minggu 1 - ruang lingkup ilmu sejarah

13
Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

Upload: carolinerong

Post on 18-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

Page 2: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Pokok pesoalan sejarah adalah sekitar persoalan alam dan manusia

• Persoalan tentang manusialah yang dianggap sebagai ruang lingkup atau lapangan (domain ) sejarah yang sebenar

Page 3: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Dalam aliran konvensional atau tradisional, ruang lingkup sejarah ialah bersifat res gestae, iaitu yang memberikan tumpuan kepada golongan manusia yang tertentu sahaja.

• Biasanya yang diberikan tumpuan ialah terhadap golongan elit sahaja seperti kaum bangsawan, raja atau tokoh-tokoh kerajaan

• Tumpuan diberikan kepada golongan politik dan pentadbir sahaja kerana mereka sahajalah yang memberikan kesan yang besar terhadap rakyat, bangsa atau negara

Page 4: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Konsep res gestae ini telah dipelopori oleh bapa sejarah itu sendiri, Herodotus

• Melalui karyanya, Histories, beliau telah menggambarkan tindakan dua buah kerajaan (Greek dan Parsi) serta para pemimpinnya yang telah melancarkan peperangan

Page 5: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Thucydides dalam karyanya The Peloponnesian War telah mengkaji peperangan di antara dua buah pakatan yang berpusat di Athens dan Sparta

• Pensejarahan Rom juga banyak membincangkan tentang kebangkitan Rom sebagai sebuah kuasa besar.

• Jelasnya pensejarahan Greek dan Rom mempunyai tema dan pokok pembicaraan yang sama iaitu terhadap kerajaan dan pentadbiran

Page 6: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Pada zaman Rennaisans lahir pula pensejarahan humanis yang juga mementingkan aspek politik dan ketenteraan

Page 7: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Pada abad ke-19 dengan kemunculan Leopold von Ranke , aliran konvensional telah mencapai zaman kemuncaknya iaitu masih mementingkan aspek politik dan golongan atasan sahaja

Page 8: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• F.J. Teggart menjelaskan bahawa kepentingan sesuatu peristiwa sejarah itu harus berasas kepada dua perkara iaitu;

1. Peristiwa tersebut mestilah mengubah nasib bangsa, masyarakat dan negara

2. Ia harus melibatkan perjuangan genting antara dua atau lebih pihak yang bertentangan

• Dengan ini hanya golongan atasan atau pemimpin sahaja yang diberi perhatian

Page 9: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Pada kurun ke-18, berlaku beberapa peristiwa penting seperti Revolusi Perancis.

• Kesan daripada peristiwa ini, berkembanglah peranan golongan Enlightenment.

• Golongan ini memperjuangkan perluasan peranan akal dan ini turut meluaskan lagi domain atau lapangan sejarah

Page 10: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Berlaku peralihan sifat autonomi terutama yang berkaitan tema dan pokok perbicaraan

• Bidang sejarah menjadi lebih luas

Page 11: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Perkembangan aliran Darwinisme menyebabkan tumpuan diberikan kepada bidang pra sejarah

• Aliran Marxisme pula mengutarakan golongan yang tertindas iaitu golongan proletariat atau golongan bawahan

• Jelasnya tumpuan sejarah tidak kepada golongan atasan sahaja

Page 12: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

• Kemunculan golongan Annales di Perancis pada tahun 1929 telah meluaskan ruang lingkup sejarah sehingga meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia

• Mereka ini menentang tumpuan perhatian sejarah kepada peristiwa-peristiwa politik sahaja

• Dengan ini pensejarahan moden telah terpisah daripada pensejarahan tradisional terutama yang berkaitan dengan aspek ruang lingkup.

Page 13: Minggu 1 - Ruang Lingkup Ilmu Sejarah

CABANG-CABANG SEJARAH

1. Sejarah Politik2. Sejarah Sosial3. Sejarah Ekonomi4. Sejarah Kebudayaan5. Sejarah Pemikiran6. Sejarah Agama7. Sejarah Dunia8. Sejarah Wilayah9. Sejarah Negara10. Sejarah Tempatan