nazam

5

Click here to load reader

Upload: tun-mohd-hilmi

Post on 10-Jun-2015

2.196 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis. Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.

TRANSCRIPT

Page 1: nazam

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DANPPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009http://mohdhilmi.com / http://bakalguru.com Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu, pedagang -pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah datang ke Melaka untuk berdagang. Selain berniaga. mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan. Selain kitab suci AI-Quran. kitab-kitab Hadis. Kitab Tauhid, Fekah, Tasauf dan Tajwid juga diperkenalkan. Selain itu, mereka juga memperkenalkan Kitab Berzanji yang di dalamnya mengandungi pelbagai puisi Arab seperti Ratib. Berzanji. Syair, Burdah, Qasidah, Nasyid. Thamsil, Rubai. Kithah, Masnawi, Marhaban, Ghazal, Bayt dan Nazam.

--------------------------//---------------------------

merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya.

Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang.

Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak.

Aku mula nazam ini dengan nama, Allah yang memberi fahaman agama, Puji itu bagi Allah yang mulia, Lagi kekal ia lagi yang sedia.

Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan.

Di Melaka, Hajah Ramlah bte Haji Baba merupakan peminat nazam sehingga sekarang. Beliau merupakan ketua kepada Suara Srikandi Melaka yang memimpin Kumpulan Nazam Sri Kandi Tanjung Kling. Beliau yang berasal dari Tanjung Kling ,Melaka telah melibatkan diri dan menghidupkan semula nazam ini hampir 10 tahun lalu. Beliau merupakan wanita tunggal yang masih mengingati nazam yang hampir pupus. Menurut beliau, puisi-puisi lama yang didendangkan itu asli daripada nenek moyang turun temurun dan ia tidak diubah suai serta di tulis dengan tulisan jawi.

Page 2: nazam

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DANPPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009http://mohdhilmi.com / http://bakalguru.com

Nazam   Mukadimah

(Risalah Ahmad Mufki)

Kami nama nazam ini mukadimah,Bagi yang baru belajar ilmu Allah,

Kami harap bagi Allah Tuhan Esa,Mana salah faham kami ampun dosa,Ya Rabbana kami harap akan rahmat,Dari dunia sampai kami ke akhirat,

Ya Rabbana bila sampai mati kami,Dengan iman supaya kami tidak rugi,

Oleh itu mari kita sama-sama,Buat amal jangan leka jangan lena,

Sampai sini nazam kami akhir kata,Mana salah faham kami ampun dosa.

————————–

NAZAM berasal daripada perkataan Arab dan tergolong dalam puisi Melayu tradisional. Nazam mempunyai struktur dan ciri-ciri irama lagu yang tersendiri. Biasanya nazam terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap. Setiap barisnya juga terikat, iaitu mempunyai sekitar dua belas suku kata dan dibaca atau dinyanyikan dengan lagunya yang tersendiri.

Kebanyakan lagu nazam bertemakan keagamaan seperti memuji kebesaran Allah, menceritakan syurga dan neraka, amal ibadat, nabi, malaikat, dan kadangkala berbentuk nasihat.

Nazam dilagukan dalam majlis keagamaan di masjid, sekolah, rumah, dan sebagainya.

--------------------//----------------------

Nazam ialah satu genre puisi klasik Melayu yang berasal daripada puisi Arab. Menurut Mohd Ali Bachik lagi,

Pada awal abad kedua puluh, nazam amat popular sebagai nyanyian masyarakat kampung dalam majlis-majlis tertentu. Pada masa ini nazam sudah hampir luput dari alam puisi Melayu, alam

Page 3: nazam

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DANPPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009http://mohdhilmi.com / http://bakalguru.com tradisi lisan bahkan dari alam budaya Melayu. Pahadal nazam amat mudah difaham, amat sedap didengar apabila dinyanyikan, dan tidak sukar pula untuk mengarangnya.

Ciri-ciri nazam adalah seperti berikut :

1. serangkap nazam terdiri daripada dua baris berangkap2. baris nazam terdiri daripada enam patah perkataan ataupun lebih kurang dua belas suku

kata.3. nazam dibaca dengan irama lagunya yang tertentu

Nazam bertemakan agama iaitu menceritakan hal-hal syurga, neraka, ajal maut, amal ibadat, Nabi, malaikat dan seruan memuji kebesaran Tuhan. Kadang-kadang ada juga nazam bertemakan nasihat, menuntut ilmu, akhlak dan sebagainya.

Contoh nazam :

Nazam Mukadimah (Risalah Ahmad Mufti)

Allah Allah azza wajal tuhan kami, Kami minta ampun akan dosa kami.

Kami nama nazam ini mukadimah, Bagi orang baru belajar ilmu Allah.

Kami harap bagi Allah Tuhan Esa, Mana salah faham kami ampun dosa.

Ya rabbana kami harap akan rahmat, Dari dunia sampai kami ke akhirat.

....

Sampai sini nazam kami akhir kata, Mana salah faham kami ampun dosa.

Nazam juga mestilah dimulakan dengan salam, selawat dan basmalah. Zaman dahulu, nazam menjadi satu cara untuk menghidupkan surau dan madarasah. Kuliah yang disampaikan dalam bentuk ceramah mungkin ada menarik satu pihak sahaja tetapi, apabila disampaikan dalam bentuk nazam (perbandingan sekarang nasyid) kesannya berbeza kepada pihak yang lain.

Page 4: nazam

MOHAMAD HILMI BIN MOHD DANPPISMP INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR, 2009http://mohdhilmi.com / http://bakalguru.com Lihat sahaja bagaimana anak-anak yang didedahkan dengan nasyid "Raihan" begitu mudah menghafal nama-nama Rasul, mudah selawat dan mengucap. Ungkapan yang amat fasih pada lidahnya. Demikian halnya dengan nazam. Nazam Sifat 20 misalnya, memudahkan seseorang menghafal makna Sifat-Sifat Allah; ataupun Nazam Rukun Islam.