naim

21
PROSES PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat proses pengorganisasian dan mengenal pasti gaya kepimpinan yang diamalkan olehLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Bandar Baru Selayang. Sampel kajian melibatkan 10 orang pekerja yang bertugas ditempat tersebut.Data kuantitatif dipungut menggunakan soal selidik manakala data kuatitatif pula dipungut menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian.Data sekunder juga digunakan sebagai data kualitatif dan dianalisis secara manual. Data kajian menunjukkan FAMA telah melaksanakan proses pengorganisasian yang sistematik. Data juga menunjukkan pemimpin tertinggi FAMA menggunakan gaya kepimpinan demokratik. Berdasarkan kajian, dapat dirumuskan bahawa dengan amalan pengurusan dan gaya kepimpinan yang sedia ada, FAMA mempunyai peluang yang cerah untuk kejayaan seperti yang ditetapkan dalam matlamat organisasi tersebut.

Upload: sufi-lee-fizah-chuswan

Post on 02-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh PBS FAMA 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Naim

PROSES PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN LEMBAGA PEMASARAN

PERTANIAN PERSEKUTUAN

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat proses pengorganisasian dan mengenal pasti gaya kepimpinan yang diamalkan

olehLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Bandar Baru Selayang. Sampel kajian melibatkan 10 orang

pekerja yang bertugas ditempat tersebut.Data kuantitatif dipungut menggunakan soal selidik manakala data kuatitatif

pula dipungut menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian.Data sekunder juga digunakan sebagai data kualitatif

dan dianalisis secara manual. Data kajian menunjukkan FAMA telah melaksanakan proses pengorganisasian yang

sistematik. Data juga menunjukkan pemimpin tertinggi FAMA menggunakan gaya kepimpinan demokratik. Berdasarkan

kajian, dapat dirumuskan bahawa dengan amalan pengurusan dan gaya kepimpinan yang sedia ada, FAMA mempunyai

peluang yang cerah untuk kejayaan seperti yang ditetapkan dalam matlamat organisasi tersebut.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Page 2: Naim

ABSTRAK

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG ORGANISASI

3.2 ASPEK KAJIAN

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 KAJIAN ILMIAH

4.2 TEMU BUAL

4.3 PEMERHATIAN

4.4 SOAL SELIDIK

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 REKA BENTUK ORGANISASI

5.2 PROSES ORGANISASI

5.3 KONSEP ORGANISASI

5.4 GAYA KEPIMPINAN

6.0 RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 3: Naim

1.0 PENGENALAN

Menurut kamus dewan edisi ketiga, halaman 948 pengorganisasian dimaksudkan dengan proses

mengorganisasikan sesuatu. Manakala rujukan melalui buku STPM penggal 2 Logman pula menyatakan

bahawa pengorganisasian merupakan proses menyusun dan mengagihkan sumber manusia dan sumber

lain untuk melaksanakan tugas agar matlamat organisasi yang telah ditetepkan dapat dicapai dengan

cekap dan berkesan

Menurut Stephen P. Robbins, organisasi merupakan kesatuan sosial yang dikoordinasikan secara sadar

dengan sebuah batasan yang relatif dapat diidentifikasi dan bekerja atas dasar yang relatif terus-menerus

untuk mencapai suatu tujuan bersama atau sekelompok tujuan.

Kepimpinan adalah satu proses dimana pemimpin akan mempengaruhi perlakuan pekerja atau

subordinatnya supaya mereka melaksanakan tugas demi mencapai matlamat organisasi. Pemimpin yang

berkebolehan akan berjaya mempengaruhi pekerjanya untuk mematuhi setiap arahan yang diberikan.

Menurut Certo, kepimpinan adalah proses pengarahan tingkah laku individu lain kearah penyempurnaan

sesuatu objektif.

Manakala gaya kepimpinan pula merupakan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin untuk

mempengaruhi pekerjanya bagi mleaksanakan sesuatu tugas. Namun, terdapat pelbagai gaya

kepimpinan yang digunakan oleh pengurus mengikut keadaan atau situasi. Kepentingan

pengorganisasian ini kepada sesebuah syarikat atau perkhidmatan adalah membolehkan penyelarasan

tugas antara jabatan supaya aktiviti organisasi dapat berjlan dengan baik.Selain itu, organisasi dapat

menetapkan pembahgian kerja yang sesuai kepada pekerja serta sumber manusia dapat digunakan secara

optimum.

Pengkaji telah memilih organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(Fama) sebagai kajiannya

yang bertajuk system pengorganisasian dan gaya kepimpinan yang diamalkan dalam fama. Organisasi

ini dipilih adalah untuk mengkaji reka bentuk organisasi, menjelaskan proses pengorganisasian yang

diamalkan, menganalisis konsep pengorganisasian yang digunakan dan mengenalpasti gaya kepimpinan

yang dipraktikkan oleh pengurus atasanLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Page 4: Naim

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:

2.1 mengenal pasti reka bentuk organisasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

2.2 mengenal pasti proses pengorganisasian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

2.3 mengetahui dan memahami konsep pengorganisasian yang diaplikasi dalam pengurusan firma.

2.4 mengenal pasti gaya kepimpinan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

3.0 LATAR BELAKANG / LOKASI KAJIAN

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dipilih sebagai focus kajian menjalankan

perniagaannya di Lot 17304 Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority)

ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan

memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Setiap

penubuhan organisasi semestinya mempunyai visi dan misi dalam perniagaan, visi organisasi FAMA ialah

peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian manakala misi FAMA pula ialah Membangun rantaian

pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada

pelanggan.Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu :

3.1 ObjektifLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan:

Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia

sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian

dan makanan.

Pembangunan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan.

Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan

luar negara.

Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan

teknologi terkini.

Page 5: Naim

3.2 Antara hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah:

Sayur-sayuran

Buah-Buahan

Bijiran dan Herba

Ternakan dan Akuakultur

3.3 Strategi-strategi FAMA adalah seperti berikut:-

Memperbaiki Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Rantaian Bekalan

Kecemerlangan Perisikan Pasaran

Pengiktirafan Jenama Pasaran Domestik dan Antarabangsa

Pembangunan Keupayaan

3.4 Fungsi -Fungsi Utama FAMA ialah:

Menyelaras aktiviti -aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan/agensi kerajaan

Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia

Bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan/agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan

Membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertania, berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian dan

Melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian, terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian.

Rajah 1: Lokasi kajian di Lot 17304 Jalan Persiaran 1, Bandar Baru Selayang.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Page 6: Naim

4.1 SOAL SELIDIK

Penggunaan soal selidik dipilih kerana ia memudahkan dan menjimatkan. Dalam kajian ini, pengkaji telah

memilih kaedah soal selidik sebagai satu kaedah pungutan atau satu cara untuk mendapatkan maklumat

dan data yang seragam. Ini seperti yang dinyatakan oleh Oppenheim dalam Mohd Najib (1999), dimana

beliau menyatakan bahawa kaedah soal selidik mampu mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,

persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang. Menurutnya lagi, soal selidik juga

amat tepat, menjimatkan masa dan mudah diagihkan berbanding dengan temuduga atau bentuk pungutan

data yang lain. Ia juga sesuai dengan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji. Pengkaji memilih

instrument soal selidik dengan rasional bahawa jangka masa yang singkat diperlukan untuk mendapatkan

maklum balas dan responden tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur bias.

4.2 TEMU BUAL

Selain itu, pengkaji juga memilih kaedah temu bual dan kaedah pemerhatian. Kaedah menemu bual

digunakan khusus untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar khususnya tentang gaya

kepimpinan yang diamalkan oleh firma. Kaedah pemerhatian pula digunakan khususnya untuk melihat

praktis konsep-konsep pengorganisasian dan hubungan majikan dan pekerja.Pengkaji jiga menggunakan

data sekunder iaitu mendapatkan maklumat-maklumat asas, carta organisasi dan sebagainya melalui

laporan firma.

4.3 RUJUKAN

Kaedah ini digunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan definisi pengorganisasian dan gaya

kepimpinan. Rujukan diperolehi melalui kamus dewan edisi ketiga,buku rujukan STPM penggal 2. Selain

itu, pengkaji mengguna rujukan untuk melawati laman-laman blog Pengajian perniagaan dan portal

rasmiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi mendapatkab maklumat tambahan yang

terkandung dalam laman-laman dan portal rasmi tersebut.

4.4 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang tidak perlu menggunakan peralatan moden yang juga

merupakan alternative yang terdapat dalam pengurusan data selain soal selidik, temu bual dan rujukan.

Kaedah ini digunakan untuk melihat reka bentuk organisasi dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh

pengurus atasan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui penjelasan pengurus

atasan tentang FAMA melalui temubual yang dijalankan.

Page 7: Naim

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 REKA BENTUK ORGANISASI LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN

(FAMA)

Berdasarkan carta organisasi dibawah, reka bentuk FAMA ialah struktur penjabatan fungsian.

5.1.1 RASIONAL PEMILIHAN STRUKTUR FUNGSIAN

Page 8: Naim

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merupakan sebuah organisasi perniagaan yang besar.FAMA

mempunyai pelbagai jabatan dan memiliki pekerja yang sangai ramai.Oleh itu, reka bentuk yang dipilih dan

digunakan oleh FAMA ialah penjabatan fungsian.struktur fungsian sesuai diguna pakai yang mana sumber boleh

digunakan dengan cekap.Pengkhususan kerja juga boleh dilakukan dengan berkesan kerana setiap pekerja mahir

dengan tugas yang dilakukan.Kawalan dan penyeliaan terhadap semua aktiviti dalam satu-satu jabatan juga

mudah dilakukan.

5.1.2 ANALISIS KESELURUHAN HASIL SOAL SELIDIK.

Jadual: Reka Bentuk Pengorganisasian

Bil. Soalan Ya Tidak

1 Adakah organisasi ini menggunakan carta organisasi untuk menentukan pembahagian tugas?

15 -

2 Adakah organisasi ini telah menetapkan tatacara/tatatugas sebagai panduan kepada pekerja?

15 -

3 Adakah organisasi ini menggabungkan aktiviti perniagaan yang berkaitan dalam satu jabatan?

15 -

4 Adakah pasukan akan dibentuk sekiranya terdapat sesuatu masalah yang sukar diselesaikan?

15 -

5 Adakah organisasi ini mempunyai banyak cawangan? 15 -

6 Adakah organisasi ini menjalankan aktiviti perniagaan yang tidak berstruktur?

- 15

7 Adakah setiap pasaran itu dikendalikan oleh pengurus yang berlainan?

15 -

6.0 Menganalisis Reka Bentuk Pengorganisasian.

6.1 Analisis penggunaan carta organisasi dalam menentukan pembahagian tugas.

Dengan jadual ini, hasil tersebut telah menunjukkan bahawa semua responden yang seramai 15

orang iaitu 100% telah menyetujui terhadap soalan tersebut. Hal ini jelas menyatakan bahawa

FAMA menggunakan carta organisasi untuk menunjukkan peringkat pengurusan.

Page 9: Naim

6.2 Analisis penetapan tatacara/tatatugas sebagai panduan kepada pekerja.

Dengan jadual tersebut, hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa semua responden telah menyetujui

soalan tersebut. Hal ini menjelaskan bahawa FAMA melakukan penetapan tatatugas organisasi sebagai

panduan kepada pekerja yang meliputi semua aspek pengurusan seperti pengambilan pekerja, ganjaran,

latihan dan pembagunan, cuti,kod pakaian serta hubungan industri.

6.3 Analisis gabungan aktiviti perniagaan yang berkaitan dalam satu jabatan.

Dengan jadual tersebut, hasil tersebut menjelaskan persetujuan diantara semua responden mengenai

gabungan aktiviti perniagaan yang digunakan dalam organisasi FAMA yang merupakan peroses

pengelompokan sumber manusia dan aktiviti-aktiviti organisasi yang sama dalam satu jabatan secara

sistematik.

6.4 Analisis pasukan yang akan dibentuk apabila berlaku masalah.

Hasil kajian menyatakan, semua responden bersetuju kerana setiap masalah yang timbul dan sukar untuk

diselesaikan akan membentuk satu pasukan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

6.5 Analisis soalan yamg ke lima

Dengan ini, kesemua responden menyatakan bahawa organisasi FAMA mempunyai banyak cawangan

yang diperolehi sama ada didalam negara atau diluar negara. Hal ini kerana, penjabatan mengikut lokasi

ini biasanya diwujudkan untuk mendapat bahan mentah atau memudahkan pemasaran produk kepada

pengguna di lokasi berkenaan.

6.6 Analisis soalan yang ke enam

Dengan ini, hasil kajian menunjukkan seramai 15 orang responden yang tidak bersetuju dengan

menyatakan organisasi yang dijalan oleh FAMA adalah tidak berstruktur.

6.7 Analisis soalan yang ke tujuh.

Dengan ini, hasil kajian kemua responden menyatakan setiap pemasaran akan dikendalikan oleh pengurus

yang terlibat. Ini bertujuan dapat memudahkan pengurus lebih menunpukan dalam hal yang lebih penting.

###MENGAPA TIBA-TIBA NUMBERING NIE JADI 6.0???? NAIM

5.2 PROSES PENGORGANISASIAN

Page 10: Naim

Berdasarkan analisis data yang telah dikumpul, terdapat 5 langakah yang perlu diikuti untuk membolehkan fungsi

ini dilaksanakan secara berkesan. Berikut adalah proses pengorganisasian Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA).

Rajah 1: Proses Pengorganisasian

**MANA JADUALNYA????

Jadual 2 di atas menunjukkan proses pengorganisasian Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA).

5.2.1 PENENTUAN OBJEKTIF

Setiap organisasi mempunyai matlamat.Matlamat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

ialah menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia,

termasuk pengimportan dan pengeksportan.Bagi memastikan matlamat FAMA dicapai, objektif yang

perlu dicapai oleh setiap jabatan dalam firma telah ditetapkan selari dengan usaha ke arah matlamat

organisasi.Objektif jabatan kewangan FAMA adalah memnuat perancangan kewangan dari segi keperluan

pembiayaan bagi menyokong sasaran jualan yang diramalkan. Objektif Jabatan Inventori pula

memastikan kuantiti stok pada aras yang optimum. Manakala objektif Jabatan Pemasaran diperincikan

mengikut bahagian yang berada di bawah jabatan tersebut.Objektif setiap bahagian ditetapkan dalam

bentuk sasaran anggaran pendapatan tahunan yang perlu dicapai oleh setiap bahagian.Objektif setiap

bahagian tersebut ditetapkan dengan mengambil kira populisi pelanggan sasaran didalam kawasan

pasaran.

5.2.2 PENGENAL PASTI AKTIVITI

Pengurus akan mengenal pasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai objektif

yang ditetapkan. Hal ini termasuk menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada aktiviti utama dan

sampingan.Contohnya organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengenal

pasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya.Ia dilakukan dengan

menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada semua jabatan yang terdapat dalam organisasi supaya

objekif utama FAMA dapat dicapai.

5.2.3 PENGELASAN AKTIVITI

Page 11: Naim

Pengelasan aktiviti merujuk kepada kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja

atau kriteria tertentu.Dalam sesebuah organisasi, pelbagai aktiviti perlu dilakukan untuk mencapai

objektif yang telah ditetapkan dan pelbagai kemahiranperlu miliki pekerja untuk melaksanakan aktiviti

tersebut.Contohnya organisasi FAMA telah mengelaskan beberapa aktiviti kepada setiap

jabatan.Misalnya aktiviti utama jabatan pemasaran ialah merancang dan meningkatkan jumlah pelanggan

yang sedia ada

5.2.4 PENGELOMPOKAN AKTIVITI

Pengelompokan aktiviti merujuk kepada proses mengumpulkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam

bahagian tertentu. Contohnya , aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokkan untuk

membentuk satu bahagian kerja formal.

5.2.5 PENGAGIHAN TUGAS, AUTORITI DAN TANGGUNGJAWAB

Peringkat ini merupakan peringkat ynag terakhir dalam proses pengorganisasian, pengurusan atasan akan

mengagihkan tugas kepada ketua jabatan dan memberi penerangan tentang sasaran yang perlu dicapai

oleh setiap jabatan. Manakala ketua setiap jabatan pula akan mengagihkan tugas kepada pekerja mereka

mengikut kemahiran yang dimiliki setiap pekerja. Contohnya ketua jabatan perancangan dan

pembangunan landskap akan memberi tugas kepada setiap pekerja berdasarkan kemahiran yang mereka

ada kepada beberapa bahagian. seterusnya autoriti dan tanggungjawab diberikan kepada pekerja agar

dapat melaksanakan tugasnya dengancekap dan berkesan dan menentukan hubungan majikan dengan

pekerjanya melalui rantaian arahan. Contohnya ketua jabatan dilantik oleh YDP yang bertindak menjadi

orang pertengahan anatara majikan dengan pekerja-pekerjanya.Hal ini, bagi memudahkan proses

penerimaan dan pemberian maklumat kepada majikan FAMA dan pekerja-pekerjanya.

Page 12: Naim

7.0 Menganalisis Proses organisasi.

Bil. Soalan Ya Tidak1 Adakah organisasi ini membuat target objektif yang meliputi spesifik, boleh

diukur, boleh dicapai, realistik, dan mempunyai jangka masa?15

2 Adakah pengurus mengenal pasti aktiviti yang sesuai dilaksanakan agar mencapai objektif?

15

3 Adakah pengurus membuat pengelasan aktiviti dan dikelompokkan mengikut bahagian – bahagian tertentu?

15

4 Adakah pengurus mengelompokkan aktiviti – aktiviti mengikut sifat dan fungsi yang sama?

15

5. Adakah pengurus mengagihkan tugas kepada subordinat mengikut kebolehan dan kemahiran mereka?

15

7.1 Analisis penentuan objektif dalam organisasi

Dengan itu, jadual menjelaskan semua responden bersetuju dengan soalan yang diberikan kerana FAMA

memenuhi penentuan objektif dengan 5 ciri-ciri tersebut. Ini kerana, objektif itu akan dijadikan panduan

kepada pengurus untuk menentukan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi yang perlu dilakukan

bagi mencapai objektif tersebut.

7.2 Analisis pengenalpastian aktiviti dalam proses organisasi.

Dengan itu, semua responden bersetuju dengan memilih jawapan Ya kerana dalam organisasi pengurus

FAMA mengenal pasti aktiviti yang sesuai dilaksanakan terlebih dahulu dengan khusus dan terperinci

bagi mencapai objektif organisasi.

7.3 Analisis pengelasan aktiviti dalam proses organisasi.

Dengan jadual diatas, semua responden bersetuju dengan soalan yang diberi, kerana selepas aktiviti-

aktiviti yang terlibat dikenal pasti, pengelasan aktiviti-aktiviti tersebut akan dibuat dan kemudian akan

dikelompokan mengikut bahagian-bahagian tertentu.

7.4 Analisis pengelompokan aktiviti dalam proses organisasi.

Dengan jadual diatas, semua responden bersetuju kerana setelah menentukan jenis aktiviti yang perlu

dilakukan, aktiviti-aktiviti tersebut dikelompokan mengikut fungsi dan sifat yang sama. Misalnya, aktiviti

peletakan harga dan promosi akan diletakkan dibawah tugas Jabatan Pemasaran. Peningkatan aktiviti dan

kepelbagaian produk pula diletakkan dibawah Jabatan Pengeluaran.

7.5 Analisis pengagihan tugas, autoriti, dan tanggungjawab

Page 13: Naim

Hasil kajian menyatakan bahawa, semua responden bersetuju mengenai soalan yang diberi kerana

pengurus FAMA memberi sesuatu tugasan kepada subordinat mengikut kemahiran dan kebolehan yang

mereka perolehi.

KONSEP PENGORGANISASIAN

Terdapat pelbagai konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dikenal pasti melalui borang soal selidik yang diedarkan. Antaranya ialah:

Autoriti

Autoriti merujuk kepada hak seseorang individu dalam membuat sesuatu keputusan dan mengarahkan individu lain dalam organisasi. Seseorang yang diberi autoriti juga perlu diberi kuasa yang berpadanan dan bersesuaian bagi membolehkan setiap arahan yang diberikan dilaksanakan dengan berkesan.Autoriti ini wujud akibat daripada kedudukan seseorang dalam organisasi.Semakin tinggi jawatan seseorang individu berada dalam carta organisasi, semakin besar autoriti yang dimilikinya.Namun begitu, autoriti seseorang itu tertakluk kepada bidangnya sahaja, iaitu dia tidak berhak untuk memberi arahan dalam bidang yang tidak berkaitan.

Autoriti Lini

Autoriti lini merujuk kepada hak yang dimiliki seseorang pengurus bahagian dalam organisasi untuk membuat keputusan.Pengurus bahagian bertanggujawab untuk melaksanakan aktiviti utama organisasi dan membolehkan pengurus bahagian membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti utama organisasi.

Autoriti Staf

Autoriti staf merujuk kepada hak untuk memberi nasihat kepada fungsi lini dalam organisasi berdasarkan pengkhususan dan kepakaran yang dimiliki setiap fungsi. Contohnya organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu jabatan khidmat pengurusan mempunyai autoriti staf untuk memberi nasihat kepada semua jabatan dalam menguruskan pentadbiran di peringat jabatan.

Tanggungjawab

Tanggungjawab merupakan tugas yang diagihkan kepada seseorang individu dan tugas itu wajib dilaksanakan dengan

sebaik mungkin oleh individu yang berkenaanyang diserahkan kepadanya oleh pihak atasan melalui autoriti.Tanggungjawab kerap dianggap sebagai satu beban kerana setiap individu yang diberi tanggungjawab perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan berkesan dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Pemencaran Autoriti

Pemencaran autoriti merupakan hak membuat keputusan diagihkan kepada individu yang berada dalam lingkungan struktur organisai tetapi autori tertinggi masih dipegang oleh pengurus atasan. Contohnya dalam organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu ketua jabatan, memberi kuasa kepada ketua setiap bahagian yang juga dikendali sebagai mandul untuk memantau pekerja-pekerja yang lain supaya melakukan tugas yang telah ditetapkan, di samping dapat mengelakkan pekerja-pekerja bawahan memonteng semasa berkerja.

Penugasan Autoriti

Penugasan autoriti merupakan pengagihan tanggungjawab daripada seorang ketua kepada pekerja.Setiap pengurus harus melaksanakan penugasan autoriti untuk mengelakkan mana-mana individu dalam organisasi memikul tanggungjawab yang terlalu berat.contohnya organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu ketua setiap jabatan

Page 14: Naim

melakukan penugasan autoriti kepada pekerja bawahanya dengan memilih pekerja yang berkebolehan untuk memegang autoriti. Ketua bahagian perancangan memberi penjelasan yang terperinci mengenai tugas yag perlu dilakukan oleh pekerja bawahannya dan memaklumkan harapan dan jangkaannya daripada pelaksanaan tanggujawab tersebut

Rantaian Arahan

Rantaian arahan merupakan hubungan langsung antara ketua dengan pekerja. Rantaian arahan ditunjukkan melalui aliran autoriti dan tanggungjawab dalam satu bentuk garisan bersambung daripada pengurusan atasan kepada pihak pengurusan bahagian.Contohnya organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu setiausaha boleh menerima arahan daripada YDP, sementara ketua setiap jabatan pula boleh menerima arahan daripada setiausaha.Manakala ketua setiap bahagian boleh menerima arahan daripada ketua jabatan dan pekerja-pekerja bawahan boleh menerima arahan daripada ketua bahagian berdasarkan satu arahan dan prisip scalar.

Akauntabiliti

Akauntabiliti adalah amalan di mana seseorang pengurs bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan yang diambil apabila menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.Pengurus mempunyai akauntaliti terhadap penggunaan autoriti dan tindakan pekerjanya, manakala pekerja mesti bertanggungjawab sepenuhnnya terhadap tugasan yang dibuat.

Empowermen

Menurut Clutterbuck, D. & Kernaghan, S. 1994: Empowerment, empowermen boleh ditakrifkan sebagai satu cara penumpuan kuasa kepada individi tertentu dengan memberikannaya autoriti, tanggungjawab, sumber dan kuasa. Empowermen bermaksud delegasi tanggungjawab untuk membuat keputusan serta penurunan kuasa yang terkawal. Tujuan empowermen mewujudkan suasana agar pekerja dapat menggunakan keupayaan mereka semaksimum mungkin untuk mencapai matlamat organisasi.

Bil. Soalan Ya Tidak

1 Adakah organisasi ini merujuk kepada hak formal untuk membuat keputusan iaitu bertindak mengikut peraturan dan memberi arahan kepada pekerja bawahan?

15

2 Adakah pekerja bawahan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi oleh pihak atasan?

15

3 Adakah pengurus telah bertanggungjawab keatas sebarang tindakan yang dibuat?

15

4 Adakah organisasi ini melibatkan pengurus bawahan membuat keputusan dalam penetapan objektif organisasi?

15

5 Adakah pengurus atasan dalam organisasi ini memberi kuasa kepada pekerja bawahan untuk membut keputusan?

15

6 Adakah pengurus dalam organisasi ini memberi kuasa kepada pekerja bawahan untuk membuat keputusan dalam melaksanakan tugas?

12 3

7 Adakah seorang pengurus mengikut rangkaian arahan untuk mengarah dan mengawal pekerja bawahan bagi mencapai matlamat organisasi?

15

Page 15: Naim

8 Adakah pengurus menerima nasihat kepakaran perkhidmatan sokongan dalam bidang tertentu seperti perundangan, pengawalan kualiti, pembayaran dan sebagainya?

15

7.0 Objektif kajian yang ketiga: Menganalisis Konsep Pengorganisasian

7.1 Analisis pengorganisasian yang merujuk kepada hak formal untuk membuat sesuatu keputusan.

Hasil kajian menyatakan bahawa, semua responden bersetuju mengenai hak formal yang diberikan dalam organisasi untuk membuat keputusan dengan bertindak mengikut peraturan dan arahannya kepada pekerja bawahan.

7.2 Analisis mengenai tanggungjawab pekerja bawahan terhadap tugasan yang diberi.

Hasil kajian menyatakan, kesemua responden bersetuju dengan soalan berikut kerana pekerja bawahan bertanggungjawab dengan tugasan yang diberi oleh pihak atasan. Ini disebabkan, tanggungjawab merupakan kewajiban seorang pekerja untuk melaksanakan kerja yang diserakan kepadanya oleh pihak atasan melalui autoriti.

7.3 Analisis pengurus seorang bertanggungjawab

Hasil kajian menyatakan, semua responden menyatakan bahawa pengurus bertanggumgjawab dengan segala tindakan yang diambil apabila kumpulan tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai seorang pengurus. Dengan itu, pengurus mempunyai akauntabiliti terhadap penggunaan autoriti dan tindakan pekerjanya, manakala pekerja mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugasan yang dibuat.

7.4 Analisis organisasi yang melibatkan pengurus bawahan membuat keputusan dalam penetapan objektif organisasi.

Hasil kajian menyatakan, semua responden manyatakan bahawa pengurus bawahan juga boleh membuat keputusan dalam penetapan objektif dengan mempunyai kebaikan dan keburukan yang akan diperolehi. Misalnya dari segi kebaikan ialah mengurangkan beban pengurus pihak atasan manakala bagi keburukannya pula ialah kecekapan menurun jka subordinat kurang mahir.

7.5 Analisis pemberian kuasa kepada pekerja bawahan untuk membuat keputusan.

Dengan ini, semua responden bersetuju kerana pengurus memberi subordinat untuk membuat keputusan dan melakukan sesuatu tugas dengan lebih berkesan.

7.6 Analisis pemberian kuasa oleh pihak atasan dalam melaksanakan tugas.

Jadual diatas menunjukkan seramai 15 orang responden menyetujui dengan menyatakan Ya bagi soalan tersebut. Ini membuktikan bahawa pengurus FAMA memberi kepercayaan kepada pekerja bawahan dengan memberi kuasa untuk membuat keputusan dalam melaksanakan tugas.

7.7 Analisis rangkaian arahan yang perlu diikuti oleh seorang pengurus.

Dengan hasil ini, kesemua responden menyatakan pengurus FAMA mengikut rangkaian arahan untuk mengarah dan mengawal subordinatnya bagi mencapai matlamat organisasi. Pengurus ini termasuklah pengurus pengeluaran, pengurus pamasaran dan pengurus kewangan.

Page 16: Naim

7.8 Analisis kebenaran mengenai pengurus dalam menerima nasihat kepakaran perkhidmatan.

Dengan hasil ini, semua responden mengatakan pengurus menerima nasihat kepakaran perkhidmatan sokongan dalam bidang tertentu seperti perundangan, pengawalan kualiti, pembayaran dan sebagainya.

GAYA KEPIMPINAN

Menurut Luthan, kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi individu lain supaya melakukan

sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut. Luthan turut menyatakan pemimpin ialah individu yang mampu

mempengaruhi individu lain untuk melakukan apa yang dikehendaki individu tersebut. Dengan erti kata lain, kepimpinan

ialah satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengurus untuk mempengaruhi aktiviti individu dalam usaha mencapai

matlamat yang telah ditetapkan.

Melalui borang soal selidik yang diedarkan , pengkaji telah menganalisis borang soal selidik bahawa gaya kepimpinan

demokratik mendapat maklum balas yang majoriti daripada pekerja-pekerjanya. Pengurus atasan memberi kebebasan

bersuara kepada setiap pekerja tanpa mengira pangkat dan membuat keputusan secara bersama melalui mesyuarat yang

dijalankan. Contohnya organisasi mengamalkan pengurusan 5 ‘S’ yang mempunyai 5 patah perkataan Jepun iaitu Seiri,

Seiton, Seiso Seiketsu, dan Shitsuke yang membawa maksud sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal. Konsep 5 ‘S’

adalah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti mengutamakan kebersihan, keselamatan, kecekapan,

keceriaan dan kepuasan pelanggan.Melalui program persekitaran berkualiti, pengurus atasan memberi kebebasan kepada

setiap pekerja menyumbangkan idea melalui teknik sumbang saran yang diadakan dalam mesyuarat bulanan dan kreativiti

ke arah penambahbaikan berterusan terhadap tempat kerja masing-masing.hal ini akan mewujudkan kerjasama antara

pekerja dengan pengurus atasan dalam mebuat keputusan yang terbaik dalam organisasi agar objektif utamaLembaga

Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)iaitu mempertingkan kebersihan, keindahan dan pencahayaan disamping

memastikan pembangunan terkawal dan terancang dapat dicapai oleh organisasi.

Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Proses

membentuk dan melairkan pemimpin yang terbaik memerluakan jangka masa yang panjang. Pemimpin yang

berkebolehan akan berjaya mempengaruhi pekerjanya untuk mematuhi setiap arahan yang diberikan. Pemimpin

yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui

proses pembentukan daya kepiminan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah, 1991).

Jenis Kuasa

Page 17: Naim

Kuasa merupakan satu kebolehan dan keupayaan yang ada pada seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikut melaksanakan suatu tindakan supaya matlamat pemimpin tersebut dapat dicapai.

Kuasa Sah.

Kuasa sah ialah satu punca kuasa yang diperoleh pemimpin melalui sumber jawatan yang dimiliki dan diiktirafkan oleh organisasi. Seseorang akan dilantik melalui syarat dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kuasa pemimpin yang dilantik itu tertakluk kepada hierarki struktur penjawatan di dalam organisasi yang bersandarkan pada aktiviti, polisi, program dan peraturan .pemimpin yang memiliki kuasa sah mempunyai kuasa memberi arahan dan mempengaruhi tindakan para pekerja. Contohnya kuasa sah yang dimiliki dalam organisasiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada staf, majority mengatakan bahawa kuasa sah dimiliki oleh Yang Dipertua FAMA iaitu Y.Bhg Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldinyang bertindak memberi arahan yang jelas kepada pekerja-pekerja yang mengetuai setiap jabatan untuk melaksanakan sebarang aktiviti berdasarkan objektif yang ingin dicapai dalamLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Kuasa Ganjaran

Kuasa ganjaran merupakan keupayaa seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada para pekerja jika Berjaya mencapai matlamat seseorang pemimpin.Ganjaran yang diberikan oleh pemimpin kepada para pekerja terdapat dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.Antaranya kenaikan gaji, kenaikan pangkat, anugerah cemerlang perkhidmatan sebagainya. Contohnya, kuasa ganjaran yang dimiliki olehLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berdasarkan borang soal selidik, majority mengatakan bahawa kuasa tersebut dimiki oleh Y. Bhg. Dato' Ahmad B. Ishak yang bertindak memberi ganjaran berdasarkan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerjanya. Ganjaran diberikan dalam secara tahunan dan bulanan berdasarkan prestasi kerja yang dinilai mengikut prosedur organisasi yang ditetapkan.Ganjaran tahunan dilakukan pada akhir tahun dan diberikan dalam bentuk wang tunai RM 1 000.Selain itu, terdapat juga ganjaran yang berbentuk pakej pencutian ke luar negara mengikut bajet yang telah ditetapkan. Manakala bulanan pula dilakukan pada setiap akhir bulan dan diberikan dalam bentuk ganjaran yang tertentu.

Kuasa Desakan

Kuasa desakan memberi keupayaan kepada pemimpin untuk memaksa pekerja agar mematuhi keputusan dan tindakan pemimpin bagi mengelakkan sebarang hukuman dikenakan ke atas mereka sekiranya para pekerja gagal mematuhi arahan yang diberikan kepada mereka.Pelbagai tindakan hukuman yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin antaranya disekat kenaikan gaji, diberhentikan perkhidmatan pekerja, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Contohnya kuasa desakan yang dimiliki oleh FAMA ialahY. Bhg. Dato' Ahmad B. Ishak. Y. Bhg. Dato' Ahmad B. Ishak akan memberi arahan kepada pekerja yang datang lewat 3 kali berturut-turut berdasarkan rekod kehadiran pekerja. YDP juga akan melakukan desakan kepada pekerja yang sering melanggar peraturan semasa kerja dengan memberhentikan pekerja tersebut.

Kuasa Rujukan

Kuasa rujukan bermaksud pemimpin menjadi tempat rujukan untuk mempengaruhi pekerja melakukan sesuatu perkara dan mendengar masalah pekerja serta memberikan dorongan kepada pekerja.Contohnya kuasa rujukan yang diberi oleh FAMA ialah ketua jabatan. Setiap ketua jabatan akan memainkan peranan sebagai rujukan pekerja-pekerja bawahannya jika mereka mengalami kemuskilan dalam melakukan aktiviti dalam yang telah ditetapkan dalam jabatan.

Kuasa Kepakaran

Kuasa kepakaran digunakan apabila pemimpin mempunyai kepakaran, ilmu, dan kemahiran yang tidak dimiliki oleh staf lain. Contonya kuasa kepakaran dalam organisasi FAMA ialah Setiausaha iaitu Encik Wan Mazlan Wan Mahmood boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran serta pengalaman yang ada untuk mempengaruhi tindak tanduk perjalanan sesebuah organisasi.Hal ini kerana beliau telah bekerja dalam organisasi selama 23 tahun. Beliau juga berkemampuan menjelaskan sesuatu yang terbaik untuk membuat sesuatu keputusan agar dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan pengeluaran.

Page 18: Naim

Objektif 4: GAYA KEPIMPINAN

Bil. Soalan Ya Tidak

1 Adakah pengurus membuat semua keputusan tanpa berbincang dengan pekerja bawahan?

15

2 Adakah pengurus memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja bawahan untuk membuat keputusan?

15

3 Adakah pengurus membuat perbincagan dengan pekerja untuk membuat suatu keputusan?

15

4 Adakah pengurus membuat sesuatu keputusan berdasarkan situasi semasa? 15

8.0 Objektif kajian yang keempat: Menganalisis Gaya Kepimpinan

8.1 Analisis soalan yang pertama bagi objektif keempat

Berdasarkan kajian, semua responden menyatakan tidak setuju bahawa pengurus berkuasa autokratik. Hal ini jelas menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik sama sekali tidak dilaksanakan oleh pengurus FAMA.

8.2 Analisis soalan yang kedua

Berdasarkan kajian, semua responden menyatakan tidak setuju bahawa kepimpinan haissez-faire diamalkan di FAMA. Hal ini jelas membuktikan bahawa pekerja bawahan tidak mempunyai hak kuasa sepenuhnya untuk membuat keputusan.

8.3 Analisis soalan yang ketiga.

Menuruk kajian, keseluruhan responden atau 100% menyatakan setuju bahawa berlaku perbincangan antara pengurus dengan pekerja bawahan dalam membuat sesuatu keputusan. Dapat dijelaskan bahawa situasi tersebut ialah gaya kepimpinan demokratik yang diamalkan oleh organisasi FAMA.

8.4 Analisis soalan yang ke empat.

Kajian menunjukkkan, keseluruhan responden atau 100% tidak bersetuju bahawa pengurus membuat sesuatu keputusan mengikut situasi semasa iaitu situasi apabila berlaku masalah pada saat aktiviti perniagaan dijalankan. Hasil kajian membuktikan bahawa gaya kepimpinan kontigensi turut diamalkan oleh organisasi FAMA.

JENIS KEPIMPINAN

Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa sesi temubual bersama pengurus atasan dilakukan, pengkaji dapat memberikan kesimpulan bahawa jenis kepimpinan yang diagunakan dalam organisasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ialah jenis kepimpinan berwawasan. Kepimpinan berawasan ialah seseorang pemimpin berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan penetapan setiap matlamat.

???? NI NUMBERING KE BERAPA ???????? KESIMPULAN

Page 19: Naim

Pengorganisasian telah memberi banyak kebaikan kepada organisasi FAMA. Antaranya ialah organisasi dapat mengagihkan sumber-sumber dengan cekap mengikut keperluan setiap jabatan, membolehkan organisasi membuat penyelarasan antara bahagian dalam setiap jabatan memandangkan setiap jabatan mempunyai objektif yang berlainan antara jabatan yang lain. Seterusnya, organisasi dapat menetapkan bidang tugas setiap pekerja FAMA dengan jelas dan terperinci. Selain itu, organisasi juga dapat mewujudkan rantaian arahan daripada pengurus atasan dengan bawahan dan dapat menghuraikan kedudukan setiap pekerja dalam organisasi dengan jelas, supaya tidak berlaku pertindahan tugas antara pekerja-pekerja yang lain.

Daripada kajian yang dilakukan terhadap sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan FAMA didapati bahawa organisasi FAMA menggunakan carta organisasi jenis fungsian. Hal ini dibuktikan wujudnya jangkawan kawalan sempit yang digunakan oleh organisasi ini. Manakala proses pengorganisasian dilakukan bagi mencapai objektif utamanya iaitu mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan pencahayaan disamping memastikan pembangunan terkawal dan terancang.

Manakala konsep pengorganisasian pula, sebanyak 8 konsep yang digunakan oleh organisasi FAMA. Antaranya ialah autoriti, autoriti staf, autoriti lini, rantaian arahan, jangkaun kawalan sempit, tanggujawab, pemencaran autoriti dan penugasan autoriti. Seterusnya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan organisasi FAMA ialah gaya kepimpinan demokratik. Hal ini disokong majoriti oleh pekerja-pekerjanya melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pekerjanya. Seterusnya, jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan organisasi ialah jenis kepimpinan berwawasan. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi temu bual yang dilakukan.

Kesimpulannya, reka bentuk yang diamalkan oleh organisasi FAMA adalah reka bentuk jenis fungsian yang dilihat melalui carta organisasi FAMA, manakala gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan FAMA adalah gaya kepimpinan demokratik yang memberi peluang kepada mana-mana pekerja menyumbangkan idea yang pelbagai melalui mesyuarat yang dijalankan tanpa mengira kedudukan dan pangkat dalam organisasi.

CADANGAN??

BIBLIOGRAFI???

***PERHATIKAN TULISAN BERWRNA MERAH