ms 1s0 9002 politeknik sultan haji ahmad...

24
MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SEMAMBU 25350 KUANTAN (Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104) www.polisas.edu.my SESI DISEMBER 2017 Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:- a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran c) Borang-borang Pendaftaran ARAHAN: 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini, fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera. 2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 HEP 6) dan borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 & BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) yang disediakan. 3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran. BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

Upload: hoangquynh

Post on 02-Feb-2018

337 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

MS 1S0 9002

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SEMAMBU 25350 KUANTAN

(Tel. 09-5655300; Faks 09-5663104) www.polisas.edu.my

SESI DISEMBER 2017

Buku ini terdiri daripada 3 (TIGA) bahagian:-

a) Maklumat Am b) Maklumat Pendaftaran c) Borang-borang Pendaftaran

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini,

fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan segera.

2. Lengkapkan semua borang-borang pendaftaran (HEP 1 – HEP 6) dan borang-borang pendaftaran asrama yang disediakan (BHHP7, BHHP8 & BHHP9 untuk yang ditawarkan asrama sahaja) yang disediakan.

3. Bawa buku ini dan borang-borang pendaftaran yang telah dilengkapkan pada hari pendaftaran.

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

Page 2: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

2

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT Senarai Semak 3 A. Maklumat Am 4

1. Panduan Untuk Ke Polisas 4 2. Peringatan Sebelum Pendaftaran 4

3. Yuran Dan Bayaran Lain 4

4. Kemudahan Tempat Tinggal 8

5. Bantuan Kewangan 8

6. Rupadiri 8

7. Hal-Hal Lain 11

B. Maklumat Pendaftaran 12

1. Hari Pendaftaran 12 2. Perkara-Perkara Yang Mesti Dibawa Pada Hari Pendaftaran 12

3. Pakaian Dan Rupadiri Semasa Pendaftaran 13

4. Prosedur Pendaftaran 13

5. Hal-Hal Lain 14

C. Borang-Borang Pendaftaran 14

Lampiran 15

Page 3: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH SESI DISEMBER 2017 TARIKH : 19/11/2017 (AHAD)

9.00pagi – 12.30tghari

Page 4: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

2

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

PROGRAM PRA DIPLOMA POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD

SHAH SESI DISEMBER 2017 TARIKH : 27/11/2017 (ISNIN)

9.00pagi – 12.30tghari

Page 5: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SENARAI SEMAK SEBELUM HADIR PADA HARI PENDAFTARAN

Semak dan tandakan pada petak yang berkenaan sekiranya perkara-perkara berikut telah disediakan oleh anda, sebelum bertolak ke POLISAS untuk mendaftar diri. 1. Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) yang mengandungi :

1.1 Borang-Borang Pendaftaran telah lengkap diisi

i. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

ii. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

iii. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN

iv. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

v. HEP 5 : AKUAN PELAJAR

vi. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR

vii. BHHP7* : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

viii. BHHP8* : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE BILIK

ix. BHHP9* : IKRAR KAMSIS

*BHHP7-9 adalah bagi pelajar yang ditawarkan asrama sahaja.

1.2 Salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan bagi tujuan permohonan pinjaman/biasiswa

1.3 Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

2. Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian berjumlah RM200.00

Salinan Slip Bayaran Yuran Asrama berjumlah RM60.00

Slip Wang Tunai Masuk BANK ISLAM BERHAD RM600.00 untuk

Bayaran Pendaftaran/Pelbagai & MTS 3. Gambar warna terbaru (berukuran pasport) 8 keping

(Rujuk Maklumat Pendaftaran M/S10 item 2.3 untuk spesifikasi gambar)

Page 6: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

2

A. M A K L U M A T A M

Baca dengan teliti maklumat/arahan berikut dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar urusan pendaftaran anda berjalan lancar dan anda dapat memulakan pengajian di POLISAS dengan selesa.

1. PANDUAN UNTUK KE POLISAS

Sila rujuk pelan lokasi POLISAS yang disertakan di muka belakang Buku Panduan ini

(Lampiran). Peringatan penting bagi pelajar yang datang dengan kenderaan sendiri, sila perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak Politeknik.

2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Kementerian Pendidikan Tinggi juga berhak MENARIK BALIK tawaran kemasukan ke

Politeknik ini sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Politeknik.

b. Lengkapkan semua borang pendaftaran (Borang HEP & BHHP) sebelum diserahkan kepada POLISAS semasa melapor diri.

3. YURAN & BAYARAN LAIN

Semua pelajar PERLU membuat bayaran di bank berkenaan sebelum melapor diri pada hari

yang telah ditetapkan. Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran

tidak dibenarkan.

SILA AMBIL PERHATIAN. Bayaran boleh dibuat mulai 30/10/2017

Jumlah bayaran adalah seperti jadual di muka surat sebelah.

a. Pelajar perlu membuat 3 (tiga) jenis bayaran meliputi Bayaran 1 iaitu Yuran Pengajian,

Bayaran 2 iaitu Yuran Asrama (jika ditawarkan) dan Bayaran 3 iaitu Pendaftaran/Pelbagai.

Sila rujuk jadual di muka surat selanjutnya.

b. Dokumen Pembayaran perlu dibawa dan ditunjukan sebagai bukti semasa melapor diri

nanti. Anda tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal menjelaskan

sebarang bayaran. Semua pembayaran dalam bentuk Tunai, Cek, Kiriman Wang (Money

Order), Wang Pos (Postal Order) dan Draf Bank tidak akan diterima.

c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta,

DIMESTIKAN membawa satu salinan surat atau salinan dokumen dari pihak penaja

hendaklah diposkan / difaxkan ke POLISAS dengan segera ditalian 09-5663104 untuk

membenarkan calon mendaftar secara atas talian (on-line). Surat atau dokumen asal penaja

hendaklah dibawa bersama semasa melapor. Pelajar yang tidak ditanggung oleh penaja

atau dalam proses permohonan, hendaklah menjelaskan bayaran seperti biasa.

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran pengajian dan bayaran pendaftaran mereka.

Page 7: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

3

3.1 KADAR BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU KURSUS DIPLOMA DAN PRA DIPLOMA

(LULUSAN SPM, SIJIL POLITEKNIK, SIJIL MODULAR KOLEJ KOMUNITI, SIJIL IKM, SIJIL KEMAHIRAN.)

KURSUS DKA, DSB, DGU,

DEE, DTK, DEP,

DKM, DAD, DAT,

DSK, DBS, DLS,

DTM, DMH

IPP, IPS CARA BAYARAN

YURAN PENGAJIAN RM200.00 RM200.00 Mesin ATM / Mesin Cash Deposit di BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

*RUJUK KAEDAH BAYARAN

YURAN PENGAJIAN/ASRAMA

YURAN ASRAMA

(JIKA DITAWARKAN)

RM60.00 RM60.00 Mesin ATM / Mesin Cash Deposit di BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB) *RUJUK KAEDAH BAYARAN

YURAN PENGAJIAN/ASRAMA

YURAN

PENDAFTARAN

RM600.00 RM150.00 Bank-in ke dalam akaun

nombor 06082010020571 atas nama “Koperasi Politeknik

Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Berhad” di

BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB) *RUJUK KAEDAH MEMBAYAR

BAYARAN PENDAFTARAN

*PERINGATAN :

1) BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN YURAN ASRAMA DILAKUKAN DALAM 2 TRANSAKSI YANG

BERBEZA TETAPI KAEDAH BAYARAN YANG SAMA.

2) PASTIKAN ANDA MENDAPAT 2 RESIT YANG BERBEZA BAGI PEMBAYARAN YURAN

PENGAJIAN DAN ASRAMA.

3) SILA RUJUK KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI HALAMAN SETERUSNYA.

4) JANGAN MASUKKAN KESEMUA BAYARAN YURAN KE DALAM AKAUN YURAN PENDAFTARAN

BAGI MEMUDAHKAN PROSES PENDAFTARAN ANDA.

Nama Kursus :

NOTA : Para pelajar yang telah mendaftar tetapi menarik diri selepas itu tidak akan dikembalikan yuran dan bayaran pendaftaran mereka.

DKA – Diploma Kejuruteraan Awam (DA001) DSB – Diploma Seni Bina (DA005) DGU – Diploma Geomatik (DA010) DEE – Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DE007) DKM – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DM001) IPP – Pra Diploma Perdagangan (PP001) DAD – Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DM002)

DSK – Diploma Sains Kesetiausahaan (DP007) DBS – Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (DP013) DLS – Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DP010) DTM – Diploma Teknologi Makanan (DT001) DMH - Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal) (DT002) IPS – Pra Diploma Sains (PS001) DAT – Diploma Akauntansi (DP001)

Page 8: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

4

3.2 KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.Berikut adalah Nama

Bank bagi pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Kamsis (Asrama):

Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB). Bayaran tersebut hanya boleh dibuat melalui saluran berikut:

a. Perkhidmatan Mesin ATM BIMB b. Perkhidmatan Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

A PERKHIDMATAN MESIN ATM BANK ISLAM

1. Pilih menu LAIN-LAIN

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

3. Pilih menu YURAN IPT

4. Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

6. Pilih Bil yang ingin dibayar

7. Sahkan amaun yang ingin dibayar

8. Transaksi selesai dan ambil Resit

B PERKHIDMATAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM

1. Pilih menu YURAN IPT

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

3. Pilih POLITEKNIK KPT

4. Sahkan data dan masukkan wang

5. Sahkan jumlah kemasukkan wang

6. Transaksi selesai dan ambil Resit

Page 9: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

5

3.3 KAEDAH MEMBAYAR BAYARAN PENDAFTARAN/PELBAGAI DI BANK ISLAM (BIMB)

Berikut adalah Nama Bank, Nama Akaun dan No. Akaun Bank bagi pembayaran

Bayaran Yuran Pendaftaran:

Nama Bank : BANK ISLAM (M) BERHAD (BIMB)

No. Akaun : 06082010020571

Nama Organisasi : KOPERASI POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

KUANTAN BERHAD Kaedah pembayaran Bayaran Pendaftaran hendaklah dibuat melalui Perkhidmatan

Bayaran di Kaunter Bank sahaja di mana-mana kaunter cawangan BANK ISLAM

(M) BERHAD (BIMB) dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran wang

tunai masuk.

Bayaran Yuran Pendaftaran juga boleh dibuat Mesin ATM/CDM dengan

memasukkan nombor akaun seperti di atas. Sila pastikan anda mendapat slip

bayaran selepas membuat bayaran.

*Sila Ambil Perhatian Bayaran Yuran Pengajian dan Pendaftaran adalah

akaun yang berbeza.

Sila baca maklumat panduan pembayaran dengan teliti sebelum membuat

bayaran.

Page 10: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

6

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL

Tempat kediaman di KAMSIS POLISAS adalah terhad. Pelajar dapat mengetahui sama ada mereka mendapat KAMSIS/ASRAMA atau tidak dengan mencetak maklumat bayaran di laman web http:/spmp.polisas.edu.my (RUJUK TATACARA PENDAFTARAN ONLINE). Jika anda ditawarkan asrama dan menerima tawaran tersebut, semasa mendaftar di KAMSIS POLISAS sila bawa:

a. Kain selimut. b. Kain cadar untuk tilam berukuran 1m x 2m (2 helai). c. Bantal dan sarung bantal. d. Baju Melayu (lengkap dan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama Islam. e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek bewarna BIRU GELAP/HITAM, baju-T dlln. f. Pakaian harian secukupnya (rujuk Bahagian 6 – Rupadiri, untuk pakaian ke kuliah) g. 1 keping gambar berukuran pasport. h. Borang BHHP7 (2 salinan), BHHP8 dan BHHP9 yang diisi dengan lengkap. i. 1 bakul sampah, 1 penyapu, 1 cermin muka, dan 1 baldi untuk kegunaan anda semasa

di kamsis. j. Kasut kulit/kanvas bewarna hitam.

PELAJAR YANG MENDAPAT TAWARAN ASRAMA TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA

KENDERAAN SEPANJANG PENGAJIAN.

5. BANTUAN KEWANGAN

POLISAS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk surat berkaitan (Surat Maklumat Pinjaman/Biasiswa PTPTN)

6. RUPADIRI Pelajar-pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di POLISAS. Secara umumnya

pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar (seperti di dalam panduan di muka sebelah), seluar trek (track bottom) bewarna biru gelap atau hitam dan kasut yang bersesuaian

semasa aktiviti kokurikulum. Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus:

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar Islam digalakkan berpakaian menutup aurat.

6.1 RUPADIRI PELAJAR LELAKI

Page 11: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

7

6.1.1 Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

b. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju

‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

c. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

d. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.

e. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam.

f. Berseluar ‘slack’.

g. Berkasut dan berstokin.

h. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.

i. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

6.1.2 Rambut

a. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.

b. Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

RAMBUT HENDAKLAH SENTIASA KEMAS DAN PENDEK

TIDAK MELEBIHI KOLAR BAJU

TIDAK MENUTUPI TELINGA

TIDAK MENUTUPI DAHI

6.2 RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN

6.2.1 Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

a. Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek,

berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.

b. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.

c. Baju ‘T’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju

‘T’ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

d. Berseluar yang tidak ketat.

e. Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. Kasut

yang berladam logam yang berbunyi juga TIDAK dibenarkan.

6.2.2 Rambut

a. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan

TIDAK dibenarkan.

b. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung.

Page 12: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

8

6.2.3 Perhiasan

Memakai barang kemas yang berlebihan TIDAK digalakkan.

Penampilan Rupadiri Pelajar Lelaki/Pelajar Perempuan

LELAKI PEREMPUAN

BAJU JENIS

T-SHIRT

BERKOLAR DAN

BERLENGAN

PENDEK

KEMEJA

BERLENGAN

PENDEK/PA

NJANG

BAJU MELAYU BAJU

KURUNG

BAJU

KURUNG

MODEN

PAKAIAN

KASUAL

CONTOH ETIKA PERPAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

CALON SISWA CALON SISWI

MUSLIM

CALON SISWI

BUKAN MUSLIM

CALON SISWI

BUKAN MUSLIM

Page 13: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

9

7. HAL-HAL LAIN

7.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-

syarat pakaian seperti dijelaskan dalam bahagian 6.

7.2 Sediakan mesin kira (calculator) saintifik yang tidak boleh diprogramkan. (mesin kira boleh juga dibeli di kedai koperasi).

7.3 Anggaran Perbelanjaan Pelajar (setahun).

Berikut adalah anggaran kos perbelanjaan seorang pelajar setahun bagi mengikuti pengajian di POLISAS. Tempoh pengajian bagi kursus diploma adalah selama 3 tahun (6 semester) bagi lulusan SPM, lepasan Sijil Kolej Komuniti, Sijil Politeknik, Sijil IKM, SKM tahap 3 Perkiraan dibuat kepada dua kategori, tinggal di asrama dan di luar asrama. Penginapan di asrama adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar baru (lepasan SPM/SPMV sahaja).

Butiran Anggaran Perbelanjaan Setahun (RM)

Asrama Luar Asrama

YURAN a. Yuran Pengajian RM200/semester b. Bayaran Lain (sepanjang pengajian) i. Kursus Diploma/Sijil Lepasan

SPM/SPMV ii. Kursus Diploma Lepasan Sijil Politeknik

400.00

500.00

400.00

500.00

350.00

PENGINAPAN (Bagi Luar Asrama:10 orang berkongsi sebuah rumah dengan purata sewa RM400.00/bulan)

60.00/sem

120.00

40 X 12

480.00

PENGANGKUTAN (Bagi Luar Asrama: RM30.00/bln X 9

270.00

MAKAN RM8.00/hari X 9 bulan

2160.00 2160.00

*BUKU & ALAT TULIS 150.00 150.00

JUMLAH 3330.00

3690.00

3540.00

Perkiraan di atas adalah berdasarkan kepada pelajar mengikuti kursus/berada di Politeknik selama 9 bulan bagi setahun, tidak termasuk cuti semester. Makanan yang disediakan di asrama adalah secara kafetaria. * Kebanyakan sumber buku rujukan pelajar adalah dari perpustakaan dan nota pensyarah. Jumlah untuk pelajar diploma integrasi (kursus diploma bagi lepasan sijil politeknik).

Page 14: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

10

B. MAKLUMAT PENDAFTARAN Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya

urusan pada hari pendaftaran berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya

mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar POLISAS pada hari dan waktu

seperti yang dinyatakan di dalam surat tawaran dan Slip Pendaftaran Online Pelajar.

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

2.1 Dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN YANG DISAHKAN seperti yang berikut:-

a. Kad Pengenalan, b. Surat Tawaran ke Politeknik, c. Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V), d. Sijil Berhenti Sekolah, e. Dokumen kokurikulum yang berkaitan

(terutamanya yang mewakili negara dan negeri), f. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan), g. Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(i) Borang Maklumat Peribadi Pelajar – HEP 1; (ii) Laporan Pemeriksaan Doktor– HEP 2; (ii) Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan – HEP 3; (iii) Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung – HEP 4; (iv) Akuan Pelajar – HEP 5; (v) Aku Janji Pelajar – HEP 6; (vi) Borang Kamsis BHHP7, BHHP8 dan BHHP9.

h. Dokumen/slip cetakan pendaftaran on-line SPMP

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL untuk semakan, anda

tidak layak didaftarkan)

2.2 Bayaran melalui bank hendaklah dilakukan sebelum datang ke POLISAS dan semua

salinan Slip Pembayaran perlu dibawa semasa hari pendaftaran sebagai bukti pembayaran. Bagi salinan slip yang hanya dicop sahaja dan tidak dicetak komputer, pengesahan dari pihak bank berkenaan adalah perlu.

SEMUA PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar POLISAS.

Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah

membawa bersama surat pengesahan penajaan yang asal beserta satu salinan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran.

2.3 8 keping gambar berwarna yang terbaru berukuran PASPORT. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Bagi pelajar perempuan pula, mereka hendaklah berpakaian dengan sopan serta tidak mendedahkan bahagian bahu dan untuk pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

Page 15: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

11

3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

a) Pelajar-pelajar lelaki hendaklah memakai seluar panjang slack dan baju kemeja . Pelajar-pelajar perempuan (Islam) hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi pelajar-pelajar bukan Islam hendaklah memakai pakaian yang bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana

bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang adalah tidak dibenarkan. b) Berkasut* serta berstokin. c) Rambut* mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak

melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

d) Topi, Baju-T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan (track bottom) adalah dilarang.

(* Sila rujuk Maklumat Am – Bahagian 6 – Rupadiri). e) Pelajar digalakkan membawa payung atau baju hujan untuk kegunaan semasa berlaku

hujan.

4. PROSEDUR PENDAFTARAN

Untuk urusan pendaftaran, pelajar dikehendaki bergerak mengikut turutan. Sekiranya pelajar ditawarkan tinggal di Asrama anda hendaklah membuat pendaftaran di Kamsis. Mana-mana pelajar yang tidak ditawarkan asrama, sila daftar pada tempat yang telah ditetapkan.

4.1 Pendaftaran Pengajian dan Asrama (Di Kamsis)

TAMAT

- Ambil Kunci (jika berkaitan) - Serahan borang BHHP7,

BHHP8, BHHP9

Semakan Dokumen

MULA

Lengkap

KAUNTER INDUK

Pastikan semua dokumen ASAL

seperti berikut dapat dikemukakan

kepada urusetia. a. Kad Pengenalan. b. Semua salinan slip Bayaran c. Surat Tawaran ke Politeknik. d. Sijil atau Slip Keputusan

Peperiksaan SPM/SPM(V). e. Sijil Berhenti Sekolah. f. Dokumen ko-kurikulum yang

berkaitan (terutamanya yang mewakili negara dan negeri).

g. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan).

h. Dokumen cetakan daftar on-line (SPMP)

Page 16: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

12

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pelajar lelaki dikehendaki membawa BAJU KEMEJA PUTIH LENGAN PANJANG DAN

SELUAR SLACK HITAM. 5.2 Bagi pelajar perempuan pula dikehendaki membawa BAJU KURUNG PUTIH (BAJU

SEKOLAH), KAIN SARUNG HITAM & TUDUNG BERWARNA GELAP (HITAM) untuk digunakan semasa mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa.

5.3 Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Transformasi Siswa (MTS). 5.4 Pelajar digalakkan membawa payung atau baju hujan untuk kegunaan semasa Minggu

Transformasi Siswa.

Sila rujuk aturcara Minggu Transformasi Siswa seperti yang terdapat di dalam Buku Panduan

Pelajar POLISAS. (Akan diberikan kepada setiap pelajar pada hari pendaftaran)

C. BORANG – BORANG PENDAFTARAN Borang-borang pendaftaran yang mesti dilengkapkan dan dibawa bersama pada hari pendaftaran adalah seperti berikut:

1. HEP 1 : MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

2. HEP 2 : LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

3. HEP 3 : KEBENARAN UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN

4. HEP 4 : IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

5. HEP 5 : AKUAN PELAJAR

6. HEP 6 : AKU JANJI PELAJAR

7. BHHP7 : JAMINAN TATATERTIB KAMSIS (dua salinan)

8. BHHP8 : PERSETUJUAN PELAJAR TINGGAL 3/5 ORANG SE-BILIK

9. BHHP9 : IKRAR KAMSIS

Borang-borang pendaftaran di atas boleh diperolehi dengan memuat turun kesemuanya di http://spmp.polisas.edu.my di bawah menu Maklumat Am Pendaftaran.

Page 17: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

13

ARAHAN

1. Lalu-lintas dan Tempat Letak Kenderaan Peringatan penting bagi calon yang datang dengan kenderaan sendiri, sila ke tempat letak kereta yang disediakan. Anda dilarang membawa kenderaan masuk ke setiap kamsis supaya tidak berlakunya kesesakan lalu-lintas di kawasan kampus. Calon juga digalakkan membawa satu kenderaan sahaja dan mematuhi arahan pegawai lalu-lintas yang bertugas.

2. Yuran Pengajian dan Yuran Asrama Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (jika ditawarkan Asrama) dibayar di mana-mana cawangan BIMB berhampiran sebelum melapor diri. Ingat! sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan apabila calon telah mendaftar.

3. Borang HEP & BHHP. Calon dikehendaki melengkapkan semua borang HEP & BHHP yang disediakan sebelum hadir melapor diri. Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan di kaunter yang disediakan semasa melapor diri.

4. Daftar Secara Atas Talian. (Rujuk Manual “DAFTAR SECARA ON-LINE”) Sila layari website POLISAS di http://spmp.polisas.edu.my ruangan

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2016 untuk membuat pendaftaran secara atas talian (on-line). Pendaftaran ini boleh dibuat selepas satu hari

dari tarikh pembayaran yuran pengajian, asrama (jika ditawarkan) dan bayaran pendaftaran yang telah dibuat di bank-bank berkenaan.

5. Bayaran Pendaftaran. Sila buat bayaran yuran pendaftaran melalui SLIP WANG TUNAI MASUK BANK ISLAM BERHAD (BIMB) di mana-mana cawangan BIMB dengan jumlah wang mencukupi sepertimana yang telah ditetapkan dalam Buku Panduan Pendaftaran.

6. Dokumen Pendaftaran Calon-calon hendaklah memastikan semua dokumen yang dikehendaki dibawa semasa lapor diri. Sila patuhi masa dan tarikh Pendaftaran yang telah ditetapkan. Kepada ibu/bapa/penjaga yang mengiringi calon, bolehlah meninggalkan kampus setelah calon selesai mendaftarkan diri ke asrama.

7. Calon Tajaan Mana-mana calon yang menerima tajaan, sila poskan/faxkan salinan surat tajaan ke POLISAS sebelum melapor diri untuk membolehkan calon mendaftar secara atas talian (on-line).

8. Kerjasama calon-calon sepanjang hari pendaftaran amat-amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Lampiran

Page 18: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

14

Senarai Hotel Di Kuantan Berdekatan Dengan POLISAS

Bil. Nama Hotel Dan Alamat No.Tel/Fax/Web *Harga Bilik

1.

Makmur Inn (POLISAS) Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu 25350 KUANTAN

09 – 565 5300 09 – 566 3104 (Fax) http://www.polisas.edu.my

RM 80 – RM 130

2. Hotel Seri Malaysia Kuantan Jalan Telok Sisek 25000 KUANTAN

09 – 513 6666 09 – 514 7788 (Fax)http://www.serimalaysia.com.my

RM 140 – RM 160

3. Grand Continental Hotel Jalan Gambut 25000 KUANTAN

09 – 515 8888 09 – 515 9999 (Fax) http://www.ghihotels.com.my

RM 170 – RM 220

4. Vistana Hotel Jalan Teluk Sisek 25000 KUANTAN

09 – 517 8000 09 – 517 8400 (Fax) http://www.vistanahotels.com

RM 220 – RM 275

5. Mega View Hotel Lot 567, Jalan Besar 25000 KUANTAN

09 – 517 1888 09 – 556 3999 (Fax) http://www.megaviewhotel.com

RM 120 – RM 245

6.

M.S. Garden Hotel Lot 5 & 10, Lorong Gambut Off Jalan Beserah 25300 KUANTAN

09 – 511 8888 09 – 517 7016 (Fax) http://msgarden.com.my

Dari RM 256

7. Shahzan Inn Kuantan Jalan masjid 25000 KUANTAN

09 – 513 6688 09 – 513 5588 (Fax) http://www.shahzaninn.com

Dari RM 165

8.

Citiview Hotel Kuantan Lot 113, Seksyen 19 Jalan Haji Abdul Aziz 25000 KUANTAN

09 – 555 3888 http://www.citiviewhotel.com

Dari RM 200

9. Hotel Sentral Kuantan No. 45-P, Jalan Besar 25000 KUANTAN

09 – 565 9999 09 – 565 9988 (Fax) http://www.hotelsentralkuantan.com.my

Dari RM 120

10. Hotel Zenith Kuantan Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 KUANTAN

09 – 565 9595 09 – 565 9500 (Fax) http://www.thezenithhotel.com

Dari RM 225

11.

Grand City Kuantan B92, Ground Floor Sri Pahang Business Centre 25300 KUANTAN

09 – 517 2222/517 2333 09 – 517 2150 (Fax) http://www.grandcityhotel.com.my

RM 80 – RM 168

12. Exclusive LA Hotel B-92, Jalan Dato Lim Hoe Lek 25200 KUANTAN

09 – 513 9693/514 2314 09 – 513 6167 (Fax) http://www.exclusivelahotel.com

RM 95 – RM 140

13. Greenlast Hotel No. A-37, Jalan Air Putih 25300 KUANTAN

09 – 513 3061 09 – 513 3072 (Fax) http://www.greenlasthotel.com

RM 80 – RM 150

14. Greenleaf Hotel No. 60-62, Jalan Bukit Ubi 25300 KUANTAN

09 – 515 9966 09 – 513 3072 (Fax) http://www.greenlasthotel.com

RM 88 – RM 120

15. Classic Hotel Kuantan No. 7, Banguan LKNP, Jalan Besar 25000 KUANTAN

09 – 516 4599 09 – 513 4141 (Fax) http://classichotelkuantan.com

Dari RM 75

16. Hyatt Regency Kuantan Resort Telok Chempedak 25050 KUANTAN

09 – 518 1234 09 – 567 7577 (Fax) http://kuantan.regency.hyatt.com

Dari RM 383

17.

Crystal City Hotel A-231, Mezannine Floor Jalan Air Putih 25300 KUANTAN

09 – 567 1166 09 – 567 4094 (Fax) http://www.crystalcityhotel.com.my

RM 69 – RM 99

* Harga bilik adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Lampiran

Page 19: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

15

PELAN LALUAN KE POLISAS

Lampiran

Page 20: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

16

PELAN LALUAN

KE TEMPAT LETAK KERETA POLISAS

HARI PENDAFTARAN

Lampiran

/ B

PENDAFTARAN ASRAMA

KAMSIS B- Pelajar Lelaki

KAMSIS C – Pelajar Perempuan

Page 21: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

BHHP7

KAMSIS POLISASPERJANJIAN JAMINAN TATATERTIB

(Sila isi dalam DUA salinan dengan menggunakan HURUF BESAR)

Nama: ____________________________________No. Pendaftaran________________Jantina:_________________

Alamat surat menyurat:_____________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

Negeri asal: ______________________________________________Tarikh lahir:______________________________

No. K.P.:___________________________________Tempat dikeluarkan:_____________________________________

Nama ibu/bapa/penjaga:__________________________________________________No. Tel. (R)________________

Hubungan dengan penjaga:_________________________________________________________________________

LAFAZ PERJANJIAN

Saya _________________________________________________________________ dengan ini mengaku dan

bersetuju akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Kamsis POLISAS termasuk kesemua pindaan

terhadapnya dari masa ke semasa selama saya menjadi penghuni di sini dan sanggup menerima sebarang hukuman

yang berkaitan; termasuk sepertimana yang tersenarai di bawah ini. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya

sendiri tanpa desakan atau paksaan dari mana-mana pihak.

1. Setelah melakukan tiga kesalahan dan diberi amaran secara bertulis.

Hukuman: Tidak dibenarkan tinggal di Kamsis, memasuki kawasan Kamsis dan menggunakan kemudahan diKamsis selama satu (1) semester.

2. Bermalam di luar tanpa kebenaran Pengurus Kamsis.

Hukuman: Seperti nombor 1 di atas.

3. Lewat pulang ke Kamsis tanpa alasan yang munasabah serta telah dua kali diberi surat amaran.

Hukuman Seperti nombor 1 di atas.

4. Membuat penyambungan elektrik tanpa pengetahuan/kebenaran Pengurus Kamsis (sambungan haram)

Hukuman: Tidak dibenarkan tinggal di Kamsis, memasuki kawasan Kamsis dan menggunakan kemudahan diKamsis sepanjang tempoh pengajian di POLISAS.

5. Merosakkan/memusnahkan dan menyalahgunakan harta-benda termasuk perabot dan bangunan KamsisPOLISAS.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

6. Menyimpan/memiliki senjata yang boleh dianggap mengancam keselamatan penghuni Kamsis yang lain dankakitangan POLISAS (seperti pisau, kapak, buku lima dan lain-lain)

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

Page 22: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

7. Membawa atau makan/minum makanan yang haram di sisi Agama Islam ke kawasan Kamsis.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

8. Membawa atau membenarkan pelawat/setinggan (bukan penghuni Kamsis) masuk ke kawasanlarangan atau bermalam di mana-mana bilik Kamsis POLISAS.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

9. Melibatkan diri dengan dadah/kumpulan haram/berjudi/peras ugut/kegiatan-kegiatan yangbertentangan dengan undang-undang negara.

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

10. Menceroboh masuk ke kawasan Kamsis pada waktu yang tidak dibenarkan berada di Kamsis (sepertisemasa cuti pengajian).

Hukuman: Seperti nombor 4 di atas.

Tarikh:Tandatangan pelajar di hadapan

Pengurus KamsisTandatangan ibu/bapa/penjaga

KEGUNAAN PEJABAT KAMSIS

No. Bilik :____________________

No. Pendaftaran:____________________

Catatan Waden/Felo: _____________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________

Page 23: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

BHHP8KAMSIS POLISAS

PERSETUJUAN PELAJAR UNTUK TINGGAL TIGA / LIMA ORANG SE-BILIK

Saya ______________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan ____________________________________ bersetuju untuk tinggal tiga /

lima orang se-bilik di kamsis jika diarahkan dan apabila keadaan memerlukan saya berbuat

demikian.

Tandatangan pelajar:_________________________________Tarikh:__________________

(SILA TANDATANGAN DAN KEPILKAN BERSAMA BORANG-BORANG BHHP7 & BHHP9)

Page 24: MS 1S0 9002 POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHspmp.polisas.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · 3 3.1 kadar bayaran yuran pelajar baharu kursus diploma dan pra diploma

BHHP9

KAMSIS POLISASPERJANJIAN PELAJAR & JAMINAN IBU/BAPA/PENJAGA

1. Saya ______________________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan ____________________________________ mengaku akan mematuhi segala

peraturan-peraturan Kamsis Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan segala arahan dari masa

ke semasa baik secara lisan ataupun secara bertulis yang telah, sedang dan akan diberikan semasa

tinggal di Kamsis dan juga sedia menerima hukuman sekiranya saya didapati melanggar peraturan-

peraturan Kamsis tersebut.

Tandatangan pelajar:_______________________________________ Tarikh:____________________________

2. Saya ____________________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan __________________________________ sebagai ibu/bapa/penjaga kepada

pelajar tersebut di atas berjanji akan menjelaskan segala bayaran Kamsis yang akan dikenakan pada

masa yang ditetapkan. Saya juga memberi kebenaran kepada pihak berkuasa Kamsis untuk

mengambil sebarang tindakan yang perlu bersabit dengan kesalahan yang mungkin dilakukan oleh

anak/jagaan saya semasa tinggal di Kamsis Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.

Tandatangan: Tarikh:ibu/bapa/penjaga:

Tandatangan Saksi: Tarikh(Ketua kampung/Pegawai Kumpulan A)

Nama: No. K.P.:

Cop rasmi:

KEGUNAAN POLITEKNIK

Tarikh Butiran Tindakan

LEKATKANGAMBARWARNA

UKURANPASPORT