mohd radzi ahmad

6
138 MOHD RADZI AHMAD BIODATA Mohd Radzi Ahmad dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Mei 1961. Kemudiannya pada tahun 1963 dibawa oleh keluarga berpindah dan dibesarkan di Tanah Rancangan Felda dalam daerah Seremban. Mohd Radzi telah berkeluarga, mempunyai empat orang anak; dua lelaki dan dua perempuan. Anak lelaki sulung beliau sedang mengikuti pengajian ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti Malaysia Perlis (UniMap). Anak kedua, perempuan, pula sedang belajar di Kolej Matrikulasi Kedah, manakala anak ketiga, lelaki, sedang belajar di Sekolah Menengah Teknik Klang. Anak bongsu Mohd Radzi, perempuan, sedang belajar di Tahun IV, Sekolah Tasik Puteri 2, Rawang. Radzi bersama-sama isteri dan anak-anak semasa Hari Raya Aidiltri 2010

Upload: vominh

Post on 28-Jan-2017

265 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

138

MOHD RADZI AHMAD

BIODATA

Mohd Radzi Ahmad dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan pada 15 Mei 1961. Kemudiannya pada tahun 1963 dibawa oleh keluarga berpindah dan dibesarkan di Tanah Rancangan Felda dalam daerah Seremban.

Mohd Radzi telah berkeluarga, mempunyai empat orang anak; dua lelaki dan dua perempuan. Anak lelaki sulung beliau sedang mengikuti pengajian ijazah dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di Universiti Malaysia Perlis (UniMap). Anak kedua, perempuan, pula sedang belajar di Kolej Matrikulasi Kedah, manakala anak ketiga, lelaki, sedang belajar di Sekolah Menengah Teknik Klang. Anak bongsu Mohd Radzi, perempuan, sedang belajar di Tahun IV, Sekolah Tasik Puteri 2, Rawang.

Radzi bersama-sama isteri dan anak-anak semasa Hari Raya Aidilfi tri 2010

139

Gambar perkahwinan Radzi pada 1989

Yang mana satu Radzi?

Radzi (kiri) dan rakan-rakan

140

PENGALAMAN KERJA

Mohd Radzi mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan pada 11 Februari 1982 sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan Pelatih di Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM menawarkan kepada Mohd Radzi latihan sambil bekerja dengan menghadiri kuliah dan latihan amali mengikut kesesuaian masa. Pada tahun 1988 Mohd Radzi dilantik sebagai Penolong Pegawai Sains Perubatan setelah memperoleh Diploma Teknologis Makmal Perubatan dalam bidang Patologi Kimia dengan penulisan disertasi (dissertation) bertajuk “Aktiviti Antioksidan pada Serum Pesakit Menderitai Kegagalan Ginjal Kronik”.

Semasa berkhidmat di UKM, Mohd Radzi bergiat dalam aktiviti Angkatan Seni Foto dan Unit Komputer Kelab Sukan Kakitangan UKM. Mohd Radzi juga menjawat Penolong Setiausaha bagi Institut Teknologi Makmal Perubatan Malaysia (IKTMP) iaitu Persatuan Juruteknologi Makmal UKM yang turut bergabung dengan Juruteknologi Makmal di Kementerian Kesihatan dan juga Universiti Malaya. Ketiga-tiga gabungan ini aktif dalam kegiatan saintifi k seperti penganjuran seminar dan persidangan yang berkaitan dengan sains makmal perubatan sehingga kini.

Pada tahun 1996 Mohd Radzi berubah haluan kerana berminat dalam bidang penyelidikan dan memohon jawatan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Mohd Radzi diterima bekerja di FRIM pada 1 Ogos 1996 sebagai Penolong Pegawai Penyelidik Q6 (Q27) dan ditempatkan di Bahagian Tumbuhan Ubatan di bawah seliaan Dr Ng Lean Teik. Mohd Radzi sering bertukar pegawai penyelia seperti Puan Majidah, En Mohd Azlan Nafi ah, Dr Mohd Ilham, En Ong Boo Kean dan kini di bawah seliaan En Abd Rashid Li bersama-sama Dr Ling Sui Kiong. Kata Radzi, “Pengalaman ini amat berguna kepada saya kerana setiap orang pegawai mempunyai sikap dan cara kerja yang berbeza.”

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN

Setelah berkhidmat selama 12 tahun di FRIM, Mohd Radzi dinaikkan pangkat kepada Penolong Pegawai Penyelidik Kanan Q32 pada 1 Oktober 2008. Selain menjalankan penyelidikan dan tugas harian di FRIM, Mohd Radzi turut terlibat dengan urusan pentadbiran dan pengurusan penjawat awam di FRIM. Mohd Radzi dilantik menganggotai beberapa ahli jawatankuasa di FRIM seperti Jawatankuasa Pengurusan Aset FRIM, Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga, Jawatankuasa Pembuka Tender, Ahli Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Makmal

141

dan Bengkel (JKKMB), di samping pernah menjadi wakil pekerja dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan juga AJK Badan Kebajikan Islam (BKI). Di sepanjang perkhidmatannya di FRIM, Mohd Radzi telah dianugerahi Khidmat Cemerlang pada tahun 2002 dan mendapat Anugerah Anjakan Gaji pada tahun 2007. Mohd Radzi juga terlibat dengan penghasilan beberapa reka cipta dan inovasi di peringkat FRIM dan antarabangsa dan telah berjaya memperoleh pelbagai pingat seperti emas, perak dan gangsa. Selain itu, bersama-sama dengan penyelidik lain Mohd Radzi turut mendapat anugerah seperti pembentangan poster terbaik di dalam beberapa seminar. Di sepanjang perkhidmatan di sektor awam Mohd Radzi turut terlibat dengan penerbitan dan pembentangan kertas kerja penyelidikan. Sehingga kini Radzi telah dapat menghasilkan lebih 19 kertas kerja penerbitan dan pembentangan 48 kertas kerja.

AKTIVITI LAIN

Walaupun Mohd Radzi tidak pandai bersukan pada peringkat awal berkhidmat di FRIM beliau sering mengambil bahagian dalam acara sukan ping pong. Mohd Radzi juga sering diberi kepercayaan untuk mengaturkan aktiviti Hari Keluarga di Peringkat Bahagian Hasilan Semula Jadi. Sehingga kini Mohd Radzi telah berjaya menggerakkan aktiviti Hari Keluarga di Kuantan, Pahang, lawatan sambil belajar di Langkawi dan SPF Mata Ayer, Hari keluarga di Ayer Keroh, Melaka dan bekerjasama untuk ekspedisi Kuala Rompin.

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

FRIM merupakan sebuah institusi penyelidikan berkanun yang terunggul di rantau Asia dalam bidang penyelidikan perhutanan dan tidak mustahil untuk menjadi institusi penyelidikan yang terunggul di dunia. Terdapat banyak bahan dan hasil pengeluaran hutan yang boleh dimanfaatkan oleh para penyelidik FRIM untuk dikaji dan dinilai. FRIM mempunyai ramai penjawat awam terutama pegawai penyelidik yang berwibawa untuk memacu FRIM ke arah penghasilan output penyelidikan yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir warga kerja yang belum dapat memperbaiki sikap dan disiplin diri semasa menjalankan tugas. Pengalaman Mohd Radzi semasa di dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Badan Kebajikan Islam (BKI) dan pergaulan sesama rakan membuktikan masih terdapat beberapa kelemahan diri para warga kerja di FRIM.

142

Menjadi AJK IUFRO pada tahun 2000

Radzi dan isteri di Majlis Anugerah FRIM 2003

143

Mohd Radzi juga sangat mengharapkan pihak pengurusan FRIM dapat memberi lebih perhatian tentang kebajikan Kumpulan Sokongan dari soal peluang kenaikan pangkat dan pengiktirafan ke atas pencapaian kerjaya mereka. Kesimpulan yang dapat beliau berikan FRIM adalah satu tempat kerja yang sangat baik bagi mereka yang tahu menilai dan bersedia mengambil peluang dan kesempatan yang ada.

ULASAN KETUA PENGARAH

Saudara Radzi seorang yang tenang dan bersahaja dan merupakan seorang warga kerja yang mudah dihubungi bagi mendapatkan pandangan dan ulasan. Beliau juga disenangi oleh semua peringkat di FRIM.

Komitmen terhadap tugasan dan kesungguhan dalam penulisan juga merupakan antara ciri utama yang saya percaya, akan dapat membentuk beliau sebagai antara warga terunggul FRIM di masa hadapan.

Teruskan usaha, saudara Radzi!