mohon sumbangan mara

Upload: norhafizah-mohd-yusof

Post on 07-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sumbangan

TRANSCRIPT

PersatuanIbubapadan Guru,SK DesaAmanpuri, PersiaranPerdana,52100 Kepong, Selangor__________________________________________________________________RujKami :Bil ( 1 ) dlm SKDA 100-2/1 Tarikh : 24 Mac 2015Kepada,Yayasan Pelajaran MARA Tingkat 17 dan 18, Menara MARANo.232 Jalan Tunku Abdul Rahman50100 Kuala Lumpur(U/P : Tuan Hj Ahmad bin Adnan)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM KECEMERLANGAN SUKAN BOLA BALING SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Untuk makluman pihak tuan, Pasukan Bola Baling SK Desa Amanpuri telah berjaya menjuarai Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Gombak 2015. Bagi mengekalkan prestasi dan mencari pelapis, pihak sekolah telah merancang satu Program Kecemerlangan untuk Sukan Bola Baling. Sehubungan dengan perkara itu, PIBG SK DESA AMANPURI ingin memohon sumbangan sebanyak RM 2000 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Sahaja) untuk melancarkan program ini. 3.Sumbangan tersebut boleh dibayar melalui cek atas nama PERSATUAN IBU BAPA GURU SK DESA AMANPURI. No akaun Public Bank bernombor 3982667301.Untuk sebarang pertanyaan dan makluman bolehlah melalui En Dzulkifli bin Hasim (Penolong Kanan Kokurikulum) di talian 011-28331600.

4.Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................(NORHAFIZAH BT MOHD YUSOF)Setiausaha Kehormat PIBG 2015/2016,S K Desa Amanpuri.

Sk1.Fail PIBG.2.Fail Sekolah