mswg - newsletter - 22 june - 28 june 2013 bm... · berikut adalah agm/egm syarikat-syarikat di...

Download MSWG - NEWSLETTER - 22 June - 28 June 2013 BM... · Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini. ... Kelab Perdana DiRaja Kuala Lumpur

If you can't read please download the document

Upload: vudiep

Post on 07-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 19 May 2017 PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

    CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED (CAP)

    Lembaga Pengarah CAP memberikan maklumat berikut dalam pengumuman mengenai kelewatan mengeluarkan Laporan Tahunan Syarikat:-

    Juruaudit syarikat, PKF telah meminta untuk menjalankan prosedur tertentu, termasuk pengesahan peranti untuk cukai nilai tambah syarikat dengan sistem pihak berkuasa cukai yang berkaitan secara langsung serta melengkapkan pengesahan nota konsainan serta dokumentasi penghantaran yang berkaitan dengan invois jualan. Sistem cukai di Wilayah Fujian, China telah melalui tiga penambahbaikan dan pembaharuan besar-besaran dalam tempoh setahun dan ini mungkin menghasilkan sesetengah maklumat cukai yang tidak tepat. Dalam usaha memenuhi permintaan PKF, pegawai syarikat yang bertanggungjawab sedang berhubung dengan bahagian cukai, supaya juruaudit boleh mendapatkan penjelasan secara terus dengan bahagian cukai, jika perlu.

    Juruaudit juga memohon untuk mendapatkan pengesahan dengan bank ke atas baki bank yang direkodkan oleh syarikat. Justeru, syarikat akan menyelaras dan mengatur dengan pihak bank supaya PKF boleh mendapatkan pengesahan baki berkenaan.

    Juruaudit mengutarakan bahawa mereka mendapati ada tindakan undang-undang yang sedang berjalan yang melibatkan syarikat dan sesetengah pengarahnya, yang mana rekod tertentu menunjukkan syarikat membuat pinjaman dalam jumlah yang besar namun gagal membuat pembayaran balik, menyebabkan tuntutan dan tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat dan sesetengah pengarahnya oleh bank yang memberi pinjaman, pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 (TKB 2016).

    Syarikat memaklumkan mereka sudah melantik peguam, sebuah firma peguam Fujian, Shi Long untuk menentusahkan dan mengesahkan kes-kes litigasi yang melibatkan syarikat dan beberapa orang pengarah. Syarikat akan membuat pengumuman selanjutnya mengenai perkembangan perkara di atas dalam masa terdekat, jika perlu.

    Syarikat kini dalam proses perbincangan dengan juruaudit untuk menangani isu ini dan akan membuat pengumuman tentang perkembangan perkara di atas dalam masa terdekat.

    [Sumber: Pengumuman CAP di laman web Bursa Malaysia pada 12 Mei 2017]

    KOMEN MSWG:

    Kami berasa lega apabila mendapat tahu juruaudit Syarikat meminta untuk menjalankan dua prosedur audit iaitu pengesahan cukai secara langsung dengan pihak berkuasa cukai yang berkaitan serta mengesahkan baki bank Syarikat dengan rekod dalam bank berkenaan, seperti yang diumumkan.

  • Kami berpendapat proses penentusahan secara langsung atau pengesahan dengan pihak berkenaan mengukuhkan lagi prosedur audit dan menyediakan sokongan yang lebih mantap kepada maklumat atau dokumen yang diberikan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, kami juga bimbang jika wujud liabiliti cukai tambahan daripada pelaksanaan pengesahan ini.

    Isu berkaitan tindakan undang-undang yang melibatkan Syarikat dan beberapa pengarah yang gagal dalam pembayaran balik pinjaman adalah suatu perkara yang serius jika isu yang diketengahkan oleh juruaudit itu ternyata benar. Perenggan 9.19A dalam Syarat Penyenaraian Pasaran Utama memerlukan Syarikat dengan segera mengumumkan keingkaran dalam pembayaran balik kemudahan kredit atau sekuriti hutang jika ia melibatkan jumlah yang besar. Kami bimbang jika Syarikat gagal mematuhi syarat ini.

    Kami berharap Syarikat akan memberikan kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada juruaudit supaya kerja-kerja pengauditan dapat disiapkan dengan segera. Pengumuman mengenai perkembangan perkara di atas juga akan dibuat secepat mungkin. Pengawal selia perlu mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti ada penyelewengan.

    TINJAUAN MINGGUAN AGM/ EGM MSWG UNTUK TEMPOH 22 - 26 MEI 2017

    Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

    Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

    Tarikh & Masa Syarikat Lokasi 22.05.17 (Isnin) 09.00 pagi

    Sino Hua-An International Bhd (AGM)

    Kelab Perdana DiRaja Kuala Lumpur (Royal Lake Club), Taman Tasek Perdana, KL

    22.05.17 (Isnin) 10.00 pagi

    Suria Capital Holdings Bhd (AGM)

    Wisma SabahPorts, Sapangar Bay Container Port, Sapangar Bay, Kota Kinabalu, Sabah

    22.05.17 (Isnin) 10.00 pagi

    Tune Protect Group Bhd (AGM)

    GSC, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, PJ

    22.05.17 (Isnin) 10.00 pagi

    UOA Development Bhd (AGM/EGM)

    Connexion Conference & Event Centre, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

    22.05.17 (Isnin) 10.00 pagi

    IHH Healthcare Bhd (AGM)

    Connexion Conference & Event Centre, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

    22.05.17 (Isnin) 10.00 pagi

    Star Media Group Bhd (AGM)

    Menara Star ,15, Jalan 16/11, Phileo Damansara 2, PJ

    22.05.17 (Isnin) 11.00 pagi

    Perdana Petroleum Bhd (AGM)

    Hotel One World, First Avenue, Bandar Utama City Centre, PJ

    22.05.17 (Isnin) 11.30 pagi

    Taliworks Corporation Bhd (AGM)

    Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

    22.05.17 (Isnin) 02.00 petang

    Zelan Bhd (AGM)

    Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre, KL

    22.05.17 (Isnin) 02.30 petang

    CCM Duopharma Biotech Bhd (AGM)

    Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi, Jalan Langat, Klang

    23.05.17 (Selasa) 10.00 pagi

    Kossan Rubber Industries Bhd (AGM)

    Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Sha Alam

    23.05.17 (Selasa) 10.00 pagi

    Puncak Niaga Holdings Bhd (AGM)

    Hotel Concorde, Shah Alam

    23.05.17 (Selasa) 10.00 pagi

    Air Asia X Bhd (AGM)

    Asian Aviation Centre of Excellence, Southern Support Zone, KLIA, Sepang

    23.05.17 (Selasa) 10.00 pagi

    KUB Malaysia Bhd (AGM/EGM)

    Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Menara MATRADE, KL

    23.05.17 (Selasa) 11.30 pagi

    IGB Corporation Bhd (AGM)

    Cititel Mid Valley, Mid Valley City, KL

    http://www.mswg.org.my/

  • 23.05.17 (Selasa) 11.45 pagi

    YNH Property Bhd (AGM)

    Hotel Sfera, 2479, Jalan Dato' Yu Neh Huat, Taman Samudera, Sri Manjung, Perak

    23.05.17 (Selasa) 02.00 petang

    Lafarge Malaysia Bhd (AGM)

    Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

    23.05.17 (Selasa) 02.00 petang

    PBA Holdings Bhd (AGM)

    Hotel Equatorial Penang, 1 Jalan Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang

    23.05.17 (Selasa) 02.00 petang

    GFM Services Bhd (AGM)

    Everly Hotel Putrajaya, Putrajaya

    23.05.17 (Selasa) 02.30 petang

    TA ANN Holdings Bhd (AGM)

    Hotel Tanahmas, Lot 277 Block 5, Jalan Kampung Nyabor, Sibu, Sarawak

    23.05.17 (Selasa) 03.00 petang

    Uchi Technologies Bhd (AGM)

    Hotel Evergreen Laurel, 53 Persiaran Gurney, Penang

    24.05.17 (Rabu) 10.00 pagi

    Allianz Malaysia Bhd (AGM)

    Aloft Kuala Lumpur Sentral, 5, Jalan Stesen Sentral, KL Sentral

    24.05.17 (Rabu) 10.00 pagi

    Far East Holdings Bhd (AGM)

    The Zenith Hotel, Jalan Putra Square 6, Kuantan, Pahang

    24.05.17 (Rabu) 10.00 pagi

    Asiamet Education Group Bhd (AGM)

    3517, Jalan Teknokrat 5, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

    24.05.17 (Rabu) 10.30 pagi

    Daibochi Plastic & Packagings Industry Bhd (AGM/EGM)

    Ramada Plaza Melaka, Jalan Bendahara, Melaka

    24.05.17 (Rabu) 10.30 pagi

    Chemical Company of Malaysia Bhd (AGM)

    InterContinental Kuala Lumpur, Jalan Ampang

    24.05.17 (Rabu) 11.00 pagi

    Master-Pack Group Bhd (AGM)

    Master-Pack Sdn. Bhd., 1574, Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal, Penang

    24.05.17 (Rabu) 11.00 pagi

    Focus Dynamics Group Bhd (AGM)

    Menara Lien Hoe, Persiaran Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort, PJ

    24.05.17 (Rabu) 11.30 pagi

    TA Enterprise Bhd (AGM)

    Menara TA One, 22, Jalan P. Ramlee, KL

    24.05.17 (Rabu) 11.30 pagi

    Dayang Enterprise Holdings Bhd (AGM)

    Imperial Hotel, Lot 827, Jalan Pos, Miri, Sarawak

    24.05.17 (Rabu) 02.00 petang

    Hap Seng Plantations Bhd (AGM)

    Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, KL

    24.05.17 (Rabu) 02.30 pm

    Hengyuan Refining Co. Bhd (AGM/EGM)

    Connexion Conference & Event Centre, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

    24.05.17 (Wed) 03.00 petang

    Pelikan Int. Corporation Bhd (AGM)

    The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    UEM Edgenta Bhd (AGM)

    Persada PLUS,Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    AirAsia Bhd (AGM)

    Asian Aviation Centre of Excellence, Southern Support Zone, KLIA, Sepang

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    Aeon Co. (M) Bhd (AGM)

    Nexus, Grand Nexus, Level 3A, No. 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    UMW Holdings Bhd (AGM)

    UMW Auditorium, No. 3, Jalan Utas (15/7), Batu Tiga Industrial Estate, Shah Alam

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    Malayan Flour Mills Bhd (AGM)

    Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, KL

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (AGM)

    Shah Alam 1, SACC Convec, No. 4, Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    TSH Resources Bhd (AGM)

    Eastin Hotel, 13, Section 16/11, Jalan Damansara, Petaling Jaya

    25.05.17 (Khamis) 10.00 pagi

    Utusan Melayu (Malaysia) Bhd (AGM)

    Bangunan Korporat, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, No. 44, Jalan Utusan, KL

    25.05.17 (Khamis) 10.30 pagi

    Ann Joo Resouces Bhd (AGM)

    Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, PJ

    25.05.17 (Khamis) 10.30 pagi

    MBM Resources Bhd (AGM)

    Connexion Conference & Event Centre, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

  • 25.05.17 (Khamis) 10.30 pagi

    TDM Bhd (AGM/EGM)

    Permai Hotel, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

    25.05.17 (Khamis) 10.30 pagi

    Tan Chong Motor Holdings Bhd (AGM)

    Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

    25.05.17 (Khamis) 11.00 pagi

    Felda Global Ventures Bhd (AGM)

    Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC

    25.05.17 (Khamis) 11.00 pagi

    Ipmuda Berhad (AGM/EGM)

    Symphony Suites, No: 41 Lapangan Symphony Business Park, Ipoh, Perak

    25.05.17 (Khamis) 11.00 pagi

    Protasco Bhd (AGM)

    De Centrum Tower @ De Centrum City, Jalan Ikram-Uniten, Kajang

    25.05.17 (Khamis) 11.00 pagi

    Malaysia Airport Holdings Bhd (AGM)

    Sama-Sama Hotel, KLIA, Sepang

    25.05.17 (Khamis) 02.30 petang

    TH Heavy Engineering Bhd (AGM)

    Tropicana Golf & Country Resort, PJ

    25.05.17 (Khamis) 03.00 petang

    MAA Group Bhd (AGM)

    Kompleks Mutiara, 3 1/2 Miles, Jalan Ipoh, KL

    26.05.17 (Jumaat) 09.00 pagi

    Magnum Bhd (dahulu dikenali sebagai Multi-Purpose Holdings Bhd) (AGM)

    Flamingo Hotel By The Lake, No. 5 Tasik Ampang, Jalan Hulu Kelang, Ampang, Selangor

    26.05.17 (Jumaat) 09.30 pagi

    Xinghe Holdings BHd (AGM)

    The Royal Commonwealth Society, No. 4, Jalan Birah, Damansara Heights, KL

    26.05.17 (Jumaat) 10.00 pagi

    Alam Maritim Resources Bhd (AGM)

    Technology Park Malaysia Corporation Sdn. Bhd., Auditorium Enterprise 4, Bukit Jalil, KL

    26.05.17 (Jumaat) 10.00 pagi

    WTK Holdings Bhd (AGM)

    Tanahmas Hotel, Lot 277, Block 5, Jalan Kampong Nyabor, Sibu, Sarawak

    26.05.17 (Jumaat) 12.00 tengah hari

    Rimbunan Sawit Bhd (AGM)

    Menara Rimbunan Hijau, 101, Pusat Suria Permata, Jalan Upper Lanang, Sibu, Sarawak

    26.05.17 (Jumaat) 03.00 petang

    Axiata Group Bhd (AGM)

    Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

    Perkara penting untuk diajukan: Syarikat Perkara/ Isu Untuk Diajukan

    Tune Protect Group Bhd (AGM)

    Salah satu aliran pendapatan utama Kumpulan adalah dalam perniagaan pelancongan global. Sila kongsikan kesan ke atas jualan dan bilangan polisi/ Premium Bertulis Kasar (GWP) yang timbul daripada syarat baharu yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia pada 2016. Sila nyatakan keputusan yang dicapai daripada langkah yang diambil kepada pendapatan Kumpulan.

    UOA Development Bhd (AGM/EGM)

    Jumlah jualan hartanah Kumpulan mencecah RM1.42 bilion pada TK2016, sebahagian besarnya disumbangkan oleh projek pembangunan yang baru dilancarkan dan jualan berterusan projek sedia ada. (a) Apakah kadar tempahan untuk pelancaran dalam TK2016? (b) Berapakah jumlah jualan yang belum dibilkan pada 31 Disember 2016? (c) Apakah sasaran jualan Kumpulan bagi TK2017?

    Star Media Group Bhd (AGM)

    Segmen acara, pameran, dalaman dan bertema mencatatkan peningkatan yang kukuh iaitu 34% dalam pendapatan dan 205% dalam keuntungan sebelum cukai dalam TK2016 berbanding tahun kewangan sebelumnya. Pendapatan dan keuntungan

  • Perkara penting untuk diajukan: sebelum cukai bagi segmen mewakili 17% jumlah hasil Kumpulan dalam TK2016 berbanding 5% pada TK2015. Adakah segmen ini dijangka menjadi pemacu pertumbuhan Kumpulan pada masa hadapan?

    Perdana Petroleum Bhd (AGM)

    Perdana dilaporkan telah merumuskan pelan strategik bagi menetapkan sebaran pegangan awam untuk mengekalkan status penyenaraiannya di Bursa Malaysia dengan sokongan Dayang. Bolehkah Lembaga Pengarah jelaskan bagaimana pelan ini boleh dijayakan, memandangkan Dayang masih memegang 98.014% pegangan saham dalam Perdana?

    Taliworks Corporation Bhd (AGM

    Tiga senario berbeza dipertimbangkan bagi masa kutipan untuk menentukan peruntukan diskaun ke atas jumlah yang dihutang oleh SPLASH. Bolehkah Lembaga Pengarah senaraikan andaian yang digunakan dalam 3 senario ini dan sebab untuk menyokong setiap senario?

    Zelan Bhd (AGM)

    Pada 2 Februari 2017, Meena Holdings LLC (MH) dan Zelan Holdings (M) Sdn Bhd (ZHSB) telah menandatangani Perjanjian Penggantungan Prosiding Penimbangtaraan dan Kerahsiaan dengan 4 bulan penggantungan timbang tara dan permulaan semula timbang tara bagi ZHSB untuk memfailkan Pernyataan Tuntutannya dalam masa tiga puluh (30) hari selepas tempoh penggantungan.

    a. Apakah sifat dan berapakah jumlah Penyata Tuntutan yang disemak semula selepas mengambil kira tuntutan ZHSB terhadap MH yang berjumlah AED452.3 juta (kira-kira RM551.8 juta) dan tuntutan balas MH untuk jumlah yang disemak semula iaitu AED591.0 juta (kira-kira RM721.0 juta)?

    b. Selepas mempertimbangkan risiko reputasi daripada penamatan serta

    pengeluaran bon prestasi dan pembetulan oleh MH, apakah tindakan susulan Lembaga Pengarah, termasuk menstruktur semula kemudahan jaminan bank kepada pinjaman berjangka dan usaha rundingan ke arah penyelesaian bersama yang boleh mendatangkan hasil dengan lebih cepat dan lebih baik.

    Puncak Niaga Holdings Bhd (AGM)

    Segmen Pembinaan mencatatkan kerugian sebanyak RM151.4 juta pada TK2016 berbanding kerugian sebanyak RM8.4 juta pada TK2015 seperti yang dilaporkan di muka surat 196 dan 197 Laporan Tahunan. Kerugian ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pengiktirafan peruntukan jangkaan kerugian yang berkaitan dengan kontrak pembetungan berterusan segmen Pembinaan, akibat peningkatan kos yang timbul daripada penamatan sub-kontraktor sebelumnya.

    a. Bolehkah Lembaga Pengarah terangkan proses pemilihan subkontraktor?

    b. Bagaimanakah Lembaga Pengarah akan memastikan kejadian itu tidak berulang pada masa akan datang?

    c. Apakah tindakan yang diambil oleh Lembaga Pengarah terhadap

    subkontraktor ini?

    Lafarge Malaysia Bhd (AGM)

    Kumpulan telah melancarkan Pelan Pembangunan Lestari 2016 atau lebih dikenali sebagai Rancangan 2030 yang menekankan empat bidang utama, iaitu cuaca, ekonomi pusingan, air dan alam semula jadi serta manusia dan masyarakat.

  • Perkara penting untuk diajukan:

    a. Apakah cabaran utama dan risiko yang dihadapi oleh industri simen di tengah-tengah persaingan dan keadaan pasaran yang sukar apabila melaksanakan Rancangan 2030 yang memperkenalkan amalan mapan ke dalam model perniagaan untuk melengkapkan dan seterusnya menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan dalam Kumpulan?

    b. Apakah jangkaan pendapatan dan keputusan Kumpulan pada masa hadapan,

    daripada solusi 2030 ke atas portfolio produk dan perkhidmatan selaras dengan agenda kelestarian itu? Jelaskan hasil yang ingin dicapai oleh Kumpulan dalam rancangan itu.

    PBA Holdings Bhd (AGM)

    Apakah langkah yang diambil oleh Syarikat untuk memastikan ketersediaan air mentah dari Sungai Muda memandangkan kawasan itu telah terjejas oleh penebangan hutan di Hutan Simpan Ulu Muda?

    GFM Services Bhd (AGM)

    Pada tahun ini, Syarikat terus mencatatkan kadar pembaharuan kontrak yang kukuh (99%), pemerolehan kontrak baharu dan peningkatan dalam skop projek yang dilaksanakan oleh Kumpulan.

    a. Berapa lamakah tempoh purata kontrak ini?

    b. Bolehkah Lembaga Pengarah berikan maklumat lanjut mengenai peningkatan dalam skop projek yang dilaksanakan oleh Kumpulan?

    Uchi Technologies Bhd (AGM)

    Seperti yang dinyatakan dalam Analisis dan Perbincangan Pengurusan, Margin Keuntungan Operasi menyusut kepada 45.6% dalam TK2015 berbanding 43% dalam TK2016. Ini disebabkan oleh peningkatan dalam kos bahan & kos buruh, peruntukan bagi jangkaan tuntutan kerja semula dan peningkatan dalam perbelanjaan penyelidikan & pembangunan. Apakah langkah yang diambil oleh Kumpulan untuk meningkatkan Margin Keuntungan Operasi?

    Allianz Malaysian Bhd (AGM)

    Melihat liberalisasi sektor kewangan bersama-sama penyahkawalseliaan yang akan berlaku serta penyingkiran struktur tarif, sila kongsikan langkah yang diambil oleh Kumpulan sejak dua tahun yang lalu untuk menangani dan mengurangkan kesan serta persaingan dalam industri.

    a. Bagaimanakah Kumpulan menangani risiko menentukan harga produk untuk kekal berdaya saing dengan para pesaing serta memastikan pelanggan yang baik dan setia dengan tiada rekod tuntutan atau tuntutan minimum diberi ganjaran di bawah pendekatan risiko penentuan harga?

    b. Adakah manfaat pelarasan harga premium kompetitif diturunkan kepada

    pelanggan Syarikat?

    Asiamet Education Group Bhd (AGM)

    Selepas penjualan Valencia Education Group Sdn Bhd, Asiamet (KB) Sdn Bhd, Asiamet (Kuching) Sdn Bhd dan Asiamet (KK) Sdn Bhd yang beroperasi di kampus sendiri, bolehkah Lembaga Pengarah jelaskan yang berikut:

  • Perkara penting untuk diajukan:

    a. Bagaimanakah Kumpulan beroperasi di bawah segmen perniagaan sedia ada sehingga dan selepas selesai pengambilalihan; dan

    b. Bagaimanakah dan dari mana AMU dan AMU-JB mendapat dana untuk

    pelaburan operasi dan modal di bawah struktur korporat baharu?

    TA Enterprise Bhd (AGM)

    Seperti yang dinyatakan dalam Analisis dan Perbincangan Pengurusan (MDA), pemaju hartanah Kumpulan, TA Global Berhad mempunyai kira-kira 750 ekar bank tanah di dalam dan luar negara.

    a. Sila kongsikan tentang kemampanan berterusan dan pelan strategik jangka panjang Syarikat. Berapa lamakah bank tanah sedia ada dapat bertahan?

    b. Melihat pasaran hartanah semasa yang lemah serta sentimen pengguna yang

    berhati-hati di Malaysia, apakah strategi pemasaran Syarikat untuk produk yang ditawarkan pada 2017 dan 2018, berikutan syarat pembiayaan dan persekitaran pinjaman yang lebih ketat oleh pihak bank?

    Dayang Enterprise Holdings Bhd (AGM)

    Kumpulan mengekalkan matlamat jangka panjang yang ia akan berubah menjadi pemain perkhidmatan penyelenggaraan yang lebih besar dengan menerajui pasaran dalam Malaysia. Apakah bahagian pasaran domestik Kumpulan dan bagaimanakah Kumpulan dapat menjadi peneraju pasaran?

    Hengyuan Refining Co. Bhd (AGM/EGM)

    Berbekalkan matlamat untuk mengekalkan produk kami di dalam paip, HRC memantapkan lagi pelaksanaan 9 Asas Keselamatan Proses, yang bermula pada TK2016. Ia merupakan satu set peraturan yang diaplikasikan dalam reka bentuk loji dan prosedur untuk mengurangkan kerugian daripada pembendungan. Kami mendapati ada peningkatan dalam masa henti yang tidak dirancang iaitu 1.03% pada TK2012 dan 7.2% pada TK2016. Bolehkah Lembaga Pengarah terangkan kepada pemegang saham mengenai 9 Asas Keselamatan Proses dan bagaimanakah Syarikat dapat menambah baik pertambahan masa henti yang tidak dirancang ini?

    TH Heavy Engineering Bhd (AGM)

    Pada 28 April 2017, Lembaga Pengarah mengumumkan TH Heavy menjadi syarikat PN 17 apabila juruaudit menyatakan pendapat penafian dalam penyata kewangan beraudit terkini Syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016. Bolehkah Lembaga Pengarah jelaskan isu berikut:

    a. Bagaimanakah Kumpulan dapat mengurangkan kerugian bersihnya berjumlah RM439.6 juta yang dicatatkan pada TK2016?

    b. Liabiliti semasa Kumpulan melebihi aset semasa sebanyak RM733.1 juta.

    Bagaimanakah Kumpulan dapat menghasilkan tunai yang mencukupi untuk memenuhi obligasi semasa yang besar?

    c. Bolehkah Lembaga Pengarah berikan maklumat terkini tentang pengaturan

    skim Syarikat?

  • Perkara penting untuk diajukan:

    d. Kumpulan mempunyai kontrak dengan pelanggan untuk menyerahkan sebuah kapal Pengeluaran, Penyimpanan dan Pemunggahan Terapung (FPSO) sebelum tarikh yang ditetapkan. Pada 31 Disember 2016, Kumpulan tidak mempunyai sumber pembiayaan sedia ada untuk membolehkan Kumpulan menyiapkan kerja-kerja pertukaran FPSO itu.

    Bagaimanakah Kumpulan akan membayar pemiutang dan apakah kemungkinan pelanggan membuat tuntutan ganti rugi tertentu?

    e. Bagaimanakah Lembaga Pengarah menangani keupayaan Kumpulan dan Syarikat untuk kekal sebagai usaha berterusan serta pelbagai notis undang-undang oleh pemiutang?

    f. Pada 3 Disember 2016, terdapat RM63.8 juta yang dihutang oleh pelanggan

    kontrak yang mewakili tuntutan belum disahkan untuk kos yang ditanggung ke atas kerja-kerja variasi yang dilakukan untuk sebuah projek. Seperti yang dinyatakan dalam Nota 11 di muka surat 84 dalam Laporan Tahunan, pihak pengurusan sedang dalam proses rundingan dengan pelanggan mengenai jumlah akhir yang boleh diperolehi semula.

    a. Bolehkah Lembaga Pengarah berikan maklumat dan status terkini?

    MAA Group Bhd (AGM)

    Sejak 2011 Syarikat telah diklasifikasikan sebagai penerbit tersenarai yang terjejas menurut Nota Amalan 17 dalam Syarat Penyenaraian selepas melupuskan perniagaan utamanya, Malaysian Assurance Alliance Berhad dengan beberapa tempoh sambungan diberikan, yang terkini sehingga 30 Jun 2017.

    a. Sila jelaskan mengapa Kumpulan dan Syarikat mengambil tempoh masa yang lama sejak 2011 untuk melahirkan satu pelan yang berdaya maju untuk merombak kedudukannya?

    b. Dapatkah Lembaga Pengarah memenuhi tarikh akhir iaitu Jun 2017 setelah

    gagal berkali-kali?

    c. Apakah pilihan serius yang ada, jika ia gagal? Sila berikan penjelasan untuk Kumpulan dan Syarikat bergerak ke hadapan.

    Alam Maritim Resources Bhd (AGM)

    Pendapatan daripada sewa carter dilaporkan menurun dengan ketara iaitu daripada RM177.2 juta pada TK2015 kepada RM82 juta pada TK2016 manakala pendapatan OIC meningkat secara mendadak daripada RM2.6 juta pada TK2015 kepada RM105.1 juta pada TK2016.

    a. Adakah trend ini berterusan pada TK2017 dan bergerak ke hadapan? Sektor manakah yang memberikan margin lebih tinggi?

    b. Apakah kadar penggunaan purata dan kadar carter purata bagi TK2016?

    PERKEMBANGAN DAN BERITA DALAM NEGARA

    MBSB-AFB merger on track, valuation being negotiated http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/15/mbsbafb-merger-on-track-valuation-being-negotiated/

    http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/15/mbsbafb-merger-on-track-valuation-being-negotiated/http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/15/mbsbafb-merger-on-track-valuation-being-negotiated/

  • EPF outsources RM108b to external fund managers in 2016 https://www.nst.com.my/business/2017/05/238595/epf-outsources-rm108b-external-fund-managers-2016

    March IPI grows 4.6% http://www.theedgemarkets.com/article/march-ipi-grows-46

    Unemployment rate drops to 3.4% in March http://www.thesundaily.my/news/2017/05/15/unemployment-rate-drops-34-march

    Index of Services expanded by 6.2 per cent in first quarter of 2017 https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=314&bul_id=V0d6ZkdybGZrSGdmWEo5U0d0ekxxUT09&menu_id=b0pIV1E3RW40VWRTUkZocEhyZ1pLUT09

    BNM: Stronger transparency framework come Jan 1 http://www.thesundaily.my/news/2017/05/15/bnm-stronger-transparency-framework-come-jan-1

    MIDA says 300 private companies are fit for main board listing http://www.thesundaily.my/news/2017/05/11/mida-says-300-private-companies-are-fit-main-board-listing

    SC Revokes Licences of Three Individuals https://www.sc.com.my/post_archive/sc-revokes-licences-of-three-individuals/

    Ire-tex's boardroom tussle gets messier as directors lodge police reports http://www.theedgemarkets.com/article/iretexs-boardroom-tussle-gets-messier-directors-lodge-police-reports

    Hopes of new lease of life for Multi Sports http://www.theedgemarkets.com/article/hopes-new-lease-life-multi-sports

    Bursa keeps target to launch SME market in 2Q http://www.theedgemarkets.com/article/bursa-keeps-target-launch-sme-market-2q

    PERKEMBANGAN DAN BERITA LUAR NEGARA

    China pledges $124 bln for new Silk Road, says open to everyone http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/14/china-pledges-124-bln-for-new-silk-road-says-open-to-everyone/

    China April factory output, investment growth miss forecasts http://www.theedgemarkets.com/article/china-april-factory-output-investment-growth-miss-forecasts

    U.S. retail sales rise broadly; consumer prices rebound http://www.theedgemarkets.com/article/us-retail-sales-rise-broadly-consumer-prices-rebound

    German economy expands strongly in Q1 http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/12/german-economy-expands-strongly-in-q1/

    UK accounting watchdog fines PwC record 5mil http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/12/uk-accounting-watchdog-fines-pwc-record-5mil/

    Oil stable on expected Opec cut extension, drop in US inventories

    https://www.nst.com.my/business/2017/05/238595/epf-outsources-rm108b-external-fund-managers-2016https://www.nst.com.my/business/2017/05/238595/epf-outsources-rm108b-external-fund-managers-2016http://www.theedgemarkets.com/article/march-ipi-grows-46http://www.thesundaily.my/news/2017/05/15/unemployment-rate-drops-34-marchhttps://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=314&bul_id=V0d6ZkdybGZrSGdmWEo5U0d0ekxxUT09&menu_id=b0pIV1E3RW40VWRTUkZocEhyZ1pLUT09https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=314&bul_id=V0d6ZkdybGZrSGdmWEo5U0d0ekxxUT09&menu_id=b0pIV1E3RW40VWRTUkZocEhyZ1pLUT09http://www.thesundaily.my/news/2017/05/15/bnm-stronger-transparency-framework-come-jan-1http://www.thesundaily.my/news/2017/05/11/mida-says-300-private-companies-are-fit-main-board-listinghttp://www.thesundaily.my/news/2017/05/11/mida-says-300-private-companies-are-fit-main-board-listinghttps://www.sc.com.my/post_archive/sc-revokes-licences-of-three-individuals/http://www.theedgemarkets.com/article/iretexs-boardroom-tussle-gets-messier-directors-lodge-police-reportshttp://www.theedgemarkets.com/article/iretexs-boardroom-tussle-gets-messier-directors-lodge-police-reportshttp://www.theedgemarkets.com/article/hopes-new-lease-life-multi-sportshttp://www.theedgemarkets.com/article/bursa-keeps-target-launch-sme-market-2qhttp://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/14/china-pledges-124-bln-for-new-silk-road-says-open-to-everyone/http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/14/china-pledges-124-bln-for-new-silk-road-says-open-to-everyone/http://www.theedgemarkets.com/article/china-april-factory-output-investment-growth-miss-forecastshttp://www.theedgemarkets.com/article/china-april-factory-output-investment-growth-miss-forecastshttp://www.theedgemarkets.com/article/us-retail-sales-rise-broadly-consumer-prices-reboundhttp://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/12/german-economy-expands-strongly-in-q1/http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/12/german-economy-expands-strongly-in-q1/http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/12/uk-accounting-watchdog-fines-pwc-record-5mil/http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/12/uk-accounting-watchdog-fines-pwc-record-5mil/

  • http://www.themalaymailonline.com/money/article/oil-stable-on-expected-opec-cut-extension-drop-in-us-inventories

    Penganalisa MSWG Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected] Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected] Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected] Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] Nor Khalidah Khalil, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected] Vinodth Ramasamy, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected] Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]

    PENZAHIRAN KEPENTINGAN Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam

    syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi China Automobile Parts Holdings Limited.

    Maklumbalas Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected]. PENOLAKAN TUNTUTAN Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG). Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan. MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula. MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

    http://www.themalaymailonline.com/money/article/oil-stable-on-expected-opec-cut-extension-drop-in-us-inventorieshttp://www.themalaymailonline.com/money/article/oil-stable-on-expected-opec-cut-extension-drop-in-us-inventoriesmailto:[email protected]?subject=MSWG%20newslettermailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]?subject=MSmailto:[email protected]%20?subject=MSWG%20Newslettermailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]