minit mesyuarat pusat akses sekolah kedua 2009

Upload: mustaffa

Post on 10-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Pusat Akses Sekolah Kedua 2009

    1/3

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

    70300 SEREMBAN

    MINIT MESYUARAT KEDUA AJK PUSAT AKSES TAHUN 2009

    TARIKH : 16 JUNE 2008

    HARI : Selasa

    MASA : 2.40 p.m.TEMPAT : BILIK PUSAT AKSES

    KEHADIRAN : HADIR

    1. Mohd Mustaffa B. Hj. Mobarak Ali (Ketua)

    2. En. Tajol Anuar B. Md. Yusof -AJK

    3. En. Chia Sen Chun AJK4. Cik Zanariah -AJK

    5. Cik Sharifah Nora B. Tuan Mat - Juruteknik

    6. En Abdullah Faiz - AJK

    TIDAK HADIR -

    AGENDA MESYUARAT1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

    En. Mohd Mustaffa mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa baru.

    Beliau berharap kali ini dengan kerjasama semua AJK, Pusat Akses akanterus cemerlang.

    Beliau agak kesal kerana ada guru GSTT tidak menjalankan tugas danterpaksa Cik Sharifah Nora atau beliau buat. Beliau memaklumkan hal ini jugadisuarakan pengetua kepadanya. Beliau mohon jasa baik guru GSTTmematuhi jadual bertugas,

    Beliau memuji Cik Zanariah kerana selalu bertugas ikut jadual. Begitu juga CikSharifah Nora yang kerap bertugas pagi dan petang membantu menjaga Pusat

    Akses.

    2.0 PENGESAHAN MINIT

    Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang sah oleh Cik Sharifah Nora puladan disokong semua.

    3.0 PERKARA BERBANGKIT

    Cik Sharifah mengulang maklum bahawa beberapa peralatan seperti Headsetdan AVR rosak akibat perbuatan pengguna.

    TINDAKAN: Ketua dan J/K

    4.0 PENGURUSAN CARTA, FAIL DAN BILIK PUSAT AKSES

    Carta Orginasasi telah dikemaskinikan dan dipamer.

    Ketua memberitahu bahawa Cik Sharifah telah membuat Salinan photostatKad harta dan inventori dan dimasukkan dalam fail.

    Pelan kedudukan peralatan yang baru juga telah dibuat dan dipamerkan.

    Cik Sharifah selalu mengaturkan bahan bacaan seperti majalah dengan

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Pusat Akses Sekolah Kedua 2009

    2/3

    kemas dan telah mengira jumlahnya dan dipamerkan.

    Perubahan carta tealh dibuat dan diklasifikasikan dengan baik.

    TINDAKAN: Ketua dan J/K

    5.0 SUDUT PINJAMAN CD/DVD (Bahan Bukan Bercetak)

    Cik Zanariah diminta menyediakan sudut pinjaman cd/dvd.

    Pn. Norazian, GPM telah menyediakan buku catatan pinjaman CD yang tealhdiserahkan pengetua untuk Pusat Akses.

    TINDAKAN: Cik Zanariah

    6.0 HAL-HAL LAIN

    En. Mustaffa memaklumkan pendawaian semula wayar elektrik menyebabkanPusat Akses menjadi kotor. Beliau syor membersihkan bilik itu dengan kainbasah dan mop beberapa kali. Ini akan beliau buat sendiri bersama pengawasPusat Akses.

    Selanjutnya sistem penggera terganggu dan terpaksa dibetulkan sendiri.

    Perkara yang menyedihkan ialah sikap pelajar yang sengaja suka

    merosakkan harta benda seperti mengcungkil mikrofon headset. Walaupunditegah namun pengguna kurang bertanggung jawab. Tindakan simpanheadset supaya ada yang selamat.

    En. Mustaffa telah membuat Fail Tegak dengan mengumpul katalog hargadari masa ke semasa dari LOW YAT PLAZA KL. Ini bertujuan agar pelajardapat tahu harga peralatan dan PC. Ini adalah satu lagi Innovasi Pusat Akses.

    En Mustaffa telah berusaha mempamerkan bahan dan peralatan PC di sudutpameran. Ini sebagai usaha mengadakan bahan maujud. Ada juga pelajaryang ambil tanpa disedari. Beliau berharap En Tajol, En Chia dan CikSharifah Nora dapat menyumbang bahan.

    En Chia telah menyumbang beberapa kotak peralatan sebagai bahan

    pameran. En Tajol menyuarakan bahawa pelajar-pelajar yang bertugas sebagai

    pengawas selalu ponteng dan tidak membantu menjaga 3K Pusat Akses.

    En. Mustaffa memaklumkan bahawa semua dokumetasi Pusat Akses SMKMambau boleh dimuat turun daripada internet dan laman web Scribd. Beliautelah memuat naik bahan Pusat Akses sejak awal tahun 2008 untukmembantu guru-guru Pusat Akses lain. Beliau dapati ramai guru mohon sedutbahan daripada Notebooknya.

    En Mustaffa memaklumkan tentang lawatan GPM-GPM, GB, Pengetua danGPK meninjau PSS sekolah sebelum sekolah bercuti pertengahan tahun.Beliau teal dibantu oleh En. Tajol.

    En. Tajol juga membantu membaiki PC dan Notebook persendirian guru yang

    rosak pada masa petang dan hujung minggu. Begitu juga Cik Sharifah Nora yang asyik membetulkan PC pejabat dan PC di

    bilik BBM serta makmal. Kadang-kala guru minta bantuan beliau betulkankomputer mereka.

    En. Chia selalu diminta membetulkan rangkaian internet pejabat/sekolah danguru-guru wanita selalu mohon tunjuk ajar beliau.

    TINDAKAN: J/K .

    7.0 UCAPAN PENUTUP

  • 8/8/2019 Minit Mesyuarat Pusat Akses Sekolah Kedua 2009

    3/3

    En. Mustaffa selaku Ketua Unit Pusat Akses berterima kasih di atas bantuansemua AJK.

    Beliau juga memaklumkan bahawa Pengetua banyak membantu Pusat Aksesdan selalu mengunjungi Pusat Akses untuk memantau. Pusat Aksesmerupakan antara aset PSS SMK Mambau yang amat bernilai kerana diurusdengan baik dan cantik. Meja kayu Jepun 3 buah adalah sumbangan beliau.

    Perkara yang baik ialah AJK Pusat Akses terdiri daripada guru yang sentiasasedia membantu dan menghulurkan perkhidmatan walaupun sibuk. Sikap AJKini adalah dipuji.

    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 p.m.sehingga ke satu masa yang akandimaklumkan kelak.

    Disediakan oleh,

    ...(EN. MOHD MUSTAFFA BINTI MOBARAK ALI)Ketua Unit Pusat AksesSMK Mambau