motivasi belajar

7
PENAT BELAJAR, PENAT LAGI JIKA TIDAK BELAJAR Oleh: Osman Affan Kerap kali saya mendengar rungutan pelajar mahupun orang dewasa tentang betapa penatnya mahu belajar sesuatu. Pelajar di peringkat sekolah mengadu betapa penatnya belajar 8 hingga 10 subjek. Pelajar di peringkat universiti mengadu betapa penatnya membuat 5-8 assignments dalam satu semester. Orang dewasa yang sudah bekerja pula merungut betapa penatnya mahu belajar teori-teori baru atau cara baru melakukan sesuatu kerja. Satu perkara yang pasti, merungut memang seronok dilakukan. Ia membuat kita rasa lega. Ia membuat kita rasa puas. Terasa kita patut diberi simpati dan belas kasihan. Terasa semua orang perlu faham situasi kita dan mungkin cuba kurangkan sedikit beban yang kita rasa kita tanggung selama ini. Namun, perlu difikirkan, apabila kita merungut, adakah beban belajar itu menjadi semakin ringan? Sebagai contoh, apabila kita sedang beratur di pejabat pos untuk membayar sesuatu dan barisannya terlalu panjang dan bergerak terlalu perlahan, adakah ia akan berubah jika terus-menerus merungut? Sudah tentu tidak bukan? Satu perkara yang perlu kita ingat (jika sudah lupa) dan sedar (jika masih juga tidak sedar ) ialah merungut tidak menyelesaikan masalah. Malah ia membuat sesuatu masalah kelihatan lebih besar daripada keadaan asalnya. Cara mudah untuk tidak merungut ialah jangan beri apa-apa komen dan fokuskan minda kepada perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian dan menenangkan hati kita. Sebagai contoh, semasa beratur panjang di pejabat pos tadi, alternatif kepada merungut ialah fokuskan mata kepada apa yang ada di sekeliling. Lihat pada sesuatu yang boleh menarik perhatian kita seperti hiasan di tempat itu, banner iklan, gelagat orang berbual-bual, perangai kanak- kanak yang berlari-lari dan sebagainya. Timbulkan rasa seronok dalam diri semasa melihat perkara-perkara tersebut. Cuba lakukan tips ini dan lihat apa yang berlaku kepada barisan yang panjang tadi? Setidak-

Upload: awafiq

Post on 25-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: motivasi belajar

PENAT BELAJAR, PENAT LAGI JIKA TIDAK BELAJAROleh: Osman Affan

Kerap kali saya mendengar rungutan pelajar mahupun orang dewasa tentang betapa penatnya mahu belajar sesuatu. Pelajar di peringkat sekolah mengadu betapa penatnya belajar 8 hingga 10 subjek. Pelajar di peringkat universiti mengadu betapa penatnya membuat 5-8 assignments dalam satu semester. Orang dewasa yang sudah bekerja pula merungut betapa penatnya mahu belajar teori-teori baru atau cara baru melakukan sesuatu kerja.

Satu perkara yang pasti, merungut memang seronok dilakukan. Ia membuat kita rasa lega. Ia membuat kita rasa puas. Terasa kita patut diberi simpati dan belas kasihan. Terasa semua orang perlu faham situasi kita dan mungkin cuba kurangkan sedikit beban yang kita rasa kita tanggung selama ini. Namun, perlu difikirkan, apabila kita merungut, adakah beban belajar itu menjadi semakin ringan?

Sebagai contoh, apabila kita sedang beratur di pejabat pos untuk membayar sesuatu dan barisannya terlalu panjang dan bergerak terlalu perlahan, adakah ia akan berubah jika terus-menerus merungut?

Sudah tentu tidak bukan?

Satu perkara yang perlu kita ingat (jika sudah lupa) dan sedar (jika masih juga tidak sedar ) ialah merungut tidak menyelesaikan masalah. Malah ia membuat sesuatu masalah kelihatan lebih besar daripada keadaan asalnya. Cara mudah untuk tidak merungut ialah jangan beri apa-apa komen dan fokuskan minda kepada perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian dan menenangkan hati kita.

Sebagai contoh, semasa beratur panjang di pejabat pos tadi, alternatif kepada merungut ialah fokuskan mata kepada apa yang ada di sekeliling. Lihat pada sesuatu yang boleh menarik perhatian kita seperti hiasan di tempat itu, banner iklan, gelagat orang berbual-bual, perangai kanak-kanak yang berlari-lari dan sebagainya. Timbulkan rasa seronok dalam diri semasa melihat perkara-perkara tersebut. Cuba lakukan tips ini dan lihat apa yang berlaku kepada barisan yang panjang tadi? Setidak-tidaknya, apa yang berlaku kepada rasa hendak merungut yang tidak mendatangkan faedah tadi?

Perkara kedua yang perlu difikirkan ialah jika kita terasa belajar itu penat, tahukah kita bahawa tidak belajar itu jauh lebih memenatkan?

Bayangkan kali pertama kita dihadiahkan sebuah basikal. Dengannya, kita boleh pergi ke sekolah sendiri dengan lebih cepat. Malah kita boleh pergi ke mana-mana menggunakan basikal tersebut. Masalahnya, kita perlu belajar dahulu bagaimana hendak menunggangnya. Bukan sahaja ia susah pada mulanya malah menyakitkan. Berapa banyak luka di kaki dan tangan kita akibat terjatuh? Berapa kali agaknya kita menangis atau menyumpah-seranah kerana basikal itu tidak mahu mendengar kata? Susah bukan?

Namun, apa akan jadi kalau kita tidak mahu penat belajar menunggang basikal? Adakah berjalan kaki ke sekolah kurang memenatkan?

Pelajar yang merungut belajar itu memenatkan barangkali tidak pernah terfikir apa akan jadi beberapa tahun akan datang. Bayangkan kita rasa penat dan mahu berhenti belajar. 20 tahun akan datang kita

Page 2: motivasi belajar

akan terjumpa semula rakan-rakan sekelas atau satu sekolah. Mereka semua meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka semua sama ada berkerjaya professional atau menjadi usahawan yang sangat berjaya.

Mereka mengumpul kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan dalam masa yang cepat dan singkat. Tidakkah ia memenatkan hati dan perasaan kita melihat ini semua sedangkan kita terkial-kial untuk membayar bil setiap bulan? Tidakkah ia memenatkan semangat dan azam dalam diri kita apabila kita tahu yang usaha kita (tanpa pendidikan) sukar membawa kita ke mana-mana?

Bagi orang dewasa yang terasa penat mempelajari ilmu baru pula, tidakkah ia memenatkan apabila kita asyik gagal dalam apa yang kita lakukan? Bukankah ia semakin memenatkan apabila kita tersedar bahawa kita asyik melakukan kesilapan yang sama sejak 20 tahun yang lalu?

Jadi, pesan saya buat diri saya sendiri, adik-adik pelajar dan rakan-rakan seperjuangan, lebih baik penat kerana belajar sekarang daripada penat menyesal di kemudian hari. Penat belajar mungkin hanya beberapa gram sahaja dibandingkan dengan penat menyesal beberapa tan.

Saya ucapkan, selamat belajar ilmu yang baru. Selamat berhenti merungut dan fokus minda kepada sesuatu yang menarik minat kita dan akhir sekali, selamat menempuh cabaran demi mencapai kejayaan!

Sumber : http://www.osmanaffan.com/penat-belajar-penat-lagi-jika-tidak-belajar/

Page 3: motivasi belajar

MENIRU UNTUK BERJAYAOleh Osman Affan

Semua orang nak berjaya tetapi tak semua orang tahu bagaimana cara terbaik untuk berjaya. Jalan paling mudah untuk berjaya adalah dengan meniru cara orang yang telah berjaya.

Bayangkan, kalau kita lihat seorang tukang masak berjaya memasak seperiuk pengat durian, kita juga tentu boleh memasak pengat durian yang sama kalau kita tiru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh tukang masak itu. Kalau dia letak 250g gula, kita letak 250g gula juga. Kalau dia guna 2 biji durian, kita guna 2 biji durian juga. Jadi, agak mustahil kalau kita tidak mendapat hasil yang sama.

Nak berjaya dalam pelajaran begitu juga. Tiru cara pelajar cemerlang belajar. Jangan tiru jawapan mereka semasa peperiksaan pula!

Tiru cara mereka fokus kepada pelajaran. Tiru azam mereka. Tiru semangat mereka untuk berjaya. Kalau semua perkara itu anda sudah tiru, adakah mustahil untuk mencapai kejayaan?

Sumber : http://www.osmanaffan.com/meniru-untuk-berjaya/

Page 4: motivasi belajar

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.Jadi, apa kata kita cuba tips daripada ‘salafus soleh’ terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:”Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema’ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya.”Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan

Page 5: motivasi belajar

sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat

……………………………………………………..Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas