moioi

4
1 / 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman TUGASAN PROJEK Sesi Jun – November, 2014 PROGRAM : PISMP NAMA : CHUA BAO YING KURSUS : MTE3043 Metematik Keputusan SEMESTER : 2 AMBILAN : Januari 2014 Tarikh Mula 21/9/2014 Tarikh Hantar 19/10/2014 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Memperihalkan pelbagai alat dalam Matematik Keputusan. 2. Mengaplikasi algoritma Matematik, algoritma heuristik mengisih, carian, graf, pengaturcaraan linear dan analisis laluan kritikal dalam membuat keputusan. 3. Menjustifikasikan penggunaan alat yang sesuai untuk membuat keputusan dalam Matematik. 4. Mengintegrasikan pengetahuan dan pemahaman Matematik Keputusan dalam menyelesaikan masalah harian. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, and 4. Objektif Kerja Kursus Di akhir kerja kursus ini, pelajar dapat: 1. merumus model pengaturcaraan linear dan menyelesaikannya melalui kaedah simpleks 2. mengubahsuai dan mengaplikasikan algoritma Dijkstra’s dalam situasi berlainan 3. mengaplikasikan pengetahuan analisis laluan kritikal bagi dalam perancangan dan pengurusan projek dalam kehidupan kampus pelajar Keterangan Kerja Kursus Kerja kursus ini terdiri dari tiga tugasan berbentuk individu. Anda akan menerima soalan tugasan masing-masing melalui email. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil kerja akhir hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja dengan pelajar lain yang melebihi kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan kesalahan plagiarism. Kedua-dua pihak yang terlibat akan didenda mengikut peraturan yang berkuatkuasa. TUGASAN 1 (40 markah) [No. Siri Soalan: 09] 1 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mempunyai dana pembiayaan sebanyak RM1300 juta untuk ditawarkan sebagai geran penyelidikan inovasi dalam bidang tenaga alternatif. Empat projek penyelidikan telah disenaraipendek sebagai calon untuk menerima pembiayaan dari dana ini. Setiap projek telah dinilai dan diberikan skor manfaat potensi (potential benefit) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Skor-skor ini mewakili manfaat bersih setiap ringgit pelaburan sesuatu project bagi jangkamasa 10 tahun akan datang. Sebagai contoh, nilai 3.1 bagi project 1 (Solar) menunjukkan setiap ringgit yang dibiayai untuk projek ini dijangka akan membawa pulangan manfaat RM3.1 bagi 10 tahun akan datang. 1 Soalan berasingan dihantar ke email masing-masing.

Upload: ah-heng

Post on 03-Sep-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sd

TRANSCRIPT

  • 1 / 3

    Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

    08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman

    TUGASAN PROJEK

    Sesi Jun November, 2014

    PROGRAM : PISMP NAMA : CHUA BAO YING

    KURSUS : MTE3043

    Metematik Keputusan

    SEMESTER : 2

    AMBILAN : Januari 2014

    Tarikh Mula 21/9/2014 Tarikh Hantar 19/10/2014

    Hasil Pembelajaran Kursus

    1. Memperihalkan pelbagai alat dalam Matematik Keputusan.

    2. Mengaplikasi algoritma Matematik, algoritma heuristik mengisih, carian, graf, pengaturcaraan

    linear dan analisis laluan kritikal dalam membuat keputusan.

    3. Menjustifikasikan penggunaan alat yang sesuai untuk membuat keputusan dalam Matematik.

    4. Mengintegrasikan pengetahuan dan pemahaman Matematik Keputusan dalam menyelesaikan

    masalah harian.

    Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 2, 3, and 4.

    Objektif Kerja Kursus

    Di akhir kerja kursus ini, pelajar dapat:

    1. merumus model pengaturcaraan linear dan menyelesaikannya melalui kaedah simpleks

    2. mengubahsuai dan mengaplikasikan algoritma Dijkstras dalam situasi berlainan

    3. mengaplikasikan pengetahuan analisis laluan kritikal bagi dalam perancangan dan pengurusan

    projek dalam kehidupan kampus pelajar

    Keterangan Kerja Kursus

    Kerja kursus ini terdiri dari tiga tugasan berbentuk individu. Anda akan menerima soalan tugasan

    masing-masing melalui email. Anda boleh berbincang sesama rakan tetapi hasil kerja akhir

    hendaklah dibuat secara berasingan. Sebarang persamaan hasil kerja dengan pelajar lain yang

    melebihi kebarangkalian kebetulan (probabilities of coincidence) akan dianggap telah melakukan

    kesalahan plagiarism. Kedua-dua pihak yang terlibat akan didenda mengikut peraturan yang

    berkuatkuasa.

    TUGASAN 1 (40 markah) [No. Siri Soalan: 09]1

    Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mempunyai dana pembiayaan sebanyak RM1300 juta

    untuk ditawarkan sebagai geran penyelidikan inovasi dalam bidang tenaga alternatif. Empat projek

    penyelidikan telah disenaraipendek sebagai calon untuk menerima pembiayaan dari dana ini. Setiap

    projek telah dinilai dan diberikan skor manfaat potensi (potential benefit) seperti yang ditunjukkan

    dalam Jadual 1. Skor-skor ini mewakili manfaat bersih setiap ringgit pelaburan sesuatu project bagi

    jangkamasa 10 tahun akan datang. Sebagai contoh, nilai 3.1 bagi project 1 (Solar) menunjukkan

    setiap ringgit yang dibiayai untuk projek ini dijangka akan membawa pulangan manfaat RM3.1 bagi

    10 tahun akan datang.

    1 Soalan berasingan dihantar ke email masing-masing.

  • Tugasan Projek MTE3043

    2 / 4

    Jadual 1: Projek penyelidikan tenaga alternatif

    Projek, i Jenis Projek

    Manfaat bersih setiap

    ringgit pelaburan

    Pembiayaan

    diminta (juta)

    1 Solar 3.1 500

    2 Ombak Laut 3.2 450

    3 Nuklear 3.0 470

    4 Hababumi 2.9 320

    Jadual 1 juga menunjukkan jumlah pembiayaan yang diminta oleh setiap projek. Kementerian boleh

    memperuntukkan sebarang jumlah pembiayaan sehingga maksimum pembiayaan yang diminta

    kepada mana-mana projek. Bagaimanapun, menteri telah menetapkan bahawa

    jumlah pembiayaan yang akan diluluskan kepada Projek Solar dan Projek Ombak Laut

    hendaklah tidak melebihi 45% dari jumlah dana pembiayaan yang ada

    pembiayaan yang akan diperuntukkan kepada Projek Nuklear hendaklah tidak kurang dari

    pembiayaan Projek Hababumi .

    Anda telah diminta oleh kementerian untuk menentukan pembiayaan yang patut diperuntukkan

    kepada setiap projek supaya jumlah keseluruhan manfaat bersih dari kesemua projek adalah

    maksimum tertakluk kepada semua syarat pembiayaan di atas.

    Secara spesifik, anda perlu

    (a) membentuk satu sistem ketaksamaan linear bagi masalah pengaturcaraan linear (PL) di atas

    dengan menggunakan M untuk mewakili jumlah manfaat bersih dan x1 x2 x3 x4 untuk mewakili

    amaun pembiayaan (dalam juta) bagi keempat-empat projek masing-masing.

    (b) menerangkan sebab masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah grafik.

    (c) menukar sistem ketaksamaan linear yang anda bentuk di (a) kepada satu sistem persamaan

    linear dengan menggunakan pembolehubah-pembolehubah slack/surplus sj dan artificial ak yang

    sesuai.

    (d) menyelesaikan sistem persamaan linear dari (c) dengan menggunakan algoritma simpleks dua-

    peringkat (two-stage simplex algorithm).2 Janakan setiap tableau sehingga penyelesaian optimal

    dicapai. Tunjukkan dengan jelas proses pemilihan pivot element dan operasi baris asas yang

    digunakan. Susun-atur tableu anda hendaklah mengikut format seperti dalam reader D2.

    (e) menyediakan satu laporan ringkas untuk menteri yang mengandungi tafsiran sepenuhnya

    penyelesaian optimal yang diperolehi, termasuk maksud nilai-nilai slack/surplusnya.

    Penyelesaian anda hendaklah dipersembahkan dengan teratur mengikut susunan di atas.

    Anda boleh memilih untuk menaip menggunakan komputer atau menulis dengan tangan.

    TUGASAN 2 (30 markah) [No. Siri Soalan: 09]3

    Dalam kuliah anda, algoritma Dijkstra yang asal ialah satu algoritma untuk mencari laluan

    terpendek (shortest path) antara dua nod menggunakan rajah rangkaian. Dalam tugasan ini anda

    dikehendaki mengubahsuai algoritma ini untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang

    berlainan seperti berikut:

    2 Rujuk ms 17-22 dalam reader D2 untuk maklumat lanjut tentang algoritma simpleks dua-peringkat

    3 Soalan berasingan dihantar ke email masing-masing.

  • Tugasan Projek MTE3043

    3 / 4

    Rajah 1 di bawah menunjukkan satu rangkaian jalanraya yang menghubungkan lapan

    lokasi tertentu. Nombor pada suatu garisan (edge) antara dua lokasi adalah mewakili

    berat kenderaan maksimum (dalam tan) yang dapat dilalui antara dua lokasi tersebut.

    Anda dikehendaki mencari berat maksimum yang dapat dilalui dari lokasi A ke F.

    Rajah 1

    Secara spesifik, anda perlu

    (a) menjelaskan pengubahsuaian yang perlu anda lakukan terhadap algoritma Dijkstra

    asal supaya ia boleh digunakan untuk mencari berat maksimum yang dapat dilalui dari

    lokasi A ke F.

    (b) seterusnya melaksanakan algoritma yang telah anda ubahsuaikan itu untuk mencari

    berat maksimum tersebut dan laluan (path) yang berkenaan.

    TUGASAN 3 (30 markah)

    Kehidupan guru pelatih di kampus IPG sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan yang

    perlu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Dalam tugasan ini, anda akan memikirkan

    bagaimana mengaplikasikan pengetahuan Analisis Laluan Kritikal di dalam pengurusan projek

    dalam kehidupan kampus anda. Anda boleh mengambil sebarang projek yang telah atau sedang

    berlangsung sebagai contoh.

    Dengan projek yang anda pilih, anda perlu menghasilkan antara lain,

    (a) satu jadual keutamaan aktiviti (activity precedence) yang mengandungi senarai aktiviti,

    tempoh masa dan aktiviti terdahulu yang terlibat dalam projek tersebut

    (b) satu rajah rangkaian aktiviti (activity network) bagi menggambarkan projek anda

    (c) hasil analisis laluan depan (forward pass) dan analisis laluan belakang (backward pass)

    Terangkan bagaimana maklumat-maklumat di atas telah membantu anda merancang dan

    mengurus pelaksanaan projek itu dengan berkesan.

    14

    13

    14

    12

    15

    15 13

    17

    14

    13

    15

    16

    13

    12

    15

  • Tugasan Projek MTE3043

    4 / 4

    Panduan Pelaksanaan Tugasan

    1. Mana-mana tugasan boleh ditaip menggunakan komputer dan/atau ditulis dengan tangan. Jika

    ditulis dengan tangan, pastikan tulisan anda jelas dibaca. Amalan plagiat (plagiarism) adalah

    dilarang sama sekali.

    2. Semua tugasan hendaklah disempurnakan mengikut tarikh yang ditetapkan. Sebarang

    kelewatan akan dianggap tidak sempurna kerja kursus kecuali mendapat kebenaran pensyarah

    terlebih dahulu.

    3. Anda boleh berbincang dengan pensyarah mengenai masalah atau kemusykilan yang dihadapi

    semasa melaksanakan tugasan dalam kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, penilaian betul

    atau salah tidak akan dibuat terhadap hasil kerja atau jawapan anda.

    Penilaian hanya akan dibuat selepas tugasan diserahkan.

    4. Hasil kerja yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

    (a) Setiap keperluan dan spesifikasi tugasan dipatuhi sepenuhnya

    (b) Penyelesaian kepada masalah yang diberi adalah jelas dan tepat

    (b) Organisasi dan persembahan maklumat teratur, logikal dan koheren

    (c) Penerangan yang diberi memperlihatkan hujah yang logik, tepat dan menunjukkan

    kefahaman matematik yang mendalam

    Disediakan oleh:

    (DR. NG KOK FU)

    Penyelaras Kursus

    Disemak oleh:

    (CIK TEOH SOOI KIM )

    Pakar Bidang (SME) Matematik

    Disahkan oleh:

    (PN. NORHANA ABU BAKAR)

    Ketua Jabatan Matematik

    * Salinan tugasan kepada pelajar tidak memerlukan tandatangan.