minda madani online muhammad badaruddin al-hasani...

Download Minda Madani Online Muhammad Badaruddin al-Hasani …memberfiles.freewebs.com/72/18/60291872/documents/file.pdf · i.€€ €Akhir zaman pemerintahan Uthmaniah, ... Hadith dan mengajar

If you can't read please download the document

Upload: vukien

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Muhammad Badaruddin al-Hasani (1850-1935M): Pembina Madrasah Hadith danPenghulu ulamak Zaman Moden

    Muhammad Badaruddin hidup pada pertengahan kurun ke-19 dan pada permulaan kurun ke-20. Masa tersebutmerupakan masa yang sukar bagi dunia Arab Islam secara keseluruhan dan negeri Syam khususnya dari sudut politik.Kerajaan Uthmaniah yang memerintah sejak kurun 15M dan menguasai banyak negara di Asia, Afrika dan Syam telahdiperintah sejak tahun 1516M/922H mulai lemah pada kurun ke 18. Pada akhir kurun ke 19, kebanyakkan negara yangdikuasainya telah jatuh ke tangan penjajah dan tidak tinggal kecuali beberapa buah negara di Asia Kecil dan Syam.Yahudi mula bergerak untuk menguasai Palestin untuk dijadikan negara mereka. Pada masa ini, negeri Syam diperintaholeh gabenor yang dilantik oleh kerajaan Uthmaniah dan pentadbiran mereka amatlah tidak memuaskan dan merekamendapat jawatan tersebut dengan rasuah dan mengenakan cukai tinggi ke atas rakyat. Pada masa zaman MuhamadBadaruddin terlalu ramai gabenor yang dilantik dan bersilih ganti. Antanya Khursid Basha pada tahun 1859, AhmadBasha pada tahun yang sama, Fuad Basha 1861M, Medhat Basha pada tahun 1880M. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 10). Apabila tamat perang dunia pertama, tentera bersekutu telah mengalahkan kerajaan Uthmaniah dan Syam serta Lebnontelah dijajah oleh Perancis. Sementara British menjajah Palestin, Iraq dan Jordan. Pada masa penjajahan, berlakupemberontakan kepada penjajah Perancis seperti Revolusi Syria pada tahun 1925. Zaman Muhammad Badaruddinmerupakan zaman yang penuh dengan kesukaran dan pergolakan dari segi politik dengan kelemahan kerajaanUthmaniah, pemberontakan Arab ke atas Kerajaan Uthmaniah, perang Dunia Pertama, Penjajahan Perancis ke atasSyam dan perjuangan rakyat Syam menuntut pembebasan dari penjajahan. Dari segi kemasyarakan, unsur-unsur luartelah masuk ke negeri Syam seperi sekolah Katolik, mubaligh Kristian dan pelbagai aliran pemikiran yang melatarirakyatnya. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 14) Dari segi politik, keadaan dunia Islam seperti berikut :i. Akhir zaman pemerintahan Uthmaniah, penyelewengan pemerintahan dan pentadbiran yang lemah serta berlakupemberontakan dalam negeri dibawah penguasaannya.ii. Timbul kesedaran di negeri Syam dan negeri-negeri yang lain untuk membebaskan dari penguasaan orang-orangTurki.iii. Kejatuhan khalifah dan kebangkitan revolusi Arab yang diketuai oleh Syarif Husain di Mekahiv. Penguasaan penjajah Bersekutu di Negara-negara Arab dan membahagikan negara-negara Arab dan Syam dijajaholeh Perancis.(Salih al-Farfur, 1986:12)

    Menurut Salih Farfur, seorang anak muridnya dan juga pengasas Maahad Fatah al-Islami bahawa Syeikh Badaruddinmerupakan mujadid kurun ke 14H selepas mujadid kurun ke 13H al-Alamah Sayyid Muhammad Amin Abidin pengarangHasiyah Rad al-Mukhtar al-al-Dar. (Salih Farfur, 1986: 14)

    Nama sebenarnya ialah Muhamad Badaruddin bin Yusuf bin Badaruddin al-Hasani al-Magribi al-Marakasyi al-Sabti.Keturunan sampai kepada Hasan bin Ali r.a. Dilahirkan di Damsyiq iaitu berdekatan dengan Dar al-Hadith al-Asyrafiyyahpada tahun 1850M/1267H. Beliau dibesarkan dalam didikan agama yang kuat dan ketika berusia 13 tahun bapanyatelah meninggal dunia dan dipelihara oleh bapa saudaranya Syeikh Saleh al-Kaziri dan ibunya. (Yusri al-Dirkazanli,1977: 23)

    Bapanya syeikh Yusuf bin Badaruddin al-Hasani al-Magribi seorang yang berpegang kepada tariqah qadariah danbermazhab Maliki. Menurut al-Zirkuli dalam al-Ilam, nama sebenarnya ialah Yusuf bin Abdul Rahman manakalaBadaruddin itu merupakan gelarannya dan bukan nama bapanya. (Salih al-Farfur, 1986:17, Mahmud Biruni, 2009:72)Beliau seorang yang alim dan pensyair. Beliau mengembara ke Mesir untuk menuntut ilmu dari Syeikh al-Islam SyeikhAbdullah al-Syarqawi, Syeikh Amir al-Saghir, Syeikh al-Azhar Syeikh Hassan al-Attar dan Syeikh Muhammad al-Husaini.Beliau juga mendapat sanad dari ulamak-ulama Mekkah dan Madinah dan kemudian di Syam. Beliau telah berguru lebih100 orang guru dan mengambil sanad dari mereka semasa beliau merantau menuntut ilmu di Hijaz. Mesir, Iraq danSyam. Antara rakan seperguruannya seperti Syeikh al-Asmuni dan Syeikh al-Baijuri. Beliau telah mendirikan Dar al-Hadith dan mengajar di situ pada tahun 1853M. Dar al-Hadis al-Asrafiyyah merupakan tempat mengajar para ulama-ulama besar dalam bidang hadis seperti Ibn Salah, al-Nawawi, al-Subki dan al-al-Mazzi tetapi seorang nasranimembelinya dan menjadi gudang Khamar. Perkara ini menyebabkan Syeikh Yusuf bersama Amir Abdul Qadir al-Jazairi membelinya dan mewakaf untuk pengajian Dar al-Hadis. Selepas kematiannya, Dar al-Hadis pernahterbakar semasa kebakaran Pasar al-Hamidiah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1862M di Damsyiq dan dikebumikandi perkuburan Bab al-Saghir. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 25. Salih al-Farfur, 1986:19)

    Ibunya bernama Aisyah bin Ibrahim al-Kaziri yang terkenal seorang yang solehah. Syeikh Badaruddin mempunyai adikyang bernama Syeikh Ahmad Bahauddin dan syeikh dalam Tariqat Nasyabandiyyah. Meninggal dunia pada tahun1912M.

    Syeikh Badaruddin telah berkahwin dengan Sayyidah Rukiah bin Syeikh Mahyuddin al-Aani pada tahun 1878dan dikurniakan lapan orang anak. Dua orang lelaki iaitu Ibrahim Isamuddin dan Tajuddin yang pernah menjadi PresidenSyria pada tahun 1928M dan enam orang perempuan. Ibrahim Isamuddin pernah menjadi guru di sekolah Sultaniah a;-Arabiyyah dan meninggal dunia semasa ayahnya masih hidup di zaman perang Dunia Pertama. Beliau mempunyaiseorang anak lelaki Muhamad Fakharuddin yang pernah memegang jawatan Pengarah Fatwa di Damsyiq. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 27, Salih al-farfur, 1986: 30. Bayruni, 2009:79)

    Minda Madani Online

    http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 9 September, 2011, 16:29

  • Akhlak

    Syeikh Badaruddin seorang yang bertubuh besar dan tegap. Beliau mempunyai akhlak yang mulia, lidahnya sentiasabercakap benar dan berani menyatakan kebenaran. Beliau bercakap sedikit dan banyak berdiam. Beliau tidak bercakapkecuali memberi nasihat, mengajar dan berzikir. Beliau menjaga lidahnya dari menjatuhkan maruah orang lain dan tidakpernah mengumpat kepada orang lain sepanjang hidupnya. Beliau juga tidak menyaringkan suaranya kecuali ketikamengajar. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang warak dan tawaduk. Beliau jarang mengeluarkan fatwa apabilaada sesuatu masalah dan persoalan, beliau hanya menjawab agar penanya tersebut merujuk kepada buku disebutnyaatau disebutkan halaman buku tersebut untuk dirujuk. Antara kerendahan dirinya ialah beliau suka menziarahi orang miskin, anak-anak Yatim dan orang yang dipenjara.Antara kewarakannya ialah beliau tidak menjadi imam sedangkan beliau seorang yang alim dan hafiz serta menjagasolat berjamaah. Beliau juga hanya mengajar di madrasah Dar al-Hadis atau di biliknya dan tidak suka majlis besar-besaran. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 33)Syeikh Badaruddin juga telah suka kepada penonjolan diri malah ketika anak muridnya bertanya mengenai diri danketurunannya, beliau tidak menjawab. Malahan sejarah hidupnya tidak ditulis kecuali sepuluh tahun terakhir sebelumkematiannya. Oleh sebab itu, penulisan sejarah hidupnya terutama semasa muda tidak diketahui secara mendalam danhanya ditulis oleh anak murid setelah kematiannya. Penulisan itu juga hanya berkisar kepada pengajian, buku-buku yangdigunakan, tempat mengajar dan keperibadian seperti yang disebut dalam buku al-Rankusi dan Salih Farfur.

    Syeikh Badaruddin tidak pernah pergi menziarahi para pemerintah malah mereka yang berjumpa dengannya. Beliautidak pernah memasuki parlimen dan juga istana selama hayatnya. Beliau juga seorang yang amat memuliakan tetamu dan akan memberi sesuatu kepada tetamu terutama mereka yang datang dari jauh. Beliau amat suka menziarahi orang-orang soleh dan juga menziarahi orang bukan Islam antaranya menziarahi perkampungan orang-orang Kristian diDamsyiq pada masa pemberontakan terhadap Perancis. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 39-40)

    Beliau telah diberi Allah kelebihan dengan karamah-karamah dan karamahnya yang paling besar adalah istiqamahnyaberpegang kepada syariat dan menjaga majlisnya dari perkara yang melalaikan.

    Syeikh Badaruddin mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil dari segi keilmuan dan kerohanian. Perkara inimerupakan penyediaan untuk menjadi ulamak yang besar. Di samping itu, beliau berperanan mengajar ilmu dan dalamsatu hari mengajar 12 subjek.

    Penyediaan sebagai seorang ilmuan dan ulamak terkemuka

    Bapanya Syeikh Yusuf al-Hasani telah memeliharanya dengan didikan agama sepertimana firasat Syeikh MuhamadZabiyan al-Kilani semasa tahnik Syeikh Badaruddin dengan menyebutkan bayi ini akan menjadi seorang yang agungkelak. Syeikh Badaruddin telah tamat menghafal al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Apabila bapanya meninggal dunia,beliau dipelihara oleh bapa saudara Syeikh Salih al-Kaziri dan tinggal di biliknya ayahnya di Dar al-Hadis. Di bilik ini,beliau menelaah buku-buku yang ditinggalkan oleh ayahnya dan menghafaz matan-matan dalam pelbagai ilmu. Padaperingkat ini, beliau berguru dengan ulama-ulama terkemuka Syam terutama Syeikh Abi Khair di Madrasah al-Qalbaqjiah, di Suq al-Harir (Pasar Sutera). Menurut Salih al-Farfur, Syeikh Badaruddin belajar dengan Syeikh Abi Khairsehingga berusia 18 tahun. Pada peringkat ini beliau banyak menghafal hadis-hadis bersama dengan sanad-sanadsekali (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 52, salih al-farfur, 1986: 33)

    Kemudian beliau meninggalkan pengajian umum dan mirip untuk beruzlah pada usia 13 tahun. Beliau menumpukanuntuk menuntut ilmu dan beribadat di biliknya di dar al-Hadis. Beliau tidak keluar kecuali untuk bersolat Jumaat di Masjidal-Umawi. Beliau mengasingkan diri berkhalwat selama tujuh tahun dan menumpukan dengan belajar, mengarang danberibadat. Ada sebahagian mengatakan khalwatnya hampir sepuluh tahun sehingga tahun 1873 ketika ia keluar untukmelawat Homs. Ketika ini, beliau telah menghafal sahih al-Bukhari dan sahih Muslim bersama dengan sanad-sanadnya.Malah ada sebahagian mengatakan beliau telah menghafal kitab hadis yang enam (Kutub al-Sittah). Beliau jugamenghafal matan-matan dalam pelbagai bidang terutama dalam bidang hadis. Beliau telah menghafal 20 ribu bait yangberkaitan dengan ilmu-ilmu Islam. Beliau telah membuat syarah terhadap bait tersebut dan meninggalkan 40-50 buah buku dan risalah kecil. (Yusri al-Dirkazanli, 1977: 55)

    Beliau telah pergi ke Mesir pada usia 25 tahun dan bertemu dengan Syeikh al-Asmuni yang merupakan seperguruanayahnya dan juga belajar dengan Ibrahim al-Saqa dan mendapat sanad ilmu hadis daripadanya. Oleh itu, beliau bergurudengan Syeikh Abu Khair, Syeikh Ibrahim al-Saqa dan bapanya Syeikh Yusuf. Beliau tidak menyibukkan diri denganberguru tetapi gigih dalam menghafal dan belajar sendiri. (Yusri Dirkazanli, 1977:56)

    Sementara dari segi ibadat, beliau mempunyai jadual yang telah ditetapkan. Beliau hanya tidur sedikit dan bangun untukbertahajud sehingga waktu subuh dan kemudian pergi ke Masjid al-Umawi untuk solat berjamaah dan berada di safpertama. Setelah itu, melakukan wirid sehingga terbit matahari dan kemudian melakukan solat Dhuha. Beliau tidakmeninggalkan rutin ini walaupun semasa menunaikan ibadat haji. Setelah itu, baru beliau memulakan pembelajaransehingga hampir Zuhur. Apabila Azan Zuhur, beliau akan solat berjamaah dan kemudian berwirid. Beliau sentiasa

    Minda Madani Online

    http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 9 September, 2011, 16:29

  • melakukan solat sunat-sunat yang lain seperti solat Tasbih dan melakukan wirid selepas solat waktu. Beliau jugaseorang yang sentiasa berpuasa sunat dan beriktikaf dalam bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terutama sepuluhterakhir.Beliau pergi menunaikan haji dua kali iaitu pada tahun 1901M dan pada 1914M. (Yusri dirkazanli, 1977:58)

    Syeikh Badaruddin mula mengajar ketika berusia 15 tahun dibiliknya di Dar al-Hadis. Walaupun beliau berkhalwat,namun beliau juga mengajar dan belajar. Menurut seorang anak muridnya, sebelum beliau mengasingkan diri danberkhalwat, beliau telah mengajar di Masjid al-Umawi ketika berusia 13 tahun tafsir al-Baidawi berdasarkan kepadahafalan tanpa menggunakan kitab. Kemasyhurannya menyebabkan pelajar-pelajar syeikh lain telah bertumpu kepadahalaqahnya. Perkara ini menyebabkan beliau tidak menyenangi lalu meningalkan halaqah tersebut dan berkhalwat dibiliknya. Oleh itu, beliau mula mengajar sejak umur masih muda dan mengajar sebilangan kecil pelajar-pelajar di biliknyadi dar al-Hadis (Yusri Dirzakanli, 1977:59)

    Setelah selesai beliau berkhalwat dan pergi ke Homs pada tahun 1873M, beliau telah menerima sambutan daripenduduk di situ dan mengajar mereka di sana sebelum pulang ke Damsyiq untuk mengajar dengan mempunyai jadualyang tersusun dalam mengajar sehingga akhir hayatnya. Beliau mengajar secara serius pada umurnya mencecah 30tahun. Pengajian beliau terbahagi kepada tiga kategori iaitu :

    i. Pengajian khusus yang diadakan dibilik yang khusus di Dar al-Hadis. Pengajian khusus ini membaca kitabkitab yang tertentu yang terdiri pelajar dari pelbagai latar belakang dan juga ulamak-ulamak. Pengajian inidihadiri dari seorang sehingga sepuluh orang sahaja. Apabila tamat satu kumpulan masuk satu kumpulan yang lain pulabermula terbit matahari sehingga waktu Asar. Subjek yang diajar dalam kelas ini adalah pelbagai seperti Tafsir, hadis,mustalah hadis, subjek bahasa Arab, balaghah, nahu, saraf, usul fiqh dan tauhid.(Yausri Dirzakanli, 1977: 62) Antarakitab yang digunakan seperi tafsir al-Naisaburi, Tafsir al-Baidawi, dan tafsir al-Kasyaf. Dalam tauhid seperti syarah al-sanusiah al-Kubra. Syarah al-Aqaid al-Nasafiah, dalam hadis seperti Sahih Muslim dan dalam bidang akhlak dantasauf seperti Ihya Ulumiddin, risalah al-Qusairiah, syarah Hikam Ibn Ata illah. Dalam fiqh seperti al-Hidayah danFath al-Qadir, dalam balaghah seperti al-Talkhis karangan al-Taftazani dan dalam nahu seperti syarah al-Kafiahkarangan Ibn Hajib.

    ii. Pengajian umum yang diadakan di masjid. Pengajian ini pada mulanya di Masjid Sadat dengan membaca kitab sahihal-Bukhari. Apabila orang semakin ramai dan masjid semakin sesak, mereka telah berpindah ke Masjid Sanan Basha.Pengajian ini pada malam Isnin dan Jummat setiap minggu selepas solat maghrib. Kemudian pengajian ini diadakan diMasjid al-Umawi pada tahun 1880M pada zaman Madhat Basha dan dihadiri oleh para ulama dan pembesar negara.Pengajian ini diadakan selepas solat Jumaat sehingga waktu Asar dengan membaca kitab Sahih al-Bukhari. Pernahpihak kerajaan Uthmaniah untuk memberi gaji bulanan kepadanya sebagai ganjaran beliau mengajar, namun beliauenggan menerimanya.iii. Pengajian umum yang diadakan di Dar al-Hadis selepas solat Maghrib sehingga Isya. (Yusri al-Dirkazanli,1977: 60-71, Salih al-farfur, 1986: 38)

    Syeikh Badaruddin telah mengarang 40 buah buku yang merupakan syarah kepada kitab-kitab klasik utama. Antaranyasyarah tafsir al-Jalalain, syarah Syamail al-Muhamadiyyah, syarah Manzumah al-Baiquniah dalam Mustalah hadis,syarah Nazam al-Sanusiah, Syarah Qatr al-Nada dan lain-lain lagi. Namun, kebanyakan buku-buku tersebut telahterbakar semasa berlaku kebakaran di Dar al-Hadis dan tinggal sedikit sahaja yang masih disimpan oleh warisnya.

    i. Hasiyah Ala al-Jalalain- Buku ini merupakan syarah kepada tafsir al-Jalalain dengan membuat tambahan kepadapandangan-pandangan ulama seperti al-Zamakhsyari, al-Asyari dan al-Tabari. Buku ini dalam bentuk tulisan tanganyang ditulis oleh anak muridnya dan mempunyai dua jilid.ii. Al-Durur al-Bahiyyah fi syarah al-Mandumah al-Baiquniah. Buku ini merupakan syarah kepada qasidah yangdinamakan al-Baiquniah dalam bidang mustalah Hadis. Buku ini mula ditulis oleh muridnya Syeikh Abdul Salam al-Syatibertarikh 1868M dan tamat pada 1871M.iii. Syarah al-Qasidah al-Gharamiah fi al-Mustalah al-Hadithah. Buku ini merupakan syarah kepada qasidah yangdinamakan Gharami Sahih dalam bidang mustalah hadis karangan Syihabuddin al-Lahmi al-Asbili al-Syafii. Bukurisalah ini mempunyai 11 halaman dan dicetak pada 1869M oleh percetakan Bulaq, Mesir.iv. Al-Budur al-Jaliah fi Syarah Nizam al-Sanusiyyah. Kitab ini meripakan syarah kepada qasidah yang dinamakan al-sanusiyyah dalam bidang akidah. Dalam perbahasan sifat Allah, beliau mendatangkan pandangan muztazilah danmembahaskannya. Buku ini ditulis oleh anak muridnya pada tahun 1863M yang mempunyai 58 halaman.v. Al-Faraid al-Bahiyah ala al-Fawaid al-Syansuriyyah. Buku ini syarah kepada al-Fawaid karangan al-Syansuriyyah (m. 1590) dalam ilmu faraid.vi. Faida al-Wahab fi Mawafaqat Saidina Umar bin al-Khatab.Buku ini merupakan syarah kepada bait-bait yang disusunoleh Jalaluddin al-Sayuti. Buku ini mengandungi 27 halaman dan ditulis pada tahun 1864M.vii. Ghayah al-Maram ala syarah al-Qadr al-Nada. Buku ini merupakan syarah kepada syarah Qadr al-Nada dalambidang nahu. Beliau menghuraikan buku ini dengan membawa pandangan-pandangan ulamak nahu seperi Khalil Ahmadal-Farahidi, Syibawaih, al-Kasai, al-Fara, Ibn Malik dan Ibn Asfur. Buku ini adalah tulisan tangan anakmuridnya. Namun sebahagian besar buku ini hilang dan tidak 37 halaman sahaja.viii. Rafu al-Astar syarah al-Izhar. Buku ini merupakan syarah kepada al-Izhar dalam bidang nahu. Buku ini ditulis

    Minda Madani Online

    http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 9 September, 2011, 16:29

  • oleh anak muridnya pada tahun 1865 dan mempunyai 175 halaman.

    Buku-buku tulisan Syeikh Badaruddin merupakan tulisan syarahan kepada matan, qasidah dan bait-bait. Kategoripenulisan jenis ini adalah masyhur pada zaman tersebut. Namun, beliau tidak menumpukan sepenuhnya kepadapenulisan kerana ia lebih kepada mengajar dan mendidik anak-nak muridnya.

    Anak muridnya:

    Antara anak muridnya seperti berikut:i. Syeikh Tahir al-Atasi-Mufti Homsii. Syeikh Amin Suwaidiii. Syeikh Taufiq al-Ayyubiiv. Syeikh Abdul Muhsin-Kadi Syamv. Syeikh Abdul Qadir al-Magribi- Ketua Majmak al-Ilm, Damsyiqvi. Muhamad Mubarakvii. Jamaluddin al-Qasimiviii. Abdul Qadir Badran-Penulis ringkasan Tarikh Ibn Asakirix. Syeikh Mustafa Naja-Mufti Beirutx. Syeikh Bahjat Baitarxi. Syeikh Ali al-Daqrxii. Syeikh Muhammad al-Kasti Ketua Qadi Beirutxiii. Syeikh Hassan Habannakahxiv. Syeikh Salih al-Farfur-Pengasas Maahad al-Fatah al-Islami

    Anak murudnya merupakan pelanjut tradisi keilmuan Syria kerana sebahagian besar mereka telah menubuhkan sekolah-sekolah dan kolej agama untuk masyarakat Islam di Syria dan dunia Islam. Syeikh Salih Farfur telah menubuhkanMaahad Fatah al-Islami sebuah institusi agama yang terkenal dan pelajarnya terdiri dari pelbagai Negara termasukpelajar-pelajar dari Malaysia. Syeikh Hassan Habannakah juga menubuhkan sekolah yang telah melahirkan ramaiulamak yang masyhur seperti Said Ramadan al-Buti, Dr Wahbah al-Zuhayli, Mustafa al-Khin dan lain-lain.Beberapa pandangan Syeikh Badaruddin

    Syeikh Badaruddin mempunyai beberapa pandangan mengenai umat Islam pada masa itu antaranya:i. Muhammad al-Mubarak menyebutkan bahawa Syeikh Badaruddin sentiasa menyeru agar umat Islam menuntut ilmu walaupun ia adalah datang dari barat kerana pada masa itu ada yang berpandangan apa yang datang dari barat adalahkufur dan menyesatkan. Beliau pernah melawat sekolah rasmi kerajaan dan menghadiri pengajian ilmu-ilmu sains danfalsafah.Apabila ditanya mengenai ilmu-ilmu tersebut, beliau mengalakkan umat Islam mempelajarinya dan bermusafiruntuk mencari ilmu tersebut di barat merupakan satu kewajipan. (Yusri, 1977:100)

    ii. Dalam bidang akhlak, beliau berpendapat al-Gibah atau mengumpat merupakan perkara yang paling buruk danmembahayakan masyarakat. Dalam pengajiannya, terdapat perbahasan mengenai bahaya mengumpat dan menurutnyaia boleh merosakkan ibadat seseorang malah membatalkan wuduk dan perlu mengambil semula apabila ia mengumpat.Pernah orang menayakan mengenai mengumpat untuk tujuan peringatan, Beliau menjawab bahawa ia merupakankeperluan dalam keadaan darurat seperti memakan bangkai dalam keadaan darurat. Tidak harus kecuali dalam keadaandarurat. Orang itu harus bercakap dalam lingkungan mencukupi dan tidak boleh melebihi percakapan mengumpatseperti memakan perkara yang haram sekadar untuk menyelamatkan nyawa daripada mati. Sesiapa yang melebihinyaadalah haram.(Yusri Durkazanli, 1977: 103)

    iii. Syeikh Badaruddin adalah seorang ulamak yang gigih dalam berjihad menentang penjajahan sama ada melaluipandangan dan aktiviti perjuangan. Beliau sentiasa meniupkan semangat jihad melalui pengajian-pengajiannyamengenai kewajipan berjihad sama ada kepada wanita dan kanak-kanak. Beliau mengungkapkan : Jihad adalahfardu ain kepada setiap orang yang mampu membawa senjata.

    iv. Dalam bidang mustalah hadis, beliau berpendapat bahawa kutub al-Sittah (kitab hadis yang enam) bukanmenghimpunkan hadis-hadis yang sahih kesemuanya kecuali al-Bukhari dan Muslim.Tidak harus mengatakan Sahih al-Turmizi dan sahih al-Nasai dan ini tidak bermakna ia tidak mengandungi hadis-hadis sahih. Perkara ini keranakitab-kitab tersebut mengandungi hadis sahih, hassan dan juga terdapat hadis daif. Begitu juga pandangannyamengenai sanad hadis kepda Rasulullah SAW. Seseorang yang mengatakan ini hadis Rasulullah hendaklah iamengetahui kesahihan sanad.

    Sebelum beliau meninggal dunia dua hari, para ulama, rakan-rakannya dan ahli keluarga telah berhimpun. SyeikhBadaruddin telah memberi pesanan mengenai kewujudannya di atas dunia ini bersama umat Islam. Namun kurangmemberi hak-hak mereka malah hak Pecipta. Saya berdoa semoga kita mendapat keredahaan dan menjauhkan darikejahatan dan meneeguhkan dalam agama dan urusan dunia.

    Muhamad Badaruddin meninggal dunia pada pagi Jumaat 27 Rabi akhir 1354 bersama 28 haziran 1935. Beliau

    Minda Madani Online

    http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 9 September, 2011, 16:29

  • meninggal jam 9 setelah selesai solat dhuha. Jenazahnya disembahynag di Masjid Umawi pada jam 4 petang dandikebumikan jam 7 petang di Bab al-Saghir.Damsyiq. Pada tahun 1936, dibina masjid kecil berdekatan kuburnyakemudian diruntuh dan dibina Majma atas namanya yang merangkumi masjid dan institusi pendidikan dankuburnya berdekatan dengan majma tersebut. (Bayruni, 2009:84, Salih al-Farfur, 1986: 44)

    Semasa hidup, beliau pernah diziarahi oleh Mufti Mesir, Syeikh Muhammad Bakhit al-Mutii semasa beliaumelawat Syria. Syeikh al-Muti;i telah pergi ke Masjid al-Umawi pada hari Jumaat dan berada dalam majlis pengajianSyeikh Badaruddin sehingga waktu Asar. Selesai solat Asar, mereka berdua bertemu di luar masjid. (Ini kerana SyeikhBadaruddin Tidak bercakap mengenai urusan dunia di Masjid). Syeikh al-Mati;i mengakui keluasaan ilmu dan kealimanSyeikh Badaruddin. Begitu juga Muhammad Abduh dan Syeikh Abdul Juwad al-Qayati al-Misri.(Salih al-Farfur, 1986: 86)

    Syeikh Salim al-Attar seorang ulama sezaman dengannya mengakui kelebihan Syeikh Badaruddin dari segi ingatansanad-sanad hadis dan pengajiannya mendapat sambutan luar biasa dan ini merupakan kurniaan Ilahi. SyeikhMuhammad Kamal al-Qasab, ketua Ulama-ulama Damsyiq menyatakan bahawa tidak terdapat di dunia Islam sepertiMesir, India, Yaman, Syria, Iraq dan lain-lain seperti pengajian Syeikh Badaruddin. Syeikh Badaruddin juga menziarahipenghuni penjara pada Hari Raya aidil fitri dan hari raya aidil adha dan berdoa agar mereka bersabar dan kembali kepangkal jalan. Syeikh juga dizairahi oleh pembesar-pembesar negara seperti Jamal Basha, Ketua Turki di Syria. Semasalawatan pembesar-pembesar ngegara tersebut, Syeikh Badaruddin duduk di kerusi dan tidak bangun.

    Minda Madani Online

    http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 9 September, 2011, 16:29