moral ting 1 2013 akhir tahun

11
Nama : ______________________________________________ Tingkatan: ___________________________________________ Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan Tawau PEPERIKSAAN PENGGAL I PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 2015 2 JAM _________________________________________________________________ _____________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A, B, C dan D. Bulatkan huruf pilihan jawapan anda pada bahagian A. Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

Upload: mohd-nassir-abdul-rahman

Post on 09-Aug-2015

18 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Moral ting 1 2013 akhir tahun

Nama : ______________________________________________

Tingkatan: ___________________________________________

Sekolah Menengah Kebangsaan Kinabutan Tawau

PEPERIKSAAN PENGGAL IPENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 22015

2 JAM

______________________________________________________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A, B, C dan D.Bulatkan huruf pilihan jawapan anda pada bahagian A.Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

(En. Mohd Nassir Abd Rahman) (Pn. Arbiyah bt.Bakar) (Pn. Semiati bt Hj. Tipu)Guru Pend. Moral Ting. 1 Ketua Panitia Pendid. Moral Ketua Bidang KemanusiaanSMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau

Page 2: Moral ting 1 2013 akhir tahun

(Kertas ini mengandungi 7 halaman bercetak)

Bahagian A

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D.Pilih satu jawapan yang paling tepat dan bulatkan.

1. Semua yang berikut, merupakan keunikan manusia ciptaan Tuhan, kecuali…A. mempunyai wajah menarik dan anggota yang dicipta sempurna.B. sanggup berperang untuk mempertahankan diri.C. mempunyai akal fikiran untuk menimba ilmu.D. tahu akan kepentingan hidup bermasyarakat.

2. Apabila mendapati guru tersilap memberi markah yang lebih kepada kita, kita hendaklah…A. memuji guru kerana bersikap pemurah.B. memberitahu guru akan kesilapan yang telah dilakukan.C. memberitahu rakan-rakan akan kesilapan guru.D. mendiamkan sahaja perkara itu supaya guru tidak berasa malu.

3. Sebab utama kita menepati segala janji yang dibuat adalah supaya kita…A. dipuji dan dihormati orang lain.B. sentiasa rasa selamat dan tidak berdosa.C. dipercayai dan diyakini oleh orang lain.D. orang tidak akan mengata kita.

4. Perlakuan manakah bukan ciri orang yang mempunyai harga diri?A. Menggunakan akal yang diberi oleh Tuhan untuk berfikir sebelum bertindak.B. Menghargai apa jua kebolehan, bakat serta kekuatan yang ada pada diri.C. Menyedari anda tidak boleh mengubah corak kehidupan anda.D. Mengembangkan potensi dan bakat anda untuk masa depan.

5. Kebersihan kawasan sekolah merupakan tanggungjawab…I guru-guru di sekolah.II murid-murid sekolah.III Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah.IV masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sekolah.A. I dan IIB. II dan IIIC. I, II dan IIID. II, III dan IV

6. Semua yang berikut menunjukkan amalan berdikari, kecuali…

1

Page 3: Moral ting 1 2013 akhir tahun

A. Memasak sendiri makanan yang mudah apabila ibu tiada di rumah.B. Menyiapkan kerja-kerja sekolah tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.C. Membeli alat tulis di koperasi sekolah tanpa menyuruh ibu dan ayah membelikannya

untuk anda.D. Mengambil wang dari bilik ibu tanpa pengetahuannya untuk diberikan kepada peminta

sedekah.

7. Bagaimanakah kita menunjukkan nilai kasih sayang kepada adik kita?A. Membuatkan kerja-kerja sekolahnya supaya dia tidak dimarahi oleh guru.B. Memberikan perhatian kepadanya dan bertanyakan masalahnya.C. Memastikan dia sentiasa makan sehingga kenyang supaya tidak lapar di sekolah.D. Membelikan apa-apa sahaja yang diminta supaya dia tidak bersedih.

8. Perlakuan-perlakuan berikut menunjukkan bahawa kita mengamalkan nilai kasih sayang terhadap ibu bapa, kecuali…A. Menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.B. Menerima teguran ibu bapa dengan hati yang terbuka.C. Menjaga maruah serta nama baik ibu bapa.D. Menghantar ibu dan bapa ke pusat penjagaan orang tua yang paling baik.

9. Amalan nilai keadilan dalam keluarga akan melahirkan keluarga yang…A. Tenang dan bahagia.B. Mewah dan kaya-raya.C. Dikenali di seluruh kampong.D. Saling bermusuhan dan berdendam.

10. Yang manakah antara yang berikut merupakan kesan negatif kepada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang tiada kasih sayang?A. Hidup bahagia dan gembira.B. Terlibat dengan masalah disiplin di sekolah.C. Mesra dan saling bermaafan antara adik beradik.D. Cemerlang dalam pelajarannya dan berjaya dalam hidup.

11. Antara tanggungjawab anak kepada ibu bapa termasuklah…I. Menjaga ibu bapa apabila mereka tua.II. Mengikut peraturan dalam keluarga.III. Mengikut nasihat ibu dan bapa.IV. Memberikan pendidikan kepada ibu dan bapa.A. II dan IIIB. III dan IVC. I, II dan IIID. Semua di atas

12. Kementerian yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar ialah…A. Kementerian Pelajaran.B. Kementerian Kesihatan.C. Kementerian Kerja Raya.

2

Page 4: Moral ting 1 2013 akhir tahun

D. Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

13. Pembakaran secara terbuka akan menyebabkan…A. Pencemaran air.B. Pencemaran bau.C. Pencemaran bunyi.D. Pencemaran udara.

14. Kita digalakkan melancong di dalam negara sendiri supaya…A. Tidak membazirkan masa dan wang untuk ke luar negara.B. Ekonomi negara kita sentiasa stabil.C. Kita dapat mengenali dan mengagumi keindahan alam semulajadi Malaysia.D. Spesies flora dan fauna tidak pupus kerana orang ramai sentiasa melawatnya.

15. Bilakah Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada setiap tahun?A. JanuariB. JulaiC. Ogos D. Oktober

16. Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak?A. Guru-guruB. Golongan dewasaC. Saudara-maraD. Datuk dan nenek

17. Untuk berjaya dalam aktiviti yang diceburi memerlukan ___________ yang tinggi.A. KosB. DisiplinC. Tenaga D. Angan-angan

18. Contoh-contoh amalan sikap keterbukaan ialah…A. Melenting apabila idea tidak diterima.B. Takut dan kecewa apabila gagal.C. Terpengaruh dengan hasutan.D. Berfikir dalam membuat pilihan.

19. Mengapakah kita perlu menghormati kedaulatan negara sendiri?A. Untuk menjaga imej dengan baik.B. Supaya tidak ditangkap polis.C. Supaya tidak dianggap sampah masyarakat.D. Untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara.

20. Apakah perasaan anda apabila mengenali dan mempelajari tentang negara sendiri?A. KecewaB. BanggaC. Marah

3

Page 5: Moral ting 1 2013 akhir tahun

D. Geram

(40 markah)

Bahagian B

Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah.

1. Sekiranya kita diamanahkan oleh seseorang untuk menjaga barang kepunyaannya, kita boleh meminjamkan barang tersebut kepada orang lain dengan syarat dipulangkan segera. ( )

2. Amalan nilai toleransi akan menjadikan kita lebih fleksibel. ( )

3. Orang yang rasional akan bertindak tanpa dipengaruhi oleh perasaan. ( )

4. Jacky lebih gemar membeli-belah di pusat beli-belah yang berprestij dan mewah walaupun di pusat beli-belah biasa juga ada terdapat barang yang dikehendakinya. ( )

5. Kita dibenarkan memanggil adik-beradik kita atau rakan-rakan dengan pelbagai panggilan yang tidak disukai sekiranya hanya untuk tujuan bergurau. ( )

6. Pada zaman moden ini, panggilan seperti Pak Ngah atau Abang Long tidak perlu dipraktikkan kerana panggilan itu akan menyebabkan orang tersebut berasa lebih tua. ( )

7. Sebuah keluarga asas terdiri daripada ibu bapa, anak-anak, datuk serta nenek. ( )

8. Asap dari kenderaan dan kilang akan menyebabkan pencemaran udara serta cuaca bumi akan menjadi semakin panas. ( )

9. Bendera negeri Selangor terdiri daripada dua warna. ( )

10. Membeli barang mestilah berdasarkan minat dan berjenama. ( )

(20 markah)

4

Page 6: Moral ting 1 2013 akhir tahun

Bahagian C

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul daripada pilihan jawapan diberi.

1. Hutan tidak seharusnya dimusnahkan kerana selain menjadi _____________________ kepada haiwan, hutan juga membekalkan ubat-ubatan tradisional kepada kita.

2. Kita perlulah _____________________ sebelum menggunakan peralatan orang lain.

3. Orang yang mengamalkan toleransi akan lebih _____________________ dan empati terhadap kesusahan dan kesulitan hidup yang dialami orang lain.

4. Mengamalkan nilai berdikari membantu kita mempunyai _____________________ diri.

5. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita hendaklah menjadikan kejayaan tersebut sebagai _____________________ untuk kita pula berusaha mencapai kejayaan.

6. Sekiranya ibu bapa kita tidak mampu memberikan sesuatu dengan sama rata, anak-anak haruslah _____________________ secara adil.

7. Sikap bersederhana dalam pemakanan amat penting kerana makan secara berlebihan akan mendatangkan _____________________ kepada kita.

8. Salah satu peranan penting hutan adalah mengekalkan keseimbangan __________________.

9. Penggunaan minyak tanpa _____________________ pada kenderaan akan mengurangkan pencemaran udara.

10. Kempen _____________________ yang dilaksanakan dapat mengurangkan pembuangan sampah.

5

kitar semula penyakitberkongsi habitatmeminta kebenaran pendorongekologi plumbumkeyakinan bersimpati

Page 7: Moral ting 1 2013 akhir tahun

(20 markah)

Bahagian D : Soalan Struktur

1 (a) Berikan maksud bagi nilai toleransi.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(6 markah)

(b) Nyatakan dua sikap yang ditunjukkan oleh individu yang mengamalkan nilai toleransi.

(i) _____________________________________________________________________

(ii)_____________________________________________________________________

(4 markah)

2 (a) Berikan maksud bagi nilai berdikari.

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

(6 markah)

(b) Berikan dua contoh perlakuan pelajar yang mengamalkan nilai berdikari.

(i) _____________________________________________________________________

(ii)_____________________________________________________________________

(4 markah)

6

Sikap toleransi amat penting dalam masyarakat yang berbilang kaum

Sikap berdikari amat penting untuk menjamin kejayaan seseorang individu pada masa hadapan.

Page 8: Moral ting 1 2013 akhir tahun

(20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

(En. Mohd Nassir Abd Rahman) (Pn. Arbiyah bt.Bakar) (Pn. Semiati bt Hj. Tipu)Guru Pend. Moral Ting. 1 Ketua Panitia Pendid. Moral Ketua Bidang KemanusiaanSMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau SMK Kinabutan Tawau

7