negeri sembilan

2
Negeri Sembilan Negeri Sembilan merupakan gabungan sembilan daerah atau dalam bahasa Minangkabau gabungan sembilan “luak” dan ianya merupakan sebuah negeri yang unik. Negeri Sembilan Darul Khusus dengan pengertian “Darul Khusus” itu adalah kelebihan istemewa. Raja yang memerintah bergelar Yang di-Pertuan Besar mempunya taraf dan kuasa yang sama seperti sultan dari negeri-negeri yang lain. Beza asasnya adalah Yang di-Pertuan dibantu oleh Undang Berempat. Penduduk asal Negeri Sembilan terdiri daripada kaum orang asli seperti Sakai, Jakun dan Besisi. Kaum Biduanda pula merupakan masyarakat orang asli yang berkahwin dengan orang Minangkabau. Orang Minangkabau mula datang secara kecil-kecilan ke Negeri Sembilan pada tahun 1388. Perlantikkan raja di Negeri Sembilan berbeza dengan negari lain. Pembesar-pembesar inginkan raja yang memerintah mestilah berpegang teguh kepada adat perpatih. Dengan itu pembesar-pembesar ini telah menggadap Sultan Johor pada waktu itu untuk meminta keizinan mendapatkan raja dari Minangkabau. Sultan Johor bersetuju dengan permintaan tersebut memandangkan Johor pada ketika itu sedang menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman. Raja Minangkabau bersetuju untuk menghantar puteranya iaitu Raja Mahmud. Raja Mahmud atau nama gelarannya Raja Melewar kerana sikapnya yang suka melawat atau melewar ke negeri Johor, Siak, Inderapura dan Melaka sebelum sampai ke Negeri Sembilan. Sewaktu persinggahnnya di Johor, Sultan Johor telah memberikan Cop Mohor menandakan Raja Melewar berkuasa penuh ke atas Negeri Sembilan. Setibanya di Negeri Sembilan, Raja Melewar ingin melancarkan perang keatas Raja Khatib kerana Raja Khatib telah menyamar sebagai Raja dari Minangkabau. Setelah berperang sebanyak dua kali, barulah kemenanagan berpihak kepada Raja Melewar. Selepas kemenenangan itu Seri Menanti dijadikan sebagai pusat pemerintahannya. Pada waktu ini rakyat yang dulunya bermastautin di luar, kembali semula ke kampung halaman. Raja Melewar mangkat pada tahun 1795. Walaubagaimanapun anaknya Tunku Totok tidak ditabalkan sebagai raja sebaliknya para pembesar melantik penganti dari keturunan raja Minangkabau . Raja Hitam dilantik sebagai Yamtuan di Penapis,Rembau. Raja Hitam telah berkahwin dengan Puteri Aishah anak kepada Almarhum Raja Melewar. Hasil perkahwinan tersebut Raja Hitam tidak dikurniakan anak,sebaliknya Raja Hitam berkahwin dengan rakyat biasa dan

Upload: james-jackson

Post on 11-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Negeri SembilanNegeri Sembilan merupakan gabungan sembilan daerah atau dalam bahasa Minangkabau gabungan sembilan luak dan ianya merupakan sebuah negeri yang unik. Negeri Sembilan Darul Khusus dengan pengertian Darul Khusus itu adalah kelebihan istemewa. Raja yang memerintah bergelar Yang di-Pertuan Besar mempunya taraf dan kuasa yang sama seperti sultan dari negeri-negeri yang lain. Beza asasnya adalah Yang di-Pertuan dibantu oleh Undang Berempat. Penduduk asal Negeri Sembilan terdiri daripada kaum orang asli seperti Sakai, Jakun dan Besisi. Kaum Biduanda pula merupakan masyarakat orang asli yang berkahwin dengan orang Minangkabau. Orang Minangkabau mula datang secara kecil-kecilan ke Negeri Sembilan pada tahun 1388.

Perlantikkan raja di Negeri Sembilan berbeza dengan negari lain. Pembesar-pembesar inginkan raja yang memerintah mestilah berpegang teguh kepada adat perpatih. Dengan itu pembesar-pembesar ini telah menggadap Sultan Johor pada waktu itu untuk meminta keizinan mendapatkan raja dari Minangkabau. Sultan Johor bersetuju dengan permintaan tersebut memandangkan Johor pada ketika itu sedang menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman. Raja Minangkabau bersetuju untuk menghantar puteranya iaitu Raja Mahmud. Raja Mahmud atau nama gelarannya Raja Melewar kerana sikapnya yang suka melawat atau melewar ke negeri Johor, Siak, Inderapura dan Melaka sebelum sampai ke Negeri Sembilan. Sewaktu persinggahnnya di Johor, Sultan Johor telah memberikan Cop Mohor menandakan Raja Melewar berkuasa penuh ke atas Negeri Sembilan. Setibanya di Negeri Sembilan, Raja Melewar ingin melancarkan perang keatas Raja Khatib kerana Raja Khatib telah menyamar sebagai Raja dari Minangkabau. Setelah berperang sebanyak dua kali, barulah kemenanagan berpihak kepada Raja Melewar. Selepas kemenenangan itu Seri Menanti dijadikan sebagai pusat pemerintahannya. Pada waktu ini rakyat yang dulunya bermastautin di luar, kembali semula ke kampung halaman. Raja Melewar mangkat pada tahun 1795. Walaubagaimanapun anaknya Tunku Totok tidak ditabalkan sebagai raja sebaliknya para pembesar melantik penganti dari keturunan raja Minangkabau . Raja Hitam dilantik sebagai Yamtuan di Penapis,Rembau. Raja Hitam telah berkahwin dengan Puteri Aishah anak kepada Almarhum Raja Melewar. Hasil perkahwinan tersebut Raja Hitam tidak dikurniakan anak,sebaliknya Raja Hitam berkahwin dengan rakyat biasa dan meperolehi empat orang anak. Bagaimanapun sekali lagi perlantikan raja di Negeri Sembilan bukan lah pada faktor keturunan. Raja hitam telah mangkat pada tahun 1808 dan bersemayam di Seri Menanti.

Yamtuan seterusnya merupakan kerabat dari Minagkabau iaitu Raja Lenggang dan Raja Lenggang merupakan permulaan baru dalam corak perlantikkan raja di Negeri Sembilan apabila anaknya Raja Radin diangkat sebagai Yamtuan pada tahun 1831. Maka bermulalah pada waktu ini perlantikan raja melalui faktor keturunan.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah oleh kerana ingin mengekalkan adat perpatih di Negeri Sembilan, maka raja yang dipilih mestilah benar-benar dapat mengamalkan dan melaksanakan adat perpatih dalam sistem pemerintahannya. Anak kepada seorang raja belum tentu dapat memegang tahkta jika pembesar tidak bersetuju dengan perlantikkannya.Bibliografi

1. Buyung Adil, Sejarah Negeri Sembilan,Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka 1981.

2. Norhalim Hj Ibrahim, Negeri Yang Sembilan,Fajar Bakti, 1995