modul soalan graf

5
Skema pemarkahan Graf Perincian markah: Pengkelasan angkubah : 5 markah Kesesuaian teknik : 5 markah Ketepatan isi : 5 markah Kejelasan : 5 markah 1. Salah media 1/20 2. Maklumat salah 8/20 i. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk/tiada tempat ii. Tiada petunjuk/ petunjuk muka surat lain iii. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/jumlah besar/tiada label/label tidak lengkap* 3. Sumber tidak lengkap 18/20 , tiada sumber 17/20 4. Salah unit/nilai pada paksi tetapi skala betul 18/20 5. Berlorek 16/20 6. Gabung warna dan lorek 16/20 7. Jika tiada graf/carta, jawapan hanya jadual sahaja Butiran 2m, tajuk m, sumber ½ ½ Jadual tanpa tajuk/unit/nilai label yang lengkap tidak diterima Teknik menjawab soalan graf 1. Mengenal pasti kehendak soalan

Upload: halusan-maybe

Post on 12-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh modul graf

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Soalan Graf

Skema pemarkahan Graf

Perincian markah:

Pengkelasan angkubah : 5 markah

Kesesuaian teknik : 5 markah

Ketepatan isi : 5 markah

Kejelasan : 5 markah

1. Salah media – 1/20

2. Maklumat salah – 8/20

i. Tiada tajuk/salah tajuk/tiada tahun pada tajuk/tiada tempat

ii. Tiada petunjuk/ petunjuk muka surat lain

iii. Tiada peratus/salah nilai atau unit di paksi/jumlah besar/tiada label/label tidak

lengkap*

3. Sumber tidak lengkap 18/20 , tiada sumber 17/20

4. Salah unit/nilai pada paksi tetapi skala betul 18/20

5. Berlorek 16/20

6. Gabung warna dan lorek 16/20

7. Jika tiada graf/carta, jawapan hanya jadual sahaja

Butiran 2m, tajuk ½m, sumber ½

Jadual tanpa tajuk/unit/nilai label yang lengkap tidak diterima

Page 2: Modul Soalan Graf

Teknik menjawab soalan graf

1. Mengenal pasti kehendak soalan

Para calon harus membaca soalan dengan teliti. Hal ini kerana soalan berkenaan akan

memberikan petunjuk pembolehubah yang akan digunakan dan jenis media yang dikehendaki

soalan.

i. Pemahaman Soalan

Keseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal pasti

tujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pembolehubah -

pembolehubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap

pembolehubah tersebut. (Tajuk)(paksi-y)

ii. Tajuk graf atau carta.

Tajuk hendaklah merujuk kepada soalan. Berikan tumpuan kepada ayat yang bertulis

italik. Diberikan contoh seperti dibawah:

Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan jumlah guna tenaga dan buruh Malaysia bagi tahun-tahun yang dinyatakan.

Berdasarkan soalan di atas, tajuk yang sesuai untuk carta ini ialah:

MALAYSIA: JUMLAH GUNA TENAGA DAN BURUH BAGI TAHUN 1990 HINGGA 1995

Tajuk mestilah lengkap iaitu mengandungi tempat/lokasi, perkara dan tempoh masa dan ditulis huruf besar semuanya. Perhatikan soalan di atas, didapati tempoh yang diberikan dalam soalan tidak lengkap. Oleh itu, pelajar haruslah merujuk petikan untuk mengetahui tempoh yang lengkap. Pelajar juga haruslah sentiasa berwaspada dan mesti tulis perkataan andaian atau anggaran pada tahun berkaitan dalam tajuk sekiranya ada.

iii. Label paksi-y

Kebiasaannya label paksi-y dinyatakan selepas perkataan menunjukkan di dalam soalan.

Sebagai contoh, seperti dalam soalan di bawah:

Page 3: Modul Soalan Graf

Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan pendapatan eksport mengikut pelbagai komoditi antara tahun 2000 – 2003.

pendapatan eksport ( RM Juta )

tahun

Perkataan dalam kurungan (RM Juta) selepas label paksi-y dikenali sebagai unit.

Label paksi-y ini penting sebagai data/pembolehubah yang mesti ditunjukkan/diplot dalam graf atau

carta pai. Sebagai contoh,

Jenis komoditipendapatan eksport ( RM Juta )

Penentuan Media.

Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang dikehendaki oleh soalan.

Calon-calon boleh menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang

terkandung di dalam petikan.

iv. Membuat penganalisaan

Setelah butiran dikenal pasti, kiraan perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan nilai

mutlak atau peratusan dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.

- sekiranya petikan menyatakan “ bertambah sebanyak” (diberikan dalam nilai mutlak atau

peratusan) ini bermakna perbezaan data bagi dua tahun yang dibandingkan, iaitu dari

tahun sebelum dengan tahun berikutnya. Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon

boleh mendapatkan nilai mutlak pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi

dengan nilai yang diberikan sebelumnya.

- Jika kenyataan “ berkurang sebanyak” maka nilai bezaan ditolak daripada nilai yang diberi

pada tahun sebelumnya.

- Seandainya kenyataan “ bertambah, berkurang kepada atau menjadi” pada sesuatu tahun,

maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.

Page 4: Modul Soalan Graf

- Jika data tidak diketahui pada satu sektor dalam jadual tahun yang sama tetapi jumlah

pada tahun tersebut diberi, maka calon boleh mendapatkan data tersebut. Hal ini

membawa maksud sesetengah jadual perlu ada jumlah pada setiap tahun untuk

memudahkan mencari nilai setiap sektor. Walaupun jumlah tersebut tidak diplot dalam

graf.

2. Penentuan Media.

Calon-calon hendaklah memilih media yang tepat seperti dikehendaki soalan. Calon-calon boleh

menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang terkandung di

dalam petikan. Biasanya ada 10 graf dan carta yang keluar dalam soalan STPM P2.

Jenis media Kata kunci media Kata kunci khas/ciri-ciri

Bar

Kompaun Banding, bilangan,

kebanyakan data

geografi

-

Komponen Komposisi, komponen,

jumlah, nilai keseluruhan

Memesong / cermin Ada nilai negatif, peratus

perubahan.

Piramid 3 pembolehubah dalam

soalan, salah satu

pembolehubah

berpasangan

Garis

Kompaun Pola perubahan,

perubahan, turun

naik, trend,

kebanyakan data

ekonomi (cth: mata,

indeks...)

-

Komponen Komposisi, komponen,

jumlah

Memesong / cermin Ada nilai negatif, peratus

perubahan.

Gabung (bar dan garis) Dan, pada graf yang

sama

2 perkara/dua skala yang

mempunyai dua paksi

menegak

Carta pai banding Carta untuk

menunjukkan

perbandingan,

membanding

Terdapat

Pembolehubah/maklumat

yg boleh dibanding

(jantina, masa, ....)

Page 5: Modul Soalan Graf

Tong/silinder 2 pembolehubah yang

berbeza tetapi berkaitan

dan jumlah yang sama

*Jadual ini hanya untuk membantu memudahkan pelajar mengenalpasti jenis media yang

dikehendaki soalan.

3. Membina media.

Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai.

Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

1. Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.

2. Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang

sama.

3. Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu

garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.

4. Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.

5. Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang

berlapis.

6. Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang

lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.

7. Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada

di dalam media. Antaranya :

1.Tajuk yang lengkap (lokasi, pekara dan tempoh ) * anggaran, andaian, diramal,dijangka

2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.

3. Perlu ada skala .

4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.

5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah

media..

Page 6: Modul Soalan Graf