mnbsk_sjkc_sjkt

6

Click here to load reader

Upload: mohamad-nazrin-abdul-latif

Post on 06-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

trt

TRANSCRIPT

Page 1: MNBSK_SJKC_SJKT

MNBSK / SJKC / SJKT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL INSTRUMEN NUMERASI BERTULIS SARINGAN 2 (SK / SJKC / SJKT)

JUN 2010

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2010) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 2: MNBSK_SJKC_SJKT

MNBSK / SJKC / SJKT

KAEDAH PELAKSANAAN

Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 28 Jun – 2 Julai 2010

Murid Tahun 1 yang tidak melepasi mana-mana konstruk 1 - 9

Saringan 1 mesti menduduki saringan ini

Guru perlu membantu murid memahami tugasan soalan

Murid disaring secara telus dan jujur

Guru mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi

Individu yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Numerasi

Bertulis

Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-

dua item yang mengukur konstruk tersebut

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

Selepas Saringan 2 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah:

Saringan 2

Tidak Menguasai Konstruk 1 – Konstruk 2

(dibimbing oleh guru pemulihan khas)

Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 3 – Konstruk 9

Program LINUS

Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 10

Kelas arus perdana

Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 2 akan menduduki

Saringan 3 yang akan diadakan pada 1 – 2 September 2010. Murid-murid yang mengikuti Program LINUS akan menduduki Saringan

3. Program LINUS dilaksanakan oleh guru Matematik manakala guru pemulihan adalah yang sedia ada di sekolah.

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT

2

Tahun 1 (2010) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 3: MNBSK_SJKC_SJKT

MNBSK / SJKC / SJKT

PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 2 (BERTULIS)

Item 1

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

Murid memangkah angka 7 dan 8 di dalam petak yang disediakan

Murid menguasai tugasan ini jika memangkah angka 7 dan 8

dengan betul

Item 2

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

Murid menandakan √ pada angka yang sama

Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √ dengan betul

pada angka yang sama iaitu 3 dengan 3 dan 4 dengan 4

Catatan: Murid dibenarkan menandakan X pada jawapan yang salah bagi

item ini dan pada item-item lain yang melibatkan √

Item 3

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Murid membilang objek dan kemudian menandakan √ pada angka

yang mewakili jumlah objek itu

Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √ pada angka 4, 6,

7 dengan betul

Item 4

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Murid membilang cawan dan kemudian memadankan angka yang

betul berdasarkan jumlah cawan

Murid menguasai tugasan ini jika memadankan angka 8 kepada

rajah cawan

Item 5

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Murid membilang objek dan bulatkan nombor yang betul

Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan nombor 3, 5 dan 4 dalam petak yang disediakan

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT

3

Tahun 1 (2010) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 4: MNBSK_SJKC_SJKT

MNBSK / SJKC / SJKT

Item 6

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Murid memilih dan menulis nombor yang betul

Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 3, 4, 5 mengikut

urutan menaik dengan betul

Item 7

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Murid membulatkan waktu berdasarkan gambar Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan pada petak

day/siang (dalam bahasa pengantar di sekolah) pada gambar

pertama dan night/malam (dalam bahasa pengantar di sekolah)

pada gambar kedua

Item 8

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Murid membulatkan pada nama hari dalam petak yang disediakan

Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan pada nama hari

Thursday/ Khamis (dalam bahasa pengantar di sekolah)

Item 9

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Murid menulis hasil tambah berdasarkan gambar

Murid menguasai tugasan ini jika dapat menulis hasil tambah

4 + 3 = 7

Item 10

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Murid melengkapkan ayat matematik

Murid menguasai tugasan ini jika dapat melengkapkan ayat

matematik dengan betul 4 – 3 = 1 dan 7 – 2 = 5

Item 11

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

wang Malaysia

Murid memadankan operasi tambah melibatkan duit syiling

Malaysia

Murid menguasai tugasan ini jika memadankan dua keping duit

syiling 5 sen dengan duit syiling 10 sen

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT

4

Tahun 1 (2010) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 5: MNBSK_SJKC_SJKT

MNBSK / SJKC / SJKT

Item 12

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata

wang Malaysia

Murid menandakan √ pada petak yang disediakan

Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √ pada petak di

bawah RM5 dan RM1

Item 13

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Murid menandakan √ pada petak yang disediakan

Murid menguasai tugasan ini jika menandakan √ pada petak pokok

yang lebih tinggi (pokok sebelah kanan)

Item 14

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu

Murid menandakan √ pada petak objek yang lebih berat

Murid menguasai tugasan ini j ika menandakan √ pada petak buah

labu (sebelah kiri)

Item 15

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

dan sebaliknya

Murid menulis simbol pada petak yang disediakan

Murid menguasai tugasan ini jika menulis simbol (+) pada petak pertama dan simbol (–) pada petak kedua

Item 16

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik

dan sebaliknya

Murid menulis nombor pada petak yang disediakan untuk operasi

tolak dan operasi tambah

Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 2 dan 5 pada

petak yang betul pada operasi tolak dan nombor 4 dan 5 pada

operasi tambah

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT

5

Tahun 1 (2010) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

Page 6: MNBSK_SJKC_SJKT

MNBSK / SJKC / SJKT

Manual Numerasi Bertulis Saringan 2 – SK/SJKC/SJKT Tahun 1 (2010) © Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2010

6

Item 17

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Murid menulis nombor dalam petak yang betul

Murid menguasai tugasan ini jika menulis nombor 3 dan 9 dalam

petak yang betul

Item 18 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Murid menulis simbol dan nombor dalam petak

Murid menguasai tugasan ini jika menulis simbol ( - ) dan nombor 5 dalam petak yang disediakan

Item 19

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

ukuran panjang

Murid menulis nilai wang dalam petak

Murid menguasai tugasan ini jika menulis 50 sen dan 70 sen pada

petak yang disediakan

Item 20

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan

ukuran panjang

Murid membulatkan pada waktu yang betul dalam petak yang

disediakan

Murid menguasai tugasan ini jika membulatkan pada

evening/petang (dalam bahasa pengantar di sekolah) dalam petak

yang disediakan