mmi jadual waktu

Upload: roszelan-majid

Post on 04-Apr-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    1/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    1 | M u k a S u r a t

    JADUAL WAKTU

    Bahagian Pendidikan Khas

    Abstrak

    Kertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan. Jadual waktu perlu diurus dengan baik dan seimbang agar

    pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadual Waktu yang

    strategik akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut masa

    dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya dapat melindungi masa instruksional. Beberapa

    aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktu adalah agihan waktu mengajar,

    susunan mata pelajaran dalam jadual waktu, persediaan guru, persediaan murid, lokasi dan

    pentadbiran. Jadual waktu yang sistematik dan strategik adalah penting bagi melindungi

    waktu pembelajaran murid agar tidak terjejas, selain menjana proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berkualiti.

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    2/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    2 | M u k a S u r a t

    1.0 Pengenalan

    Jadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar

    kepada murid setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh dan peruntukanmasa suatu mat pelajaran yang diajar dan nama guru yang mengajar mata pelajaran

    itu.

    Satu jadual waktu sekolah adalah jadual untuk menyelaras empat elemen iaitu:

    pelajar, guru, bilik darjah dan tempoh. Jadual waktu yang digubal perlu mematuhi

    kurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis

    jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini dan mengandungi

    senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhi kehendak jadual

    waktu anjal dan fleksibal.

    2.0 Isu Jadual waktu

    2.1 Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti(JNJK) Kementerian Pelajaran Malaysia pada Februari hingga April 2012

    mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus proses pengajaran dan

    pembelajaran tidak berjalan di dalam bilik darjah. Antara faktor yang dikenal

    pasti adalah;

    i. Guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidak menjalankanpengajaran dan pembelajaran;

    ii. Guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankan aktivitilain, berada di kantin); dan

    iii. Guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan pengajaran danpembelajaran.

    2.2 Jadual Waktu Guru Ganti

    Jadual waktu perlu diurus dengan baik dan seimbang agar P&P dapat

    dilaksanakan dengan berkesan. Jadual waktu P&P disediakan untuk

    memudahkan guru melaksanakan P&P mengikut masa dan tempoh yang

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    3/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    3 | M u k a S u r a t

    dijadualkan dengan lancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu

    terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar.

    Jadual Guru Ganti perlu dicatatkan dalam borang bagi merekod guru tidakdapat hadir ke kelas yang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip

    Guru Ganti mengandungi maklumat seperti Tahun/Tingkatan, Waktu dan

    Mata Pelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada Guru

    Ganti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awal sebelum

    kelas bermula.

    2.3 Pelaksanaan Jadual Waktu

    Bagi melindungi waktu pembelajaran murid dan tidak menjejaskan waktu dan

    tempoh masa yang telah diperuntukkan bagi satu-satu mata pelajaran pada

    jadual murid di sekolah, beberapa aspek perlu diberikan perhatian iaitu;

    (a)Agihan Waktu Mengajar

    i. Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkan bagiseseorang guru. Contohnya penentuan tahap kelas yang diajar seperti

    Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupun Menengah Rendah atau

    Menengah Atas perlu diambil kira.

    ii. Penentuan set/kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar olehseseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perlu dipertimbangkan

    dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut kepakaran/opsyen agar

    tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran guru.

    Contoh, dari segi:

    Mata pelajaran - BM dengan Seni, Sains dengan PJPK dan BIdengan muzik.

    Waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran matematik, selepaswaktu rehat mata pelajaran sains dan sebelum balik mata

    pelajaran seni.

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    4/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    4 | M u k a S u r a t

    Hari - Mata pelajaran teras seboleh-bolehnya dimasukkandalam jadual waktu secara seimbang pada setiap hari supaya

    tidak berlaku bebanan kepada guru dan murid.

    Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambilkira pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.

    iii.Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktumengajar.

    Guru dihadkan mengajar dua mata pelajaran mengikut opsyen

    major/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi perlu dipasangkan

    dengan satu mata pelajaran teras dan satu lagi elektif. Guru mengajar

    mengikut tahap tertentu sama ada tahap I dan tahap II sahaja bagi sekolah

    rendah , atau menengah rendah atau menengah atas. Guru diperuntukkan

    tidak melebihi tiga waktu mengajar berterusan.

    Justifikasi

    i. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalam melaksanakan P&Pmata pelajaran tersebut.

    ii. Guru boleh memberi tumpuan dalam pelaksanaan P&P yangberkesan.

    iii. Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalam mata pelajarantertentu.

    iv. Guru akan lebih mengenali murid dan dapat meningkatkan potensimereka ke tahap yang maksimum.

    (b)Susunan Mata Pelajaran Dalam Jadual

    i. Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara gurumengikut keadaan/keperluan sekolah.

    ii. Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentu sahaja.Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dan diagih sama rata kepada

    semua guru. Pembahagian mata pelajaran seboleh-bolehnya

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    5/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    5 | M u k a S u r a t

    mengikut kecenderungan atau kepakaran/opsyen seseorang guru.

    Pihak sekolah harus menyimpan rekod bagi guru ganti untuk

    mengelakkan berlakunya ketidaksamarataan agihan waktu ganti

    kepada guru.\iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (single period) perlu

    diambil kira mengikut mata pelajaran (seimbang).

    Huraian :

    Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang di antara waktu

    P&P bagi membolehkan guru bersedia sepenuhnya untuk berada lebih

    awal di kelas seterusnya. Waktu senggang perlu diagih seimbang pada

    sebelah pagi sebelum rehat dan selepas rehat kepada semua guru. Begitu

    juga bagi bilangan waktu mengajar hendaklah diagih seimbang antara

    semua guru dalam seminggu. Contoh, 25 hingga 26 waktu sahaja

    seminggu.

    Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan mata pelajaran. Contoh,

    jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskan kepada mata pelajaran teras

    dan seterusnya bagi mata pelajaran elektif mengikut keadaan dan

    keperluan sekolah. Begitu juga kepada jadual guru ganti, sekiranya

    berlaku ketidakhadiran guru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata

    kepada guru agar tidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja.

    Ketetapan kelas bagi seseorang guru perlu mengikut kesesuaian lokasi.

    Sebagai contoh, pergerakan guru dari satu blok ke blok yang lain atau

    dari satu kelas ke kelas yang seterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh.

    (c)Persediaan Guru

    i. Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktu pengajarannyabermula jika guru tersebut tiada kelas sebelumnya.

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    6/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    6 | M u k a S u r a t

    ii. Guru terlibat perlu menyediakan RPH dan bahan yang akandigunakan dalam P&P. Guru ganti seboleh-bolehnya guru mata

    pelajaran yang sama dengan kelas yang diganti.

    iii.

    Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuat jika gurutelah mengetahui lebih awal tentang penglibatan/tugasnya di luar

    sekolah.

    Bagi menepati peruntukan masa P&P (30 minit untuk sekolah rendah dan

    40 minit untuk sekolah menengah) guru perlu bersedia seawal 5 minit

    sebelum ke kelas. Keadaan ini juga dapat mengelakkan pembaziran

    waktu pembelajaran di samping mengawal disiplin murid terutama keluar

    masuk kelas dan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru

    yang ingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibat

    dengan tugas-tugas luar. Ini boleh mengelakkan daripada membebankan

    guru lain untuk menjalankan P&P sebagai guru ganti.

    (d)Persediaan Murid

    i. Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebelummenjalankan aktiviti pembelajaran untuk mengelakkan guru dari

    membuang masa P&P dengan melayan kerenah murid di dalam

    kelas.

    Huraian :

    Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengan keperluan mata

    pelajaran seterusnya setiap kali sebelum guru masuk mengajar. Ini

    bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa P&P. Guru

    terpaksa menunggu murid mengambil kelengkapan P&P padahal masa

    untuk P&P sepatutnya sudah bermula.

    Huraian :

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    7/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    7 | M u k a S u r a t

    (e)Lokasi Tempat P&P

    i. Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuat dengan telitiagar dapat mengelakkan pembaziran masa bagi guru dan muriduntuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Jika

    keadaan sekolah tidak dapat memenuhi keperluan ini maka pihak

    sekolah perlu menyediakan sebuah bilik transit.

    Huraian:

    Penyusunan jadual waktu perlu melihat kepada jarak pergerakan guru dan

    murid dari kelas ke kelas, dari kelas ke bilik khas atau dari blok ke blok

    yang lain di antara waktu P&P bagi penjimatan masa. Bilik darjah yang

    fleksibel perlu diadakan bagi memudahkan guru dan murid yang

    mengalami masalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani P&P

    dengan selesa. Murid OKU yang berkerusi roda perlu ditempatkan di

    bilik darjah di tingkat bawah.Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru

    berehat sebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajar

    bagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaran

    sebelumnya.

    (f) Pentadbiran

    i. Pemilihan pakej mata pelajaran seboleh-bolehnya perlu dihadkan.ii. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan mata pelajaran

    atau tahun/tingkatan yang sama semasa ketiadaan guru mata

    pelajaran/kelas tersebut. Bagi keberkesanan P&P guru perlu

    mengambil kira bilangan murid dalam kelas yang digabung dan

    tempat P&P dijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai P&P

    boleh dijalankan di dewan sekolah dan sebagainya.

  • 7/29/2019 MMI Jadual Waktu

    8/8

    Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

    oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

    8 | M u k a S u r a t

    Huraian

    Pakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkan mengikut

    kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalam aliran sains dan satu

    dalam aliran sastera sahaja. Guru ganti boleh menggabungkan kelasmengikut mata pelajaran atau tahap supaya proses P&P dapat

    berlangsung dan kawalan disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    3.0 SYOR

    Pihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasarana sekolah,

    tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancang penyusunan jadual

    waktu sekolah.