nazar-teks pengacara majlis prb

5
Mengumumkan ketibaan MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSIN PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJA KEM BATU KENTOMEN , (semua tetamu dan murid terus berdiri) Nyanyian lagu negaraku. Ybhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSIN PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJA KEM BATU KENTOMEN , Yang berusaha EN MOHD NAZIR B MUSA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK KIARAMAS Yang berusaha ……………………………………………………………………… Penolong kanan hem Yang berusaha ……………………………………………………………………… Penolong kanan tadbir dan kurikulum ……………………………………………………... Ketua-ketua bidang Ketua2 panitia Guru-guru serta murid-murid smk KIARAMAS Yang dikasihi sekalian

Upload: chepout

Post on 06-Feb-2016

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nazar-teks Pengacara Majlis Prb

Mengumumkan ketibaan MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSINPENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJAKEM BATU KENTOMEN , (semua tetamu dan murid terus berdiri)

Nyanyian lagu negaraku.

Ybhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSINPENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJAKEM BATU KENTOMEN ,

Yang berusaha EN MOHD NAZIR B MUSA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK KIARAMAS

Yang berusaha ………………………………………………………………………Penolong kanan hem

Yang berusaha ………………………………………………………………………Penolong kanan tadbir dan kurikulum……………………………………………………...

Ketua-ketua bidang

Ketua2 panitia

Guru-guru serta murid-murid smk KIARAMASYang dikasihi sekalian

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 malaysia.

Page 2: Nazar-teks Pengacara Majlis Prb

Terlebih dahulu marilah kita marafakkan kesyukuran kehadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia serta izinnya, maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang ceria ini, untuk kita bersama-sama menjayakan majlis pelancaran PROGRAM REMAJA BERWAWASANperingkat kebangsaan 2015 di smk KIARAMAS.

Untuk makluman para hadirin sekalian, upacara pelancaran PROGRAM REMAJA BERWAWASANini dijalankan serentak pada pagi ini di sebanyak 120 buah sekolah di seluruh negara. Dan alhamdulillah, sekolah kita antara sebuah sekolah yang telah terpilih daripada 120 buah sekolah tersebut.

dan majlis merakamkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan kita pada pagi ini iaitu Ybhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSINPENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJAKEM BATU KENTOMEN yang telah sudi hadir untuk bersama-sama dengan kita sempena majlis pelancaran PROGRAM REMAJA BERWAWASAN ini.

sidang hadirin yang dimuliakan,

bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan kehadrat ilahi, agar majlis kita mendapat rahmat serta keberkatan dari allah yang esa.

Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput

Saudara Muhammad Amir Asyraf B che Yusof untuk memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada

Saudara Muhammad Amir Asyraf B che Yusof atas bacaan doa itu tadi.

Pokok sirih tumbuh melataBuat santapan untuk pahlawan

Page 3: Nazar-teks Pengacara Majlis Prb

Tampillah tuan kami memintaMadah ucapan kata aluan

Untuk itu majlis dengan segala hormatnnya menjemput yang berusaha

En Mohd Nazir b Musa , Penolong Kanan kokurikulum untukmenyampaikan ucaan aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlismengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Nazir b Musa , Penolong Kanan kokurikulum atas ucapan aluan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,jangan patahkan batang jerami;kepada tuan sembah diberi,mohon rasmikan program ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Ybhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSINPENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJAKEM BATU KENTOMEN

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya melancarkan PROGRAM REMAJA BERWAWASAN2015 SMK KIARAMAS

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********(ucapan perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ybhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSINPENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJAKEM BATU KENTOMEN atas ucapan dan pelancaran PROGRAM REMAJA BERWAWASANitu tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan ICT tentang Program Remaja Berwawasan,

Page 4: Nazar-teks Pengacara Majlis Prb

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini di teruskan lagi dengan sesi taa’aruf untuk memperkenalkan barisan pelajar yang menyertai PROGRAM REMAJA BERWAWASAN . UNTUK ITU DIPERsILAKAN En Mohd Nazir B Musa, mengiringi yang Ybhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSIN , PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJA ,KEM BATU KENTOMEN untuk menerima senarai nama 40 orang peserta program . Majlis dengan ini mempersilakan

Dengan berakhir sesi taa’aruf itu tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran PROGRAM REMAJA BERWAWASAN pada pagi ni.

Dipersilakan semua sidang hadirin untuk berdiri bagi kita sama-sama menyanyikan lagu warisan

Dengan itu majlis pelancaran PROGRAM REMAJA BERWAWASAN ini melabuhkan tirainya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan kita iYbhg MEJAR HAJI MOHD AMIN B HUSIN ,PENOLONG PEGAWAI MEMERINTAH 74 BATILION KOR ORDNANS DIRAJA, KEM BATU KENTOMENDan kepada semua guru serta murid atas komitmen yang diberikan sepanjang majlis ini berjalan.

Sekian sahaja untuk kali ini.  Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

Di atas dahan burung tempua,Melihat rusa tepi perigi;Salam perpisahan untuk semua,Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih.....Assalammualaikum dan selamat sejahtera.