negeri pinang

Upload: jikki

Post on 03-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gfgtf

TRANSCRIPT

Kubu Cornwallis mendapat nama sempena nama seorang Gabenor Jeneral di Bengal iaitu Charles Cornwallis. Gabenor Jeneral Corwallis ialah ketua angkatan tentera British yang menentang angkatan tentera Amerika yang diketuai oleh George Washington semasa Revolusi Amerika. Di dalam peperangan tersebut, tentera British tewas dan Gabenor Jeneral Cornwallis menyerah diri kepada George Washington. Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama menandakan tapak penempatan pertama orang British di Tanah Melayu.Kubu Cornwallis dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light sebaik sahaja beliau berjaya mengambil alih negeri tersebut daripada Sultan Kedah. Ia terletak di timur-laut Pulau Pinang. Kota yang dibina oleh Kapten Francis Light tersebut pada asalnya dibina dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal dan melitupi kawasan seluas 417 kaki persegi. Tiga tahun kemudian, ia dibina semula untuk memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran dan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini. Batang nibong itu telah diganti dengan batu-bata. Kota ini siap dibina pada tahun1793 semasa perkhidmatan Norman Macalister dengan kos sebanyak $80,000. Pada mulanya, Francis Light membina Kota Cornwallis sebagai kubu pertahanan untuk menahan serangan angkatan tentera Sultan Kedah yang ingin mengambil kembali Pulau Pinang setelah Francis Light mengingkari janji. Selain itu, ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis. Walau bagaimanapun, Kubu Cronwallis tidak pernah terbabit dalam apa jua peperangan.

Pakaian tradisional