minit mesyuarat mbj pihak pekerja dengan … mbj jbns bil 1 2010.pdf · jbn: 100-9/4327/klt.2(80)...
TRANSCRIPT
JBN: 100-9/4327/KLT.2(80)
MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJADENGAN PIHAK PENGURUSAN
JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH
Pada : 29 Mac 2010 (ISNIN)Masa : 2.30 PetangTempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 1,
Jabatan Bendahari Negeri Sabah-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SENARAI KEHADIRAN:
1. Encik A. Shafiuddin Hj. Abidin - Pengerusi MesyuaratMBJ Pihak Pengurusan
2. Encik Hussein AlisaputraSetiausaha MBJ Pihak Pengurusan
3. Encik Benesely BullahMBJ Pihak Pengurusan
4. Encik Justine SinsoiMBJ Pihak Pengurusan
5. Puan Jeanie LiewMBJ Pihak Pengurusan
6. Encik Hamdan HamzaniPengerusi MBJ Pihak Pekerja
7. Encik Christopher DyonisiusTimbalan Pengerusi MBJ Pihak Pekerja
8. Puan Hjh. Kee Y KamariahNaib Pengerusi (1) MBJ Pihak Pekerja
9. Encik Ag. Yahya Ag. DamitNaib Pengerusi (2) MBJ Pihak Pekerja
10. Encik Mohd Rizan AbranSetiausaha MBJ Pihak Pekerja
11. Tuan Haji Safri IdrisAhli MBJ Pihak Pekerja
12. Puan Dg. Juraidah Abd. RahimAhli MBJ Pihak Pekerja
13. Puan Noraisah Mat SallehAhli MBJ Pihak Pekerja
14. Puan Hjh. Maimunah ChiaAhli MBJ Pihak Pekerja
1/10
15. Encik Salim UsolAhli MBJ Pihak Pekerja
16. Puan Masbeh JamaniAhli MBJ Pihak Pekerja
17. Encik Izanuddin NoordinAhli MBJ Pihak Pekerja
18. Encik Ismail AdikAhli MBJ Pihak Pekerja
19. Puan Mariaty J. ChuanAhli MBJ Pihak Pekerja
20. Puan Baitah EkunAhli MBJ Pihak Pekerja
TIDAK HADIR BERSEBAB:
1. Cik Chui Nget NgoPengerusi MBJ Pihak Pengurusan
2. Puan Ummi Khalelah Bt. KulaAhli MBJ Pihak Pekerja
3. Encik Surin BidinAhli MBJ Pihak Pekerja
I. PERUTUSAN PENGERUSI
1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa Pengerusi MBJ Pihak Pengurusan iaitu Bendahari
Negeri tidak dapat menyertai mesyuarat atas urusan mustahak yang lebih penting.
2. Mesyuarat diteruskan dengan dipengerusikan oleh Timbalan Bendahari Negeri
iaitu Encik A. Shafiuddin Hj. Abidin.
3. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan selamat petang dan salam
sejahterah kepada semua Ahli MBJ Jabatan Bendahari Negeri Sabah Sesi 2009-
2011 yang hadir pada mesyuarat kali ini.
4. Pengerusi memaklumkan bahawa agenda mesyuarat pada kali ini ialah bagi
membincangkan perkara-perkara yang berbangkit dan isu-isu yang diutarakan oleh
kakitangan JBNS.
2/10
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK PEKERJA JABATAN BENDAHARI
NEGERI SABAH BIL. 1/2010
Minit Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja Jabatan Bendahari Negeri Sabah Bil 1/2010 disahkan
tanpa sebarang pindaan.
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DARIPADA MINIT MESYUARAT MBJ PIHAK
PEKERJA JABATAN BENDAHARI NEGERI SABAH BIL. 1/2010
1. Merujuk kepada perkara III.1:
Penubuhan semula kelab kebajikan, rekreasi dan sukan jabatan diserahkan kepada
Pihak Pengurusan untuk membuat keputusan. Pengerusi memaklumkan bahawa
Pihak Pengurusan mengambil keputusan agar pengerusi kelab yang lama merujuk
kepada pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengetahui tindakan
selanjutnya bagi mengaktifkan kembali kelab tersebut. Surat makluman kepada
pengerusi kelab yang lama perlu dikeluarkan untuk tindakan.
Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
2. Merujuk kepada perkara III. 2:
Penyediaan Kad Elektronik kepada Pejabat Bendahari Daerah bagi memudahkan
urusan mereka di Ibu Pejabat masih belum disediakan. Pihak Pengurusan
memaklumkan bahawa kad tersebut telah disediakan. Namun demikian, pihak
Pejabat Bendahari Daerah masih belum mengetahui tentang kad tersebut.
Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan akan mengambil tindakan
untuk memaklumkan perkara tersebut.
Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah Dan Kewangan
3. Merujuk kepada perkara III. 3:
Bendahari Daerah Kunak perlu mengemukakan surat kepada JKR untuk
membesarkan ruang pejabat kepada JKR. Bahagaian Pengurusan Bendahari
3/10
Daerah dan Kewangan akan memaklumkan kepada Bendahari Daerah Kunak untuk
mengemukakan kembali surat tersebut.
Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah Dan Kewangan
4. Merujuk kepada perkara III. 4:
Perkembangan terkini mengenai kadar tambang teksi. Pihak Pengurusan
memaklumkan bahawa perkara ini telah dikemukakan kepada persatuan teksi.
Namun demikian, pihak persatuan teksi masih lagi mengkaji kadar tambang
tersebut. Selain itu juga, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di
Sabah belum bersedia untuk mengenakan penggunaan meter tambang bagi Teksi.
Walau bagaimanapun, Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa tuntutan tambang
teksi yang ingin dituntut perlulah bersesuaian.
Tindakan : Makluman
IV. ISU-ISU YANG DIKEMUKAKAN OLEH MBJ PIHAK PEKERJA DAN TINDAKAN
DARIPADA MBJ PIHAK PENGURUSAN
1. MBJ Pihak Pekerja memohon maklum balas daripada Pihak Pengurusan mengenai
perkembangan terkini kakitangan gred 17-22 yang telah disenaraikan jabatan untuk
syor KUP tetapi belum mendapat sebarang makluman atau jawapan.
1.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa syor kenaikan pangkat KUP telah
dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
(SPAN). Setakat ini, seramai sembilan (9) orang gred N17 telah pun berjaya
didalam syor KUP ke gred N22. Bagi gred W Pihak Pengurusan tiada
maklumat terkini daripada pihak SPAN dan Pihak Pengurusan masih
menunggu jawapan daripada pihak SPAN mengenai kedudukan gred W
tersebut.
Tindakan : Makluman
4/10
2. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar alat penghawa dingin di Ibu Pejabat dan
juga di Pejabat Bendahari Daerah dapat diselia setahun sekali.
2.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa penyeliaan penghawa dingin
adalah berdasarkan keperluan. Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah
dan Kewangan pernah mengemukakan kepada kontraktor untuk sebutharga
bagi menyelia penghawa dingin berjadual, namun sebutharga tersebut
adalah amat tinggi dan tidak sesuai. Pihak Pengurusan mengambil perhatian
akan perkara ini.
Tindakan : Makluman
3. Kelengkapan pejabat yang diletakkan di ruang legar pejabat mencacatkan
pemandangan dan dikhuatiri boleh menjadi sarang tikus atau ular. Cadangan agar
pelaksanaan hapus kira kelengkapan pejabat yang tidak digunakan lagi dapat
dijalankan.
3.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa Ketua Seksyen Gaji dan Pencen
perlu mengemukakan surat kepada Bahagian Pengurusan Bendahari
Daerah dan Kewangan mengenai perkara tersebut. Surat makluman kepada
Ketua Seksyen Gaji dan Pencen perlu dikeluarkan untuk tindakan.
Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
3.2 Manakala Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan akan
mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan bagi hapus kira
kelengkapan pejabat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan
4. MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan agar smart card
kakitangan yang telah usang dapat ditukar baru. Perkara ini disebabkan Smart Card
yang usang ini kadangkala tidak dapat dikesan oleh mesin kehadiran elektronik.
5/10
4.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa kakitangan yang memiliki Smart
Card yang telah usang perlu dikenalpasti untuk tujuan penggantian kad baru
tersebut.
Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
4.2 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa terdapat beberapa situasi bagi
permohonan kad baru iaitu:
4.2.1 Bagi permohonan kad yang hilang, laporan polis perlulah dilakukan
terlebih dahulu. Perkara ini perlu dilakukan bagi mengelakkan
sebarang perkara yang boleh mengakibatkan pemilik kad dilibatkan
bagi kes kecurian atau kehilangan di pejabat.
4.2.2 Bagi pemohonan kad baru yang tidak melibatkan kehilangan kad atau
kerosakkan kad, pemohon akan dikenakan bayaran sebanyak
RM 30.00.
Tindakan : Makluman
5. Kakitangan di Seksyen Pentadbiran dan Rekod memohon agar alat penghawa
dingin dapat dipasangkan. Perkara ini disebabkan alat penghawa dingin yang ada
sekarang adalah centralize yang dikawal oleh Seksyen Penerimaan dan
Pembayaran.
5.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan.
Seksyen Pentadbiran dan Rekod telah memohon sebanyak tujuh (7) buah
alat penghawa dingin daripada Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan
Kewangan. Tindakan seterusnya akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya.
Tindakan : Makluman
6. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar dua anugerah dapat diwujudkan iaitu
Anugerah Seksyen Terbaik dan Anugerah Pengurusan Perakaunan Terbaik di
Pejabat Akauntan Gunasama dan JMS.
6/10
6.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa cadangan Anugerah Seksyen
Terbaik ini masih boleh dikaji. Walaubagaimanapun, jika cadangan ini
hendak dilaksanakan satu mekanisme pengukuran terbaik dan tepat perlu
disediakan. Pihak Pengurusan mengambil maklum akan perkara ini.
Tindakan : Makluman
6.2 Manakala cadangan Anugerah Pengurusan Perakaunan Terbaik di Pejabat
Akauntan Gunasama dan JMS, satu jawatankuasa yang berasingan dan
bebas perlu diwujudkan untuk menjalankan pengauditan. Namun demikian,
Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa peranan JBNS adalah diluar
bidang pengauditan ini kerana telah terdapat jabatan-jabatan dan badan-
badan khas yang menjalankan tugasan pengauditan ini seperti Jabatan Audit
Negara dan Audit Dalaman, Kementerian Kewangan. Walaubagaimanapun,
Pihak Pengurusan mengambil maklum akan perkara ini.
Tindakan : Makluman
7. Papan kenyataan di ruang legar diluar Seksyen Pentadbiran dan Rekod telah usang
dan rosak. MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan untuk
penukaran papan kenyataan yang baru.
7.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa perkara ini telah diambil tindakan.
Sebutharga telah diperolehi dan kesesuaian papan kenyataan ini masih lagi
dikaji.
Tindakan : Makluman
8. Bulb lampu di kawasan ruang legar JBNS ada yang telah rosak. Keadaan ini boleh
membahayakan kakitangan JBNS yang bekerja lebih masa pada waktu malam
kerana ruang legar yang gelap.
8.1 Pihak Pengurusan dimaklumkan bahawa bulb lampu di lorong keluar garaj
dan tempat letak kereta juga tidak menyala. Keadaan ini juga membahaya
7/10
kakitangan JBNS. Pihak Pengurusan mengambil perhatian perkara ini dan
akan mengambil tindakan yang sesuai.
Tindakan : Makluman
9. MBJ Pihak Pekerja memohon kepada Pihak Pengurusan agar jabatan dapat
membeli water dispenser filter untuk penyimpanan di Unit Stor. Unit Stor boleh
menukar sendiri filter tersebut tanpa melibatkan syarikat luar.
9.1 Pihak Pengurusan bersetuju jabatan akan membeli filter tersebut dan
disimpan Unit Stor. Perkara ini melibatkan kesihatan kakitangan kerana
penggunaan water dispenser yang meluas dikalangan kakitangan JBNS.
Tindakan : Bahagian Pengurusan Bendahari Daerah dan Kewangan
V. HAL-HAL LAIN
1. Majlis Dialog MBJ Pihak Pekerja Bersama Kakitangan Pejabat Bendahari Daerah
Tahun 2010 Sesi 1 dan Sesi 2.
1.1 Pihak Pengurusan memaklumkan bahawa tarikh Majlis Dialog MBJ Pihak
Pekerja sesi 1 pada 10 – 12 Mei 2010 perlu dijadualkan semula kerana
tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh berlangsungnya Mesyuarat
Akauntan Gunasama Bersama Pihak Pengurusan JBNS.
Tindakan : MBJ Pihak Pekerja
1.2 Pihak Pengurusan meminta MBJ Pihak Pekerja menyediakan senarai ahli-
ahli yang akan menyertai sesi 1 dan sesi 2, anggaran kos yang terlibat
termasuk penginapan, makan minum dan pengangkutan dan isu-isu yang
akan dibincangkan untuk dikemukakan kepada Penolong Bendahari
Negeri(PDK).
Tindakan : Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
8/10
1.3 Pihak Pengurusan memaklumkan MBJ Pihak Pekerja bahawa majlis
dialog yang akan diadakan tersebut merupakan satu aktiviti rasmi jabatan
dan perlu diadakan secara formal. Bagi memanfaat peluang sesi dialog
tersebut, perkara yang perlu dielakkan semasa sesi dialog tersebut diadakan
ialah memastikan kehadiran dan penglibatan semua kakitangan di Pejabat
Bendahari Daerah pada sesi tersebut.
Tindakan : MBJ Pihak Pekerja
2. Pihak Pengurusan mencadangkan agar Jabatan Bendahari Negeri Sabah dan
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah dapat bekerjasama untuk bergotong
royong bagi membersihkan persekitaran pejabat bagi kedua-dua jabatan. Bagi
merealisasikan perkara ini, satu tarikh perlu dikenalpasti untuk menjalankan aktiviti
ini.
Tindakan : MBJ Pihak Pekerja
3. MBJ Pihak Pekerja mencadangkan agar latihan Tilawah Al-Quran dapat diadakan
untuk kakitangan JBNS. Perkara ini perlu memandangkan penglibatan tahunan
jabatan di dalam Majlis Tilawah Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat
Kementerian Kewangan. Pihak Pengurusan mengambil maklum akan perkara ini.
Tindakan : Makluman
4. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan jadual mesyuarat MBJ sesi 2010. Jadual ini
akan dimasukkan ke dalam kelender aktiviti Jabatan. Namun demikian jadual ini
boleh berubah jika terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku.
Berikut adalah cadangan jadual tersebut:
9/10
4.1 Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja
Bilangan Tarikh Masa HariBil. 1/2010 10/03/2010 8.30 am RabuBil. 2/2010 24/05/2010 8.30 am IsninBil. 3/2010 23/08/2010 8.30 am IsninBil. 4/2010 22/11/2010 8.30 am Isnin
4.2 Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja Bersama Pengurusan
Bilangan Tarikh Masa HariBil. 1/2010 29/03/2010 8.30 am IsninBil. 2/2010 21/06/2010 8.30 am IsninBil. 3/2010 20/09/2010 8.30 am IsninBil. 4/2010 13/12/2010 8.30 am Isnin
Tindakan : Makluman
VI. PENANGGUHAN MESYUARAT
1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan
Mesyuarat MBJ Pihak Pekerja Dengan Pihak Pengurusan Jabatan Bendahari
Negeri Sabah Bil. 1/2010.
2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30pm.
Disediakan oleh:- Disemak oleh:-
(MOHD RIZAN ABRAN) (A. SHAFIUDDIN HJ. ABIDIN)Setiausaha MBJ MBJ Pihak PengurusanPihak Pekerja
Tarikh : 05 April 2010
10/10