti

pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah

yang sangat baik".

2

INDUSTRI NANAS DI MALAYSIA

Nanas merupakan komoditi penting yang perlu dan terus diberi penekanan dalam

penyelidikan dan pembangunan. Malaysia mempunyai pengalaman dalam pembangunan

industri nanas secara komersial sejak ratusan tahun dan kelebihan ini perlu dimanfaatkan

sebaik mungkin bagi meningkatkan eksport.

Meskipun pengisytiharan nanas Josapine dan teknologi pengangkutan dengan kapal

laut telah menyumbang terhadap peningkatan pengeluaran nanas segar untuk pasaran

tempatan dan eksport, nalisis secara makro dan jangka panjang umunya menunjukkan

teknologi yang dibangunkan selama ini tidak berjaya meningkatkan produktiviti tanaman

nanas secara mapan. Penelitian lanjut perlu dilakukan bagi melihat faktor yang menyumbang

terhadap penurunan produktiviti.

Faktor-faktor yang boleh menjejaskan produktiviti termasuk faktor teknikal seperti

tahap kesuburan tanah, infrastruktut, sistem penyampaian teknologi, amalan teknologi,

pengurusan ladang dan faktor sosioekonomi seperti usia petani, tahap pelajaran,pengalaman,

keusahawanan dan lain-lain lagi.

Di rantau ini Malaysia mempunyai kekuatan dalam pengeluaran nanas untuk pasaran

segar dan pemprosesan. Wujudnya varieti berkualiti dan bernilai tinggi, teknologi penanaman

dan pengendalian lepas tuai yang efisien di samping permintaan eksport yang sangat

menggalakkan membolehkan Malaysia menjadi negara pengeksport utama nanas segar di

dunia. Selain Singapura, pasaran nanas segar dan produk nanas perlu ditumpukan kepada

negara-negara Asia Barat dan Asia Timur yang menunjukkan trend import yang meningkat.

Pengelompokan kawasan nanas pekebun kecil menjadi skala besar ialah tindakan

yang tepat bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran nanas di samping memudahkan

pengurusan dan pemantauan berpusat bagi menjami kualiti hasil. Pekebun kecil nanas

dicadangkan agar fokus kepada pengeluaran nanas untuk pasaran segar yang boleh dijual

dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan nanas untuk pemprosesan.

Bagi industri pengetinan pula, pihak pengilang perlu mempunyai estet sendiri sebagai

sumber bekalan buah nanas dan tidak boleh bergantung kepada pekebun kecil. Harga belian

3

yang kurang menarik menjejaskan minat pekebun kecil untuk menjadi pembekal buah nanas

untuk kilang.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

i. Penuaian

Buah nanas boleh dituai apabila telah menunjukkan ciri-ciri kematangan terutama

pada kelopak mata berbuah dan warna kulitnya. Buah yang cukup matang akan menjamin

mutu dan memenuhi kehendak pasaran.

Nanas dituai dengan memotong bahagian tangkainya dengan parang. Bahagian

tangkai buah ada kalanya dibiarkan sepanjang 6-10 cm bagi memudahkan kerja-kerja

pengendalian. Buah yang telah dituai dimasukkan ke dalam bakul yang disangkut di bahagian

belakang pekerja. (Dipetik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI 2005).

ii. Pemilihan

Umumnya peringkat kematangan buah nanas boleh ditentukan dengan melihat

perubahan warna kulit, keratan 'mata' dan pengiraan hari dari tarikh menanam atau pemberian

hormon untuk aruhan bunga. Untuk penuaian, kiraan hari selepas pemberian hormon

seringkali digunakan oleh petani.

Nanas Moris dan Josapine umpamanya, masing-masing sudah boleh dipetik 125 dan

120 hari selepas pemberian hormon. Jangka masa matang bagi buah nanas Gandul ialah 15-

16 bulan sementara nanas Masmerah mengambil masa 17-18 bulan.

Walau bagaimanapun, tarikh kematangan ini digunakan sebagai panduan sahaja,

kerana kematangan buah nanas boleh juga dipengaruhi oleh cuaca. Buah nanas biasanya

masak lebih awal apabila peringkat akhir tumbesaran buah berlaku pada musim hujan.

i. Indeks 1

Keseluruhan mata berwarna biru kehitaman dengan braktea berwarna kemerahan

(belum matang). Isi sangat pejal dan masam dan belum boleh dituai.

4

ii. Indeks 2

Keseluruhan mata berwarna hijau tua dengan sedikit kuning diantara mata di bahagian

pangkal buah. Braktea agak kering dan berwarna keputihan (peringkat mula matang). Isi pejal

dan kemasaman. Belum sesuai dimakan segar. Sesuai untuk ditin dan eksport segar melalui

laut.

iii. Indeks 3

Keseluruhan mata berwarna hijau dengan 1-2 mata di bahagian pangkal buah

berwarna hijau kekuningan (cukup matang). Isi pejal, agak berjus dan masam manis. Boleh

dimakan segar tetapi belum enak dimakan. Sesuai untuk ditin dan dieksport segar melalui laut

dan udara.

iv. Indeks 4

Lebih kurang 25% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah

masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk

dieksport melalui udara.

v. Indeks 5

Lebih kurang 50% mata di bahagian pangkal buah berwarna oren kekuningan (buah

masak). Isi kuning pejal, berjus, manis dan harum. Sesuai dimakan segar dan sesuai untuk

dieksport melalui udara.

vi. Indeks 6

Lebih kurang 75% mata berwarna oren kekuningan (buah masak). Isi agak lembik,

terlalu banyak jus, manis dan harum. Masih sesuai dimakan segar. Tidak sesuai untuk

eksport.

vii. Indeks 7

Keseluruhan mata berwarna oren kekuningan (buah ranum). Isi lembik, terlalu banyak

jus dan masam manis. Masih boleh dimakan segar tetapi kurang enak. Tidak sesuai untuk

eksport.

5

iii. Pembersihan

Penerimaan Buah Nanas Buah nanas diterima dari ladang dan pekebun kecil. Buah di

timbang dan di bawa ke kawasan pemunggahan untuk di gred. Pencucian Buah di masukan

ke dalam tangki pencucian khas yang berisi air bersih. Buah nanas kemudiannya di bawa

keluar menggunakan konveyor yang dilengkapi dengan sistem semburan air untuk tujuan

pembilasan.

iv. Penggredan

Pemeriksaan dan Penggredan Buah nanas diperiksa dan dig red kepada 3 gred utama

mengikut saiz. Pengupasan & Pembuangan Empulur Buah yang telah digred dikupas dan

dibuang empulur menggunakan mesin "Kwong Nam".

v. Prapenyejukan

Kaedah pra-penyejukan dijalankan bagi membolehkan kualiti buah dikekalkan untuk

tempoh yang panjang. Bagi nanas, teknik pra-penyejukan ini dilakukan semasa rendaman air

sejuk (5°C) selama 10 minit selepas pemotongan kulit. Ketahanan produk adalah lebih baik

berbanding nanas tanpa melalui proses pra-penyejukan.

vi. Pembungkusan

Nanas yang telah dikupas kemudiannya diperiksa bagi membuang saki baki sisa kulit

dengan menggunakan pisau. Kemudian buah-buah nanas tersebut di salurkan ke "Slicing

Machine" dan "Resizing Machine" untuk pelbagai bentuk potongan.

Pengisian Nanas dan Pengsirapan potongan buah nanas dimasukkan kedalam tin dan

kemudiannya di bawa ke mesin sirap. Larutan sirap dengan pekatan yang telah ditetapkan

disediakan berasingan dan diisikan kedalam tin yang berisi dengan kepingan nanas dengan

menggunakan "syruping mechine".

Pengahudaraan (Exhausting) Selepas pensirapan, tin yang berisi kepingan nanas

dilalukan ke dalam "exhausting box" untuk membuang udara yang terperangkap pada suhu

6

70◦c-80◦c selama 7-10 minit bergantung kepada saiz tin yang digunakan. Ini adalah bagi

mewujudkan suatu keadaan vakum. Pengkeliman Selepas melalui "exhausting box" tin-tin

berkenaan akan melalui "seaming machine" dan ditutup secara "harmetically seal" (kedap

udara).

Pengunaan bekas polipropilena bagi pembungkusan runcit dan kotak penebat dapat

mengawal kerosakan fizikal dan membolehkan bekas disusun secara bertindan. Amalan ini

menjimatkan kos semasa penyimpanan dan pengangkutan terutama bagi pasaran eksport.

vii. Penyimpanan

Pensterilan Tin-tin yang bertutup kemudiannya disterilkan di dalam "Sterillization

Machine" pada suhu 105°e selama 30 minit. Penyejukan & Pengeringan Tin-tin yang telah

disterilkan akan melalui mesin penyejukan pada suhu 40-44°e dan kemudiannya dikeringkan

menggunakan "blower".

Penyimpanan Produk-produk yang telah siap disusun di atas pallet akan disimpan

selama dua (2) minggu untuk memastikan kestabilan produk tersebut serta bebas dari

kontiminasi oleh mikroorganisma semasa pemprosesan.dan pengendalian.

viii. Perawatan

Melalui penggunaan pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP), dan dengan

penyimpanan di suhu 2°C, kehilangan berat dan kualiti produk dapat dikekalkan sehingga 2-3

minggu. Dengan mengekalkan aras karbon dioksida di tahap 2 – 5%, oksigen pula dibiar

stabil pada aras 10 – 15% dan dengan penyimpanan di 2°C, kesegaran buah boleh dikekalkan

selama tiga minggu.

Pengunaan bekuan gel/ais kering dalam pembungkusan pukal dapat menyejukan

produk semasa pengangkutan. Tindakan ini memberi kesan kepada pernafasan buah dan

hayat simpanan produk boleh dilanjutkan.

7

PEMPROSESAN BUAH NENAS

Pemprosesan minimum nanas dan nangka merupakan produk hirisan segar buah-

buahan ini dalam bentuk sedia untuk dimakan terus dan masih mengekalkan ciri asal buah

yang normal iaitu dari segi bau, rasa dan juga warna.

Produk pemprosesan minimum biasanya tidak tahan lama. Ini ada kaitan dengan sifat

biologi buah-buahan yang masih meneruskan tindak balas kimia, pernafasan dan aktiviti

metabolik selepas dilakukan pemprosesan minimum. Perubahan semasa operasi penyediaan

(seperti pembuangan kulit, pemotongan dan sebagainya.) meningkatkan aktiviti proses asas

ini berlaku lebih rancak berbanding dengan hasilan yang normal. Faktor ini menyebabkan

produk pemprosesan minimum buah-buahan tidak tahan lama berbanding dengan

8

buah/hasilan normal atau produk buah diproses secara konvensional. Bagaimanapun melalui

teknologi yang dihasil di MARDI, warna, bau, rasa dan tekstur buah nangka dan nanas dapat

dikekalkan walaupun setelah 5-6 hari produk tiba di negara pengimport melalui

pengangkutan udara.

Buah nanas mengandungi vitamin, zat galian, serat dan enzim yang baik untuk sistem

penghadaman dan membantu dalam memberikan zat pemakanan yang seimbang. Nanas juga

merupakan sumber utama Vitamin C manakala kandungan lemak dan natriumnya amat

sedikit. Jus nanas dan jus buah-buahan campuran dalam kotak tetrapak adalah antara

minuman yang popular di pasaran.

Jus itu juga boleh digunakan bagi menghasilkan jus jernih, kordial, cuka dan wain

manakala jus yang diperam boleh dijadikan agar pejal atau nata de coco. Isi nanas yang

dikisar halus yang dipanggil pulpa boleh digunakan terus atau dipekatkan dan dibungkus

dalam tin atau beg plastik aseptik untuk digunakan sebagai bahan mentah bagi pemprosesan

produk lain.

Gegelung nanas pula merupakan sejenis snek pejal yang dihasilkan daripada daripada

pulpa nanas bersama-sama ramuan lain dan berbentuk sekeping agar nipis yang digulung.

Serbuk nanas boleh dihasilkan daripada pulpa nanas melalui proses pengeringan

sembur selain kepingan flake daripada proses pengeringan deram.

Selain jus, kordial dan jem, MARDI juga telah membangunkan snek hirisan nanas

secara gorengan vakum yang dihasilkan dengan kandungan minyak yang rendah.

Nanas bersalut sejuk beku adalah produk baru yang telah dipasarkan di mana hirisan

nanas yang telah dirawat disalut dengan adunan tepung dan serbuk roti menyerupai naget.

Ekstrak nanas yang mengandungi asid alfa hidroksi dan enzim telah digunakan dalam

produk kosmetik bagi menggalakkan ketegangan kulit dan menanggalkan sel kulit mati.

Nanas juga digunakan sebagai ubat dalam perubatan tradisional dalam beberapa

negara misalnya akar dan buah nanas dimakan atau disapu di atas kulit sebagai ubat anti-

inflamatori.

9

PEMASARAN

Nanas merupakan komoditi penting yang perlu dan terus diberi penekanan dalam

penyelidikan dan pembangunan. Malaysia mempunyai pengalaman dalam pembangunan

industri nanas secara komersial sejak ratusan tahun dan kelebihan ini perlu dimanfaatkan

sebaik mungkin bagi meningkatkan eksport.

Di Malaysia bagi pengusaha nanas terdapat sebuah agensi badan berkanun yang

dinamakan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang ditubuhkan pada tahun

1957 yang dahulu dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu

(LPNTM).LPNM mempunyai banyak fungsi dan pastinya ia berkait rapat dengan nanas

seperti dari segi pemasaran, kualiti, R&D , latihan kepada petani dan sebagainya. FAMA

bantu dalam usaha pemasaran yang lebih luas.

Malaysia mempunyai banyak potensi untuk mengembangkan pasaran nenas

segarnya. Ini adalah kerana pesaing terdekatnya iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia

mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan Malaysia dari semua aspek ekonomi dan

sosial. Destinasi eksport boleh dikembangkan ke rantau Asia, Australia, New Zealand dan

Timur Tengah. Malaysia mempunyai berbagai varieti nanas yang boleh diurusniagakan

dalam bentuk segar, dikalengkan atau diproses menjadi jus.

Harga nanas segar di pasaran tempatan Malaysia agak stabil dan tidak banyak berubah

berbanding dengan buah-buahan lain, terutamanya yang mempunyai saingan dari buah-

buahan Thailand.

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN DALAM PENGENDALIAN LEPAS TUAI BUAH

NENAS DI MALAYSIA

Pada peringkat penuaian pula, buah nanas hanya akan dipetik mengikut indeks warna

dan buah yang dipetik disusun dalam bakul plastik yang dilapis kain atau surat khabar bagi

menghalang kecederaan pada buah. Pembungkusan buah nanas dilakukan apabila buah nanas

dipetik dan akan dihantar kekilang atau dieksport. Buah nanas dibungkus dalam kotak

teleskopik papan gentian beralun (CFB) dengan bahagian tangkai buah menghala ke lantai

kotak. Sebelum menyusun buah ke dalam kotak CFB, setiap biji buah disampul dengan

10

sampul poliuretana atau dibungkus dengan surat khabar bagi mengelak kecederaan semasa

mengangkut. Kulit buah nanas agak sensitif dan mudah rosak.

Selain daripada itu, buah nanas juga mempunyai masalah akibat keadaan sekeliling

atau mekanikal. Contonya kerosakan pada kulit selepas sahaja dipetik akibat pengendalian

yang cuai, mengisi buah ke dalam kotak secara berlebihan dan pergerakan yang berlebihan

semasa diangkut di ladang akan meninggalkan kesan tercucuk, parut dan lebam. Semasa

proses pemasakan bahagian yang lebam akan menjadi lembut dan berwarna gelap, dan

mudah dijangkiti kulat serta bakteria. Kesan yang sama boleh terjadi akibat pengendalian

yang kurang cermat semasa membasuh, menggred dan membungkus. Dengan mengambil

langkah-langkah pengawalan di sepanjang prosedur pengendalian, kerosakan dapat

dikurangkan. Pekerja perlu dilatih tentang teknik penuaian, perlunya pelapik diletakkan di

dalam kotak di bahagian bawah dan kotak hanya boleh diisi dengan satu lapisan buah sahaja.

Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut buah dari ladang ke rumah

pembungkusan perlu dipandu dengan perlahan dan berhati-hati. Semasa pengendalian di

rumah pembungkusan, buah tidak boleh sama sekali dibaling atau terjatuh, dan dalam operasi

automatik pula, semua mesin yang digunakan perlu dilapik.

Dirantau ini, Malaysia mempunyai kekuatan dalam pengeluaran nanas untuk pasaran

segar dan pemprosesan. Wujudnya varieti berkualiti dan bernilai tinggi, teknologi penanaman

dan pengendalian lepas tuai yang efisyen di samping permintaan eksport yang sangat

menggalakkan membolehkan Malaysia menjadi negara pengeksport utama nanas segar di

dunia.

KESIMPULAN

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) sentiasa menggalakkan petani

untuk melaksanakan program tanaman bersepadu bagi meningkatkan jumlah pendapatan

mereka. Di samping melihat penanaman nanas sebagai antara hasil pertanian yang

menguntungkan dalam program tanaman bersepadu, KPIAT melihat potensi nanas sebagai

tanaman yang dapat memberikan pulangan yang menguntungkan petani jika dilakukan pada

skala yang lebih besar.

11

Menurut Menteri KPIAT, Dato’ Seri Noh Omar, nanas mempunyai potensi yang

tinggi untuk dimajukan oleh syarikat berasaskan pertanian di negara ini berikutan permintaan

yang amat tinggi, khasnya dari Timur Tengah. Selain Timur Tengah, Malaysia turut

mengeksport nanas ke Eropah dan mendapat permintaan untuk membekalkan nanas ke

Australia.

12

RUJUKAN

1. Laporan Dasar Agromakanan

http://www.doa.gov.my/web/guest/dasar_agromakanan dilayari pada 3 Oktober 2014

2. Nanas Malaysia

nanasmalaysia-mizi.blogspot.com dilayari pada 3 Oktober 2014

3. Senario dan Prospek Industri nanas Malaysia

etmr.mardi.gov.my/Content/.../2.../Text%20Raziah.pd…. dilayari pada 6 Oktober 2014

4. September 2008. Risalah Siri Panduan Kualiti Nanas. FAMA.