edaran percuma warta mara 2009.pdf · hanisah binti omar, timbalan ketua pengarah (pendidikan) ......

16
WARTA MARA MARA terus mara Bil: 15/09 ISSN 1823-9560 Edaran PERCUMA November - Disember 2009 Program MARA Bersama Rakyat di Daerah Semporna Sabah berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember 2009. Program ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 19 Disember di Dewan Masyarakat Semporna. Pada kesempatan itu, Y.B. Menteri telah sudi menyampaikan bantuan wang tunai dan beg sekolah kepada 250 orang pelajar termiskin. Bantuan tersebut disalurkan oleh MARA dan Yayasan Pelajaran MARA dengan harapan ianya dapat meringankan bebanan perbelanjaan persekolahan bagi keluarga yang memerlukan. MARA BERSAMA RAKYAT SEMPORNA ... seterusnya di muka surat 8

Upload: vanlien

Post on 05-Mar-2018

249 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

WARTA MARA MARA terus maraBil: 15/09 ISSN 1823-9560

Edaran PERCUMA

November - Disember 2009

Program MARA Bersama Rakyat di Daerah Semporna Sabah berlangsung selama tiga hari bermula 18hingga 20 Disember 2009. Program ini dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, MenteriKemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 19 Disember di Dewan Masyarakat Semporna. Pada kesempatanitu, Y.B. Menteri telah sudi menyampaikan bantuan wang tunai dan beg sekolah kepada 250 orang pelajartermiskin. Bantuan tersebut disalurkan oleh MARA dan Yayasan Pelajaran MARA dengan harapan ianya dapatmeringankan bebanan perbelanjaan persekolahan bagi keluarga yang memerlukan.

MARA BERSAMA RAKYAT SEMPORNA

... seterusnya di muka surat 8

Page 2: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

PMR 2009:MRSM SERTING TERBAIK105 (71.92%) Pelajar Dapat Semua A

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sekali lagi telahberjaya mengekalkan prestasi kecemerlangannya dalamPeperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009. Padatahun ini, seramai 4,130 orang pelajar Tingkatan Tiga dari 29buah MRSM telah menduduki peperiksaan tersebut. Terdapat15 buah MRSM yang mendapat keputusan cemerlang iaitulebih daripada 60% calon mendapat A dalam semua matapelajaran yang diambil pada tahun ini. MRSM tersebut ialahMRSM Serting, Pasir Tumboh, Gerik, Kubang Pasu, Jeli, KualaTerengganu, Merbok, Gemencheh, Terendak, Langkawi, KualaKlawang, Batu Pahat, Kuala Lipis, Pontian dan Muadzam Shah.Ini adalah peningkatan berbanding dengan 13 buah MRSMpada tahun 2008. Dari segi kecemerlangan, 2,438 orang pelajardaripada 4,130 orang pelajar telah mendapat SEMUA A dalamsemua mata pelajaran yang diambil.

Nilai GPM 7 MRSM MeningkatPada tahun ini, MRSM Serting merupakan MRSM

cemerlang dengan mendapat peratusan terbaik bagi jumlahbilangan pelajar yang mendapat semua A, iaitu 105 orangpelajar atau 71.92%. Walau bagaimanapun, bagi pencapaianmengikut Gred Purata Maktab(GPM), MRSM Pasir Tumbohmencatat pencapaian terbaik iaitu 1.0520, diikuti oleh MRSMSerting 1.0548 dan MRSM Gerik 1.0567. Sebanyak 7 buahMRSM menunjukkan peningkatan dari segi nilai Gred PurataMaktab.

Seramai enam (6) (0.15%) orang pelajar telah berjayamendapat 9A (mengambil Bahasa Arab sebagai subjektambahan), 2,325 (56.30%) orang pelajar berjaya mendapat8A dan 107 (2.59%) orang pelajar berjaya mendapat 7A (pelajaryang tidak mengambil Pendidikan Islam). Bilangan pelajarMRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum6A 2B (Matematik A Sains A) ialah seramai 3,495 orang pelajaratau 84.62% berbanding 2,468 orang pelajar atau 85.04% padatahun lepas.

Pencapaian Sains & GeografiMeningkat

Peperiksaan PMR kali ini menyaksikan dua (2) matapelajaran telah mencatatkan peningkatan peratus pencapaiangred A iaitu Sains (+0.1%), dan Geografi (+3.1%). Dari segipencapaian A dalam semua subjek yang diambil, MRSM Jelimenunjukkan peningkatan paling ketara iaitu sebanyak12.27%, diikuti oleh MRSM Batu Pahat (12.10%) dan MRSMKuala Lipis (11.27%). Di samping itu, 23 buah MRSM telahmencapai sasaran 50% ke atas bagi calon yang mendapat Adalam SEMUA mata pelajaran yang diambil berbanding 19buah MRSM sahaja pada tahun lepas.

Syabas kepada semua pelajar MRSM atas kejayaan yangdicapai. Kecemerlangan ini menjadi ukuran kemantapan sistempendidikan MRSM dan kejituan usaha berterusan semua pihakdalam MARA bagi memastikan bidang pendidikan teruscemerlang.

SIDANGPENGARANG

PENASIHATY. Bhg. Dato’ Othman bin Hj. AhmadTimbalan Ketua Pengarah (Usahawan)MARA

KETUA PENGARANGHasni binti Suleiman

TIMBALAN KETUA PENGARANGNor Zaini binti Abu Kassim

PENYELARASAhmad Sabri bin KassimAfniza binti Abu BakarMohd Zia bin Salehhudin

REKA BENTUKErnie Yusnida binti Mohamed Yunus

FOTOGRAFI· Bhg. Hal Ehwal Korporat· Bhg. Pembangunan Sumber

PENERBITUnit PenerbitanBhg. Hal Ehwal Korporat MARATingkat 24, Ibu Pejabat MARA21, Jalan Raja Laut50609 Kuala Lumpur

Tel:03-2690 3653Faks:03-2692 7386Emel:[email protected] web: http://www.mara.gov.my

PENCETAK

WNS BUDI ENTERPRISE (001497077-P)

‘MARA terus mara’Agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

Warta MARA diterbitkan olehBahagian Hal Ehwal Korporatdan kami mengalu-alukansebarang cadangan ataukomentar, surat-menyurat,rencana dan ulasan.

Page 3: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

BeritaSemasa

WARTAMARA

3

Tahniah & Syabas Kepada Penerima Anugerah Kualiti & Inovasi MARA:

ANUGERAH KUALITI KETUA PENGARAH MARAKolej MARA Kuala Nerang

ANUGERAH INOVASI MARABahagian Pembangunan Sumber : Aplikasi MARA e-Learning

ANUGERAH BAHAGIAN/UNIT (IBU PEJABAT) CEMERLANGPertama : Bahagian Kawalan KreditKedua : Bahagian Pembangunan SumberKetiga : Bahagian Audit Dalam & PengurusanSaguhati : Bahagian Pendidikan & Latihan (Kemahiran)

Bahagian KewanganBahagian Pembangunan Usahawan

ANUGERAH PEJABAT MARA NEGERI CEMERLANGPertama : Pejabat MARA Negeri PerlisKedua : Pejabat MARA Negeri TerengganuKetiga : Pejabat MARA Negeri SarawakSaguhati : Pejabat MARA Negeri Johor

Pejabat MARA Negeri Perak

ANUGERAH PEJABAT DAERAH CEMERLANGPertama : Pejabat MARA Daerah SibuKedua : Pejabat MARA Daerah Kota TinggiKetiga : Pejabat MARA Daerah Seberang Perai TengahSaguhati : Pejabat MARA Daerah Hulu Perak

Pejabat MARA Daerah Kuantan

ANUGERAH MAKTAB RENDAH SAINS MARA CEMERLANGPertama : Maktab Rendah Sains MARA TaipingKedua : Maktab Rendah Sains MARA Kota KinabaluKetiga : Maktab Rendah Sains MARA Tun Ghafar BabaSaguhati : Maktab Rendah Sains MARA Besut

Maktab Rendah Sains MARA Beseri

ANUGERAH KOLEJ MARA CEMERLANGPertama : Kolej MARA Kuala NerangKedua : Kolej MARA BantingSaguhati : Kolej MARA Seremban

Kolej MARA Kulim

ANUGERAH KOLEJ PROFESIONAL MARA CEMERLANGPertama : Kolej Profesional MARA Ayer MolekKedua : Kolej Profesional MARA BeranangSaguhati : Kolej Profesional MARA Sri Iskandar

Kolej Profesional MARA Indera Mahkota

ANUGERAH INSTITUT KEMAHIRAN MARA CEMERLANGPertama : Institut Kemahiran MARA LumutKedua : Institut Kemahiran MARA BeseriKetiga : Institut Kemahiran MARA Kota KinabaluSaguhati : Institut Kemahiran MARA Jasin

Institut Kemahiran MARA Tan Sri Yahya Ahmad

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA CEMERLANGPertama : Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir MasSaguhati : Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling JayaKolej Kemahiran Tinggi MARA Sri Gading

ANUGERAH GIATMARA CEMERLANGPertama : GIATMARA Kuala LumpurKedua : GIATMARA Parit SulongKetiga : GIATMARA Batu RakitSaguhati : GIATMARA Puchong

GIATMARA Padang Besar

ANUGERAH PROJEK KENDERAAN BAS MARA CEMERLANGPertama : Projek Kenderaan Bas MARA Alor GajahKedua : Projek Kenderaan Bas MARA Alor SetarSaguhati : Projek Kenderaan Bas MARA Chini

Projek Kenderaan Bas MARA Yan

ANUGERAH KUALITIKETUA PENGARAHMARA 2008/09 MILIKKOLEJ MARA KUALANERANG

Majlis Penghargaan Dan Anugerah Kualiti & InovasiMARA 2009 telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji MohdShafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar DanWilayah pada 21 Disember 2009 bertempat di Hotel Legend,Kuala Lumpur. Turut hadir Y.B. Datuk Joseph Entulu AnakBelaun, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar DanWilayah. Majlis adalah bertujuan menyampaikanpenghargaan kepada 50 orang warga kerja MARA yangtelah menamatkan perkhidmatan pada tahun 2009 danmemberikan pengiktirafan kepada pusat-pusat MARA yangtelah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang bagi tahun2008/09.

Page 4: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

MARA BERSAMA MENYAMBUT KEDATANGANMAAL HIJRAH 1431 H

BeritaSemasa

WARTAMARA

4

Majlis Perhimpunan Sambutan Maal HijrahPeringkat Kebangsaan Tahun 1431H/2009M telahdilangsungkan di Dewan Plenari, Pusat KonvensyenAntarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 Disember2009. MARA telah diwakili oleh 18 orang pesertakontinjen, segak dengan berbaju Melayu berwarnakuning dan sampin berlatarkan warna biru. Penyertaantahunan ini merupakan komitmen MARA untukmemeriahkan sambutan Maal Hijrah PeringkatKebangsaan di samping menyuburkan semangat hijrahdalam diri warga kerja MARA.

Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan inidisempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia SultanNegeri Kedah Darul Aman Al-Sultan Almu’tasimu BillahiMuhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzamShah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Peristiwa hijrah menuntut kita berusaha untukmencapai sesuatu kejayaan melalui usaha gigih yang

konsisten, bersemangat tinggi dan keikhlasan dalamtindakan. Sememangnya penghijrahan Rasulullah S.A.W.merupakan peristiwa besar dalam kalendar Islam yangmenggambarkan bagaimana umat Islam ketika itu telahmengalami perubahan, kemajuan dan kegemilangan hasildaripada kesanggupan mereka untuk berhijrah dari KotaMekah ke Kota Madinah dengan penuh tabah walaupunmenghadapi pelbagai rintangan.

Dengan bertemakan “Memantap UkhuwahMemperkasa Ummah” umat Islam kini digesa supayasentiasa mengutamakan perpaduan. Melalui pengukuhankasih sayang dan kesepakatan, ia akan memastikanbenteng ketahanan umat Islam sentiasa teguh walaupundigugat pelbagai ancaman.

Page 5: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

MELAHIRKAN PELATIH UNTUK KEPERLUAN INDUSTRIMoU MARA DAN USS ENGINEERING AND TRADING

MARA dengan USS Engineering & Trading Sdn. Bhd. mengadakan pakatan strategik bagi menjayakan ProgramPerantisan untuk pelatih-pelatih IKM. Melalui usahasama ini, pihak MARA dan syarikat akan memberi pendedahankepada pelatih dalam suasana kerja sebenar serta teknologi terkini yang digunakan oleh pihak industri.

Untuk tujuan itu, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak MARA denganUSS Engineering & Trading telahdiadakan pada 7 Disember 2009bertempat di Ibu Pejabat MARA.Majlis Menandatangani MoU ini telahdisempurnakan oleh Puan HajahHanisah binti Omar, Timbalan KetuaPengarah (Pendidikan) MARA danjuga Encik Mohd. Sabri bin Othmanmewakili pihak USS Engineering &Trading.

Dengan termeterainyapersefahaman ini, kepakaran danpengalaman USS Engineering &Trading dalam bidang Mekanikal,Penghawa Dingin serta Automatifdapat dimanfaatkan oleh para pelatihdan secara langsung dapatmeningkatkan kemahiran melaluilatihan selama enam bulan ini. Ia jugadiharapkan dapat meningkatkankebolehpasaran pelajar-pelajar IPMadi pasaran kerja yang semakinkompetitif pada hari ini.

BeritaPendidikan

WARTAMARA

5

Page 6: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

BUDI DISANJUNG JASA DIKENANG

MARA telah mengadakan Majlis Budi Disanjung JasaDikenang sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti AhliMajlis dan Ahli Pengurusan MARA yang telah tamat tempohperkhidmatan atau bersara dalam tahun 2009. Majlisdiadakan pada 19 November 2009 di Hotel Legend, KualaLumpur. Antara yang diraikan pada malam tersebuttermasuklah mantan Ketua Pengarah MARA, Y.Bhg. DatukNam bin Marthinin.

Y.B. Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA, ahli-ahli Majlis, ahli Pengurusan MARA telah hadir di majlis yangpenuh meriah tersebut. Dato’ Seri Idris dalam ucapannyamerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada merekayang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masamelangkaui beberapa dekad. Semoga mereka akan terusmemberi sokongan dan mendoakan kejayaan MARA demikelangsungan agama dan bangsa.

BeritaSemasa

WARTAMARA

6

Page 7: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

HAVING FUN WITH SMARTSTUDY

MARA telah menganjurkan satu program berbentuk motivasiuntuk anak-anak warga kerja MARA pada 15 Disember 2009bertempat di Dewan Bestari, Universiti Kuala Lumpur. Programini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di manaseramai 113 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5telah mendaftarkan diri sebagai peserta.

Pakar motivasi terkenal iaitu Encik Osman BinAffan berjaya mengendalikan seminar denganmendapat penglibatan aktif dalam kalangan peserta.Antara kandungan dan modul yang difokuskan dalamseminar tersebut adalah tentang kepentingankekuatan minda untuk menjadi pelajar cemerlang.Penekanan juga diberi terhadap teknik-teknikpembelajaran yang berkesan seperti konsep BahasaMemori, Akronim, Akrostik dan Audionim yang bolehdiaplikasikan untuk subjek-subjek seperti Sains,Kimia, Fizik dan Biologi. Selain itu, pelajar-pelajar jugadiberi pendedahan tentang penguasaan tekniknombor ceria iaitu teknik mudah mengingati nombordan fakta-fakta sejarah.

Kaedah penyampaian yang menarik melaluiperbincangan, latihan serta tayangan video-videopendek telah mendapat maklum balas yangmemberangsangkan daripada 113 pelajar yang hadirmelalui borang soal selidik yang diedarkan. Majoritipelajar memberikan respon positif sertamengharapkan program sebegini diadakan setiaptahun.

BeritaPendidikan

WARTAMARA

7

Page 8: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

BeritaSemasa

WARTAMARA

8

... sambungan dari muka surat 1

Y. B. DATO’ SERI SHAFIEBERADA DI PADANG BERSAMARAKYAT

Sepanjang dua hari program ini berlangsung, turutdiadakan adalah Pameran Pendidikan di perkaranganDewan Masyarakat Semporna. Pameran disertai oleh 13buah institusi pendidikan swasta termasuk InstitusiPendidikan MARA (IPMa) dan dimeriahkandengan khidmat masyarakat oleh pelajar-pelajar dan kakitangan IPMa. Antaraperkhidmatan yang diberikan adalah servismotosikal dan dandanan percuma olehGIATMARA serta pemeriksaan kesihatan olehPelajar Kolej Poly-Tech MARA dan PensyarahPerubatan RCMP UniKL.

Y.B.Menteri turut merasmikan programGIAT Dekat Rakyat di mana program inimerupakan satu program khas bantuanmembaiki rumah rakyat termiskin di daerahtersebut. Simbolik perasmian tersebutdiadakan di Kampung Sungai Tohok di manaY.B. Menteri telah melawat keluarga termiskinserta rumah yang telah diperbaiki oleh GIATMARA.

Page 9: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

BeritaUsahawan

WARTAMARA

9

KATEGORI ANUGERAH

TEKSTIL1. Songket, Terengganu2. Tenunan Sutera Diraja, Pahang3. Sensasi Batik Asfa, Perlis

MINUMAN1. Best Minuman Mangga, Kedah (MARA)2. Guarana Cuppucino, Penang (MARA)3. Kordial Nangka, Pahang

MAKANAN1. Kuah Yong Tau Fu, Kelantan (MARA)2. Budu Cap Ketereh, Syarikat Warisan Ketereh Kelantan (MARA)3. Biskut Kelapa Bersalut Coklat, Syarikat Sri Ayu Perak

KESIHATAN1. Perlis2. Kapsul, Syarikat Power X Ent., Kelantan (MARA)3. Ungku Herba Permaisuri, Syarikat Aina Ailaa, Selangor (MARA)

KRAFTANGAN1. Beg Tangan, Syarikat Jelita Kraf, Sabah2. Liznim Kraf Enterprise, Perlis3. De'legend Craft Enterprise, Melaka

KATEGORI ANUGERAH

PAVILLION1. Pavillion Kedah (MARA)2. Pavillion Kraftangan3. Pavillion Sarawak

HOMESTAY1. Homestay Bukit Kuda, Labuan2. Homestay Sg. Hj. Dorani, Selangor3. Homestay Kg. Baru Salong, Pahang

MEMASAK1. Gulai Tempoyak Ikan Baung, Perak2. Laksa Johor, Johor3. Kari Rebung Daging, Perlis

ANUGERAH PEMBANGUNAN SDSI (Keseluruhan)1. Kedah (MARA)2. Perlis3. Pahang

PEMENANG ANUGERAH SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) 2009, MITC AYER KEROH MELAKA

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI)RM250 RIBU DIMENANGI MARA KEDAH

SHOWCASE SDSI mula diperkenalkan pada tahun2006, merupakan pameran tahunan terbesar yangmenghimpunkan produk/perkhidmatan SDSI dari seluruhMalaysia dalam usaha untuk memasar danmempromosikan keluaran SDSI di peringkat domestik danglobal.

Objektif showcase ini ialah untuk membantu danmemudahkan pemasaran produk / perkhidmatan SDSI yangberkualiti, meningkatkan imej produk/perkhidmatan SDSI,memberi pendedahan kepada umum bahawa keluaranSDSI adalah berpotensi dan berkualiti, mewujudkan danmemperluaskan rantaian perniagaan antara usahawanSDSI dengan pembeli, pengedar, agen pemasaran, stokis,pengimport, hypermarket dari dalam dan luar Negara.

Showcase Satu Daerah Satu IndustriSDSI dilaksanakan melalui konsep pembangunan

produk/perkhidmatan yang unik pada identiti sesebuahdaerah secara komersil untuk meningkatkan sosio-ekonomisecara komuniti.

Penyertaan MARASebanyak empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang,

Kelantan dan Selangor telah diselaraskan oleh MARAdengan membawa seramai hampir 20 orang usahawanuntuk diisi dalam setiap pavilion mengikut negeri. Ibu PejabatMARA juga telah ditawarkan untuk membawa 10 orangusahawan dalam satu pavilion khas MARA.

Hasil daripada penyertaan ini, MARA Kedah telahmemenangi Kategori Pavillion dan Pembangunan SDSIkeseluruhan yang berjaya menandingi hampir 23 pavillionyang dipertandingkan dan membawa pulang wang tunaisebanyak RM250 ribu.

Page 10: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

Majlis Anugerah Usahawan MARA 2009 (AURA)Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan meriahpada 13 Disember 2009 bertempat di Hotel City Bayview,Langkawi. Penyampaian anugerah telah disempurnakanoleh Y.B. Dato’ Hasan Bin Malek, Timbalan MenteriKemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Anugerah Usahawan MARA mula diperkenalkanpada tahun 2005 sebagai menghargai dan mengiktirafusaha-usaha gigih usahawan Bumiputera di bawahbimbingan MARA. AURA juga berjaya menggalakkanpersaingan sihat di kalangan usahawan Bumiputera dansecara tidak langsung dapat menilai sejauh manaprogram keusahawanan MARA telah mencapaimatlamatnya.

Bersempena AURA 2009 ini juga, Karnival JualanMEGA 2009 diadakan melibatkan 50 buah gerai pamerandan disertai 100 orang usahawan. Selain itu, SeminarPendedahan Usahawan turut dianjurkan dan berjayamenarik minat penyertaan seramai 150 orang usahawandan bakal usahawan.

BeritaUsahawan

WARTAMARA

10

AURA 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN

KATEGORI USAHAWAN MUDA

Sektor PemenangPerdagangan Siti Nor Syaheeda Bt Bharun

Usaha Maju Service Centre

Perkhidmatan Zaihal Hazri Bin Abdul HalimBinary Perfection Sdn. Bhd

Pembuatan Siti Zawahir bt SidekKilang Bata JMH

Pemborongan Mohamad Bin Hj. OmarMowis (M) Sdn. Bhd

Pertanian Cuzzania Augustine LubitPC Farm

KATEGORI USAHAWAN LEPASAN IPMa

Sektor PemenangPerdagangan Mohd Hafizi bin Mohd Nawawi

Fizzi Auto Parts

Perkhidmatan Zamri bin HassanMulti Cipta Engineering Sdn. Bhd

Pembuatan Abu Bakar bin SidekABSI Abadi Sdn. Bhd

Pemborongan Ahmad Zakhir bin AbdullahBina Integrated Technology (Pahang)Sdn. Bhd

Pengilangan Hj. Hassan Bin ShafeePerabot Rinaat Cane Sdn. Bhd

Pengangkutan Hj. Sapian bin BahariSapinaz Travel & Tours Sdn. Bhd

Pertanian Siti Fatonah Bt. ArbainMJ Fatonah Sdn. Bhd

KATEGORI USAHAWAN BERJAYA

Sektor PemenangPerdagangan Anuar bin Hussin

PTA First (M) Sdn. Bhd

Perkhidmatan Hj. Mohd Fadzil Bin Hj. SallehInstitut Memandu IKMP (Perlis) Sdn. Bhd

Pembuatan Linah bt SaadAssess Products (M) Sdn. Bhd

Pemborongan Md Ahir bin Abu BakarSuria Insan Sdn. Bhd

Page 11: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

BeritaUsahawan

WARTAMARA

11

PEMENANG AURA 2009TOKOH USAHAWAN MARA 2009

Hj Mohd Fadzil Bin Hj SallehInstitut Memandu IKMP ( Perlis) Sdn. Bhd.

Dilahirkan pada 3 Mac 1955 dan mempunyai tiga orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuanserta empat orang cucu. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ujong Batu dan melanjutkanpelajaran ke peringkat menengah di Yayasan Islam Perlis hingga tamat 4 Senawi.Beliau melanjutkanpelajaran di Institut Teknologi MARA dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dan seterusnyamemperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Sosial Politik dari Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia(UIAM).

Berasal daripada keluarga serba kekurangan, di mana beliau pernahbekerja mengambil upah mengangkut padi dan bekerja dalam kontraktor binaan.Selepas beberapa tahun, beliau menubuhkan syarikat sendiri sebagai kontraktorbinaan, bekalan, pemborong dan perkhidmatan dengan nama syarikat MOHDFADZIL BIN SALLEH

Mula berkecimpung dalam bidang perkhidmatan dengan menubuhkanSekolah Memandu pada tahun 1985 yang diberi nama Sekolah Memandu InderaKayangan.Berjaya menubuhkan IKMP tahun 2003 dengan modal RM2.2 jutamelalui pengambilalihan Institut Memandu Usaha Dorongan yang mengalami

masalah kewangan.Kini syarikat ini mempunyai seramai 215 orangdengan nilai aset terkini berjumlah RM8.7 juta. Beliau sangat aktifdalam persatuan dan aktiviti sosial di dalam dan luar negara.

TOKOH USAHAWAN MARA 2009Hj. Mohd Fadzil Bin Hj. Salleh

Institut Memandu IKMP (Perlis) Sdn. Bhd

ANUGERAH PENYEWA TERBAIK MARA 2009Abu Hassan Bin OsmanZammas Xpress Niaga

ANUGERAH PERSATUAN PENYEWA TERBAIK MARA 2009Dr. Hj. Abd. Rashid Bin Hasan

Persatuan MARTRECK(Persatuan Penyewa-Penyewa Kedai MARA Kota Kinabalu,

Sabah)

Page 12: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

Ekspo Perdagangan Antarabangsa Vietnam 2009telah diadakan pada 2 hingga 5 Disember 2009bertempat di Saigon Exhibition & Convention Centre(SECC), Ho Chi Minh City, Vietnam. Ekspo inimelibatkan penyertaan pelbagai negara seperti Korea,Indonesia, Thailand, Kemboja, China, German danMalaysia. Seramai enam orang usahawan MARA telahterlibat dengan mempamerkan produk keluaranmasing-masing yang dilihat berpotensi dan mampumenembusi pasaran antarabangsa. Selain dari itu,aktiviti Business Matching juga dilaksanakan di tapakekspo bersama pihak pasaraya, importer dandistributor. Sememangnya menjadi hasrat MARA untukmelihat perkembangan dan penguasaan pasaran olehusahawan Bumiputera di peringkat antarabangsadapat terlaksana.

Program In-Store Promotion pula diadakan pada5 hingga 6 Disember 2009 bertempat di Pasaraya

BeritaUsahawan

WARTAMARA

12

EKSPO PERDAGANGAN DAN IN-STORE PROMOTION DIHO CHI MINH CITY & HANOI

Intimex dan Trang Tien Plaza. Program In-Store Promotiondijalankan serentak di 10 buah outlet pasaraya yang terdiridaripada Pasaraya Intimex (satu), Hapro (lapan) danTrang Tien Plaza (satu). Terdapat lima syarikat daripadaMalaysia yang telah berjaya disenaraikan dengan lebih20 jenis produk ditempatkan di pasaraya-pasarayatersebut. Dengan adanya program sebegini sudah pastiia dapat mempromosi dan mengukuhkan daya saingproduk-produk keluaran syarikat Malaysia di persadaantarabangsa.

Selain dari itu, satu networking dinner telah diadakanbagi memperluas dan memperkukuh jaringan kerjasamaantara MARA dengan pihak luar bertempat di HotelSheraton, Hanoi pada 1 Disember 2009. Majlis telahdisempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Othman bin Haji Ahmad,Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) MARA. Turut hadirwakil kedutaan Malaysia, MATRADE, wakil pasaraya,pengedar dan pemborong di seluruh utara Vietnam danjuga wakil dari beberapa buah negara lain.

Page 13: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

Majlis Penghargaan MARA Liner 2009 telah diadakan di PuteriResort, Ayer Keroh Melaka pada 16 November 2009. Y. Bhg. Dato’Othman bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan)MARA menyampaikan anugerah kepada 71 orang warga kerjaMARA Liner melibatkan 20 orang pesara, seorang penerimaanugerah perkhidmatan 25 tahun dan 50 orang penerimaAnugerah Staf Cemerlang MARA Liner 2008. Penganugerahanadalah berupa sijil penghargaan dan cek bernilai RM1,000.00.

MARA Liner merupakan kesinambungan programpengangkutan awam MARA yang telah diwujudkan sejak zamanLembaga Kemajuan & Perusahaan Kampung (RIDA) iaitu padatahun 1961. Kesungguhan dan kesetiaan warga kerja MARA Linerselama ini telah membawa MARA Liner menjadi sebuah institusipengangkutan awam yang dipercayai dan mempunyai jenamatersendiri. Justeru, penganjuran majlis ini adalah wajar bagimenghargai sumbangan warga kerja MARA Liner dalammenyokong pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan danseterusnya memenuhi tanggungjawab sosial kepada pendudukluar bandar.

BeritaUsahawan

WARTAMARA

13

MARA Liner RAIKAN WARGA KERJA CEMERLANG

Page 14: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

PENSIJILAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)KE ARAH PENINGKATAN PRODUKTIVITI

Persekitaran Berkualiti (5S) merupakan permulaan kepada keselamatan, keselesaan dan produktiviti di tempatkerja. 5S merupakan akronim kepada lima perkataan Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu),Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Pelaksanaan 5S secara langsung mampu mengurangkankos operasi, meningkatkan kecekapan, meningkatkan kualiti dan produktiviti, meningkatkan keselamatan di tempatkerja dan meningkatkan motivasi pekerja.

Bermula pada tahun 2008, MARA telah mula menggerakkan aktiviti dan amalan 5S terutamanya di InstitusiPendidikan MARA (IPMa). Pusat-Pusat MARA yang telah menerima Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S) ialahInstitut Kemahiran MARA Beseri (31 Disember 2008), Institut Kemahiran MARA Lumut (30 Mac 2009) dan InstitutKemahiran MARA TSYA, Pekan (5 November 2009). Semua pensijilan ini telah ditauliahkan oleh Perbadanan

Produktiviti Malaysia (MPC). Penyampaian pentauliahanini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Haji MohdShafie Bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar DanWilayah pada Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi MARApada 21 Disember 2009.

BeritaPendidikan

WARTAMARA

14

Tiga buah IKM telah ditauliahkan PensijilanMS ISO 9001:2008 dan ia membuktikan

usaha berterusan MARA dalam meningkatkan kualitisistem penyampaian terutamanya di Institusi-institusiPendidikan MARA. Skop Pensijilan yang diterimaadalah dalam Perkhidmatan Pendidikan Di PeringkatSijil. Tiga buah institut tersebut ialah IKM Johor Bahru,IKM Lumut dan IKM TSYA, Pekan.

MARA secara aktif telah melibatkan diri denganSistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 yang telahmula diperkenalkan kepada agensi kerajaan padatahun 1996 melalui siri pensijilan MS ISO 9001:1994,MS ISO 9001:2000 dan yang terkini MS ISO9001:2008. MS ISO 9000 adalah satu standard bertulis

TIGA IKM TERIMA MS ISO 9000MENINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM

PENYAMPAIAN

yang menetap dan menyenaraikan elemen-elemen asasyang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasibagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapatmemenuhi kehendak pelanggan.

Standard sistem kualiti MS ISO 9000 menghendakiorganisasi mengenalpasti kehendak pelanggan mereka,merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakanbagi memenuhi kehendak tersebut, menyediakan latihanyang sesuai dan secukupnya bagi personel yang terlibatdalam sistem kualiti dan menjalankan pengauditan bagimempastikan keberkesanan proses-proses dalam sistemkualiti mencapai matlamatnya.

Page 15: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

MARA mencatatkan satu lagi kejayaan yangdisumbangkan menerusi penglibatan pelajar MaktabRendah Sains MARA (MRSM) pada pertandingan 11th

International Robot Olympiad (IRO), 2009 di KoreaSelatan. MARA merupakan wakil tunggal Malaysiamenerusi penyertaan 11 orang pelajar MRSM danseorang guru pengiring pada pertandingan ini.Pertandingan telah diadakan pada 17 hingga 20 Disember2009 di Daejeon Convention Centre, Daejeon, KoreaSelatan.

Ahmad Azra’i bin Jamal (kanan) dan Azri Irsyad binJuhari (kiri) dari MRSM Kuantan berjaya memperolehTechnical Award masing-masing melalui acara RobotDancing Standard dan Robot Dancing Freestyle.Kemenangan ini adalah antara tujuh acara pertandinganperingkat sekolah menengah iaitu :(i) Kategori Standard: Acara transporter, cart rolling ballmaze solving, carrier machine dan prison break (4 acara)(ii) Kategori Exhibition: Acara robot dancing freestyle danrobot dancing standard (dua acara)(iii) Kategori Creativity (Open): Tema projek Mission toMARS : Robots helping people to discover a new world”

MARA TUAN RUMAH 11th IRO 2008Pertandingan IRO ialah satu program tahunan anjuranInternational Robot Olympiad Committee (IROC), sebuah

BeritaPendidikan

WARTAMARA

15

PELAJAR MRSM RAIH ANUGERAH ANTARABANGSAPERTANDINGAN IRO

badan sukarela terdiri daripada ahli akademik bidangrobotik (robotic academicians) dari pelbagai universiti diseluruh dunia. Penyertaan dalam pertandingan robotikantarabangsa adalah salah satu aktiviti utama ProgramApresiasi Robotik di peringkat MRSM. Penyertaan sulungMARA pada pertandingan ini adalah pada tahun 2005,yang mana seorang pegawai dan dua orang guru ke IROsebagai pemerhati. Ia kemudiannya diikuti denganpenyertaan pelajar-pelajar dalam pertandingan IRO mulaipada tahun 2006. Pada tahun 2008, MARA diberi peluanguntuk menganjurkan pertandingan 10th IRO 2008, dengankerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Gombak.

Program Apresiasi Robotik MRSM dimulakan sebagaiprojek rintis di lapan buah MRSM pada akhir tahun 2004dan telah diperluaskan ke semua MRSM lain pada tahun2007. Objektif utama program ialah untuk merangsangdan memupuk minat, bakat, kreativiti dan kemahiranpenyelesaian masalah melalui aktiviti eksplorasi,penyelidikan dan rekacipta robotik, selaras dengan hasratMARA untuk mewujudkan masyarakat Bumiputera yangberjaya dalam bidang keusahawanan dan perindustrianserta hasrat kerajaan untuk melahirkan saintis danperekacipta yang berdaya saing dan bertaraf dunia.

Page 16: Edaran PERCUMA WARTA MARA 2009.pdf · Hanisah binti Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) ... yang diraikan atas sumbangan idea dan tenaga serta masa ... Ungku Herba Permaisuri,

NAMA JAWATAN PUSAT TEMPOH TARIKHPERKHIDMATAN PERSARAAN

Siti Hanipah Binti Ahmad Pemb. Tadbir Rendah (N11) Bhg. Penganjuran Pelajaran 1.11.2009 32 Tahun

Md Nor Bin Abdullah Pengarah (E54) Bhg. Kenderaan 1.11.2009 33 Tahun

Ariff Bin Hussin Ketua Pen. Pengarah (E44) Bhg Pembangunan Usahawan 2.11.2009 29 Tahun

Wan Abdullah Sabary Bin Pengarah (E54) Bhg Pembiayaan Perniagaan 10.11.2009 32 TahunHj Wan Harun

Samsiah Binti Kasim Pemb. Tadbir (K) (N22) Pejabat MARA Negeri Perlis 13.11.2009 36 Tahun

Mohamad Nadzir Bin Hassan Ketua Seksyen (DG48) Bhg. Perancangan Korporat 18.11.2009 34 Tahun

Shafie Bin Abu Bakar Pen. Dapor (N1) Kolej MARA Kulim 27.11.2009 32 Tahun

Hamidah Binti Sumiran Pengarah (E54) Bhg. Penganjuran Pelajaran 1.12.2009 35 Tahun

PERSARAAN 2009

November

Cik Leha Binti Awang (51 tahun),

PAR Pejabat MRSM Kuala Terengganu

7 November 2009 (Sabtu) bersamaan 19 Zulkaedah 1430 H

Al-Fatihah

Disember

Majlis Graduasi Taska MARA berlangsung denganmeriah pada 18 November 2009 yang lalu bertempat diRuang Legar, Ibu Pejabat MARA. Y.B. Dato’ Seri Idris binJusoh, Pengerusi MARA meluangkan masa untukbersama-sama dengan anak-anak Taska MARA yang bakalmemasuki alam persekolahan pada tahun hadapan.Seramai 23 orang anak-anak telah diraikan pada majliskali ini yang turut diserikan dengan persembahan daripadapelajar-pelajar.

Dalam ucapannya, Y.B. Dato’ Seri Pengerusimenyatakan bahawa warga kerja MARA harus bersyukurkerana sistem dan pengelolaan Taska MARA amat

BeritaSemasa

WARTAMARA

16

berkualiti di samping mendapat khidmat daripada ibu-ibuTaska yang terlatih dan berdedikasi. Ini dapat dibuktikanapabila Taska MARA sering kali menerima kunjungan danrujukan daripada pihak luar seperti INTAN, Institut SosialMalaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, PersatuanPengasuh Taska Wilayah Persekutuan dan badan-badanlain. Taska MARA juga pernah muncul sebagai Juara kepadaTaska Penyusuan Ibu Peringkat Wilayah Persekutan. Inimembuktikan bahawa pihak luar turut mengiktiraf sistempentadbiran dan pengelolaan Taska MARA.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang diraikan danselamat menempuhi alam pendidikan rendah!

Y.B. PENGERUSI BERSAMA ANAK-ANAK TASKA MARA