model perniagaan tanpa website

5

Click here to load reader

Upload: idea-bisnes-internet

Post on 16-May-2015

409 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model perniagaan tanpa website

Versi smartusaha.com

Menjalankan Perniagaan Online Tanpa Website

Adakah anda ingin menghasilkan pendapatan daripada internet tetapi anda tidak

mempunyai cukup pengalaman dan sememangnya tiada pengalaman dalam bidang

ini. Anda juga tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakannya.

Sebenarnya anda tidak perlu risau ataupun bimbang kerana banyak kaedah yang

boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan online anda yang pertama. Salah

satu peluang yang ada dan pada pendapat saya ini adalah di antara yang terbaik,

ialah dengan menyertai affiliate marketing.

Affliate marketing memberi peluang kepada anda memasarkan sesuatu secara online

walaupun anda tidak mempunyai produk anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan

adalah mendaftar dengan affiliate program, yang dimiliki oleh affiliate merchant.

Sekarang anda telah pun mempunyai produk untuk dipasarkan secara online.

Sebagai affiliate, anda akan dibayar komisen yang telah ditetapkan oleh affiliate

merchant. Komisen ini akan dibayar kepada anda sekiranya anda membawa

pelanggan kepada website merchant’s dan mereka membeli produk yang anda

promosikan.

Untuk anda mula menyertai dan mempromosikan affiliate program amat cepat dan

mudah, kerana pendaftarannya adalah percuma. Tetapi biarpun faedah dan

kelebihan yang telah ditawarkan oleh kebayakan affiliate merchant, ramai lagi yang

masih teragak-agak untuk menyertai affiliate marketing. Antara sebab utama kenapa

mereka ini masih lagi teragak-agak untuk menyertainya adalah kerana mereka ini

tidak mempunyai website untuk mempromsikan produk affiliate. Disebabkan

1

Page 2: Model perniagaan tanpa website

Versi smartusaha.com

persoalan ini, tergerak hati saya untuk menerangkan adakah mereka yang ingin

menyertai affiliate program perlu mempunyai website.

Di negara barat, ada sesetengah usahawan internet yang baru atau pun yang senior

dalam perniagaan mempromosikan affiliate program memulakan dan menjalankan

perniagaan mereka tanpa website. Anda sudah nampak bukan, sebenarnya sesiapa

sahaja yang ingin mempromosi dan memasarkan produk affiliate boleh bermula

walaupun tidak mempunyai website. Lagi pun, banyak strategi dalam affiliate

marketing yang boleh membawa kejayan kepada anda dapat dilaksanakan tanpa

anda memiliki website. Antara strategi yang saya maksudkan adalah seperti email

marketing, menulis ebooks secara percuma , promosi di ezines, menyertai

perbincangan online, dan menulis arktikel.

Untuk edisi khas SmartUsaha.com ini, saya akan menerangkan tentang strategi

email marketing.

Email Marketing

Email marketing ataupun membina opt-in list anda adalah strategi yang paling

popular di dalam mempromosikan affiliate program yang tidak memerlukan website.

Dalam strategi ini, perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan mengumpul

email prospek anda yang berminat untuk mengetahui produk produk yang anda

pasarkan. Anda boleh menghantar email promosi kepada prospek anda dan di

samping itu anda sertakan sekali artikel-artikel yang berkaitan dengan produk yang

anda pasarkan. Mudah bukan? Anda janganlah hanya menghantar email atau artikel

berkaitan dengan promosi anda sahaja, tetapi cuba tawarkan maklumat yang

berguna kepada senarai prospek anda tadi.

2

Page 3: Model perniagaan tanpa website

Versi smartusaha.com

Sebagai contoh, jika anda mempromosikan produk kesihatan, cuba sediakan artikel

tentang kesihatan, penyakit, kenapa perlu menjaga kesihatan, dan bersama artikel

anda itu tadi sertakan sekali affiliate link anda. Ataupun anda mempromosikan

produk penjagaan rumah misalnya, sediakanlah artikel yang berkaitan dengan

penjagaan rumah, dan bersama artikel anda itu tadi selitkanlah affiliate link anda

sekali. Jadi di sini prospek anda akan merasa, anda bukan sahaja ingin

mempromosikan produk semata-mata kepada mereka, malah anda menyediakan

maklumat yang berguna kepada mereka. Dengan artikel-artikel yang anda sediakan

itu dengan sendirinya mereka akan membeli produk yang anda tawarkan.

Bagaimanakah caranya anda ingin membina Opt-in list anda. Salah satu cara yang

murah dan tidak memerlukan modal (duit) adalah dengan menggunakan

perkhidmatan ini : http://www.yourluckylist.com/

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan mendaftar di website yang

saya berikan di atas. Setelah anda mendaftar ada akan mendapat URL khas untuk

anda seperti ini : http://www.yourluckylist.com/index.php?yournickname. Apa yang

perlu anda lakukan adalah dengan mempromosikan URL ini dan dapatkan pengguna

internet mendaftar menggunakan URL anda.

Secara asasnya sistem ini akan berfungsi seperti ini:

1. Anda memperkenalkan perkhidmatan ini kepada pengguna internet

2. Sesiapa yang mendaftar melalui link anda adalah downline anda

3. Downline anda akan memperkenalkan perkhidmatan ini kepada pengguna

4. Dan sesiapa sahaja yang mendaftar di bawah anda adalah downline anda

Dengan menggunakan perkhidmatan ini anda boleh menghantar masej kepada

sesiapa sahaja di bawah anda. Bagaimana, mudah bukan? Tetapi perlukan kan

3

Page 4: Model perniagaan tanpa website

Versi smartusaha.com

sedikit usaha untuk mempromosikan link anda itu tadi. Sekarang anda boleh

memulakan promosi produk yang ingin anda jual. Kaedah ini juga dikenali sebagai

Viral Marketing.

Dan cara yang kedua yang boleh anda gunakan adalah dengan menggunakan

autoresponder dan landing page. Contoh landing page adalah seperti ini :

http://passive-income-guide.com/ac.php

Landing page mempunyai sedikit penerangan dan form untuk anda dapatkan email

dan nama pengunjung yang berminat mengenai maklumat yang anda ingin

sampaikan. Di sini anda memerlukan domain name dan web host/hosting untuk

menempatkan landing page. Maka anda memerlukan sedikit modal untuk melakukan

kaedah ini.

Untuk perndaftaran domain name dan web host anda boleh register di sini dengan

harga yang murah : http://sempoihosting.com

Untuk perkhidmatan autoresponder anda boleh menggunakan free service

autoresponder iaitu di : http://professionalautoresponder.com/.

Email dan nama pengunjung yang anda perolehi dari landing page itu tadi akan

disimpan ke dalam autoresponder anda.

Sekarang anda boleh mula menghantar email/maklumat kepada Opt-in list anda.

Kekerapan untuk menghantar email bolehlah di hantar dalam seminggu sekali atau

dua minggu sekali atau pun sebulan sekali. Ia terpulang kepada anda. Perlu

diingatkan, anda jangan hanya menghantar promosi tentang produk anda sahaja.

Berikan maklumat yang bernilai buat prospek anda, mereka akan menghargai usaha

anda itu dengan membeli produk yang anda promosikan. Jadi ambil masa. Jangan

4

Page 5: Model perniagaan tanpa website

Versi smartusaha.com

terlalu gopoh untuk mempromosikan sesuatu. Sekarang anda boleh menjalankan

perniagaan anda walaupun anda tidak mempunyai website. Kaedah ini bukan hanya

untuk produk affiliate sahaja, bahkan apa sahaja produk/perkhidmatan yang ingin

anda jual secara online. Kerana pemasaran dengan menggunakan media Internet

memerlukan kos yang amat rendah. Tetapi anda perlu tahu kaedah yang betul.

Selamat Berjaya!

Mohd Sufian http://passive-income-guide.com/blog/ Nantikan kemunculan Versi penuh ebook “Menjalankan perniagaan online tanpa website”. Anda Cuma perlu subscribe di http://passive-income-guide.com/blog/

5