muzium negeri terengganu mempunyai keunikannya yang tersediri

Upload: shura-tan

Post on 02-Apr-2018

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Muzium Negeri Terengganu Mempunyai Keunikannya Yang Tersediri

    1/5

    Tajuk Laporan : Mengkaji Artifak-artifak Sejarah Berkaitan Orang Melayu dan

    Perkembangan Agama Islam di Terengganu

    Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah

    Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan

    Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuat kuasa pada 1

    November 1977. Muzium Negeri Terengganu mempunyai keunikannya yang

    tersendiri, bukan sahaja dari segi saiz atau keluasan muzium yang di katakan

    terbesar di Asia Tenggara tetapi di dalamnya memuatkan pelbagai tinggalan

    sejarah bumi Terengganu terutama sekali Batu Bersurat yang sememangnya

    sudah diketahui umum tentang nilai sejarah yang ada padanya. Kami telah

    menerokai keseluruhan kompleks muzium ini telah mengambil masa berjam-jam

    bermula dari galeri-galeri yang terdapat di dalam muzium ini. Antaranya ialah

    Galeri Tekstil, Galeri DiRaja , Galeri Kraf , Galeri Senjata , Galeri Sejarah , Galeri

    Petroleum , Galeri Islam , Galeri Ilmu Kejadian , Galeri Pelayaran dan

    Perdagangan serta Galeri Perikanan dan Taman Laut. Kemudian penerokaankami dilanjutkan ke kawasan luar muzium yang menempatkan rumah-rumah

    Tradisional Melayu Terengganu, Kapal dan perahu-perahu tradisional

    Terengganu dan pelbagai lagi.

  • 7/27/2019 Muzium Negeri Terengganu Mempunyai Keunikannya Yang Tersediri

    2/5

    Perkembangan agama Islam di Terengganu

    dapat dibuktikan dan disaksikan kerana terdapat

    kewujudan Batu Bersurat yang bernilai dipamerkan

    dalam Muzium Negeri Terengganu. Batu Bersurat

    tersebut telah dijumpai di kawasan Padang Tara, di

    tepi Sungai Tara, di Kampong Buloh, Kuala Berang,

    Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada tahun 1902, Batu ini

    dijumpai pula oleh Saiyed Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan,

    di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang di jadikan alas membasuh kaki

    untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian di sebelah

    atasnya dan ia diangkat dan diletakkan di atas rakit untuk dibawa ke Kuala

    Terengganu. Batu ini dipersembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia SultanZainal Abidin III di Kuala Terengganu dan kemudian Batu itu diletakkan atas

    Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris Di Terengganu Encik

    H.S. Peterson meminta seorang juru foto berbangsa Jepun N. Suzuki mengambil

    gambar dan dihantarkan kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

    Batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman pada

    tahun 1923. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu tersebut

    telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

    Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada

    Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat

    tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada

    tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat

    dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

    Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu

    Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan

    Perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan yang di wakili oleh Timbalan Ketua

    Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail

    bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Y.A.B. Da to Seri Amar

    Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

  • 7/27/2019 Muzium Negeri Terengganu Mempunyai Keunikannya Yang Tersediri

    3/5

    Setakat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh atau tahun dari

    mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat

    Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun yang tercatat di

    Batu Bersurat bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun

    tersebut, Namun tarikh tersebut memberi makna Agama Islam telah bertapak di

    Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembangan Islam di Terengganu sebelum

    tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan

    tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik bagi

    negeri Terengganu ialah negeri itu merupakan negeri yang terawal di Malaysia

    mengkanunkan undang- undang Islam. Tulisan pada Batu ini menerangkan

    Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan

    maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikuttaraf seseorang. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi

    bertarikh 702 Hijrah. Batu ini merupakan sebuah Peringatan berbahasa Melayu

    yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan

    pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

    Batu bersurat yang dijumpai di Kampon Buluh, Kuala Berang, kira- kira

    tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah Terenkanu

    dan di atas duit timah (pitis) yan g bertarikh 1310H(1310M) ejaan Terkanu .

    Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO.

    Bilakah Terengganu digelar Darul Iman tidaklah dapat ditentukan dengan sah.,

    tetapi semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1893-1879) ada

    dikatakan gelarannya Darus -Salam - sumber diperoleh dari Info Penggerak

    Minda Rakyat.

    Batu bersurat ini penting kerana mengesahkan bahawa Islam mula-mula

    bertapak di Terengganu. Batu ini menunjukkan orang Terengganu tidak terlibat

    dengan kerajaan Langkasuka yang dikatakan dipengaruhi campuran Melayu-

    Siam atau Mon-Khmer kerana Batu Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa

    dan tatacara penulisan Melayu Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur

    perkataan Siam di dalamnya. Dengan ini ia menolak andaian bahawa orang

  • 7/27/2019 Muzium Negeri Terengganu Mempunyai Keunikannya Yang Tersediri

    4/5

    Terengganu berasal dari Langkasuka ataupun Patani. Bukan itu sahaja, tulisan

    Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat ini masih belum

    dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana

    yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu. Batu bersurat tersebut juga

    membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-

    Undang Islam di Terengganu dan menunjukkan bahawa orang Terengganu pada

    waktu itu pandai menulis dan membaca.

    Tambahan pula, Galeri Islam juga

    mendedahkan perbincangan aspek agama Islam

    yang telah mengubah segala bentuk corak hidup

    manusia di seluruh dunia. Di Tanah Melayu, Islam

    didukung dan diperjuangkan oleh nenek moyang

    zaman silam hingga dapat ditegakkan dengan jayanya hingga kini. Pada masa

    itu, kesenian Islam juga diperkembangkan dengan terbukti oleh seni bina,

    tembaga, kain yang mempunyai lukisan, tekatan dan sebagainya. Keunikan Batu

    Berukir Terengganu, satu penemuan yang menjadi bukti penyebaran dan

    kegemilangan Islam serta bermulanya tulisan Jawi di Nusantara.

    Tembaga-tembaga bukan sahaja

    menunjukkan keunggulan orang Islam dalam

    aspek kesenian, malahan ia juga menunjukkan

    perkembangan ekonomi dalam kalangan Islam.

    Orang Terengganu menjalankan perdagangan

    dengan pedagang lain dengan menggunakan sistem barter. Tembaga juga

    digunakan untuk menjalankan perdagangan. Kerajinan orang Islam

    menghasilkan tembaga yang cantik sekali untuk menjualkannya untuk mendapat

    rezeki harus seseorang mempelajari.

  • 7/27/2019 Muzium Negeri Terengganu Mempunyai Keunikannya Yang Tersediri

    5/5

    Manuskrip-manuskrip dan kitab-kitab juga

    dipamerkan dalam Galeri Islam. Manuskrip-

    manuskrip dan kitab al-Quran adalah dalam

    tulisan Jawi dan ia bertarikh agak masa lampau.

    Hal ini telah membuktikan orang Terengganu

    menerima pendidikan pada zaman awal.

    Pendidikan secara tidak formal diberikan kepada orang Terengganu oleh Tok

    Guru di pondok. Tok Guru mengajar mereka mengenai ajaran Islam. Walaupun

    pendidikan zaman dahulu tidak selengkap dengan pendidikan masa kini, namun

    semangat ingin belajar dan menimba ilmu pengetahuan orang Terengganu telah

    dipaparkan. Hal ini demikian kerana artifak-artifak seperti kitab-kitab atau

    manuskrip-manuskrip yang dipamerkan dalam keadaan yang sempurna danbaik telah menunjukkan mereka sangat menghargai buku-buku dan ilmu-ilmu

    pengetahuan yang dipelajari oleh mereka.