nazam

15
PUISI TRADISIONAL “NAZAM” DISEDIAKAN OLEH: NURASYIKIN BINTI HASHIM NURSUZIEYANI BT MOHD DAHLAN ROSLINDA BINTI GHAFAR SYAIRAH NAJIHAH BT WAN YUSOF

Upload: syairah-najihah

Post on 25-Nov-2015

146 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Ilmu Nazam

TRANSCRIPT

PENGENALAN PUISI TRADISIONAL NAZAM

PUISI TRADISIONALNAZAMDISEDIAKAN OLEH:NURASYIKIN BINTI HASHIMNURSUZIEYANI BT MOHD DAHLANROSLINDA BINTI GHAFARSYAIRAH NAJIHAH BT WAN YUSOFAPA ITU nazam??

PENGENALANNazam merupakan salah satu daripada puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu.Nazam seakan-akan menyerupai nasyid tetapi didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara spontan oleh kaum wanita. Kebanyakan lirik atau seni kata nazam berbentuk puisi lama yang mengandungi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar yang biasanya berkaitan dengan Ilmu Tauhid, Fardhu Ain, Sifat Rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Menurut sejarah, nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke-16, nazam dibawa ke Asia tenggara melalui pedagang dan alim ulama.

Konsep nazamKamus Dewan (2010), nazam ialah sejenis gubahan puisi (spt sajak, syair).Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Kesusasteraan Urdu: Nazam merujuk kepada puisi objektif, lazimnya mengandungi isi yang berbentuk naratif, pengajaran atau kritikan dan sindiran.

Ciri-ciri nazamCiri-ciri BentukBentuk terikat, iaitu dari segi bilangan baris serangkap, iaitu terdiri dua baris serangkap.Skema rimanya ialah a-a atau a-b, c-b, d-b dan seterusnya; dan kadang-kadang a-a, b-b, c-c dan seterusnya.Jumlah perkataan sebaris dan suku kata di dalam tidak tetap.Keseluruhan rangkap adalah idea yang hendak disampaikan.Ciri-ciri isiIsinya mengandungi nasihat dan pengajaran agama yang membawa kepada kebaikan dan mengajak manusia ke arah mengingati ajaran-ajaran agama (Cth. Nazam Ajal).Isinya juga menyentuh rukun iman dan huraian terperinci tentang syarat dan maknanya (cth. Nazam Rukun Iman).Isinya tidak sempurna dalam dua baris dan memerlukan rangkap-rangkap yang lain untuk menjadi kesatuan idea.Boleh dibawa secara berlagu seperti nasyid dan qasidah.Cara mendendangkan nazamLazimnya nazam disampaikan dengan berlagu.Secara umum, lagu nazam boleh dibahagikan kepada dua kategori.Lagu atau intonasi zikir untuk nazam yang dibaca di surau-surau.Lagu nasyid untuk nazam yang disampaikan di tempat-tempat keramaian khasnya majlis-majlis keagamaan.LAGU ZIKIRLagu zikir menggunakan nada yang rendah, dan sesuai untuk tempat seperti surau.Baris pertama dimulakan dengan intonasi panjang dan tinggi pada suku kata yang pertama, diikuti dengan pendek dan rendah pada suku kata kedua. Baris kedua dimulakan dengan pendek dan rendah pada suku kata yang pertama dan tinggi dan panjang pada suku kata yang kedua. Hal ini diulang pada suku kata ketiga dan keempat hingga ke akhir. Suku kata yang akhir setiap baris diberi penekanan, iaitu dengan lebih ditinggikan dan dipanjangkan.

LAGU ZIKIRPengulangan perkataan dan ungkapan yang terdapat pada nazam adalah sesuai untuk diserapkan ke dalam zikir. .Nazam juga dibaca dengan rentak pendek panjang dan penekanan kepada suku kata yang keempat. Melodi seperti ini boleh disebut sebagai melodi terbuka dan mudah disesuaikan dengan bilangan suka kata nazam yang tidak terhad.LAGU NASYIDDi dalam majlis-majlis keramaian nazam dilagukan dengan lagu yang lebih rancak dan nada yang lebih tinggi untuk menimbulkan kemeriahan tetapi lembut dan terkawal sesuai dengan seni kata yang berunsur keagamaan.Mengikut catatan Mohd Ali Bachik (2004:15), lagu yang paling banyak digunakan untuk nazam ialah lagu yang dikenali sebagai Abdaubis yang berasal dari berzanji. Pada masa ini, lagu ini lebih popular di Tanjung Bidara dan Tanjung Keling. Contohnya, Seniman Agung P.Ramlee mempopularkan lagu Nazam Sidi menjadi lagu Gambus Jodoh (dari filem Madu Tiga) dan Tolong Kami Bantu Kami (daripada filem Tiga Abdul). Kumpulan-kumpulan nazam semasa juga telah menggubah irama-irama baru yang sesuai untuk menyanyikan nazam untuk menjadikan kesenian ini lebih menarik khasnya untuk menarik minat generasi muda.

Contoh dendangan nazamContoh dendangan nazam

NAZAM KASIH AYAH DAN IBUBudi bahasa, nilai murni budaya kita,Jadi warisan tidak lapuk ditelan masa.

Sopan laku, santun kata sifat terpuji,Amalkan selalu baru kita dihormati.

Ibu bapa warga tua dipandang tinggi,Selamat dunia akhirat pasti tuhan rahmati.