tawaran penajaan jabatan perkhidmatan awam (jpa) pengajian / kolej persediaan syarat / gred minimum

Download TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN SYARAT / GRED MINIMUM

Post on 25-May-2020

4 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

    BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JPA MARA

    TAHUN 2020

    PENGENALAN Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil

    Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk

    mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk

    Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM)

    tahun 2020. Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan

    penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019

    untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di

    dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia,

    United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains &

    Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tujuh sub

    program seperti berikut:

    (i) Program Akademik Jepun;

    (ii) Program Berkembar New Zealand;

    (iii) Program Akademik New Zealand;

    (iv) Program Akademik Australia;

    (v) Program Akademik United Kingdom;

  • 2

    (vi) Program Akademik Amerika Syarikat;

    (vii) Program Khas JPA-MARA Dalam Negara.

    2. STRUKTUR PENGAJIAN

    2.1 Program Akademik Jepun

    Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke

    Jepun dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan

    Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program

    persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah

    Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti

    program persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti

    Malaya bagi bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi; dan di

    Pusat Bahasa Teikyo (PBT) bagi bidang Sains Sosial.

    2.2 Program Berkembar New Zealand

    Program Berkembar New Zealand merupakan program

    kolaboratif antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS)

    dan konsortium universiti di New Zealand yang melibatkan

    University of Auckland, Victoria University of Wellington dan

    University of Canterbury. Tempoh pengajian adalah selama dua

    tahun di KYSBS dan dua tahun di New Zealand dalam bidang

    Sains Sosial.

  • 3

    2.3 Program Akademik New Zealand

    Program Akademik New Zealand merupakan program penajaan

    ke New Zealand khusus dalam bidang Sains Sosial. Pelajar akan

    ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education

    College selama setahun sebelum melanjutkan pengajian

    peringkat Ijazah Pertama di mana-mana lapan universiti di New

    Zealand.

    2.4 Program Akademik United Kingdom

    Program Akademik United Kingdom merupakan program

    penajaan ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan, Sains &

    Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi

    mengikuti program persediaan terpilih sebelum melanjutkan

    pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di

    United Kingdom berdasarkan senarai Quacquarelli Symonds

    (QS) dan / atau Times Higher Education (THE) World University

    Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities

    (ARWU). Pelajar akan mengikuti program persediaan di Malay

    College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

    bagi bidang Kejuruteraan; Kolej Teknologi Timur (KTT) dan

    INTEC Education College bagi bidang Sains & Teknologi; serta di

    Kolej MARA Banting (KMB) bagi bidang Sains Sosial.

    2.5 Program Akademik Amerika Syarikat

    Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program

    penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan,

    Ekonomi serta Sains Komputer (terhad kepada Artificial

    Intelligence, Robotic, Big Data dan Internet of Things (IoT)).

  • 4

    Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di

    INTEC Education College selama 24 bulan sebelum melanjutkan

    pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di

    Amerika Syarikat berdasarkan QS dan / atau THE World

    University Rankings dan / atau Academic Ranking of World

    Universities (ARWU).

    2.6 Program Akademik Australia

    Program Akademik Australia merupakan program penajaan ke

    Australia dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Kewangan atau

    Sains Aktuari. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program

    persediaan selama 12 bulan di INTEC Education College

    sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di

    mana-mana universiti dalam senarai The Group of Eight (Go8)

    (Australia’s leading research-intensive universities).

    2.7 Program Khas JPA-MARA Dalam Negara

    Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program

    penajaan yang berfokus kepada niche area / bidang kepakaran di

    Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih. Penajaan

    adalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah

    Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan. Sub

    Program adalah seperti di Lampiran A.

  • 5

    3. SYARAT PERMOHONAN

    Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus

    permohonan seperti berikut:

    3.1 Syarat Umum Calon

    (i) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa

    berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara

    Malaysia;

    (ii) Mempunyai kesihatan yang baik;

    (iii) Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun

    2019;

    (iv) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar

    peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM

    diduduki;

    (v) Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam

    tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan

    (vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-

    mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

    3.2 Syarat Khusus Calon

    PROGRAM / BIDANG / NEGARA

    PENGAJIAN / KOLEJ

    PERSEDIAAN

    SYARAT /

    GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM

    (1) Akademik Jepun

    Kejuruteraan

    Jepun

    Mendapat sekurang-kurangnya gred

    A (kombinasi gred A+ dan gred A

    sahaja) dalam lima (5) mata

    pelajaran berikut:

    a) Bahasa Melayu; b) Matematik;

  • 6

    PROGRAM / BIDANG / NEGARA

    PENGAJIAN / KOLEJ

    PERSEDIAAN

    SYARAT /

    GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM

    Ambang Asuhan Jepun

    Kod Program: PKJM 001

    c) Matematik Tambahan; d) Fizik; e) Kimia.

    Dan

    Mendapat sekurang-kurangnya gred

    A- dalam dua (2) mata pelajaran

    berikut:

    a) Bahasa Inggeris; b) Sejarah.

    (2) Akademik Jepun

    Sains dan Teknologi

    Jepun

    Ambang Asuhan Jepun

    Kod Program: PKJM 002

    Mendapat sekurang-kurangnya gred

    A (kombinasi gred A+ dan gred A

    sahaja) dalam lima (5) mata

    pelajaran berikut:

    a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Matematik Tambahan; d) Fizik; e) Kimia.

    Dan

    Mendapat sekurang-kurangnya gred

    A- dalam dua (2) mata pelajaran

    berikut:

    a) Bahasa Inggeris; b) Sejarah.

  • 7

    PROGRAM / BIDANG / NEGARA

    PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN

    SYARAT /

    GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM

    (3) Akademik Jepun

    Sains Sosial

    Jepun

    Pusat Bahasa Teikyo

    Kod Program: PKJM 003

    Mendapat sekurang-kurangnya gred A

    (kombinasi gred A+ dan gred A

    sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran

    berikut:

    a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-

    Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;

    d) Dua (2) mata pelajaran lain.

    Dan

    Mendapat sekurang-kurangnya gred A-

    dalam dua (2) mata pelajaran berikut:

    a) Bahasa Inggeris; b) Sejarah.

    (4) Berkembar New Zealand

    Perakaunan / Ekonomi / Kewangan /

    Sains Aktuari

    Malaysia dan New Zealand

    Kolej Yayasan Saad Business

    School

    Kod Program: PKJM 004

    Mendapat sekurang-kurangnya gred A

    (kombinasi gred A+ dan gred A

    sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran

    berikut:

    a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-

    Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;

  • 8

    PROGRAM / BIDANG / NEGARA

    PENGAJIAN / KOLEJ PERSEDIAAN

    SYARAT /

    GRED MINIMUM KEPUTUSAN SPM

    d) Dua (2) mata pelajaran lain.

    Dan

    Mendapat sekurang-kurangnya gred A-

    dalam dua (2) mata pelajaran berikut:

    a) Bahasa Inggeris; b) Sejarah.

    (5) Akademik New Zealand

    Perakaunan / Ekonomi / Kewangan /

    Sains Aktuari

    New Zealand

    INTEC Education College

    Kod Program: PKJM 005

    Mendapat sekurang-kurangnya gred A

    (kombinasi gred A+ dan gred A

    sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran

    berikut:

    a) Bahasa Melayu; b) Matematik; c) Pendidikan Islam / Pendidikan Al-

    Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral;

    d) Dua (2)