mydin 2

Upload: shazurashaari

Post on 08-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan

TRANSCRIPT

Mydin Holdings Berhad

Mydin Holdings Berhad yang diasaskan oleh Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, 83 tahun merupakan antara kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia. Pada masa kini, Mydin telah beroperasi lebih daripada 90 cawangan di seluruh Malaysia meliputi kawasan bandar dan luar bandar yang terdiri daripada 14 pasar raya hyper, 16 pasar raya, 3 bazar, 48 pasar raya mini, 8 kedai mudah beli dan 6 cawangan francais. Premis yang dipilih berdasarkan lokasi yang strategik yang mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan awam untuk memudahkan kunjungan orang awam. Bertepatan dengan visi Syarikat Mydin menjadi peneraju pengeluar barang dan perkhidmatan halal di dunia serta misi syarikat menjadi syarikat peneraju dalam pemborongan dan peruncitan yang memberikan nilai terbaik, pelbagai pilihan barangan dan meneruskan kecemerlangan berasaskan idea dalam perniagaan.

Aktiviti perniagaan Mydin adalah berasaskan peruncitan dan pemborongan. Antara produk yang ditawarkan di pasar raya Mydin terdiri daripada produk makanan, produk basah, barangan keperluan harian, pakaian, kelengkapan rumah, barangan elektrik, alat tulis, permainan, kraftangan dan perhiasan. Tambahan lagi, Mydin juga mengeluarkan produk yang menggunakan jenama MYDIN iaitu barangan keperluan harian seperti susu, sabun, minyak masak dan lain-lain. Semua premis perniagaan dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik dan juga mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan awam untuk memudahkan kunjungan orang ramai. Menerusi pembukaan pasar raya besar di Seremban, Mydin menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 350 orang pekerja. Kini Mydin telah mempunyai 7500 orang pekerja di seluruh Malaysia. Selain itu, ia juga dapat memberi tarikan kepada seluruh penduduk Malaysia untuk datang berbelanja, menikmati harga rendah sepanjang masa dan mendapat hak kepuasan memilih menerusi kepelbagaian produk yang ditawarkan. Selain itu, Mydin juga akan membuka 20 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di seluruh negara di mana produk KR1M menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, dan dijual pada harga berpatutan berbanding jenama popular yang telah lama berada dalam pasaran.

Sebagai tanggungjawab sosial, kumpulan Mydin adalah sebuah pasar raya yang terlibat dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan berperanan sebagai konsultan serta diberi kepercayaan oleh kerajaan sebagai operator Kedai Rakyat 1 Malaysia. Untuk mengurangkan beban pengguna luar bandar, Mydin melancarkan kempen penurunan harga dengan mengurangkan harga 200 jenis barangan penting termasuk sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, barangan kering serta kesihatan. Selain itu, golongan luar bandar dapat menikmati subsidi barangan dengan harga yang kompetitif.

(Sumber : The Malay Mail 01 June 2011 )

Soalan

1. Jelaskan peranan Mydin Holdings Berhad kepada pengguna dan masyarakat.(15)

2. Bincangkan campuran pemasaran yang dijalankan oleh Mydin Holdings Berhad. (9)

3. Huraikan jenis-jenis peruncitan yang dijalankan oleh Mydin Holdings Berhad. (6)

SKEMA JAWAPAN

1. (a) Peranan perniagaan kepada pengguna

(i)Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (1m)H - Menghasilkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna berdasarkan masa dan lokasi tertentu. (1m)KK - Pada masa kini, Mydin telah beroperasi lebih daripada 90 cawangan di seluruh Malaysia meliputi kawasan bandar dan luar bandar yang terdiri daripada 14 pasar raya hyper, 16 pasar raya, 3 bazar, 48 pasar raya mini, 8 kedai mudah beli dan 6 cawangan francais.(1m)

(ii) Menambah pilihan barangan (1m)H - Mengeluarkan pelbagai jenis produk supaya pengguna mempunyai ruang untuk memilih produk berdasarkan citarasa masing-masing. (1m)KK - Antara produk yang ditawarkan di pasar raya Mydin terdiri daripada produk makanan, produk basah, barangan keperluan harian, pakaian, kelengkapan rumah, barangan elektrik, alatulis, permainan, kraftangan dan perhiasan. Tambahan lagi, Mydin juga mengeluarkan produk yang menggunakan jenama MYDIN iaitu barangan keperluan harian seperti susu, sabun, minyak masak dan lain-lain.(1m) (b) Peranan perniagaan kepada masyarakat(i) Menghasilkan pelbagai keluaran untuk memenuhi citarasa pengguna yang berbeza (1m)H - Menawarkan pelbagai jenis keluaran yang berkualiti kepada pengguna pada harga yang berpatutan. (1m)KK - Selain itu, ia juga dapat member tarikan kepada seluruh penduduk Malaysia untuk datang berbelanja, menikmati harga rendah sepanjang masa dan mendapat hak kepuasan memilih menerusi kepelbagaian produk yang ditawarkan. Tambahan pula, Mydin akan membuka 20 Kedai Rakyat 1 Malaysia di seluruh negara di mana produk Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, dan dijual pada harga berpatutan berbanding jenama popular yang telah lama berada dalam pasaran. (1m)

(ii) Mewujudkan peluang pekerjaan (1m)H - Berupaya untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi masyarakat tempatan untuk mendapat gaji atau upah untuk membeli barang keperluan (1m)KK - Menerusi pembukaan pasar raya besar di Seremban, Mydin menawarkan peluang pekerjaan kepada lebih 350 pekerja. Kini Mydin telah mempunyai 7500 pekerja di seluruh Malaysia. (1m)

(iii) Menjalankan tanggungjawab sosial (1m)H - Keuntungan perniagaan yang diperoleh digunakan untuk melakukan tanggungjawab soaial terhadap masyarakat seperti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, derma, tajaan atau subsidi. (1m)KK - kumpulan Mydin adalah sebuah pasar raya yang terlibat dalam Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan berperanan sebagai konsultan. Selain itu, golongan luar Bandar dapat menikmati subsidi barangan dengan harga yang kompetitif. (1m)

2. Campuran pemasaran Mydin Holdings Berhad

(i) Harga (1m)H - Nilai yang ditetapkan bagi sesuatu produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang sekiranya pengguna memilih untuk membeli produk tersebut dan harga ditentukan oleh faktor dalaman dan luaran. (1m)KK - Mydin menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama, dan dijual pada harga berpatutan berbanding jenama popular yang telah lama berada dalam pasaran. Selain itu, golongan luar Bandar dapat menikmati subsidi barangan dengan harga yang kompetitif. (1m)

(ii) Pengedaran (1m)H - Proses memindahkan produk daripada pengeluar kepada pengguna. (1m)KK - Pada masa kini, Mydin telah beroperasi lebih daripada 90 cawangan di seluruh Malaysia meliputi kawasan Bandar dan luar bandar yang terdiri daripada 14 pasarraya hyper, 16 pasaraya, 3 bazar, 48 pasaraya mini, 8 kedai mudah beli dan 6 cawangan francais. Premis yang dipilih berdasarkan lokasi yang strategik yang mempunyai pelbagai kemudahan pengangkutan awam untuk memudahkan kunjungan orang awam. (1m)

(iii) Promosi (1m)H - Satu proses komunikasi untuk mendedahkan maklumat tentang sesuatu produk kepada pengguna. (1m)KK - Untuk mengurangkan beban pengguna luar bandar Mydin melancarkan kempen penurunan harga dengan mengurangkan harga 200 jenis barangan penting termasuk sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, barangan kering serta kesihatan. Selain itu, golongan luar Bandar dapat menikmati subsidi barangan dengan harga yang kompetitif. (1m)

(iv) Produk (1m)H - Sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. (1m)KK - Antara produk yang ditawarkan di pasar raya Mydin terdiri daripada produk makanan, produk basah, barangan keperluan harian, pakaian, kelengkapan rumah, barangan elektrik, alatulis, permainan, kraftangan dan perhiasan. Tambahan lagi, Mydin juga mengeluarkan produk yang menggunakan jenama MYDIN iaitu barangan keperluan harian seperti susu, sabun, minyak masak dan lain-lain. (1m)

3. Jenis peruncitan yang dijalankan oleh Mydin Holdings Berhad ialah peruncitan kedai(i) Pasar raya (1m)H - Kedai runcit berjabatan bersaiz besar yang menawarkan pelbagai jenis produk pengguna. (1m)KK - Mydin telah beroperasi lebih daripada 90 cawangan yang terdiri daripada 14 pasar raya hyper, 16 pasar raya, 3 bazar, 48 pasar raya mini, 8 kedai mudah beli dan 6 cawangan francais. (1m)

(ii) Pasar raya hiper (1m)H - Lebih besar daripada superstore dan menawarkan lebih banyak produk yang beraneka pilihan. (1m)KK - Mydin telah beroperasi lebih daripada 90 cawangan yang terdiri daripada 14 pasar raya hiper, 16 pasar raya, 3 bazar, 48 pasar raya mini, 8 kedai mudah beli dan 6 cawangan francais. (1m)

(iii) Kedai mudah beli (1m)H - Kedai runcit bersaiz kecil yang menjual produk keperluan harian pengguna. (1m)KK - Mydin telah beroperasi lebih daripada 90 cawangan yang terdiri daripada 14 pasar raya hiper, 16 pasar raya, 3 bazar, 48 pasar raya mini, 8 kedai mudah beli dan 6 cawangan francais. (1m)

[pilih mana-mana 2 isi]1