metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

10
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12 th 13 th October 2015 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015 1 METODOLOGI TAFSIRAN MUHAMMAD SYAHRUR DALAM ISU BATASAN AURAT WANITA WAN HAKIMIN BIN WAN MOHD NOR NIK MOHD NABIL BIN IBRAHIM Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor. [email protected] ABSTRAK Al-Quran merupakan sumber wahyu yang tertinggi dalam Islam, bahkan diterima pakai sebagai sumber hukum kerana kandungannya yang terpelihara dan bersifat mutawatir (mustahil berlaku padanya pendustaan) dalam periwayatannya. Keinginan umat Islam untuk selalu membahaskan al-Quran sebagai teks yang terbatas dengan masalah sosial kemanusiaan yang tidak terbatas merupakan alasan tersendiri bagi dinamika kajian tafsir Al-Quran. Walaupun Al-Quran diturunkan pada masa lalu, dengan keadaan sosio-budaya yang tertentu, ia mengandungi nilai-nilai universal yang akan sentiasa relevan sepanjang masa dan di setiap tempat. Dan kerana itu, pada masa kini, Al-Quran harus ditafsirkan sesuai dengan peredaran zaman. (Muhammad Syahrur 1992: 33) Dengan kata lain, pada era masa kini, kita tidak perlu menggunakan pendapat pentafsir terdahulu dalam mentafsirkan kandungan Al-Quran kerana masalah pada masa lalu dan kini harus diselesaikan dengan metodologi yang berbeza dan sesuai dengan peredaran zaman. Menurut pentafsir kontemporari, tafsiran terdahulu merupakan sebuah kemunduran. (Dr Abdul Mustaqim 2010:1). Sehubungan dengan itu, hari ini munculnya tokoh muslim liberal seperti Muhammad Syahrur yang mentafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsunya. Lebih malang dari itu, beliau mengutamakan kehujahan akal berbanding wahyu dalam pentafsiran Al- Quran. Kajian ini akan menjelaskan biodata Muhammad Syahrur, dan kemudiannya diikuti dengan karya-karyanya, teori dan pandangannya dalam isu batasan aurat. Yang terakhir ialah analisa terhadap metodologinya dalam isu ini berdasarkan hakikat sebenar pendalilan al-Quran, hadith, pandangan ulama dan sebagainya. Dapatan kajian mendapati bahawa kehujahan akal tanpa batasan dalam mentafsirkan al-Quran akan mengheret manusia ke lembah kesesatan dan menyeleweng jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Kata Kunci: Metodologi, Dinamika, Sosio-budaya, Relevan, Kontemporari

Upload: hoangliem

Post on 11-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

1

METODOLOGI TAFSIRAN MUHAMMAD SYAHRUR DALAM ISU BATASAN AURAT WANITA

WAN HAKIMIN BIN WAN MOHD NOR

NIK MOHD NABIL BIN IBRAHIM

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bangi, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK Al-Quran merupakan sumber wahyu yang tertinggi dalam Islam, bahkan diterima pakai

sebagai sumber hukum kerana kandungannya yang terpelihara dan bersifat mutawatir

(mustahil berlaku padanya pendustaan) dalam periwayatannya. Keinginan umat Islam untuk

selalu membahaskan al-Quran sebagai teks yang terbatas dengan masalah sosial

kemanusiaan yang tidak terbatas merupakan alasan tersendiri bagi dinamika kajian tafsir

Al-Quran. Walaupun Al-Quran diturunkan pada masa lalu, dengan keadaan sosio-budaya

yang tertentu, ia mengandungi nilai-nilai universal yang akan sentiasa relevan sepanjang

masa dan di setiap tempat. Dan kerana itu, pada masa kini, Al-Quran harus ditafsirkan

sesuai dengan peredaran zaman. (Muhammad Syahrur 1992: 33) Dengan kata lain, pada era

masa kini, kita tidak perlu menggunakan pendapat pentafsir terdahulu dalam mentafsirkan

kandungan Al-Quran kerana masalah pada masa lalu dan kini harus diselesaikan dengan

metodologi yang berbeza dan sesuai dengan peredaran zaman. Menurut pentafsir

kontemporari, tafsiran terdahulu merupakan sebuah kemunduran. (Dr Abdul Mustaqim

2010:1). Sehubungan dengan itu, hari ini munculnya tokoh muslim liberal seperti

Muhammad Syahrur yang mentafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsunya. Lebih malang

dari itu, beliau mengutamakan kehujahan akal berbanding wahyu dalam pentafsiran Al-

Quran. Kajian ini akan menjelaskan biodata Muhammad Syahrur, dan kemudiannya diikuti

dengan karya-karyanya, teori dan pandangannya dalam isu batasan aurat. Yang terakhir

ialah analisa terhadap metodologinya dalam isu ini berdasarkan hakikat sebenar pendalilan

al-Quran, hadith, pandangan ulama dan sebagainya. Dapatan kajian mendapati bahawa

kehujahan akal tanpa batasan dalam mentafsirkan al-Quran akan mengheret manusia ke

lembah kesesatan dan menyeleweng jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Kata Kunci: Metodologi, Dinamika, Sosio-budaya, Relevan, Kontemporari

Page 2: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

2

PENGENALAN

Kajian Al-Quran sebenarnya selalu mengalami perkembangan yang dinamik seiring dengan

kelestarian perkembangan keadaan sosio-budaya dan peradaban manusia. Ini terbukti dengan

munculnya karya-karya tafsir bermula dari tafsiran klasik sehingga tafsiran kontemporari

dengan pelbagai metodologi dan pendekatan yang dilakukan. (Dr Abdul Mustaqim 2010: 1).

Keinginan umat Islam untuk selalu membahaskan Al-Quran sebagai teks yang terbatas

dengan masalah sosial kemanusiaan yang tidak terbatas merupakan alasan tersendiri bagi

dinamika kajian tafsir Al-Quran. Walaupun Al-Quran diturunkan pada masa lalu, dengan

keadaan sosio-budaya yang tertentu, ia mengandungi nilai-nilai universal yang akan sentiasa

relevan sepanjang masa dan di setiap tempat. Dan kerana itu, pada masa kini, Al-Quran harus

ditafsirkan sesuai dengan peredaran zaman. (Muhammad Syahrur 1992: 33) Dengan kata

lain, pada era masa kini, kita tidak perlu menggunakan pendapat pentafsir terdahulu dalam

mentafsirkan kandungan Al-Quran kerana masalah pada masa lalu dan kini harus

diselesaikan dengan metodologi yang berbeza dan sesuai dengan peredaran zaman dan

menurut pentafsir kontemporari, tafsiran terdahulu merupakan sebuah kemunduran. (Dr

Abdul Mustaqim 2010:1). Kesannya, perkembangan metodologi dan epistemologi tafsiran

kontemporari merupakan satu sejarah yang tidak dapat dihindari termasuk dalam peta

pemikiran ilmu-ilmu keislaman, persoalan metodologi tafsir yang merangkumi konsep dan

teori, proses dan perkembangan tafsir merupakan satu ilmu yang belum cukup sempurna

sehingga sering diperbaharui dan dikembangkan. (Amin al-Khuli 1961: 302).

BIOGRAFI MUHAMMAD SYAHRUR

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Syahrur al-Duyyub. Beliau dilahirkan pada 11 April

1938 di Damsyik, Syria. Bapa beliau bernama Dayb ibnu Dayb Syahrur dan ibunya bernama

Siddiqah Bt Salih Filyun. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Lembaga

Pendidikan Abdul Rahman al-Kawakibi, Damsyik, Syria. Pada tahun 1957, beliau telah

menamatkan pengajian menengah dan mendapat biasiswa dari kerajaan Syria untuk

melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang teknik di Moscow, Rusia. Setelah

memperoleh diploma pada tahun 1964, beliau ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di

Universiti Damsyik dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Seterusnya pihak universiti

menghantar beliau ke Ireland National University, Dublin untuk meneruskan pengajian di

peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah dalam bidang Struktur Tabah dan Geologi

pada tahun 1968. Beliau berjaya meraih gelaran Master of Science pada tahun 1969 dan

mendapat Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1972. Beliau kembali bertugas pensyarah di

Universiti Damsyik, Syria di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan mengajar subjek Geologi

sehingga sekarang. (Dr. Abdul Mustaqim 2010: 92)

KARYA MUHAMMAD SYAHRUR

1) Al-Kitab Wal Quran: Qiraah Mua’shirah (1990)

2) Dirasat Islamiyyah Mua’shirah fi-al Daulah wa al Mujtama’ (1994)

3) Al-Iman wa al-Islam: Manzumat al-Qiyam.(1996)

4) Nahwa Ushul Jadidiah lil Fiqh al-Mar’ah. (2000)

5) Masyu’ Mitsaq al-A’mal al Islami: Fiqh al-Mar’ah. (1999)

Page 3: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

3

PANDANGAN MUHAMMAD SYAHRUR TENTANG AL-QURAN DAN TAFSIR

Dalam sebuah teori ilmu dinyatakan bahawa setiap mufassir di dalam mentafsirkan sebuah

teks tidak akan terlepas dari sejarah hidup, latar belakang pendidikan, dasar pemikiran dan

situasi masyarakat pada zaman pentafsir. Begitu juga dengan Muhammad Syahrur di dalam

mentafsirkan Al-Qur’an dengan melihat kepada sosial masyarakat serta ilmu bahasa yang

dikuasai dan pemikiran orang yang pernah bergaul dengannya. Menurut beliau terdapat

beberapa masalah yang muncul dalam pemikiran tokoh Islam kontemporari seperti:

1. Tidak adanya metodologi penelitian ilmiah yang objektif yang berkaitan dengan

kajian al Kitab (ayat-ayat Al-Quran) yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

2. Kajian-kajian Islam masa kini seringkali bergantung pada perspektif ulamak-

ulamak terdahulu yang dianggap sudah mencukupi, lebih bersifat subjektif sehingga

hasil kajian Islam yang sekarang hanya digunakan untuk memperkuatkan andaian

yang sudah sedia ada.

3. Umat Islam saat ini tidak memanfaatkan ilmu falsafah hermeneutik kerana masih

beranggapan ilmu yang berasal dari Yunani itu adalah keliru dan sesat.

4. Tidak adanya epistemologi Islam yang sah. Akibatnya umat Islam pada masa

sekarang hanya berpandu kepada doktrin-doktrin pemikiran ulama mazhab.

5. Produk-produk feqah yang ada pada masa sekarang sudah tidak relevan dengan

tuntutan semasa sehingga diperlukannya formulasi hukum feqah yang baru.

TEORI BATASAN AURAT

Pemikiran Batasan Aurat Muhammad Syahrur

Episod serangan pemikiran Islam Liberal terhadap persoalan aurat wanita dalam Islam

menjadi kian serius apabila kesannya mengundang kepada kerosakan pada pemikiran umat

Islam itu sendiri. Malangnya terdapat dalam kalangan umat Islam secara sedar ataupun

tidak, sedikit sebanyak termakan dengan serangan mereka. Benteng umat Islam dalam hal

ini ialah pegangan Ahli al-Sunnah wa al-Jama`ah yang bersepakat tanpa khilaf bahawa

untuk memahami Islam rujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah. Pandangan setiap

individu hendaklah dinilai dengan dua neraca ini.

Di dalam persoalan mengenai aurat wanita di dalam Islam, Muhammad Syahrur

merupakan salah seorang cendekiawan yang berusaha menampilkan pendapat baru. Tetapi

kerana kelemahannya dalam disiplin ilmu agama, maka apa yang dikemukakannya sukar

untuk diterima. Dalam konteks pakaian, Muhammad Syahrur menjelaskan bahawa “Pakaian

tertutup yang kini dinamai hijab (Jilbab) bukanlah kewajiban agama tetapi ia adalah satu

bentuk pakaian yang dituntut oleh kehidupan bermasyarakat dan lingkungan serta dapat

berubah dengan perubahan masyarakat.

Page 4: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

4

Pada pemikiran Muhammad Syahrur, aurat bermaksud sesuatu yang membuat

seseorang itu malu jika terlihat dan ianya tidak ada kaitan dengan yang halal dan haram sama

ada dilihat daripada dekat ataupun jauh. Dengan makna lain, aurat itu adalah sesuatu yang

relatif. Sebagai contoh “Apabila seseorang itu botak (ashla`) dan tidak suka botaknya terlihat

oleh orang lain maka dia akan memakai rambut palsu. Maka botak di kepala dianggap

sebagai aurat. Beliau menguatkan kenyataannya bahawa aurat itu adalah sesuatu yang relatif

dengan berdasarkan maksud hadis Nabi SAW: "Barang siapa menutupi aurat mukmin,

nescaya Allah akan menutupi auratnya" (Sunan Ibnu Majah, Hasan Li ghairihi, hadis ini

isnadnya dha’if kerana terdapat padanya Muhammad bin Uthman). Menurutnya, bahawa

menutupi aurat mukmin dalam hadith itu, bukan bererti meletakkan pakaian hingga tidak

kelihatan. Maka beliau menyimpulkan bahawa aurat itu datang dari rasa malu, yakni

ketidaksukaan seseorang dalam menampakkan sesuatu, baik dari tubuhnya mahupun

perilakunya. Sedang malu menurutnya adalah relatif boleh berubah-rubah mengikut

kesesuaian dengan adat istiadat, zaman dan tempat. (Muhammad Shahrur 2000: 329)

Beliau menganggap kadar aurat yang dinyatakan di dalam Al-Quran tidak

bersesuaian dilaksanakan pada zaman kini kerana nas-nas di dalam Al-Quran yang

memerintahkan supaya menutup aurat hanya perlu dilaksanakan pada zaman Rasulullah

sahaja. Cara yang terbaik dan bersesuaian di dalam kadar menutup aurat ialah wanita diberi

kebebasan dalam menampilkan tubuh mereka yang mana merupakan aset besar bagi diri

wanita itu sendiri mengikut kesesuaian cuaca dan adat resam masyarakat di tempat tersebut.

Hal ini adalah untuk tidak mengongkong kebebasan hidup wanita dan ia merupakan

lambang ketamadunan dan kebebasan. Metodologi pembaharuan hukum yang dilakukan

oleh Muhammad Syahrur di dalam isu ini adalah dengan melakukan pembacaan Al-Quran

dengan menggunakan metodologi linguistik historis ilmiah (al-manhaj al-lughawī al-tārikhī

al-‘ilmī). Kaedah ini adalah berdasarkan sejarah perbahasan ilmu di mana pentafsiran yang

dilakukan oleh ulama terdahulu hanya sesuai dengan zamannya dan untuk masa kini

memerlukan pentafsiran lain yang bersesuaian dengan suasana masa kini. Di dalam

persoalan mengenai batas aurat ini, beliau telah membuat pembaharuan di dalam

pentafsiran terhadap dua jenis ayat Al-Quran yang berhubungkait dengan batasan aurat

yang menggunakan kefahaman bahasa linguistik sastera moden iaitu di dalam surah An-Nur

ayat 31 dan Surah Al-Ahzab ayat 59.

PENTAFSIRAN DAN PERBAHASAN MUHAMMAD SYAHRUR

Perbahasan Dalam Surah al-Nur ayat 31

Allah taala berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat

pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan

mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang

zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan

tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh

Page 5: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

5

mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka

atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau

anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka

yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau

orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada

perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan

janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang

tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Menurut Muhammad Syahrur hiasan adalah pada tempat sesuatu, maka hiasan

perempuan adalah seluruh tubuhnya. Namun demikian, hiasan terbahagi kepada dua iaitu

hiasan yang jelas, nyata dan ada juga yang tersembunyi. Ayat di atas memberi maksud ada

hiasannya yang tersembunyi. Yang nyata dan jelas dari hiasan wanita adalah bahagian-

bahagian anggota badan yang nampak contohnya kepala, perut, kedua kaki dan tangan.

Menurutnya lagi, Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu tanpa pakaian. Yang

tersembunyi pula adalah yang tidak nampak yakni yang tersorok iaitu apa yang telah

diistilahkan oleh Al-Quran sebagai al-Juyub. Kehendak ayat ini adalah jelas kecuali maksud

perhiasan tubuh yang zahir tidak diterangkan maksudnya dengan jelas dan sempurna di dalam

Al-Quran begitu juga tiada hadis Qauli yang sahih tentangnya tetapi hadis Iqrar yang sahih

amatlah banyak sekali iaitu perakuan Nabi terhadap para sahabat (sahabat muslimah) yang

semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu. Sekali imbas ayat di atas sarat dengan

perintah dan larangan Allah SWT kepada muslimah dalam menjaga akhlak mulia dan

kehormatan diri.

Ayat di atas dimulai dengan perintah Allah SWT yang melarang kaum muslimah

daripada menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir. Mengikut pendapat jumhur

ulamak kecuali yang zahir daripadanya adalah muka dan tapak tangan. Kemudian ayat di atas

juga adalah perintah Allah agar wanita muslimah menutup dada, tengkuk dan leher dengan

tudung bukan kepalanya semata-mata. Perkara ini sangat jelas dengan kewajipan menutup

kepala dan dada. Maka sesiapa yang mencabut tudung dan menampakkan kepala atau dada

maka dia berhak mendapat kemurkaan Allah. Ulama-ulama yang mengecualikan wajah dan

telapak tangan dan bahagian tubuh kaum muslimah yang merupakan aurat merujuk kepada

hadis di bawah:

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan

pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling

daripadanya dan bersabda: ((Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai

haid (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini

dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan

tangannya)). (Riwayat Abu Daud)

Al-Khimar dalam ayat ini maksud asalnya ialah penutup sesuatu benda. Sesuatu

dijadikan penutup dikatakan sebagai al-Khimar. Tetapi perkataan al-Khimar telah dikenali

sebagai satu nama benda yang dijadikan penutup kepala wanita. Daripada makna ini dapat

difahami bahawa khumur dalam ayat ini ialah kain, tudung atau seumpamanya yang dijadikan

penutup kepala dan hukum menutupnya adalah wajib. (M.Quraish Shihab 2004: 122)

Menurut Muhammad Syahrur, juyub tidak hanya meliputi bahagian dada sahaja tetapi ia

meliputi belahan dada, bahagian tubuh di bawah ketiak dan kemaluan. Namun lafaz al-juyub

Page 6: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

6

bermaksud tempat potongan baju iaitu tempat yang terbuka di atas baju untuk si pemakai. Al-

juyub ini dikehendaki supaya ditutup dengan al-khumur supaya tidak kelihatan dada dan

leher. Al-Qurtubi memetik pendapat Maqatil bahawa maksud ialah صدورهن bermaksud dada mereka.

Pada akhir pentafsiran mengenai ayat ini, Muhammad Syahrur menyimpulkan bahawa

batasan pakaian wanita dibahagi kepada dua jenis iaitu batasan maksimum (al-hadd al-a'la)

yang ditetapkan Rasulullah SAW yang meliputi seluruh anggota tubuh selain wajah dan dua

telapak tangan. Batasan minimum (al-hadd al-adna) iaitu batasan yang ditetapkan oleh Allah

SWT, yang hanya menutup juyub. Menurut Muhammad Syahrur, juyub tidak hanya meliputi

bahagian dada sahaja tetapi ia meliputi belahan dada, bahagian tubuh di bawah ketiak dan

kemaluan. Sedangkan semua anggota tubuh selain juyub, boleh diperlihatkan sesuai dengan

budaya masyarakat setempat. Penutup kepala untuk laki-laki dan perempuan hanyalah

dianggap sebagai budaya dan tidak ada hubungannya dengan Iman dan Islam.

Sebagai kesimpulan ideanya, Muhammad Syahrur berpendapat terdapat banyak

kesalahan yang terjadi dalam kalangan ulama Fiqh, kerana menundukkan Hadis Rasulullah

bahawa semua anggota tubuh, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya, sebagai batasan

aurat wanita. Maka dengan menggunakan teori batas Muhammad Syahrur, aurat wanita kini

dianggap sesuatu yang menjadi sangat fleksibel. Batasan minimum yang ditetapkan olehnya

akan mendorong wanita muslimah berlumba-lumba untuk terjun ke dunia hiburan dan

mereka tidak malu dan ragu untuk membuka aurat mereka di pantai-pantai ataupun di tempat-

tempat awam. Ini kerana ia bukan menjadi sesuatu yang terlarang dalam islam dan semuanya

bergantung pada keadaan cuaca dan kesepakatan masyarakat setempat.

PENOLAKAN TEORI MUHAMMAD SYAHRUR

Menurut al-Qurtubi bahawa sebab turun ayat di atas ialah kerana wanita-wanita Islam ketika

itu apabila mereka menutup kepala dengan tudung (al-Khimar), mereka melabuhkannya ke

belakang lalu terbukalah dada sebelah atas, leher dan telinga tidak bertutup. Lalu Allah

memerintahkan supaya melabuhkan tudung ke atas al-juyub untuk menutup dada. Sejak

dahulu wanita menggunakan tutup kepala namun ada sebahagian mereka tidak menggunakan

untuk menutup kepala tetapi membiarkan melilit punggung mereka. Menurut Ibn Kathir pula,

bahawa ayat ini mewajibkan wanita Islam memakai penutup kepala dan melabuhkannya

hingga menutup leher dan dada. Tujuannya untuk membezakan mereka dengan wanita

jahiliyyah yang memerintahkan supaya wanita mukmin menutupnya.

Manakala Sayyid Qutb pula dengan tegas menegaskan bahawa maksud al-Khimar

ialah kain yang menutup kepala, leher dan dada. (Prof.Madya Dr.Jawiah Dakir 2000: 6-7) Al-

Biqa`i memperoleh kesan dari penggunaan kata وليضربن yang terambil daripada kata ضرب

dan yang biasa diertikan memukul atau meletakkan secara tepat dan sungguh-sungguh untuk

tujuan menutup kepala (M.Quraish Shihab 2004: 76). Berdasarkan petikan ayat di atas juga,

Muhammad Syahrur telah mentafsirkan larangan melakukan kerja yang dapat

memperlihatkan hiasan yang tersembunyi. Oleh itu wanita boleh melakukan apa jua kerja

kecuali yang melibatkan pekerjaan seperti menjadi model yang menunjukkan seluruh

badannya atau menari dengan tarian yang menampakkan seluruh atau sebahagian dari

hiasannya yang tersembunyi. Kekeliruan Syahrur dalam ayat ini adalah pada perkataan

Page 7: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

7

yang membawa maksud berkerja tetapi makna sebenarnya adalah berjalan. Hal ini

kerana ketika berjalan, kaki akan memukul di tanah. Jika dilihat kalimah selepasnya

untuk mempertegas bahawa yang dimaksudkan adalah menghentakkan kaki mereka

di tanah dengan tujuan menarik perhatian iaitu membunyikan gelang-gelang kaki mereka.

Maka inilah yang dijelaskan serta disokong oleh sekian banyak nuzul ayat

tersebut.(M.Quraish Shihab 2004: 126-127)

PENTAFSIRAN DAN PERBAHASAN MUHAMMAD SYAHRUR

Perbahasan Dalam Surah al-Ahzab ayat 59

Firman Allah taala yang bermaksud:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-

perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh

tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka

dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak

diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Secara umumnya, ayat diatas adalah ayat yang berbentuk perintah yang

memerintahkan wanita untuk menutup aurat supaya mengelakkan diri daripada diganggu

apabila keluar dari rumah. Merujuk kepada tafsiran Muhammad Syahrur ayat ini didahului

dengan lafaz 'Wahai Nabi' (ya ayyuhan nabi), yang bererti bahawa di suatu sudut, ayat ini

adalah ayat pengajaran (ta'lim) dan bukan untuk pensyariatan (tasyri'). Manakala di suatu

sudut yang lain, ayat yang turun di Madinah ini harus difahami dengan pemahaman

sementara (fahaman marhaliyyan), kerana berkait dengan tujuan keamanan bagi para wanita

yang keluar rumah daripada gangguan orang-orang lain.Namun Muhammad Syahrur

menegaskan bahawa alasan keamanan dan perlindungan diri daripada gangguan orang-orang

luar sudah tidak wujud dan tidak sesuai dengan masa kini. Hal ini kerana ayat di atas adalah

ayat pengajaran yang bersifat anjuran dan seruan. Maka hendaklah bagi wanita mukminah

dianjurkan bukan diwajibkan untuk menutup mana-mana bahagian tubuhnya yang boleh

menyebabkan seseorang wanita itu diganggu oleh orang lain.

Muhammad Syahrur mengklasifikasikan gangguan kepada dua jenis iaitu gangguan

alam dan gangguan sosial. Gangguan alam berkaitan dengan cuaca seperti suhu panas dan

dingin. Maka wanita mukminah hendaklah berpakaian menurut kesesuaian cuaca sehingga ia

terhindar daripada gangguan alam. Sedangkan gangguan sosial berkaitan dengan adat istiadat

iaitu adat resam sesebuah masyarakat. Maka pakaian mukminah untuk keluar rumah harus

menyesuaikan dengan keadaan suasana masyarakat sehingga tidak mengundang cemuhan dan

gangguan kepada mereka.

PENOLAKAN TEORI MUHAMMAD SYAHRUR

Pakar yang menolak pandangan Syahrur di atas menyatakan bahawa pakaian mestilah

bersesuaian dengan adat kebiasaan masyarakat tetapi tuntutan agama sebagaimana yang telah

termaktub di dalam Al-Quran dan As-sunnah telah jua diterima oleh adat masyarakat sebagai

sesuatu yang baik. Jika dikaji mengenai adat kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat

Page 8: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

8

sebelum Islam, kita dapat lihat ia sebenarnya telah diperhaluskan dan dikembangkan oleh Al-

Quran. Kita dapat menyimpulkan di sini bahawasanya Muhammad Syahrur terlalu

melangkah jauh hingga terpesong dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran.

Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan,

pakaian atau tempat. Ini berdasarkan beberapa dalil umum yang menunjukkan kesemuanya

merupakan kurniaan Allah SWT kepada hambaNya yang dijadikan untuk mereka nikmati dan

mengambil manfaat dalam kehidupan mereka sama ada dari pakaian, perhiasan kegunaan dan

keseronokan hidup mereka di dunia. Allah taala berfirman yang bermaksud: Wahai anak-

anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk)

pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan dan pakaian Yang berupa taqwa itulah

Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan

rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Al-A’raaf 7:26)

AURAT PADA SYARAK

Pengertian aurat pada syarak bermakna setiap anggota yang diharamkan oleh Allah untuk

didedahkan atau dibuka dihadapan orang yang tidak halal dilihat kepadanya atau orang yang

halal kawin dengannya. Allah mengharamkan demikian kerana pendedahan aurat dihadapan

orang yang bukan mahram adalah mencacatkan sifat dan darjat kemanusiaan yang mulia serta

sopan santun dalam pergaulan, menunjukkan akhlak yang rendah boleh membawa kepada

ciri-ciri kerosakkan dalam masyarakat tanpa disedari oleh sesiapa. Tujuan aurat ditutup

mengikut istilah syarak ialah yang pertama ia wajib ditutup di dalam solat untuk mengelak

dari godaan syaitan dan tidak sah andai terbuka kerana tutupan waktu itu khusus untuk waktu

solat. Yang kedua ialah aurat adalah haram didedah dan dilihat di hadapan khalayak untuk

mengelak dari kejahatan dan maksiat. Yang ketiga untuk menjaga maruah dan harga diri.

Aurat wajib ditutup dan malu sekiranya dibuka. Sesiapa yang membuka aurat tanpa rasa malu

maka ia tergolong dalam golongan orang yang tidak malu.

Pendapat para ulama` yang mana sependapat menegaskan bahawa “Wanita itu aurat”.

Menurut Imam Syafie dan Maliki, disebabkan naluri wanita itu mudah tersentuh sesuatu yang

tidak diingini dan buruk terhadap perasaan dan jiwa seseorang lelaki yang tidak beriman atau

tergugat imannya apabila melihat kecantikan rupa parasnya serta kehalusan kulit dan

potongan badan yang menarik nafsu mudah tergoda dengannya disebabkan mata tidak dapat

menundukkan pandangan diwaktu itu. (Dr.Rokiah Ahmad 2008: 3) Berdasarkan demikian

syariat Islam menyuruh supaya menutup aurat bagi memuliakan dan menghormati nilai diri

setiap individu muslim dan muslimah bukan untuk menyusahkan dan menghina tetapi untuk

menentukan keperibadian manusia yang dimuliakan oleh Allah walau di mana mereka

berada. Demikianlah di antara contoh daripada beberapa pentafsiran yang kita dapati ianya

sesuatu yang baru tetapi tidak mengikuti kaedah-kaedah di dalam pentafsiran yang sebenar

dan telah menyebabkan ianya terus terpesong. Kekeliruan dalam mentafsirkan Al-Quran

antara lain disebabkan kerana kadangkala pengetahuan mereka tentang kaedah pentafsiran

antara lain kerana tidak memahami konteks ayat atau sebab nuzulnya malah hanya

mengambil sepotong ayat sambil mengabaikan ayat yang selanjutnya.

Page 9: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

9

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kelompok pemikiran Islam liberal hanya menggunakan dasar rasional

dan akal semata-mata dan jelas ia merupakan jalan menuju ke arah kesesatan. Bagi mereka,

semua ayat menjadi ayat yang boleh ditakwilkan dengan kiraan mereka tanpa perlu memiliki

ilmu pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukum dan prinsip-prinsip

pengambilan hukum berdasarkan nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Hal ini

menyebabkan segala pendapat baru yang dikemukakan sangat sukar untuk diterima dan perlu

ditolak kerana ia bercanggah dengan hukum yang asal. Sehubungan dengan itu, tidak

hairanlah sekiranya pandangan dan kritikan Muslim liberal terhadap Ilmu Tafsir sebenarnya

adalah di antara usaha yang cuba dilakukan bagi mencantas ilmu yang pertama yang lahir di

kalangan umat Islam. Diharapkan kita sebagai umat Islam dapat membangkitkan kesedaran

terhadap cabaran akidah dan diberi pertunjuk dan kekuatan agar kita mendapatkan cara dan

ikhtiar yang terbaik dalam menghadapi serangan pemikiran Islam Liberal dan kebenaran

agama Islam terus dan tetap terpelihara martabatnya hingga akhir masa.

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abi Al-Hussein Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi An-Naisaburi. 1997. Sahih Muslim.

Kaherah: Dar Al-Hadith.

Al-Khûlî, Amîn. 1995. Manâhij Tajdîd, Hay’ah Mishriyah ‘. Kaherah: Ammah li al Kitâb.

Chaudhari, Muhammad Syarif. 1997. Women’s Right in Islam. New Delhi: Adam Publiser.

Dr. Abdul Mustaqim. 2010. Epistimologi Tafsir Kontemporer. Yogyakarta: LKiS

Yogyakarta.

Jalaluddin As-Sayuthi. 2008. Asbabun Nuzul. Kuala Lumpur. Darul Fajr.

M. Quraish Shihab. 2004. Jilbab, Pakaian Wanita Muslimah, Jakarta: Penerbit Lantera Hati.

Muhammad Rasyid Rida. 1973. Tafsir al-Manâr, Beirut: Dâr al-Fîkr.

Rokiah Ahmad. 2008. Mengapa Aurat Haram Didedah?. Selangor: Pustaka Haji Abdul

Majid SDN BHD.

Syahrur, Muhammad. 1992. Al-Kitâb wa al-Qur’an: Qira’ah Muashirah, Kaherah: Sina

Publisher, cet. I.

Syahrur, Muhammad. 2000. Nahwa Ushul Jadidiah lil Fiqh al-Mar’ah. Damsyik: Ahali

Litthaba’ah.

Syahrur, Muhammad. 1996. Iman dan Islam: Aturan-aturan Pokok. Yogyakarta: Penerbit

Jendela.

Page 10: metodologi tafsiran muhammad syahrur dalam isu batasan aurat

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015

10

Yusuf Al-Qardhawi. 2012. Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Kuala

Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar.

Zulkifli Al-Bakri. 2003. Al-Fiqh Manhaji: Ibadat dalam Fiqh Al-Syafi`ie. Kuala Lumpur:

Darul Syakir.