modulprigelkomsastingkatan4 -...

167
Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Upload: votuyen

Post on 06-Mar-2019

364 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

UCAPAN PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah-Nya,Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dapat dihasilkan. Oleh sebab itu, saya merakamkansetinggi-tinggi tahniah kepada Unit Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik, JabatanPelajaran Negeri Sabah dan panel penulis Modul Prigel Bahasa Melayu atas komitmenmenghasilkan modul yang sangat bermanfaat ini.

Prakarsa penghasilan modul ini merupakan Projek Peningkatan Prestasi Bahasa MelayuSPM yang bertujuan untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). KPM telahmengetengahkan isu murid yang gagal dalam peperiksaan SPM walaupun 11 tahun berada dalamalam persekolahan. Salah satu punca kegagalan murid yang dikenal pasti ialah murid tidak dapatmenjawab dengan baik soalan peperiksaan Bahasa Melayu khususnya soalan yang berkaitandengan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk soalan 2(b), 2(c), 2(d), dansoalan 4 (novel). Murid dikenal pasti tidak menguasai cara memahami teks serta teknikmenjawab soalan dengan betul. Oleh hal yang demikian, untuk membantu murid lulus dalampeperiksaan SPM makaModul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat dihasilkan untuk memenuhikeperluan pembelajaran murid di negeri Sabah.

Modul ini sangat relevan digunakan oleh guru dan murid sebagai bahan sokonganpengajaran dan pemudahcaraan subjek Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang estetik sepertiyang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4. Saya berharapagar pihak yang berkenaan baik guru mahupun murid dapat memanfaatkan modul ini dengansebaik mungkin demi meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM bagiJabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulismodul kerana berusaha gigih sehingga dapat menghasilkan Modul Prigel KOMSAS ini. Modulini diharapkan dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)seterusnya dapat melonjakkan prestasi murid dalam peperiksaan awam khasnya SPM.

Sekian.

ENCIK ABIDIN BIN MARJANKetua Sektor,Sektor Pengurusan Akademik,b.p Pengarah Pendidikan Negeri Sabah,Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

iii

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKATA PANEL PENGGUBAL MODUL

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan Empat ini dihasilkan dengan satu tujuan, iaitumembantu pelajar Tingkatan Empat mencapai kejayaan cemerlang dalam mata pelajaranBahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Hal ini dikatakan demikian kerana Bahasa Melayumerupakan mata pelajaran teras yang memerlukan pelajar mendapat keputusan yangcemerlang dan membantu mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain itu, modul ini dihasilkan untuk membantu para guru membuat persediaanmengajar yang lebih rapi dalam usaha melaksanakan proses pengajaran dan pemudahcaraan(PdPc) di dalam bilik darjah. Modul ini boleh digunakan oleh guru untuk mengajar danpelajar dapat menggunakannya untuk tujuan latih tubi dan juga sebagai rujukan.

Modul ini dihasilkan mengikut topik tetapi masih mengekalkan formatpeperiksaan Bahasa Melayu SPM yang sebenar sama ada dari aspek bentuk soalan dan arassoalan. Selain itu, setiap topik yang terdapat dalam modul ini mengikut Huraian SukatanPelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tingkatan 4.

Modul ini dihasilkan oleh ahli Panel Penggubal Modul yang dilantik oleh SPAJabatan Pendidikan Sabah yang terdiri daripada Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas BahasaMelayu SPM dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, diharapkan guru-gurudan murid-murid memanfaatkan modul ini dalam usaha memperoleh keputusan yangcemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

Sekian. Terima kasih

PANEL PENGGUBAL MODUL PRIGEL KOMSASJabatan Pendidikan Negeri Sabah

iv

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

KANDUNGAN

Ucapan Penghargaan iiPrakata Panel Penulis Modul iii

PUISI TRADISIONALA NOTA

1. Syair Bidasari 2-52. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 6-8

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 9

C PRAKTIS TOPIKAL1. Syair Bidasari

Praktis 1 10-11Praktis 2 11Praktis 3 12Praktis 4 12-13Praktis 5 13

2. Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)Praktis 1 14-15Praktis 2 15Praktis 3 16Praktis 4 17Praktis 5 18

GENRE PUISI MODENA NOTA

1. Sang Gembala Kuda 20-222. Aku Membaca Lagi 23-253. www.sibermerdeka.com.my 26-284. Gelanggang 29-31

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 32

C PRAKTIS TOPIKAL1. Sang Gembala Kuda

Praktis 1 34Praktis 2 35Praktis 3 35-36Praktis 4 36Praktis 5 37

2. Aku Membaca LagiPraktis 1 39

v

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2 40Praktis 3 41Praktis 4 42Praktis 5 43

3. www.sibermerdeka.com.myPraktis 1 45Praktis 2 46Praktis 3 46-47Praktis 4 47Praktis 5 48

4. GelanggangPraktis 1 50Praktis 2 50-51Praktis 3 51Praktis 4 52Praktis 5 53

PROSA TRADISIONAL 60A NOTA

1.Sinopsis Kepimpinan Melalui Teladan 55-60

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 60-61Latihan PraktisPraktis 1 62-63Praktis 2 63-64Praktis 3 64-65Praktis 4 65-66Praktis 5 67

GENRE CERPENA NOTA

1. Kaduk, Ayam dan Raja 69-752. Munsyi 76-813. Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 82-85

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 86

C PRAKTIS TOPIKAL1. Kaduk, Ayam dan Raja

Praktis 1 87-88Praktis 2 88-89Praktis 3 90-91Praktis 4 92-93Praktis 5 94-95

vi

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

2. MunsyiPraktis 1 96-97Praktis 2 97-98Praktis 3 98-99Praktis 4 100-101Praktis 5 101-102

3. Jaket Kulit Kijang dari IstanbulPraktis 1 103-104Praktis 2 104-105Praktis 3 105-106Praktis 4 107-108Praktis 5 108-109

GENRE DRAMAA NOTA

1. Berkhidmat untuk Negara 111-117

B BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN 118

C PRAKTIS TOPIKAL1. Berkhidmat untuk Negara

Praktis 1 119-120Praktis 2 120-121Praktis 3 121-122Praktis 4 122-123Praktis 5 124-125

GENRE NOVEL DI SEBALIK DINARAA NOTA

1. Biodata 1272. Sinopsis 128-1353. Tema 1364. Persoalan 136-1375. Watak dan Perwatakan 137-1406. Plot 141-1427. Latar 142-1448. Nilai 1459. Pengajaran 14610. Gaya bahasa 147

B PANDUANMENJAWAB NOVEL 148

C PRAKTIS NOVEL 149-159LAMPIRANSenarai Panel Penulis Modul Prigel KOMSAS 160

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

SYAIR BIDASARI

Syair

Rangkap 1Dengarkan tuan suatu riwayat,Raja di desa Negeri Kembayat,Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supayamenjadi tamsil ibarat.

Rangkap 2Ada raja suatu negeri,Sultan halifah akas bestari,Asalnya baginda raja yang bahari,Melimpah ngadil dagang senteri.

Rangkap 3Hairan orang empunya temasya,Baginda itulah raja perkasa,Sangat tiada merasai susah,Entah pada esok dan lusa.

Rangkap 4Seri sultan raja bestari,Setelah ia sudah beristeri,Beberapa bulan beberapa hari,Hamillah puteri permaisuri.

Rangkap 5Beberapa lamanya dalam kerajaan,Baginda duduk bersuka-sukaan,Datanglah beroleh kedukaan,Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Rangkap 6Datanglah kepada suatu masa,Melayanglah unggas dari angkasa,Unggas gurda sangat perkasa,Menjadi negeri rosak binasa.

Maksud

Penyair ingin menceritakan suatu kisah yangberlaku di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis olehseorang fakir untuk dijadikan pedoman atauteladan.

Negeri Kembayat diperintah oleh seorang sultanyang bijak. Baginda mempunyai rupa paras yangelok dan pekerti yang mulia. Baginda sentiasamelayani rakyat dan para ulama yang datangmendalami ilmu dalam bidang agama dengan adil.

Rakyat begitu kagum akan baginda yang gagahperkasa. Baginda amat disenangi oleh rakyatkerana tidak pernah mendapat kesusahan semasadi bawah pemerintahan baginda. Namun, merekatidak dapat menduga ketentuan yang akan berlakupada masa akan datang.

Sultan telah berkahwin dan beberapa bulankemudian permaisuri telah hamil.

Setelah lama memegang tampuk pemerintahandalam suasana yang aman dan penuh kegembiraan,akhirnya pada suatu hari, Negeri Kembayatditimpa bencana, baginda telah mangkat.

Pada waktu itu, negeri baginda telah diserang olehburung geroda yang sangat besar dan kuat lalumembinasakan negeri tersebut

2

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 7

Datanglah menyambar suaranya bahana,Gemparlah sekalian mulia dan hina,Seisi negeri gundah-gulana,Membawa diri ke mana-mana.

Rangkap 8

Baginda pun sedang dihadap orang,Mendengar gempar seperti perang,Bertitah baginda raja yang garang,“Gempar ini apakah kurang”

Negeri Kembayat diserang geroda yang ganastelah menimbulkan bunyi yang sangat kuat lagimenakutkan. Seluruh rakyat berada dalamkebimbangan lalu melarikan diri.

Para pembesar pergi berjumpa dengan sultan yangbaharu. Baginda telah mendengar suasana yangriuh rendah di luar istana. Baginda berasa hairan.Baginda menanyakan tragedi yang menimpanegeri tersebut.

TEMA

Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika mentadbir negara.Raja Negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam mentadbir urus negara.

PERSOALAN

1. Keadilan dalam pemerintahan.Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda

melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.2. Tanggungjawab semasa menjalankan tugas.

Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana bagindamengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

3. Ketaatan terhadap pemimpin/pemerintahCth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama dengan baginda ketika

susah dan senang.4. Kasih sayang terhadap isteri.

Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapabulan hamil.

3

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA

1. Bahasa istanaCth : baginda; permaisuri

2. Bahasa klasik/arkaikCth : akas; ngadil; halifah; gurda.

3. InversiCth : Melayanglah unggas dari angkasa (sepatutnya diungkapkan sebagai Unggas

melayanglah dari angkasa)4. Simile

Cth : Mendengar gempar seperti perang5. Penggunaan kata ganda

Cth : gundah-gulana; bersuka-sukaan; dam mana-mana

NILAI

1. KebijaksanaanCth : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijak.

2. Kasih sayangCth: Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang hamil

beberapa bulan.

3. KeadilanCth: Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Baginda

melayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

4. TanggungjawabCth: Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda

mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

5. KetaatanCth: Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan senang.

4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita sebagai pemerintah mestilah memerintah negara dengan bijaksana.Cth : Raja Negeri Kembayat merupakan seorang raja yang bijaksana.

2. Kita mestilah menyayangi pasangan kita.Cth : Raja Negeri Kembayat amat menyayangi permaisuri baginda yang sedang beberapa

bulan hamil.3. Raja mestilah adil memerintah sesebuah negara.

Cth : Raja Negeri Kembayat menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama. Bagindamelayani pedagang dan ulama yang datang ke negeri baginda dengan baik.

4. Raja hendaklah bertanggungjawab dalam segala halCth :Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda

mengambil peduli masalah yang menimpa negeri baginda.

5. Kita mestilah taat kepada pemerintah.Cth : Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa bersama-sama raja ketika susah dan

senang.

5

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA

Gurindam

Apabila terpelihara mata,Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,Daripada berjalan yang membawa rugi.

Maksud

Penglihatan yang dijaga akanmengurangkan keinginan terhadapperkara-perkara yang negatif.

Pendengaran yang dijaga akan terhindardaripada berita yang tidak baik.

Seseorang yang menjaga tutur kata akanmendapat banyak manfaatnya.

Tangan perlu dipelihara daripadamengambil barang yang bukan hak kita.

Nafsu harus dijaga agar tidak melakukanperbuatan yang dilarang.

Kehidupan seseorang perlulah dijalanidengan penuh semangat.

Anggota kaki perlulah dipelihara darimelangkah ke tempat-tempat yangmaksiat.

TEMA

Nasihat memelihara anggota diri.- Gurindam ini memberikan nasihat supaya kita sentiasa memelihara anggota diri dan

berbudi pekerti.

6

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.Cth : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang

dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.

Cth : Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)3. Persoalan kepentingan memelihara pendengaran.

Cth : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

Cth : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

GAYA BAHASA

1. Kata gandaCth : cita-cita (rangkap 1; baris 2)

2. AsonansiCth : Pengulangan vokal a -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1; baris 1)

3. AliterasiCth : Pengulangan bunyi konsonan g - Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan

tangan (rangkap 4 baris 1)4. Bahasa kiasan

Cth : Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5)

BENTUK

1. 7 rangkap2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Cth : Sedikitlah cita-cita. (rangkap 1; baris 2) Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (rangkap 6 ; baris 2 )

4. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kataCth : Se/di/kit/lah/ ci/ta/-ci/ta. – 8 suku kata (rangkap 1; baris 2)

Di/ si/tu/lah/ ba/nyak/ o/rang/ yang/ hi/lang/ se/mang/at- 15 suku kata (rangkap 6; baris 2)

5. Rima akhir aaCth: Apabila terpelihara kuping, - a

Khabar yang jahat tiadalah damping. – a (rangkap 2; baris 1 & 2)

7

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. KebijaksanaanCth : Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata

2. KesederhananCth: Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.

3. KesabaranCth: Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negatif.

4. Berbudi bahasaCth : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yangtidak baik.

2. Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidaksahih.

3. Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidakberfaedah.

8

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Bentuk Soalan Markah

Bertanyakan maksud baris /rangkap(bertumpu) Soalan i (2 markah)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Soalan ii (3 markah)(memberikan pandangan atau pendapat, alasan,menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu)(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan, gayabahasa, nilai dan pengajaran daripada petikan dankeseluruhan puisi)

Soalan iii (4 markah)

Teknik Menjawab.

Jawapan menggunakan ayat sendiri

Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis

Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang

diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.

Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan

sebagai jawapan (kaedah potong tampal)

Bagi soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), jawapan mestilah logik dan

relevan dengan kehendak soalan.

Bagi soalan KOMSAS yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau

huraikan, pelajar perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

9

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1

Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnyamenggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat,Raja di desa Negeri Kembayat,Dikarang fakir dijadikan hikayat,Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri,Sultan halifah akas bestari,Asalnya baginda raja yang bahari,Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,Baginda itulah raja perkasa,Sangat tiada merasai susah,Entah esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,Setelah ia sudah beristeri,Beberapa bulan beberapa hari,Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,Baginda duduk bersuka-sukaan,Datanglah beroleh kedukaan,Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,Melayanglah unggas dari angkasa,Unggas gurda sangat perkasa,Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,Gemparlah sekalian mulia dan hina,Seisi negeri gundah-gulana,Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,Mendengar gempar seperti perang,Bertitah baginda raja yang garang,“Gempar ini apakah kurang.”

JAMILAH HJ. AHMAD (Penyelenggara)

i. Berikan maksud unggas gurda sangat perkasa dalam rangkap ke-6 syair di atas.[2 markah]

- Burung raksasa terlalu berkuasa/kuat

ii. Sebagai rakyat yang prihatin, nyatakan sumbangan-sumbangan anda kepada mangsa yangditimpa bencana. [3 markah]

- Sumbangan kewangan- Khidmat kaunseling- Bantuan tempat perlindungan sementara- Sumbangan pakaian- Sumbangan ubat-ubatan

10

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. . Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

- Nilai ketaatan – rakyat Negeri Kembayat taat kepada rajanya- Nilai keadilan – raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil- Nilai tanggungjawab – raja Negeri Kembayat memerintah negerinya dengan penuh rasa

tanggungjawab

Praktis 2

i. Berikan maksud gempar ini apakah kurang dalam rangkap kelapan syair di atas.[2 markah]

- huru-hara sudah reda atau sebaliknya

ii. Jelaskan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menggambarkan ketaatan andakepada pemerintah.

[3 markah]- mengekalkan kedaulatan negara- setia kepada negara- bangga dengan kejayaan Negara- menyanjung warisan bangsa- menjaga nama baik negara

iii. Huraikan dua persoalan syair di atas. [4 markah]

- Persoalan ketaatan rakyat kepada pemerintah- Persoalan keadilan seorang raja dalam pemerintahannya- Persoalan tanggungjawab raja memerintah negeri dengan sempurna

11

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

i. Kemukakan sifat-sifat raja Negeri Kembayat berdasarkan rangkap kedua.[2 markah]

- Seorang raja yang bijaksana- Seorang raja yang adil- Seorang raja yang gagah perkasa

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untukmempertahankan negara dari ancaman musuh?

[3 markah]- pasukan ketenteraan siap siaga setiap ketika- melindungi kerahsiaan negara- rakyat bersatu padu- mengadakan hubungan yang baik dengan negara luar

iii. Jelaskan dua pengajaran berdasarkan syair Bidasari. [4 markah]

- Sebagai seorang raja, kita hendaklah memerintah negeri dengan adil dan cekap agardisenangi oleh seluruh rakyat.

- Pemerintah hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan atau tindakan supaya tiadagolongan yang tertindas.

- Sebagai rakyat, kita hendaklah taat kepada pemerintah agar tidak berlaku perpecahan.

Praktis 4

i. Berikan maksud rangkai kata ‘supaya menjadi tamsil ibarat’ dalam rangkap pertama syairdi atas. [2 markah]

- agar menjadi contoh teladan

ii. Pada hemat anda, seandainya anda seorang pemimpin, apakah sifat-sifat seorang pemimpinyang akan anda tonjolkan nanti? [3 markah]

- Mengutamakan rakyat- Mendengar pandangan rakyat- Amanah dengan tanggungjawab yang dipikul- Selalu merendah diri- Prihatin dengan masalah rakyat

12

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam syair yang dikaji. [4 markah]

- Masyarakat pemerintah yang adil – Raja Negeri Kembayat memberi layanan yang adildan saksama kepada dagang dan senteri.

- Masyarakat yang taat kepada pemerintah – Rakyat Negeri Kembayat taat kepada rajamereka pada setiap masa.

Praktis 5

i. Berikan maksud rangkai kata ‘melimpah ngadil dagang senteri’. [2 markah]

- terlalu adil kepada pengembara/perantau/orang asing atau orang yang datang untukmendalami ilmu agama Islam.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah terjadinya keadaan tidak stabil di sesebuah negara?[3 markah]

- Rakyatnya tidak bersatu padu- Pemimpin yang tidak adil- Kegiatan rasuah berleluasa- Pembesar-pembesar negara tidak sependapat

iii. Nyatakan dua perwatakan Raja Negeri Kembayat berdasarkan syair yang dikaji?[4 markah]

- Adil – Raja Negeri Kembayat memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua- Penyayang – Baginda sangat menyayangi isterinya

13

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C. PRAKTIS TOPIKAL

Praktis 1

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutdengan menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS( Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,Daripada berjalan yang membawa rugi.

i. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]- Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.

ii. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agarmenjaga tutur kata.Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemarmenuturkan kata-kata negatif? [3 markah]

- tidak akan disukai/dihormati- tidak akan dipercayai- kehilangan rakan/sahabat/teman

14

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

- Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan yang tidakbaik.

- Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkankemudaratan.

Praktis 2

i. Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri? [2 markah]- Tidak muncul keinginan yang tidak baik- Menghindari diri daripada berita yang tidak sahih- Tidak berperangai yang tidak senonoh- Tidak pergi ke tempat yang tidak berfaedah

ii. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadahkepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang bolehmempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerimasesuatu berita yang diragui kebenarannya? [3 markah]

- bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/menyiasat- melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya- mengabaikan berita

iii. Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]- Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.

Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatuperkara yang dilarang oleh Tuhan. (Rangkap 1)

- Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

- Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)

- Persoalan semangat penting dalam kehidupan.Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

15

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

i. Hendaklah peliharakan kaki,Daripada berjalan yang membawa rugi

Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas. [2 markah]

- Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorongkepada maksiat.

ii. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripadamelakukan perbuatan negatif? [3 markah]

- Mendalami ilmu agama- Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia- Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah

iii. Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut. [4 markah]

- KebijaksanaanCth: Bijak dalam menuturkan kata-kata.

- KesederhanaanCth: Sentiasa bersederhana ketika memperoleh rezeki.

- KesabaranCth: Sentiasa bersikap sabar untuk memelihara anggota badan terutamanya mata

daripada melihat sesuatu yang ditegah oleh Tuhan.

16

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Nyatakan maksud keluarlah fiil yang tiada senonoh. [2 markah]

- muncul kelakuan yang tidak baik/sopan.

ii. Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?

[3 markah]

- Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti/khabar angin/negatif.

- Supaya pergaduhan atau perselisihan faham dapat dielakkan.

iii. Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga gurindam tersebut.[4 markah]

- Kita haruslah menjaga pertuturan semasa berkomunikasi supaya terhindar daripadaterlibat dalam perselisihan faham/ pertelingkahan.

- Kita mestilah berfikir dan berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata agar tidakmelukakan hati orang lain.

- Kita mestilah bersopan-santun ketika berbicara supaya diri disenangi oleh oranglain/masyarakat.

17

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

i. Nyatakan maksud khabar yang jahat tiadalah damping. [2 markah]- terhindar daripada berita yang tidak benar/palsu

ii. Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]

- WajarAlasan:

mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya. menjadikan tumbesaran badan lebih sempurna minda lebih cerdas menjimatkan kos perubatan

iii. Huraikan tema yang terungkap dalam gurindam tersebut. [4 markah]

- Nasihat memelihara anggota diri- Anggota diri seperti mata, telinga, lidah, tangan dan kaki perlu dijaga daripada

melakukan perkara yang ditegah oleh agama- Kehidupan perlulah dijalani dengan penuh semangat.

18

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A. NOTA

Sang Gembala Kuda karyaKarya : Razali Mohd Yussof

SajakRangkap 1

Dia lelaki bergelar perkasadengan cemeti keberanian di tanganrembat angkuhnya memacu takutmenghalau kuda-kuda dipadangberebutan memburu kandang.

Rangkap 2

Rumput dan jerami yang terhidangadalah kanun janji kesetiaandimamah rakus kala lapartak peduli nasib diri setelah kenyangjadi tunggangan memburu rakan.

Rangkap 3

Dia lelaki punya kuasasesekali suaranya lebih gempitadaripada ringkik kuda sekandangpacuannya diiringi seribu keberanianmeredah onak di rimba perburuanmeranduk lumpur dipaya penindasansambil melibas cemeti durjanadia melampar muslihat akupenyelamat maruah berjuangatas dasar kebenaranmenentang semua kebobrokan.

Maksud‘Seorang lelaki bergelar perkasa’ merupakansimbolik kepada seorang pemimpin. ‘Cemetikeberanian di tangan’ bermaksud pemimpintersebut mempunyai kuasa. ‘Rembatangkuhnya memacu takut’ bermaksudpemimpin ini boleh melakukan apa-apa sahajayang menyebabkan orang bawahannya berasatakut. ‘kuda-kuda’ bermaksud orang bawahanatau orang suruhannya. Pemimpin ini kuatkerana kuasa yang ada padanya.

Untuk mengekalkan kuasa, pemimpin inimemberikan pelbagai kemewahan kepadaketua-ketua kecil yang menyokong penuhkepemimpinannya. Segala pemberian iniditerima sepenuhnya dan ketua-ketua kecil iniperlulah setia. Oleh sebab mereka telahmenerima pelbagai kemewahan daripadapemimpin atasan, ketua-ketua kecil akanberusaha untuk mendapatkan sokongandaripada rakan atau orang di kawasannyasupaya mentaati pemimpin mereka.

Pemimpin mempunyai kuasa yang besar. Olehsebab dia mempunyai kuasa, arahannyasentiasa dipatuhi oleh ketua-ketua kecil dibawahnya. Pelbagai masalah dapat dihadapidengan mudah. Dengan kuasa yang ada, diaberjaya menindas orang bawahan. Denganmenggunakan tipu muslihat, pemimpin inimengatakan bahawa dia merupakan penyelamatmaruah bangsa, berkhidmat dengan ikhlasnya,dan menentang semua ketidakadilan yangberlaku.

20

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Rangkap 4

Dia lelaki sang gembala kudahanya mengenal pantas tunggangantanpa membaca keletihannyadia lelaki sang gembala kudahanya tahu mengejar kehebatantanpa menghitung kesakitannyadan kuda-kuda itu ditunggangiditunggangi dan ditunggangi!

TEMA

Inilah pemimpin yang mempergunakan oranglain untuk mengekalkan kedudukannya. Diahanya bijak untuk menggunakan orang lainbagi mengekalkan kuasanya. Pemimpin inihanya tahu untuk mengejar kuasa tanpamengambil kira kehebatan dirinya yangsebenar. Oleh sebab kebijaksanaannyamempergunakan orang lain, orang-orangbawahannya terus tertindas.

Kekuasaan seseorang pemimpin yang mengeksploitasi orang bawahannya untukmengekalkan kuasa.

PERSOALAN

1. Kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.2. Kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.3. Kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.4. Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.5. Penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.

BENTUK1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1-2 (5 baris), rangkap 3 (11 baris), dan

rangkap 4 (8 baris).3. Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 3-6 patah kata.3. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 8-13 suku kata.4. Rima akhir berbentuk bebas – rangkap 1 (abcdd), rangkap 2 (abcab), rangkap 3

(aabcccadecc), dan rangkap 4 (abaabacc).5. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. AliterasiCth : ditunggangi dan ditunggangi (pengulangan bunyi konsonan d)

2. AsonansiCth : adalah kanun janji kesetiaan (pengulangan bunyi vokal a)

3. PersonifikasiCth : rembat angkuhnya memacu takut.

21

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. MetaforaCth : dengan cemeti keberanian di tangan

meredah onak di rimba perburuanmeranduk lumpur di paya penindasan

5. RepetisiCth : dan kuda-kuda itu ditunggangi

ditunggangi dan ditunggangi!

NILAI

1. KeberanianCth : pemimpin yang berani menghadapi cabaran.

2. TanggungjawabCth : pemimpin bertanggangjawab menjaga kebajikan orang bawahannya.

3. KebijaksanaanCth : pemimpin yang bijak untuk mengekalkan kuasanya.

4. KesetiaanCth : kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpinnya.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah menggunakan kuasa dengan betul apabila menjadi seorang pemimpin.2. Kita mestilah setia kepada pemimpin yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab.3. Sebagai pemimpin, kita janganlah mengamalkan rasuah untuk mengekalkan kuasa.4. Sebagai pemimpin, kita janganlah menggunakan orang bawahan untuk mengekalkan

kedudukan kita.5. Kita perlulah berani untuk menghadapi cabaran apabila menjadi seorang pemimpin.

22

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Aku Membaca LagiKarya: Razali Mohd Yussof

Sajak Maksud

Rangkap 1 Penyajak mendongak ke langit lalu berasaAku mendongak langit kerdil dan kagum apabila melihat kebesaranmembaca garis dan titik Tuhan yang telah mencipta pelbagai fenomenamenaakuli kebesaran-Mu

alam sekitar.di bawahnya gumpalan megahembusan bayu dan banjaran gunung

Rangkap 2 Penyajak melihat gambaran pelbagai fauna danKuselurusi alam kejadian alam sekitar yang dicipta oleh Tuhankicauan burung untuk mencorakkan kehidupan manusia.desiran ombak dan wajah pelangimewarnai kehidupan umat-Mu

Rangkap 3Aku mendongak lagi Penyajak merenung ke langit lagi danmembaca langit mentafsirkan bahawa masalah penggunaandi dalamnya pohon-pohon kayan rapuh bahasa Melayu yang berlaku di tanah airdahan dan ranting terkulai semakin meruncing.daun-daun berguguranhelai demi helaidi lantai tanah airku makmur.

Rangkap 4 Penyajak berpendapat bahawa bulan danAku membaca langit bintang sedang berduka kerana bahasa Melayukutemui telah dipinggirkan oleh anak bangsa sendiri.bulan dan bintang menangismeratapi luka nasib bangsa.

Rangkap 5Aku mendongak lagi Penyajak mendongak lagi ke langit danmenitis air mata langit merasakan langit turut bersedih lalu menangisimembasahi bahasa Melayu nasib bahasa Melayu yang semakin dilupakanyang berdarah. oleh bangsa peribumi.

23

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEMA

Nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa

PERSOALAN

1. Kewujudan pelbagai keindahan alam membuktikan kebesaran Tuhan.2. Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan yang mencipta alam sekitar3. Kedudukan bahasa Melayu di negara sendiri semakin terancam.

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (4 baris), rangkap

3 (7 baris), rangkap 4-5 (4 baris).3. Bilangan kata dalam setiap baris adalah antara 1-6 patah kata.4. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 4-12 suku kata.5. Rima akhirnya berbentuk bebas – rangkap 1 (abcde), rangkap 2 (abcd), rangkap 3

(abcadae), rangkap 4 (abcd), dan rangkap 5 (abcd).6. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

GAYA BAHASA

1. RepetisiCth : helai demi helai

2. MetaforaCth : wajah pelangi, lantai tanah airku

3. PersonifikasiCth : dahan dan ranting terkulai

4. InversiCth : menitis air mata langit (sepatutnya diungkapkan sebagai air mata langit menitis)

5. AsonansiCth: bulan dan bintang menangis (pengulangan bunyi vokal a)

6. AliterasiCth: – bulan dan bintang menangis (pengulangan bunyi konsonan b)

24

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. TanggungjawabCth : penyajak menyeru anak bangsa memikul tanggungjawab untuk mengangkat kembali

martabat bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

2. KesyukuranCth : penyajak bersyukur dan kagum akan kebesaran Tuhan yang mencipta pelbagai

fenomena alam dan fauna untuk mencorakkan kehidupan manusia di muka bumi..

3. KeinsafanCth : penyajak menyeru anak bangsa yang semakin hilang maruah bangsa untuk segera insaf

dan mula mengenal diri serta berusaha memartabatkan bahasa Melayu

PENGAJARAN

1. Kita perlu memikul tanggungjawab untuk mengangkat maruah bangsa denganmemartabatkan bahasa Melayu.

2. Kita perlu bersyukur kepada Tuhan atas segala ciptaan-Nya yang melengkapi kehidupanmanusia.

3. Kita perlu tabah menghadapi apa-apa cabaran dalam usaha mempertahankan maruahbangsa dan bahasa.

25

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A: NOTA

Sajak www.sibermerdeka.com.myKarya Abdul Ghaffar Ibrahim

Sajak

Dalam kebun dirikuaku tanam saujana rancanganuntuk memerdekakan warga susahkuhidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen dirikuaku bahas isu onak dan enakuntukku merdekakan warga fikirkumengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut dirikuombak gelora menampar pantai amanuntuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi dirikuterpedaya jua oleh permainan si kancilnamun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas dirikuaku berlatih menangkis anginaku berlatih memunggah awanmenghayati skrip demi skripyang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan dirikuaku tak cemas lagioleh kata yang mengekangaku tak lemas lagioleh kata yang menyerang.

Maksud

Dalam diri penyajak, dia telah membuatpelbagai perancangan yang akan dilakukanbagi menyelesaikan segala masalah /kesusahan yang dihadapinya.

Dalam pemikiran penyajak, dia mencubamemikirkan cara untuk mengatasimasalahnya agar dirinya tidak mudahdipermainkan oleh orang lain.

Dalam kehidupan penyajak, dia seringberhadapan dengan pelbagai dugaan yangmenguji kesabaran dan keimanannya

Penyajak yang berasakan dirinya hebatsering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu,penyajak cepat tersedar seterusnyamengambil langkah berjaga-jaga agartidak terperdaya lagi.

Penyajak sentiasa berusaha membaikidirinya dengan bertekad untuk berubah kearah kebaikan walaupun dia tidakmengetahui apa-apa yang bakalditempuhnya pada hari-hari yangmendatang.

Penyajak yang semakin berusia menjadilebih matang. Dia tidak mudah panik dantidak mudah dipengaruhi oleh kata-kataorang terhadap dirinya.

26

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Apabila sibermerdeka sampaike rumah cabarankuaku panggil diriku bermesyuarahmenyokong, berkecuali atau menentangaku ambil keputusanwaktu itu aku kenal batas diri untuktidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usiaaku turun darinya menghadapi hidup nyataperistiwa datang peristiwa pergibagai siang memanggil malamdan sibermerdeka terus berkacaterus mengalirkan arus ingatanelakkan dirimu menjadi sia-siahamparkan dirimu di persada Tuhan.

Dalam era globalisasi, penyajaksering melakukan muhasabah diri dalammencari erti kehidupan agar dia tidakmudah tewas dalam perjuangannya.

Apabila tiba waktunya, penyajak harusbersedia menghadapi kenyataan hidupyang bersifat sementara. Setiapperistiwa dalam hidup penyajak berlaludengan amat pantas. Oleh itu, penyajakmenasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajarmendekati Tuhan.

TEMA

Ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup.Penyajak sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan dan cabaran agar tidak mudahtersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat.

PERSOALAN

1. Persoalan kepentingan merancang kehidupan.Cth: Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan

bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2. Persoalan kegigihan untuk menyelesaikan masalahCth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya

agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3. Persoalan cara menjalani hidup dengan bermanfaat.Cth: Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca

wajar mendekati Tuhan.

4. Persoalan muhasabah diri ke arah kebaikan.Cth: Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah

kebaikan.

5. Persoalan keinginan mendekatkan diri kepada TuhanCth: Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

27

28

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. Nilai rasionalCth: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan

hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

2. Nilai kegigihanCth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya

agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

3. Nilai keinsafanCth: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah

berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

4. Nilai kebijaksanaanCth: Penyajak bijak membuat perancangan untuk mengatasi masalahnya.

5. Nilai ketaatanCth: Penyajak ingin menjadi insan yang taat kepada Tuhan.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan agar tidak terpedaya lagi.

2. Kita mestilah memiliki pendirian agar tidak mudah terpengaruh dengan orang lain.

3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri agar tidak mudah tewas dalam perjuangan.

4. Kita mestilah gigih berusaha untuk mengatasi sesuatu masalah agar tidak mudahdipermainkan oleh orang lain.

5. Kita mestilah berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan agartidak mensia-siakan hidup.

29

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A: NOTA

Sajak GelanggangKarya Onn Malini

Ini gelanggang kitayang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebihlima dekad yang lalusatu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucudi kemudian hari.

MaksudPenyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan olehgenerasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiapkaum demi masa depan generasi seterusnya.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringatdan air matadengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyatberpadukita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatikita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahatkerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagaiketurunan.

MaksudKita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu.Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara.Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semuarakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihakluar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagaikaum di negara kita.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahandemi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci inisuara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuhhati nuranikita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugahgelanggangjangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

MaksudPenyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yangdilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan olehsesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supayatidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untukmencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.

29

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwahelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

MaksudPenyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan talipersaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah iniagar kecemerlangan tercerna di persada arenaterus memacu kejayaan demi maruah harga jati dirimembina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormatikita junjung dan taat ke akhir hayat.

MaksudPenyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanahyang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapaikejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysiamelambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalammeneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semuapihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

TEMA

Kepentingan mempertahankan kedaulatan negara tercinta.Perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajardikenang.

PERSOALAN1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan

Cth: Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan airmata

2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negaraCth: Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat

memelihara negara daripada ancaman luar

3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negaraCth: Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh

tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

30

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

BENTUK

1. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.2. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (8 baris), rangkap

3 (7 baris), rangkap 4 (2 baris), rangkap 5 (5 baris).3. Jumlah kata dalam setiap baris adalah antara 1-8 patah kata.4. Bilangan suku kata dalam baris adalah antara 3–22 suku kata.5. Rima akhirnya berbentuk bebas – rangkap 1 (abccd), rangkap 2 (abacdade), rangkap 3

(abcbcdb), dan rangkap 4 (ab), rangkap 5 (abaac).6. Sajak ini berbentuk bebas kerana tidak terikat pada ciri-ciri puisi tradisional.

7. Jumlah baris dalam rangkap tidak sama – rangkap 1 (5 baris), rangkap 2 (8 baris), rangkap3 (7 baris), rangkap 4 (2 baris), rangkap 5 (5 baris).

8. Jumlah kata dalam setiap baris adalah antara 1-8 patah kata.

GAYA BAHASA

1. AnaforaCth : Kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

Kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat2. Metafora

Cth : Gelanggang keramat3. Perlambangan atau imej

Cth : pewaris gelanggang (imej pewaris merujuk generasi muda, manakala, imejgelanggang merujuk kepada negara)

4. RepetisiCth :kata gelanggang diulang sebanyak enam kali dalam sajak ini.

5. AsonansiCth : jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. (pengulangan bunyi vokal

i)6. Aliterasi

Cth: elakkan pertelingkahan sesama sendiri. (pengulangan bunyi konsonan b)

31

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. KerjasamaCth: setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapai kemerdekaan.

2. Cinta akan negaraCth: rakyat bersatu padu untuk memajukan negara dan mengekalkan kedaulatan negara.

3. Bersatu paduCth: kemakmuran negara dapat dinikmati dengan wujudnya perpaduan

4. PengorbananCth: pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta.

5. TanggungjawabCth: rakyat negara ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripadaancaman musuh.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah berkorban tenaga dan nyawa demi kedaulatan negara yang tercinta.2. Kita mestilah menghargai pengorbanan para pejuang negara yang berjuang

memerdekakan negara.3. Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan yang

diimpikan.4. Kita tidak seharusnya bersengketa sesama sendiri demi keamanan dan keharmonian

negara.5. Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

32

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAJAK

BENTUK SOALAN PERINCIAN MARKAH

Bertanyakan maksud rangkai kata/ baris /rangkap Soalan i (2 markah)

Pemahaman teks (bertumpu) Soalan i (2 markah)(mengenal pasti /mengesan jawapan dalam petikan)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Soalan ii (3 markah)(KBAT)(memberikan pandangan atau pendapat,alasan, menyatakan kewajaran dan sebagainya)

Elemen kajian KOMSAS (bertumpu) Soalan iii( 3 – 4 markah)(menyatakan aspek sastera seperti tema, persoalan,gaya bahasa, nilai dan pengajaran daripadapetikan dan keseluruhan puisi)

TEKNIK MENJAWAB

Jawapan menggunakan ayat sendiri

Jawapan dengan ayat lengkap/gramatis

Peruntukan markah bagi setiap ceraian soalan menggambarkan jumlah isi yang

diperlukan (Cth:3 markah = 3 isi), kecuali soalan memberi maksud.

Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai

jawapan (kaedah potong tampal)

Bagi soalan KBAT, jawapan mestilah logik dan relevan dengan kehendak soalan.

Bagi soalan komsas yang menggunakan kata kunci soalan jelaskan atau huraikan, pelajar

perlu memberikan contoh atau huraian ringkas.

33

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.LATIHAN PRAKTIS

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasadengan cemeti keberanian di tanganrembat angkuhnya memacu takutmenghalau kuda-kuda dipadangberebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidangadalah kanun janji kesetiaandimamah rakus kala lapartak peduli nasib diri setelah kenyangjadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasasesekali suaranya lebih gempitadaripada ringkik kuda sekandangpacuannya diiringi seribu keberanianmeredah onak di rimba perburuanmeranduk lumpur dipaya penindasansambil melibas cemeti durjanadia melampar muslihataku penyelamat maruahberjuang atas dasar kebenaranmenentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kudahanya mengenal pantas tunggangantanpa membaca keletihannyadia lelaki sang gembala kudahanya tahu mengejar kehebatantanpa menghitung kesakitannyadan kuda-kuda itu ditunggangiditunggangi dan ditunggangi!

34

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.

i. Nyatakan dua lambang kekuasaan sang gembala kuda.[2 markah]

- cemeti- Suara yang kuat

ii. Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?

[3 markah]- Mewujudkan undang-undang yang ketat- Membina sebuah bangunan yang agung- Mengiktiraf dirinya sebagai raja berkuasa mutlak

iii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]- Keberanian - sang gembala kuda berani memacu kuda peliharaannya- Tanggungjawab - sang gembala kuda memberi kuda peliharaannya makan jerami- Kegigihan - sang gembala kuda gigih menunggang kuda tanpa letih- Ketabahan - sang gembala kuda tabah menghadapi kesakitan yang ditanggungnya.

35

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2.

i. Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’.[2 markah]

- pemimpin mempunyai kuasa/autoriti/wewenang

ii. Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lamamenular dalam kehidupan masyarakat.Pada pendapat anda, apakah kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidakdibendung.

[3 markah]- rasuah semakin berleluasa- negara akan mundur dan rakyat akan lebih miskin akibat penindasan- berlakunya penentangan rakyat terhadap pemerintah.

iii. Huraikan dua persoalan yang diketengahkan dalam sajak.

[4 markah]- kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengekalkan kuasanya.- kesetiaan orang bawahan terhadap pemimpin kerana habuan.- kekuasaan mampu mengawal orang bawahan dan mengekalkan kedudukan.- keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.- penganiayaan terhadap orang bawahan untuk mengekalkan kuasa.

Praktis 3.

i. Berikan maksud menentang semua kebobrokan.[2 markah]

- Melawan segala penindasan

ii. Pada pendapat anda, apakah simbolik penggunaan cemeti dalam sajak tersebut?

[3 markah]

- simbol kuasa yang ada pada gembala kuda untuk mengawal kuda-kuda jagaannya.- simbol keberanian untuk menakutkan kuda-kuda jagaannya- sebagai senjata semasa menjalankan tugas

36

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan dua pengajaran yang diketengahkan berdasarkan sajak.

[4 markah]

- Kita mestilah menggunakan kuasa dengan betul apabila menjadi seorang pemimpin.- Kita mestilah setia kepada pemimpin yang jujur, amanah, dan bertanggungjawab.- Seorang pemimpin tidak seharusnya mengamalkan rasuah untuk mengekalkan kuasa.- Seorang pemimpin tidak seharusnya menggunakan orang bawahan untuk mengekalkan

kedudukan kita.

Praktis 4.

i. Berikan maksud tanpa membaca keletihannya.[2 markah]

- tidak mempedulikan kepenatannya

ii. Pada pendapat anda, wajarkah penggembala kuda bertindak kasar terhadap kuda-kudanya?[3 markah]

- Wajar:

- kuda haiwan yang liar dan ganas- cara untuk mendisiplinkan kuda- banyak kuda yang perlu dikawal

iii. Huraikan tema yang digarap berdasarkan sajak.

[4 markah]

- Kekuatan dan kekuasaan seorang pemimpin- Kemampuan penjaga kuda mengawal kuda-kuda jagaannya dengan cemeti.- Keberanian dalam menentang kebatilan.

37

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5.

i. Apakah bentuk penindasan yang dilakukan oleh Sang Gembala Kuda terhadap kudatunggangannya?

[2 markah]- melibas kuda dengan cemeti- menunggang kuda tanpa mempedulikan keletihannya- menunggang kuda tanpa mengira kesakitannya

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghindari sifat mementingkan diri?

Kemukakan empat cadangan.

[3 markah]- mewujudkan sikap suka akan hidup bekerjasama dalam kehidupan- meletakkan kehendak orang lain lebih utama daripada kehendak kita- menghindari sika suka mengambil kesempatan terhadap kelebihan orang lain- melatih diri suka akan amalan berkongsi

iii. Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak.

[4 markah]- Masyarakat yang bijaksana untuk mengekalkan kuasanya.- Masyarakat yang setia dan patuh kepada pemimpin- Masyarakat yang menggunakan kuasa mengawal orang bawahan dan

mengekalkan kedudukan.- Keberanian seorang pemimpin menghadapi pelbagai cabaran.

38

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

AKU MEMBACA LAGI

Aku mendongak langitmembaca garis dan titikmenaakuli kebesaran-Mudi bawahnya gumpalan megahembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alamkicauan burungdesiran ombak dan wajah pelangimewarnai kehidupan umat-Mu.

Aku mendongak lagimembaca langitdi dalamnya pohon-pohon kayan rapuhdahan dan ranting terkulaidaun-daun berguguranhelai demi helaidi lantai tanah airku makmur.

Aku membaca langitkutemuibulan dan bintang menangismeratapi luka nasib bangsa.

Aku mendongak lagimenitis air mata langitmembasahi bahasa Melayuyang berdarah.

Razali Mohd YussofDewan Bahasa,Januari,2007Dewan Bahasa dan Pustaka.

39

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1

i. Apakah maksud meratapi luka nasib bangsa.

[2 markah]

- Kecewa/sedih dengan nasib yang menimpa masyarakat

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengangkat martabatBahasa Melayu yang hampir tenggelam semula?

[3 markah]

- memperbanyak kursus berkaitan bahasa Melayu- mengadakan pertandingan pidato/mengarang pada peringkat antarabangsa- menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak yang dikaji.[4 markah]

- Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan atas nikmat yang dikurniakan-Nya.Contoh: penyajak menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan

- Kita mestilah cinta akan bahasa Melayu agar martabatnya dapat ditingkatkan.Contoh: pejuang bahasa berasa sedih akan nasib bahasa Melayu yang semakin terhakis

- Kita mestilah cinta akan alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang pemusnahan.Contoh: penyajak menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan

40

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2

i. Nyatakan gambaran alam yang terdapat dalam rangkap kedua sajak.

[2 markah]- Burung berkicau- Kedengaran desiran ombak- Terdapat pelangi

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu semakinterpinggir penggunaannya.

[3 markah]- masyarakat masih meragui kemampuan bahasa Melayu- masyarakat lebih mengutamakan bahasa ibunda- persaingan dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu

iii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak yang dikaji.[4 markah]

- Nilai kesyukuranContoh: Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alamyang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, anginyang berhembus dan banjaran gunung.

- Nilai cinta akan bahasaContoh: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasibbahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

- Nilai cinta akan alam sekitarContoh: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yangdigambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjarangunung

41

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

i. Apakah maksud bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa?

[2 markah]

- Para pejuang bahasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

ii. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dalamkalangan murid sekolah rendah?

[3 markah]

- menempatkan guru pakar bahasa Melayu untuk setiap sekolah agar dapat memberipendedahan yang betul kepada murid dan guru

- mengadakan aktiviti terancang yang menarik serta melibatkan penggunaan bahasaMelayu seratus peratus agar murid dapat belajar sambil menghayati bahasa tersebutdalam suasana yang gembira

iii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.[4 markah]

- Kewujudan pelbagai keindahan alam membuktikan kebesaran Tuhan.- Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan yang mencipta alam sekitar- Kedudukan bahasa Melayu di negara sendiri semakin terancam.

42

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

i. Nyatakan perkara yang menimpa tumbuh-tumbuhan seperti yang digambarkan dalamrangkap ketiga sajak?

[2 markah]

- pohon-pohon kayan rapuh- dahan dan rantingnya terkulai- daun-daunnya berguguran sehelai demi sehelai

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersyukur dalam kehidupan?

[3 markah]

- Tuhan akan menambahkan rezeki/nikmat dalam kehidupan- hidup akan menjadi indah- melatih emosi menjadi seorang yang sabar- sesuatu yang terlebih baik dan positif

iii. Nyatakan latar masyarakat yang terdapat dalam sajak yang telah dikaji.[4 markah]

- Masyarakat yang bersyukurContoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alamyang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, anginyang berhembus dan banjaran gunung.

- Masyarakat yang cinta akan bahasaContoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasibbahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

- Masyarakat yang cinta akan alam sekitarContoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yangdigambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjarangunung

43

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

i. Berikan maksud rangkai kata menaakuli kebesaran-Mu?

[2 markah]

- membuat pertimbangaan logik tentang kekuasaan Tuhan

ii. Membaca buku dan melayari Internet merupakan kaedah yang digunakan untuk menambahilmu pengetahuan.Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang lebih gemar mendapatkan maklumatmelalui Internet?

[3 markah]

- maklumat lebih terkini- menjimatkan masa/cepat- maklumat mudah diakses- kos yang rendah- maklumat yang dipaparkan dalam bentuk yang menarik

iii. Huraikan tema sajak di atas.[4 markah]

- Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan- Kesedihan pencinta bahasa terhadap nasib bahasa Melayu- Bahasa Melayu perlu dimartabatkan

44

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Sajak www.sibermerdeka.com.my

PRAKTIS TOPIKALBaca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun dirikuaku tanam saujana rancanganuntuk memerdekakan warga susahkuhidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen dirikuaku bahas isu onak dan enakuntukku merdekakan warga fikirkumengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut dirikuombak gelora menampar pantai amanuntuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi dirikuterpedaya jua oleh permainan si kancilnamun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas dirikuaku berlatih menangkis anginaku berlatih memunggah awanmenghayati skrip demi skripyang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan dirikuaku tak cemas lagioleh kata yang mengekangaku tak lemas lagioleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampaike rumah cabarankuaku panggil diriku bermesyuarahmenyokong, berkecuali atau menentangaku ambil keputusanwaktu itu aku kenal batas diriuntuk tidak mengulangi kekalahan.

45

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usiaaku turun darinya menghadapi hidup nyataperistiwa datang peristiwa pergibagai siang memanggil malamdan sibermerdeka terus berkacaterus mengalirkan arus ingatanelakkan dirimu menjadi sia-siahamparkan dirimu di persada Tuhan.

Abdul Ghaffar Ibrahim

Praktis 1

i. Berikan maksud rangkap pertama sajak di atas.[2 markah]

- Penyajak telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagimenyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

ii. Perancangan masa yang berkesan sangat penting kepada setiap orang kerana masa itu emas.Pada pendapat anda, apakah faedah perancangan masa yang berkesan? [3 markah]

- membentuk disiplin diri- menyusun aktiviti dengan cara terancang- dapat meningkatkan kecemerlangan diri- tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu- kerja/tugasan yang dilakukan lebih berkualiti

iii. Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]

- Ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup.Penyajak sering bermuhasabah diri dalam menghadapi dugaan dan cabaran agar tidakmudah tersungkur ketika berhadapan dengan unsur jahat. Dia selalu memikirkan carauntuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.Penyajak juga berfikiran rasional agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya lebihmendekati Tuhan.

46

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 2i. Berdasarkan rangkap ketujuh, apakah yang terjadi ‘apabila sibermerdeka sampai ke rumah

cabaranku’?[2 markah]

- penyajak mengajak dirinya sama ada untuk berbincang, menyokong, berkecuali, ataumenentang cabaran yang dihadapi

- penyajak mengetahui batas/had diri supaya tidak mengulangi kekalahan

ii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk membantu golongan kurang berada keluardaripada belenggu kemiskinan?

[3 markah]

- memberi bantuan modal /kewangan untuk memulakan perniagaan- menghantar mereka menjalani kursus kemahiran- memberikan peluang pekerjaan kepada mereka- memberikan khidmat nasihat kepada mereka untuk menceburi pertanian moden.

iii. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.[4 markah]

- Persoalan kepentingan merancang kehidupan.Penyajak telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikansegala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

- Persoalan kegigihan untuk menyelesaikan masalahDalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnyaagar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

- Persoalan cara menjalani hidup dengan bermanfaat.Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembacawajar mendekati Tuhan.

Praktis 3

i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan baris yang tak diduga klimaksnya?[2 markah]

- Tidak disangka kemuncaknya

ii. Peribahasa “Pisang berbuah dua kali” jelas menunjukkan bahawa manusia seringmelakukan kesilapan yang berulang.Pada pandangan anda, mengapakah manusia sering melakukan kesilapan yang berulang?

[3 markah]

- Manusia sibuk mencari keseronokan tanpa memikirkan impak negatifnya.- Mudah terpengaruh oleh pengaruh persekitaran- Tiada bimbingan daripada pihak yang boleh membantu- Tidak pernah mengambil iktibar daripada kesilapan lalu

47

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas.[4 markah]

- Nilai rasionalCth: Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan

hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.- Nilai kegigihan

Cth: Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasimasalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.

- Nilai keinsafanCth: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah

berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Praktis 4

i. Berikan maksud rangkap ketiga sajak di atas.[2 markah]

- Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yangmenguji kesabaran dan keimanannya

ii. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengajak pembaca mendekati Tuhan?[3 markah]

- untuk mendapat keberkatan hidup- dapat mengelakkan diri daripada unsur-unsur negatif- mengelakkan diri daripada melakukan kerja yang tidak berfaedah- mengukuhkan keimanan dalam diri individu

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.[4 markah]

- Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan.Cth: Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah

berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.- Kita mestilah memiliki pendirian.

Cth: Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orangterhadap dirinya.

- Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri.Cth: Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia

tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

48

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

i.Berikan maksud mengelak hidup dikotak-katikkan?[2 markah]

- menghindar hidup dipermainkan/dibodoh-bodohkan

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita menghindari remaja daripada menyalahgunakankemajuan teknologi maklumat?

[3 markah]

- ibu bapa memantau dan memberikan bimbingan kepada anak-anak tentang caramenggunakan teknologi maklumat dengan betul

- pihak sekolah menyelaraskan penggunaan secara betul melalui kurikulum- kempen kesedaran melalui media massa dan media sosial

iii. Huraikan dua perwatakan ‘aku’ dalam sajak di atas.[4 markah]

- Tegas pendirianContoh: ‘aku’ tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orangterhadap dirinya.

- GigihContoh: ‘aku’ cuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidakmudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

49

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. GELANGGANG

PRAKTIS TOPIKAL

GELANGGANG

Ini gelanggang kitayang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebihlima dekad yang lalusatu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anakcucu di kemudian hari.

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringatdan air matadengan gelanggang inilah negara aman makmurrakyat berpadukita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatikita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahatkerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagaiketurunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahandemi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci inisuara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuhhati nuranikita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugahgelanggangjangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwahelakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah iniagar kecemerlangan tercerna di persada arenaterus memacu kejayaan demi maruah harga jati dirimembina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormatikita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn MaliniPohon Tradisi,2012Gapeniaga Sdn.Bhd.

50

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.

i. Berikan maksud ‘jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.”

[2 markah]

- semua pihak hendaklah tidak cuba membakar perasaan yang boleh menggugatkerukunan masyarakat

ii. Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh dilakukan bagi mewujudkan perpaduan disekolah?

[3 markah]

- mengadakan kempen perpaduan kepada pelajar sekolah- mengedarkan risalah/ceramah tentang kepentingan perpaduan- mengadakan rumah terbukan atau carnival di sekolah semasa musim perayaan- mengadakan program/sukan yang melibatkan pelajar pepbagai kaum- pendidikan di sekolah yang menekankan kerjasama erat antara pelajar pelbagai kaum

iii. Jelaskan tema yang dipaparkan dalam sajak tersebut.[4 markah]

- Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air – bekerjasama mengamalkanperpaduan – memupuk semangat setia dan sayang kepada negara – menunaikantanggungjawab sebagai warganegara.

Praktis 2.

i. Berikan maksud rangkai kata ‘kita dan taat hingga ke akhir hayat.’[2 markah]

- kita setia mempertahankan negara hingga ke hujung usia

ii. Pada pendapat anda, wajarkah keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara?

[3 markah]

Wajar kerana:- agar dipandang tinggi oleh negara lain- untuk mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum- supaya negara dalam keadaan aman dan selamat- untuk memajukan ekonomi negara

51

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak.[4 markah]

- Kita hendaklah berkorban tenaga dan nyawa demi kedaulatan negara yang tercinta.- Kita mestilah menghargai pengorbanan para pejuang negara yang berjuang

memerdekakan negara.- Kita haruslah bekerjasama membangunkan negara agar mencapai kemajuan yang

diimpikan.

Praktis 3.

i. Berikan dua larangan penyajak terhadap pembaca untuk memelihara keamanan negara ini.(2 markah)

- jangan bermain api kelak membinasakan semasa sendiri- elakkan pertelingkahan sesama sendiri

ii. Pada pendapat anda, apakah perkara yang menyebabkan sesebuah negara dijajah?[3 markah]

- tidak ada kerjasama antara pemimpin dengan rakyat- rakyat tidak bersatu padu- wujud perbalahan dan persengketaan sesama sendiri- wujudnya perbuatan belot daripada pihak dalaman

iii. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

[4 markah]

- Persoalan jasa para pejuang terdahulu – negara ini hasil daripada perjuangan nenekmoyang

- Persoalan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara – generasi kinibertanggungjawab kedaulatan negara dengan sepenuh hati.

- Persoalan kepentingan perpaduan dalam masyarakat – keamanan dan kemakmurannegara hasil daripada perpaduan pelbagai kaum

52

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4.

i. Berikan maksud rangkai kata ‘kukuhkan ukhuwah’.

[2 markah]- eratkan persaudaraan

ii. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjejaskan semangat perpaduan di negarakita?

[3 markah]

- sikap segelintir masyarakat yang mementingkan diri sendiri- tempat tinggal yang berasingan mengikut kaum tertentu- perbezaan fahaman parti politik- ketidakcekapan berkomunikasi

iii. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak.[4 markah]

- Kerjasama – setiap kaum menjalinkan kerjasama yang erat untuk mencapaikemerdekaan.

- Cinta akan negara – rakyat bersatu padu untuk memajukan negara dan mengekalkankedaulatan negara.

- Amanah – setiap rakyat diingatkan agar amanah ketika melaksanakan tanggungjawabkepada negara.

53

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5.

i. Nyatakan dua saranan penyajak yang dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini.[2 markah]

- memelihara negara dengan sepenuh hati/ikhlas dan bersungguh-sungguh- memelihara kedaulatan negara daripada anasir jahat

ii. Pihak kerajaan menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan perpaduan kaum sentiasaterpelihara.Pada pandangan anda, apakah kepentingan perpaduan kaum di negara kita?

[3 markah]

- dapat meningkatkan semangat cinta akan negara/patriotisme- dapat menarik pelancong asing ke negara kita- dapat mengekalkan kemerdekaan dan keharmonian negara- dapat meningkatkan ekonomi negara

iii. Huraikan dua latar masyarakat yang digambarkan dalam sajak tersebut.[4 markah]

- masyarakat yang saling bekerjasama – setiap kaum menjalinkan kerjasama yang eratuntuk mencapai kemerdekaan.

- masyarakat yang cinta akan negara – rakyat bersatu padu untuk memajukan negara danmengekalkan kedaulatan negara.

- masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara tercinta– pendekar sanggupberkorban demi negara tercinta.

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

55

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

SINOPSIS

Kegagalan penjurit tujuh bersaudara yang mati dibunuh oleh Laksamana dalam misiuntuk mengalahkan negeri Melaka amat menghairankan Patih Gajah Mada. Patik Gajah Madaberanggapan bahawa negeri Melaka sukar dikalahkan tetapi jika mereka berjuang denganbersungguh-sungguh sudah pasti Melaka tewas kepada Majapahit.

Patih Gajah Mada tiba-tiba teringatkan Petala Bumi lalu segera menghantar orang untukberjumpa dengan isteri Petala Bumi dan bertanyakan anaknya, iaitu Kertala Sari yang pergimencuri ke Daha sama ada sudah kembali atau belum. Pada waktu itu, Kertala Sari baru sahajakembali dari Daha dengan kejayaan dan berjaya mencuri emas, perak, pakaian, serta wang yangberpuluh-puluh juta. Sekembali Kertala Sari di rumahnya, dia bertanyakan hal bapanya yangtiada kelihatan di rumah pada masa itu. Apabila mendengar pertanyaan ini, ibunya terusmenangis lalu memberitahu bahawa bapa Kertala Sari telah mati dibunuh oleh LaksamanaHulubalang Ratu Melaka. Setelah mendengar kata-kata ibunya, Kertala Sari sangat marah danmahu menyiasat orang yang bertanggungjawab atas kematian bapanya. Ibunya kemudianmenceritakan perkara yang sebenar dari mula hingga akhir.

Setelah mendengar cerita daripada ibunya itu, Kertala Sari sangatlah marah lalu bertekaduntuk membunuh Ratu Melaka dan Laksamana serta membinasakan negeri Melaka. Menurutnyalagi, jika dia tidak melakukannya, dia bukanlah anak penjurit yang berani dan kepetangan (cerdikdan licik). Kemudian, orang-orang Patih Gajah Mada tiba lalu memberitahu bahawa mereka telahditugaskan oleh Patih Gajah Mada untuk mendapatkan kepastian sama ada Kertala Sari sudahkembali atau tidak dari Daha kerana Patih Gajah Mada hendak berjumpa dengannya. Tanpaberlengah lagi, Kertala Sari terus mengambil kerisnya lalu berjalan bersama-sama orang tersebutuntuk bertemu dengan Patih Gajah Mada.

Ketika menghadap dan menyembah Patih Gajah Mada, Kertala Sari telah dimaklumkanoleh Patih Gajah Mada bahawa bapanya Petala Bumi telah mengamanahkan Patik Gajah Madamengambil berat tentang keadaan Kertala Sari jika bapanya meninggal dunia setelahmenjalankan tugas yang diarahkan oleh Seri Betara Majapahit. Oleh itu, Kertala Sari akandilantik menjadi penggawa agung. Hal ini menyebabkan Kertala Sari berasa sangat gembira ataspelantikan itu.

Kertala Sari kemudian bertanya kepada Patih gajah Mada sama ada dia ditugaskan untukmembunuh Ratu Melaka dan Laksamana? Tambah Kertala Sari lagi, jika negeri Melaka dapatdikalahkannya seorang diri, apatah lagi anak isteri orang Melaka pun akan dapat ditawan olehnya.Dia berjanji bahawa selagi dia tidak dapat membunuh Ratu Melaka dan Laksamana, dia tidakakan menerima jawatan sebagai penggawa.

56

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Setelah mendengar kata-kata Kertala Sari, Patih Gajah Mada sangat gembira. Kertala Saridiraikan dan dijamu serta diberi sepersalinan pakaian. Selepas itu, Kertala Sari dibawamenghadap Seri Betara. Patih Gajah Mada memberitahu Seri Betara bahawa penjurit tujuh orangyang dititahkan oleh baginda ke Melaka telah mati dibunuh oleh Laksamana. Pada kali ini, SeriBetara beranggapan bahawa Melaka akan dikalahkan. Melaka akan dikalahkan oleh seorangpenjurit yang cerdik. Penjurit itu ialah Kertala Sari, iaitu anak kepada Petala Bumi.

Setelah Seri Bentara mendengar sembah daripada Patih Gajah Mada, Seri Betara telahbertanya kepada Kertala Sari sama ada dia dapat membunuh Ratu Melaka dan hulubalangnya,Laksamana atau tidak?. Kertala Sari menjawab dengan mengatakan bahawa sedangkan negeriDaha dapat dikalahkan, inikan pula pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana. Setelahmendengar kata-kata Kertala Sari, Seri Betara menitahkan Kertala Sari supaya pergi ke Melakadengan segera. Jika berjaya, Seri Betara akan melantik Kertala Sari sebagai penggawa agung.Oleh itu, Kertala Sari meminta sebuah perahu supaya dia dapat melaksanakan tugasnya segera.Setelah mendengar kata-kata Kertala Sari, Seri Betara menitahkan Patih Gajah Mada supayamenghantar Kertala Sari segera ke Melaka. Patih Gajah Mada telah melengkapkan sebuah perahudan sepuluh orang yang akan mengikut Kertala Sari. Setelah siap, Kertala Sari pun belayar keMelaka.

Tidak beberapa lama kemudian, Kertala Sari telah sampai di Melaka. Di Melaka, dia telahsinggah di sebuah kampung yang penduduknya terdiri daripada orang Jawa. Di sini, Kertala Saritelah menyamar sebagai orang Jawa. Hal ini membolehkan Kertala Sari keluar masuk di segenapkampung orang kaya-kaya dan saudagar. Selepas mengetahui pelbagai perkara, Kertala Sari telahmenyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Pada ketika itu, Kertala Sari mengikut PatihKerma Wijaya pergi menghadap bersama-sama dengan orang Jawa yang ramai itu. Pada ketikaitu, Kertala Sari meneliti setiap hulubalang yang sama-sama masuk menghadap raja. Akhirnya,Kertala Sari terpandang wajah Laksamana. Dalam hatinya, dia mengakui kehebatan Laksamanamenjadi hulubalang Ratu Melaka dan berjaya membunuh bapanya kerana Laksamana seorangpenjurit yang besar lagi cerdik.

Setelah berfikir demikian, Kertala Sari telah meneliti bahagian hadapan dan tempatmenunggu raja. Selepas itu, dia kembali semula ke tempat yang menjadi persinggahannya dankemudian mencari tempat untuk menyimpan harta-harta curiannya. Dia ternampak sebuah bukitdi luar kota yang dikenali sebagai Bukit Cina . Setelah pergi ke bukit itu, dia mendapati bahawatempat itu sesuai untuk menyimpan harta-harta curiannya. Selepas itu, dia menuruni Bukit Cinatersebut.

Apabila tiba pada waktu malam, Kertala Sari telah bersiap sedia dan berjalan-jalan di kota.Dia telah masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya yang sedang makan bersama-samaisterinya. Kertala Sari juga makan bersama-sama dengan saudagar itu. Setelah jauh malam,saudagar itu pun masuk ke biliknya untuk tidur. Pada malam tersebut, Kertala Sari mencuri hartasaudagar tersebut dan isteri saudagar dicabulinya. Selepas itu, Kertala Sari kembali ke tempatpersinggahannya, iaitu di Bukit Cina. Selepas hari siang, saudagar itu heboh mengatakan bahawadia kecurian.

57

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Pada malam berikutnya, Kertala Sari pergi mencuri di rumah saudagar yang lain. Selepasmemperoleh harta yang banyak, dia kembali ke tempat persinggahannya. Hal ini menyebabkanbanyak harta saudagar yang kaya-raya dicurinya. Saudagar-saudagar yang terlibat telahmenghadap raja untuk menyembahkan perkara tersebut. Mereka memberitahu raja bahawa hartamereka habis dicuri sehingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Apabila mendengar berita itu, baginda amat terkejut. Baginda menganggap seolah-olahbala telah menimpa negerinya. Baginda mengatakan negeri Melaka amat bertuah keranamempunyai Laksamana. Namun demikian, jika Laksamana dihantarkan ke negeri orang, negeriMelaka pasti akan binasa.

Oleh sebab itu, baginda menitahkan Temenggung supaya meminta orang berkawal dansemua saudagar pun mengawal kampung mereka. Pada suatu malam, Kertala Sari pun masuk kedalam kampung. Dia dapat menyaksikan orang yang berkawal terlalu ramai dan lengkapbersenjata. Dia pun membaca kitabnya lalu berjalan di tengah-tengah orang yang sedangberkawal itu. Dia pergi ke sebuah rumah orang kaya lalu mencuri harta dan mencabuli isteriorang-orang kaya tersebut. Selepas itu, dia kembali ke tempat persinggahannya.

Setelah hari siang, orang-orang kaya yang kecurian tadi telah mengadukan hal kepada raja.Baginda berasa sangat hairan dan bertanya kepada Temenggung sama ada beliau mengarahkanorang-orangnya berkawal pada malam itu. Temenggung menyatakan bahawa orang-orangnyatelah berkawal pada malam itu dan tidak menemukan apa-apa. Temenggung juga berasa hairanatas kejadian kecurian yang berlaku. Baginda bertanya lagi tentang sebab-sebab pencuri itu dapatmelakukan perbuatan mencuri walaupun dikawal ketat. Hal ini menyebabkan baginda memurkaiTemenggung. Baginda menitahkan Temenggung supaya memanggil Laksamana. Laksamanasegera datang lalu menyembah raja.

Baginda memberitahu Laksamana bahawa negeri Melaka sedang ditimpa bala, iaitubanyak rakyat yang kecurian. Laksamana memberitahu Raja bahawa pencuri yang melakukanpekerjaan itu bukanlah pencuri dari dalam negeri Melaka, sebaliknya pencuri yang datang darinegeri lain. Raja bertanya lagi kepada Laksamana tentang punca yang menyebabkan pencuri itudapat mencuri walaupun negeri ini dikawal pada waktu malam. Bendahara pula menegaskanbahawa pekerjaan berkawal itu merupakan pekerjaan Temenggung. Oleh sebab itu, rajamenitahkan Temenggung supaya berkawal pada malam tersebut. Temenggung menyatakanbahawa beliau akan berkawal pada malam itu lalu mengerahkan lima ratus orangnya berkawalpada malam tersebut.

Setelah hari malam, Kertala Sari pun masuk ke dalam kota. Dia dapat menyaksikanbanyak orang yang berkawal dan lengkap dengan senjata. Seperti biasa, Kertala Sari akanmembaca kitabnya lalu berjalan di tengah-tengah orang ramai tersebut. Dia kemudiannya masukke rumah Bendahara dan mencuri harta-hartanya dan dibawa ke tempat persinggahannya.Apabila hari siang, Bendahara heboh mengatakan bahawa dia kecurian. Bendaharamenyembahkan hal ini kepada raja. Beliau memberitahu raja bahawa hartanya kecurian padamalam itu. Raja bertanyakan hal ini kepada Temenggung. Temenggung menjelaskan bahawa diasendiri telah berkawal dan setiap pintu dan rumah saudagar serta orang-orang kaya telah dikawaloleh orang-orangnya. Tegasnya, semua titah raja telah dilaksanakan.

58

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Laksamana sekali lagi datang menghadap raja. Laksamana memberitahu bahawa pencuriitu dari negara luar yang sangat hebat. Oleh itu, Laksamana memohon izin supaya dapatmenangkap pencuri tersebut. Raja pula mengatakan bahawa Laksamana tidak bolehmeninggalkan istana. Jika Laksamana pergi berkawal di kota, siapakah yang akan menjagabaginda di istana? Laksamana hanya berdiam diri apabila mendengar kata-kata daripada rajatersebut.

Setelah beberapa hari kemudian, semua orang kaya-kaya dan saudagar telah kecurian.Semuanya datang menghadap raja yang menyebabkan raja tidak dapat berbuat apa-apa.Laksamana pula berpendapat bahawa pencuri itu akan datang ke istana pada malam tersebut.Baginda meminta pendapat Laksamana tentang cara menghalang pencuri itu daripada memasukiistana. Laksamana menjelaskan bahawa Laksamana telah memperoleh hikmat daripada pencuriyang tahu akan perbuatan itu. Oleh hal yang demikian, Raja meminta Laksamana untukmelakukan yang terbaik untuk baginda. Hal ini menyebabkan Laksamana memohon perkenansupaya dia dibenarkan berkawal pada malam itu tetapi tidak jauh dari istana. Rajamemperkenankan permintaan Laksamana tersebut.

Laksamana menyuruh orang-orang yang berkawal pada malam itu membawa senjata yangbanyak termasuk lembing, tombak dan kayu. Mereka akan berkawal di sekeliling istana.Laksamana telah membubuh suatu hikmat pada setiap senjata supaya lembing dan tombak ituradak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri. Kayu pula palu-memalu sesama sendiri. Halini menimbulkan bunyi yang terlalu gemuruh.

Apabila tiba pada waktu malam, Laksamana pun memakai pakaian serba hitam laluberjalan. Pada ketika itu, Kertala Sari pun masuk ke istana. Hal ini dapat dilihat oleh Laksamana.Laksamana pula menyembunyikan diri di suatu tempat. Kertala Sari pula telah mengubah haluanuntuk masuk ke Istana. Di dalam hatinya, Kertala Sari mengatakan bahawa setelah harta Rajadicuri, dia akan membakar Istana dan mengamuk. Isteri raja pula akan dijadikan isterinya.

Apabila tiba di istana, Kertala Sari terdengar bunyi yang gemuruh. Setelah didekati, diadapat melihat senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak. Kertala sangathairan kerana hikmat tersebut bukan hikmat Melayu tetapi hikmat pencuri Jawa yangdiketahuinya juga. Kertala mengambil sebatang kayu lalu disarungkannya. Dia kemudiannyamemalu kayu yang dipasang oleh Laksamana menyebabkan kayu itu berbunyi dengan kuatnya.Apabila bunyi itu didengari oleh orang yang sedang berkawal, mereka ingin mendapatkannnya.Namun demikian, Laksamana telah berpesan supaya mereka tidak bergerak di tempat masing-masing.

Hal ini menyebabkan Kertala sari berfikir dalam hatinya, iaitu senjata tersebut cubamenipunya kerana senjata itu bertikaman. Jika dia terus masuk ke dalam istana, sudah tentu diaakan dikalahkan oleh senjata tersebut. Oleh itu, Kertala Sari telah pergi ke tempat lain. Diamencuri lagi dan selepas itu membawa harta yang dicuri ke tempat persinggahannya. Setelah harisiang, Laksamana pun kembali ke istana. Dia bertanya kepada orang-orang yang berkawal padamalam tersebut tentang bunyi kayu dan senjata lain pada malam itu. Orang itu menjawab

59

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

bahawa dia mendengar kayu itu memalu kayu lain. Hal ini juga dilihat oleh Laksamana.Laksamana terus menghadap raja. Setelah ditanya oleh Raja, Laksamana menyatakan bahawa diatidak bertemu dengan pencuri tersebut. Selain itu, laksamana berjanji akan berlawan denganpencuri tersebut pada malam nanti dengan berkat arwah guru Laksamana.

Apabila malam tiba, Kertala Sari memakai pakaian yang indah-indah dan bau-bauan yangwangi sebelum masuk ke kota. Dia berbisik dalam hatinya bahawa dia akan membakar danmengamuk kerana harta orang Melaka telah habis dicurinya. Pada malam itu pula, Laksamanamemakai pakaian pencuri lalu berjalan. Keadaan pada malam itu kelam-kabut dan hujan pulaturun rintik-rintik. Pada ketika itu, Kertala Sari masuk ke dalam kota. Laksamana pula tidur ditengah-tengah pasar. Laksamana dapat mendengar tapak kaki Kertala Sari yang sedang berjalandan bunyinya yang gemuruh. Laksamana mengetahui bahawa orang itu ialah Kertala Sari. Ketikamelalui di tengah-tengah pasar itu, Kertala Sari tertendang kaki Laksamana. Kertali Sari telahberdiri di atas kepala Laksamana sambil menyatakan bahawa dia terpijak bangkai. Tiba-tiba,Laksamana bangun lalu melompat sambil menikam dada Kertala Sari tembus ke belakangnya.

Setelah merasai luka itu, Kertala Sari menghunuskan kerisnya untuk mengusir Laksamana.Selepas beberapa langkah, Kertala Sari rebah lalu mati. Laksamana telah memotongkemaluannya lalu dibawa pulang ke rumahnya. Setelah hari siang, ada orang yang terlihatpencuri itu mati. Orang itu mengerat telinga Kertala Sari lalu menyembahkannya kepada rajasebagai tanda bahawa dia telah membunuh pencuri tersebut. Seorang lagi pula mengerat kepalalalu menghadap raja untuk memberitahu bahawa dialah yang membunuh pencuri tersebut. Hal inimenyebabkan raja berasa hairan kerana semua kaki tangan Kertala Sari dikerat dan dibawa olehorang kepada baginda. Sultan bertanya kepada Bendahara tentang orang sebenar yang membunuhKertala Sari. Bendahara menyatakan bahawa dua bukti lagi akan membuktikan pembunuhnya.Bendahara memberitahu Raja bahawa Laksamana masih belum datang. Selepas itu, Laksamanapun datang membawa kemaluan dan keris Kertala Sari. Bendahara memberitahu raja bahawabukti yang dibawa oleh Laksamana benar. Bendahara menyatakan bahawa hanya Laksamanayang mampu membunuh Kertala Sari. Orang-orang yang lain tadi tertunduk malu.

Baginda bertanya kepada Laksamana tentang cara Laksamana dapat menewaskan KertalaSari. Setelah diceritakan, baginda terlalu gembira. Baginda memberikan anugerah kepadaLaksamana. Selepas itu, Laksamana meminta baginda supaya menyuruh rakyat mengambil hartamasing-masing yang telah dicuri oleh Kertala Sari. Raja telah menitahkan Kasturi supayamenyuruh orang mengangkut harta-harta tersebut. Kasturi pun membawa orang ke Bukit Cinauntuk mengangkut harta-harta tersebut. Harta yang terlalu banyak itu ditimbunkan di halamanbalai rung. Mereka mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk mengangkut segala hartatersebut.

Setelah harta dihimpunkan, Laksamana meminta Duli Yang Dipertuan memerintahkanorang memalu gong supaya mereka mengenal pasti harta masing-masing. Hal ini menyebabkanseorang demi seorang akan memberitahu raja tentang harta mereka. “Ini harta patik, Tuanku”.Setelah masing-masing mengambil harta masing-masing, Tuanku menitahkan harta tersebutdibahagi tiga, iaitu empunya harta akan mengambil satu bahagian, manakala dua bahagian hartatersebut diserahkan kepada Laksamana.

60

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Semua orang yang telah memperoleh harta tersebut bersetuju akan cadangan raja. Namundemikian, Laksamana mencadangkan satu bahagian sahaja diserahkan kepadanya, manakala duabahagian lagi diambil oleh pemilik harta yang berkenaan. Semua orang yang berkenaan gembiraakan ketulusan hati Laksamana tersebut. Harta yang diterima oleh Laksamana tersebutdisedekahkan kepada tiga pihak, iaitu segala fakir miskin, segala pegawai yang tiada penguasaandan segala orang-orangnya. Setelah harta itu habis, Laksamana langsung tidak mengambil satubarang pun.

Baginda pun amat terhutang budi kepada Laksamana. Jika tiada Laksamana, negeri Melakaakan ditewaskan oleh Kertala Sari. Berita ini telah sampai di Majapahit. Patih Gajah Madamendapat berita bahawa Kertala Sari telah dibunuh oleh Laksamana. Oleh hal yang demikian,Patih Gajah Mada sentiasa berusaha untuk menyuruh orang untuk mengalahkan Melaka danmembunuh Laksamana. Namun, usahanya tetap gagal.

B. BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA TRADISIONAL

BENTUK SOALAN

1. Soalan prosa tradisional dikemukakan dalam Soalan 2(c)2. Pelajar wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan3. Markah yang diperuntukkan sebanyak 8 markah untuk tiga soalan iaitu gabungan 2-3-3.4. Satu petikan daripada salah satu teks prosa tradisional dikemukakan.5. Tiga soalan akan dikemukakan yang terdiri daripada:

Soalan memberikan maksud kata/frasa/ungkapan/ayat Soalan pemahaman langsung terhadap kandungan petikan atau keseluruhan cerita. Soalan pemahaman atau aplikasi yang berasaskan KBAT berdasarkan petikan

prosa.6. Lazimnya soalan maksud dan pemahaman langsung terhadap kandungan teks berasaskan

kata tanya berikut: Apa.. Siapa... Di mana... Mengapa/Kenapa... Bagaimana...Ataupun menggunakan arahan berikut:

Jelaskan... Terangkan... Huraikan secara ringkas... Gambarkan...

7. Soalan pemahaman/ aplikasi berasaskan KBAT: Pada pendapat anda... Pada pandangan anda...

61

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Sekiranya anda/ Andaikan anda... Jika anda... Mengikut pemahaman anda...

8. Soalan (i) menanyakan soalan tentang maksud rangkai kata berdasarkan petikan yangdiberi.Contoh: Apakah maksud rangkai kata gila-gila bahasa?

9. Soalan (ii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan petikan yang diberi. Contoh:Nyatakan tiga keistimewaan Tun Perak.

10. Soalan (iii) menanyakan soalan pemahaman berdasarkan KBAT berdasarkan petikan.Contoh: Pada pendapat anda, wajarkah Sultan Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudulalu dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja? Berikan tiga sebab

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan Prosa Tradisional kerana sukar memahamicerita yang dipaparkan dalam teks dan tidak memahami istilah bahasa klasik. Untuk mengatasikelemahan semasa menjawab soalan, murid harus:

1. Baca petikan dari awal hingga akhir2. Fahami apa yang terkandung dalam petikan walaupun menggunakan bahasa klasik.3. Baca soalan dan garisi kata kunci soalan.4. Pastikan manakah soalan langsung dan soalan KBAT5. Padankan aspek yang disoal dengan markah yang diperuntukkan kerana jumlah markah

boleh menggambarkan berapa isi yang dikehendaki.6. Tulis menggunakan ayat yang gramatis dari segi struktur ayat dan tanda baca yang

digunakan.7. Gunakan bahasa yang standard, iaitu bukan bahasa klasik yang dipetik daripada teks.8. Pastikan juga bahasa yang anda gunakan tidak dipengaruhi kata pinjaman atau dialek

tempatan.9. Sekiranya soalan terdiri daripada dua bahagian, jawab bahagian kedua dalam baris baru.10. Untuk soalan KBAT terutama yang memerlukan pandangan anda, jangan sesekali

menjawab secara melawan arus, iaitu menentang gagasan atau saranan yang dikemukakan.11. Pelajar boleh menyalin semula sebahagian daripada ayat-ayat dalam petikan sebagai

jawapan (Kaedah potong tampal)12. Dicadangkan anda menggunakan tidak lebih 15 minit untuk menjawab ketiga-tiga soalan

dalam bahagian ini.

62

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PRAKTIS TOPIKAL

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan perimengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan patih Gajah Mada hendakmengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamanamembunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Beberapa lamanya didengar oleh PatihGajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudahmati. Maka Patih pun hairan. Maka patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. “Ada pun negeriMelaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yangdi Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka PatihGajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernamaKertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orangPatih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripadaemas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelahsudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, kemana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis,seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu,bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

i. Berikan maksud jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.[2 markah]

- sekiranya penjurit tujuh bersaudara itu tidak dibunuh oleh Laksamana, sudah pastiMelaka akan ditewaskan

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan ibu Kertala Sari selepas mendengarpertanyaan anaknya itu tentang bapanya?

[3 markah]- ibunya menangis- memberitahu bapanya sudah mati- dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka

63

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu, bernamaLaksamana Hulubalang Ratu Melaka.”

Pada pandangan anda, apakah keistimewaan yang ada pada Laksamana sehingga sukarditewaskan oleh penjurit tujuh bersaudara itu?

[3 markah]

- Laksamana memiliki ilmu kitab dan ilmu perang yang tinggi- Laksamana mahir bermain senjata- Laksamana pakar dalam ilmu penyamaran- Laksamana bijak menggunakan akal dalam menewaskan musuh

Praktis 2

Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” MakaPatih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi.Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.

Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luarkota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segalaJawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-mainsegenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih KermaWijaya. Tatkala itu, Kertala Sari pun masuk sedia kala berjalan keluar masuk bermain-mainsegenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih KermaWijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergimenghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yangmenghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandangpada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melakayang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku,kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”

i. Berikan maksud penjurit besar lagi kepetangan? [ 2 markah]

- pejuang/askar yang handal dan cerdik

64

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

ii. Nyatakan strategi yang telah digunakan oleh Kertala Sari dalam usaha mengenal pastiLaksamana.

[3 markah]- belayar ke Melaka- menyamar sebagai orang Jawa di Melaka- menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya- mengikut Patih Kerma Wijaya menghadap Ratu Melaka

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari menyamar diri ketika berada di Melaka?[3 markah]

- tidak mahu identiti dirinya terbongkar- dia bebas bergerak di Melaka- mudah mendapat bantuan serta kerjasama daripada masyarakat setempat- menjamin keselamatan dirinya

Praktis 3

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumahsaudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali padatempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya.Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah,“Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelaisepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut serayamenampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawaldan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkanorangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah harimalam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembingperisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orangberkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya laluberjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinyaharta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya.Maka ia pun kembali ke tempatnya.

i. Berikan maksud datanglah pula bala atas negeriku. [2 markah]

- negeri Melaka ditimpa musibah/kecelakaan

65

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Apakah reaksi Temenggung selepas menerima titah daripada baginda sultan? [3 markah]

- menyuruh orang-orangnya memberitahu orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawalpada kampungnya

- berkawal dengan lembing dan perisai yang banyak- segala saudagar diarahkan berkawal pada kampungnya

iii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tergamak mencuri harta orang lain?[3 markah]

- kurang didikan/pegangan agama yang lemah- pengaruh daripada rakan/media massa- kesempitan hidup/kemiskinan- suka mengamalkan cara hidup mewah tetapi kurang berkemampuan

Praktis 4

Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkaipula aku ini!”

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompatmenikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.

Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir

Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamanadihirisnya syahwatnya lalu ia kembali ke rumah.

Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati;maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanyapatik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya,“Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja.Maka baginda pun menjadi hairan.

Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuanini. Siapakah juga yang sungguh ini?”

Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi makasungguh; tambahan Laksamana belum datang.

Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syawat dan keris Kertala Sari. Makasembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika laindaripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.”Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

66

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

i. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Laksamana terhadap Kertala Sari?[2 markah]

- menikam Kertala Sari- menjerit kepada Kertala Sari- memotong kemaluan / syahwat Kertala Sari

ii. Berdasarkan petikan, nyatakan perkara-perkara yang telah berlaku kepada mayat KertalaSari?

[3 markah]

- syawatnya telah dihiris oleh Laksamana- telinganya dikerat- kepalanya dikerat- kaki tangannya juga dikerat

iii. “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana,tiada akan dapat membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala merekaitu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang yangberbohong?

[3 markah]

- mendenda wang- sebatan rotan- dipenjarakan- dihukum melalukan kerja-kerja kebajikan

67

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergimengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik, tuanku.”

Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.”Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.”Kata seorang, “Ini bantal patik tuanku.”Setelah habis dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu

sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akanorang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”

Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha

mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun,mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”

Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah

dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segalahartanya akan Laksamana.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Makayang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan padasegala fakir miskin dan sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dansebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiadadiambil oleh Laksamana.

Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiadaLaksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah.

i. Berikan maksud harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana? [2 markah]

- barangan curian tersebut telah ditemukan semula oleh Laksamana

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah cadangan Sultan Melaka kepada tuan-tuan empunyaharta yang hartanya telah dijumpai semula? [3 markah]

- semua harta dibahagi tiga- dua bahagian untuk Laksamana- satu bahagian untuk tuan empunya harta

iii. Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara, jikalau tiadaLaksamana, tiadalah putus.Sekiranya anda merupakan Raja Melaka, bagaimanakah anda menghargai jasa danpengorbanan pegawai seperti Laksamana? [3 markah]

- menganugerahkan gelaran/kenaikan pangkat/pingat- menganugerahkan persalinan pakaian/ harta benda/wang ringgit- menganugerahkan sebidang tanah

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

69

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJAKarya Zurinah Hassan

SINOPSIS

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yangberusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja. Hakim yangmerupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusanbidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melaluipenghujahan Azam, beliau telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkanayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya. Hal ini menyebabkan kemenangan berpihakkepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrakdengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian JasaAgrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaanyang banyak memberi insentif kepada penternak. Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telahmembuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertaskerjanya beberapa kali dan hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bankmeluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapisistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelahkelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA,maka projek penternakan ayam pun bermula.

Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam. Sahabat karibnyaAzam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakimtelah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaituterdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalankampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnyadibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil jualan ayam dari rebannya yang bernilailapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanyakerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA. Jumlah wang yangditerima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air,hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakankontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku.Hakim mula menyedari bahawa dirinya telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui hargadedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggapdirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuknya yang tertipu oleh orang yang memilikikuasa.

TEMAKesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.Contoh: Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam

walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

70

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN1. Persoalan keberanian menuntut hak

Cth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamahdengan bantuan sahabatnya, Azam.

2. Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawananCth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan

ayam yang dirancangnya.

3. Persoalan ketaatan terhadap pemerintahCth: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas

perintah baginda semasa bersabung ayam.

4. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemahCth: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat

ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

PLOT

1. Permulaan/EksposisiPembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayamdengan raja. Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yangsebenarnya miliknya sendiri.

2. Perkembangan1. Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama

orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.2. Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin

sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelutkeluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.

3. Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya ituwalaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untukmelialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialahpihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan.Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.

4. Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan danubat ayam dan projek pun bermula.

5. Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yangmembawa ayam melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yangberkenaanuntuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.

71

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Klimaks

Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawadia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapatpulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasadirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayamkepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.

4. Peleraian

Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yangterpaksa akur kepada golongan yang berkuasa.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. PemerianPengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membinareban ayam tertutup.Cth: Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah

telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.2. Dialog

Cth: “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam

3. Imbas mukaCth: Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak

dirikan sebuah memorial.”

4. Imbas kembaliCth: “Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”

5 KejutanCth: Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga

belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku. Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJAkerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari tiga belasribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam,membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraanyang lain.

72

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMAHakim1. Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk2. Seorang pemuda yang berani memperjuangkan hak

Cth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamahmelalui sahabatnya, Azam.

3. Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawananCth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan

ayam yang dirancangnya.4. Seorang pemuda yang tabah menghadapi masalah

Cth: Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.5. Seorang yang rajin menuntut ilmu

Cth: Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

WATAK SAMPINGANAzam1. Sahabat baik Hakim semasa di universiti.2. Seorang peguam3. Seorang pemuda yang suka membantu orang lain

Cth: Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milikdatuknya.

4. Seorang yang rajin menuntut ilmuCth: Walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia

sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambahpengetahuannya.

5. Seorang yang prihatinCth: Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha

penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

Kaduk1. Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan2. Seorang yang suka bersabung ayam

Cth: Kaduk bersabung ayam dengan raja.3. Seorang yang mentaati raja

Raja1. Seorang yang suka bersabung ayam

Cth: Raja bersabung ayam dengan Kaduk2. Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain

Cth: Raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangipertandingan itu.

3. Seorang yang suka menganiaya haiwanCth: Raja bersabung ayam dengan Kaduk

73

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

LATAR

Latar Masa1. Zaman lampau

Cth: Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.

2. Zaman selepas merdekaCth: Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek

penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

3. Dalam masa setahunCth: Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan penternakan

ayamnya.

Latar Tempat1. Mahkamah

Cth: Kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.

2. Tanah KadukCth: Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.

3. KampungCth: Penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung

mereka.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan

Cth: Para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yangmengeluarkan lebih banyak makanan.

2. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekelilingCth: Penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat

dilalui oleh lori-lori Hakim.

3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezekiCth: Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

4. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudalCth: Wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat

Kaduk.5. Masyarakat yang gigih dan tabah berusaha untuk mengubah nasib diri

Cth: Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapat bantuan agensi kerajaan sebelummenjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

74

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA

1. SinkopeCth:kau, ku

2. Pengulangan kataCth: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami

sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa.3. Kata ganda

Cth:bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah-tanah4. Bahasa Arab

Cth:Assalamualaikum, Alhamdulillah5. Bahasa Inggeris

Cth :Global Chicken

NILAI

1. Nilai keadilanCth: Hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.

2. Nilai keberanianCth: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannya

sebelum ini.3. Nilai kegigihan

Cth: Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutangyang banyak.

4. Nilai keprihatinanCth: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi

semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum diaberangkat ke luar negara untuk berkursus.

5. Nilai tolong-menolongCth: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah

seluas empat ekar milik datuk Hakim

75

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lainCth: Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.

2. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaanCth: Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek

penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelumbank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

3. Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaanCth: Hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan

penternakan ayam untuk dijual.

4. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuanCth: Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik

tanah datuk Hakim.

5. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemahCth: Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam

yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

76

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

Cerpen MUNSYIKarya Husna Nazri

SINOPSIS

Cerpen ini tentang keinginan seorang anak muda, iaitu Mel yang mahu berhijrah ke kota.Hasratnya itu dihalang oleh bondanya. Bondanya bimbang sekiranya anaknya itu akanterpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Bondanya berpendapat bahawa Mel masihbelum menguasai bahasa ibunda dan jati dirinya masih goyah. Bondanya dapat menyaksikanbahawa warga kota sudah lupa akan agama, bahasa, dan bangsa. Bonda amat sedih keranapenjajah telah menyemaikan perasaan perkauman dalam kalangan rakyat. Sebagai akibatnya,pertumpahan darah dan permusuhan antara kaum berlaku.

Dengan berdasarkan hal yang dinyatakan oleh bonda itu, bonda menasihati Mel supayamemelihara agama, bahasa, bangsa, dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sifat yangditunjukkan oleh bonda ini menunjukan bahawa bonda mempunyai semangat patriotik yang kuat.Buktinya, bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah. Mel selalu membacabuku tersebut. Bonda menyatakan bahawa asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tigaperkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu, dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

Apabila Mel telah mempunyai ilmu yang cukup dan mempunyai kemampuan untukberjuang di kota, barulah bonda mengizinkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Bondaberpesan kepada Mel supaya menjaga dua perkara, iaitu agama dan bangsa. Bonda juga memintaMel untuk memberikan sejumlah buku kepada kawan lamanya yang bernama Munsyi. Apabilatiba di bandar, Mel menyerahkan buku-buku tersebut pada kawan bondanya itu. Apabilamengamati keadaan dan sikap Munsyi, Mel berpendapat bahawa Munsyi merupakan seorangyang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Munsyi tinggal di tanah rizab Melayu di sebuahperkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, Mel melihat generasi muda bangsanya telahhilang identiti dan jati diri.

Oleh sebab sibuk bekerja, Mel tidak bertemu dengan Munsyi. Pada suatu hari, Melmendapat berita bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunanmewah dan hotel. Apabila Mel mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedangmerobohkan rumah-rumah di situ. Mel sedih apabila melihat buku-buku lama yang telah dibawaoleh Mel, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan, tetapi Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

TEMA

Semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa dan budaya yang tersemai dalam jiwasekumpulan warganegara – Bonda banyak menyimpan buku lama tentang bahasa dan sejarah.Selain itu, bonda juga sayang akan bahasa dan agamanya. Disebabkan itu, bonda tidakmembenarkan Mel berhijrah ke kota selagi ilmunya belum penuh di dada. Mel juga dapatmenyaksikan bahawa Munsyi merupakan seorang yang mencintai bahasa dan agamanya.

77

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu sebagai panduan hidupCth : Mel bertekad untuk memenuhi dirinya dengan segala ilmu pengetahuan dan

pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum Mel bersedia berhijrah ke tengahgelora kota.

2. Peranan penjajah dalam memecahbelahkan rakyat sesebuah negaraCth : Bonda kecewa kerana generasi kini yang telah ditanam racun perkauman melalui

sistem pecah dan perintah menyebabkan setiap kaum mempunyai sifat iri hati.3. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan

Cth : Bonda tidak membenarkan Mel berhijrah ke bandar kerana ilmu agama Mel belummencukupi.

4. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan baharuCth : Mel tidak berputus asa untuk meminta kebenaran daripada bonda untuk bermastautin

di bandar.5. Ketaatan seorang anak terhadap ibunya

Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencaripengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

PLOT

1. Permulaan/EksposisiMel memohon izin daripada ibunya untuk bermastautin di kota. Bondanya melarang keranabimbang Mel akan terpengaruh oleh budaya hedonisme dan modenisme yang sedangmelanda remaja di kota.

2. PerkembanganUntuk meningkatkan semangat patriotik Mel, Bonda pernah bercerita kepada Mel tentangperanan penjajah yang memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.Selepas merdeka, negara ini telah berlakunya huru-hara akibat sistem pecah perintah yangdiamalkan oleh pemerintahan Inggeris. Bonda menasihati Mel supaya memelihara, bahasa,bangsa, agama, dan budaya. Untuk mendapat pelbagai maklumat, Mel membaca pelbagaibuku simpanan bonda. Setelah ilmu penuh di dada, bonda telah membenarkan Mel berhijrahke kota. Semasa hendak ke kota, bonda telah meminta Mel supaya memberikan buku-bukulama kepada sahabatnya, iaitu Munsyi. Semasa di kota, Mel dapat menyaksikan anak-anakmuda telah hanyut dalam keseronokan hidup dan melanggar batas-batas susila dan agama.Mel mendapat berita bahawa kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikanpelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang. Hal ini bermakna tempat tinggalpenduduk termasuklah rumah Munsyi akan dirobohkan.

78

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. KlimaksApabila Mel sampai di perkampungan tradisi itu, jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Buku-buku yang diberikan oleh bonda kepada Munsyi turut musnah. Melmencari Munsyri tetapi beliau tiada di situ.

4. PeleraianSelepas kejadian itu, Mel mencari Munsyi. Setelah berhari-hari, kelibat Munsyi tidakditemui oleh Mel.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. SaspensCth: Selepas kejadian rumah-rumah dirobohkan oleh penguat kuasa, Mel masih tidak

menemui kelibat Munsyi. Peristiwa ini menimbulkan tanda tanya tentang perkarayang terjadi kepada Munsyi sehingga dia menghilangkan diri tanpa dapat dikesanoleh Mel.

2. Imbas kembaliCth: Mel teringat cerita bonda tentang kota mewah yang pernah mencalit sejarah hitam

sedekad yang lalu.

WATAK DAN PERWATAKAN

Mel1. Seorang yang taat akan ibu bapa

Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencaripengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

2. Seorang yang rajin membacaCth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan

kitab-kitab lama walaupun bertulisan jawi.3. Seorang yang tidak mudah putus asa

Cth : Mel menyampaikan hasratnya kepada bonda untuk membina kehidupan di kotawalaupun bonda berkali-kali membantah hasratnya itu.

4. Seorang yang amanahCth : Mel menyampaikan salam bonda kepada Munsyi sebelum menghulurkan beg berisi

puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung.

Bonda1. Seorang yang penyayang

Cth :Bonda sangat menyayangi Mel. Dia memberikan pelbagai alasan agar Mel terusmenetap di kampung bersamanya.

2. Seorang yang berimanCth :Bonda selalu mengingatkan Mel supaya tidak meninggalkan perintah agama

3. Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan

Cth :Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agarMel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah.

79

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

4. Seorang yang berjiwa patriotismeCth :Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan

kisah-kisah sejarah kepada Mel.

Munsyi1. Seorang yang menghormati tetamu.

Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, dia mula tersenyum kepada Mel sebelummempersilakan dia masuk

2. Seorang yang teguh jati diriCth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta

menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.

LATAR

Latar Masa1. Minggu pertama di kota

Cth : Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsanya yang menetap di kota.

2. Seminggu selepas perkhabaran mengambil alih kampung tradisiCth : Jentera berat bersiap sedia untuk merobohkan rumah-rumah di perkampungan tradisi

sambil penguat kuasa mengawal demonstrasi penduduk membantah penccerobohanitu.

Latar Tempat1. Kampung tradisi

Cth : Mel berjumpa dengan Munsyi dan menyerahkan beg yang berisi puluhan kitab lamayang dibawanya dari kampung.

2. Ibu kotaCth : Anak-anak muda di kota tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan

agama yang murni.3. Kampung halaman

Cth : Mel menetap di kampung bersama-sama bondanya sejak kecil lagi.

Latar Masyarakat1. Masyarakat yang taat kepada ibu bapa

Cth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencaripengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

2. Masyarakat yang rajin membacaCth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan

kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.3. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan

Cth : Bonda mahu Mel melengkapkan dirinya dengan ilmu sebelum berhijrah ke kota agarMel tidak hilang jati diri sebagai generasi bermaruah.

80

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

1. Masyarakat yang berjiwa patriotismeCth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan

kisah-kisah sejarah kepada Mel.5. Masyarakat yang menghormati tetamu

Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelummempersilakan dia masuk

GAYA BAHASA

1. Kata pinjaman InggerisCth : hedonism; modenisme; globalisas; ideologi. (hlm. 55)

2. PeribahasaCth : – besar hati. (hlm. 59)

3. MetaforaCth : api prasangka; tembok dan benteng perkauman; pagar-pagar perkauman.

4. PersonifikasiCth : darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan. (hlm. 57)

5. SimileCth : Bersamping bagaikan seorang maharaja pada kesultanan Melaka. (hlm 61)

NILAI

1. Nilai ketaatanCth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari

pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda2. Nilai kerajinan

Cth : Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dankitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.

3. Nilai patriotismeCth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan menceritakan

kisah-kisah sejarah kepada Mel.4. Nilai hormat-menghormati

Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelummempersilakan dia masuk

5. Nilai cinta akan budayaCth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta

menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya.

81

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mentaati kedua-dua ibu bapa kita agar hidup diberkatiCth : Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari

pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda2. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan

Cth : Mel rajin membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dankitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan

3. Kita hendaklah memiliki sifat patriotisme agar tidak mudah terpedaya dengan anasir asingCth : Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Mel dengan

menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel.4. Kita hendaklah menghormati dan melayani tetamu dengan baik

Cth : Selepas Mel memperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelummempersilakan dia masuk

5. Kita hendaklah mencintai budaya sendiri agar tidak hilang ditelan zamanCth : Munsyi berpakaian lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping serta

menggenggam keris semasa Mel ke rumahnya

82

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBULKarya: Maskiah Haji Masrom

SINOPSISCerpen ini mengisahkan seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah

melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD400, diamengikuti rombongan Passage Tours and Travel. Penulis telah membuat senarai dan pengiraanperbelanjaan untuk membeli cendera mata kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya. Penulismahu berbelanja secara berhemat namun terbeli jaket kulit kijang. Sebelum itu, dia telahdinasihati oleh Yuksel, seorang pemandu pelancong tentang perkara-perkara yang perlu diberikanperhatian bagi mengelakkan penipuan para peniaga. Ketika berkunjung ke sebuah premis menjualjaket kulit, dia telah dipujuk oleh seorang peniaga agar membeli jaket kulit berkualiti yangdiperbuat daripada kulit kijang dengan tawaran harga potongan yang terendah. Walaubagaimanapun, penulis menolak dengan sopan kerana perbelanjaan itu tidak ada dalamperancangannya. Penolakannya itu menyebabkan lelaki itu memarahinya dan menuduhnyasebagai wanita muslim yang tidak baik kerana membuang masanya.

Penulis kemudiannya mengisahkan perjalanannya pada hari keenam di Istanbul. Dia melihatseorang wanita tua penjual makanan burung yang menyentuh perasaannya. Selain itu, dia jugamenyaksikan peristiwa seorang budak lelaki yang mencuba menjual barangan di pasaran gelaptelah ditangkap oleh pihak polis dan dilayan tanpa belas kasihan. Shahmeen, rakan penulis telahmembeli sehelai jaket daripada lelaki yang menjualnya di pasaran gelap dengan harga USD120yang jauh lebih murah daripada harga di bazar. Shahmeen kemudiannya menjual jaket itu kepadapenulis kerana jaket itu tidak sesuai dengannya. Walaupun penulis membeli jaket tersebut namundia tidak nampak rasionalnya menggunakan jaket itu di Malaysia kerana faktor cuaca yang panas.Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang hanya lambang kemewahan dan kemegahan. Lebihseekor kijang dibunuh untuk menghasilkan sehelai jaket. Pembelian jaket kijang telahmenggembirakan penjualnya, Shahmeen dan penulis. Dia berhasrat untuk menjual jaket itusekembalinya di Malaysia dan bercadang untuk mendermakan hasil jualan itu kepada mana-manazoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuhdemi gaya hidup manusia yang moden.

TEMA

Tema cerpen ini ialah pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

Penulis telah mengikuti rombongan pelancong dari Malaysia ke Istanbul, Turki. Semasa beradadi negara tersebut, penulis melalui pelbagai pengalaman pahit manis. Penulis berpeluangmelawat beberapa lokasi pelancongan yang menarik dan juga membeli-belah. Penulis melihatperistiwa budak lelaki yang menjual barangan di pasar gelap ditangkap dan dibelasah oleh pihakpolis, peniaga berbangsa Turki yang kasar dan membeli jaket kulit kijang yang tidakdirancangnya.

83

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PERSOALAN

1. Gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar. Contohnya, gaya hidupmasyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijang menyebabkan banyak kijangdibunuh demi mendapatkan kulitnya.

2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya,peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

3. Amalan berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsaTurki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya walaupun dilayandengan kata-kata yang kasar.

4. Nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap manusia. Contohnya, pegawai polis yangmembelasah budak lelaki yang ditangkap ketika menjual barangan di pasaran gelap.

5. Amalan berhemat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senarai baranganyang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka.

PLOT

1 PERMULAANPenulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulismemerihalkan jumlah wang tunai yang dia bawa dan perancangannya untuk membelicenderamata bagi ahli keluarga dan sahabat handainya.

2 PERKEMBANGANPenulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenaliGrand Bazaar. Pemandu pelancong menasihati mereka agar berhati-hati dengan sikap peniagayang tidak jujur. Kemudian, seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati dengan penulis yang tidakmahu membeli jaket kulit kijang yang telah dicubanya. Peniaga itu menuduhnya perempuanmuslim yang tidak baik dan membuang masanya.

3 KLIMAKSPenulis mahu menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagimenghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai.

4 PELERAIANPenulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijangsebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang moden.

84

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK PLOT

1. Teknik PemerianPenulis menceritakan jaket kulit kijang yang dibelinya.

2. Teknik DialogPerbualan antara penulis dengan peniaga yang menjual jaket kulit kijang.

3. Teknik imbas kembaliPenulis meningat semula tentang peristiwa dia terbeli jaket kulit kijang.

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA :MAS / PENULIS

1 Seorang yang berhemat ketika berbelanja –Contohnya, penulis membuat perancanganuntuk perbelanjaannya ketika melancong di Istanbul, Turki.

2. Seorang yang baik hati – Contohnya, penulis merancang untuk membeli cenderamata untukahli keluarga dan sahabat handai.

3. Seorang yang berhemah tinggi – Contohnya, penulis tetap bersopan santun ketika menjawabpeniaga yang bercakap kasar dengannya kerana dia enggan membeli jaket kulit kijang yangdijual oleh peniaga tersebut.

4. Seorang yang insaf akan kepentingan menjaga hidupan liar – Contohnya, penulis bercadanguntuk mendermakan hasil jualan jaket kulit kijangnya kepada mana-mana zoo yang adakandang kijang sebagai tanda muhibahnya pada kijang yang dibunuh demi kulitnya.

WATAK SAMPINGAN

LELAKI TURKI / PENIAGA

1 Seorang peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam berniaga – Contohnya, peniaga yangtidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijualnya.

2 Seorang yang tidak berhemah tinggi – Contohnya, bercakap kasar pada pelanggan yangenggan membeli barangan yang dijualnya.

LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang mementingkan gaya hidup dan kemewahan yang mengancam hidupan liar.Contohnya, gaya hidup masyarakat di Turki yang suka memakai jaket kulit kijangmenyebabkan banyak kijang dibunuh demi mendapatkan kulitnya.

2. Masyarakat peniaga yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan.Contohnya, peniaga berbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yangdijual.

85

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. Masyarakat yang berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniagaberbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengansopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar.

4. Masyarakat yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senaraibarangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luarjangka.

LATARMASA

1. Hari kelima lawatan ke Turki2. Hari keenam lawatan ke Turki3. Malam terakhir di Istanbul

LATAR TEMPAT

1. Istanbul, Turki2. Grand Bazaar3. Bas pembawa pelancong

NILAI

1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluargadan sahabat handainya di tanah air.

2. Nilai bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniaga berbangsaTurki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

3. Nilai berhemah tinggi- Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniaga berbangsa Turkiyang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengan sopan walaupundilayan dengan kata-kata yang kasar.

4. Nilai berjimat cermat. Contohnya, penulis telah membuat senarai barangan yang ingindibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luar jangka.

PENGAJARAN

1. Kita haruslah sentiasa baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamatauntuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.

2. Kita haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Contohnya, peniagaberbangsa Turki yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

3. Kita haruslah sentiasa berhemah tinggi. Contohnya, penulis tetap menolak desakan peniagaberbangsa Turki yang mendesaknya agar membeli jaket kulit kijang di kedainya dengansopan walaupun dilayan dengan kata-kata yang kasar.

4. Kita haruslah berjimat cermat ketika berbelanja. Contohnya, penulis telah membuat senaraibarangan yang ingin dibelinya dan juga megetepikan USD100 untuk perbelanjaan di luarjangka.

86

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B.BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN CERPEN

BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman cerpen lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b)ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntukkan sembilan(9) markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut:

Soalan Markah

Soalan (i): Pemahaman berdasarkan isi 2 markahdalam petikan

Soalan (ii): Soalan Kemahiran Berfikir 3 markahAras Tinggi (KBAT)Soalan (iii): Soalan aspek sastera 4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Petikan cerpen hendaklah dibaca,dianalisis, dan difahami sepenuhnya.- Fahami maksud ayat dan maksud keseluruhan petikan- Ketika membaca petikan, perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan pemahaman yang

dikemukakan hendaklah digariskan.- Mulakan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap/ gramatis- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi yang

dikehendaki.- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

87

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL

KADUK,AYAM DAN RAJA

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yangdimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itupun tidaklah tinggi nilainyaseperti tanah-tanah di bandar yang melambung dan melambung naik. Namun dia amat bersyukurkerana berjaya menebus kembali tanah itu dan lebih penting lagi dia juga dapat membersihkannama dan menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, Aku nak dirikansebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadiperingatan kepada kita semua agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksudaku biar merekamenjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain”.“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu di dalam kampung ni. Mana adapelancong yang nak datang melawat?” Tanya Azam.“Aku bergurau saja. Lagi pun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apa lagi yangwajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan bebincang denganbeberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawabmemajukan bidang pertanian.

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untukmenternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi danterkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan diMalaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA.

i. Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula. [2 markah]- dapat membersihkan nama- menebus maruah datuknya Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa

ii. Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu megeluarkan makanan yang mencukupi?[3 markah]

- memenuhi keperluan bekalan makanan negara- mengelakkan negara daripada mengimport makanan dari luar negara- mengelakkan pengaliran mata wang ke luar negara untuk mengimport sumber makanan

88

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Selain persoalan keberanian dalam menuntut hak, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandungdalam cerpen tersebut. [4 markah]

- Persoalan memahami selok-belok bidang keusahawananCth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan

ayam yang dirancangnya.- Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah

Cth: Syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubatayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.

- Persoalan ketaatan terhadap pemerintahCth: Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja

atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

Praktis 2

Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif,apabila rajameminta bertukar ayam,adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduhsebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telahmenyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti,atau sebarang tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila SiKunani memang dalam persabungan,bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerimaapa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syaratyang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guamsaya.”

Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini . Tidak payah aku ceritakan butiranhujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yangpentingnya,tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milikHakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengantanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklahtinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukurkerana Berjaya menebus kembali tanah itu yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkannama dan menebus maruah datuknya Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

89

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

i. Apakah tawaran yang diperoleh jika Pak Kaduk menang dalam persabungan ?[2 markah]

- Berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjianpersabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan

- Mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh Hakim

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang peguam yang bertauliah?[3 markah]

- Bijak/ petah berkata-kata/ berhujah- Berani berhujah/ mempertahan anak guam- Berilmu pengetahuan- Adil kepada yang berhak mendapat pembelaan

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran yang turutdigarapkan oleh pengarang dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

- Pengajaran yang terdapat dalam petikan:1. Kita hendaklah berani menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lainCth: Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.

2. Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuanCth: Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak miliktanah datuk Hakim.

- Pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:1. Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaanCth: Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek

penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kalisebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.

2. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemahCth: Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat

ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

90

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagianbesar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita adaratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantungkepada beras, ikan, daging, ayam, dan sayur-sayuran import? Keadaan ini akanmembahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan mengutamakan bidangpengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara.”

Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihatpotensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebutpeluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan banyakmenyediakan peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Adapelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuahbank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan mata anda! Yang diperlukan sekarang ialahkesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.”

Hakim telah mendengar dengan penuh minat. Segala kata itu membakar semangatnyauntuk memajukan tanah yang ditebusnya.dia juga berharap kejayaannya juga nanti akanmenjadi contoh teladan kepada orang yang seketurunan dengannya yang mendapat kelebihandaripada Dasar Ekonomi Baru dan pelbagai projek pembangunan sebuah kerajaan yangprihatin.

i. Apakah seruan pemimpin tertinggi kepada rakyat ?[2 markah]

- Menyeru kepada rakyat terutama golaongan siswazah supaya merebut peluang dalambidang pertanian

- Menyeru kepada rakyat agar bekerja kuat dalam projek pertanian yang disediakandengan pelbagai bantuan dan skim pembiayaan.

ii. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan negara jikasiswazah hanya suka makan gaji?

[3 markah]

- Ekonomi negara tidak berkembang maju- Peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan akan semakin berkurangan- Pengangguran akan meningkat kerana generasi muda hanya mengharapkan pekerjaan

di sektor kerajaan

91

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan lainyang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]

- Perwatakan Hakim yang terdapat dalam petikan:1. Seorang pemuda yang berpandangan jauhCth: Semangat Hakim berkobar-kobar untuk memajukan tanah milik datuknya setelah

mendengar ucapan seorang pemimpin yang menjelaskan bahawa bidang pertanianmemiliki potensi besar.

- Perwatakan Hakim yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:1. Seorang pemuda yang berani memperjuangkan hakCth: Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di

mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

2. Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawananCth: Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang

penternakan ayam yang dirancangnya.

3. Seorang yang rajin menuntut ilmuCth: Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

92

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Azam memandang ke wajah sahabatnya. “Apa masalahnya? Bukankah kau bolehmendapat bantuan? Kerajaan sudah berjanji akan menolong penternak sebagai insentif keranamenambah bekalan makanan untuk rakyat.”

“Azam, tanah ini sesuai untuk ternakan kerana jauh dari kawasan perumahan. Tetapiada masalah yang lain. Kau tengok jalan masuk ke reban ini. Jalan itu tidak berturap dan becakpada musim hujan. Pernah lori tersangkut dalam selut. Aku sudah menulis surat permohonanjalan itu dinaikkan taraf. Aku sudah berusaha ke sana ke mari untuk menemui orang yangberpengaruh, tetapi jawapannya tiada peruntukan untuk menurap jalan itu buat masa ini. Akudicaci-maki oleh orang kampung kerana kemasukkan lori-lori itu memburukkan lagi keadaanjalan.”

Azam menggeleng-geleng, “Bagaimanakah hasil jualan ayam?”

Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang.Aku berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akandipotong daripada hasil jualanku. Kau tengok ini (Hakim menunjukkan salah satu penyata yangdikeluarkan oleh Syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ialah RM85 000.00. tetapi akhirnyahanya RM13 000.00 sahaja yang masuk ke kantungku. RM72 000.00 adalah untuk RAJAkerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM13 000.00 itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah menagkap ayam, membayar bil elektrikdan air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.”

i. Berikan dua halangan yang dihadapi oleh Hakim dalam penternakan ayam yangdiusahakannya? [2 markah]

- Jalan ke reban ayam milik Hakim tidak berturap dan becak pada musim hujan.- Hakim berhutang dengan pihak bank dan berhutang dengan Syarikat RAJA

ii. Sekiranya anda Azam, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk membantuHakim menyelesaikan masalah yang dihadapinya?

[3 markah]- Membantu Hakim mendapatkan pinjaman daripada pihak bank- Membantu Hakim memalui perundangan untuk mendapatkan haknya yang telah

dirampas melaui penipuan oleh Syarikat RAJA.- Membantu Hakim mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk pengurusan

penternakan serta pemasaran ayam

93

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lainyang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[4 markah]- Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan:

1. Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekelilingCth: Penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak

akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.

2. Masyarakat yang tabah berusaha untuk mengubah nasib diri walaupun berhadapandengan pelbagai cabaran

Cth: Hakim berusaha dengan gigih dan tabah menjalankan penternakan ayamwalaupun terpaksa berhadapan dengan penipuan Syarikat RAJA serta masalahjalan raya ke reban ayam miliknya yang tidak berturap.

- Latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:1. Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawananCth: Menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawanan melalui pertanian yang

mengeluarkan lebih banyak makanan.

2. Masyarakat yang mengamalkan sistem feudalCth: Wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayatKaduk.

3. Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezekiCth: Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

94

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yangberikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim perlu membina sebuah reban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebangpokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yangmemang rendah dan berair itu. Wang simpananya hampir habis di situ.

Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara danperalatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudahbeberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian.Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjamansebanyak itu memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kadukyang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggupcampur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolonganitu terbinalah sebuah reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam.

Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petanimoden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang kearah penambahan pengeluaran makanan negara.

“Tahniah! Aku doakan kau Berjaya. Setahun lagi insya-Allah aku akan pulang. Kitajumpa di reban ini untuk merayakan ulang tahun kau jadi penternak,” kata Azman sambilmenggenggam tangannya erat-erat tanda memberi semangat. Mereka akan berpisah buatsementara kerana Azman akan mengikuti kursus selama sepuluh bulan di luar negara.

i. Berikan maksud berjasa kepada nusa?[2 markah]

- Berbakti/ memberikan sumbangan kepada negara

ii. Sejajar dengan perkembangan semasa, bidang tenternakan turut mengalami banyakperubahan.Jelaskan manfaat-manfaat penggunaan teknologi moden dalam bidang penternakan.

[3 markah]- Meningkatkan kualiti produk ternakan- Peningkatan kuantiti pengeluaran hasil ternakan- Mengurangkan kebergantungan kepada bekalan daging ayam dari negara luar/

mengurangkan import bekalan daging ayam- Meningkatkan taraf hidup penternak atau masyarakat

95

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalamkeseluruhan cerpen.

[4 markah]

Nilai yang terdapat dalam petikan:- Nilai keberanian

Cth: Hakim berani menceburi bidang keusahawanan yang tidak pernah dilakukannyasebelum ini.

- Nilai kegigihanCth : Hakim gigih mendapatkan pinjaman wang daripada pihak bank untuk

menjayakan projek penternakan ayamnya..

Nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:- Nilai keprihatinan

Cth: Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh Hakim dengan memberisemangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum diaberangkat ke luar negara untuk berkursus.

- Nilai tolong-menolongCth: Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak

tanah seluas empat ekar milik datuk Hakim

- Nilai keadilanCth: Hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.

96

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL

MUNSYI

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya denganmenggunakan ayat anda sendiri.

Praktis 1

SETIAP kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota, bonda memberikan pelbagaialas an agar saya terus menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda, ilmu agama sayamasih terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme danmodenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi, bahasa ibundasaya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala adat resam dan nilaibudaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang sejak zaman-berzaman.

Bonda tahu, secubit ilmu yang mengisi dada yang kerdil ini tidak akan mampu mengekangledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Sayaakui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramaianak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar duniayang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasadyang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masihada, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.

i. Mengapakah bonda tidak membenarkan Mel bermastautin di kota? [2 markah]

- ilmu agama Mel masih terlalu cetek dan nipis- bimbang, Mel akan hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang sedang

melanda anak-anak muda kota- bahasa ibunda Mel juga masih lemah

ii. Pada pendapat anda, mengapakah generasi muda sekarang terlalu mudah terpengaruhdengan gejala yang tidak sihat? [3 markah]

- didikan agama yang longgar- kurang kasih sayang / perhatian keluarga- pengaruh rakan sebaya- pengaruh media massa / filem

97

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai yang lain daripadakeseluruhan cerpen. [3 markah]

- Nilai daripada petikanNilai kasih sayang – Bonda menyayangi Mel sehingga dia memberikan pelbagai alasansupaya Mel terus menetap bersama-samanya di kampung.

- Nilai daripada keseluruhan cerpenNilai kerajinan – Mel membaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat HangTuah dan kitab-kitab lama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.

Nilai patriotisme – Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Meldengan menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel.

Praktis 2

Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama dipangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajahkota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalamdiri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.

Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadardibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis parawarganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya.Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri sendiri.

Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapanserta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangununtuk berjuang menegakkan identiti sendiri.

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekadlampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentiment yang bukan sedikit. Sejarah suramyang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiapwarganya sejak sekian lama.

i. Apakah tujuan Mel berhijrah ke kota? [2 markah]

- menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban- mencari pengalaman baharu sebagai warga kota

ii. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan semangatkekitaan dalam kalangan masyarakat bandar? [3 markah]

- menganjurkan aktiviti gotong-royong- mengamalkan semangat kejiranan- membudayakan permuafakatan- tolong-menolong

98

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu perwatakan Mel yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakannyayang lain daripada keseluruhan cerpen. [3 markah]

- Perwatakan daripada petikanSeorang yang taat kepada ibu bapa – Mel menangguhkan hasratnya untuk mencaripengalaman baharu di kota apabila mengenangkan pesanan bondanya.

- Perwatakan daripada keseluruhan cerpenSeorang yang rajin membaca – Mel rajin membaca setiap bab dalam teks SejarahMelayu, Hikayat Hang Tuah dan kitab-kitab lama walaupun agak perlahan keranabertulisan jawi.

Seorang yang amanah – Mel menyampaikan salam bonda kepada Munsyi sebelummenghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang dibawanya dari kampung.

Praktis 3

Cerita bonda suatu hari tatkala saya asyik membelek-belek kitab-kitab lama bertulisan Jawi didalam almari yang memperincikan sejarah asal usul bumi mewah ini. Saya pandang mata bondadalam-dalam mencari pengertian sebenar saya anak generasi baharu yang belum mengerti segala-galanya. Saya faham bonda hanya ingin menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam dirisaya, anak-anak generasi material ini. Harapan bonda moga-moga saya menjadi pejuang yangberani mempertahankan nilai-nilai dan kepentingan bangsa saya sendiri yang sedikit demi sedikitmula terhakis di atas tanah sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuanganmenentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dankekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup denganperkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bondamerenung mata dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjangmenahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernahberdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kalikedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman keranamengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”

i. Apakah kebaikan yang diperoleh oleh bangsa yang mengkaji sejarah? [2 markah]

- tidak akan melakukan kesilapan kali kedua- terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman

99

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

ii. Semangat patriotisme dalam generasi muda boleh disemai melalui pembelajaran sejarah baikdi peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menyemai semangat patriotik dalam jiwa remaja dinegara ini? [3 markah]

- menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)- memperkasakan pembelajaran subjek Sejarah di sekolah- membina galeri yang mempamerkan fakta sejarah- menubuhkan dan mengaktifkan persatuan sejarah- melawat ke tempat-tempat bersejarah

iii. Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yanglain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

- Pengajaran daripada petikanKita hendaklah menanamkan semangat patriotik dalam diri agar tidak mudah terpedayadengan anasir asing – Bonda telah menanamkan sifat-sifat patriotisme dalam diri Meldengan menceritakan kisah-kisah sejarah kepada Mel.

- Pengajaran daripada keseluruhan cerpenKita hendaklah mentaati kedua-dua ibu bapa kita agar hidup diberkati – Melmenangguhkan keinginan yang meruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalamanbaharu sebagai warga kota kerana tidak direstui oleh bonda.

Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan ilmu pengetahuan - Mel rajinmembaca bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan kitab-kitablama bertulisan jawi walaupun agak perlahan.

100

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput

saya masuk.Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan

beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa

anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan dengan setiappatah slanga dan klausa yang memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aibmenyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segansilu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelakiperempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan.Saya jadi keliru tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yangdicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa maludengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri dinegara mewah ini.

i. Apakah yang disaksikan oleh Mel pada minggu-minggu pertama dia berada di kota?[2 markah]

- kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsanya- anak-anak muda dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan

peribadi mereka

ii. Anak-anak muda sekarang gemar menggunakan bahasa Melayu yang bercampur adukdengan bahasa asing sehingga memunculkan istilah bahasa rojak yang mengelirukan.

Pada pendapat anda, apakah kesan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi mudadi negara ini? [3 markah]

- mutu Bahasa Melayu baku merosot- merendahkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan- pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah terjejas- kekeliruan bahasa kepada generasi seterusnya

101

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latarmasyarakat yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

- Latar masyarakat daripada petikanMasyarakat bandar yang kehilangan jati diri akibat pemodenan – Anak-anak muda dikota tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni.

- Latar masyarakat daripada keseluruhan cerpenMasyarakat yang mentaati ibu bapa – Mel menangguhkan keinginan yang meruap-ruapdalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota kerana tidakdirestui oleh bonda

Masyarakat yang menghormati dan melayani tetamu dengan baik – Selepas Melmemperkenalkan diri, Munsyi mula tersenyum kepada Mel sebelum mempersilakan diamasuk.

Praktis 5

Seminggu selepas itu, ketika saya sampai di kampung pinggir kota itu, keadaan sudah kelam-kabut. Jentera-jentera berat bersiap sedia merobohkan rumah-rumah kayu usang. Puluhananggota penguat kuasa mengawal suasana sekitar yang dipanaskan dengan demonstrasipenduduk membantah pencerobohan itu.

Saya mencari Munsyi. Saya bimbang akan puluhan buku lama yang dihadiahkan oleh bondakepada Munsyi. Ketika sesi meroboh bermula, saya jadi terkedu melihat puluhan buku ini ranapdan berkecai bersama-sama ranapnya rumah Munsyi dihentam taring-taring tajam jentera beratyang melanggar dan meredah apa-apa saja. Air mata saya menitis sedih dan pilu bukan sahajamengenang khazanah berharga yang musnah, tetapi membayangkan satu-satunya tanah rizabmilik bangsa di kota besar ini akan berpindah kepada tuan-tuan saudagar asing yang bakalmengaut keuntungan di bumi ini.

Selepas kejadian itu, berhari-hari saya cuba menjejak Munsyi, namun kelibatnya langsungtidak saya temui. Saya bertanya setiap orang, ke mana perginya gerangan orang tua itu, namuntiada sesiapa mengetahui pejuang bahasa ibunda itu menghilangkan diri.

i. Mengapakah Mel berasa sedih dan pilu? [2 markah]

- mengenang khazanah berharga yang musnah- membayangkan satu-satu rizab milik bangsa di kota akan berpindah kepada tuan-tuan

saudagar asing

102

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

ii. Demonstrasi jalanan bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikansesuatu masalah.

Pada pendapat anda, mengapakah penganjuran demonstrasi tidak digalakkan untukmenyatakan bantahan terhadap sesuatu isu yang tidak disenangi? [3 markah]

- menjatuhkan imej negara- mengganggu ketenteraman awam- meningkatkan kos operasi pentadbiran pasukan keselamatan- merosakkan harta benda awam- mengurangkan kedatangan pelancong / pelabur asing

iii. Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang laindaripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

- Persoalan daripada petikanPersoalan pencerobohan perkampungan tradisi untuk mengaut keuntungan – Saudagar-saudagar asing menghantar jentera-jentera berat untuk merobohkan rumah-rumahkampung di pinggir kota dalam usaha mereka mengaut keuntungan di bumi ini.

- Persoalan daripada keseluruhan cerpenPersoalan kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskankehidupannya – Mel bertekad untuk memenuhi dirinya dengan segala ilmu pengetahuandan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum Mel bersedia berhijrah ke tengahgelora kota.

Persoalan ketaatan seorang anak terhadap ibunya – Mel menangguhkan keinginan yangmeruap-ruap dalam dirinya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kotakerana tidak direstui oleh bonda

103

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

C.PRAKTIS TOPIKAL

JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

Praktis 1

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnyadengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang(aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaketyang kini terelatak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Diamengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.

Aku tidak nampak praktikelnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia.Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluarnegara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.

Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipatsembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang dibunuh untuk mendapatkansehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan adanyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit ini sebenarnya lambangkemegahan dan kemewahana. Jaket kulit ini seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.

i. Mengapakah penulis mengatakan bahawa jaket kulit itu sebenarnya ialah lambangkemegahan dan kemewahan?

(2 markah)- kerana harganya yang sangat mahal- kerana seekor atau lebih daripada seekor haiwan kijang perlu dikorbankan untuk

menghasilkan sehelai jaket kulit

ii. Pada pendapat anda, mengapakah penulis membeli jaket kulit tersebut walaupun diamengetahui bahawa jaket itu tidak praktikal digunakan di negaranya?

(3 markah)- dipujuk oleh rakannya (Kak Chah) supaya membeli jaket tersebut- tertarik oleh kehebatan jaket tersebut- harga jaket tersebut dapat ditawar / mendapat potongan harga- ingin menjadikannya sebagai buah tangan- memiliki jaket kulit menunjukkan kemewahan dan tanda kemegahan diri kerana jaket

kulit kijang itu buatan negara Istanbul (tidak terdapat/ dijual di negara lain/ Malaysia)- terdorong oleh keadaan cuaca sejuk di Istanbul pada ketika itu

104

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagiperwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

- Seorang tidak rasional dalam membuat tindakan dan keputusan - Aku telah membelisehelai jaket kulit yang diperbuat daripada kulit kijang walaupun menyedari bahawa jakettersebut tidak praktikal untuk digunakan di negaranya kelak sebab faktor cuaca

- seorang pelancong dari negara Malaysia yang berbangsa Melayu – watak Aku atau Maspelancong dari Malaysia yang menyertai pakej pelancongan ke negara Turki. seorangyang murah hati – cth Aku telah membeli cenderamata untuk diberikan pada ahlikeluarga dan sahabat handainya di Malaysia.

- seorang yang suka membaca – Cth. Aku membaca puisi karya penulis puisi yang terkenaldari Rom bernama Mevlana Celaleddin.

.Praktis 2.

Aku memandang jaket kulit kijang itu lagi. Kalau dikira dalam ringgit Malaysia,harganya sekitar RM500.00. Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepada lelaki tua yangberjaya menjualnya kepada Shahmeem, Jaket kulit itu telah membawa kegembiraan kepadaShahmeem yang berjaya menjualkannya semula kepadaku. Jaket kulit itu telah membawakegembiraan kepadaku kerana dapat menghangatkan badan sepanjang perjalanan di SelatBhosporus yang dingin.

Tiba-tiba tercetus semalam hasrat untuk memanjangkan rasa gembira itu kepada oranglain. Bagaimana kalau aku menjualnya di kedai menjual pakaian terpakai yang selalu akukunjungi di tanah air? Aku tahu bahawa tidak mungkin aku boleh menjualnya tanpa mengalamikerugian. Seratus ringgit pun barangkali terlalu mahal untuk tauke kedai itu. Aku rela menerimaharga yang jauh lebih rendah asalkan pekedai itu gembira. Bakal pembelinya juga pasti gembirakerana mendapat jaket kulit dengan harga yang murah. Aku berharap agar bakal pemakainyakelak sedar bahawa jaket kulit itu merupakan sisa orang dan tidak berasa bongkak.

Aku akan mencari jalan untuk mendermakan wang jualan jaket kulit itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telahdibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.

Jika Mevlana Celaleddin Ar-Rumi masih hidup, tentu dia mengatakan bahawa akumempunyai ciri-ciri seorang darwis.

i. Apakah manfaat yang diperoleh oleh penulis apabila dia membeli jaket kulit tersebut?(2 markah)

- membawa kegembiraan kepada lelaki tua yang telah menjualkan jaket tersebut kepadaShahmeem

- membawa kegembiraan kepada Shahmeem yang telah menjualkan jaket tersebut kepadapenulis / Aku

- membawa kegembiraan kepada penulis / Aku kerana jaket tersebut menghangatkanbadannya sepanjang perjalanannya di Selat Bhosporus yang dingin

105

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

ii. Saban tahun, beribu-ribu haiwan liar dibunuh kerana kulitnya.Pada pendapat anda, apakah langkah efektif untuk melindungi hawian ini?

(3 markah)

- Jabatan Hidupan Liar menguatkuasakan akta perlindungan hidupan liar- Mengenakan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengancam hidupan liar- Memperbanyak kawasan perlindungan hidupan liar- Menghebahkan kepada orang ramai kepentingan penjagaan dan pemeliharaan hidupan

liar

iii. Jelaskan satu perwatakan watak aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagiperwatakannya yang terdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

- Seorang tidak rasional dalam membuat tindakan dan keputusan - Aku telah membelisehelai jaket kulit yang diperbuat daripada kulit kijang walaupun menyedari bahawajaket tersebut tidak praktikal untuk digunakan di negaranya kelak sebab faktor cuaca

- Contoh lain dalam keseluruhan petikan

- seorang pelancong dari negara Malaysia yang berbangsa Melayu – watak Aku atau Maspelancong dari Malaysia yang menyertai pakej pelancongan ke negara Turki.

- seorang yang murah hati – cth Aku telah membeli cenderamata untuk diberikan pada ahlikeluarga dan sahabat handainya di Malaysia.

- seorang yang suka membaca – Cth. Aku membaca puisi karya penulis puisi yang terkenaldari Rom bernama Mevlana Celaleddin.

Praktis 3.

Pemandu pelancong, Encik Yuksel, telah memberitahu kami beberapa panduan berbelanjadi Istanbul. Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua, jangan berjalansendirian, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai. Keempat, jangan naikke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. Kelima, tawar harga setiap barangan yang ingin dibelisehingga 70 peratus. Keenam, jangan gunakan kad kredit sebab terlalu berisiko ditipu.

Wah, banyaknya pantang larang! Aku mulai rasa tidak selamat. Apatah lagi setelahmendengar cerita Hajah Normah bahawa pemandu-pemandu bas berbangsa Turki di Mekahhanya boleh berunding jika diberikan duit. Menurut Hajah Normah lagi, jemaah haji Turki, baiklelaki mahupun perempuan, biasanya bersikap kasar. Mereka suka merempuh jemaah yang lainketika melakukan tawaf.

Aku membuat keputusan untuk berjalan bersama-sama dengan Kak Chah, Dr. Liza,Shahmeem, Hajah Zalehon dan Hajah Normah. Nampaknya, agak sukar juga menawar harga

106

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

barangan yang ingin dibeli. Tiada tanda harga dipamerkan dan harga disebut hanya kepadasesiapa yang bertanya. Setelah singah di beberapa buah kedai, kami mendapati bahawaperbezaan harga terlalu ketara. Contohnya, ada peniaga menjual rantai kunci dengan harga LT5,LT4, dan Lt3 lira, sedangkan aku pernah bertanya kepada peniaga-peniaga kedai kecil di luarIstanbul dan diberitahu bahawa harga rantai kunci cuma satu setengah lira! Aku mula berasamenyesal kerana membeli tsedikit-sedikit sebelum ini.

i. Mengapakah penulis sukar untuk menawar harga barangan yang ingin dibeli?(2 markah)

- tiada tanda harga dipamerkan- harga disebut hanya kepada sesiapa yang bertanya

ii. Jelaskan dua persediaan yang wajar dilakukan sebelum melancong ke negara lain?(3 markah)

- mencari maklumat lebih awal tentang negara yang akan dilawati / kawasan yang akandilawati - supaya mengetahui serba sedikit latar belakang negara yang ingin dilawati

- mengetahui cuaca negara tersebut -supaya dapat mempersiapkan pakaian yang sesuaiuntuk dipakai dan dibawa bersama

- mempunyai wang tunai yang mencukupi / menukarkan mata wang - untuk membayarapa-apa perbelanjaan

iii. Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi persoalan yangterdapat pada keseluruhan cerpen. (4 markah)

- sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi etika perniagaan –cth: peniaga Turki yang tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual

- Keseluruhan cerpen

Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar-cth: jaketkulit kijang yang dijual di negara Turki yang banyak mengorbankan kijang.

107

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buahbuku yang diterbitkan di Turki dan mengambil beberapa buah buku yang diterbitkan di Turkidan mengambil seberapa banyak gambar dengan menggunakan kamera digitalku. Akumenganggarkan perbelanjaan sekitar USD50 kerana harga buku biasanya mahal. Sebenarnya,setiap kali berpergian, aku berpeluang mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Darihotel, biasanya aku memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen,pensel, uncang the, uncang gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut.

Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih adabaki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan.Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar sendiri dan tidaktermasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat melihatkebudayaan dan kesenian mereka. Selain itu, aku mungkin ditimpa musibah dan perlumendapatkan rawatan segera dengan menggunakan wang sendiri. Namun, aku berdoa agar ubat-ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenic 30c, Arconite 30c, Rhus Tox 30c, dan Nux Vomica30c yang terdapat di dalam beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperticuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambangmataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruhduitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelumpulang ke tanah air.

i. Mengapakah penulis menyimpan baki sebanyak USD100 daripada wang perbelanjaannya?(2 markah)

- untuk membayar kos bagi perkara-perkara yang tidak dijangkakan seperti membayarpersembahan kebudayaan

- persediaan jika dia ditimpa musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera denganmenggunakan wang sendiri

ii. Apakah kebaikan yang akan anda perolehi apabila melancong di negara lain?(3 markah)

- dapat mengenali budaya masyarakat di negara lain- menambahkan pengalaman- dapat berjumpa dan mengenali rakan baharu- dapat melawati tempat-tempat yang menarik

108

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi latarmasyarakat yang terdapat pada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

Dalam petikan:- Masyarakat yang suka membaca – cth: penulis suka menghabiskan duitnya untuk

membeli buku dan majalah- masyarakat yang suka melancong – cth: penulis melancong di negara Turki- masyarakat yang berjimat cermat – cth: penulis menyimpan baki wangnya sebanyak

USD100 untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan

Latar keseluruhan cerpen:- masyarakat yang murah hati – cth: penulis membeilkan cenderahati kepada keluarganya,

rakan-rakan dan pensyarahnya.- masyarakat peniaga yang suka menipu – cth: ada segelintir peniaga di negara Turki yang

tidak jujur ketika berurusniaga dengan pelanggan mereka/ tidak meletakkan tanda harga- masyarakat peniaga yang tidak bersopan santun – cth: peniaga di negara Turki yang

menggunakan perkataan yang kasar kepada pelanggan yang enggan membeli barangan dikedai mereka.

Praktis 5.

Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangansentuhan putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duitsebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.

Dr. Liza dan Hajah Normah sudahpun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajahkedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada didalam kedai itu.

Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai.Kak Chah dan Shahmeem turut mengikut langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masihberjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.

“Sorry, sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high qualityand only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much foreverything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.

Pekedai itu cuba menahan. “What price do you want? Please tell me, lady. I can give youmore discount. How much you can afford?” ujarnya dengan suara yang mulai keras, tidak lembutseperti saat pertama dia menyapaku. Aku mulai bimbang. Kisah kekasaran orang Turki yangdiceritakan Hajah Normah, bergaung dalam ingatan.

“Ok,ok, I give you more discount. You can take it at USD280. I give you the hand gloveas a present. Please lady, don’t waste my time,” katanya dengan suara jengkel.

Aku menanggalkan jaket itu dengan pantas.“Thank you, sir. I don’t want to buy it. Sorry,” ujarku sambil menyerahkan jaket itu

kepada pekedai yang kini berwajah masam.Aku menanggalkan jaket itu dengan pantas.

109

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

i. Mengapakah hati penulis berdebar-debar? (2 markah)

- sebab harga yang disebutkan oleh penjual berbangsa Turki- sebab penulis tidak mempunyai wang yang mencukupi

ii. Sekiranya anda melancong ke luar negara, bagaimanakah anda dapat mengelakkan daripadamenjadi mangsa penipuan oleh peniaga yang suka menaikkan harga barangan?

(3 markah)

- mendapatkan khidmat pemandu pelancong yang tahu akan harga barangan di kawasanyang dilawati

- membandingkan harga barangan dari beberapa buah kedai sebelum membeli- memastikan peniaga mempamerkan tanda harga barangan yang dijual sebagai rujukan

untuk membeli barangan tersebut- mendapatkan senarai harga barangan daripada pihak berwajib

iii. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu lagi nilai yang terdapatpada keseluruhan cerpen.

(4 markah)

Dalam petikan ;

- Nilai rasional – cth: Aku tidak membeli jaket yang dijual oleh peniaga kerana wangnyatidak mencukupi

- Nilai hemah tinggi – cth: Aku menggunakan kata-kata yang bersopan santun apabilamenolak desakan peniaga yang mendesaknya supaya membeli jaket yang dijualnya.

Keseluruhan petikan

- Nilai murah hati – cth penulis membelikan cenderahati kepada keluarganya, rakan-rakandan pensyarahnya.

- Nilai kejujuran – cth ada segelintir peniaga di negara Turki yang tidak jujur ketikaberurusniaga dengan pelanggan mereka/ tidak meletakkan tanda harga

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

111

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

A.NOTA

DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARAKarya Affix Zulkarnaen Adam

SINOPSIS

Aiman tidak mengendahkan surat yang memintanya menyertai Program Latihan KhidmatNegara (PLKN). Baginya, program tersebut membuang masa kerana keluarganya bolehmenyediakan apa-apa sahaja yang diminta. Namun demikian, posmen yang menghantar surattersebut menjelaskan faedah-faedah menyertai program dengan mengambil contoh anak jirannyadaripada seorang yang pemalas, kini rajin menolong keluarga. Oleh sebab tidak berminat, masuksahaja di dalam biliknya, surat tersebut dicampakkan sahaja oleh Aiman. Nek Sinah, pembanturumahnya menjemput Aiman makan tetapi Aiman menolaknya kerana dia belum lapar. Apabiladimaklumkan bahawa kakaknya, Kak Dapnia tidak dapat balik untuk makan tengah hari keranatugasan di universiti dan ibunya pula pulang lewat malam menyebabkan Aiman berasa bosantinggal bersendirian di rumah.

Ketika di sekolah, Nora memaklumkan bahawa nama Aiman terpilih untuk menyertai PLKNtetapi Aiman bersikap tidak peduli menyebabkan Nora berkecil hati. Sundarani dengan rasagembira menyatakan bahawa dia akan menyertai PLKN di Kem Be Bana. Ah Tua pula di KemPaya Indah Wetland, Hulu Langat. Aiman hanya mengetahui tempat programnya terletak di KemTeluk Sari, Mersing apabila dimaklumkan oleh Syuhada. Cikgu Dahari yang terlibat dalamPLKN sebagai jurulatih Program Penghayatan Sastera dan Budaya menjelaskan faedah menyertaiPLKN. Menurutnya, PLKN mampu membina dan mengukuhkan semangat patriotik, memupukperpaduan kaum, dan membentuk perwatakan positif. Menurut Cikgu Dahari lagi, pesertaprogram dipilih secara rawak dan mereka yang mempunyai masalah boleh meminta suratpenangguhan. Peserta juga tidak perlu risau akan soal keselamatan.

Apabila Aiman pulang, dia mendapati ayahnya, Khir Ghazali sudah berada di rumah. Diamemberitahu ayahnya bahawa namanya telah terpilih menyertai PLKN. Khir Ghazalimengharapkan anaknya berfikir seperti orang dewasa dan menjadi manusia yang sentiasa dahagaakan ilmu dan pengalaman. Aiman berharap agar ayahnya mendapatkan pengecualian untukdirinya kerana dia tidak menyukai program tersebut. Ayahnya tidak dapat menunaikan hasratanaknya itu kerana ayahnya tidak mahu Aiman menjadi anak yang manja. Apabila hal itudiluahkan kepada ibunya, Masnah, ibu Aiman mahu suaminya menggunakan pengaruhnya untukmengecualikan Aiman daripada menyertai program tersebut. Sebagai ayah, Khir Ghazali bertegasbahawa dia mahu anakya menyertai PLKN daripada melakukan perkara yang tidak berfaedahsepanjang cuti persekolahan kelak. Kemudian, Aiman masuk ke biliknya. Dia menghadapkomputer riba. Menerusi komputer riba, dia terlihat beberapa orang rakannya telah berubahsetelah menyertai PLKN. Perubahan sikap rakannya itu menyedarkan Aiman akan keistimewaanPLKN. Akhirnya dia bersetuju menyertai PLKN.

112

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PEMIKIRAN

Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negaraAiman yang pada permulaannya tidak mahu mengikuti PLKN telah berubah fikiran untukmenyertainya setelah melihat perubahan sikap positif rakan-rakannya yang telah menyertaiPLKN.

PERSOALAN

1. Persoalan remaja yang dibuai dengan kemewahan hidupCth: Aiman berasal daripada keluarga yang berada menyebabkannya tidak mahu menyertai

PLKN.2. Persoalan kesibukan ibu bapa mencari nafkah dan kemewahan hidup

Cth: Datuk Khir Ghazali seorang yang berpengaruh dan sentiasa sibuk dengan urusanpekerjaannya.

3. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anakCth: Datuk Khir Ghazali menyayangi anaknya, Aiman dan menasihati anaknya supaya

mengikuti PLKN.4. Persoalan jati diri dan sikap berdikari dalam kalangan generasi muda

Cth: Syufia yang pendiam dan suka mengasingkan diri dapat memupuk sikap berdikarimelalui program PLKN yang disertainya.

5. Persoalan semangat patriotik dalam kalangan remajaCth: Aiman, Nora, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani berkobar-kobar menyahut seruan kerajaan

melalui PLKN.

PLOT

1. Permulaan/EksposisiDrama dimulakan dengan kehadiran posmen menghantar surat daripada Jabatan LatihanKhidmat Negara kepada Aiman. Posmen memberitahu Aiman tentang faedah yang akandiperoleh apabila menyertai PLKN. Aiman tidak berminat untuk menyertai PLKN keranasudah biasa hidup selesa di rumah. Dia tidak termakan kata-kata nasihat oleh posmen yangtelah melihat kesan program ini kepada anak jiran dan adiknya.

2. PerkembanganAiman ke sekolah. Kawannya, iaitu Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani juga telahterpilih untuk menyertai PLKN. Syuhada memberitahu Aiman bahawa mereka akanditempatkan di kem yang sama, iaitu Kem Teluk Sari, Mersing. Cikgu Dahari menerangkanmaklumat tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Rakan-rakannya seronok mendengarmaklumat tentang PLKN daripada Cikgu Dahari kecuali Aiman. Cikgu Dahari juga terlibatdalam PLKN sebagai jurulatih bagi modul Program Penghayatan Sastera dan Budaya.Aiman berharap agar bapanya akan menggunakan kedudukannya untuk membolehkan diadikecualikan daripada mengikuti PLKN. Sekembalinya di rumah, dia menyatakan hasratnyakepada bapanya. Bapa Aiman tidak bersetuju dengan hasratnya itu.

113

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

3. KlimaksKhir Ghazali mahu anaknya menyertai PLKN kerana PLKN mendatangkan pelbagaikebaikan. Dia mahu anaknya berfikir seperti orang dewasa. Dia tidak mahu Aiman hanyapandai meminta. Aiman meminta bantuan ibunya pula. Khir Ghazali yang pulang awaluntuk berehat di rumah ingin keluar di kelab kerana kekalutan itu. Masnah berasa bersalahdan mahukan suaminya berehat di rumah.

4. PeleraianAiman beredar ke biliknya dan menghadap komputer ribanya. Dia memperoleh maklumattentang Syufia yang muncul sebagai pelatih terbaik WIRAWATI di Kem Gerakhas, Desaru,Johor dan Ziman, senior sekolahnya berjaya mengikuti PLKN walaupun asalnya dia kuatmakan dan tidur. Aiman bertukar fikiran dan ingin mengikuti PLKN untuk membuktikan diamampu berdikari dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. PemerianPengarang memerihalkan latar belakang Aiman dan kedatangan Posmen ketika Aimanbersantai di rumahnya pada cuti hujung minggu

2. Imbas kembaliPosmen menceritakan sikap negatif anak jirannya dan adiknya sendiri berubah menjadi baiksetelah mengikuti PLKN

3. SaspensPembaca tertanya-tanya keputusan yang bakal diambil oleh Datuk Khir Ghazali berhubungdengan sikap Aiman yang tidak mahu menyertai PLKN

4. MonologAiman bercakap dalam hatinya sama ada menyimpan surat panggilan menyertai PLKN ituatau membuangnya

5 KejutanPendirian tegas Datuk Khir Ghazali menyuruh anaknya, Aiman menyertai PLKN

114

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK UTAMA

Aiman1. Seorang yang agresif

Cth: Aiman membuang sampul surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.

2. Seorang yang sombong dan suka bermegah-megah dengan kemewahan hidupCth: Aiman tidak mahu menyertai PLKN kerana menganggap program tersebut tidak

berfaedah.

3. Seorang yang tidak mempunyai semangat patriotikCth: Aiman memandang remeh tentang PLKN yang dianjurkan oleh kerajaan.

4. Seorang yang berfikiran sempit dan negatifCth: Aiman mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman.

5. Seorang yang tidak menghormati orang lainCth: Aiman menengking Nek Sinah kerana memanggilnya

WATAK SAMPINGAN

Cikgu Dahari

1. Seorang yang bertanggungjawabCth: Cikgu Dahari menerangkan kebaikan PLKN kepada murid-muridnya

2. Seorang yang berpengetahuan luasCth: Cikgu Dahari mampu menjelaskan tentang maksud logo PLKN, objektif, dan kebaikan

menyertai PLKN.3. Seorang yang penyabar

Cth: Cikgu Dahari tidak memarahi Aiman walaupun Aiman bersikap kurang ajar danmeremehkan PLKN sebaliknya sabar menasihati pelajarnya.

4. Seorang yang berfikiran positifCth: Cikgu Dahari menerangkan kepada Aiman apabila Aiman menyatakan bahawa

keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidakpenting dalam kehidupan zaman moden

5. Seorang yang sentiasa memberikan galakan kepada anak muridCth: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu

Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapatremaja yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

115

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Khir Ghazali1. Seorang yang bertanggungjawab

Cth: Khir Ghazali menasihati anaknya, Aiman untuk menyertai PLKN supaya anaknya lebihberdikari dan mempunyai kesedaran kendiri.

2. Seorang yang penyayangCth: Khir Ghazali mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya.

3. Seorang yang berpendirian tegasCth: Khir Ghazali tegas dengan keputusannya, iaitu Aiman wajib menyertai PLKNwalaupun dipujuk oleh Aiman dan isterinya.

4. Seorang yang berpandangan jauhCth: Khir Ghazali menjelaskan manfaat yang diperoleh oleh Aiman melalui PLKN

5. Seorang yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakatCth: Anaknya meminta pertolongan ayahnya supaya menggunakan pengaruhnya untukmengecualikannya daripada menyertai PLKN.

Masnah1. Seorang ibu yang terlalu memanjakan anak

Cth: Masnah menurut kehendak anaknya, Aiman supaya tidak menyertai PLKN

2. Seorang yang berfikiran sempit dan negatifCth: Masnah mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman

3. Seorang yang menyesali kesilapan diriCth: Masnah memohon maaf kepada suaminya atas tindakan terburu-buru menyebelahi

anaknya, Aiman.

Nek Sinah [ Pembantu rumah]

1. Seorang yang penyabarCth: Nek Sinah sabar terhadap sikap Aiman yang kurang ajar

2. Seorang yang bertanggungjawabCth: Nek Sinah menyediakan makan minum Aiman.

116

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

LATAR

Latar Masa

1. Cuti hujung mingguCth: Aiman duduk di rumah sahaja pada hujung minggu dan ketika itulah posmen datang

dengan membawa sepucuk surat

2. Waktu tengah hariCth: Selepas sesi rehat selesai, murid-murid berpeluang menemui Cikgu Dahari dan guru

tersebut menerangkan kebaikan PLKN.

Latar Tempat

1. Rumah Khir GhazaliCth: ayah dan ibu Aiman bertelagah pendapat tentang PLKN

2. SekolahCth: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau, dan Syuhada tentang senarai nama

peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan

3. Perkarangan rumah Khir GhazaliCth: Posmen menghantar surat tawaran PLKN kepada Aiman

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang penyayangCth: Khir Ghazali mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya

2. Masyarakat yang bertanggungjawabCth: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya

3. Masyarakat yang gigihCth: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan

Sastera dan Budaya

4. Masyarakat yang insafCth: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan

bertekad menyertai PLKN

5. Masyarakat yang penyabarCth: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya

117

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA1. Inversi

Cth: memang bagus program itu2. Repetisi

Cth: “Aku tak suka, tak suka3. Sinkope

Cth: tak; dulu; saja.4. Metafora

Cth: Buta sejarah; air panas5. Simile

Cth: Macam lah esok dan nak kiamat.

NILAI1. Nilai patriotik

Cth: Aiman akhirnya menyahut seruan berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN2. Nilai tanggungjawab

Cth: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya3. Nilai kegigihan

Cth: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program PenghayatanSastera dan Budaya.

4. Nilai keinsafanCth: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan

bertekad menyertai PLKN5. Nilai kesabaran

Cth: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya.

PENGAJARAN1. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik dalam diri

Cth: Aiman akhirnya menyahut seruan berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN2. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan

Cth: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya.3. Kita haruslah gigih dalam melaksanakan tugas

Cth: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program PenghayatanSastera dan Budaya.

4. Kita hendaklah insaf atas kesilapan diriCth: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan

bertekad menyertai PLKN.5. Kita patutlah sabar melayani karenah orang lain

Cth: Nek Sinah sabar menghadapi karenah Aiman yang biadap terhadapnya

118

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

B.BENTUK DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN DRAMA

BENTUK SOALAN

Soalan pemahaman drama lazimnya ditanya dalam soalan 2(b). Walau bagaimanapun, soalan 2(b)ini akan bertukar ganti antara genre cerpen dengan genre drama yang memperuntuk sembilan (9)markah keseluruhannya. Terdapat tiga pecahan dalam soalan ini seperti yang berikut:

Soalan Markah

Soalan (i): Pemahaman berdasarkan isi 2 markahdalam petikan

Soalan (ii): Soalan Kemahiran Berfikir 3 markahAras Tinggi (KBAT)Soalan (iii): Soalan aspek sastera 4 markah

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

- Petikan drama hendaklah dibaca,dianalisis, dan difahami sepenuhna.- Fahami maksud ayat dan maksud keseluruhan petikan- Ketika membaca petikan, perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan pemahaman yang

dikemukakan hendaklah digariskan.- Mulakan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.- Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri- Jawapan hendaklah dalam ayat yang sempurna/lengkap/ gramatis- Peruntukan markah bagi setiap pecahan soalan menggambarkan jumlah isi

yang dikehendaki.- Kesalahan bahasa dan ejaan akan menjejaskan markah penuh setiap pecahan soalan.

119

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soaln yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.

POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?

AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untukmenyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang macam adik,pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.

AIMAN: Abang buang saja surat ini.Saya tak berminat langsung. Buat apa nak bersusah payahsertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang saya nak, semua boleh dapat.Buang masa dan tenaga saja program macam ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapatmakan percuma enam kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapatRM50.00 lagi... ha...ha...ha.

POSMEN: Tak baik cakap macam itu, banyak faedahnya program seperti ini. Cuba jangan fikirtentang duit dan makan minum tu. Cuba fikirkan tentang kemahiran dan pengalaman yang akandiperoleh nanti.

i. Mengapakah Aiman tidak berminat untuk menyertai Program Latihan KhidmatNegara?

[2 markah]

- dia boleh dapat apa-apa sahaja yang diingini kerana ayahnya orang kaya- dianggap membuang masa sahaja- dia tidak berminat langsung

ii. Pada pandangan anda ,apakah faedah-faedah yang akan diperoleh apabila menyertaiProgram Latihan Khidmat Negara?

[3 markah]

- Melahirkan rasa cinta akan negara- Mewujudkan semangat kekitaan dalam msyarakat majmuk- Mengeratkan perpaduan- Mewujudkan kerjasama/ tolong-menolong- Membentuk perwatakan positif- Melahirkan sahsiah yang mulia

120

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Nyatakan satu latar tempat berdasarkan petikan dan satu lagi latar tempatberdasarkan keseluruhan drama yang dikaji.

[4 markah]- Dalam petikan: rumah Aiman –posmen menghantar surat tawaran Program

Latihan Khidmat Negara (PLKN)- Keseluruhan drama:

Kantin sekolah- Aiman dan Sundarani berbual-bual tentang lokasi PLKN KelasAiman – Cikgu Dahari menerangkan perkara-perkara yang berkaitan denganPLKNRuang tamu rumah Aiman – Aiman dan ayahnya berbincang berkaitan denganPLKN

Praktis 2

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan.Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman,ayammasak pedas.

AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Neksinah tu Cumaorang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu KakDapnia balik. Saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon baritahuyang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Malam baru dia pulang.Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuksaja. Macamlah esok nak kiamat.

NEK SINAH: Tak baik cakap begiti. Mereka pastinya ada urusan yang penting.

i. Siapakan Nek Sinah berdasarkan petikan yang telah diberi?[2 markah]

- Orang gaji kepada keluarga Aiman

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara yang boleh dilakukan untukmengeratkan hubungan kekeluargaan?

[3 markah]- Melakukan aktiviti riadah bersama-sama- Ibu bapa sentiasa mendengar luahan hati anak-anak- Melancong bersama-sama- Makan bersama-sama- Berkomunikasi dengan baik

121

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Nyatakan satu nilai murni berdasarkan petikan drama dan satu nilai murniberdasarkan keseluruhan drama.

[4 markah]- Berdasarkan petikan: Nilai tanggungjawab

Nek Sinah bertanggungjawab menjaga makan minum keluarga Aiman

- Berdasarkan keseluruhan dramaNilai keprihatinan: Khir Ghazali amat prihatin terhadap masalah yang dihadapioleh anaknya Aiman berkaitan dengan PLKN

Nilai kesabaran: Nek Sinah tetap bersabar dengan karenah Aiman yang tidakmenghormatinya kerana berkerja sebagai orang gaji di rumahnya

Praktis 3.

SUNDARANI: Kau dapat masuk kem mana?

AIMAN: Kem? Kem Majidi. Hahaha.

SUNDARANI: Sejak bila pula kem itu jadi Kem Latihan Khidmat Negara? Setahu aku, kem ituuntuk askar saja. Macam Kem Pulada.

AIMAN: Kau ini lurus bendul betullah. Aku bergurau saja. Cepat betul kau percaya perkara yangaku cakap. Bahaya orng macam kau ini, senag kena tipu. Kau sibuk tanya aku, kau dapat kemmana?

SUNDARANI: Kem De Bana, Jempol.

AIMAN: Di mana kem itu? Tak pernah dengar pun nama tempat itu.

SUNDARANI: Buta sejarah betul kau ini. Jempol kan dalam kawasan Negeri Sembilan.

AIMAN: Manalah aku tahu. Aku biasa berjalan ke luar negara. Kalau dalam Malaysia manalahaku tahu. Tak ada apa-apa yang menarik pun sama saja.

SUNDARANI: Pernah dengar peribahasa “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negerisendiri”? Tahu maknanya?

AIMAN: Tahu.

122

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

i. Apakah maksud peribahasa ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’?[2 markah]

- Meskipun begitu makmur dan mewah hidup di negeri orang, negeri sendiri tetapyang paling baik.

ii. Bagaimanakan cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menggelak dari ditipu.[3 markah]

- Bertanya pendapat orang lain- Jangan takut bertanya- Banyak membaca untuk mendapat informasi- Jangan terlalu cepat membuat keputusan- Berfikir secara rasional- Hindari apa-apa yang didengar itu terlalu baik

iii. Berikan satu pengajaran berdasarkan petikan drama dan satu pengajaran berdasarkankeseluruhan drama.

[4 markah]

- Berdasarkan petikanJanganlah kita suka berbangga diri dengan segala kelebihan yang kita miliki.

- Berdasarkan keseluruhan dramaKita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita tanpa mengiridarjat.Kita mestilah bercakap dengan sopan apabila bercakap terutamanya dengan orangyang lebih tua daripada kita

Praktis 4.

CIKGU DAHARI: Baguslah kalau begitu. Bertuah negara kita punyai remasa seperti kalian.Sentiasa sedia berkhidmat untuk negara.

SUNDARANI: Boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang PLKN?

CIKGU DAHARI: Tentu sekali. Program Latihan Khidmat Negara ataupun nama ringkasnyaPLKN merupakan kursus latihan wajib bagi mereka yang baru menamatkanpersekolahan di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membina sahsiah diri.Bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangangenerasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentukperwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat kerahantenaga dan tidak mengikut mana-mana model dari luar kerana dilaksanakn menurut caraMalaysia.

123

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

AH TIAU: Apakah objektifnya, cikgu?

CIKGU DAHARI: Tiga objektif yang digariskan , iaitu yang pertama, menanam semangatpartiotik dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Kedua, memupuksemangat perpaduan kaum serta integrasi nasional dan yang ketiga, membentukperwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

SYUHADA: Saya lihat logo PLKN sangat menarik. Tentu ada makna yang tersirat.

i. Apakah objektif Program Latihan Khidmat Negara?[2 markah]

- Menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda- Memupuk perpaduan kaum- Membentuk perwatakan positif melalui nilai-nilai murni

ii. Nyatakan pendapat anda kebaikan-kebaikan pelajar menyertai Program Latihan KhidmatNegara.

[3 markah]- Satu pengalaman baru- Elak daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah- Menambah kenalan Menambah ilmu

pengetahuan Melatih didi bertindaksecara rasional

iii. Nyatakan satu persoalan berdasarkan petikan drama di atas dan satu persoalan berdasarkankeseluruhan drama dikaji.

[4 markah]

Persoalan berdasarkan petikan- Persoalan memiliki pengetahuan yang luas dalam setiap perkara .

Contohnya: Sebagai pendidik, Cikgu Dahari dapat menerangkan dengan panjang lebarberkaitan PLKN apabila ditanya oleh pelajarnya

Persoalan keseluruhan drama:- Persoalan tanggungjawab terhadap pekerjaan: Nek Sinah melakukan tugasnya sebagai

orang gaji di rumah Aiman dengan baik sekali.- Persoalan keprihatian ibu bapa terhadap anak-anaknya: Khir Ghazali dapat meneka Aiman

mempunyai masalah berdasarkan perlakuan/percakapan anaknya Aiman

124

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

AIMAN: Daddy pasti dapat membantu saya kali ini, saya yakin daddy dapat selesaikan masalahsaya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.

KHIR GHAZALI: Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin. Aiman fikirdaddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan yangdimahukan. Apa masalahnya?

AIMAN: Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesaiSPM.

KHIR GHAZALI: Baguslah, apa pula masalahnya?

AIMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan pengecualianuntuk saya. Saya tak suka program macam itu!

KHIR GHAZALI: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mauAiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikirseperti orang dewasa. Aiman bukan budak-budak lagi.Jadilah manusia yang sentiasadahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha.

i. Apakah masalah yang dihadapi oleh Aiman?[2 markah]

- Tidak mahu menyertai PLKN- Tidak suka PLKN

ii. Sekiranya anda daddy Aiman, apakah yang anda akan lakukan supaya Aiman berminatmenyertai PLKN?

[3 markah]

- Memberitahu Aiman tentang kebaikan PLKN- Membawa Aiman bertemu dengan bekas peserta PLKN- Membawa Aiman berjumpa kaunselor

125

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii. Huraikan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan di atas dan satu lagi perwatakanberdasarkan keseluruhan drama.

[4 markah]

Berdasarkan petikan:- Seorang yang tidak rasional – meminta ayahnya menggunakan kedudukan demi

kepentingan peribadi.

Berdasarkan keseluruhan drama:- Seorang yang biadap – menengking Nek Sinah (orang gaji) hanya kerana memanggilnya

nak Aiman.- Seorang yang sombong – Aiman menyatakan dia akan memperoleh apa-apa saja keranadaddynya banyak wang.

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

127

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NOVEL DI SEBALIK DINARAKarya : DAYANG NOOR

BIODATA PENGARANG

Nama sebenar Dayang Noor ialah Dayang Noor Aziza Sulaiman berasal dari Bera,Pahang dan kini menetap di Puchong, Selangor.Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahangkemudian ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dalam aliran sains. Beliau seterusnyamelanjutkan pelajaran di UPM dan memperoleh Ijazah Kejuruteraan (Elektronik danKomputer).Penglibatan beliau dalam bidang kesusasteraan bermula sejak di sekolah menengahketika terlibat dalam Kelab Teater Sekolah.Beliau pernah memenangi Pengarah Terbaik melalui teater arahannya yang berjudul“Darah” dalam pertandingan teater peringkat daerah Johor Bahru.Antara novel yang dihasilkan olehnya ialah Di Sebalik Dinara, beliau juga menghasilkanJerat (2011), Hilang (2012) dan Samar (2013).

128

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

SINOPSIS

Cerita dimulakan dengan perkenalan Farisha dengan Aqram dalam penerbangan dariNusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengantujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasukirumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnyayang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuahprojek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannyaterhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Merekaberada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malahpernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 jutakepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempohempat minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shidamemulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencanamanakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr.Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakankongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek diSenawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalamkeadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farishauntuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farishamenjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalantentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar. Semasa meneliti kontrak yang diberikan olehSoft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shidamemutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itumemberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiadalaporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Diaterkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena penyakit jantung dan hakikat bahawa diaialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqrammendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shidatidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shidasebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidakberjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Fariddan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha danberjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Aliabersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Esoknya, Shida menjalani sesibawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut

129

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha puladihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Aminkehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapatberhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilikFarisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farishamemaklumkan Azraai bahawa ‘mummy’ telah menghubunginya, Azraai membawa Farishakeluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karlmelalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yangdisusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalamperjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan Medina. Karl (Shida) mendedahkan kisahsilamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahanidentiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa olehKarl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shidatetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegangapabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Medinaberusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melaluitelefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidakdipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl (Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinaradengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telahmembongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandungFarisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa denganKarl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiatterakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan diPort Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karlmasih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Medina. Apabila Karl(Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

130

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Sinopsis Bab demi Bab

Bab 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem, baru sahaja selesaibermesyuarat di Nusa Jaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalandengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapal terbang ke KLIA.Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalanelektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagiapabila melihat pintunya juga telah terpasang retinal scanner. Farisha terpaksa menunggu Shidakawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk keapartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium diHotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawanminuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr. Maxiuntuk mengkaji DNA Farisha.

Bab 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yangakan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermuladaripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposiumtersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Youngmenyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemulagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururundinguntuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiranFarisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perang. Tetapi pendindingWALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalamingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke SoftLab untuk menyelamatkan Dinara.

Bab 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha danRosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong,berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkatkebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telahmemperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 jutakepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempohempat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulangFarisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinarayang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

131

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Bab 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di SoftLab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklahpenggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruangdi situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusatdata. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapatkepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnyabarulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun, dalam masayang sama Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan merekahampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakanrancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha.Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimanayang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr. Maxi akan memadamkan beberapaingatan dan perasaan Alia, sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancanganyang diatur untuk Farisha dan Shida.

Bab 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab. Shida dibawa oleh Khairul Anwarke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang adadalam Soth Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqrammenjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara,tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virusbom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnyainilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 juta yang dia perlu membersihkan virus bom jangkaitu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawaRosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksameneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripadaperjanjian awal. Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentangDinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab pula, Aliabertengkar dengan Dr. Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannya telah dipadamkandan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemarjika ada perempuan lain yang ada hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwarmenjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telahmempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan skop kerjanya. Pada malam ituShida mengalami mimpi ngeri sehingga terlambat bangun.

132

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Bab 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farishaberasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip kedalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl. Dalam komunikasi itu Karl memintapertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh sebab tidak dapat mengesanbutiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketikaFarisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yangbernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini tersebut dijelaskanoleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

Bab 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang, tiba-tibaFarisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasratmeneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu merekadiberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnyakerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapaperkakas besi termasuklah suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polisdibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai untuk makanmalam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anakmereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu bahawaabangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinyaialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farishapengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxihairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pulamaklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa kehospital, Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untuk berjumpa Shida.Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha.

133

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Bab 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farishadengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanamdengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakanteknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petangmereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencarisebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yangmenyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat. Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, diasangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya. Tetapi Farishamenyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin(orang suruhan Marlyn/Medina) datang ke katil Farisha menggunakan peranti untukmendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi olehWALL. Tetapi kali ini mereka berjaya kerana WALL lemah apabila badan Farisha lemah.Selepas itu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha dengan menggunakan satu alatsepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yangmenunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnyaAzraai telah meminta doktor memberikan ubat tidur kepadanya. Azraai juga membohongi doktorbahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalampengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti.Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuhFarisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Pada tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan Shida akan menggantikan tempat Farisha.

Bab 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina diArkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrociptelah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yangdilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi.Tetapi Dr. Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akanmerosakkan otak seseorag. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapatberkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yanglain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi keranaperempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjeritgembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinyalebih hebat daripada lelaki itu (Karl). Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu keranasanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Merlyn/Medina tidak peduli. Apa yang diamahu adalah ingin membuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu.Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi.Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau

134

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

kesilapan Dr. Maxi yang tetap meneruskan uji kajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap,makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.

Bab 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripadaabangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentangFarisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikanbahan uji kaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telahdiamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapatberkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farishadalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraaibercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut diPerhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr. Maxi untuk mempengaruhi otakShida. Akhirnya Dr. Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkansupaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yangakan memusnahkan Dinara dan ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudahmeninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalananFarisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Labsesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa KhairulAnwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah digantiingatannya. Khairul Anwar sangat berang.Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorangwanita sehingga menjadi cacat.

Bab 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemudengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabilabrek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di Soft Lab, Alia berkomunikasidengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karlkerana dia enggan meninggalkan agamanya. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikanoleh Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibatyang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahunoleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara, Dr. Maxijuga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa uji kaji seperti itu juga pernahdilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosmandapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju ke Soft Lab, Cyberjaya. Azraai jugamenuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Fariddan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudahsangat lama ingin bertemu dengan anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahuberjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat,

135

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagu kegemaran Karl.Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahubahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahuibahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapaprogram dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangandan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesenminyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha,menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalumenempelak bahawa Marilyn pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untukmelemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

Bab 13

Dr. Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawakeadaan kesihatan Karl sangat teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karlmelalui Shida. Dr. Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangundan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara.Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahundahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dandua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karlialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannyadi Soft Lab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telahmensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnyaMarilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr. Maxi dan Aqramlah yangmenyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farishajuga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

Bab 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yangsepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr. Haris menyatakan bahawaaktiviti otaknya semakin menurun. Semua orang yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekatiKarl. Bermula dengan Aqram, Dr. Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya, namun tiada jawapan. Tepat pada pukultujuh malam, Dr. Haris mengumumkan Karl telah meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialahmayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson.Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karlmasih hidup. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl.Aqram dapat merasakan bahawa yang berfalsafah itu bukan Shida tetapi Karl.

136

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEMA

Ketaasuban terhadap sains dan teknologi hingga menghilangkan sifat kemanusiaan.

Farisha anak tidak sah taraf kepada Karl dan Medina menjadi korban ketaasuban ayahnya dalambidang sains. Semasa dia kecil, dia disuntik oleh Karl dengan pelbagai implan ke dalam badannyasemata-mata untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Keadaan ini menyebabkan ibukandung Farisha, Medina ingin membunuh Farisha kerana tidak sanggup melihat Farisha yangmasih bayi ditanam implan beberapa kali tanpa diberikan ubat bius. Namun, Farisha berjayadiselamatkan oleh Dr. maxi dan Aqram lalu diserahkan kepada keluarga Azraai. Sungguhpuntindakan Karl terhadap Farisha terlalu kejam namun Farisha kini berguna untuk menyelamatkanDinara kerana dia sangat genius dalam dunia pengkomputeran.

PERSOALAN

1. Persoalan memelihara alam sekitarCth: Karl, Dr Maxi, Aqram dan Farisha sanggup menggunakan kenderaan awam walaupun

mampu memiliki kenderaan sendiri supaya alam sekitar terpelihara.2. Persoalan sikap baik hati

Cth: Keluarga Azraai yang baik hati sanggup menerima Farisha sebagai anak angkat mereka.3. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anak

Cth: Marilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan oleh Karlyang taasub terhadap bidang sains.

4. Persoalan kasih sayang ibu terhadap anakCth: Marilyn/ Medina berusaha untuk menyelamatkan Farisha daripada dipergunakan oleh Karl

yang taasub terhadap bidang sains.5. Persoalan kebijaksanaan dalam sesuatu bidang

Cth: Karl bijak dalam bidang sains hingga berjaya mencipta cyborg seperti Aqram, Alia danKhairul Anwar yang kini bekerja untuknya di Soft Lab.

7. Persoalan penghargaan terhadap daya inovasi seseorangCth:Karl menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan sebagai penghargaan atas

kepintarannya dalam bidang sains.8. Persoalan manusia yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan

Cth: Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia menukarkan isterinya(Rusmina) menjadi cyborg bernama Aliakerana Rusmina tidak mahu meninggalkanagama yang dianutinya.

137

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

9. Persoalan dendam membawa kehancuranCth: Karl sanggup mensabotaj fikiran Marylin dengan menggunakan fikiran seorang

bekas banduan.10. Persoalan semangat setia kawan

Cth: Shinda sanggup menggantikan rakannya Farisha sebagai penghubung dengan Karlmeskipun mengalami kesakitan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Nama Watak Utama - FarishaWatak Dia berusia 26 tahun dan merupakan jurutera keselamatan sistem teknologi maklumat Anak Karl dan Marilyn/Medina Matanya berwarna coklat muda, wajahnya cantik dan bersopan santun Dia mempunyai mikrocip yang disimpan oleh ayahnya, Karl dalam badannya Dia pemilik Syarikat Secured Shell Sdn Bhd

Perwatakan Seorang yang bijak – mudah memahami dan bijak menggodam rangkaian sistem Dinara Dia berwawasan – memajukan syarikat yang baru ditubuhkan Dia prihatin – ambil berat keadaan rakannya Shida Dia berwaspada – berfikir terlebih dahulu sebelum membuat keputusan Dia periang dan mudah tersenyum – mesra ketika bertemu Aqram semasa menghadiri

seminar di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur Dia tabah menghadapi cabaran dan berusaha membongkar rahsia di sebalik projek Dinara Dia penyayang – menyayangi abang angkatnya, Azraai. Dia cekap – cekap menggodam sistem keselamatan Bank Sapurba Dia pemaaf – Farisha seorang pemaaf kerana dia telah memaafkan kesalahan Karl apabila

pergi melawatnya yang sedang nazak.Dia tetap mengakui Karl sebagai ayahnya apabila adapersamaan wajahnya dengan Karl dan Medina walaupun Karl tidak pernah memberikannyakasisayang sebagai seorang bapa

Farisha rajin – Farisha rajin kerana menghadiri The 3rd Malaysia Computer SecuritySymposiun bersama-sama Rosman untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan dengankeselamatan computer

138

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Nama Watak Sampingan : KarlWatak Dia ayah Farisha Dia suami Rusmina (Alia) Dia berumur 60 tahun Dia mengidap penyakit kanser Dia mengambil masa selama 20 tahun untuk mencipta teknologi mirip telepati dan ditanam

dalam badan Farisha, iaitu alat yang membolehkannya berhubung terus dengan anaknyaFarisha.

Dia bekerjasama dengan Marilyn membangunkan projek Dinara

Perwatakan Dia mempunyai daya inovasi yang hebat – membangunkan sistem Dinara Dia tidak percaya adanya Tuhan – tidak mempercayai agama, bahkan memaksa isterisnya,

Rusmina murtad daripada agama dianutinya Dia seorang yang egois dan mementingkan diri sendiri

Nama Watak Sampingan: Aqram

Watak Dia ialah manusia Cyborg ciptaan Karl Dia adik kandung kepada Karl Dia kakitangan di Soft Lab Dia seorang yang tampan, sentiasa berpakaian kemas dan cepat mesra Dia terencat akal

Perwatakan

Dia berbudi bahasa Dia kreatif dan bijak mengambil kesempatan Dia beperikemanusiaan – tidak bersetuju tindakan Dr Maxi yang mahu memutuskan proses

komunikasi bawah sedar antara Shida dengan Karl. Dia bijak merancang strategi – menembusi penghalang dalam fikiran Farisha dan berusaha

memikirkan strategi seterusnya untuk mendapatkan pengesahan kesahihan maklumat. Dia lelaki yang cukup pakej – Farisha dalam diam memuji perwatakan Aqram yang memiliki

pakej yang sempurna. Dia bertanggungjawab menceritakan rahsia Farisha dan pembinaan program Dinara dan

kewujudan beratus-ratus cyborg yang ada di Soft Lab.

139

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Nama Watak Sampingan : AzraaiWatak Dia abang angkat Farisha Dia sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak Dia mengalami masalah sakit jantung

Perwatakan Dia penyayang –menyayangi Farisha walaupun hanya sebagai adik angkatnya Dia cepat mesra Dia rajin membaca – pengetahuannya tentang bidang perniagaan sangat luas Dia ambil berat keselamatan Farisha – sanggup memasang retinal scanner di rumah

sewa Farisha Dia prihatin terhadap keselamatan Farisha – melarikan Farisha dari Hospital

Putrajaya

Nama Watak Sampingan :Medina/Marilyn/Mummy Watak Ibu kandung Farisha Dia berketurunan Portugal, cantik dan berambut keriting Dia bersama-sama Karl membangunkan projek DinaraPerwatakan Dia seorang yang pendendam – Berdendam kepada Karl menyimpan mikrocip

dalam badan Farisha. Berusaha menghapuskan Karl apabila mengetahui projekDinara tidak berjaya, Medina hampir membunuh anaknya Farisha

Nama Watak Sampingan: Alia/RusminaWatak Dia isteri Karl, Dia merupakan cyborg yang dicipta oleh Karl.Perwatakan Dia seorang yang panas baran Dia bijak mempengaruhi Farisha dan Shida.

Nama Watak Sampingan : RosmanWatak Dia rakan sekerja Farisha di syarikat Secured Shell Sdn.BhdPerwatakan Dia seorang yang periang dan lucu Dia suka bertukar-tukar pendapat dan mudah berbincang Dia seorang yang bertanggungjawab –mencari Farisha yang telah diculik

140

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Nama Watak Sampingan : ShidaWatak Rakan serumah dan teman baik Farisha Dia seorang penulis dan mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undangPerwatakan Dia rajin – rajin menyiapkan tugasan tentang Soft Lab. Dia ringan tulang – sanggup menghantar Farisha ke stesen komuter Dia ambil berat kesihatan Farisha – melawat Farisha di hospital. Dia teliti ketika melakukan tugasan – mendapati nama Medina tidak tercatat dalam

senarai kumpulan yang membangunkan Dinara. Setia kawan – Shida sanggup menggantikan Farisha setelah Farisha tidak berjaya

dijadikan uji kaji di Soft Lab

Nama Watak Sampingan : Dr MaxiWatak Beliau bertanggungjawab mengurus Dinara Beliau seorang penyelidik

Perwatakan Beliau pakar dalam sistem Dinara Bertanggungjawab - Beliau memujuk Farisha bekerja di Dinara dengan gaji lumayan RM1.5j

Nama Watak Sampingan : Dr HarisWatak Seorang doktorPerwatakan Bertanggungjawab memastikan kesihatan Karl sentiasa dijaga dan dipantau setiap masa.

Nama Watak Sampingan : Farid dan AminWatak Orang kepercayaan MedinaPerwatakan Patuh arahan – menculik Farisha semasa di Hentian Pagoh atas arahan Medina

Nama Watak Sampingan : Khairul AnwarWatak Dia orang suruhan dan mematuhi arahan Dr MaxiPerwatakan Dia mempunyai perasaan kemanusiaan terhadap Shida yang meronta-ronta setelah

menggantikan Farisha.

141

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PLOT

1. Permulaan/EksposisiCerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Farisha dan Aqram yang berkenalan di dalamkapal terbang dari Senai ke KLIA. Mereka seterusnya berjumpa lagi dalam sebuah konvensyenkomputer yang dijalankan keesokkannya. Aqram menawarkan Farisha menjadi jururundingsebuah projek mini yang sangat bernilai di Soft Lab kepada syarikat milik Farisha.

2. PerkembanganPerkembangan novel ini digambarkan melalui watak Farisha menghantar e-mel kepadaAqram untuk berbincang tentang projek mini yang dibincang sebelum ini. Farisha dan Rosmansangat terkejut dan teruja apabila mengetahui bahawa nilai projek yang ditawarkan kepadamereka sebanyak RM1.5 juta. Farisha dan Rosman kemudiannya dibawa oleh Aqram berjumpadengan Dr Maxi. Farisha terkejut apabila Dr Maxi mengetahui peristiwa Farisha berjayamenggodam sistem data Bank Sapurba. Selepas itu, mereka berdua dibawa ke sebuah bilik kacadan telah menemui Karl yang terlantar kerana mengidap penyakit barah usus. Farisha diberikantanggungjawab menggodam sistem Dinara dengan dibantu oleh Aqram dan Shida. Pelbagaimaklumat tentang projek Dinara yang perlu diketahui oleh Farisha.

3. KlimaksAzraai telah memberikan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Dalam fail tersebutmengandungi butiran permohonan untuk mengambil Farisha sebagai anak angkat. Azraaimembuka rahsia bahawa ibu kandung Farisha sebenarnya ialah Marilyn/Medina, keturunanPortugal. Ketika berada di hospital, Farisha dilarikan oleh Azraai untuk memastikankeselamatan Farsiha tetapi kemudiannya diculik oleh Farid dan Amin untuk dibawa berjumpadengan ibunya. Azraai telah meminta bantuan Rosman untuk mencari Farisha. Medina/Marilyntelah berhubung dengan Farisha semasa Farid dan Amin dalam perjalanan membawa Farisha.Di Soft Lab, Alia mencuba mengetahui kisah Karl melalui Shida yang mempunyai hampir 20tahun ingatan Karl. Shida menceritakan tentang kekesalan diri Karl yang telah menyeksa Alia.Alia merupakan isteri Karl yang bernama Rusmina sebelum ditukarkan menjadi Alia. Farishaakhirnya berjumpa dengan ibunya Marilyn/Medina yang hampir membunuhnya dulu.

4. PeleraianPeleraian dalam novel ini diperihalkan melalui watak Dr Maxi yang berita daripada Dr Harisbahawa Karl semakin tenat di rumahnya. Farisha bertemu ayah kandungnya Karl yang semakintenat. Medina/Marilyn menyesal kerana meninggalkan Karl. Karl akhirnya meninggal duniapada pukul 7.00 malam. Mayat Karl dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka ataspermintaan Karl. Selepas upacara tersebut, Farisha mulai perasaan bahawa Shida membisu sajasejak semalam rupa-rupanya “Karl” masih berada di dalam tubuh Shida dan Karl memintasupaya Farisha tidak berasa risau akan keadaan Shida dan mahu Farisha menyelamatkan sistemDinara di Soft Lab.

142

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

TEKNIK PLOT / PENCERITAAN

1. PemerianPenulis menggunakan bahasa yang jelas untuk menggambarkan sesuatu peristiwa supayamudah difahami. Contoh, “Jus oren dihabiskan untuk Cuma sekali teguk, kacang tanahdibiarkan tidak berusik.” (hlm.7)

2. DialogContoh: “Tak mandilah tu,” peril Farisha

“ Kan da ni, tak payahlah mandi,” kata Shida. (hlm.61)

3. Monolog DalamanContoh: “Anak angkat?” Shida bertanya sendiri seolah-olah menyoal helai dokumen yangditatap (hlm 143)

4. SaspensContoh: Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi terkejut apabila melihat Farisha pengsan di SoftLab. Ketika itu, mereka telah bersedia untuk meneruskan sesi yang selanjutnya, iaitu antaraKarl dan Farisha. Masing-masing berasa saspens dengan keadaan Farisha lalu menelefonambulans untuk menghantarnya ke hospital. (hlm 123 -125)

5 Imbas KembaliContoh: Farisha teringat akan ayah dan ibunya yang menghidap barah tulang. Hal ini terimbaskembali apabila dia dan Rosman menziarahi Karl yang sakit dan terbaring kerana penyakitbarah usus. (hlm 53)

6 Imbas mukaContoh: Awram berasa kasihan apabila memikirkan nasib yang akan menimpa Farisha padamasa akan datang apabila projek Dinara ini bermula. Baginya, Farisha mampu menanggungdari segi mental, namun dari segi fizikal dia tidak dapat memastikannya. (hlm 73)

LATAR

Latar Masa1. Malam

Cth : i. Farisha mengunjungi rumah abangnya ntuk makan malam. Semasaberada di rumah abangnya, Farisha mengetahui bahawa abangnyamenghidap sakit jantung dan mengetahui bahawa dia hanyalah anakangkat.

ii. Karl menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.00 malam.iii. Farisha sampai ke apartmennya pada jam 10.00 malam

143

2. PagiCth : i. Farisha menunggu Rosman untuk menjemputnya ke Hotel Renaissance

menghadiri symposium pada pukul 9.00 pagi.ii. Farisha dan Shida memulakan tugas di Soft Lab pada waktu pagi

3. PetangCth : i. Shida bertemu dengan Dr Maxi pada pukul 4.30 petang

ii. Rosman dan Shida melawat Farisha di Wad 2B pada waktu petang.iii. Farid dan Amin (Orang suruhan Medina/Marilyn) menyusup masuk ke dalam

wad pada waktu petang untuk memasang alat peranti di pelipis kiri Farisha

Latar Tempat1. Lapangan Terbang Senai

Huraian: Tempat Farisha bertemu dengan Aqram ketika dia dalam perjalanan pulang ke KualaLumpur setelah menghadiri program di Nusa Jaya.

2. Hotel RenaissanceHuraian: lokasi simposium Persatuan Penggodaman Antarabangsa

Senawang – Tempat Rosman bekerja menyiapkan projek diamanahkan kepadasyarikat usaha samanya dengan Farisha

3. Apartmen FarishaHuraian : dilengkapi retinal scanner untuk meningkatkan keselamatan Farisha

4 Rumah agam KarlHuraian: Lokasi kediaman rumah agam Karl terletak di Puchong.

5 Rumah AzraaiHuraian: Farisha keluarga abangnya apabila mengetahui abangnya menghidap sakit jantung.

6 Hospital Putrajaya (Wad 2B)–Huraian: Farisha dihantar ke hospital setelah jatuh pengsan di Soft Lab.

7 Syarikat Soft Lab di CyberjayaHuraian: Berperanan sebagai pusat data, Jabatan Pembangunan Perisian, server yanglengkap. Selain itu, mengandungi Desktop Maya yang menempatkan hasil penyelidikandan knowledge based sistem Dinara.

8. Hentian PagohHuraian: Azraai memberhentikan keretanya dan Farisha diculik oleh dua orang lelaki yangmenggugut mahu mencederakan Azraai.

9. Pantai Port DicksonHuraian: lokasi menabur abu mayat Karl dilakukan di Selat Melaka

10. Rumah ibu bapa AzraaiHuraian: Farisha diserahkan oleh kepada ibu bapa Azraai ketika berusia 2 tahun

144

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang sentiasa bersyukurHuraian :Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluargaIslam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya,Karl.

2. Masyarakat yang penyayangHuraian: Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai.Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

3. Masyarakat yang bijaksana dalam bidang yang diceburiHuraian :Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapatmenggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yangtelah dipasang di badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya geniustelah dimasukkan ke dalam badannya oleh bapanya, Karl.

4. Masyarakat yang gigih meneruskan kehidupanHuraian: Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orangmenggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsnya untuk menyaingiKarl, lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dandiserahkan kepada keluarga angkat.

5. Masyarakat yang patuh kepada arahan majikanHuraian :Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi danKarl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencariFarisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

6. Masyarakat yang saling bekerjasamaHuraian: Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsimereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yangditawarkan oleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untukmencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untukkepentingan Dinara.

7. Masyarakat manusia cyborgHuraian: Aqram, Alia, Khairul Anwar dan beratus-ratus orang pekerja syarikat Soft Labialah manusia cyborg yang dicipta oleh Karl.

8. Masyarakat saintis yang taasub akan teknologiHuraian: Pasangan saintis iaitu Karl dan Marilyn berusaha mempelbagai rekaan untukkepuasan diri. Karl mencipta ssstem Dinara dan menghasilkan manusia cyborg di Soft Lab.Akhirnya berpisah kerana saling mengalahkan antara satu sama lain.

145

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

NILAI

1. KesyukuranCth: Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam.Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl.

2. Kasih sayangCth: Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai.Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

3. KegigihanCth: Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orangmenggelarkannya wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainsya bagi menyaingi Karl,lelaki yang pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dandiserahkan kepada keluarga angkat.

4. KepatuhanCth : Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karlwalaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farishauntuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

5. KerjasamaCth: Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi merekaiaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkanoleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencariFarisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untukkepentingan Dinara

6. AmanahCth: Azraai memegang amanah arwah ayah bahawa mikrocip mesti kekal dalam badan Farishadan berkhidmat di Syarikat Soft Lab.

7. KetekunanCth: Farisha dan Shida bekerja dengan tekun untuk menyelamat Sistem Dinara daripada virusyang disusup masuk.

8. KeprihatinanCth: Aqram dan Khairul Anwar sangat prihatin terhadap situasi yang dialami oleh Shida danmeminta Dr Maxi membetulkan memori Shida

9. Baik hatiCth: Keluarga Azraai telah menjaga dan membesarkan Farisha sejak berumur dua tahun.

10. TanggungjawabCth: Farisha bertaggungjawab untuk membantu Soft Lab mengukuhkan dan menggodamsistem Dinara yang diserang virus bom jangka

11. KerajinanCth: Shida berusaha menulis artikel dan biografi mengenai Karl dengan bayaran RM40,000.Shida rajin menelaah buku dan hasil kajian Karl di arkib.

146

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk memperoleh kejayaan walaupun menghadapicabaran.Huraian: Farisha sanggup menghadapi setiap rintangan ketika menjalankan tugasnya di SoftLab

2. Kita mestilah menghormati dan menyayangi ibu bapaHuraian: Farisha menghormati dan menyayangi ibu bapanya meskipun dieksploitasi untukkepentingan Soft Lab

3. Kita hendaklah bersikap amanahHuraian: Azraai memastikan keselamatan Farisha seperti yang diamanahkan kepadanya.

4. Kita hendaklah menggunakan teknologi untuk kesejahteraan manusiaHuraian: Perbuatan Karl menggunakan teknologi untuk kepentingan diri sendiri perlu dielakkankerana mendatangkan kesan negatif.

5. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusanHuraian: Farisha berfikir masak-masak sebelum menerima tawaran bekerja di Soft Lab.

6. Kita janganlah menaruh perasaan dendam terhadap orang lainHuraian: Marilyn/Medina memaafkan suaminya, Karl walaupun Karl pernah mensabotajnyasehingga dia hamper-hampir gila.

7. Kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama sebagai satu pasukanHuraian: Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi merekaiaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkanoleh Soft Lab.Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencariFarisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentinganDinara.

147

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

GAYA BAHASA1. Metafora

Wajahnya kelihatan seperti makhluk asing…(hlm 81)seperti orang hilang akan (hlm 99)

2. PersonifikasiCth: Menembusi ruang fikiran ..(hlm 33)

Rasa takut datang menyelubungi …(hlm 51)Akhirnya Farisha memasuki perut pesawat.. (hlm 4)Tangisnya menggila. (hlm 195)

3. HiperbolaCth: Melepasi selautan manusia ….(hlm 1)

Lantang berkumandang menggasak gegendang ( hlm 27)

4. PeribahasaCth: air muka (hlm 41) Anak

angkat ( hln 51)bagaikan anjing dengan kucing (hlm 110)seperti langit dengan bumi ( hlm 64)

5. Bahasa InggerisCth: coffee house (hlm 41)

bean bags (hlm 24)Name card (hlm 33)“..Ofis client aku dekat sana,” (hlm 63)

6. Istilah sains dan teknologiCth: Retinal scanner

mikrocipimplanperantiCyborg

148

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

PANDUANMENJAWAB NOVEL

Soalan 4 :Novel ( 15 markah)

1. Soalan 4 mempunyai dua bahagian, iaitu bahagian (a) dan bahagian (b)2. Soalan berkaitan novel yang telah dipelajari di tingkatan 4 dan tingkatan 53. Soalan-soalan merangkumi aspek struktur sesebuah novel seperti tema, persoalan, watak dan

perwatakan, latar, nilai murni, dan pengajaran.4. Jawapan calon mestilah berbentuk esei.5. Bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang gramatis dan struktur ayat yang betul.6. Bagi soalan 4(a), soalan yang ditanya berdasarkan salah sebuah novel yang telah dikaji.7. Bagi soalan 4(b), soalan yang ditanya berdasarkan sebuah novel atau kedua-dua buah novel

yang telah dikaji.

Pemarkahan Soalan Novel

1. Markah keseluruhan untuk novel ialah 15 markah.

2. Bagi soalan 4(a), markah yang diperuntukkan ialah 7 markah, iaitu 4 markah isi dan 3 markahbahasa. Calon perlu mengemukakan dua isi, iaitu 2 markah untuk setiap contoh yang lengkapdan jelas.

3. Bagi soalan 4(b), markah yang diperuntukkan ialah 8 markah, iaitu 6 markah isi dan 2 markahbahasa. Calon perlu mengemukakan tiga isi iaitu 2 markah untuk setiap huraian yang lengkapataujelas bagi setiap novel ataupun dua isi iaitu 3 markah untuk setiap isi + huraian yanglengkap.

4. Markah bahasa diberikan secara impression.

Tip Cemerlang Menjawab Soalan Novel

1 Baca dan garisi kata kunci dalam soalan

2. Senaraikan isi-isi penting terlebih dahulu sebelum menulisnya dalam bentuk esei

3. Pastikan satu isi dalam perenggan, iaitu satu pernyataan dan satu huraian berserta contoh.

4. Gunakan bahasa yang baku, struktur ayat yang pelbagai, serta pemilihan kata yang tepat dansesuai.

149

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 1.

Huraikan tema berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.

[7 markah]Tema:Ketaasuban terhadap teknologi sehingga menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan.Huraian : Farisha anak tidak sah taraf kepada Karl dan Medina menjadi korban ketaasuban ayahnya dalam

bidang sains. Semasa dia kecil, dia disuntik oleh Karl dengan pelbagai implan ke dalam badannya semata-

mata untuk menjadikan Farisha seorang yang genius. Keadaan ini menyebabkan ibu kandung Farisha, Medina ingin membunuh Farisha kerana tidak

sanggup melihat Farisha yang masih bayi ditanam implan beberapa kali tanpa diberikan ubatbius.

Farisha berjaya diselamatkan oleh Dr. maxi dan Aqram lalu diserahkan kepada keluarga Azraai. Tindakan Karl terhadap Farisha terlalu kejam namun Farisha kini berguna untuk menyelamatkan

Dinara kerana dia sangat genius dalam dunia pengkomputeran.

Praktis 2

Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari denganmengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

[8 markah]

Soft Lab, buktinya tempat kerja Farisha untuk menggodam sistem DinaraHospital, buktinya Farisha dimasukkan ke hospital setelah pengsan di Soft LabRumah Karl, buktinya Farisha menziarahi ayahnya, Karl yang meninggal duniaRumah Azraai, buktinya Farisha melawat abangnya, AzraaiRumah Farisha, buktinya Farisha tidak dapat memasuki rumah kerana rumahnyadipasang 'retina scanner' oleh abangnyaHotel Renaissance, buktinya Farisha menghadiri simposiumHentian Pagoh, buktinya Farisha diculik oleh orang suruhan ibunya Marylin diHentian PagohPort Dickson, Farisha menghadiri upacara pengebumian abu mayat Karl

150

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3.

Bandingkan perwatakan watak utama dengan perwatakan satu watak sampingan dalam sebuah novelyang anda pelajari.

[7 markah]

Watak utama : Farisha - Watak sampingan: Karl

Persamaan:

Cth: Penyayang, buktinya Farisha menangis apabila mendapat tahu abangnya, Azraai menghidappenyakit jantung dan Karl meminta pertolongan Farisha menggodam sistem Dinara untukmengelakkan nyawa manusia terkorban.

Cth: Bijaksana, buktinya Farisha berjaya menggodam sebuah pelayan data di Nusa Jaya dalamtempoh 10 minit dan Karl mencipta pelbagai teknologi baru sehingga menerima anugerahinovasi peringkat kebangsaan

Perbezaan:

Cth: Farisha seorang yang berperikemanusiaan buktinya Farisha tidak sampai hati membenci Karlyang dahulunya pernah menyiksa Farisha sewaktu kecil.

Cth: Karl digambarkan sebagai seorang yang kejam, buktinyaisterinya sehingga cacat

Karl telah menyeksa

Praktis 4.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa pada permulaan cerita dannyatakan sebab kepentingan peristiwa tersebut untuk anda meneruskan pembacaan.

[8 markah]

Aqram telah mencuri cawan minuman Farisha dalam penerbangan ke KLIA untuk menguji DNAFarisha.Huraian: kepentingan peristiwa ini untuk saya meneruskan pembacaan ialah saya inginmengetahui apakah tujuan Aqram menguji DNA Farisha secara curi-curi dan apakah keistimewaanFarisha sehingga diekori oleh Aqram

Farisha tidak dapat masuk ke dalam rumahnya keran rumahnya itu telah dipasang retinal scanner.Huraian: Peristiwa ini penting pada saya kerana saya ingin mengetahui siapakah Shida dan apakahhubungannya dengan Farisha?

151

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalamnovel tersebut.

[7 markah]

Nilai kasih sayang

Cth: Farisha menangis apabila mendapat tahu abangnya, Azraai menghidap penyakit jantung

Nilai Kebijaksanaan

Cth: Farisha berjaya menggodam sebuah pelayan data di Nusa Jaya dalam tempoh 10 minit

Nilai Keberanian

Cth: Farisha berani menerima tawaran untuk menggodam sistem Dinara

Nilai Baik hati

Cth: Farisha akan memberikan ganjaran setiap kali Shida menolongnya

Praktis 6.

Berdasarkan sebuh novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang menunjukkankepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

[8 markah]

Tiga peristiwa menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat:

Masyarakat yang mementingkan diri, buktinya Karl menjalankan pelbagai uji kaji saintifik terhadapanaknya Farisha supaya anaknya menjadi genius tanpa memikirkankesakitan yang dialami anaknya itu.

Masyarakat yang taasub kepada teknologi, buktinya Karl menukarkan Alia daripada seorangmanusia kepada cyborg.

Masyarakat yang kejam, buktinya Karl menyeksa isterinya yang tidak mahu meninggalkan agama.

Masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, buktinya Karl mengajak isterinyameninggalkan agama.

152

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 7.

Tajuk sesebuah novel mestilah menggambarkan isi kandungan ceritanya.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan kesesuaian tajuk novel tersebut dengan isikandungan ceritanya.

[7 markah]

Tajuk novel ialah Di Sebalik DinaraBukti kesesuaian tajuk dengan isi kandungannya:

Di sebalik tugasan Farisha menggodam sistem Dinara tersingkap pelbagai kisah tragisiaitu:Farisha mendapat tahu dirinya anak angkat keluarga AzraaiFarisha mengenali ibu bapa kandungnyakekejaman seorang lelaki, suami dan ayah bernama Karlketaasuban terhadap teknologi menyebabkan Karl menolak agamanya pendedahan identiti sebenarAqram dan Khairil Anwar

Praktis 8.

Pengarang mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh pembaca.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan.

[8 markah]

Tiga peristiwa yang dapat dijadikan teladan:

o Keluarga Azraai menerima Farisha sebagai anak anak angkat. Teladannya ialahkita mestilah bersikap baik hati terhadap orang lain.

o Farisha berani menerima tawaran menggodam sistem Dinara. Teladannya ialahkita mestilah berani menghadapi cabaran.

o Karl terlalu taasub terhadap teknologi sehingga berani menukarkan Alia kepadacyborg. Teladannya, janganlah terlalu taasub terhadap teknologi hingga hilangsifat-sifat kemanusiaan.

o Karl mengajak isterinya meninggalkan agama. Teladannnya ialah kita hendaklahpercaya kepada Tuhan.

o Azraai cuba menyelamatkan Farisha yang diculik oleh orang suruhan Marylin.Teladannya ialah kita mestilah menyayangi ahli keluarga

153

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 9.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menyelesaikan satukonflik yang dihadapinya.

[7 markah]

Cara watak utama menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya:

Masalah diekori seseorang yang mencurigakanFarisha berasa takut menaiki pengangkutan awam sejak merasakan ada orang yangmengekorinyauntuk mengatasi masalah ini, Farisha meminta pertolongan Rosman atau Shida untukmenghantarnya ke tempat kerja atau ke mana-mana

Keraguan untuk menerima tawaran menggodam sistem DinaraFarisha ragu-ragu untuk menerima tawaran menggodam sistem Dinara kerana bayarannyaagak lumayanuntuk mengatasi masalah ini, Farisha meminta pendapat daripada abangnya, Azraai danakhirnya dia menerima tawaran itu.

Pendedahan identiti diri sebagai anak angkatFarisha berasa sedih apabila mendapat tahu dirinya anak angkat keluarga Azraaiuntuk mengetahui lebih lanjut tentang identiti dirinya, Farisha bertanya kepada abangnyaAzraai, kemudian apabila berjumpa dengan Karl dan Marylin di Soft Lab, dia mengenalisiapa ibu bapa kandungnya.

Masalah tidak dapat memasuki rumah Farisha tidak dapat memasuki rumahnya keranasudah dipasang sistem keselamatan (retinal scanner)

untuk mengatasi masalah ini, Farisha menelefon rakan serumahnya Shida supaya pulang kerumah

Praktis 10.

Jelaskan tiga latar masa yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]Latar masa:

Pagi, buktinya Farisha pengsan di Soft LabPetang, buktinya Farisha pergi ke Soft Lab untuk mendapatkan projekmenggodam sistem DinaraMalam, buktinya Karl meninggal dunia pada pukul 7.00 malam

154

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 11.

Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuahnovel yang telah anda pelajari, huraikan dua peristiwa paling menarik. Berikan alasan anda.

[7 markah]

Dua peristiwa paling menarik dan sebab berpendapat demikian:

Karl menguasai tubuh dan minda Shida walaupun Karl sebenarnya sudah meninggaldunia:-

peristiwa ini menarik bagi saya kerana menimbulkan kekaguman dalam diri sayatentang kehebatan kuasa teknologi

Farisha mendapat tahu dirinya hanyalah anak angkat keluarga Azraaiperistiwa ini menarik kerana menyebabkan saya ingin tahu siapakah ibu bapakandung Farisha

155

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 12.

Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.

[8 markah]

Persoalan dalam novel:

Kasih sayang terhadap ahli keluargaAzraai cuba menyelamatkan adiknya, Farisha daripada diculik oleh orang suruhanMarylinFarisha menangis apabila mengetahui abangnya sakit jantungMarylin mencari anak kandungnya, FarishaKarl menyerahkan anaknya, Farisha kepada keluarga angkat kerana tidak mahuMarylin membunuh Farisha

Penghargaan terhadap inovasiKarl menerima anugerah inovasi di peringkat kebangsaan

Kekejaman manusiaKarl membunuh seorang budak lelakiKarl menyeksa isterinya sehingga cacatKarl melakukan pelbagai uji kaji saintifik terhadap Farisha supaya anaknya itumenjadi geniusKarl menukarkan Alia menjadi cyborg

Keberanian menghadapi cabaranFarisha berani menerima cabaran untuk menggodam sistem DinaraKebijaksanaan dalam bidang teknologiFarisha seorang penggodam sistem computerKarl mencipta pelbagai teknologi

Baik hati terhadap orang lainFarisha sering memberi ganjaran kepada Shida yang membantunyaKeluarga Azraai menerima Farisha sebagai anak angkat

156

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 13.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang terdapatdalam novel tersebut.

[7 markah]

Latar masyarakat:Masyarakat yang penyayang , buktinya Farisha menangis apabila mendapat tahu abangnya ,Azraai menghidap penyakit jantungMasyarakat yang bijaksana, buktinya Farisha berjaya menggodam sebuah pelayan data diNusa Jaya dalam tempoh 10 minitMasyarakat yang berani , buktinya Farisha berani menerima tawaran untuk menggodamsistem DinaraMasyarakat yang baik hati, buktinya Farisha akan memberikan ganjaran setiap kali ShidamenolongnyaMasyarakat yang mementingkan diri, buktinya Karl menjalankan pelbagai uji kajisaintifik terhadap anaknya Farisha supaya anaknya menjadi geniusMasyarakat yang taasub kepada teknologi, buktinya Karl menukarkan Alia daripadaseorang manusia kepada cyborg

Praktis 14.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan tiga contoh nilai kasih sayang yang terdapatdalam novel tersebut.

[8 markah]

Nilai Kasih Sayang:

Kasih sayang abang terhadap adikAzraai cuba menyelamatkan adiknya, Farisha daripada diculik oleh orang suruhanMarylin

Kasih sayang adik terhadap abangFarisha menangis apabila mengetahui abangnya sakit jantung

Kasih sayang ibu terhadap anakMarilyn mencari anak kandungnya, Farisha

Kasih sayang ayah terhadap anakKarl menyerahkan anaknya, Farisha kepada keluarga angkat kerana tidak mahuMarilyn membunuh Farisha

Kasih sayang sesama manusiaKarl meminta Farisha menggodam sistem Dinara bagi mengelakkan banyaknyawa manusia terkorban

157

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 15.

Sesebuah novel dapat meninggalkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadapperasaan anda.

[7 markah]

Peristiwa yang menimbulkan kesan terhadap perasaan:

Karl menyeksa isterinya.saya berasa sedih dengan sikap Karl yang sangat kejam

Karl meninggal dunia.saya berasa gembira kerana orang yang jahat tiada lagi

Alia tidak meninggalkan agamanya walaupun diseksa oleh Karl.saya berasa kagum dengan ketabahan Alia

Praktis 16.

Jelaskan dua peristiwa pada akhir cerita dalam sebuah novel yang anda kaji kemudian nyatakansebab penulis mengakhiri ceritanya begitu.

[8 markah]

Dua peristiwa pada akhir cerita dan sebab penulis mengakhirinya ceritanya begitu:

Karl meninggal dunia:penulis ingin pembaca berasa gembira kerana akhirnya orang jahat tiada lagi

Karl menguasai tubuh dan minda Shida walaupun sudah meninggal dunia:penulis ingin menyambung cerita ini dalam novel seterusnya

penulis ingin menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca

158

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 17.

Jelaskan dua perwatakan watak utama yang dapat memberikan teladan kepada pembaca berdasarkansebuah novel yang telah anda pelajari.

[7 markah]

Farisha

Bijak dan petah berdebat

Cth: Farisha mampu berdebat dengan Aqram tentang sistem Dinara dengan begitu baik dan petahwalaupun dia baru belajar tentang sistem tersebut.

Penyayang

Cth: Farisha menangis apabila mendapat tahu bahawa abang angkatnya, Azraai mengalamimasalah jantung

Praktis 18.

Setiap novel mengandungi nilai kemanusiaan yang dapat dicontohi pembaca. Jelaskan dua nilaikemanusiaan yang terkandung dalam sebuah novel yang telah anda kaji.

[7 markah]

Nilai kebijaksanaan.

Cth: Farisha mampu mendebatkan sistem Dinara dengan Aqram walaupun dia baru belajar tentangsistem tersebut.

Nilai kasih sayang.

Cth: Farisha menangis apabila mendapat tahu bahawa abang angkatnya Azraai mengalami sakitjantung.

159

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 19.

Watak dalam sebuah cerita berperanan untuk menghidupkan penceritaan. Berdasarkan sebuah novelyang telah anda kaji, jelaskan satu watak sampingan lelaki dan perwatakannya.

[7 markah]

Azraai

Penyayang dan prihatin

Cth: Azraai tetap mementingkan keselamatan Farisha dengan meningkatkan sistemkeselamatan di rumah Farisha walaupun Farisha hanyalah adik angkatnya.

Bertanggungjawab

Cth: Azraai segera melarikan dan menyembunyikan Farisha sebaik-baik sahaja diamengetahui bahawa ibu Farisha telah dapat berkomunikasi dengan Farisha.

Praktis 20

Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat mengembangkan sesebuah cerita.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watakutamanya.

[7 markah]

Konflik berkaitan dengan status anak angkat kepada keluarga Azraai

Huraian: Konflik ini tercetus apabila Farisha berasa terkilan selepas menyedari bahawa dirinyamerupakan anak angkat keluarga Azraai dan merupakan seorang anak tidak sah tarafdisebabkan pengenalan bapanya yang tidaktercatat dalam fail manakala ibunya bernamaMarilyn berketurunan Portugis

Konflik berkaitan dengan kesihatan abang angkat.

Huraian: Farisha sangat sedih akan kesihatan abang angkatnya, Azraai yag mengalami sakitjantung.

160

LAMPIRANPANEL PENGGUBAL PRIGEL KOMSAS,UNIT BAHASA MALAYSIA, SPA,JPNSABAH.

BIL NAMA SEKOLAH

01 Encik Juilis Mokujal SMK Narinang, Kota Belud02 Encik Ronnie Leong Kim Fui SMK Likas, Kota Kinabalu03 Encik Sulaiman Suhaili SMK Pengiran Omar II, Sipitang04 Puan Azlida Abd Rahman SM Shan Tao, Kota Kinabalu05 Puan Halina Jumaring SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu06 Cik Suzanah Dahlin SMK St Joseph